23 January 2009

minggu yang sesak...

apabila kesesakan itu berlaku, secara automatik stress akan mula melanda diriku...
aduhai...tidak la seteruk mana sehinggakan aku dilanda kemurungan..
cuma minor stress..petanda untuk aku memperlahankan aktiviti harian...
kesibukan mengejar 'dateline' (makluman : opis gue akan ditutup selama seminggu...makanya segalanya perlu diselesaikan segera)...membuatkan aku terlalu penat..
bukan secara fizikal tetapi minda yang mulai merasa kepenatan...
oleh itu, cuti raya cina yang panjang akan aku manfaatkan dengan sewajarnya...
ape perancangan????
minda masih ligat berputar...
haih...

15 January 2009

teman lama...

pertemuan semula dengan teman lama membuatkan senyuman terukir di wajahku..imbasan kenangan di zaman persekolahan mengisi topik perbualan kami..terasa cepat masa berlalu..alih-alih, hampir 8 tahun 'era uniform sekolah' kami tinggalkan...pertemuan semula juga membongkar pelbagai variasi ceritera...
pandai mamat ni simpan rahsia..walau pun aku antara insan yang terapat dan pernah menjadi 'penyimpan mohor-mohor besar' akan rahsianya yang maha hebat tu, tapi masih ada perkara yang aku 'terlepas pandang'...manusia tak sempurna..tempoh persahabatan yang lama bukan jaminan aku mengenalinya dari segenap aspek..masih ada ruang yang belum terisi...
memang ada perubahan yang agak ketara berbanding dulu dan sekarang..tapi aku cuba berfikiran positif..manusia berubah selaras dengan perubahan zaman..belajar untuk terima perubahannya walau pun jauh di sudut hati aku masih ingin mengenali dia seperti 8 tahun sudah...
perubahan dirinya ku khabarkan..hanya tawa kecil yang ku terima..katanya...

''perubahan untuk proses kematangan diri''...

dia tidak mahu menjadi seperti dulu...menjadi mangsa penindasan perasaan..laa, aku ingatkan penindasan perasaan cuma sinonim dengan kaum hawa..ternyata telahanku silap..kaum adam juga tidak terkecuali..
tapi perubahan itu juga membuatkan aku sedikit gusar..dia yang kukenali agak pendendam...luarannya nampak tenang tapi gelora hati cukup berkecamuk..dia menanamkan tekad untuk meningkatkan kualiti hidup demi untuk meninggikan status diri di mata mereka..

''gila!!''

ayat keramat yang terpacul keluar dari mulutku..apa tidaknya..niat yang betul tapi salah pengertian..seharusnya niat itu disematkan untuk diri sendiri..bukan untuk orang lain...
namun aku faham..sekali dia menanamkan tekad tiada siapa yang mampu merubahnya..peranan ku sebagai teman..titipan doa agar tekadnya itu tidak membuatkan dirinya tergelincir dari landasan yang sepatutnya....

12 January 2009

aku baik atau dia jahat???

''Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu''

~kebelakangan ni,bait-bait lirik lagu Cuba sering menjadi hidangan halwa telinga aku..entah kenapa terasa seolah-olah lirik lagu ini ada kaitan dalam hidup aku..adakah aku yang terasa diri diexploitasi atau aku sendiri yang memberi ruang terjadinya situasi ini...jawapan yang aku sendiri kurang pasti..entahla..kelemahan dalam diri yang masih aku cuba perbaiki agar hati tak tercalar dek perbuatan insan-insan yang menangguk di air keruh..tapi demi menjaga hati mereka, hati aku pula yang menjadi mangsa..mungkin benar ada kalanya perlu menjadi 'sedikit jahat' supaya tiada penindasan perasaan berlaku...

''Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku''

~nampaknya aku perlu mempunyai sedikit keberanian untuk berkata 'tidak' supaya 'lencana' exploitasi bukan milik aku seterusnya menebalkan motivasi diri untuk menangani konflik dengan lebih berhemah!!

09 January 2009

azam oh azam...

setiap kali tahun bertukar setiap kali itu la juga kita akan disogokkan dengan pertanyaan "apa azam baru?'..
bunyi cam klise kan..
tapi itu la persoalan yang cukup masyhur di kalangan kita menjelangnya tahun baru..
walau apa pun natijahnya, pada aku relevannya azam terletak pada diri sendiri..
sesetengah individu menjadikan azam sebagai agenda dalam meningkatkan kualiti hidup..
menyenaraikan keperluan mahupun kehendak..
seterusnya mencabar diri untuk memastikan azam tersebut mampu dicapai...
namun, kita sebagai perancang sukar untuk melawan ketentuan Yang Maha Esa..
yang penting terus berusaha tanpa jemu demi merealisasikan azam yang diingini...
apa azam aku untuk 2009???
sentiasa dahagakan kejayaan dalam hidup dan meningkatkan motivasi diri dalam menghadapi dugaan 2009..
dugaan 2008 aku dah lalui dengan jayanya dan insya allah aku akan pastikan 2009 tidak akan mematahkan semangat positif yang teguh berpaksi dalam hati...
tak lupa aku akan 'bawa baki ke hadapan' untuk azam-azam yang masih belum tercapai...

Cuba

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

~ lagu yang cukup indah hasilnya dan ternyata mempunyai makna yang cukup tersirat pada aku..tafsirannya cukup subjektif..terkadang kita lupa bila perlu untuk 'memberi' dan jangan cuma 'menerima' semata-mata...terkadang juga kita tak sedar yang kita telah 'menggunakan' orang lain untuk kepentingan diri sendiri sehingga membuat mereka terasa diexploitasikan..itu la lumrah manusia..sebagai peringatan untuk diri aku sendiri, hargailah perasaan orang lain..lebih peka pada persekitaran...pada mereka yang terasa diri diekploitasi, cari ruang untuk lebih mengenali diri sendiri..sesekali perlu untuk bersikap 'berdiri di atas kaki sendiri'..sukar untuk memaksa orang mendengar luahan hati..jalan terakhir, berserah pada Allah yang Maha Esa..hanya dia yang mampu mengerti...

01 January 2009

2009 menjelma sudah....

selamat datang 2009...
setelah melalui segala ceritera di tahun 2008 aku sambut 2009 dengan penuh kesyukuran..
masih bernafas di bumi Allah..
melalui segalanya dengan penuh kesabaran..
kini fasa 2009 akan ku lalui..
dengan harapan diri ini akan terus cekal..
iktibar ku ambil sebagai panduan moga diri tidak terpesong..
mencabar diri untuk menjadi insan yang lebih baik...
meningkatkan jati diri untuk lebih beretika...
membahagiakan insan yang telah menyinari kehidupan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...