24 June 2009

netball...bola jaring...

hampir 6 tahun aku tak berkecimpung dalam xtvt riadah ni...
lepas beruniform biru putih sempat gak la aku join semasa bergelar siswi...
tu pun cuma sekejapan...
kemudian langsung dilupakan...
apatah lagi bila teman-teman membawa haluan mereka...
xtvt ni terus berkubur...
namun, al hamdulillah...
finally, i find da rite team...
we not pro just amatur... :D
yang penting, ada juga xtvt riadah untuk aku...
tidak la asyik dengan xtvt pengembangan badan...huhu...

18 June 2009

time to having fun... =D

akhirnya rencana untuk men’chill’kan diri berjaya dilaksanakan….
hanya menanti hari untuk berlangsungnya acara..hehehe…
hopefully, everything gonna be ok and I having fun there…
dah lama sangat minda tidak berehat…
kejam sungguh aku kerna tidak menghargai diri sendiri…hikhik…
makanya untuk memastikan aku dapat berlibur dengan seenaknya, aku kena la langsaikan segala tugasan yang menanti…
takut lagi berserabut pula balik dari bercuti dek tugasan yang tertangguh…
yang pasti saat dan tika ini aku dah mula ‘in a vacation mood’
walau pun, tentatif program masih belum ku ketahui..hahaha…

17 June 2009

tercipta jurang antara aku dan mereka...

sedikit sebanyak aku mulai mencipta jurang terhadap mereka yang aku rasakan tak pernah mengenali apa itu serius…
bukan menyombong atau berlagak tetapi cuma menjaga perasaan sendiri supaya tidak berlakunya penindasan jiwa…
dari aku yang sakit lebih baik perasaan endah tak endah itu aku suburkan cuma untuk mereka…
selama ni hanya aku yang menjaga sesuatu hubungan...
namun, timbal balas dari mereka tidak ku perolehi…
tidak la mengharap sangat cuma aku dambakan secebis pengertian…
bagaimana aku sedaya upaya menjaga perasaan mereka, sekurang-kurangnya perasaan itu juga yang ku harapkan…
kini langkah ku atur dalam mengisi hari-hari mendatang dengan penuh ‘gumbira’ disamping mereka yang mampu buat aku tersenyum…
~ (_'')

12 June 2009

BenCinta

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu..
Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu
******
~ satu lagi lagu yang cukup indah untuk didengar...melodi dan lirik yang easy listening...apatah lagi bila si pelantunnya Faizal Tahir...serius, aku admire dengan suaranya...
ada ceritera di sebalik lagu ni...sukar untuk menafikan perasaan..yang pasti, kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita...lakukan perkara yang kata hati mengatakan ianya benar selagi masih berpaksi di bumi yang nyata...cinta tak semestinya memiliki...

Entah...

Kutahu, kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu, diriku
tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua
Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...
tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua
Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...
masih kah ada, o...cinta dihati ini
dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...
Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...
*******
~melodi indah didengar..kadang kala kita sering mengambil remeh sesetengah perkara...menyakiti dan disakiti lumrah kehidupan...yang pasti selagi mampu, perjalanan harus diteruskan dalam merencana kehidupan..sepahit mana penderitaan, pasti akan berakhir dan cahaya bahagia pasti menjelma.. =)

08 June 2009

aku tahu kamu tahu...

entah bagaimana lagi untuk aku menzahirkan kekecewaan yang semakin parah…
salahkah aku memberi peluang meskipun jauh di sudut hati aku tahu kamu tetap akan mensia-siakannya!...
kamu yakin kehadiran kamu tetap diterima tanpa sebarang kompromi…
kelemahan ku dimanfaatkan sebaik mungkin…
terima kasih…
sedikit pun kamu tidak pernah menghargainya…
apakah kerna aku pemilik yang tidak mempunyai sekelumit perasaan sehinggakan sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan seperti kotak kasut atau perilaku ku yang mencipta ruang untuk membenarkan perasaan kecewa terus bersarang???
bukan sekali dua ianya terjadi…
sudah acapkali berulang…
namun, aku masih diam membatu…
kaku dan masih lagi memberi hati ini, dikecewakan untuk kesekian kalinya…
sedarkah kamu aku masih lagi punya perasaan walau pun cuma secebis…
dan ketahuilah juga sampai masanya kelak aku akan pastikan hati yang calar tidak akan terus retak…
dan fahamilah ketika itu, kamu akan terus kehilanganku dan jangan pernah bermimpi untuk wujud kembali mengisi kekosongan yang bersisa…

******


~merahnya tulisan penanda aras betapa kecewa + marah yang bermukim di hati...

minggu yang happening!!!!

kesempatan melawat bumi melaka sememangnya tidak kusia-siakan...
at last, i can chill myself... =D
jemputan diterima bagi pihak affan & ayin yang mana merupakan one of my best buddies zaman unisel...
bukan mereka yang kawen tapi abang kepada affan..
alhamdulillah, our frendship still remains...
aku dah mula berkampung di rumah ayin jumaat malam...
pertama kali menjejaki rumah ayin...
memang lah sesat barat...hahaha...
but, i am positive thinker... =)
straight lepat kat kunang-kunang restaurant...
not bad but a lil bit noisy...
so, agak terganggu sikit...
still ok for me...
seawal jam 9 pagi, rombongan 6 buah kereta konvoi menuju ke melaka..
jalan sedikit sesak ketika melalui jalan Nilai dek kemalangan...
sungguh prihatin rakyat malaysia..haih..
akhirnya kami sampai di destinasi lebih kurang pukul 1.45 ptg dan pengantin sudah pun bersanding...=(
kedatangan kami disambut dengan paluan kompang + rebana...
eceh, bukan untuk kami sebenarnya tapi untuk pengantin...hikhikhik...
kenduri selesai jam 3 ptg...
seperti biasa, xtvt kemas mengemas...
segalanya dijalankan secara bergotong royong..
biasa la, encik affan kita memang seorang yang details...
segalanya sudah direncanakan...
agenda petang hari adalah makan time...
destinasi bertuah pula, umbai...
cuma agak malang untuk kami kerana kepadatan manusia di situ...
perancangan di tukar dan bukit cina menjadi pengganti...
masakan asam pedas memang sinonim dengan melaka...
itulah yang menjadi santapan kami...
kredit to affan..the food really superb... =p
wilayah melaka ditinggalkan jam 12.30 pagi dan tiba di bumi selangor lebih kurang jam 2.00 pagi...
tired but really fun... =D
******
mengenali rakan-rakan ayin yang pada aku cukup sengal + mereng...
tak terasa yang aku baru mengenali mereka...
tapi terasa diri dialu-alukan...
special dedicated to:-
affan
ayin
ajai
mus
bam
dayah
imam
golok
bob
joe
aizat
fiq
alin
mior
thanks guys..really appreciate that...

05 June 2009

kawen...kawen....

di suatu petang yang bosan..
tatkala diri bersiap-siap untuk pulang ke rumah setelah seharian di pejabat...
handphone berdering memaparkan nombor yang tidak ku kenali sama sekali...
hati berbelah bahagi, ingin menjawabnya atau buat tak endah...
akhir-akhir ini, banyak panggilan yang menjengkelkan ku terima...
tapi, apabila nombor yang sama tertera...
dengan minda positif, panggilan itu akhirnya kujawab jua...
suara yang tidak kukenali berada dihujung talian...
soalan yang paling aku menyampah bila nak kena teka siapa yang berada di hujung talian....
ingat kuiz roda impian ke!!!
sebelum panggilan ku matikan, sipemanggil akhirnya mengenalkan diri...
laa...empat tahun terputus hubungan, hampir-hampir aku tidak mengenali suara mamat ni..
maaf, bukan saja menyepikan diri cuma mencari ketenangan...
perkhabaran dinyatakan untuk menjemput aku ke walimatulurus...
ingatkan mamat ni yang bertukar status..
rupanya insan lain yang juga sahabat sewaktu persekolahan...
pertemuan terakhir sewaktu reunion 05/05/2005..
kemudian terputus hubungan dek bertukarnya nombor telefon...
pertemuan dirancang secara mengejut apabila mereka datang ke rumah untuk memberi kad jemputan...
hampir 4 tahun tidak bersua muka, terlalu banyak ceritera dikongsikan...
sakan bersembang sehinggakan waktu menginjak ke 12 tengah malam...
berjanji, yang aku pasti datang ke majlisnya nanti...
berharap juga untuk berjumpa dengan mereka yang lain...
tentunya aku akan dimarahi dek kerana menyepikan diri..tak kisah la..
aku dah biasa...
jun bulan yang agak sibuk sebab meriah dengan undangan nasi minyak...
paluan kompang berkumandang & pertemuan dengan mereka yang pastinya aku nantikan...
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...