15 June 2017

Rindu..du..du..du..

Assalammualaikum...

21 Ramadhan 1438

Al-hamdulillah, selepas tiga tahun barulah entri baru muncul. Hahahaha. Serius, rindu nak menulis macam dulu tapi kesibukan mengatasi segala-galanya. Nak pula ketandusan idea. Entah. Idea menulis tak kencang sudah. Berkarat barangkali.

Sebenarnya, banyak benda nak dikongsikan sepanjang tiga tahun ni. Tapi macam yang aku bagitau tadi. Idea kering kontang. Tak tahu nak karang ayat. Haihh...

Tapi yang pasti, hidup ada naik turun. Kalau statik pun macam bosan, kan! Akan tetapi (cewah, kemain ayat!). life aku still seronok untuk dinikmati. Even  tak seronok pun kena nikmati juga okay.

Enjoy your life darling. *smile*

Baiklah. Bercakap tentang rindu, tipu lah kalau aku tak rindu dengan certain memori yang pernah singgah dalam hidup. Serious weh, ada masanya macam nak balik ke masa lalu dan betulkan apa yang sepatutnya.

Sebab?

Kadang-kadang aku rasa ianya boleh dielakkan jika kecenderungan aku untuk lebih mengambil kisah dan mengambil langkah daripada mengamalkan sikap tunggu dan lihat. Err, faham ke tidak?? Buat-buat faham jelah ye. Hehe..

Tapi mustahil la ceritanya. Memang takkan terjadi. Pendekatan aku, jadikan apa yang dah terjadi sebagai pengajaran berharga untuk aku supaya tiada kesilapan berulang. Cuba untuk menghargai setiap perkara dan detik yang ada. Nikmati selagi boleh. Usah dikenang yang dah berlalu walaupun sesekali kenangan tu datang menerpa. Melainkan aku ada kuasa untuk buang mana-mana memori yang tak berapa indah itu.


With love

22 July 2014

Macam - Macam

Assalammualaikum


23 Ramadhan 1435

Al-Hamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan. Selamat berpuasa korang!

Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni. Baik yang indah mahupun duka. Bumi Gaza dicabuli. Pesawat MH370 terus misteri dan yang terbaru MH17 terhempas. Apa pun, teruskan titipkan doa buat mereka yang telah pergi dan bagi mereka yang masih hidup, teruskan berjuang.

Sebenarnya banyak perkongsian yang aku nak ceritakan tapi bila dok fikirkan balik, mungkin bukan di sini. Secara jujur, aku berhadapan dengan situasi yang agak menyesakkan. Berdepan dengan konflik kepercayaan bukan satu benda yang mudah. Nampak mudah tapi agak rumit. Tak expect pun ia akan berakhir dengan sebegitu rupa tapi aku tahu Allah tidak akan memberikan dugaan melebihi kemampuan hamba-Nya. Apa yang jadi, I'll take it in positive way

Sukar..

Susah..

Sakit hati..

Teraniaya..

Tu semua yang aku rasa pada awalnya, tapi bukan senang nak menyakinkan diri sendiri semua ni adalah dugaan. Kalau nak diikutkan, ia adalah petanda untuk aku hadam dan fikir-fikirkan. Petanda baik atau tidak, simpan untuk diri sendiri jelah ye. =)

Perkara yang best, akhirnya tempoh 4 tahun sudah berlaku. 13hb lepas aku dah settle  ngadap Final Exam untuk subjek akhir. Kali ni betul-betul akhir. 

No more assignment...

No more mid term test..

No more presentation..

No more final exam...

Yieehaaa, gembira dan lega bercampur dengan meriah. Stress weh, empat tahun ngadap kelas dengan isu-isu berbangkit. Macam yang aku dok pukul canang sebelum-sebelum ni kan, dengan jadual berselirat. Komitmen merata dan Al-Hamdulillah, aku dapat juga settle my degree. Hopefully, segala ilmu diberkati dan semoga segalanya dipermudahkan.

What's next?

Just wait and see..... =)



With love

28 February 2014

Apa cerita??

Assalammualaikum


Hampir lima bulan ketiadaan entri baru. 


Kenapa?

Boleh tak bagi alasan sibuk? Hahahaha....

Ala, lagipun aku rasa sama ada entri baru wujud atau tidak bukan siapa pun yang peduli. Tak pasti la pula kalau ada pembaca tegar kat sini. 

Aku menulis bukan semata-mata mengejar ratings untuk nufnang atau traffik tapi lebih pada luahan perasaan secara terkawal. Rasanya dah selalu di mention dalam entri-entri sebelum ni. Sengaja menjaga tahap privasi bagi mengelak kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.

2013, terlalu banyak yang jadi. Terlalu banyak yang di lalui. Terlalu banyak yang di hadapi. Meriah. Penuh warna-warni bak citrawana malaysia.

Pertukaran kerjaya turut berlaku. Perubahan sektor yang membuatkan aku perlu lebih memberikan fokus dan serapan ilmu dengan seberapa pantas. Stigma aku berubah sama sekali. Sangkaan aku, mudah tapi sebaliknya berlaku. Tak semudah yang di fikirkan. Tak seringkas yang di duga. Sampai sekarang proses itu masih terus berlangsung dan moga-moga dipermudahkan segala-galanya.

Sesi Kuliah? Al-Hamdulillah, menginjak tahun akhir yang penuh dengan pancaroba dan dugaan maha dashyat tapi macam biasa, aku kan positif so amik semua dari sudut yang berbeza. Memang susah tapi nak taknak kena hadap juga. Takda pilihan selagi tak di hadap kan. Insya Allah, bulan Julai ni tamatlah sesi pembelajaran dan lepas ni boleh la di beri fokus pada urusan-urusan lain pula. Sambung atau tidak?? Itu masih lagi aku dok buat timbang tara. Kalau dulu memang serasa nak sambung terus tapi bila di fikir-fikir balik ada beberapa kekangan yang perlu di beri penelitian sebelum keputusan akhir di buat.

Harapan 2014..

Sama macam tahun-tahun yang lepas, moga-moga di berikan kesejahteraan dan kesenangan dalam mengharungi dugaan 2014 yang pasti akan ada ceritera yang berbeza. 


With love

19 September 2013

Review : Psiko Pencuri Hati (mengikut kaca mata orang-orang biasa seperti aku)





Sinopsis

Mengisahkan O-Sidi, seorang penulis novel misteri yang sangat obsess dengan kejadian jenayah yang dikenali sebagai pencuri hati yang berlaku sehingga menyebabkan kehidupannya tak menentu arah. Bersama rakannya, Man beliau merencana kehidupan dengan cubaan untuk melakar bab penutup untuk novel terbarunya. Bagi menenangkan fikiran O-Sidi, beliau melarikan diri ke pulau yang mana menyebabkan pertembungan watak Wani dan Khai, sepasang suami isteri yang mengalami masalah di dalam rumahtangga mereka. Di pulau ini terbongkarlah segala misteri.

Komen 

Watak – kesemua pemegang watak berjaya membawa watak masing-masing dan permainan emosi yang baik. Terutamanya watak Khai. Serius, tabik dengan Sein yang boleh menukar prarasa watak tu. 

Jalan cerita – terus terang, agak klise disebabkan di awal-awal babak, dah boleh jangka siapa pencuri hati dan siapa Man yang sentiasa setia di sisi O-Sidi. Ketepikan isu klise itu sebab aku lebih tertarik dengan permainan jalan cerita yang di tonjolkan. Lokasi pun terbaik. 

Dialog – ni yang paling aku suka. Banyak metafora yang tersirat yang membuatkan kita terfikir akan sesuatu. Ada yang dilontarkan secara bersahaja tapi ada impak. Contohnya dialog Wani, “Tak semestinya baik untuk saya, baik untuk kita yang.” 

Keseluruhannya, jalan cerita yang bagus dan pergi la tonton. 

Jangan anaktirikan filem Malaysia. Pi tengok dulu kemudian baru buat terjemahan…

09 September 2013

Impak penutupan facebook

Assalammualaikum

Sayang sekali sebab jodoh tak panjang dengan facebook. bukan apa, tak boleh nak krompomi dengan diri sendiri tentang pelbagai isu. Menahan diri dari mengecam mereka-mereka yang suka naww update status ntah apa-apa yang buat rasa jelik yang teramat sangat. Tu belum lagi termasuk golongan si bergu yang dok update segala-galanya serba serbi dari soal perasaan mendayu-dayu sehingga ke tentang salasilah keturunan. Ayooo

Terasa juga di sebabkan keputusan ni, ada la beberapa perkara yang aku terlepas. Contohnya jemputan majlis perkahwinan, jemputan open house dan lain-lain aktiviti. Stail orang sekarang kan dok jemput guna facebook bagai. Ada juga yang dok check in untuk inform keberadaan masing-masing. Tapi masih ada bahagian yang indah.

Yang indahnya pula, mana yang tahu laluan untuk menghubungi, jemputan akan sampai melalui telefon. Hah, teknologi dah canggih. Ada segala bagai whatsapp, bbm, line, wechat dan macam-macam lagi. In fact, aku rasa lebih personal kalau jemputan tu sampai terus sama ada melalui telefon atau penyampaian dari kengkawan. Nampak, demand bukan! Aha, itu aku. 

Akan tetapi, aku ngaku la facebook medan untuk tahu tentang perkembangan dan penguncupan kehidupan seseorang. Medium untuk sesi jejak kasih dan kasihan. Ceritera cinta dan isu semasa. Cuma dengan adanya golongan yang menyalahgunakan medium rangkaian sosial menyebabkan fungsi asalnya tercemar. 

Takpe. Jangan salahkan facebook. salahkan si pelaku. Kita jangan buruk sangka. Mungkin beliau kurang kawan-kawan untuk bercerita menyebabkan tergelincir dengan menggunakan facebook secara berlebih-lebihan dari biasa.

With love
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...