29 September 2009

aku bukannya selemah yang kau sangka!!!


Perlukah aku tunduk kepada desakan yang cuba untuk mencabar tahap kesabaran aku...
bila difikir-fikirkan, apakah perlu penamat pada sesuatu perhubungan atau persahabatan apabila semakin melambak konflik yang timbul????
penyelesaian satu konflik, muncul pula lima konflik yang lain...
lumrah kehidupan, memang tak lepas dari permasalahan...
aku akui itu...
namun yang membuatkan aku bengang dan sakit hati apabila konflik yang terrjadi hasil daripada tindakan mereka yang dangkal pemikiran...
menilai sesuatu perkara dari satu sisi dan bukannya secara menyeluruh...
nak katakan kurang matang, usia tidak pula menjadi wakilnya..
mungkin faktor cetek akal, terlahirlah keputusan separuh masak...
sebab itulah wujudnya tindakan dari mereka yang kurang bijak ini, yang aku kategorikan sebagai bengap tahap gaban...
tak semudah itu untuk aku mencapai kata sepakat...
aku bukan seperti mereka yang memandang enteng permasalahan yang timbul...
ibarat menarik rambut di dalam tepung...
aku perlu pastikan rambut tak putus dan tepung tidak berselerak...
tak dinafikan kadang-kadang keputusan yang aku ambil menyebabkan satu pihak menerima impaknya dan wujud ketidakadilan...
adil atau tidak aku tak peduli sangat..
lebih baik sakit hati sekarang dari menanggung perasaan itu sepanjang hayat...
berpegang pada kata-kata setiap yang berlaku pasti terselit hikmah disebaliknya...
aku tetap mengorak langkah dalam merencanakan kehidupan...
pengajaran dari peristiwa yang berlaku baru-baru ni membuatkan aku terfikir, tindakan mendiamkan diri bukan lah jalan penyelesaian semata-mata...
dari melayan kerenah mereka yang menjengkelkan, adalah lebih baik aku menjaga perasaan mereka yang dekat di hati...
tidak tunduk pada desakan yang membuatkan aku rimas...
tak mati dek keji atau cacian...
 dan tak hidup dek pujian...
selagi sabar itu milik aku, pasti mereka akan mendapat hidayah dan berfikir semula kesan dari tindakan yang diambil adalah satu kerugian semata-mata...
perlu diingat jangan pula dijolok sarang sabar yang kukuh di dahan...
takut nanti bahana pula sebagai ganjaran...
sebagai manusia biasa, tahap kesabaran aku ada batasannya...
aku tak selemah yang kau sangka hinggakan sewenang-wenangnya untuk diperkotak-katikkan seperti kotak kasut!!!

28 September 2009

ceritera raya...


hari ni aku dah mula masuk keje setelah bercuti raya...
raya sakan????
dak aihh...
ala kadar jer...ngeh..ngeh..
secara ringkasannya, raya pertama sehinggalah raya ketiga aku penat menjadi supir membawa ahli kerabat mengunjungi sanak saudara...
banyak aktiviti tanpa perancangan rapi...
semuanya ala-ala 'redah jer!!!'

raya pertama
seperti biasa, pusara ayahanda tercinta dikunjungi...
sempat juga aku memerhatikan keadaan sekeliling...
erm..rata-rata memilih warna jingga sebagai warna tema...
kelakar pun ada..
tapi pada aku, warna sedondon ni melambangkan permuafakatan...
seronok tau bila ahli kerabat memakai warna sedondon...
amalan ni memang dah jadi tradisi kerabat aku...
tapi tahun ni agak kelam kabut sedikit persiapan..
so, tak sempat nak tempah busana yang sedondon...
kechiwa jugak la...
tapi tak ape...
raya haji kami akan pastikan sedondon itu ditebus...hehe..

raya kedua
bersedia untuk menyerang Perak bahagian Simpang Empat...
kononnya seluruh kerabat nak berkonvoi dari KL...
katanya la!!
tapi hampeh...
akhirnya berkonvoi dari rumah embah...
dengan 3 biji kereta aktiviti diteruskan...
bila dah sampai sini semestinya banyak rumah yang akan dikunjungi...
maklum la, agak besar juga kerabat sebelah ibundaku...
sampai rumah agak lewat disebabkan jalan jauh....
dari nak mengelak kesesakan, lalu la jalan alternatif..
bagus sungguh idea sepupu gue yang sengal tu...
jalan alternatif yang membuatkan jarak perjalanan melebar...haih...
tapi, kredit gak la untuk dia...
kalo tak, maunya haus kaki aku memijak pedal clutch...

raya ketiga
kalau raya kedua beraya di Perak bahagian Simpang Empat, raya ketiga pula masih lagi di Perak cuma bahagiannya yang berbeza..
Tanjung Malim...
segalanya lancar...
bernasib baik sebab tak bertembung dengan kesesakan jalan...
takut gak la sebab ramai yang dah mula balik ke kota...
al hamdulillah sangat-sangat...
bukan ape, kesian kat kaki ni...hikhik...

kesimpulannya, raya tahun ni sama juga la seperti tahun-tahun yang sudah...
yang beza cuma cuti aku sekejapan...
tahun ni pun lemang macam kureng sedapnya...
entah-entah lemang pun mogok kot..haha..

18 September 2009

Salam Syawal....


mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat umat Islam seisi dunia...
kepada yang pulang ke kampung...
hav a safe journey...
jangan dok merempit...
jangan dok memecut...
ingatlah orang yang tersayang...
~wink~

17 September 2009

rimas!!!

aku tak nafikan yang aku agak toleransi orangnya..
kena pada gayanya, aku bisa jadi insan yang fleksibel dalam segala segi meskipun ianya kadang-kadang mencuit emosi..
namun, ada ketika aku sesak dalam situasi yang mana menyebabkan aku berada dalam keadaan yang cukup merimaskan…
bosan dengan peel mereka melahirkan perasaan yang menjengkelkan..
bila keadaan itu berlaku, tindakan yang paling bijak adalah mendiamkan diri..
aku cuma inginkan ruang untuk bersendirian…
jujur, aku memang akan bersikap sedemikian rupa untuk keselamatan bersama…
bersikap endah tak endah sampai satu tahap perasaan itu akan membaik sendiri..
sukar untuk aku berkonfrontasi dengan mereka dek kerana kurang arif dalam menzahirkan perasaan amarah dengan cara yang berhemah…
daripada mereka terasa hati dengan kata-kata aku yang cukup sinikal, adalah lebih baik aku mendiamkan diri…
memiliki hati yang lembut ada pro dan kontranya…
mudah untuk dimanipulasi…
tapi ada kalanya satu ketika hati ini bisa menjadi sekeras kerikil…
selagi rimas itu mampu ku tangani dengan jayanya, selagi itulah ia tidak akan memberi impak pada persahabatan mahupun sesuatu perhubungan...
tetapi jika ianya menghasilkan tahap kecamuk yang memuncak dalam diri, jalan terbaik…pengakhiran sebuah ikatan…
kejam???
mungkin ada sedikit…

16 September 2009

menjelang syawal....

sedar tak sedar ramadhan akan ditinggalkan...
al hamdulillah, ibadah puasa dapat ku jalani dengan jayanya...
persiapan juga tidak la semeriah tahun sudah...
ala kadar...
entah mengapa, seakan kurang teruja untuk meraikannya...
kalau tahun sudah paling tidak tiga helai baju baru akan ku sediakan...
tahun ni pula, cuma sehelai...
kesyukuran tetap ku panjatkan pada yang Esa..
sekurang-kurangnya aku masih berpeluang mengenakan baju baru...
menjelang syawal juga ingatan ku terarah pada insan-insan tersayang yang pergi menyahut seruan ilahi...
sungguh, kerinduan itu tetap untuk mereka dan akan terus mekar...
seperti selalu, sebagai tanda ingatan Al-Fatihah ku kirimkan dari kejauhan..
menitipkan doa agar mereka tenang di sana di sisi orang-orang yang beriman...

14 September 2009

ayam penyet...tak sedap pun!!!

mendengarkan nama ayam penyet buatkan aku teruja...
apabila hidangan itu dipilih untuk santapan office gathering meski pun aku bukanlah peminat ayam...hahah...
sempat juga dok risik-risik pada teman sejauh mana keenakkannya...
rata-rata feedback yang ku terima amat memberangsangkan...
haih, ni yang buat aku teruja...~wink~
namun, lain pula yang terjadi apabila aku mula menjamahnya...
citarasanya tidak menepati piawaian aku langsung...
tetiba keciwa menyelubungi jiwa...huhu...
tulah, jangan teruja sangat..
ingatkan cuma aku yang berperasaan begitu...
yelah, kadang-kadang aku ni agak mengada-ngada orangnya....hehe...
rupa-rupanya mereka juga sama...
perkhabaran ku layangkan pada teman yang promosi 'baik punya'..
kata mereka...
teman 1 : ko mkn ayam penyet ktne?kalo nk mkn indonesian..mkn kt ayam bakar wang solo kt ampang..ayam bakar,empal daging & gado2 dia terbaik!ayam penyet dia pon not bad...hee

teman 2 : chef dia tak pandai buat ayam penyet la tu...
makanya aku terfikir, mungkin kedai itu yang tidak pakar dalam penyediaan ayam penyet atau mungkin juga aku datang pada hari yang salah..huhuhu...
tapi takpe..mungkin aku akan pertimbangkan cadangan teman 1..
"babe, jom wat ladies gathering"....ngehngeh...

lerai kusut...

apabila kekeliruan mulai wujud...
huraikan ketidakfahaman agar tak tersasar penilaian
jangan berselindung di sebalik ceritera yang tidak nyata....

11 September 2009

Flaming Steamboat Restaurant + Final Destination 4 = Layan...

sebenarnya minggu lepas acara ini berlangsung...
tapi baru hari ini dapat meng'update'nya...
agak kelam kabut dengan urusan harian...
lama juga aku tidak bergumbira dengan awek sengal dua orang ni..[ampun gals.. =)]
maklumlah, masing-masing buat-buat sibuk...hehehe..
kali terakhir 'mencucuh langit' bulan jan 2009...
lama kan..haih...
sepatutnya ada 4 umat, tapi last minute ada yang buat perangai...
dah kujangka benda ni akan jadi jugak..
tapi takpe, memang last time la dia akan dijemput...
lepas ni, takde maknenye...
huh, enough about her..
buat aku nak jadi 'hijau' je...
fast breaking at Flaming Steamboat Restaurant Sunway...
nasib baik aku dh book awal-awal...
kalau tak, maunye kena fire ngan dak Aqis...
aku menjemput Puan Sri Rafidah kat LRT Kelana Jaya with my new bf...(bangga la korang ek!! become da first person..hihihi)
sempat sampai ke sunway dengan hemahnya...
walau pun jalan agak sesak...
well, i'm born to know short cut of sunway road..hahaha (sure Aqis tengah dok mencebik...takbur betul kawan ko nan sorg ni kan..wakaka..)
lepas puas memberi ganjaran pada perut yang telah berpuasa (sambil menjeling Aqis), kitaorg berangkat ke Sunway Pyramid...
serius, lama aku tak menjejakkan kaki ke situ...
planning layan Final Destination 4...


aku bukan la peminat cerite genre begini tapi Aqis telah menggunakan kuasa vetonya untuk paksa aku tengok gak movie ni...
Fida plak seperti biasa, follow je da plan... (awek ni memang tak kisah punye..)
kali ni syok la sebab segalanya sudah dibook awal-awal...
konon berani la si Aqis tu, alih-alih dia yang banyak tengok tangan sendiri dari layan skrin yang gabak tu...ceh!!!
apa pun, enjoy sangat hang out ngan dorang...
next event maybe somewhere in December 2009...
hopefully can make it...




~dedicated to Aqis & Fida...enjoy sangat hang out ngan korang...walau pun korang sengal aku tetap anggap korang kawan aku sampai bila-bila... ~wink~

09 September 2009

Masih Jelas by Hafiz AF7

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara..
Hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda..
Yang dilanda
Kehilangan

Masih jelas
Setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku

Masih jelas
Setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Ratib sendu
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranamu..
keranaku..
Dipisahkan

Sudah suratan
Takdir begini
Segalanya sementara

Selagi hayatku
Masih ada
Kau bernyawa di hatiku

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi..
Dikau pergi..

~ tergolong di antara beribu fan Hafiz, pastinya lagu ini cukup kugemari...apatah lagi karektor yang ada padanya menambahkan lagi ke'cute'annya..hikhik...

Bengang by Akim AF7

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik aku beralih
Biarkan diriku terus bersedih

Ku tak fikir engkau setia
Walaupun jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda
Cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Yang menambahkan
Rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Ku tak sanggup sama
Dirimu yang sering berdusta

Letih hatiku di serang pilu
Letih hatiku teringat janji mu
oooo cara muuuu
Akan ku teruskan
Hidupku oooo tanpa mu


~ kebelakangan ini, tak jemu untuk aku terus mendengarnya..iramanya menjadi halwa telinga...entah kenapa liriknya seakan dekat di hati..seolah-olah mengingatkan aku pada seseorang...

nice date....

09/09/09

01 September 2009

11 hari di bulan ramadhan....

Syukur, 11 hari menjalani ibadah puasa...
semuanya berjalan dengan penuh lancar...
sungguhpun tahun ni agak kurang meriahnya dek kerana bil ahli yang mengecil..
maklum la, adik-adik berpuasa di perantauan..
wah, bunyi macam jauh walhal, masih lagi dalam lingkungan selangor... :)
apa pun, ramadhan di rai penuh kesyukuran..
sesekali hati teringat pada arwah...
doa ku panjatkan agar rohnya dicucuri rahmat...

52 tahun Malaysia merdeka...

proud to be malaysian...
hidup penuh keharmonian dan aman sejahtera...
bunyi klise kan...
tapi itulah hakikatnya...
mengecapi kemerdekaan hasil usaha perjuangan nenek moyang kita sewajarnya dijadikan azimat agar tiada sekelumit peluang pun untuk penjajahan berlaku sekali lagi...
tindakan sesetengah pihak yang cuba mengucar-kacirkan keadaan patut dihentikan...
setiap perkara pasti ada jalan penyelesaian...
kestabilan ekonomi dan kepelbagaian kaum patut disyukuri oleh semua pihak...
bukan pergolakan menjadi jalan penyudahnya...
moga semangat 1 Malaysia terus utuh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...