28 April 2009

lovers in paris...

antara series yang menjadi kegilaanku...
kuasa cinta mampu merubah seseorang...
kalau difikirkan tiada yang mustahil di dunia ni...
pelbagai ceritera cinta berkisar di dalam kehidupan...
pada aku cinta penuh dengan tanda tanya...
pelbagai persoalan timbul dan cuma dapat dirungkai apabila ianya dihadapi..
walau pun ada duka tapi aku percaya terselit bahagia...
berbalik pada series ni, kuasa cinta merubah personaliti Lee Xiu He dari periang bertukar menjadi seorang pendendam kerana cintanya ditolak...
Han Qi Zhu seorang lelaki yang tidak reti menzahirkan perasaan dek kerana didikan keluarga, berjaya dalam bidang permotoran korporat tapi gagal dalam perkahwinan ...
membesar di dalam golongan elit membuatkan si lelaki tuntas menyelesaikan setiap perkara dengan kekuasaan wang...
wang bukan segala-galanya tapi wang pelengkap kehidupan...
pertemuan mereka di kota paris...
si wanita kaya dengan kesederhanaan sikap, kehidupan si lelaki bertukar wajah...
berusaha untuk memiliki hati wanita itu meskipun diuji pelbagai dugaan...
konflik dihadapi bersama walaupun menduga perasaan...
kisah cinta 3 segi menjadi penyedap ceritera...
tatkala cuba diganggu gugat oleh Lee Xiu He,cinta menjadi benteng...
serius, kalau aku menjadi wanita itu, aku tak mampu setabah Jiang Tai Ling...
lucu bila Han Qi Zhu cuba merubah karektornya...bukan kerana terpaksa...
tapi dalam proses pembelajaran...berusaha untuk memenangi hati Jiang Tai Ling...keikhlasan terpancar...bukan dibuat-buat!!!
dan seperti selalu la kan...pengakhiran yang cukup bahagia...
good story with full colours of emotions...

pray for me...

setelah hampir 4 tahun berlalu...
akhirnya kata sepakat dicapai...
moga-moga kejayaan berpihak padaku...amin...

27 April 2009

gathering preparation...

agaknya muka aku ni kira dah ada cop mohor kot...
setiap kali nak bt gathering / reunion sri utama, sure aku yang menjadi mangsa...
dipaksa @ terpaksa menjadi 'mastermind'...
so, aku la yg kena dok pikir & search mereka2 yang telah M.I.A...
nasib baik teknologi semakin canggih maka memudahkan aku untuk menggoggle mereka...ngehngeh...
satu lagi cabaran bile menetapkan masa dan lokasi...
pun menjadi masalah bila aku jugak yang kena pilih tempat yang sesuai sebelum wanita & lelaki itu bersetuju...adoyai...
sebenarnya aku dah bersara pun dalam bidang reunion ni...
satu insiden yang menyebabkan aku tawar hati...huhu
merajuk???
bukan perkataan yang sesuai untuk meggambarkan jiwa aku ketika itu...
cuma sedikit terasa hati...
nah, terus aku menggambil 1 langkah ke belakang tanda protes...
biar mereka tahu apa yag aku rasa...
kejam???
ku akui kadang kala aku boleh bertukar karektor...
hampir tiga tahun aku menyepikan diri dalam arena ini...
kali ni aku terpanggil untuk mengaktifkan diri...
bukan untuk reunion sri utama,
sebaliknya our 1st gathering untuk x-classmate unisel...
tapi kali ni situasinya berbeza...
setiap orang melibatkan diri..
kitaorang adakan gathering conference through email(credit to Ija sebab mencetuskan idea ni)...
updating each other almost every day...
alhamdulillah, semua dapat dijejaki...
cuma ada yang dapat datang...
dan ada yang tak dapat sertai dek program yang tak mampu dielakkan...
hopefully gathering will be success...
pray for me ya!!

steamboat~office gathering...

seperti selalu pelbagai variasi xtvt akan dirancang untuk 'office gathering'...
kali ni, steamboat plak menjadi sasaran...
selalunya xtvt makan2 diadakan lunch hour,
berubah angin bila 'after office hour' menjadi pilihan...
yelah, tak semua dapat join time lunch hour tapi kali ni tiada alasan...
sebelum makan kena la kerja dulu kan...
so, 1 opis bergotong royong menyediakan menu.. :)


semua berpura-pura sibuk...harhar...

our main menu..meriah kan...

yummy...


our side menu...sate..

07 April 2009

gurindam laut...

walaupun aku agak alergik dengan laut namun pada hakikatnya aku amat mengkagumi ciptaan Allah yang Maha Esa...indah alam ciptaan-Nya...mungkin dek pengaruh di zaman kanak-kanak ribena terbawa-bawa ke alam dewasa...sebaik menghampiri wilayah laut aoutomatis fikiran aku akan merungkap info yang entah apa-apa entah...kelakar sungguh rasanya... :D seboleh mungkin aku cuba untuk mengusir perasaan itu, malangnya agak payah...aku harus mengatasi simptom fobia yang melanda...harus...hehehe...ku akui aku pencinta alam, pencinta pantai, pendengar setia nyanyian ombak yang tak jemu berlagu dan yang terutama peneman di kala mentari melabuhkan sinarnya...kesempatan melepaskan lelah di PD sememangnya amat ku tunggu-tunggu...beberapa minggu yang sudah pun, badan seakan memberi isyarat sudah sampai masanya aku relaks...perginya kesesakan...ketenangan kembali...nyaman nyanyian ombak...cuma cuaca kurang berpihak padaku...gugurnya hujan tapi ombak itu masih terus berlagu...segalak-galak manusia mengejar pembangunan mahupun tuntutan teknologi, ada kalanya tradisi itu akan tetap dijejak...masih lagi mendambakan ketenangan di sini meski pun timbul pelbagai keseronokan di daratan bandar yang mana ada kalanya tidak menjelmakan ketenangan malahan akan memudaratkan andainya tidak dipantau 'dos'nya...

03 April 2009

making new frenz...

seronok sebenarnya bila dapat menambah koleksi rakan yang sedia ada..lagi pulak, aku ni boleh dikategorikan dalam golongan yang suka menambah kenalan..pada aku, bukan satu kesalahan kalau memiliki ramai rakan..itu lebih elok dari kita mempunyai pelbagai musuh..dari pengalaman aku pun, mereka-mereka yang suka mengumpul musuh tak selamanya akan gembira...ada yang suka memporak-perandakan persahabatan orang lain...agaknya dah jadi hobi kot...bila terasa diri dipulaukan, pandai plak buat muka sekupang..kununnya dia la mangsa keadaan...pastu jaja cerita sana-sini memburukkan kita..nak pulak kalau dia tu ada dua personaliti..muka, alamak punye la baik..ala-ala wanita di bawah lindungan kaabah ni..walhal,hati gila jahat..lagi jahat dari pompuan sihir...jadi, semestinya aku akan mengambil langkah drastik untuk elak dari mereka-mereka yang hati jahat dengan 'putus talian sahabat'..dari sakit hati lebih baik tak payah jadi kawan langsung..fitrah manusia plak, suka percaya luaran dan bukan meneliti dari pelbagai sudut..tak semestinya mereka yang nampak ganas dari luar, hati pun ganas..ada kalanya mereka yang berpersonaliti alim yang ganasnya kalah israel..tapi dek muka ala-ala baik ni, susah sikit nak percaya kan...tapi aku tahu, hanya masa dan keadaan sebagai penentu..cepat atau lambat kebenaran itu tetap akan terbukti...setiap kesabaran tetap ada ganjarannya...trust me!!! i learn from my experience... :)
~credit to Ija for conference invitation through email..intro new frenz to me..sekarang ni, bertambah lagi kenalanku walau pun cuma di alam maya.. to Khairul, Ika and Alin, nice to know you all...

02 April 2009

Hamlau Sungguh!!!

bangun pagi dengan semangat yang berkobar-kobar…setelah melalui minggu yang agak ‘blues’, aku dapat balik semangat yang mulai hilang..punca???jangan tanya sebab aku pun tak pasti…entah apa yang merasuk fikiran, seakan minda malas (not in da mood)…mata terasa berat..asyik dok terbayang keempukkan tilam di kamar teratak…sungguh kronik penyakit ku ini.. :D
bersiap-siap dan menata rias seringkas mungkin sambil mengalunkan bait-bait lirik ‘Jatuh Cinta’ dendangan asal Kump. Matta..pelbagai versi genre aku adunkan…hehehe…aku yang nyanyi kan..ikut suka aku la..sungguh ceria pagi ini..di fikiran terbayang kesedapan nasi lemak yang akan menjadi mangsa untuk sarapan…hikhik...
melangkah ke kereta dengan senyuman meleret.. (sungguh, aku tak pasti apa yang membuatkan aku tersenyum) malangnya senyuman itu bersifat cuma sementara…tatkala diri memandang ke cermin sisi di bahagian kanan (sebagai pemandu yang berhemah, aku senantiasa memastikan langkah-langkah keselamatan diambil..cewah..) aku perasan yang kedudukkannya tidak lagi seperti biasa..Ya Allah…mood pagi bertukar 360 darjah..tetiba aku rasa ingin bertukar ‘hijau’ (bukan shrek tapi hulk), siapa la gerangan yang telah menodainya…hamlau sungguh!!!!Nilah, salah satu sikap rakyat Malaysia yang hampeh..diri dah buat kesalahan tapi x reti-reti nak mengaku…mungkin orang itu tersangat la besar saiznya…huhu..dah tahu tak muat, jangan la gatal nk lalu..macam la takde tempat lain...natijahnya,fulus aku yang sengsara…memang @#$*%...walhal aku parkir di tempat yang sepatutnya..totally not my mistake!!!..tapi takpe…fikir positif…aku percaya pada hukum karma..buat baik dibalas baik..buat jahat bala yang akan menyusul..

01 April 2009

April sudah tiba...

kalau dulu di era sri utama, pelbagai peel dapat dilihat menjelangnya april fool...waktu ni la masing-masing akan mencarigali idea yang bernas tahap gaban untuk mengenakan kengkawan lain..tak termasuk aku..jujur ku akui tau...aku tidak senakal mereka..hahaha..yang pasti perlu ambil langkah berjaga-jaga..kalau tidak, sah-sah la akan menjadi mangsa..kiranya kalau ada perkara yang betul pun aku akan abaikan..maklum la, kengkawan aku leh tahan gak nakalnya...semua perkara leh jadi bahan...termasuk la idea gunakan nama cikgu-cikgu..gila dasat mereka ini..hikhik..apa pun, momen itu tetap indah untuk dikenang..rindu dengan warga sri utama..rindu ngan FNB double S..rindu dengan adik-adik aku (exspecially him..kalau la aku leh putar roda, eh silap..putar masa dia la insan yang aku akan hargai)...OMG..banyak perkara yang aku rindukan sebenarnya..walau pun, masih ada lagi yang still in touch tapi banyak yang dah M.I.A...(termasuk aku la tu..kadang-kadang, kita terpaksa ambil keputusan drastik untuk menjaga hati golongan tertentu tapi pengakhirannya..aku jugak yang tanggung...hampeh tul!!!)..moral of da story---> lu pikir la sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...