27 November 2008

...

"Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka"

bait-bait lagu ini ku karang indah di hamparan pasir yang memutih...
dengan harapan apabila ombak menjengah maka terhakis la ia..
membawa semua kenangan itu
jauh ke tengah lautan dan tenggelam
sama seperti apa yang aku inginkan
walaupun hati nurani ku tidak mengizinkannya...
aku penat dibayangi kenangan
biarlah ia bebas pergi disaat aku
mulai bersedia untuk melepaskannya...

26 November 2008

be tough...

tinggalkan semua kenangan...
jangan biarkan ianya menguasai emosi...
layari hari yang mendatang dengan penuh kecekalan...
u have to control the situation..not situation controlling ur life!!!

25 November 2008

sepetang di Mid Valley

family gathering..not in our planning actually..spontan idea datang maka bergerak la kitaorang berlima menuju ke Mid Valley...walau pun cuaca agak kureng sikit sebab hujan melanda tapi tetap tak mematahkan semangat kami..hehehe...lagi pun bukan senang nak berkumpul macam ni..lama jugak kitaorang tak berkumpul macam ni..last gathering masa aidilfitri lepas..just window shopping..ramai gak manusia kat mid valley ni..so, keadaan agak sesak..but still fun..
plan nak main bowling but wrong timing..it's full..ader tournament..so, kitaorang just memenuhkan isi perut..hahaha..kali nie Shakey's Pizza jadi sasaran..

pose before eat...

one happy family... :D

'mereng' siblings...ngehngeh...

one thing yang akan selalu aku buat bila menjejakkan kaki di Mid Valley, buy my San Fransisco Ice Blanded..yummy..my fav..kira punah la diet aku untuk hari tu...tapi takpe...asalkan dapat memenuhi utiliti sut aku, kira ok la tu kan..hahaha...

my fav...

apa pun, memang hari yang happy untuk family aku..sesekali dapat lepak..penat tapi happening..

21 November 2008

island red cafe

one of my fav place kat puchong...kira makanan kat sini memenuhi citarasa aku...lagi satu memang berbaloi makan kat sini..big portion but come with reasonable price...antara menu yang jadi pilihan aku mehun tomyam dengan Island Fu Jian Noodle Penang Style...memang superb..
aduhai, tengok photo ni pun dah boleh buat aku terasa lapar...hahaha...

20 November 2008

apabila masalah menjengah kehidupan...

redahinya apabila datang
usah diragukan keupayaan diri
biarpun ianya semakin berselirat
pasakkan tiang positif
lenyapkan petualang yang beraja di hati
ambil masa
kenali diri dalam menjejak jawapan
pastikan tak gelincir dari landasan
hadapi dengan senyuman berkubukan kecekalan
Insya-Allah akan terlerai segala kekusutan

63 petua...

musim cuti sekolah dah bermula...bermakna musim walimatulurus berkunjung tiba...normal la kan..time cuti sekolah ramai la yang ambil kesempatan menamatkan zaman bujang...
macam selalu setiap pagi aku akan menjamu minda dengan bahan bacaan ilmiah iaitu surat khabar...tertarik pada helaian variasi Harian Metro edisi tengah bertarikh 20 November 2008 di mana memuatkan 63 petua dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang boleh dijadikan amalan oleh mereka yang bercinta atau pasangan yang akan melayari alam rumah tangga...termasuk la sebagai ingatan untuk aku yang pastinya akan melalui alam itu...hehehe...

  1. Doa yang berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dengan pujian
  4. Murah dengan khidmat
  5. Murah dengan belaian kasih sayang
  6. Murah dengan sentuhan (lebih afdal untuk mereka yang sah ok..)
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda (teknologi berkembang pesat maka gunakan dengan sebaik-baiknya..)
  9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran (learn from mistake!)
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan..
  11. Menilai diri daripada perspektif pasangan (cermin diri)
  12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur
  13. Berani mengambil risiko emosi - tegur / perubahan / berpisah sementara
  14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
  15. Tolak ansur (kriteria paling penting pada aku la..)
  16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata (kena balance)
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri untuk meransang perubahan pada pasangan (from worst to best)
  20. Sanggup berkorban untuk pasangan (tapi ada batasan)
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak kepada pasangan
  28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah. Buat perjanjian
  31. Mencari penyelesaian dalam sitiasi 'menang-menang'
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
  33. Menghormati sifat semulajadi pasangan
  34. Memahami peranan 'pasangan'
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan
  36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati (luahkan la hatimu)
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua sahaja yang tahu (yang nie interesting...)
  38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
  39. Tujuh kali puji dan satu teguran
  40. Sebut 'I love U' sepanjang masa
  41. Banyakkan bergurau dan bermesra
  42. Sentiasa berterus terang
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku ~ sabar
  44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
  45. Elakkan salah pasangan
  46. Cari titik pertemuan
  47. Selesaikan masalah hari ni pada hari ni gak (jangan 'baki bawa kehadapan'..hikhik)
  48. Lebih banyak memberi daripada menerima
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan
  50. Sentiasa bersemangat ~ bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya
  51. Seimbangkan hubungan dari segi mental, pendidikan, ilmu, emosi, fizikal & ekonomi, sosial dan spiritual
  52. Jangan berjauhan terlalu lama - kecuali terpaksa
  53. Tidak terlalu mengongkong (PENTING!!)
  54. Tidak bertindak bersendirian
  55. Memberi peluang untuk berbeza pendapat atau pandangan, hobi, kegemaran, makanan, citarasa, warna pilihan dan pelbagai lagi
  56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa
  57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
  58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa)
  59. Tidak meminta yang bukan-bukan
  60. Bentu undang-undang atau percaturan dalam rumah tangga
  61. Mencari kelainan dan perubahan positif
  62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun
  63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah swt

19 November 2008

pergilah kenangan...

kenangan itu indah..
bila ianya manis untuk dikenang
namun bila berhadapan dengan kenangan yang menyesakkan
fikiran terawang-awang..
seolah mencari ruang untuk disumbatkan kenangan itu
yang pastinya bukan di kotak minda..
pahit atau manisnya kenangan itu
semestinya memberi impak yang cukup besar
dalam diri mahupun kehidupan
yang pasti..
semakin cuba untuk dilupakan
semakin ia mendekatkan jaraknya
suka atau tidak..
kenangan itu sudah pun menjadi sebahagian dalam diri...
pahit atau manis..
ianya tetap akan dikenang...

18 November 2008

SUCI DALAM DEBU

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama
Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

~ lagi satu lagu yang membuatkan aku terkenang si dia..lagu nie lagu terakhir yang aku dengar di dendangkan olehnya...sesungguhnya kenangan itu indah...

HURT

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today
Ooh, Oooh...
I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you
But I know you won't be there

OOh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, by hurting you.

Somedays I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide, cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
When it comes to this
Oooh, Yeah...

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
Just to hear your voice again
To look into your eyes
And see you looking back

OOh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, Oooh...

If I had just one more day
I would tell you how much
That I've missed you since You've been away.
Oooh, It's dangerous
So out of line...
To try and turn back time...

I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself...
By hurting you...

~ setiap kali aku dgr lagu nie fikiran aku straight teringatkan insan yang paling berharga dalam hidup aku..malangnya dia telah pergi meninggalkan aku..pergi yang takkan kembali...Al-Fatihah mengiringimu disana...

luv ya..!

selain daripada famili yang menjadi aset penting dalam hidup kita, peranan kawan juga tak terkecuali…sedar atau tak, kita menghabiskan hampir separuh masa kita dengan mereka..sebab tu pengaruh sahabat lagi berkuasa dari famili…ada sesetengah perkara sukar untuk dikongsikan dengan famili…berbanding dengan kawan, cerita la apa jenis ceritera sekali pun..takkan ada jurang..lagi-lagi dengan sahabat rapat kita…aku rasa, antara penyebab yang menjadi penyumbang pada puncanya kita lebih mempercayai mereka berbanding famili sendiri adalah jarak umur…yelah, perbezaan usia akan mewujudkan perbezaan ideologi..aku sendiri mengakui akan kebenarannya..ibu bapa kita hidup di era yang lain dan kita pula dilahirkan di era selepas mereka...jadi tentunya akan mewujudkan perbezaan ideologi yang cukup ketara…dan dari situ la konflik akan terjadi..maka untuk mengelakkan ketegangan hubungan yang kritikal dek perbezaan ideologi, kita pantas menjadikan sahabat sebagai sumber rujukan untuk berkongsi pendapat mahupun luahan hati…tapi, walaupun berkongsi ideologi yang hampir sama, kebarangkalian untuk terjadinya konflik antara sahabat tetap tinggi..secara logikal, sedangkan dengan famili pun kita boleh bertegang urat apatah lagi dengan sahabat yang pada mulanya adalah orang asing yang masuk dalam kehidupan kita..tiada yang mustahil…justeru itu, adat sebuah persahabatan sesekali dilanda tsunami..hanya untuk menguji sejauh mana teguhnya sebuah kubu persahabatan…penting disini adalah cara untuk menanganinya…ada yang boleh diselamatkan dan ada yang kita tak patut selamatkan…pilihan kita yang tentukan…
aku sendiri mengalami pasang surutnya perjalanan sebuah persahabatan…tipu la kalau ianya tak terjadi..sesekali hati terusik dek perangai sahabat sendiri yang ada pelbagai warna seceria warna pelangi…dan sesekali mereka juga terasa hati dengan kelakuan aku yang tak seberapa nak indah ni..hehehe…nilai dari sudut yang positif, semua tu bertujuan untuk kita saling mengenali dan bersikap lebih matang sejajar dengan peredaran usia…apa yang aku cuba tekankan kat sini, sahabat atau famili kedua-duanya sama penting dalam kehidupan kita…hargai mereka sementara ada..dari mereka sebenarnya kita banyak belajar tentang erti kehidupan dan mengenal jati diri…

~ special dedicated to my family and also to all my frenz xspecially Epull, Ija & Akis..thanks for everythin’ babe..luv ya!!!

17 November 2008

so sorry babe...

Panjang diskusi aku dan Ija bila terlerainya konflik yang terjadi antara aku dengan dia..
well, setelah usia persahabatan menjangkau hampir empat tahun, tsunami melanda friendship kitaorg…
ape pun, episode tsunami tu dah pun berlalu…
buang yang keruh ambil yang jernih…
yang penting...
konflik ni buat aku sedar yang kita nie cuma manusia biasa yang menumpang di bumi Allah…perlunya lebih toleransi antara kitaorg…
masing-masing ada masalah sendiri dan seharusnya kitaorg lebih peka antara satu sama lain…sepanjang tempoh tu jugak baru aku tahu betapa pentingnya dia dalam hidup aku..
‘somethin’ missing in my life’..
kejamnya aku bila dia dirundung derita tapi aku mementingkan diri sendiri dengan terbawa-bawa ke dalam konflik yang ala-ala manja ni..
perasaan bersalah menyelubungi jiwa tatkala dia memerlukan aku untuk memberi semangat..
tapi aku biarkan keegoaan membutakan hati…
my frenz instinct ada memberi petanda yang dia dalam situasi yang tak seberapa nak best..
tapi aku bak ‘’kura-kura dalam perahu..pura-pura buat tak tahu’’…
tentunya aku bukan sahabat sejati kerana gagal meminjamkan bahu untuk dijadikan alas air matanya,
gagal menjadi ‘tukang sorak’ di saat semangatnya mulai luntur,
gagal sedekahkan telinga untuk mendengar keluh-kesahnya…
dan gagal menjadi kaunselor yang tak bertauliah di kala dia perlukan buah fikiran yang bernas dalam mengharungi permasalahan yang merumitkan…
inilah padahnya bila emosi menguasai keadaan…
namun, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya…
pengajaran yang dapat ku kutip untuk dijadikan pedoman dalam melayari persahabatan…
ada kalanya kita perlu mengalah untuk menyelamatkan keadaan..
pada aku tiada istilah kalah menang dalam persahabatan…
yang ada cuma formula untuk memanjangkan hayat persahabatan
dan formula itu la yang perlu dicari…

14 November 2008

makan time...

kadang2 opis kitaorg akan buat gathering...saje nk kumpul ramai2..time nie la leh borak sakan...kongsi cerita..sambil makan kitaorg akan borak2...hilang sikit stress keje kan...ye la masing2 bz ngan kerja nak borak pun sampai tak sempat..ralit mengejar deadline! time nie la peluang dimanfaatkan dengan sewajarnya...antara menu menjadi santapan perut kitaorang :-

my meal..hehehe...punah diet aku..huhu...

KFC

PIZZA HUT

CHOCOLATE PUDDING

our desert..nyummy...

COLOURFUL DESERT...
memang meriah kan...kalau perut dah kenyang alamat mata mulai kuyu...itu yang payah tu..bile dah makan after that sure rasa ngantuk plak...tapi takpe..aku ade cara..apa lagi, abiskan le keje yang menimbun-nimbun tu.. tak gheti2!!!

Andai Itu Takdirnya...


Antara latest novel yang aku baru baca…karya nukilan Siti Rosmizah..actually aku dapat info nie dari majalah remaja…tertarik plak ngan inti pati penceritaannya..memandangkan dlm remaja tu, kisah novel nie di jadikan novel bersiri, aku pun apa lagi terus la cari di gedung2 ilmu yang berhampiran…almaklum la, perasaan ingin tahu kisah pengakhirannya membuak-buak di lubuk hati…al hamdulillah dapat aku menjadi antara ribuan pemilik novel ni…
aku dah ‘khatam’ banyak kali..hehehe…memang penceritaan yang cukup menyentap kalbu…bayangkan ,dah banyak kali aku baca novel ni tapi retina mata ni tetap merembeskan airnya…walau pun aku dah tahu isi kandungannya tapi bila baca sekali lagi pun tetap perasaan hiba menyelubungi jiwa…kisah Syed Aizril yang kukuh dengan kubu keegoaan, kisah keluarga golongan atasan yang masih memandang status sebagai pengukur kebahagiaan, nilai persahabatan Umairah yang cukup jitu, si sahabat sejati yang tak sanggup melihat sahabatnya dirundung derita…dan pendukung utama novel ini, Aleya yang kebal dengan ketabahan sebagai senjata…terus terang kalau aku menjadi Aleya, aku tak mungkin setabah dia…lagi – lagi bila berhadapan dengan kisah perasaan…aku cuba untuk tak bersikap paranoid tapi lumrah manusia, hanya pandai menghargai bila saat kehilangan menjelma…memang ianya hanya la novel semata-mata tapi banyak pengajaran yang dapat di cari gali untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan..walau setinggi mana pun darjat keturunan, kita tetap sama di sisi Allah S.W.T…walau sehebat mana pun dugaan yang singgah, andainya hati masih berpaksi pada yang Esa, Insya-Allah ada sinar bahagia di hujung derita…di sebalik yang tersurat pasti ada yang tersiratnya…aku mungkin tak setabah Aleya tapi aku boleh mencontohi ketegasan Umairah…kisah kehidupan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui!!

11 November 2008

minggu bz...

bz ngan wedding preparation my kezen..
itu pun xla aku sumbang 100% tenaga...
juz amik tau ape yg patut jer..
yelah, dulu pun dorg bukan amik tau sgt bile ader kezen yg kawen...
mmg terasa hati la!!
bukan kitaorg nk duit berguni2 pun...
yg penting 'turun padang' bile ader majlis2/kenduri2 family..
campur ngan family..sama2 buat ape2 yg patut...
ini kalo dtg mkn jer, payah la!
bukan org lain pun..kenduri family awak gak!!
time nie la nk kenal ngan sedara mara..
merapatkan sillaturrahim, mengeratkan persaudaraan...
tp nak buat camne kn..
dh dorg perangai camtu...
ape pun, kitaorg yg lain2 nie try to think positive..
lg pun, aku dh slow talk ngan dorg...
tpulang lepas nie kalo nk berubah or still kat takuk yg sama...
kita bukan leh pakse org berubah kn..
pandai2 la pikir sndiri...
at least aku dh ckp ape yg terbuku kat sanubari aku nie..hikhik...
al hamdulillah majlis tu bjalan ngan lancar..
walau pun ujan trun sekejap...
but it's ok...
ujan rahmat...
lastly, aku doakan kezen aku tu bahagia & kekal sepanjang hayat...Amin...
aku punye turn???
lambat lagi rasenye..
camno nk bgelar mrs kalo calon pun aku xder lagi nie..huhuhu...
still searching!! hikhk..

T.LeClerc Workshop...


last Friday company aku organize make up workshop for staf..
aku pun ape lagi, amik kesempatan join da club...
bukan ape..at least aku tau la serba sedikit tips2 psl make up nie..
x la muka pucat jer kn..kurang2 ade gak la serinya..hehehe...
byk tips yg aku dpt..
cthnya skill yg betul utk letak make up!!
after join this workshop baru le aku tau...
bukan susah sgt pun nk make up...
senang jer..
yang penting bahan2 asas ader..
feel confident baru la ok..
ape pun, aku bukan le addict sangat ngan cosmetic nie..
saje nk upgrade knowledge...
satu lagi anjakan paradigma dalam hidup aku....hikhik...





07 November 2008

declare ur love...

Around the corner I have a friend,
In this great city that has no end,
Yet the days go by and weeks rush on,
And before I know it, a year is gone.
And I never see my old friends face,
For life is a swift and terrible race,
He knows I like him just as well,
As in the days when I rang his bell.
And he rang mine but we were younger then,
And now we are busy, tired men
Tired of playing a foolish game,
Tired of trying to make a name.
'Tomorrow' I say! 'I will call on Jim
Just to show that I'm thinking of him.'
But tomorrow comes and tomorrow goes,
And distance between us grows and grows.
Around the corner, yet miles away,
'Here's a telegram sir,' 'Jim died today.'
And that's what we get and deserve in the end.
Around the corner, a vanished friend
Remember to always say what you mean.

If you love someone, tell them.
Don't be afraid to express yourself.
Reach out and tell someone what they mean to you.
Because when you decide that it is the right time it might be too late.
Seize the day.
Never have regrets.
And most importantly, stay close to your friends and family, for they have helped make you the person that you are today...

~~ actually aku dpt poem nie dari email & saje nk share kat sini.. :) so, enjoy!!

06 November 2008

6 hari di bulan November...

my emotion not stable at all...
still lagi tbawak2 konflik yg blaku last month..
maybe sbb dh lame sgt aku mdiamkn diri...
and tak kisah ngan ape yg jadi..
actually bukan tak kisah tp buat2 x kisah..
at da end, aku gak yg suffering...
so, now i just need my own space...
bagi diri cool dulu then baru bhadapan ngan dia...
dia pun baru realize yg aku dh mula terasa hati...
dari mane dia tahu???
entah..aku pun x amik peduli...
sms dia pun aku x reply...
just nak bagi ruang kat friendship kitaorg...
aku tau yg dia ade prob gak..
so, biar masa sbg penentu...
bile aku dh cool nnt aku sndiri yg akn call dia..
kejam ke aku nie???
well, i dont think so!!

04 November 2008

titipan buat sahabat...

adat sebuah persahabatan
ada pasang
ada surutnya
sedangkan lidah lagi tergigit
ini kan pula hubungan sesama manusia
bukan niat mengeruhkan keadaan
namun, hati ini terlalu rapuh
lantas ianya mudah terluka
nilai persahabatan melebihi segala-galanya
aku tak minta emas permata sebagai tukaran
aku taknak wang berkepuk sebagai balasan
cuma ku mohon sedikit pengertian
cukuplah sekadar timbang rasa
agar diri terasa dihargai
agar diri tidak sendiri

mindaku berfikir...

entah apa yang bermain di fikiran…
tak tahu apa persoalan yang cuba dirungkaikan…
mindaku pantas mencari jawapan…
tapi malangnya tak ketahuan…
apakan tidak…
mencari sesuatu yang tak pasti…
mindaku tetap berfikir…
terus berfikir dan berfikir…
menghampiri detik 1 pagi…
mataku masih terbuntang dek minda yang bekerja lebih masa…
pusing kiri nampak tingkap, langsir kuning…
pilihan ibu tersayang…
ku goyang-goyang kaki…
masih tak lena…
pusing kanan nampak pintu…langsir sama…
ku goyang-goyang lagi kakiku…
masih juga tak lena…
pantas ku bangun dan terus duduk…
menghadap kipas yang kelajuannya paling maksima…
pujuk minda..tolong la tidur,esok teman kerja…
ku baring semula dengan harapan…
dapatlah ku nikmati kualiti tidurku…
namun masih gagal…
mata ini tetap berkelip-kelip memandang siling…
akhirnya jalan penyelesaian ku ambil…
ku biarkan minda terus berfikir…
berfikir entah apa-apa…
sampai satu ketika mata ini terlena dengan sendirinya…
meskipun masa tidurku menjadi mangsa!!

03 November 2008

monday blues...

Selalunya kalo tiba hari senin nie ramai yg akn jadi blur…
in easy word still in blues…
maklum la..2 hari dh cuti kn…
so nk start balik mood keje kena amik masa sikit…
kelakar mmg kelakar…
aku dh rase Monday blues nie since time skool dulu…
time tu aku rase mmg hari senin la hari yg paling x best…
tu yg kdg2 hari senin hari yg paling byk aku ponteng dlm 1 tahun..hahaha…
member2 pun dh immune..hehe..
tapi time skool leh la buat camtu..
time keje,jgn harap la..nak mampus buat camtu!!hikhik…
alamatnye,sengkek la aku.. =D
ape pun, blues atau tidaknya senin ni bgantung pada kite..
never make monday blues as a reason to spoilt the day…

01 November 2008

bahagiakah aku???

satu persoalan bermain di minda...
tatkala diri menyusuri perjalanan 2008...
adakah aku bahagia????
bahagia atau tidak...
cuma aku saja yang tahu...
yang pasti..
aku percaya...
ada sinar bahagia di hujung derita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...