20 February 2009

peka atau pekak????

fitrah kita sebagai manusia..
sebagai perancang dan bukan penentu mutlak...
tu yang terkadang perancangan tak dapat divisualkan...
cuba untuk biakkan pengertian terhadap situasi..
tapi dusta untuk dinyatakan kalau perasaan tidak tercuit...
kemarahan yang cuba dibendung supaya maraknya tidak membakar diri...
geram???
sudah pasti itu yang bertapak di hati...
tatkala diri memandang sesuatu perkara dengan aras serius setinggi kondominium,
ada pula insan yang memandang enteng...
entahlah..
sukar meneka perilaku mereka...
mungkin aku yang kurang mengerti atau mereka yang tidak cuba memahami????
adakah aku yang tidak peka atau mereka yang mulai pekak???
entahlah.....
mungkin aku yang perlu lebih bertoleransi...
cuba untuk tidak bersifat paranoid mahupun sensitif...
atau mungkin menjadi sebahagian dari mereka yang mulai pekak dengan situasi????
mengelak dari menjadi pemikir...
supaya bencana jiwa tidak berlaku...
mungkin itu yang patut aku lakukan..
berhenti berfikir tentang perasaan mereka...
cuma menilai kemahuan diri..
ada kalanya pentingkan diri sendiri itu indah!!!
.....

13 February 2009

bila stress melanda...

selain daripada menyepikan diri a.k.a perlukan ruang untuk bersendirian..
aku juga akan mendampingi sahabat baik yang
sedikit sebanyak mampu mengurangkan stress yakni

C . O . K . L . A .T


antara yang menjadi pilihan selain dari yang tertera di atas..
aku pun layan gak coklat jenama lain..
yang penting serasi dengan citarasa diri...

11 February 2009

tak mungkin kerna sayang...

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Korus)
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Ulang korus)

05 February 2009

bila rindu bertamu...

perjalanan masa menuntut pengorbanan yang maha agung...
masa beredar begitu pantas membawa pergi bersama perubahan...
mungkin visualnya bersinar atau ada kalanya berbalam...
konteksnya cukup luas...
setiap inci kehidupan pasti berubah wajah...
kehilangan sesuatu mahupun seseorang adalah lumrah...
kehilangan yang membawa rahmat...
kehilangan yang terselit kedukaan...
yang pasti kehidupan tetap akan diteruskan...
sejuta persepsi kehilangan dapat ditafsirkan...
kehilangan dengan rela dan ada yang tanpa diduga terjadi...
ketika itu, akal manusia harus menerima...
namun, ada kalanya bila rindu bertamu...
diri mulai rebah...
hati berbicara...
fikiran bergelantayangan...
meratapi kehilangan dek khilafnya kita...
penjaga hati kamu tapi hati dia yang tercalar...
kesedihan dipendam dan akhirnya masa membawa dia pergi jauh dari diri...
adakah lagi ruang di hati dia???
adakah kemaafan menjadi penebus???
.....
memori persahabatan menjadi azimat..
rindu ini tetap untuk dia...

03 February 2009

minggu yang santai...

disebabkan minggu yang lalu minggu sesak, cuti CNY aku manfaatkan dengan sebaik-baiknya...
memberi ganjaran kepada diri sendiri..
tiada spesifik aktiviti..duduk rumah 'dating' dengan astro...
hanya itu yang termampu...huhu..
nak 'cucuk langit' dengan teman????
sah-sah mereka tak dapat cuti seperti aku ni + hujung bulan (eco-no-money)...
jadi, suka @ tak astro la peneman di kala cuti...
syok jugak sesekali dapat lepak dengan astro...
terasa rindu zaman ketika bergelar pelajar...
apa pun, ianya hanya tinggal memori...
seharusnya aku menghargai kehidupan sekarang... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...