31 December 2009

ceritera 2009

akhirnya kita berada di penghujung 2009...
pantas masa berdetik, tahun hadapan akan bertambah lagi angka usia aku..
rumusan di sebalik 2009 yang boleh aku katakan, segalanya berjalan dengan lancar...
tahun ni banyak teman-teman menukar status diri mereka...
i'm happy for them...
jangan tanya aku bila pula giliran aku...
sebabnya aku pun tak pasti...
agak bosan menjawab soalan yang sama sebenarnya...
apa pun, aku tahu mereka cuma menunjukkan sedikit perhatian...
ambil berat akan keadaan temannya nan sorang nie...
2008 juga menyaksikan pelbagai konflik berlaku...
serius, kadang-kadang aku boleh muntah darah apabila berada di dalam situasi itu...
apatah lagi, konflik dengan insan-insan yang dekat di hati...
perlunya aku menyedari diri yang masa berubah...
jadi, orang sekeliling aku juga turut menerima tempiasnya...
usah la berharap mereka sama seperti dulu...
aku kena bersedia untuk menerima sebarang perubahan yang telah berlaku dan akan berlaku...
tapi, ada juga yang masih sama seperti dulu...
mereka inilah yang memberi semangat terulung pada aku...(korang tahu kan sapa korang)
korang la BFF aku yang paling hebat di alam semesta ni..(ceh, pujian melangit tau..hehe)
so, macam biasa la tahun baru azam baru...
ada juga azam yang terbengkalai...
tapi, ada juga yang di saat-saat akhir, azam itu dapat ku capai...alhamdulillah...

selamat tinggal 2009....
selamat datang 2010...

23 December 2009

badan dan minda bersatu menghasilkan kepenatan melampau...

hukhukhuk....
batuk disebabkan blog yang mula bersawang...
gila tak sempat untuk aku mengemaskinikannya...
adoyai, bulan disember betul-betul menyesakkan...
timbunan kerja yang menyebabkan migrain suka untuk melawat aku..haih...
pelbagai situasi dilalui...
paling membuatkan aku sakit jiwa bila sabun mulai mencair...
aiseh, dia dh minta tukar baru la tu...isk...poning palo den...
maybe petanda untuk aku menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.... :D
apa pun, perkara terindah yang aku belajar untuk bulan ini adalah...
kena tingkatkan sikit tahap sinikal dalam diri kot...
kena jadi keras hati sikit...
kerenah mereka membuatkan aku terfikir...
tahap kepentingan aku dalam diri mereka tidak seberapa jika dibandingkan taraf mereka di sisi aku...
entah lah...
mungkin aku yang terlalu emo...
tapi takpa..
malas untuk aku memikirkan mereka...
lebih baik aku meletakkan tugu penghargaan pada yang sudi...ngeh..ngeh...

01 December 2009

Scheduling December Plan

memasuki disember a.k.a akhir tahun akan melayang la kad yang pelbagai corak, warna dan saiz...
sama juga seperti tahun-tahun yang sudah...
tapi tahun ni agak meriah sikit sebab ramai di kalangan teman menjejaki fasa baru dalam hidup mereka...
sebagai teman, aku tumpang seronok...
suka untuk aku mengambil kesempatan di atas majlis mereka untuk bersua dengan teman lama...
bolehlah dikategorikan sebagai mini gathering...
mengambil kesempatan dalam kesempitan...ahaks...
tahun berganti...
teknologi menjadi perantaraan...
ada undangan yang aku terima di laman sosial facebook & friendster...
tak kurang juga melalui medium call @ SMS...
tapi, sayangnya aku seorang yang masih lagi suka pada tradisi lama yakni kad undangan perkahwinan...
makanya, sorry to say...
tiada kad, tiadalah kelibat aku di majlis itu...
maaf kawan...
i'm a lil bit complicated...
atau mungkin sedikit mengada-ngada...wakaka...
jadi, bulan ni hujung minggu aku dipenuhi dengan undangan menjamu nasi minyak... =)
buat teman yang bakal bertukar gelaran...
selamat untuk segala-galanya aku doakan...
bahagia la hendaknya hingga hujung nyawa...

Suka tapi Sayang....


sisi depan ~ i luv da butterfly...winks


sisi belakang ~ simple but still nice

akhir-akhir ni mengumpul spesis beg seperti di atas menjadi kegilaan aku...
jangan tanya kenapa sebab aku pun tak pasti...
sebagai menyahut kempen bumi hijau, wajarlah aku membeli beg ini..ngeh..ngeh...
tapi, masalah timbul bila aku sayang nak gunakannya...
camno tu????
penutupnya, aku cuma gantung je beg ni..hahah...
dah tiba masanya aku mengikis tabiat suka beli tapi sayang nak pakai tu...haih...

Stay The Same...


[Chorus]

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,
cuz there's nothin' 'bout you I would change.

[Verse]

I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

[Chorus]

[Bridge]

Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

[Chorus]


30 November 2009

menjejaki mereka...

walau pun pernah aku katakan yang bahawasanya aku nak bersara dari arena reunion or gathering...
tapi, jauh di sudut hati sukar sebenornya teman nak lakukan tu...haih...
apatah lagi bila teknologi banyak membantu...
laman sosial facebook menghubungkan aku dengan mereka yang telah pun hilang...hahah...
sedikit demi sedikit kuantitinya meningkat...
tapi, mampu ke untuk aku menghimpunkan mereka???
erm...masih lagi menjadi persoalan di hati...
apa pun, seronok sebenarnya mencabar diri sendiri ni... =D
mungkin aku boleh menetapkan sasaran untuk 2010 nanti...
banyak perancangan yang bermain di minda...
cuma tinggal lagi untuk direalisasikan...
we see how ok...
takut aku yang berkobar-kobar tapi mereka harammm....
learn from experience...
by the way, i still think positive...

26 November 2009

Salam Aidiladha...



Indah langit kerana awan...
Indah laut kerana kebiruan...
Indah Aidil Fitri kerana kemaafan...
Dan indah Aidil Adha kerana pengorbanan.

~credit to Ina for sending me this...thanks dear...


17 November 2009

akhirnya keputusan dicapai....

berbekalkan semangat dua penasihat aku yang sengal itu aku nekad membuat perubahan supaya aku boleh keluar dari zon kesakitan...
(walau pun mereka sengal kadang kala idea bernas mereka masih boleh diguna pakai... ~ ampun korang ~)
mungkin benar seperti yang diperkatakan...
biarkanlah ianya berlalu dan aku tak boleh hidup dalam bayang-bayang...
dunia belum berakhir dan aku masih ada banyak lagi perkara ynag boleh dinikmati...
daripada terus terpuruk yang mana hanya akan membuatkan aku terus sugul adalah lebih baik aku mencari kegirangan dalam kehidupan...
sememangnya bukan mudah untuk aku membuat keputusan ni...
tapi ini lah satu-satunya jalan yang ada bagi meleraikan kekusutan...
sedikit demi sedikit aku mula meninggalkan bayangan itu...
aku dah mula berhenti berharap dan kini harapan aku agar ianya terus lenyap dalam kotak fikiran...
meski pun aku tahu ianya tidak akan 100 % lenyap melainkan aku berada dalam keadaan hilang ingatan...
mencuba adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa pun...
sebaik sahaja keputusan diambil maka berakhirlah kisah dongeng yang selama ini masih menjadi teman di kala beradu...


~ dedicated to my beloved friends, Nurul Balqis Abdul Rahman & Rafidah Md Sin....thanks being my advisor...really appreciate that...

berhujan di key ell dengan mereka yang sengal....

seperti yang diberitahu dalam entri sebelumnya...
aku menghilangkan keserabutan yang ada dengan mencari penawar..
dan penawar itu adalah dua orang sahabat baik aku yang dalam kategori sengal tahap gaban...
nasib baik aku tak berjangkit penyakit mereka itu..wakaka...
kali ni dua destinasi dituju...
lama aku tak menjejakkan kaki ke key ell...
lama juga aku tak menggunakan perkhidmatan LRT...
rindu seh...
kalau dulu, itulah pengangkutan utama aku era uniform biru putih...
teruja pun ada jugak..hehehe...
sejak-sejak dah ada kekasih baru ni, jarang-jarang aku bermesra dengan LRT...
makanya aku dan cik akis (sementara menunggu ketibaan cik fida) melepakkan diri barang sejam dua di area masjid jamek..
bukan sekadar lepak kosong tapi lepak ada motif...
dan motifnya akan aku khabarkan di satu ketika nanti..heheh...
cuaca agak menyedihkan...
maklum la sekarang ni kan musim hujan...
walau pun hujan tetap tak mematahkan semangat kami yang berkobar-kobar seperti lagaknya menuju ke medan perang..hikhik...
hujan tetap diredahi walau pun tanpa payung di tangan...
kami bukan wanita payung ok...
sebaik sahaja cik fida muncul terus kami bergerak ke destinasi pilihan...
One Utama...
kali ni aktiviti lebih santai...
berborak sakan mengenai perancangan yang akan terlaksana Insya-Allah Feb 2010 nanti...

13 November 2009

broken heart...

kenyataan sukar untuk diterima...
apatah lagi apabila ianya memeritkan...
tapi suka atau tidak, kenyataan tetap menjadi sesuatu yang hakiki..
sedaya upaya kenyataan itu diterima...
dan kehidupan diteruskan...
menjalaninya dengan harapan akan menjadi yang lebih baik..
tapi masih menitipkan doa untuk hidup lebih diberkati...
doa untuk aku...
doa juga untuk kamu...
pergilah derita...
pergilah sengsara...
pergilah duka...
hadirkanlah sekelumit ria...
agar kehidupan bertukar horizontal dan bukan vertikal semata-mata...

tak sangka kan...

dalam kehidupan, kita selalu berdepan dengan ketaksangkaan (ada ke perkataan nie??? hahah)...
sama ada secara sedar mahupun tidak ianya akan berlegar-legar...
sehinggalah jatuh menyapa kehidupan...
contoh terdekat bila kita mula rapat dengan insan yang tiada dalam senarai atau tak terfikir sama sekali akan rapat...
boleh lepak sama-sama, berkongsi ceritera...
sedangkan dulu ianya sukar terjadi...
situasi ini pernah dan sedang terjadi dalam kehidupan gue...

ceritera 1: sekolah terchenta...
dulu aku jarang dapat lepak dengan dia...
biasa la, zaman sekolah kan meriah dengan klik di sana sini...
walau pun kelas menyebelah...
walau pun berkongsi persatuan badan beruniform...
walau pun menjadi penyimpan mohor besar pasangannya...
tapi susah untuk kami berkongsi ceritera yang berunsurkan peribadi...
kenal gitu-gitu aja..
tak sangka, bila berakhirnya era uniform biru putih, kami rapat di medan kerjaya...
berlainan pejabat semestinya tapi ym menjadi penyambung..
berkongsi ceritera suka dan duka...
entah, ketika itu aku selesa berceritera apa saja dengan dia...
dia pendengar yang baik...
begitu juga dengan dia...
bebas berkongsi apa saja dan aku tak teragak-agak memberikan komentar walaupun kadang kala agak sinis...wakaka
dan kini, kami masih lagi meneruskannya walau pun dia sudah bertukar kerjaya..
cita-cita yang didambakan olehnya sejak dulu...
keterbatasan waktu bukan alasan....
sms mengambil alih...
dia bertugas di awan biru dan sukar untuk berjumpa..
itu juga bukan alasan...
pertemuan masih dirancang antara klik aku dan kliknya...
indah...
walau pun berbeza klik, kami masih serasi...
thanks babe for everything...

ceritera 2: menara gading...
aku agak kurang sosial di zaman ini...
mungkin faktor keadaan dan juga diri sendiri.. (i must say this..hehe)
jadi, aku kurang kawan yang boleh dijadikan teman..
kalau ada pun cuma seorang dua hamba allah yang betul-betul rapat yang boleh aku berkongsi ceritera...
kedua mereka berlainan jantina dengan aku...
but, having a lots of fun befriend with 'em... (thanks guys...really appreciate that)
seorang merupakan teman sekelas (dan juga teman buat kerja-kerja nakal...teman berbalas note waktu kuliah... dan lain-lain..hahah)
dan seorang lain rakan di luar kelas...
tapi, jarang jumpa disebabkan berbeza fakulti dan sekali lagi keterbatasan waktu...
sesekali baru dapat bersua muka...
ada yang baru-baru nak rapat, mengunakan aku pulek...
itulah yang aku cukup tak berkenan...
senarai rakan bertambah apabila aku ikut serta dalam aktiviti kampus...
berjumpa ramai insan...
senior and also junior (of course!)
tahun kegemilangan yang cukup meriah bagi aku..
tapi bila tamatnya pengajian...
masing-masing menyepikan diri...
orang 1 masih lagi serupa cuma orang kedua agak berubah...
aku faham dengan situasinya...cukup faham...
my pray always for you dear...
ada la juga tersenarai dalam laman sosial yang yang berlambak-lambak tu..
sekadar memenuhkan senarai rakan dan jarang bertanya khabar berita...(termasuk aku la juga tu!!! Honest2...)
tapi tak sangka, mereka yang aku jarang dapat lepak sekali....
menjadi rapat selepas zaman itu berakhir...
 senang untuk aku mengatur pertemuan bila tiada 1001 alasan diberi...
sms dan juga telefon menjadi perantaraan antara aku dan mereka...
bukan seperti sesetengah yang mengaku rapat tapi haram nak answer my call and not replying my sms...
try to think positif...
mungkin sibuk...
mungkin berada di luar talian...
mungkin kekeringan kredit...
mungkin kematian line...
atau mungkin nombor aku tiada dalam buku telefon mereka...
entah, persoalan yang hanya mereka mempunyai jawapannya...

moral of the story:-
berkawan dengan semua orang dan bukan cuma dengan sesetengah golongan...(also reminder for myself!)
kadang-kadang orang yang rapat itu yang akan menyepikan diri...
dan yang kurang mesra akan bertukar menjadi teman sejati....
kehidupan penuh dengan warna...
nikmati dengan penuh ceria...

12 November 2009


deep down inside in my heart...
i'm missing them...
kesibukan membuatkan persahabatan semakin renggang...
klise kan...
tapi pada aku mungkin konflik yang makin parah menjadi punca...
yang mana akhirnya, aku yang mengambil satu langkah ke belakang...
menghindari diri dalam kehidupan mereka...
dan juga bagi mengelakkan persahabatan semakin memburuk...
mungkin kami perlu menilai diri masing-masing...
aku juga hilang punca...
apakah aku penyebab segala kerumitan yang berlaku...
apakah aku yang mudah terasa hati atau...
apakah mereka yang kurang peka...
biarlah masa yang menjadi penentu...
sejauh mana persahabatan ini akan terus dipertahankan atau .....

bernafas kembali....


setelah melalui minggu-minggu yang sesak dan sarat lagi serabut...
my life going to normal... =)
and now, it's time to party...
yiiieeepppieeeee....
seperti selalu rencana dirancang bersama teman terchenta...
hopefully, everything gonna be ok...
kehidupan semakin membaik...

perlu ke mengongkong????


seorang teman meluahkan isi hatinya...
walau pun telinga aku cukup malas mendengar isu itu, namun sebagai kawan aku cuba untuk menjadi pendengar setianya...
kongkongan berlaku dalam perhubungan mereka sehinggakan si dia mulai jelak dengan perangai pasangannya...
nasihat aku???
cuba la bawak bincang...
si dia mengatakan perbincangan akhirnya akan membawa pertengkaran...
oleh itu, jalan selamat...
telan la apa yang ada di depan mata...
natijahnya, hati yang tawar akan terus tawar ditambah dengan luka yang terpendam...
cepat atau lambat, perhubungan akan menjadi dingin...
selagi permasalahan tidak dirungkaikan...
pelik tapi benar...
apabila hati dah berbunga-bunga cinta, segala di pandang indah...
tang huduh pun jadi lawa...
pentingnya aset tolak ansur yang maha tinggi dalam sesuatu perhubungan...
tak kira la dalam konteks percintaan, institusi kekeluargaan mahu pun perkahwinan...
setiap dari kita tentunya mempunyai ruang untuk diri sendiri...
jangan la ruang itu di cerobohi atau dihapuskan sama sekali...
kena la saling memahami ruang sosial dalam diri masing-masing...
dan jika kefahaman itu diperolehi, jangan la pulak nak mengada-ngada melebihi piawaian yang diberikan...
memang la menjejak nahas kan...
siapalah aku untuk membuat pernilaian di sini...
pemerhatian dari kaca mata aku...
kongkongan itu perlu sebagai penambah perisa dalam sesuatu perhubungan...
tapi jangan la sampai bahan tu merosakkan masakan dan seterusnya tak boleh di makan lagi dan akhirnya pergi ke rumah "cik pah"...

29 October 2009

sesekali berubah angin....

sesekali kita akan mengubah selera...
mengubah rutin harian...
atau mungkin menukar sesuatu perkara yang jarang atau tak mungkin akan dilakukan...
susah untuk aku membuat pertukaran atau melakukan sebarang penambahan...
mungkin selesa dengan apa yang ada... =)
namun, ada kalanya perubahan harus dilakukan dalam kehidupan...
sebagai contoh, aku seorang yang payah untuk mengenakan tudung berwarna hitam...
rasanya boleh dikira berapa kali aku mengenakan tudung berwarna itu...
kebanyakkan koleksi tudung aku berwarna putih atau krim...
(play safe..senang nak match dengan baju...wakaka)
tanyalah pada insan terapat...
sukar untuk mereka melihatnya...hahaha...
tapi, jangan risau...
aku tidak akan melakukan sesuatu perubahan yang menyusahkan diri sendiri atau orang lain...
cuma apa yang aku perasan...
lately ni aku agak kurang bertolak ansur apabila berhadapan dengan konflik...
sama ada aku akan selesaikannya secepat mungkin atau membiarkannya terkapai-kapai...ngeh..ngeh...
tapi untuk bertukar menyukai warna 'lembik' itu....
mungkin tidak...
mungkin bukan sekarang...
who's know right maybe in future that color will be one of my fav?????


28 October 2009

ketiadaanmu masih dirasa....


hari ni genap 7 tahun abah meninggalkan kami...
7 tahun sudah berlalu namun perasaan tatkala kehilangannya masih dirasai sehingga kini...
masih lagi aku menyusun butir-butir kata sambil menahan hiba yang menghuni di hati...
sebaik mungkin langkah ku atur agar roh-Nya aman di sana...
berbekalkan semangatnya, kami mengharungi hari-hari mendatang dengan ketabahan yang cukup kebal...
bukan mudah bergelar anak yatim dan bukan juga perkara mudah untuk emak memikul gelaran ibu tunggal...
menahan kata-kata masyarakat yang kadang-kadang membuatkan aku lupa apa itu kesabaran...
menahan segala ceritera yang dibuat oleh sesetengah pihak yang aku rasakan amat jahil dalam kehidupann...
menilai kami dari mata kasar tapi tak cuba untuk menyelami dengan mata halus...
pelik apabila harta dunia yang diagung-agungkan!!!
sehinggakan nilai hubungan menjadi galang gantinya...
jika itu yang diinginkan, aku dengan senang hati bisa memberinya...
sebab itu aku cukup menghargai keluarga yang tidak sempurna ini...
mereka tetap menjadi keutamaan dan aku juga sanggup melepaskan insan tersayang jika keluarga ku tidak menjadi pilihannya!!!

buat Allahyarham Suhaimi Bin Salleh, semoga roh abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

AL-FATIHAH....

IN LOVING MEMORY
SUHAIMI BIN SALLEH
23 MARCH 1958 - 28 OCTOBER 2002

20 October 2009

open house a.k.a claz gathering @ Rem's house....


al-hamdulillah, selepas berhempas pulas menjadi PA tak bertauliah encik rem, akhirnya majlis berjaya...
misi untuk kami mengumpulkan ahli claz tercapai...
walau pun, tak semua yang datang, tapi kira ok la kan...
better than nothing...
rombongan 5 buah kereta menyerang rumah beliau...
macam ramai kan...
walhal, 8 orang jer...hahaha...
so, bila dah berjumpa macam-macam ceritera keluar....
seronok sangat...
sebenarnya aku tak jangka pun benda ni akan sukses...
serik aku nak letak harapan menggunung...
tak pasal-pasal jadi macam tahun lepas...
so, aku chill jer...
tak kisah walaupun sebenarnya kisah...hehe...
apapun, yang penting benda ni dah sukses...
next gathering????
not in my mind now...
but, just wait & see...
kadang-kadang aku ni sukar untuk dijangkakan...

~special dedicated to:-
rem (tuan umah)
kak wati
kak chah
kak supi
azan + partner
nurul + partner


14 October 2009

penyatuan aku, cik duta IOI & cik sakit perut...

syawal semakin melabuhkan tirainya..
tapi aku cume berkesempatan ke sebuah rumah untuk xtvt open house (rumah sahabat handai okeh)..haha..
elok juga..
tak la berlakunya penambahan kalori..adoyai...
walau pun, pada mulanya kemalasan melanda untuk aku pergi ke mana-mana open house tapi mengenangkan dah berkurun tidak bersua membuatkan aku teruja untuk menghadirinya...
mengenali mereka sejak era sek men dan title aku sebagai senior (senior la sangat) tak menjadi batasan untuk aku rapat ngan budak sengal dua orang ni..
apatah lagi aku bukan jenis yang mengagung-agungkan gelaran yang tidak semenggah itu...
meski pun ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan keintiman (ambik ko ayat, tak hengat)kitaorang...ada aku kisah!!!
paling membuatkan aku cukup terharu apabila mereka utuh memberikan sokongan di era kejatuhan aku...
biasa la tu, politik budak sek..
boleh tahan juga poyonya...
walau pun perbezaan usia tapi cukup membuatkan aku selesa untuk berkongsi apa jua ceritera dengan mereka...
atas alasan itulah juga jalinan ukhuwah terus tersulam...
aku berterima kasih pada teknologi sekarang yang cukup membantu aku untuk menjejaki adik...
we already lost contact...
maklumlah, si adik ni suka sangat menukar nombor 'telefon bimbitnya'...
tak sangka medan 'myspace' menyatukan kitaorang..
teknologi juga mengeratkan persahabatan antara aku dengan zura..
dari era friendster, membawa ke myspace dan kini bertapak di facebook...
kami tak pernah terputus hubungan... =)
kesempatan bersua menyaksikan kami lupa diri..
terutamanya cik duta IOI...
lupa sang suami dan puteri... (adik suka lupa daratan tau..hehe)..
pelbagai ceritera dikongsikan..
serius, kegembiraan aku berganda apabila melihat mereka...
zura plak, hilang sakit perut...
macam-macam peel...
sedikit sebanyak aku mula tak mengendahkan keberadaan dia..
special dedicated to Nor Fadillah binti Zainal Abidin & Noor Azurah Binti Zaina Abidin, i luv both of u gals... =)

Papadom...

bukan ceritera berkenaan papadom yang orang akan makan dengan nasi beriani...
tapi Papadom Movie hasil karya Afdlin Shauqi...
aku tertarik dengan intipati ceritera nie..
apatah lagi aku kehilangan ayahanda tercinta, maka mesej ceritera ni dekat dengan hati aku...
(Al-Fatihah untuk abah..)
garapan yang pada aku cukup ringkas..
sometimes less is nice..
tak perlu ceritera yang berat sangat sampai berkerut-kerut dahi aku memikirkan apa maksud tersirat...=)
terkadang aku terfikir, salahkan si ayah mengukuhkan kewangan sehingga keluarga terasa dipinggirkan????
it's complicated actually...
lumrah manusia sentiasa ingin kesenangan dalam hidup...
tanya la pada sesiapa sahaja di muka bumi ini, takde yang inginkan kehidupan sengsara....
tapi, keluarga tetap di beri keutamaan...
tiba masa untuk sama-sama muhasabah diri mengenang kembali apa maksud tersirat di sebalik ikatan kekeluargaan...
terus-terang air mata mengalir tatkala menonton ceritera Papadom... (menci tau!!)
mungkin sebab ketiadaan ayahanda, aku sedikit emo..huhu..
buat mereka yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah sementara ada....

btw, 5 stars for this movie...

13 October 2009

hang out wif her....

susah sebenarnya untuk 'sesi umpatan' berlaku..hehehe...
waktu kerja kami berbeza...
makanya, bukan mudah untuk mengatur pertemuan....
kredit yang maha agung dalam persahabatan kami apabila saling mengenali sejak era sek. men...
mungkin juga nilai give and take yang cukup kebal jadi benteng pengukuhan ikatan tu... =)
walau pun jarang jumpa, telefon dan email jadi penyambung jalinan ukhuwah...
bunyi macam poyo je kalau aku katakan kami set cute gathering ni lebih dua bulan..
tapi tulah realitinya...
kesibukan tahap gaban...
kali ni tanpa kelibat Cik Fida...
bukan menyisihkan beliau, tapi cuba untuk memahami situasinya...
takpe ye Cik Fida, one big event will be held on Feb 2010...
but, seriously, rasa bersalah menyelubungi jiwa...
huhu...ampun babe!!!
destinasi pilihan One Utama..
agenda penting Golden Screen Cinema & Burger King...
yang bestnye bila sama2 buat keputusan untuk tentukan tentatif program...
kadang-kadang, aku 'berangin' gak bila semua benda aku kena tentukan...
come on la, give me a break!
apa la salahnya kalau sama-sama yang decide...haih...
ter'emo' plak...ngeh..ngeh...
apa pun, hari yang indah untuk kitaorang beronggeng..hahaha...

08 October 2009

makan hati a.k.a patah hati penyumbang kurus????


sengaja tajuk itu dipilih bagi entri ni…
mungkin ada yang setuju dengan penyataan di atas dan mungkin juga ada yang tidak sependapat…
apa pun setiap individu mempunyai pandangan mereka sendiri….
aku tergolong di antara mereka yang tidak mempunyai habit itu…
serasa aku, makan hati  a.k.a patah hati la penyumbang terbesar pembesaran badan aku ni….kuang..kuang..kuang…
mungkin tidak secomel mana tetapi acapkali juga bila terjumpa teman lama yakni teman angkatan sek mahupun uni pertanyaan,
 “eh, apasal berisi dah ni?”
terpacul keluar dari mulut mereka yang menyebabkan aku rasa macam nak sedekahkan buku lima je…
haih, ikut suka aku la nak berisi ke..nak kering ke…(cover line tapi dalam hati tuhan je yang tahu..huhuh)…sejujurnya, aku terasa dengan pertanyaan itu…
serius, aku cukup obsess dengan kekurusan (ada ke perkataan ni???) badan..
tapi tak la sampai amalkan diet yang memudaratkan…
Gila ape!
Badan nak pakai lama weh…
aku bukan la pemakan sangat orangnya…
tapi bila berada di dalam situasi yang tegang a.k.a stress, nafsu makan akan bermaharajalela…
masa tu aku boleh makan apa saja yang terlintas di fikiran..
bahaya kan….
cara tu la boleh redakan stress yang melanda (sikit sebanyak la..heheh)..
sebaliknya berlaku bila aku berada dalam situasi yang menyenangkan a.k.a happy bangat…
masa tu hidangla apa jenis makanan pun depan mata aku gerenti tak terliur punya…wakaka
satu hari tak makan pun masih lagi ok…
habit ni bermula sejak zaman sek lagi..
aku pun tak pasti kenapa jadi terbalik…
selalunya orang kalau sedih atau stress tentu tak lalu makan kan…
apa taknya asyik mengenang nasib je..
pastu meletakkan diri dalam keadaan duka nestapa…
sah-sah la takda selera nak makan…
am I weird??
Well, I don’t think so...
maybe just a lil bit unique..wakaka…
aku rasa ada juga mereka yang di luar sana seperangai dengan aku…
contoh terdekat, my best buddy…ngeh..ngeh..ngeh….


Babe, jom layan burger king!!! Ahaks…


cute words for today...

Friendship is an onion.
It has many layers in it.
Adds taste to your life.
But if you try to cut it, you will get nothing but tears!"

07 October 2009

pengakhiran sebuah persahabatan / perhubungan...


Setiap ceritera pasti ada akhirnya...
suka atau duka yang pasti itulah penghujung ceritera. ..
ironinya kita masih mengharapkan keindahan terpancar di akhir garisan...
bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai...
tapi bukan mudah juga untuk dvisualkan...
apatah lagi dalam konteks persahabatan / perhubungan...
paduan kedua belah pihak aset penting yang menentukan untung ruginya nilai sesuatu persahabatan / perhubungan...
Kurangnya tolak ansur pastinya sukar untuk pengukuhan berlaku...
namun, ada kalanya tanda noktah itu sebagai pengakhiran jawapan terhadap persahabatan / perhubungan yang bermasalah...
atau mungkin boleh dikatakan yang tanda noktah itu berperanan untuk penilaian dilakukan sekali lagi dengan lebih telus...
lumrah manusia, mula merasakan kepentingan apabila berhadapan dengan perpisahan...
peluang kedua bakal menyusul pada mereka yang masih ingin memberi...
tapi tidak pada mereka yang merasakan cukuplah!
Dan diketika itu, wajarlah noktah diletakkan pada penghujung sebagai penanda keputusan telah dicapai...
persetujuan???
 tidak diperlukan sama sekali kerana mereka yang melukai tidak akan terdetik pun di hati walau sekelumit...
sebaliknya kemaafan sering ditagih dan dengan semudah a,b,c, 1, 2, 3 ianya dihulurkan...
yalah, memohon kemaafan kan modalnya cuma air liur!!!
Sejauh mana keikhlasannya, wallahualam...
hanya Allah yang maha mengetahui...
sebagai manusia biasa yang tidak layak merangkul kesempurnaan...
kemaafan tetap dan masih diberi...
mudah memaafkan tapi sukar melupakan...

05 October 2009

engagement of my cousin...

minggu yang sibuk berakhir dengan jayanya...
keluarga besar berkumpul untuk memeriahkan acara...
selalunya mengikut tradisi keluarga, kalau sorang dah buka gelanggang...
makanya akan ada yang menyusul...~sigh~
harap2 la ya kot2 ada yang terkena badinya... (macam cakap untuk diri sendiri je...wakaka)
al hamdulillah, majlis selesai...
rombongan 10 biji kete mengiringi ke acara peminangan...
destinasi pilihan banting selangor...
sepupu aku ramai lelaki dan sememangnya aku rapat dengan mereka2 yang sengal itu...
dek kerana itulah, ciri2 pompuan diri terhakis sikit..(sikit je tau!)
maklum je lah, mereka2 ni treat aku macam jantan..
sebab tu aku agak kasar orangnya...heheh...
agaknya mereka ni lupa yang aku ni pompuan...
bila dah meningkat dewasa ni mereka tak la layan aku camtu lagi..
tapi extra manja adalah!!!
mengada2 + suka buli aku...
tapi, bila konflik terjadi dalam hidup aku suatu ketika dulu...
mereka ni lah pemberi semangat aku...
kronfrantasi berlaku dan mengatakan apa sahaja keputusan yang dibuat...
sokongan mereka tetap teguh di belakang ku...
sobs2...terharu sangat2...thanks guys..
okey, enough bout memory story telling...
apa pun, aku titipkan doa untuk kebahgiaan mereka...
insya allah, majlis akan berlangsung bulan dec 2010... =)

02 October 2009

I'm happy for her....

sms ku terima dari seorang teman membuatkan aku tersenyum...
wanita itu sudah pun bergelar ibu dengan kelahiran baby lelaki...
pantas masa berlalu namun persahabatan kami tetap utuh...
mula mengenalinya ketika zaman sekolah rendah...
teringat panggilan singa yang diberi oleh teman sek..
sungguh sengal mereka itu..hahah..
maklum la, dia ni garang sangat...
apatah lagi apabila memegang jawatan penolong ketua pengawas..(hebat tak hebat la teman ku nan sorang itu) karektornya wajib begitu...
tapi kitaorang mula rapat ketika zaman sekolah menengah...
mengharungi alam remaja dan persekolahan menengah bersama...
meski pun terpisah ketika zaman PMR namun anyaman persahabatan terus terjalin...
dari kiriman surat hinggalah teknologi telekomunikasi terus menjadi penghubung...
lucu bila mengenangkan jemputan perkahwinannya ku terima melalui laman sesawang friendster...
berkongsi saat gembira itu dengan dia dan kini sekali lagi detik manis itu dikongsi bersama...
titipan doa agar dia terus berbahagia di sisi keluarga tercinta...

"babe, aku sayang giler kat ko... =)"

29 September 2009

aku bukannya selemah yang kau sangka!!!


Perlukah aku tunduk kepada desakan yang cuba untuk mencabar tahap kesabaran aku...
bila difikir-fikirkan, apakah perlu penamat pada sesuatu perhubungan atau persahabatan apabila semakin melambak konflik yang timbul????
penyelesaian satu konflik, muncul pula lima konflik yang lain...
lumrah kehidupan, memang tak lepas dari permasalahan...
aku akui itu...
namun yang membuatkan aku bengang dan sakit hati apabila konflik yang terrjadi hasil daripada tindakan mereka yang dangkal pemikiran...
menilai sesuatu perkara dari satu sisi dan bukannya secara menyeluruh...
nak katakan kurang matang, usia tidak pula menjadi wakilnya..
mungkin faktor cetek akal, terlahirlah keputusan separuh masak...
sebab itulah wujudnya tindakan dari mereka yang kurang bijak ini, yang aku kategorikan sebagai bengap tahap gaban...
tak semudah itu untuk aku mencapai kata sepakat...
aku bukan seperti mereka yang memandang enteng permasalahan yang timbul...
ibarat menarik rambut di dalam tepung...
aku perlu pastikan rambut tak putus dan tepung tidak berselerak...
tak dinafikan kadang-kadang keputusan yang aku ambil menyebabkan satu pihak menerima impaknya dan wujud ketidakadilan...
adil atau tidak aku tak peduli sangat..
lebih baik sakit hati sekarang dari menanggung perasaan itu sepanjang hayat...
berpegang pada kata-kata setiap yang berlaku pasti terselit hikmah disebaliknya...
aku tetap mengorak langkah dalam merencanakan kehidupan...
pengajaran dari peristiwa yang berlaku baru-baru ni membuatkan aku terfikir, tindakan mendiamkan diri bukan lah jalan penyelesaian semata-mata...
dari melayan kerenah mereka yang menjengkelkan, adalah lebih baik aku menjaga perasaan mereka yang dekat di hati...
tidak tunduk pada desakan yang membuatkan aku rimas...
tak mati dek keji atau cacian...
 dan tak hidup dek pujian...
selagi sabar itu milik aku, pasti mereka akan mendapat hidayah dan berfikir semula kesan dari tindakan yang diambil adalah satu kerugian semata-mata...
perlu diingat jangan pula dijolok sarang sabar yang kukuh di dahan...
takut nanti bahana pula sebagai ganjaran...
sebagai manusia biasa, tahap kesabaran aku ada batasannya...
aku tak selemah yang kau sangka hinggakan sewenang-wenangnya untuk diperkotak-katikkan seperti kotak kasut!!!

28 September 2009

ceritera raya...


hari ni aku dah mula masuk keje setelah bercuti raya...
raya sakan????
dak aihh...
ala kadar jer...ngeh..ngeh..
secara ringkasannya, raya pertama sehinggalah raya ketiga aku penat menjadi supir membawa ahli kerabat mengunjungi sanak saudara...
banyak aktiviti tanpa perancangan rapi...
semuanya ala-ala 'redah jer!!!'

raya pertama
seperti biasa, pusara ayahanda tercinta dikunjungi...
sempat juga aku memerhatikan keadaan sekeliling...
erm..rata-rata memilih warna jingga sebagai warna tema...
kelakar pun ada..
tapi pada aku, warna sedondon ni melambangkan permuafakatan...
seronok tau bila ahli kerabat memakai warna sedondon...
amalan ni memang dah jadi tradisi kerabat aku...
tapi tahun ni agak kelam kabut sedikit persiapan..
so, tak sempat nak tempah busana yang sedondon...
kechiwa jugak la...
tapi tak ape...
raya haji kami akan pastikan sedondon itu ditebus...hehe..

raya kedua
bersedia untuk menyerang Perak bahagian Simpang Empat...
kononnya seluruh kerabat nak berkonvoi dari KL...
katanya la!!
tapi hampeh...
akhirnya berkonvoi dari rumah embah...
dengan 3 biji kereta aktiviti diteruskan...
bila dah sampai sini semestinya banyak rumah yang akan dikunjungi...
maklum la, agak besar juga kerabat sebelah ibundaku...
sampai rumah agak lewat disebabkan jalan jauh....
dari nak mengelak kesesakan, lalu la jalan alternatif..
bagus sungguh idea sepupu gue yang sengal tu...
jalan alternatif yang membuatkan jarak perjalanan melebar...haih...
tapi, kredit gak la untuk dia...
kalo tak, maunya haus kaki aku memijak pedal clutch...

raya ketiga
kalau raya kedua beraya di Perak bahagian Simpang Empat, raya ketiga pula masih lagi di Perak cuma bahagiannya yang berbeza..
Tanjung Malim...
segalanya lancar...
bernasib baik sebab tak bertembung dengan kesesakan jalan...
takut gak la sebab ramai yang dah mula balik ke kota...
al hamdulillah sangat-sangat...
bukan ape, kesian kat kaki ni...hikhik...

kesimpulannya, raya tahun ni sama juga la seperti tahun-tahun yang sudah...
yang beza cuma cuti aku sekejapan...
tahun ni pun lemang macam kureng sedapnya...
entah-entah lemang pun mogok kot..haha..

18 September 2009

Salam Syawal....


mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat umat Islam seisi dunia...
kepada yang pulang ke kampung...
hav a safe journey...
jangan dok merempit...
jangan dok memecut...
ingatlah orang yang tersayang...
~wink~

17 September 2009

rimas!!!

aku tak nafikan yang aku agak toleransi orangnya..
kena pada gayanya, aku bisa jadi insan yang fleksibel dalam segala segi meskipun ianya kadang-kadang mencuit emosi..
namun, ada ketika aku sesak dalam situasi yang mana menyebabkan aku berada dalam keadaan yang cukup merimaskan…
bosan dengan peel mereka melahirkan perasaan yang menjengkelkan..
bila keadaan itu berlaku, tindakan yang paling bijak adalah mendiamkan diri..
aku cuma inginkan ruang untuk bersendirian…
jujur, aku memang akan bersikap sedemikian rupa untuk keselamatan bersama…
bersikap endah tak endah sampai satu tahap perasaan itu akan membaik sendiri..
sukar untuk aku berkonfrontasi dengan mereka dek kerana kurang arif dalam menzahirkan perasaan amarah dengan cara yang berhemah…
daripada mereka terasa hati dengan kata-kata aku yang cukup sinikal, adalah lebih baik aku mendiamkan diri…
memiliki hati yang lembut ada pro dan kontranya…
mudah untuk dimanipulasi…
tapi ada kalanya satu ketika hati ini bisa menjadi sekeras kerikil…
selagi rimas itu mampu ku tangani dengan jayanya, selagi itulah ia tidak akan memberi impak pada persahabatan mahupun sesuatu perhubungan...
tetapi jika ianya menghasilkan tahap kecamuk yang memuncak dalam diri, jalan terbaik…pengakhiran sebuah ikatan…
kejam???
mungkin ada sedikit…

16 September 2009

menjelang syawal....

sedar tak sedar ramadhan akan ditinggalkan...
al hamdulillah, ibadah puasa dapat ku jalani dengan jayanya...
persiapan juga tidak la semeriah tahun sudah...
ala kadar...
entah mengapa, seakan kurang teruja untuk meraikannya...
kalau tahun sudah paling tidak tiga helai baju baru akan ku sediakan...
tahun ni pula, cuma sehelai...
kesyukuran tetap ku panjatkan pada yang Esa..
sekurang-kurangnya aku masih berpeluang mengenakan baju baru...
menjelang syawal juga ingatan ku terarah pada insan-insan tersayang yang pergi menyahut seruan ilahi...
sungguh, kerinduan itu tetap untuk mereka dan akan terus mekar...
seperti selalu, sebagai tanda ingatan Al-Fatihah ku kirimkan dari kejauhan..
menitipkan doa agar mereka tenang di sana di sisi orang-orang yang beriman...

14 September 2009

ayam penyet...tak sedap pun!!!

mendengarkan nama ayam penyet buatkan aku teruja...
apabila hidangan itu dipilih untuk santapan office gathering meski pun aku bukanlah peminat ayam...hahah...
sempat juga dok risik-risik pada teman sejauh mana keenakkannya...
rata-rata feedback yang ku terima amat memberangsangkan...
haih, ni yang buat aku teruja...~wink~
namun, lain pula yang terjadi apabila aku mula menjamahnya...
citarasanya tidak menepati piawaian aku langsung...
tetiba keciwa menyelubungi jiwa...huhu...
tulah, jangan teruja sangat..
ingatkan cuma aku yang berperasaan begitu...
yelah, kadang-kadang aku ni agak mengada-ngada orangnya....hehe...
rupa-rupanya mereka juga sama...
perkhabaran ku layangkan pada teman yang promosi 'baik punya'..
kata mereka...
teman 1 : ko mkn ayam penyet ktne?kalo nk mkn indonesian..mkn kt ayam bakar wang solo kt ampang..ayam bakar,empal daging & gado2 dia terbaik!ayam penyet dia pon not bad...hee

teman 2 : chef dia tak pandai buat ayam penyet la tu...
makanya aku terfikir, mungkin kedai itu yang tidak pakar dalam penyediaan ayam penyet atau mungkin juga aku datang pada hari yang salah..huhuhu...
tapi takpe..mungkin aku akan pertimbangkan cadangan teman 1..
"babe, jom wat ladies gathering"....ngehngeh...

lerai kusut...

apabila kekeliruan mulai wujud...
huraikan ketidakfahaman agar tak tersasar penilaian
jangan berselindung di sebalik ceritera yang tidak nyata....

11 September 2009

Flaming Steamboat Restaurant + Final Destination 4 = Layan...

sebenarnya minggu lepas acara ini berlangsung...
tapi baru hari ini dapat meng'update'nya...
agak kelam kabut dengan urusan harian...
lama juga aku tidak bergumbira dengan awek sengal dua orang ni..[ampun gals.. =)]
maklumlah, masing-masing buat-buat sibuk...hehehe..
kali terakhir 'mencucuh langit' bulan jan 2009...
lama kan..haih...
sepatutnya ada 4 umat, tapi last minute ada yang buat perangai...
dah kujangka benda ni akan jadi jugak..
tapi takpe, memang last time la dia akan dijemput...
lepas ni, takde maknenye...
huh, enough about her..
buat aku nak jadi 'hijau' je...
fast breaking at Flaming Steamboat Restaurant Sunway...
nasib baik aku dh book awal-awal...
kalau tak, maunye kena fire ngan dak Aqis...
aku menjemput Puan Sri Rafidah kat LRT Kelana Jaya with my new bf...(bangga la korang ek!! become da first person..hihihi)
sempat sampai ke sunway dengan hemahnya...
walau pun jalan agak sesak...
well, i'm born to know short cut of sunway road..hahaha (sure Aqis tengah dok mencebik...takbur betul kawan ko nan sorg ni kan..wakaka..)
lepas puas memberi ganjaran pada perut yang telah berpuasa (sambil menjeling Aqis), kitaorg berangkat ke Sunway Pyramid...
serius, lama aku tak menjejakkan kaki ke situ...
planning layan Final Destination 4...


aku bukan la peminat cerite genre begini tapi Aqis telah menggunakan kuasa vetonya untuk paksa aku tengok gak movie ni...
Fida plak seperti biasa, follow je da plan... (awek ni memang tak kisah punye..)
kali ni syok la sebab segalanya sudah dibook awal-awal...
konon berani la si Aqis tu, alih-alih dia yang banyak tengok tangan sendiri dari layan skrin yang gabak tu...ceh!!!
apa pun, enjoy sangat hang out ngan dorang...
next event maybe somewhere in December 2009...
hopefully can make it...




~dedicated to Aqis & Fida...enjoy sangat hang out ngan korang...walau pun korang sengal aku tetap anggap korang kawan aku sampai bila-bila... ~wink~

09 September 2009

Masih Jelas by Hafiz AF7

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara..
Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda..
Yang dilanda
Kehilangan

Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku

Masih jelas
Setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Ratib sendu
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranamu..
keranaku..
Dipisahkan

Sudah suratan
Takdir begini
Segalanya sementara

Selagi hayatku
Masih ada
Kau bernyawa di hatiku

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi..
Dikau pergi..

~ tergolong di antara beribu fan Hafiz, pastinya lagu ini cukup kugemari...apatah lagi karektor yang ada padanya menambahkan lagi ke'cute'annya..hikhik...

Bengang by Akim AF7

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik aku beralih
Biarkan diriku terus bersedih

Ku tak fikir engkau setia
Walaupun jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda
Cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Yang menambahkan
Rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Ku tak sanggup sama
Dirimu yang sering berdusta

Letih hatiku di serang pilu
Letih hatiku teringat janji mu
oooo cara muuuu
Akan ku teruskan
Hidupku oooo tanpa mu


~ kebelakangan ini, tak jemu untuk aku terus mendengarnya..iramanya menjadi halwa telinga...entah kenapa liriknya seakan dekat di hati..seolah-olah mengingatkan aku pada seseorang...

nice date....

09/09/09

01 September 2009

11 hari di bulan ramadhan....

Syukur, 11 hari menjalani ibadah puasa...
semuanya berjalan dengan penuh lancar...
sungguhpun tahun ni agak kurang meriahnya dek kerana bil ahli yang mengecil..
maklum la, adik-adik berpuasa di perantauan..
wah, bunyi macam jauh walhal, masih lagi dalam lingkungan selangor... :)
apa pun, ramadhan di rai penuh kesyukuran..
sesekali hati teringat pada arwah...
doa ku panjatkan agar rohnya dicucuri rahmat...

52 tahun Malaysia merdeka...

proud to be malaysian...
hidup penuh keharmonian dan aman sejahtera...
bunyi klise kan...
tapi itulah hakikatnya...
mengecapi kemerdekaan hasil usaha perjuangan nenek moyang kita sewajarnya dijadikan azimat agar tiada sekelumit peluang pun untuk penjajahan berlaku sekali lagi...
tindakan sesetengah pihak yang cuba mengucar-kacirkan keadaan patut dihentikan...
setiap perkara pasti ada jalan penyelesaian...
kestabilan ekonomi dan kepelbagaian kaum patut disyukuri oleh semua pihak...
bukan pergolakan menjadi jalan penyudahnya...
moga semangat 1 Malaysia terus utuh!!!

21 August 2009

layangan salam...

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak...
selamat berpuasa...
hayatilah kemuliaan ramadhan agar keberkatan diperolehi bersama...

19 August 2009

Demi Cinta by Keris Patih

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku

walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi kulakukan semua demi cinta

akhirnya juga harus kurelakan
kehilangan cinta sejatiku
segalanya telah kuberikan
juga semua kekuranganku

jika memang ini yang terbaiku
ntuk diriku dan dirinya
kan kuterima semua demi cinta

* jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi

** bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
ijinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya

~ aku suka lagu ni dek kerana sikap positif yang ada..apa yang aku perhatikan keris patih pasti buat lagu yang terkandung positive attitude. walau pun kecewa tapi tetap mendoakan yang terbaik untuk pihak di sana...lagi satu, arrangement muzik yang pada aku cukup terbaik...still keris patih one of my fav group... :D

Hello by Beyonce...

Oh!
Oooooh
I love to see you walk into the room
Body shining lighting up the place
And when you talk everybody stop
Because they know you know just what to say and
The way that you protect your friends
Baby, I respect you for that
And when you roll you take everyone you love along
I love that you
Don't fly me away
You don't need to buy a diamond key
To unlock my heart
You shelter my soul
You're my fire when I'm cold I want you to know...
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello (Hello)
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello (Hello)
It was many years ago (Ago) B
aby, when you stole my cool
Cuz you had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello oooooh
I get so excited when you travel with me, baby, while I'm on my grind
And never will I ever let my hustle come between me and my family time and...
You keep me humble out of this hype
Cuz you know there's more to life
And if I need ya, you will be here, you will make the sacrifice
Don't fly me away
You don't need to buy a diamond key
To unlock my heart
You shelter my soul
You're my fire when I'm cold
I want you to know...
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello (Hello)
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello (Hello)
It was many years ago (Ago)
Baby, when you stole my cool
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello oooooh
Gotta feel you
And be near you
You're the air that I breathe to survive
Gotta hold you
Want to show you
That without you my sun doesn't shine
You don't have to try so... hard for me to love you
Boy without you my life just ain't the same
You don't have to try so... hard for me to love you
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello (Hello)
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello (Hello)
It was many years ago (Ago)
When you stole my cool
You had me at hello (Hello)
Hello (Hello)
Hello oooooh
It was many years ago Baby, when you stole my cool
You had me at hello
Hello
Hello ooooo

18 August 2009

Persoalan Cinta...

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi...
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA.





~ nukilan ku perolehi melalui email. Thanks to Ema for forwarding me this. Saja nak kongsikan bersama. Ketahuilah sememangnya hal cinta adakalanya merumitkan. Kita perlu merungkaikan persoalan untuk mencari kesimpulan...

G.I. Joe


baru lepas layan ceritera ini..

my comment :-

superb!

best!

walaweh, memang syiok!

terbaik!

:))

07 August 2009

new bf publish today....

celebrating my new bf...
but still miss the old one...
biasa la kan...
hampir 6 tahun dengan dia pelbagai ceritera dilalui...
suka duka pahit manis...
menyaksikan saat-saat girang...
juga saksi penting gugurnya air mata yang cukup berharga ini..
semuanya dengan dia...
dan kini aku terpaksa melepaskannya...
untuk mencapai pembaharuan seharusnya melepaskan sesuatu...
dan itu la yang ku ambil...
sungguh!!!
kalau diri ini berkemampuan, semestinya dia tetap di sisi...
apa pun, jasamu tetap ku kenang...
(you still in my heart...huhu...)

someone birthday...

setiap tahun tarikh ini cukup ku nantikan...
meskipun persahabatan tidak seperti dahulu kala...
sukar untuk aku melupakan tarikh keramatnya...
antara insan yang pernah penting (dan kini masih lagi mempunyai kepentingan dalam hidup aku) yang mana sukar untuk aku memadamkan kenangan sewaktu era uniform biru putih...
manusia berubah selaras dengan peredaran zaman...
dia pemangkin di saat zaman kejatuhan..
sms ku hantar sebagai pengganti diri...
tak lupa menitipkan ucapan di laman facebooknya...
apa yang membuatkan aku tersenyum, sms ku terima dari dia sebagai tanda terima kasih...
sempat berbalas sms..
bertukar perkembangan diri...
masih seperti dahulu...
memberikan kalimah semangat untuk aku meneruskan kehidupan...
serius, aku sayang dia...
~ dedicated to (you know who you are)... i'm always pray for your happiness...

Long weekend....

memang minggu yang panjang untuk aku berehat...
mahu tidaknya, virus demam menyerang sel badan menyebabkan aku totally flat...
dari rabu sehinggalah membawa ke selasa...
nah, ambik habuan...
mc yang sungguh panjang sehinggakan aku menjadi muak...
ubat???
rasanya tekak pun mula mengangkat bendera putih...
mengenangkan wujudnya pelbagai demam di pasaran membuatkan aku terpaksa berkompromi dengan ubat...
sungguh, aku bukan pencinta ubat!!!
al hamdulillah, aku cuma demam biasa...
bukan denggi malahan bukan juga H1N1...
sakit yang ku anggap sebagai signal untuk badan berehat...

15 July 2009

mula berdebu...hehehe...

adoyai....
lame rasanya aku tak menjengah blog...
kesibukan diri membataskan aku untuk menziarahinya... :)
balik dari bercuti, sah-sah la kesibukan melanda...
tapi takpe...
slowly, i'll updating this...
banyak perkara yang aku lalui sepanjang jun & pertengahan julai.. (dah tengah ker???)
yang pasti kehidupan semakin syok untuk dinikmati dan aku tak memikirkan langsung keberadaan dia...
serius, aku tak heran pun...
lama kami tidak berhubung & sedikit pun tidak membuatkan aku terasa hati..
i'm a big girl now...(ceewah..)

24 June 2009

netball...bola jaring...

hampir 6 tahun aku tak berkecimpung dalam xtvt riadah ni...
lepas beruniform biru putih sempat gak la aku join semasa bergelar siswi...
tu pun cuma sekejapan...
kemudian langsung dilupakan...
apatah lagi bila teman-teman membawa haluan mereka...
xtvt ni terus berkubur...
namun, al hamdulillah...
finally, i find da rite team...
we not pro just amatur... :D
yang penting, ada juga xtvt riadah untuk aku...
tidak la asyik dengan xtvt pengembangan badan...huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...