11 March 2010

SPM oh SPM...

hari ni keputusan SPM akan di bongkarkan...tentunya adik-adik kita tengah berdebar-debar tahap dewa...aku pernah lalui debaran sehati berdansa menunggu keputusan...sungguh, masa tu bagai nak tercabut nyawa..apatah lagi bila aku mengenangkan yang aku ni taklah study segigih mana..tu la banyak main lagi...cikgu mengajar kat depan, aku bantai beradu pula kan...pastu semedang sibuk dengan aktiviti ko-ku, akademik??? bukan menjadi keutamaan... ~sigh~
konon-konon datang sekolah awal tapi haram nak ambil dulu...gabra punya pasal kan (takut sebenarnya).. memang lawak antarabangsa bila dikenang-kenangkan balik zaman uniform biru putih ni..isk..isk..rindu seh!! bila keputusan di perolehi, satu lagi perancangan akan di rencana...ada yang terus menyambung pengajian di IPTA, IPTS mahupun kolej-kolej yang berdekatan...itu untuk mereka yang dapat keputusan seceria warna pelangi la...ada usaha adalah hasilnya.. ye dak???  =)
bagaimana pula dengan mereka yang keputusan SPMnya, adoyai kelamnya...masa ni nak menyesal pun tak guna kan...ambil iktibar dari kegagalan...perbaiki mana kesilapan yang ada...struktur diri di bina kembali...jangan pula jadikan kegagalan SPM penamat untuk segala-galanya...terus usaha dan berusaha...
ada juga di kalangan teman aku yang tidak terus menyambung pelajaran..yelah, soal kos pun kena la di ambil kira kan...jalan penyelesaian, bekerja dulu...aku pun termasuk dalam golongan ni jugek..setahun bekerja kemudian baru la aku sambung belajar balik...saja cari pengalaman hidup dan merasa pegang duit sendiri hasil dari titik peluh..bangga siot!! masa tu juga la aku ambil lesen kereta..kiranya aku plan baik punya sebelum buat keputusan sambung belajar..tu pun, nyaris-nyaris tak sambung dek peristiwa yang membuatkan aku berfikir berkali-kali, harus ke aku sambung belajar balik atau teruskan bekerja...
apa pun, zaman debaran aku tu dah berlalu...kini dah ada kerjaya sendiri, meski pun masih jauh tersasar dari perancangan asal aku..takpa..fikir positif...insya allah, aku dapat capai apa yang aku impikan...doa menjadi azimat untuk aku...
hah, nak ambil kesempatan untuk menyatakan sejuta terima kasih daun keladi pada semua para guru SMK Sri Utama a.k.a Jalan 227 yang tak jemu mengajar kami murid yang sedikit nakal tapi cumel (haha, berangan sekejap)...jasa mu di kenang! =)
buat adik-adik yang akan ambil keputusan hari ni, terima apa je keputusan dengan hati terbuka...pasti ada hikmah di sebaliknya...hanya kita yang tahu sejauh mana kita berusaha, makanya usaha itu dapat di lihat melalui keputusan yang bakal di terima nanti... jadikan kegagalan mahu pun kejayaan sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha memajukan diri sendiri...
satu lagi tips penting, untuk mereka yang akan menyambung pengajian, pilih jurusan yang betul...jangan sampai menyesal di kemudian hari...dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dan berpengalaman...

Setinggi Penghargaan...

saja ingin menyatakan sejuta penghargaan kepada barisan teman yang telah mewarnai laman sosial 'mukabuku' aku dengan ucapan hari lahir semalam...thanks guys...really appreciate dat...jenuh juga la aku membalas semula...bukan apa, penat orang wish kat kita kan, sekurang-kurangnya tunjukkan la penghargaan itu...tetiba rasa macam artis plak..masa ni la baru aku tahu betapa susahnya para artis di Malaysia ni nak balas satu-satu ucapan peminat dorang..hish, bukan senang tau..nak pula bila dah mencecah ribuan..so, kita pun kena la faham sama... =)
rata-ratanya ucapan lebih kurang sama...masing-masing mendoakan kebahagiaan dan tentunya mengharapkan untuk makan nasi minyak aku...ceh! setakat nasi minyak, aku pun boleh bagi la..ambik nasi pastu tambah la dengan minyak secukup rasa..taadaaa...maka terhasillah nasi minyak yang di idam-idamkan..hahah...
apa pun, aku tahu teman-teman aku tu prihatin dan care about me...yelah, di usia yang muda belia ni (muda ke?) ramai di kalangan teman aku dah pun beralih status..aku??? belum sampai seru dan jodoh...mungkin dengan doa dari mereka, aku bisa beralih status juga..mana la tahu kan...Allah punya kuasa...

10 March 2010

Selamat Ulang Tahun SAYANG....

sayangi diri anda sebelum anda menyayangi diri orang lain....
that's moral of the story...
bukan apa, sesekali mengatakan sayang kepada diri sendiri tak salah kan..
tak semua akan menghargai diri kita melainkan kita sendiri yang menghargainya...
sudah, aku pun dah pening dengan kata-kata pujangga ni...~ahaks~
apa pun, aku cuma ingin mengucapkan kata penghargaan kepada diri sendiri..
happy birthday to me...
hopefully, i will success in my life and everything...
happy dengan insan keliling aku yang tahu menghargai dan tentunya menyayangi aku seadanya...
luv all of you guys...

05 March 2010

kasut baru....

akhirnya aku berjaya mendapatkan kasut yang di idam-idamkan....sungguh..aku memang terpikat dengan rekaan kasut ni..cantik tertarik kau memang da bomb...lalala...sekian lama mencari akhirnya aku jumpa..yeahooooo....tanpa teragak-agak aku membelinya..kiranya in advance untuk aku hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri... =) apatah lagi apabila kasut menjadi antara kegilaan aku...percaya atau tak, aku sukar menolak nafsu apabila terlihat kasut yang shantek-shantek kat depan mata aku...ish...kalau budget mengizinkan, tanpa berfikir panjang aku terus sambar...
 

Pesanan Mak....

sekilas lalu mak menitip pesan:-
"buka la pintu hati tu...sampai bila nak tersemat mangga???"

berkerut dahi bila memikirkan maksud tersirat di sebaliknya...
kemudian, sambil tersenyum aku memberi jawab balas...

"mangga dah lama di buang, pintu dah pun terbuka..tinggal lagi menunggu tetamu berkunjung tiba..."

mak terdiam...mencari ayat untuk menyerang...akhirnya, terus membisu...barangkali tak jumpa apa yang ingin di perkatakan...

My Name Is Khan...

"My name is khan and i'm not terrorist"
dialog popular dalam filem ni..buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, melayan filem hindustan kat wayang..semua ni semata-mata untuk mak..banyak maksud tersirat sepanjang 130 minit filem ni ditayangkan...menilai persepsi manusia yang semakin hari semakin kronik...kisah bermula apabila Rizvan Kha lakonan Shah Rukh Khan yang mengidap penyakit Aspergers Syndrome...sedikit info mengenai penyakit ni mengikut kefahaman aku ialah kesukaran untuk memahami dan memberi tindak balas...mereka yang mempunyai penyakit ni susah untuk memberi expressi pada tindak balas orang lain...senang cakap, takda perasaan...tapi, orang macam nilah orang yang paling jujur dan naif yang takkan boleh menipu orang lain...bertemu cinta sejati lakonan Kajol yang memegang watak Mandira...cinta sejati pasti akan di uji...begitu juga dengan perkahwinan mereka..di uji selepas berlakunya peristiwa 11/9...apatah lagi kehilangan anak lelakinya Sam, menambahkan lagi gelodak dalam kehidupan mereka...serius, aku terkesima dengan lakonan Shah Rukh Khan...lain daripada watak yang sebelum-sebelum ni...lakonan yang cukup berkesan yang mana cukup membuatkan hati aku tersentuh..tak pasal-pasal air mata mengalir sepanjang aku layan filem ni...OMG, tak pernah-pernah aku emo macam ni..huhu...
moral of the story, dalam dunia ni takda perbezaan agama, ideologi atau bangsa..cuma dua perkara yang membezakan manusia di muka bumi ni..manusia jahat dan manusia baik...bukan sekadar melihat dari perbezaan rasis semata...juga mengejutkan aku bila dalam panggung tu aku melihat semangat 1 Malaysia wujud...filem menyatukan bangsa... =)
5 stars for this movie....
 

04 March 2010

Niyang Rapik...


muahaha....
kali ni ceritera genre seram menjadi pilihan...tapi, yang sebenarnya tarikan utama aku tengok movie ni...
disebabkan oleh mamat ni... ngeh...ngeh...ngeh...

                *gambar diambil dari fb beliau...
 
seperti selalu, lakonannya memang superb...
juga kredit pada pelakon lain seperti Kamal Adly, Awal Ashaari, Zed Zaidi, Fizz Fairuz dan Liyana Jasmay...
pada aku filem ni seronok di tonton...
apatah lagi dengan kehadiran muka-muka baru...
tak la asyik mengadap muka yang sama je kan...
so pada mereka yang sukakan filem bercorak seram dan sedikit komedi (disebabkan watak Zizan yang dipertanggungjawabkan kepada Shaheizy Sam yang mana seorang lurus bendul dan agak baran ini), pergi la ke panggung berhampiran korang...
sokong la filem tempatan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...