26 February 2010

salam maulidur rasul...

mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam ucapan maulidur rasul kepada semua pembaca....

=)

semoga hari ni menjanjikan keindahan untuk kita semua...

23 February 2010

Cinta Punya Pasal!!!

episod kemuncak Tari Tirana menyaksikan variasi ceritera cinta...
keagungan cinta Neo di bawa hingga ke akhir hayatnya...
Tirana menanggung kekesalan seumur hidup dek kerana penghargaan yang tidak sempat dinyatakan...
 pengorbanan yang telah di lakukan Pakcik Burn terhadap orang yang dicintainya..
penyatuan cinta sejati Isabella dan Mohsein... 
Ash menjadi penghuni di sebalik tirai besi akibat perbuatannya sendiri semata-mata untuk meraih cintanya kembali... 
 Chika berubah tatkala cinta terlepas dari genggaman... 
satu penyebab...
hanya kerna cinta...
segalanya berubah...
kerna cinta...
manusia hilang arah tuju...
kerna cinta...
manusia kembali ke pangkal jalan...
kerna cinta...
manusia sanggup berkorban demi memastikan orang yang dicintai bahagia, meski pun diri sendiri dirundung sengsara...
kerna cinta...
manusia hilang pertimbangan diri yang mana akhirnya, diri sendiri yang menerima padahnya...
kerna cinta...
manusia berubah sekelip mata...
pilihan terletak pada diri sendiri...
yang penting!!
jangan disebabkan cinta, kita tergelincir dari landasannya...
yang pasti, cinta yang kekal...
hanya untuk-Nya...

22 February 2010

Noktah Cinta by Hafiz AF7...



~lagu yang kini menjadi siulan aku..
yang paling penting temanya universal..
boleh kasi pada kekasih hati, keluarga tercinta mahu pun teman tersayang...
gile cute dak Hafiz dalam vc ni...
=)

21 February 2010

Ceriakan Hidup Kembali Tatkala Putus Cinta...

ngeh..ngeh..ngeh...
sengaja aku nak berkongsi info yang aku perolehi dari Dara.Com (credit untuk mereka)...
memandangkan akhir-akhir ni kerap kali aku melihat situasi mereka yang putus cinta seolah-olah hilang arah tujuan...
makanya, marilah kita saksikan tipsnya:-
  1. Berlibur a.k.a Berhibur - pergilah ke tempat yang anda rasa mampu menghilangkan perasaan sedih dan dengan cara ni juga kita tidak membenarkan fikiran terkenangkan si dia.
  2. Make Over - hah, ni tips untuk mereka yang dulunya di kongkong oleh si dia. Pakai itu tak boleh, make up macam ni tak boleh so it's time to break the rule!!! tukar penampilan diri untuk nampak lebih segar..Tapi yang penting, jangan over pula..
  3. Bicara Hal yang disukai - lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kamu gembira...mungkin dengan melakukannya kamu boleh berasa bahagia. Apatah lagi, kalau sebelum ni si dia menghadkan pergaulan kamu dengan teman-teman..masa ni lah untuk kamu mencipta kembali ikatan persahabatan...
  4. Ikhlas Hati - ikhlaskan hati untuk menerima segala yang terjadi...yang dah terjadi, biarkan terjadi..pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...
  5. Redha dan Pasrah - percaya pada ketentuan Tuhan..tak guna merayu atau meratapi kehilangan si dia..anggaplah si dia tak sesuai untuk kita dan pasti ada yang lebih baik untuk kita di luar sana...
  6. Ingat Perkara yang Buruk Sahaja!!! - ni tips yang paling aku gemor...bagi mengelakkan dari terus memikirkan si dia, adalah lebih baik kita menginggati perkara terburuk yang pernah di lakukan sepanjang tempoh perhubungan berlangsung...mesti ada perkara yang membuatkan kamu menyampah atau meluat...gunakan itu sebagai cara untuk anda melupakannya sedikit demi sedikit...
  7. Kikis Kenangan - buang segala kenangan antara kamu berdua..padam nombor telefonnya dan buang segala gambar, hadiah atau apa saja yang mengingatkan kamu dengan si dia.
  8. Jangan Seksa Diri Sendiri - memang sukar untuk menghapuskan si dia terus dari kotak fikiran melainkan jika kamu hilang ingatan...paling penting, cuba untuk tidak berasa sedih mahupun tergila-gilakannya kembali tatkala kamu teringat padanya...contohnya, bila lagu kenangan berkumandang di corong  radio...biasa la kan, setiap pasangan pasti ada lagu tema..kawal diri dan perasaan..anggap kalian berdua tiada jodoh...
di harapkan dengan tips yang di sertakan di sini, pada mereka yang menghadapi masalah seperti yang tertera di ruangan tajuk, sedikit sebanyak dapat membantu...

perlu ke tanggung kesalahan yang bukan menjadi milik kita????

tersentak!!!
terkejut!!!
terkesima!!!
apabila aku berada dalam situasi yang membuatkan aku berfikir sejenak...
perlu ke kita mengorbankan diri sendiri semata-mata untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi teruk???
walhal, pihak di satu lagi seolah-olah tidak ambil peduli langsung!!!
itu pada pandangan aku sebab empunya diri menguncikan mulut...
jadi sukar untuk aku membuat kesimpulan setelus mungkin...
apa yang boleh aku rumuskan hanyalah dari pandangan mata aku...
dasarnya, hanya dia yang tahu...
bukan aku tak cuba untuk menyelami hatinya, tapi aku merasakan dia sendiri tidak membenarkan keadaan itu berlaku...
entah la..
sukar untuk kita menilai segala kejadian yang berlaku...
kudrat kita sebagai manusia membataskan usaha...
apa yang penting, kita harus kembali ke fitrahnya...
setiap yang berlaku pasti ada hikmah...
apa pun, aku hanya mengharapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan...
walau pun aku tahu, kadang kala kelam itu juga perlu untuk mewarnainya...

19 February 2010

hang out wif my BFF....

lama seh aku tak bersua muka dengan empunya nama Azlin Shahrina bin Che Soh...


kesempatan di atur pada cuti Tahun Baru Cina...
memandangkan dia pun mendapat cuti, program di rangka bersama...
KLCC menjadi tumpuan...
pertama kali aku menaiki LRT dengan pening di kepala...
serius, kebanjiran warga asing menyesakkan aku...
serasa diri tak berada di bumi sendiri... haih...
nasib baik dak ayin dah siap-siap 'book' movie ticket..
kalau tak, tentu sengal kaki nak beratur....
apatah lagi aku tengok barisan dah mula bersimpang siur...
sementara menunggu waktu tayangan tiba, perut memberi isyarat...
memahami syarat itu, terus kaki melangkah ke Secret Recipe...
puas juga la berfikir menu apa yang nak di pilih...
rancak sangat bergussip sehinggakan aku lupa untuk mengabadikan barang sekeping dua gambar...
maklum la, kalau dah berjumpa banyak ceritera dikongsikan bersama...
selesai di Secret Recipe, kami membakar kalori yang ada dengan 'window shopping'...
tapi aku agak kurang selesa dengan situasi di KLCC...
sesak dengan kepadatan manusia...
apa nak buat kan....
penduduk Malaysia barangkali menghabiskan cuti yang ada dengan membawa seisi keluarga beriadah... (thumbs up!)
perkara terakhir termaktub dalam agenda kami, melayan 'ADNAN SEMPIT'...


aku memang dari sehari ke sehari nak tengok filem ni...
akhirnya dapat juga...
semua ni penangan si Shaheizy Sam...

mamat dalam hati ada taman... ~winks~

antara pelakon yang cukup aku berkenan...
sejak dari Pae lagi...
aku rasa dia salah seorang pelakon terbaik di Malaya ni...
antara pelapis yang cukup berbakat... [terlebih puji pula kan... ;)]
dari part mula sampailah ending, tak henti-henti aku ketawa...
paling kelakar masa dia dengan Cat Farish..
gila sengal..

mata ke mata.....

tak lupa juga dengan watak pembantu...
tahniah untuk Yana dan Along Cham...
memang kelakar habis...

minah rempit wannabe + mat rempit sejati..

memang filem ni meredakan tekanan aku...
5 bintang untuk 'ADNAN SEMPIT'...
jalan ceritera yang simple dan tak perlu untuk aku memerah minda memikirkan maksud tersirat... =)

18 February 2010

Majlis Akad Nikah Zainol Azhar & Nor Azfarini...

 
upacara menyarung cincin...

 
penyerahan mas kahwin...


selamat menempuh alam baru...
aku doakan sepupu aku nan sorang ni sentiasa bahagia kekal hendak-Nya...
what ever it is, my pray always for you... =)

11 February 2010

Little Shoppe....

lately ni aku agak busy dengan macam-macam perkara...
kerja kat opis tu macam biasala kan...
tapi kali ni aku mula berjinak-jinak dengan bisnis online...
pada masa yang sama tetap juga dijalankan secara offline...
kira kategori budak baru belajar la ni... =)
aku berkongsi dengan seorang teman...
memandangkan kami berkongsi minat yang sama, maka terhasillah kedai itu...
sebenarnya kedai ni dah lama wujud...
harapnya, usaha kami ni berjaya...
amin...
inginkan cute brooch???
pernah dengar Little Trees Air Freshner???
One Drop Perfumes????
so, kepada yang berminat boleh la berkunjung ke our little shoppe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...