31 January 2010

Karnival Karangkraf....


tujuan utama aku ke sana pada mulanya untuk memiliki novel 'Cinta Kau dan Aku' hasil nukilan Siti Rosmizah...
memandangkan aku dah pun selesai membaca karya beliau yang pertama iaitu, 'Andai Itu Takdirnya'...
terus penulis ini menjadi antara penulis kegemaran aku selain dari Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem dan Liana Afiera Malik...
malangnya, puas aku mencari di kedai-kedai buku berhampiran, namun hampa...
seperti yang diberitahu oleh awek yang bekerja di situ, 
 "Buku tu dah habis stok la kak."
aku tanya bila stok akan sampai...
dia memberi jawapan dia sendiri kurang pasti...ceh...
oleh itu, apabila aku mendapat email ini dari seorang teman, 
aku rasa nilah peluang aku untuk mencari buku tersebut...
al hamdulillah, ianya menjadi milik aku... ~winks~
niat di hati nak beli buku itu sahaja...
tapi mengenangkan alang-alang dah sampai ke situ kan...
terus aku membelek-belek buku yang lain juga...
hasilnya, enam buah novel menjadi habuan untuk diri sendiri...hahaha...
tapi, aku tak menyesal dengan pelaburan ini...
dan sekarang, aktiviti aku adalah untuk mengatur masa bagi membaca kesemuanya...

bertambahnya koleksi teman...

sememangnya medium internet mampu menambahkan koleksi teman..
ada kalanya teman lama yang menghilangkan diri juga dapat ditemui melalui medium ini...
aku percaya pada istilah satu teman lama menghindari, pasti sepuluh teman baru akan menghampiri...
memandangkan aku akan bertukar agak sinikal pada 2010 ni,
makanya, aku akan terus meletakkan simbol noktah pada mereka yang menyalahgunakan istilah persahabatan mengikut kaca mata aku....
buat apa memikirkan mereka yang akan membuatkan fikiran aku semakin sesak....
laman ni penyumbang pada faktor penambahan itu...
pada mulanya cuba untuk menjadi misteri...
menjadi pembaca senyap di blog tersebut...
tapi kepandaian seorang dari mereka mampu untuk menjejaki aku....
haih...terharu sangat dik dengan usaha tu.... =)
dan sekarang aku mula berinteraksi dengan mereka...
kehadiran di alu-alukan...
terima kasih yang tak terhingga.....
hopefully, our new friendship remains and never end....

29 January 2010

new stuff....


akhirnya aku berjaya membeli sesuatu untuk diri sendiri...
segalanya seperti di aturkan...
bermula dengan new spec....
seterusnya dapat lappy...
then, line internet pula....
di saat menilai semula belanjawan yang semakin surut...
sabun pula tetiba menjadi kental..
tidak lagi mencair...
syukur....
selamat aku...
tapi, still aku nak beli...
bukan untuk menggantikan sabun..
menjadi penemannya mungkin....
ganjaran untuk diri sendiri...
hopefully, aku berjaya mendapatkannya ketika menjejak 26... =D


Gathering Batch 1997-2001...

kali ni reunion berjaya di realisasikan...
walau pun aku agak risau dengan mereka-mereka yang akan membuat pembatalan di saat akhir, nasib baik itu tak berlaku...
ada la beberapa insan tak dapat menghadirkan diri...
apa yang aku respek, bila keterujaan mereka untuk hadir walau pun ada komitmen menghalang...
chill ok..
kita akan arrange lagi...
meski pun hujan....
meski pun final juara lagu di siarkan ketika itu...
semuanya bukan penghalang untuk sesi reunion ini dijayakan...
apatah lagi, perancangan untuk mengadakan reunion menjadi agenda utama kami...~winks~
hopefully, big reunion success....













27 January 2010

Family Gathering...

rasanya, lama juga aku dan famili tak hangout  bersama-sama...
semenjak kebanyakan ahli keluarga sibuk dengan aktiviti masing-masing, so agak susah untuk berkumpul seperti dulu...
so, baru-baru ni kami menyerang SACC Mall...
seperti selalu, aktiviti makan menjadi keutamaan..
entah la..rasanya dengan aktiviti ni hubungan sesama ahli keluarga dapat di eratkan dengan jayanya..
masa ni la, masing-masing boleh bersantai sambil berborak mesra mahupun bergussip tentang isu yang terlintas di minda...
exspecially, wif my 3rd & the baby of sista...
we can share any type of story..
even though it's to personal...
seems like no secret between three of us...=)

me mencari kasut..tapi kasut itu agak mahal....huhu...


my mum sedang membelek jubah yang tertera...


makan time...

 
 
 
 

BBQ Gathering...

seisi keluarga berhimpun untuk aktiviti ini...
so far, everything were fine...
sesekali dapat lepak dengan family kan...
masa tulah saat yang terindah...

our menu steamboat...yummy...


our main menu....turkey for BBQ...



 my cousin yang berpura-pura sibuk...


 

  my big happy family...~winks~

02 January 2010

my BFF engagement day...

seorang lagi teman menaiktarafkan status dirinya...
kiranya minah ni membuka tirai untuk tahun 2010....
sebagai teman, pastinya aku mendoakan yang terbaik untuk dia...
babe, my pray always with you...



nota kaki:-
sila abaikan tarikh yg tertera kerana pemilik kamera lupa untuk membuat pertukaran....

2010....

selamat tahun baru 2010...
tahun ni aku tak kemana pun..
sekadar lepak kat sunway...
lagi pun, aku malas nak bersesak dengan orang ramai...
huih, rimas...
dengan jalan sesaknya, tak kuasa aku! haahhaa....
apa pun, still enjoy my new year celebration... ~winks~
aku tak meletakkan apa-apa azam pun untuk di sasar secara specifik...
cuma mengharapkn sesuatu yang baru...
dan itulah impian aku..lalala....
segalanya serba baru...
dan semestinya harus terbaik...

selamat tinggal 2009...
selamat datang 2010...

harapnya, 2010 menjadi tahun yang lebih baik untuk aku...
kali ni mungkin aku akan menjadi lebih sinikal...ngeh..ngeh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...