30 March 2009

Earth Hour...

sesekali berada dalam kegelapan dan suasana sunyi menyelubungi jiwa, terasa teramatla syahdunya..huhu...aku juga antara mereka yang menyokong kempen ini diadakan..termasuk la seisi familiku...semua menunggu detik 8.30 untuk berada dalam kegelapan..just rite time for family gathering... :D
ini la antara sumbangan kita selaku penghuni bumi...walau pun kempen ni cuma satu jam namun ianya satu permulaan untuk memupuk kesedaran terhadap isu alam sekitar..
semakin rakus manusia mengejar kemajuan dan pembangunan semakin rakus pencabulan alam berlaku..jadi, dengan sumbangan sekecil ni diharapkan sedikit sebanyak kita sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan...bumi semakin tua dan tak mampu untuk menghadam segala variasi pencemaran...tanggungjawab kita untuk bersama-sama menghargainya...

17 March 2009

tingkatkan la mentaliti tu!!!!

sebal rasa hati bila mengenangkan mentaliti sesetengah komuniti yang seolah-olah ingin menjatuhkan semangat aku yang tinggi melangit...apalah dosa aku pada mereka, aku sendiri kurang pasti...peel suka melihat kejatuhan orang lain sememangnya satu wabak kronik yang semakin menular..mati agaknya kalau melihat mereka-mereka yang sentiasa dambakan kejayaan dalam kehidupan!!!bukan nak hulurkan sokongan malahan semangat itu diperkotak-katikkan...aku percaya, mereka yang tergolong di dalam himpunan ini tentunya adalah insan yang jelik dengan kejayaan orang lain sebaliknya kalut mencari inisiatif mahupun formula baru agar tiada siapa yang mampu menandingi kehebatan mereka (kononnya!!!)... sedarlah...tak kemana sifat dengki khianat anda itu...yang pasti aku akan jadikan ianya sebagai azimat dalam merencanakan kehidupan seterusnya perintis kejayaan..percayalah, ingat aku kisah??? tentu sekali tidak...selagi keluarga dan teman tersayang memberi sorakan semangat selagi itulah, langkah kaki ini akan terus dihayun...

13 March 2009

beli dan belah...

agak lama aku tidak menghargai diri sendiri dengan membeli sesuatu sebagai ganjaran...
jadi, kesempatan berada di Jusco Maluri digunakan dengan sewajarnya...
sebenarnya di luar perancangan tapi dek kerana mata udah jadi rambang aku pun apa lagi beli jugak untuk kepuasan diri + jualan murah (lumrah wanita kot kalau nampak 'banner sales' jadi pantang plak...pantang kalau tak menyinggah...hehehe)...
ada beberapa item yang aku beli..
sesungguhnya menghargai diri sendiri itu indah...
nak tunggu orang dok bagi kat kita,berhentilah berharap kan... :D



10 March 2009

menjejak 25 tahun....



happy birthday to me..
tiada sambutan yang meriah tapi penuh dengan kesyukuran...
diri ini masih lagi bernafas menikmati warna kehidupan...
pesanan mahupun ucapan dari insan-insan yang dikelilingku sudah memadai untuk membuat aku tersenyum..
ternyata diri ini masih lagi diingati oleh mereka...
yang pasti besarlah harapan jika diri ini masih lagi dihargai...
seterusnya berubah status yang hampir setahun masih di takuk yang sama..
sungguh membosankan..hikhik...
tapi kehidupan masih bahagia untuk diteruskan... :)
once again, happy 25th..
pemberian dari yang tersayang...thanks sistah..





05 March 2009

separa normal...

setelah melalui konflik yang cukup menduga minda...
akhirnya kehidupan semakin normal..
aku cuma menjaga hatiku sendiri..
mungkin kedengaran agak pentingkan diri sendiri...
tapi ada aku peduli...
hanya aku yang mengenali siapa aku...
penat asyik nak menjaga hati mereka...
nampak gayanya aku harus pastikan diri tidak terjebak lagi...
sakit sebenarnya bila konflik melanda diri..
yang pasti lepas ni,...
seboleh-bolehnya aku akan berlari sejauh mungkin..
apabila kelibat konflik mula menghampiri...
bukan la niat nak elak diri cuma dah penat nak pujuk hati...
apa pun, aku masih lagi dalam tempoh 'berkabung'...
belum lagi sedia untuk menyambung 'jambatan teknologi'...
mungkin aku masih perlukan masa...
perlukan masa untuk bersendirian...
sebelum kembali kepada asal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...