29 October 2009

sesekali berubah angin....

sesekali kita akan mengubah selera...
mengubah rutin harian...
atau mungkin menukar sesuatu perkara yang jarang atau tak mungkin akan dilakukan...
susah untuk aku membuat pertukaran atau melakukan sebarang penambahan...
mungkin selesa dengan apa yang ada... =)
namun, ada kalanya perubahan harus dilakukan dalam kehidupan...
sebagai contoh, aku seorang yang payah untuk mengenakan tudung berwarna hitam...
rasanya boleh dikira berapa kali aku mengenakan tudung berwarna itu...
kebanyakkan koleksi tudung aku berwarna putih atau krim...
(play safe..senang nak match dengan baju...wakaka)
tanyalah pada insan terapat...
sukar untuk mereka melihatnya...hahaha...
tapi, jangan risau...
aku tidak akan melakukan sesuatu perubahan yang menyusahkan diri sendiri atau orang lain...
cuma apa yang aku perasan...
lately ni aku agak kurang bertolak ansur apabila berhadapan dengan konflik...
sama ada aku akan selesaikannya secepat mungkin atau membiarkannya terkapai-kapai...ngeh..ngeh...
tapi untuk bertukar menyukai warna 'lembik' itu....
mungkin tidak...
mungkin bukan sekarang...
who's know right maybe in future that color will be one of my fav?????


28 October 2009

ketiadaanmu masih dirasa....


hari ni genap 7 tahun abah meninggalkan kami...
7 tahun sudah berlalu namun perasaan tatkala kehilangannya masih dirasai sehingga kini...
masih lagi aku menyusun butir-butir kata sambil menahan hiba yang menghuni di hati...
sebaik mungkin langkah ku atur agar roh-Nya aman di sana...
berbekalkan semangatnya, kami mengharungi hari-hari mendatang dengan ketabahan yang cukup kebal...
bukan mudah bergelar anak yatim dan bukan juga perkara mudah untuk emak memikul gelaran ibu tunggal...
menahan kata-kata masyarakat yang kadang-kadang membuatkan aku lupa apa itu kesabaran...
menahan segala ceritera yang dibuat oleh sesetengah pihak yang aku rasakan amat jahil dalam kehidupann...
menilai kami dari mata kasar tapi tak cuba untuk menyelami dengan mata halus...
pelik apabila harta dunia yang diagung-agungkan!!!
sehinggakan nilai hubungan menjadi galang gantinya...
jika itu yang diinginkan, aku dengan senang hati bisa memberinya...
sebab itu aku cukup menghargai keluarga yang tidak sempurna ini...
mereka tetap menjadi keutamaan dan aku juga sanggup melepaskan insan tersayang jika keluarga ku tidak menjadi pilihannya!!!

buat Allahyarham Suhaimi Bin Salleh, semoga roh abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

AL-FATIHAH....

IN LOVING MEMORY
SUHAIMI BIN SALLEH
23 MARCH 1958 - 28 OCTOBER 2002

20 October 2009

open house a.k.a claz gathering @ Rem's house....


al-hamdulillah, selepas berhempas pulas menjadi PA tak bertauliah encik rem, akhirnya majlis berjaya...
misi untuk kami mengumpulkan ahli claz tercapai...
walau pun, tak semua yang datang, tapi kira ok la kan...
better than nothing...
rombongan 5 buah kereta menyerang rumah beliau...
macam ramai kan...
walhal, 8 orang jer...hahaha...
so, bila dah berjumpa macam-macam ceritera keluar....
seronok sangat...
sebenarnya aku tak jangka pun benda ni akan sukses...
serik aku nak letak harapan menggunung...
tak pasal-pasal jadi macam tahun lepas...
so, aku chill jer...
tak kisah walaupun sebenarnya kisah...hehe...
apapun, yang penting benda ni dah sukses...
next gathering????
not in my mind now...
but, just wait & see...
kadang-kadang aku ni sukar untuk dijangkakan...

~special dedicated to:-
rem (tuan umah)
kak wati
kak chah
kak supi
azan + partner
nurul + partner


14 October 2009

penyatuan aku, cik duta IOI & cik sakit perut...

syawal semakin melabuhkan tirainya..
tapi aku cume berkesempatan ke sebuah rumah untuk xtvt open house (rumah sahabat handai okeh)..haha..
elok juga..
tak la berlakunya penambahan kalori..adoyai...
walau pun, pada mulanya kemalasan melanda untuk aku pergi ke mana-mana open house tapi mengenangkan dah berkurun tidak bersua membuatkan aku teruja untuk menghadirinya...
mengenali mereka sejak era sek men dan title aku sebagai senior (senior la sangat) tak menjadi batasan untuk aku rapat ngan budak sengal dua orang ni..
apatah lagi aku bukan jenis yang mengagung-agungkan gelaran yang tidak semenggah itu...
meski pun ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan keintiman (ambik ko ayat, tak hengat)kitaorang...ada aku kisah!!!
paling membuatkan aku cukup terharu apabila mereka utuh memberikan sokongan di era kejatuhan aku...
biasa la tu, politik budak sek..
boleh tahan juga poyonya...
walau pun perbezaan usia tapi cukup membuatkan aku selesa untuk berkongsi apa jua ceritera dengan mereka...
atas alasan itulah juga jalinan ukhuwah terus tersulam...
aku berterima kasih pada teknologi sekarang yang cukup membantu aku untuk menjejaki adik...
we already lost contact...
maklumlah, si adik ni suka sangat menukar nombor 'telefon bimbitnya'...
tak sangka medan 'myspace' menyatukan kitaorang..
teknologi juga mengeratkan persahabatan antara aku dengan zura..
dari era friendster, membawa ke myspace dan kini bertapak di facebook...
kami tak pernah terputus hubungan... =)
kesempatan bersua menyaksikan kami lupa diri..
terutamanya cik duta IOI...
lupa sang suami dan puteri... (adik suka lupa daratan tau..hehe)..
pelbagai ceritera dikongsikan..
serius, kegembiraan aku berganda apabila melihat mereka...
zura plak, hilang sakit perut...
macam-macam peel...
sedikit sebanyak aku mula tak mengendahkan keberadaan dia..
special dedicated to Nor Fadillah binti Zainal Abidin & Noor Azurah Binti Zaina Abidin, i luv both of u gals... =)

Papadom...

bukan ceritera berkenaan papadom yang orang akan makan dengan nasi beriani...
tapi Papadom Movie hasil karya Afdlin Shauqi...
aku tertarik dengan intipati ceritera nie..
apatah lagi aku kehilangan ayahanda tercinta, maka mesej ceritera ni dekat dengan hati aku...
(Al-Fatihah untuk abah..)
garapan yang pada aku cukup ringkas..
sometimes less is nice..
tak perlu ceritera yang berat sangat sampai berkerut-kerut dahi aku memikirkan apa maksud tersirat...=)
terkadang aku terfikir, salahkan si ayah mengukuhkan kewangan sehingga keluarga terasa dipinggirkan????
it's complicated actually...
lumrah manusia sentiasa ingin kesenangan dalam hidup...
tanya la pada sesiapa sahaja di muka bumi ini, takde yang inginkan kehidupan sengsara....
tapi, keluarga tetap di beri keutamaan...
tiba masa untuk sama-sama muhasabah diri mengenang kembali apa maksud tersirat di sebalik ikatan kekeluargaan...
terus-terang air mata mengalir tatkala menonton ceritera Papadom... (menci tau!!)
mungkin sebab ketiadaan ayahanda, aku sedikit emo..huhu..
buat mereka yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah sementara ada....

btw, 5 stars for this movie...

13 October 2009

hang out wif her....

susah sebenarnya untuk 'sesi umpatan' berlaku..hehehe...
waktu kerja kami berbeza...
makanya, bukan mudah untuk mengatur pertemuan....
kredit yang maha agung dalam persahabatan kami apabila saling mengenali sejak era sek. men...
mungkin juga nilai give and take yang cukup kebal jadi benteng pengukuhan ikatan tu... =)
walau pun jarang jumpa, telefon dan email jadi penyambung jalinan ukhuwah...
bunyi macam poyo je kalau aku katakan kami set cute gathering ni lebih dua bulan..
tapi tulah realitinya...
kesibukan tahap gaban...
kali ni tanpa kelibat Cik Fida...
bukan menyisihkan beliau, tapi cuba untuk memahami situasinya...
takpe ye Cik Fida, one big event will be held on Feb 2010...
but, seriously, rasa bersalah menyelubungi jiwa...
huhu...ampun babe!!!
destinasi pilihan One Utama..
agenda penting Golden Screen Cinema & Burger King...
yang bestnye bila sama2 buat keputusan untuk tentukan tentatif program...
kadang-kadang, aku 'berangin' gak bila semua benda aku kena tentukan...
come on la, give me a break!
apa la salahnya kalau sama-sama yang decide...haih...
ter'emo' plak...ngeh..ngeh...
apa pun, hari yang indah untuk kitaorang beronggeng..hahaha...

08 October 2009

makan hati a.k.a patah hati penyumbang kurus????


sengaja tajuk itu dipilih bagi entri ni…
mungkin ada yang setuju dengan penyataan di atas dan mungkin juga ada yang tidak sependapat…
apa pun setiap individu mempunyai pandangan mereka sendiri….
aku tergolong di antara mereka yang tidak mempunyai habit itu…
serasa aku, makan hati  a.k.a patah hati la penyumbang terbesar pembesaran badan aku ni….kuang..kuang..kuang…
mungkin tidak secomel mana tetapi acapkali juga bila terjumpa teman lama yakni teman angkatan sek mahupun uni pertanyaan,
 “eh, apasal berisi dah ni?”
terpacul keluar dari mulut mereka yang menyebabkan aku rasa macam nak sedekahkan buku lima je…
haih, ikut suka aku la nak berisi ke..nak kering ke…(cover line tapi dalam hati tuhan je yang tahu..huhuh)…sejujurnya, aku terasa dengan pertanyaan itu…
serius, aku cukup obsess dengan kekurusan (ada ke perkataan ni???) badan..
tapi tak la sampai amalkan diet yang memudaratkan…
Gila ape!
Badan nak pakai lama weh…
aku bukan la pemakan sangat orangnya…
tapi bila berada di dalam situasi yang tegang a.k.a stress, nafsu makan akan bermaharajalela…
masa tu aku boleh makan apa saja yang terlintas di fikiran..
bahaya kan….
cara tu la boleh redakan stress yang melanda (sikit sebanyak la..heheh)..
sebaliknya berlaku bila aku berada dalam situasi yang menyenangkan a.k.a happy bangat…
masa tu hidangla apa jenis makanan pun depan mata aku gerenti tak terliur punya…wakaka
satu hari tak makan pun masih lagi ok…
habit ni bermula sejak zaman sek lagi..
aku pun tak pasti kenapa jadi terbalik…
selalunya orang kalau sedih atau stress tentu tak lalu makan kan…
apa taknya asyik mengenang nasib je..
pastu meletakkan diri dalam keadaan duka nestapa…
sah-sah la takda selera nak makan…
am I weird??
Well, I don’t think so...
maybe just a lil bit unique..wakaka…
aku rasa ada juga mereka yang di luar sana seperangai dengan aku…
contoh terdekat, my best buddy…ngeh..ngeh..ngeh….


Babe, jom layan burger king!!! Ahaks…


cute words for today...

Friendship is an onion.
It has many layers in it.
Adds taste to your life.
But if you try to cut it, you will get nothing but tears!"

07 October 2009

pengakhiran sebuah persahabatan / perhubungan...


Setiap ceritera pasti ada akhirnya...
suka atau duka yang pasti itulah penghujung ceritera. ..
ironinya kita masih mengharapkan keindahan terpancar di akhir garisan...
bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai...
tapi bukan mudah juga untuk dvisualkan...
apatah lagi dalam konteks persahabatan / perhubungan...
paduan kedua belah pihak aset penting yang menentukan untung ruginya nilai sesuatu persahabatan / perhubungan...
Kurangnya tolak ansur pastinya sukar untuk pengukuhan berlaku...
namun, ada kalanya tanda noktah itu sebagai pengakhiran jawapan terhadap persahabatan / perhubungan yang bermasalah...
atau mungkin boleh dikatakan yang tanda noktah itu berperanan untuk penilaian dilakukan sekali lagi dengan lebih telus...
lumrah manusia, mula merasakan kepentingan apabila berhadapan dengan perpisahan...
peluang kedua bakal menyusul pada mereka yang masih ingin memberi...
tapi tidak pada mereka yang merasakan cukuplah!
Dan diketika itu, wajarlah noktah diletakkan pada penghujung sebagai penanda keputusan telah dicapai...
persetujuan???
 tidak diperlukan sama sekali kerana mereka yang melukai tidak akan terdetik pun di hati walau sekelumit...
sebaliknya kemaafan sering ditagih dan dengan semudah a,b,c, 1, 2, 3 ianya dihulurkan...
yalah, memohon kemaafan kan modalnya cuma air liur!!!
Sejauh mana keikhlasannya, wallahualam...
hanya Allah yang maha mengetahui...
sebagai manusia biasa yang tidak layak merangkul kesempurnaan...
kemaafan tetap dan masih diberi...
mudah memaafkan tapi sukar melupakan...

05 October 2009

engagement of my cousin...

minggu yang sibuk berakhir dengan jayanya...
keluarga besar berkumpul untuk memeriahkan acara...
selalunya mengikut tradisi keluarga, kalau sorang dah buka gelanggang...
makanya akan ada yang menyusul...~sigh~
harap2 la ya kot2 ada yang terkena badinya... (macam cakap untuk diri sendiri je...wakaka)
al hamdulillah, majlis selesai...
rombongan 10 biji kete mengiringi ke acara peminangan...
destinasi pilihan banting selangor...
sepupu aku ramai lelaki dan sememangnya aku rapat dengan mereka2 yang sengal itu...
dek kerana itulah, ciri2 pompuan diri terhakis sikit..(sikit je tau!)
maklum je lah, mereka2 ni treat aku macam jantan..
sebab tu aku agak kasar orangnya...heheh...
agaknya mereka ni lupa yang aku ni pompuan...
bila dah meningkat dewasa ni mereka tak la layan aku camtu lagi..
tapi extra manja adalah!!!
mengada2 + suka buli aku...
tapi, bila konflik terjadi dalam hidup aku suatu ketika dulu...
mereka ni lah pemberi semangat aku...
kronfrantasi berlaku dan mengatakan apa sahaja keputusan yang dibuat...
sokongan mereka tetap teguh di belakang ku...
sobs2...terharu sangat2...thanks guys..
okey, enough bout memory story telling...
apa pun, aku titipkan doa untuk kebahgiaan mereka...
insya allah, majlis akan berlangsung bulan dec 2010... =)

02 October 2009

I'm happy for her....

sms ku terima dari seorang teman membuatkan aku tersenyum...
wanita itu sudah pun bergelar ibu dengan kelahiran baby lelaki...
pantas masa berlalu namun persahabatan kami tetap utuh...
mula mengenalinya ketika zaman sekolah rendah...
teringat panggilan singa yang diberi oleh teman sek..
sungguh sengal mereka itu..hahah..
maklum la, dia ni garang sangat...
apatah lagi apabila memegang jawatan penolong ketua pengawas..(hebat tak hebat la teman ku nan sorang itu) karektornya wajib begitu...
tapi kitaorang mula rapat ketika zaman sekolah menengah...
mengharungi alam remaja dan persekolahan menengah bersama...
meski pun terpisah ketika zaman PMR namun anyaman persahabatan terus terjalin...
dari kiriman surat hinggalah teknologi telekomunikasi terus menjadi penghubung...
lucu bila mengenangkan jemputan perkahwinannya ku terima melalui laman sesawang friendster...
berkongsi saat gembira itu dengan dia dan kini sekali lagi detik manis itu dikongsi bersama...
titipan doa agar dia terus berbahagia di sisi keluarga tercinta...

"babe, aku sayang giler kat ko... =)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...