29 April 2010

Konsert Keenam AF8

Adira
Lagu: My All
Sebenarnya aku cuak juga bila dia dipertanggungjawabkan menyanyikan lagu ni..apa tidaknya, aku masih lagi terkenangkan si Rosma lantunkan lagu ni masa konsert final AF1…apa pun, ada kematangan dalam persembahan Adira kali ni..tak banyak pergerakan di lakukan tapi hanya menumpukan pada alunan vokal semata…sebutan perlu diperbaiki…yang lain, semuanya ok untuk aku…

Ain
Lagu: Jujur Takkan Melupakanmu
Kekuatan lagu ni pada suara serak basah Ain..tak terikut langsung pada cara Ella nyanyikan lagu ni…dia bawa lagu ni mengikut acuan sendiri..rasanya kalau dia terus kekalkan momentum begini, tak mustahil Ain boleh melangkah ke final…

Daus
Lagu: Selamat Malam
my favourite song..tapi aku sedikit kecewa dengan pembawakan Daus..sepatutnya lagu ni boleh naikkan piawaian suara Daus..tapi entah mana silapnya, lagu ni hancur..emosi tak kesampaian langsung…dah la aku terganggu dengan lagu yang telah di pendek-pendekkan…persembahan terburuk untuk konsert kali ni…adeh...

Farina
Lagu: Mainan Jiwa
secara jujurnya, aku tak pernah dengar lagu ni..jadi, segera aku melayari youtube dan mencari klip lagu ni..so far, terkejut aku dengar vokal Rini AF7 …sesuai dengan karektor dan lagu ni ngam sungguh..berbeza dengan lagu yang telah berada di pasaran…persembahan Farina aku kategorikan paling berani…tapi masih lagi perlu perbaiki nada rendah kot sebab kadang-kadang aku tak dengar apa yang dia dok bebelkan…

Iwan
Lagu: Cinta Kau dan Dia
aku mengharapkan lebih dari Iwan…walau pun tak adil nak bandingkan dia dengan Adi AF1, tapi kalau dia boleh bawa lagu ni lebih kurang sama dengan Adi dah cukup bagus aku rasa…di awal-awal lagu memang aku dah rasa sesuatu…lontaran vokal yang menyakinkan…aku dapat rasakan emosinya..tapi bila part korus, alamak, dah tersasar jauh pula emosinya..mungkin dek sakit tekak membuatkan persembahannya terjejas…lontaran suara pun tak kemas…terseksa pula aku tengok dak Iwan ni masa nak tarik suara untuk capai pitch tinggi…haih, sedikit kecewa dengan persembahan beliau… =(

Maulana
Lagu: Bila Rindu
kelainan di tonjolkan apabila lagu ni didendangkan secara akustik…kredit untuk Sham Kamikaze sebab petikan gitarmu itu sungguh menikam kalbu…terbaik la!! kalau nak di ikutkan suara Maulana biasa saja dan takda apa yang menarik…sebab aku lebih terpesona dengan petikan gitar dari alunan vokal…nampaknya akademi dan jumpa genre muzik yang sesuai dengan suara Maulana…dan aku tak nafikan suara dia yang ala-ala jazzy tu asset penting untuk dia terus di kekalkan…suara yang unik dan jarang ada dalam industri…

Nad
Lagu: Jikalau Aku
alahai, lagu ni tak mencabar vokal langsung untuk Nad…boleh tak akademi bagi lagu yang lebih mencabar sikit..kesian aku tengok Nad, terkial-kial nak nyanyikan lagu ni sebab arrangement lagu ni tak menarik langsung..tapi, aku suka dengan pembawakan Nad..lagu dan vokal bersatu..persembahan pentas pun ada peningkatan…paling best bila dia buka kasut..adakah kasut itu tak selesa untuk di pakai atau sememangnya salah satu gimik Nad??? Aku pun tak faham…

Shahir
Lagu: Kau Yang Satu
emosi yang terlebih-lebih sedikit sebanyak menganggu persembahan Shahir..apatah lagi, elemen ala-ala pentomin di lakukan…seakan membunuh pula persembahannya..aku cuma harapkan fokus lebih pada Shahir dan biarkan dia sendirian melantunkan lagu ala ketuhanan ni…mungkin dengan sedikit kawalan suara dan emosi, persembahan dia akan lebih cantik…

Lagu Bonus : Pak Balik Pak
pembukaan konsert dengan hidangan lagu berentak joget...boleh la..cuma kemeriahan elemen joget tu kurang di rasai...apa pun, kredit untuk pelajar AF8 sebab bukan senang nak joget sambil nyanyi...

Persembahan terbaik dari kaca mata aku
Adira
Farina

Penyingkiran
akhirnya Nad tersingkir meski pun aku rasa bukan dia yang sepatutnya tersingkir kalau nak di bandingkan dengan persembahan keseluruhan..hati aku kuat mengatakan Daus yang akan tersingkir atau mungkin pujaan hatiku, si Iwan..rupa-rupanya ramalan ku salah belaka…Nad yang menjadi mangsa dan mengekori rapat di belakang adalah Iwan..emm, nampaknya Iwan kena segera ‘come back’, kalau tak aku rasa mungkin dia juga akan mengusung beg keluar akademi…sayang pula kalau pelajar yang berbakat seperti Iwan tapi di sebabkan masalah kesihatan menyebabkan tumpuannya sedikit tersasar…kita tunggu konsert ketujuh..apakah Iwan akan kembali bersama magisnya atau terus tenggelam????

halal haram

“babe, kau kenapa? selalu sngt mkn mcd… ada apa-apa ke?”


seorang teman yang baru mendirikan masjid ketawa apabila soalan itu ku ajukan…apa tidaknya setiap kali dia akan update status itu di facebooknya…sampai aku tertanya-tanya..hari-hari makan benda alah tu tak bosan ke?? walau pun aku boleh la dikira sebagai duta tidak rasmi makanan segera tu (tapi kebelakangan ni kurang aku memakannya…yelah, berkira-kira untuk diet… =p) tapi kalau dah hari-hari membahamnya, tentu la mati selera…

“ntah la babe..aku pun tak tahu…tekak asyik nak makan benda tu je.”

makanya, aku nasihatkan dia untuk membuat sendiri pemeriksaan...mana la tahu kot-kot melekat ke…

“takut la la babe…”

jawapannya membuatkan aku rasa nak gelak guling-guling…boleh pula nak takut..kawan aku yang seorang ni memang agak ganjil sikit pe’elnya…dah halal buat apa la takut nak check…memang sengal mentega…

memandangkan aku mengenali dia sejak sekolah menengah, selamba sardin aku mengeluarkan kata-kata laser…

“dol, kau dah kawen..buat apa pula takut nak check..adoyai!!!”

dia hanya ketawa…barangkali sedar akan sikapnya yang semakin sengal walau pun dah bergelar isteri orang…

kadang-kadang itu la lumrah manusia..takut pada sesuatu yang tak masuk dek akal…macam situasi rakan ku tadi, tak perlu takut..lagi pun, ikatan itu dah sah…tak perlu nak di risaukan..kalau rasa taknak jumpa doctor dulu, buat pemeriksaan sendiri..nak pengesahan lagi, baru jumpa doctor untuk double check up…

lain la kalau belum ada ikatan yang sah, itu memang patut di takutkan…faktor itu la juga penyumbang kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa…kesian dengan nasib bayi yang tak bersalah tu..menjadi mangsa atas dosa yang bukan dilakukan oleh mereka…zalim…memang kejam…bayi yang tak bersalah langsung di buang tanpa ada sekelumit belas… apa pun, bukan itu yang ingin aku ceritakan di entri ini..lagi pun, walau segiat mana pun kita melancarkan perang, pokok pangkalnya adalah diri sendiri..kalau la keimanan senipis kulit bawang, keinginan hati yang meluap-luap akan diturutkan…natijahnya, diri sendiri yang merana dan juga maruah keluarga jadi taruhan…

apakah manusia era ini semakin nipis nilai kemanusiaannya??????

wallahualam…

23 April 2010

larut dalam larut...


terjemahan perasaan melalui lagu yang di titipkan....

Dewa 19 version





Akim AF7 version



21 April 2010

sabar ada hadnya!!

salah satu laman sosial terpaksa ku nyahkan..rimas apabila persahabatan yang terjalin mula di salahertikan oleh sesetengah pihak…sungguh, aku sesak dengan keadaan ini…kenyataan mereka seolah-olah mengetahui benar isi hati yang tersimpan dan lantas membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan muktamad daripada tuan empunya diri…hanya aku yang berhak menentukan corak kehidupan dan mereka bukanlah penentu segala-galanya…letih apabila acapkali dihamburkan dengan pelbagai soalan yang tak masuk dek akal…apakah mereka lupa Allah pengatur hidup hamba-Nya...apa pun, selagi aku boleh bersabar dan masih ada lagi sekelumit rasa hormat, senyum ku pamerkan..tapi, kalau rasa itu semakin menghilang, jangan terkejut kalau kata-kata aku bisa merobekkan hati mereka…cukup la aku tertekan dengan kata-kata yang di lemparkan tanpa mereka memikirkan apa yang aku rasa!!!!

19 April 2010

Al Fatihah

sumber dari incik yahoo

Sekali lagi dunia seni tanah air di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau lebih di kenali sebagai Achik….penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 90 an..Arwah meninggal dunia akibat nahas jalanraya…

aku layan juga lagu-lagu dari kumpulan spin ni di zaman kegemilangan mereka… antara yang pernah menjadi siulan aku lagu Janji Kita…dalam banyak-banyak lagu, lagu nilah yang paling aku suka susunan muziknya…menampilkan vokal matang dari dia…

apa pun, dah ketentuan dari Allah yang Maha Esa…

semoga keluarganya tabah menghadapi ujian dari Dia…

salam takziah untuk keluarganya dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya….

Al Fatihah…

Konsert Kelima AF8

Adira
Lagu: Sri Mersing
Persembahan terbaik!!! Serius, aku terkejut dengan lontaran suara Adira yang membuatkan aku terpaku…tak sangka dia boleh lagukan Sri Mersing cukup dengan lenggok melayu aslinya…aku setuju dengan Adlin..kalau tanpa tarian, persembahan dia dah cukup sempurna…apa pun, aku suka dengan persembahan Adira. ~thumbs up~

Ain
Lagu: Halo
Lagu berentak balada memang makanan Ain…lagu ni memang susah nak bawa tapi Ain bawa dengan stail sendiri…cuma aku rasa masa latihan kat akademi lontaran suara dia lagu bagus berbanding dengan konsert…suara serak basah tu mencantikkan lagi lagu ni…

Daus
Lagu: Benar Benar
Versi indie…berbeza dengan stail adam..persembahan yang menghiburkan..lagi cantik kalau key lagu ni kasi up sikit..bak kata Sham Kamikaze..kemampuan vocal daus masih lagi di tahap membimbangkan…akademi, bagi la lagu mencabar sikit kat dak Daus ni…

Farina
Lagu: Mana Mungkin
Secara peribadi aku suka dengan lagu ni…banyak lagu fav aku minah ni dapat tau..tapi takda satu pun yang membuatkan aku akan berkata “wow!!”…satu je masalah dia ni, suka tahan emosi…sayang la sebab dia ada pengalaman tapi tak guna pakai dalam lagu…persembahan terburuk untuk konsert kali ni…kezutan bawa anak tu aku rasa dah basi…sebab aku dah boleh agak dah, mesti akademi akan bawa masuk anak dia..bukan la nak kejam tapi kalau boleh jangan la biar emosi ganggu fokus…have to control that…

Iwan
Lagu: Duhai Juwita
Setelah dua minggu menyajikan persembahan hampeh yang mana mengecewakan aku dan penyokong setianya, Iwan bangkit pada konsert kali ni…walau pun tak sehebat persembahan di awal-awal minggu tapi kalau nak di bandingkan dengan dua konsert sebelumnya, Duhai Juwita menyelamatkan Iwan…aku suka dengan stail persembahan dia…tapi kalau dia up sikit lontaran vokal, pasti persembahan dia lagi best..apa pun, aku suka dengan kebangkitan Iwan dan tolonglah fokus untuk konsert akan datang….
Maulana
Lagu: Ku Bukan Aku
Persembahan ok…apa yang menariknya tentang Maulana ni, kelainan vokalnya yang ala-ala jazz tu..jarang lelaki ada jenis vokal macam ni..walau pun aku masih lagi suka dengan nyanyian asal dari Tilu, tapi kredit juga untuk dia sebab nyanyikan lagu ni ikut stail sendiri..tapi bab sikap tu kena la betulkan sama juga..takut-takut tak dapat pergi final pula sebab AF ni bergantung pada undian..undian pula di nilai dari pe’el dalam akademi dan bukan vokal semata…

Nad
Lagu: My Happy Ending
Pilihan lagu sesuai untuk Nad…baru la aku dengar kemampuan vokalnya..sepatutnya di awal-awal nyanyi dia dah pulun habis…tapi kira ok la dari lagu Bulan Cinta tu kan…

Shahir
Lagu: Anggapanmu
Aku memang peminat setia Ziana Zain…bila dapat tahu si Shahir bawa lagu ni, aku dah cukup risau..aku tahu pasti akan ada bayang Ziana Zain dalam lagu ni nanti…bukan senang tau nak nyanyikan..bayang Ziana Zain kuat sangat…Amylea AF3 pernah nyanyikan lagu ni dulu tapi tak berjaya…persembahan Shahir antara yang terbaik…aku suka dengan arrangement lagu ni..sisi lain dalam diri Shahir dapat di lihat….dia jadikan lagu ni milik dia…tambah menarik dengan ton suara, mencantikkan lagi lagu ni…anggapanmu versi rock, aku cukup suka!

Lagu Bonus : Kau dan Aku
Maaf sangat…aura Akim dan Mila terlalu kuat dalam lagu ni…aku mengharapkan persembahan yang terbaik tapi seakan ulang tayang AF2 pula…teringat aku masa bebudak AF2 nyanyi lagu jangan pisahkan…lebih kurang macam ni persembahannya…mungkin akademi kena fikirkan sesuatu untuk persembahan lagu bonus…kena up sikit standard persembahan pentas…ni dah macam budak sekolah pula aku tengok…kalau pakai stail AF7 masa nyanyikan lagu Lucky, aku rasa lebih ok…terapkan aspek lakonan dalam lagu…

Persembahan terbaik dari kaca mata aku
Adira
Shahira

Penyingkiran
Tiba-tiba pula akademi buat lawak, tiada penyingkiran walau pun aku rasa penyingkiran Farina memang tepat pada masanya…sebenarnya, aku cukup tak berkenan bab takda penyingkiran ni… minggu pertama atau kedua, ok la kalau nak pakai sistem ni sebab pelajar belum tonjolkan lagi kemampuan vokal masing-masing…ni dah minggu kelima…tapi selalunya kalau minggu ni tiada siapa yang tersingkir, minggu depan mungkin kita akan saksikan dua pelajar tersingkir sekaligus…itu la permainan program realiti..jangan terkejut pula bila minggu depan pelajar yang tak sepatutnya pula tersingkir…

16 April 2010

Adrenalin

Adrenalin adalah sejenis hormon yang dirembes oleh badan kita lantas mengakibatkan kenaikan kadar degupan jantung dan mempercepatkan aliran darah sekaligus membuatkan kita kekurangan oksigen untuk bernafas. 

Haa, sebab itulah sesuai benar perkataan ini diterjemahkan menjadi tajuk utama album Faizal Tahir (FT)…credit to my sister for this gift…thnx… =D

Adrenalin
Track pertama dalam edisi album kali ni…rentak laju sesuai dengan tajuk yang dipilih…adrenalin aku turut teransang untuk mengikut irama yang di palu…teruja untuk terus mendengar track yang berikutnya…

Superhero
Sinonim dengan FT….cara susunan muziknya seakan-akan batu dan golek (album Aku.Muzik.Kamu)…

Aku pasti takkan menjadi
Semua yang kau mahu ku jadi
Sekian terima kasih

Bahagian ni aku kira penguat lagu Superhero…
Pengajaran yang dapat ku kutip sepanjang mendengar lagu ni, setiap dari kita adalah superhero…
Persetankan pada mereka yang cuba menjadi pengaturhidup…
Diri kita, kita la penentunya…
Lagu pemberi semangat untuk aku!

Selamat Malam
Lagu ni dah pun berada di pasaran setelah kejayaan Bencinta…mula-mula dengar telinga aku agak kurang mesra sikit..mungkin disebabkan terbiasa dengan pembawakan Bencinta yang pada aku kordinat muziknya cukup terbaik…tapi, lama kelamaan, iramanya terus melekat di sanubari…
aku addict pada bahagian,

kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
terhapus semua air mata dengan senyuman

aduhai, puitisnya….

Karma
My favourite song ever… =) pertama kali dengar terus jatuh cinta ni..hikhik….

Hanyut
Lari dari kebiasaan, FT menggunakan warna suara dengan sebaik-baiknya..terkesan aku tatkala dia melantunkan suara menggunakan teknik falsetto..yelah kan, jarang rasanya FT menggunakan teknik suara seperti itu kerana aku percaya dengan kemantapan dan kelantangan vokalnya..kalau tak, takkan la dia menang anugerah Vokal Terbaik dalam AJL 24 kan…tapi, tabik kerana dia juga membuktikan kepelbagaian warna dalam suara…
Aku terus hanyut dalam mainan perasaan sepanjang lagu ni diperdengarkan..best sangat!!!

Bencinta
Tak perlu di pertikaikan lagi kehebatan lagu ni dan takda siapa yang mampu membawakan lagu ni dengan sebaiknya persis FT…ranap jiwa aku bila tak dapat tengok dia beraksi sewaktu Separuh Akhir AJL 25..tapi mengubat kehampaan semula apabila dia beraksi untuk pentas akhir AJL 25..persembahan terbaik meski pun, keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan…
Komposisi lagu ni cukup menarik dengan susunan muzik yang hebat…lain dari yang lain apabila elemen pancaragam diserapkan…aku paling suka intro lagu…memang terbaik!!!!

Muzik
Muzik pengubat duka..lebih kurang begitulah mesej yang cuba di sampaikan..aku tertarik pada bahagian ‘dengarlah muzik’ dan juga pada penggunaan ayat yang di guna pakai dalam lirik lagu ni..banyak perkataan ‘bombastik’ ditunjukkan.. jarang benar jumpa perkataan-perkataan seperti justifikasi, komplikasi, kompromi, polusi, generic, edisi terhad dan kosa kata…~thumbs up~

Hanyut (Akustik)
Pada yang suka dengar lagu berbentuk akustik, seperti biasa, FT memang superb dalam bab ni… ~winks~

Semesta
Track terakhir dalam Adrenalin…ku kira simbol penghargaan dari FT kepada mereka yang banyak menjadi sumber inspirasi kepada beliau…lagu ni juga bercorak universal…boleh di tujukan khas kepada sesiapa saja, baik keluarga, orang tercinta atau kepada mereka yang banyak memberi dorongan dan dokongan dalam kehidupan kita…
Bila dengar lagu ni serasa macam FT tujukan khas untuk aku pulak..hahaha…
Bahagian yang paling aku suka,

Fahamilah tak ku mampu terus tanpa kamu
Terimalah yang ku mampu beri untuk kamu
Bagai pelangi gerimis yang lalu
Cahaya saat ku buntu
Harus kau tahu ku disini kerana kau ada…

~tears~

Keseluruhan:
Aku memang cukup berpuas hati dengan buah tangan kali ni..sama seperti album yang pertama, kesemua lagu yang terkandung di dalamnya cukup membuatkan aku ingin mendengarnya berulang kali…berbaloi dengan kualiti yang dihasilkan…TERBAIK dan CUKUP TERBAIK!!!!

nak seribu daya...

setiap kali aku menghabiskan masa bersama teman BFF, acapkali nama dia tak pernah lekang dari sebutan kami…selalu mengharapkan jejaknya dapat dicari…selaku teman rapat yang turut berkongsi ceritera suka dan duka, kehilangannya amat kami rasai…kalau nak diikutkan, jarak kami bukanlah jauh benar..tapi, entah la…masih lagi tiada peluang untuk bersua muka…ada kalanya, kami seolah-olah putus harapan…serasa ingin membiarkan saja ikatan persahabatan kami yang terjalin kemas dibiarkan berlalu…tapi, aku bukanlah jenis manusia yang kenal apa itu putus asa…lantas, ku tekadkan azam, berhempas pulas aku mencari kelibatnya…merata-rata ku jejak langkahnya..tabiatnya yang suka menukar nombor telefon sememangnya menyukarkan kami untuk menjejakinya..kali terakhir kami bersua muka pada 05052005 sewaktu acara perjumpaan semula teman sekolah..kemudian, masih lagi berhubungan sehinggalah jejaknya hilang…dan kini hampir lima tahun berlalu, masih lagi kami menjejaki langkahnya…usaha terakhir ku pilih, apabila kakak iparnya yang juga bekas teman sekolah rendah ku hubungi…itu pun, apabila aku terpandang gambarnya di laman sosial friendster kepunyaan salah seorang teman sekolah menengahku…rumit kan…tapi terlalu banyak kebetulan berlaku…pantas aku menghubungi rakan ku itu untuk meminta nombor telefonnya…berjaya…lantas ku hubungi dan bantuan ku harapkan padanya untuk memberi perkhabaran pada si dia…tapi, usahaku gagal lagi…entah apa yang menghalang aku sendiri kurang pasti…dengan hiba aku pahatkan kata noktah pada persahabatan kami…tapi, kalau Allah mengkehendaki sesuatu, pasti ianya akan terjadi…tindakan aku menjadi rakan mukabuku kakak iparnya membuatkan dia tahu akan keberadaan aku…sungguh, memang pada mulanya aku ingin menjejaki dia di laman sosial tersebut…malangnya kesibukan menjadikan aku tak sempat untuk melakukannya…syukur, akhirnya dia yang muncul apabila pesanan di hantar ke inbox mukabuku ku…berderau darah apabila melihat namanya yang tertera…tak sia-sia usaha aku menjejakinya…sekali lagi mukabuku menjadi medan untuk aku bertemu dengan mereka yang sudah lama terputus hubungan…dan kini kami merencanakan agenda untuk bersua muka…terlalu banyak ceritera yang ingin di kongsikan bersama… buat Maisarah Nadzri (yang, sori kalau salah eja nama ko) aku sayang sangat kat kau dan harap-harapnya persahabatan kali ni tak terputus lagi…

perihal air tebu... (ye ke???)


Abaikan kaitan kisah kematian Allahyarham Din Beramboi kerna terlalu banyak versi punca kematiannya di sebarkan meluas…


aku cuma ingin berkongsi kisah Air Tebu ni…tentu ramai yang suka akan minuman ni….apatah lagi apabila menjelangnya bulan Ramadhan…termasuk la dengan aku yang pasti akan memilih minuman ni sebagai minuman rasmi di bulan ramadhan...sebagai peminum tegar air tebu aku agak terkejut dengan email yang diterima dari seorang rakan. sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Tapi kalau di fikir-fikirkan ada juga logiknya…selama ni aku tak pernah terfikirkan pun sejauh mana kebersihannya…

Tak salah kalau ingin mengambil langkah berjaga-jaga kan…bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati…

selepas artikel ini ku baca, serta merta terus loya tekak… barangkali memikirkan minuman kegemaran yang terpaksa ku tolak keluar dari menu…

takut juga kalau nak minum lepas ni…

Adamaya

menebus kekecewaan dengan Na O Mei disebabkan kemuncak ceritera yang hampeh..ceh, penat je aku follow dari mula..sekali kemuncaknya mengecewakan…cit!


adaptasi dari filem I’M Not Single yang rasanya dah berpuluh-puluh kali aku tengok…hehehe..tertarik dengan jalan ceriteranya…kali ni ada beberapa pelakon asal tidak dikekalkan dan semestinya menyebabkan fokus aku pincang sikit…tu la penyakit filem yang didramakan…mesti sukar nak kekalkan pelakon asal…impaknya, momentum akan menjunam turun, nak pula bila pelakon yang membawa watak yang di tukar itu kayu + kaku…

nasib baik watak penting iaitu Adam (lakonan asal Farid Kamil) di galas baik oleh Sein ruffedge…ok juga la suami si Nana ni berlakon…kena sangat dengan watak Adam yang agak nakal tu…mendukung watak Maya masih lagi menjadi milik Lisa Surihani..apa yang bestnya karektor si Maya ni bila part kelam kabutnya dan juga rajuk-rajuk manja tu…sweet sangat…watak Dani pula bertukar tangan dari Awal Ashaari kepada Faizal Yusup…

plot ceritera juga berkembang dan ada penambahan pelakon untuk mencantikkan lagi perjalanan Adamaya…

paling penting bila lagu tema pun turut di kekalkan...


Selepas Na O Mei, sekali lagi aku berkejar balik ke rumah untuk layan Adamaya pula..harap-harap endingnya tak hampeh la yer...

Konsert Keempat AF8

Adira
Lagu: Biarlah
Persembahan yang menarik tapi apa yang aku pelik, awat la dia ni tak dapat lampu hijau dari pengkritik..apakah???? aku rasa persembahan dia ok…beza dari stail Nidji dan persembahan mengingatkan aku pada Anum yang telah pun tersingkir..hukhuk….

Ain
Lagu: Kawan
Mula-mula macam masalah je dia ni..tapi, pada aku lagu ni memang top zaman aku sekolah rendah dan tak susah pun nak di nyanyikan tambahan pula dengan stail suara Ain yang mirip penyanyi asal si Ruhil tu..persembahan terbaik! Dah macam superstar dan kredit untuk Ain sebab nyanyi sambil main gitar..tapi masih lagi tak boleh lawan Akim masa dia perform lagu I’m Yours sambil petik gitar..ngeh..ngeh…

Alif
Lagu: Hanya di Radio
Kelainan bila lagu ni di suntik dengan rentak dangdut…kiranya versatile la juga si Alif ni…tapi macam yang aku beritahu dalam entri sebelum ni, ton suara besar dia tu buat aku susah sikit nak terima…

Daus
Lagu: Mirage
Terserlah sangat indienya dalam performance dia…ada peningkatan berbanding minggu sebelumnya..aku agak terganggu dengan aksi dia membongkok dan jegil biji mata..harap sangat dia boleh up sikit showmanship…

Farina
Lagu: Teruskanlah
Satu lagi lagu favourite aku yang mana telah di hancurkan oleh dia ni…rosak lagu agnes di buatnya…

Iwan
Lagu: Kekasih Gelap
Juga lagu favourite aku dan serius jangkaan aku sangatlah tinggi untuk dia ni,,,tapi terus terang aku cakap, persembahan yang paling hancur masa ni..fokus memang dah lari jauh di tambah pula dengan koflik cinta dia dengan Nad…adoyai, semak betul aku tengok…bakat dah ada, tapi masalah dalaman pula..kembalikan Iwan di konsert pertama!!!! Kalau tak, aku tak terkejut kalau Iwan pula yang usung beg keluar…

Maulana
Lagu: Biarkan
Aura Vince kuat sangat dalam lagu ni…tapi kesungguhan Maulana aku puji..dia sedaya upaya nyanyikan lagu ni ikut stail dia sendiri...

Nad
Lagu: Realiti Dewi
Nampak sangat dia bersungguh-sungguh masa perform lagu ni..sayangnyam, macam serba tak kena…aku keliru juga dengan dia ni…lagu mana la yang boleh tonjolkan kualiti suara dia ni…tarian kena improve sikit..macam tak kena je…

Shahir
Lagu: Always Be My Baby
Mula keluar dari zon selamat..kira ok juga mamat ni nyanyi..mungkin di awal-awal dia takut sikit..

Persembahan terbaik dari kaca mata aku
Ain
Adira
Maulana

Penyingkiran
Alif

15 April 2010

Konsert Ketiga AF8

Adira
Lagu: Kini
Lagu ni kurang sesuai untuk Adira..suara dia keras sangat la…mungkin dia kena hold sikit vocal dia..lagu kini ni tak pakai vocal lantang…

Ain
Lagu: Cinta Antara Benua
Kan aku dah kata suara dia ni sesuai untuk lagu balada je..sebab dah dua minggu bawa lagu rancak tapi hancur…so. Lagu balada memang makanan Ain…cuma kalau dia lembutkan sikit suara dia untuk lagu ni, memang cun..

Alif
Lagu: Sesuatu Janji
Pujian untuk tarian sebab bukan senang menari sambil nyanyi..adam je yang boleh buat cenggitu…suara dia ada ok sikit…selaku pembukaan, dia berjaya bawakan lagu ni..

Anum
Lagu: Kau Atau Aku
Persembahan penutup yang menyelamatkan konsert ketiga yang suram..bila Anum nyanyi baru aku rasa cam konsert…kalau tidak, takkan la si Adlin bagi lampu hijau kan…cuma kecewa sikit sebab part akhir tu dia tak pulun habis..

Daus
Lagu: Separuh Jiwaku Pergi
Kurang emosi tapi bila si Intan Ladyana tu keluar melebih pula emosi mamat ni..ok sikit persembahan dia…memang la tak adil kan kalau nak dibandingkan dengan Anang…dan masa ni juga transformasi Daus berlaku..tapi aku masih lagi suka stail rambut yang dulu tu..

Farina
Lagu: Cantik
Ok la lagu ni..tapi macam yang juri cakap, nada rendah dia ada masalah sikit..aku pun tak mampu tangkap apa yang dia cakap..tapi stail tarian dia ada sikit improvement berbanding dengan lagu paparazzi…

Iwan
Lagu: Permaisuriku
Susunan lagu ni bagus tapi aku tak faham kenapa susah sangat dak Iwan ni nak fokus..apa yang aku perasan minggu ni fokus dia melayang entah ke mana…

Maulana
Lagu: So Sick
takda yang menarik sangat cuma kemampuan dia menari boleh di beri pujian..nyanyian, biasa je…agak konsisten persembahan Maulana dan tak mustahil rasanya dia ni boleh jadi juara….

Nad
Lagu: Bulan Cinta
Lagu dangdut la lagu yang paling senang nak makan..tak silap aku dah tiga kali lagu dangdut masuk konsert AF..tapi lagu ni memang tak masuk langsung dengan Nad…kalau pun lagu ni bukan makanan dia, sekurang-kurangnya buat la bagus sikit kan…lagu mendatar dan kurang elemen dangdut…apa pun, percubaan yang baik untuk Nad…

Shahir
Lagu: Derita Cinta
Antara persembahan terbaik Shahir setakat ni..aku dapat dengar ton suara dia dengan jelas..dan memang ada beberapa bahagian bunyi Jamal kedengaran…tapi, bagus la sikit kalau nak di bandingkan masa dia bawa lagu Jangan Nakal tu…

Persembahan Terbaik dari kaca mata aku
Anum
Daus
Maulana
Shahir

Penyingkiran
Anum
Gila tak kecewa!!! aku frust sangat bila Anum usung bagasi keluar..tapi nak buat macamana, dah rezeki takat ni je..mungkin rezeki dia lagi bagus di luar sana..tapi sayang la sebab showmanship dia bagus dan aku budget dia pergi ke pentas akhir…
agak-agaknya ada tak AFUNDI masuk????
Jeng..jeng..jeng….

Konsert Kedua AF8

Adira
Lagu: Ku percaya Ada Cinta
Secara peribadi aku suka dengan lagu ni dan tentunya jangkaan aku tinggi untuk Adira.  Kredit untuk dia sebab bawa lagu ni mengikut stail sendiri..aku tak terbayang pun si siti dalam lagu ni…

Ain
Lagu: Lagu Happy
Bagus sikit la dari lagu hey ladies..tapi aku rasa suara dia kureng sesuai bawa lagu rancak..sebab dah dua minggu berturut-turut dia dapat lagu rancak tapi macam takda perubahan pun…

Alif
Lagu : Dance With My Father
So far ok…cuma aku still tak dapat tangkap apa yang dia kata..tabik bila dia dapat kawal emosi sebab sebelum nyanyi boleh pula dorang siarkan klip dari ayah Alif…kalau tak tahan, boleh nangis babe sepanjang lagu…

Anum
Lagu: Sekadar Di Pinggiran
Not tinggi ada sikit masalah..rasanya dia cuba kawal suara rock dari keluar kot..ala, tak kisah pun..dah itu memang stail dia nyanyi..go Anum!!!

Daus
Lagu: Menatap Matamu
Aku suka bila Daus nyanyi ikut stail dia dan tak tiru Aril AF7..paling aku suka bila dia nyanyi part, “andaikan kau jadi milikku”… part ni yang membezakan stail dia nyanyi dengan Aril…cuba, kemampuan vocal Daus tak tercabar sangat dengan lagu ni.

Ema
Lagu: Pakai Buang
Berbanding minggu lepas, aku suka persembahan dia kali ni..tapi, pelik bila gesture badan berbza pula…betul la kata Aznil, lagu ni mana boleh bawak stail gedik tu..sepatutnya Ema kena tunjuk sisi kuat semangat sebab lagu ni kan ala-ala kebangkitan gitu…

Farina
Lagu: Ketentuan
Lagu favourite aku tapi hancur bila dia ni perform….aduhai, lagu ni senang je nak masuk jiwa..lagi-lagi dia ada pengalaman…gunakan la pengalaman tu…sayang pula sebab lagu ni boleh pukul habis kalau si Farina ni nyanyi elok-elok…

Iwan
Lagu: Mencari Konklusi
Sempoi tapi terhibur…tak la ikut sangat stail Noh Hujan..Cuma kalau boleh lebih tekankan pada vocal sebab showmanship dia dah ok..kena mahal sikit bak kata Adlin…

Maulana
Lagu: Hasrat Hati
Sesuai dengan vocal dia..rasanya maulana sesuai bawa lagu genre macam ni kot…sebab baru aku perasan suara dia ada ‘weight’..ala-ala Shawal ngan Diddy…

Nad
Lagu: Aku Wanita Biasa
Sekali lagi persembahan menghampakan…lontaran suara kena kasi sikit..dia ni cam takut-takut nak nyanyi part tinggi..tapi emosi memang terbaik…

Shahir
Lagu: Jangan Nakal
Ok sikit la daripada minggu lepas..Cuma kalau kasi suara lantang sikit, much better…keberanian dia bermain mata cukup aku puji..

Persembahan terbaik dari kaca mata aku
Adira 
Daus
Iwan
Penyingkiran
Ema

Konsert Pertama AF8

Adira
Lagu: Bertamu Di Hati
Suara dia agak keras untuk lagu ni…tapi, kemampuan capai not tinggi cukup aku kagumi..yelah, lagu Jac tak senang tau nak bawa…Cuma kena relaks sikit…yang lain, ok je.

Ain
Lagu: Hey Ladies
Kalau minggu lepas persembahan dia terbaik, tapi minggu ni kureng sikit…berterabur habis…mungkin agaknya suara dia sesuai untuk lagu berentak balada je kot…

Alif
Lagu: Kau Aku
Sekali lagi suara besar dia menganggu kosentrasi aku..mungkin susah untuk aku terima jenis suara macam ni kot…tapi confident level dia atas pentas memang terbaik…macam dah biasa buat persembahan pula…kali ni persembahan better than last week…

Anum
Lagu : Aku Tak Percaya Cinta
Boleh tak kalau aku kata nyanyian dia lagi bagus dari penyanyi asal????

Daus
Lagu : Cari Jodoh
Aduhai, persembahan dia buat aku kecewa sebab aku mengharapkan sesuatu dalam persembahan ni..lagu ni dah la tengah meletup di pasaran…anak buah aku yang umur empat tahun pun hafal lagu ni berbanding aunty dia…hahaha…tapi stail nyanyian dia biasa je cuma yang menangkap perhatian aku, ton suara dia yang sedap…maybe background dia dari indie tu yang stail nyanyi lain macam sikit…

Ema
Lagu: Yang Terbaik
Macam terseksa je bawa lagu ni! Kurang fokus dalam kelas menyebabkan aku rasa dia ni gagal sikit…kehadiran Shah sebagai props tak membantu langsung..kesian je aku tengok bila Shah yang beriya-iya tapi Ema tak pandai gunakannya…

Farina
Lagu: Paparazi
Malu lebih sangat..lagu ni kan lain sikit stail dia…betul la cakap Adlin, baik bawa lagu cindai!

Iwan
Lagu: Haven’t Met You Yet
Sempoi sangat..aku setuju dengan adlin kalau dia tambah sikit gesture lagi menarik…tapi still dapat perhatian aku… =)

Maulana
Lagu: Extravaganza
Pembukaan yang hebat tapi perlu banyak perbaiki…cara jalan tu gagal sungguh..tapi dia bawa lagu ni ikut stail sendiri dan tak terikut-ikut dengan nyanyian Sam…

Nad
Lagu: ERT
Attitude dalam lagu ni kureng sikit…kalau Nad bawak dengan lebih berattitude, lagi gempak persembahan dia…tapi ok sikit dari lagu Gantung…

Shah
Lagu: Bengang
Maaf sangat sebab aura Akim sangat kuat dalam lagu ni..banyak part yang dia nyanyi bunyi macam Akim..so, takda aslinya…aku tak rasa orang lain boleh bawa lagu ni lebih bagus dari Akim…

Shahir
Lagu: Khatimah Cinta
Masih lagi takut-takut untuk lontarkan suara..kalau jenis lagu macam ni, belasah jer..jangan kasi pecah sudah..tapi ada la perubahan sikit dari lagu M. Nasir…kalau dia lantangkan sikit suara, dah syahdu dah lagu ni…

Persembahan Terbaik dari kaca mata aku
Anum
Iwan
Adira

Penyingkiran
Shah
patutnya minggu pertama tak perlu penyingkiran sebab vokal pelajar masih lagi belum teruji..belum sempat menonjolkan bakat dah tersingkir pulak..kan lagi elok kalau minggu ketiga atau keempat baru penyingkiran berlaku..bagi peluang dorang tunjuk bakat dulu..

Konsert Tirai AF8

Adira
Lagu : Gagap
Kurang menyerlah sebab aku masih lagi terbayangkan versi Stacy..tapi keberanian dia aku puji…bukan senang tau nak nyanyi lagu rancak ni…

Ain
Lagu: The Climb
Persembahan terbaik untuk konsert tirai..pilihan lagu yang bagus dan menyerlahkan suara dia yang sedikit husky tu…dalam ramai-ramai pelajar, dia yang paling menyakinkan…

Alif
Lagu: Live Like Were Dying
Rasa pelik bila cara cakap lain tapi bila nyanyi, mak ooiiii, suara bukan main besar lagi…telinga aku sukar menerima cara nyanyian dia ni..teringat pula pada si Rizu (OIAM)..suara besar pada aku mempunyai masalah dari segi penghayatan dan sebutan…rasa lain macam pula..sebutan kurang jelas…

Anum
Lagu : Pelesit Kota
Pelajar paling berani dan daring..bak kata Aznil, persembahan pertama dah membuka mata orang dengan aksinya berbaring…suara ngam habis dengan lagu ni…aku rasa dia ni boleh jadi pelapis Ella…

Daus
Lagu: Bye Bye Bye
Lagu yang membunuh diri sendiri..lagu ni tak tonjolkan langsung suara Daus..tone suara dah sedap dan tapi lagu pula tak ngam…

Ema
Lagu : Tiada Lagi Tangisan
Gagal. Aku tak rasa dia bawak lagu ni dengan bagus…sebutan tak jelas dan paling ketara membingitkan telinga aku…minda aku masih lagi terkenangkan betapa hebatnya Idayu bawa lagu ni masa AF3…mungkin sebab lagu ni tak sesuai dengan suara dia..paling menganggu aksi dia dok geleng-geleng kepala tu sampai mak aku pun komplen juga..

Farina
Lagu : Tiada Lagi
Ni la masalah untuk aku bila lagu yang pernah di nyanyikan oleh pelajar sebelum ni di nyanyikan balik…mesti ada perbandingan…walau pun aku tak la minat sangat dengan Rubisa tapi dia bawa lagu tu lebih bagus dari Farina..suara dia macam takut-takut lagi..mungkin sebab pertama kali buat persembahan kot..tapi kan dia ni biasa nyanyi..pelik juga..atau mungkin boleh di kategorikan sawan pentas…

Iwan
Lagu : Coba
Aishah pernah bawa lagu ni mengikut stail dia dan kali ni pelajar lelaki pula dipertanggungjawabkan untuk membwanya…kalau tak di sebabkan sakit tekak aku rasa persembahan Iwan terbaik..tapi kira ok la…cukup pakej..aku suka tang rambut yang ala-ala Noh vokalis Kumpula Hujan tu dan bibirnya…so sweet…

Maulana
Lagu : Tekad
Biasa-biasa je persembahan dia ni…aku rasa macam tak sesuai pula lagu dengan suara dia…

Nad
Lagu : Gantung
Kalau tukar sikit arrangement pastu naik sikit key, tentu persembahan Nad ok..tapi dia bawak lagu ni mendatar je..sayang sangat sebab lagu ni la paling senang nak bawak dan tukar ikut lenggok suara kita…

Shah
Lagu: Drama King
Kalau kurang menjerit sedap sikit la kot lagu ni..

Shahir
Lagu : Andalusia
Nampak sangat takut atas stage…pilihan lagu yang salah..lagu M. Nasir ni terlalu besar rasanya untuk dia…tapi aku terpikat dengan tone suara…ada sesuatu yang perlu akademi gilap lagi…

Persembahan Terbaik dari kaca mata aku
Ain
Anum

AF 8

 *gambar ihsan murai
aku tak la addict sangat macam edisi tahun lepas..entah kenapa edisi kali ni macam serba tak kena..dah la arrangement music di singkatkan..tak puas rasanya…baru nak layan perasaan tup-tup lagu dah habis..kemudian, aura pelajar pula kurang menyengat meski pun dah masuk konsert ke-5…entah mana silapnya pun aku tak tahu..barisan tenaga pengajar dah cukup terbaik..apa yang aku boleh rumuskan, kali ni pelajar macam tak kisah pun…asalkan dorang nyanyi je..feeling pun masih tak kesampaian…paling sedih bila baru beberapa konsert dah ada yang besar kepala…tapi ada lima pelajar yang aku mula-mula tengok pada konsert tirai membuatkan aku terasa nak mengikuti perjalanan mereka sewaktu bergelar pelajar….


sama-sama nantikan antara lima orang ni yang mana satu akan bergelar juara kecuali si Anum sebab masa aku taip entri ni, dia dah pun terkeluar di konsert ketiga…. =((

AF 7

ingat rambut kerinting, ingat Hafiz..ingat Hafiz ingat la rambut kerinting..frust aku bila dia memotong rambut gulong-gulong itu…tentu rambut dia dah rosak teruk dan terpaksa potong…huhu..tapi takpa..rambut leh tumbuh balik kan...apa yang menarik pasal dia cepat masuk dalam lagu…penjiwaan memang terbaik… aku rasa dia nyanyi lagi Cinta Ini lebih bagus dari penyanyi asalnya.. bayangkan la, otak aku tak boleh terima cara nyanyian penyanyi asal bila lagu ni berkumandang kat radio dan secara aoutomatik aku terus teringatkan stail Hafiz nyanyi…

sebelum beliau di transformasikan...si nakal yang sedikit panas baran…suara yang sedikit husky…aku yang tak suka dengar lagu I’m Yours tu boleh jadi jatuh cinta sebab Akim nyanyikan lagu tu dalam akademi…bila aku dengar lagu I’m yours terus teringatkan si Akim… (thanks to Akim sebab berjaya merubah persepsi aku terhadap lagu tu…) transformasi yang merubah diri akim dan siapa sangka dia yang calon underdog (bak kata Edrie Hashim) boleh melangkah ke final…sampai sekarang lagu bengang tak pernah basi untuk hidangan halwa telinga aku…

si latah yang kurang menunjukkan dirinya yang sebenar..dik, kena buang sikit perasaan malu tu…aku memang frust yang teramat bila dia di singkirkan..tak patut sangat… mula tertarik bila tengok dia dalam tirai..cute sangat dengan aksi latah…tengok cam sempoi je minah ni tapi aku dengar dia antara pelajar bijak dalam sekolahnya…sketsa cinta antara dia dengan Akim menjadikan AF7 lebih warna…disebabkan keakraban itu la tercetusnya Aishkim…dan jangan tak tahu aishkimmers sangat teguh berdiri di belakang mereka berdua…

sangat cantik ini budak…aku rasa dia tak patut keluar awal…tone suara bagus tapi takda rezeki melangkah ke final…sekarang tengok, perjalanan seninya semakin cerah bila dilamar Cat Farish untuk join Fabulous Cat…sebab keunikan suara Zizi membuatkan dia nampak berbeza dengan mereka yang ada…

juga kurang menyerlah sewaktu menyertai Gang Starz tapi mendapat tempat di AF7..apa yang bagus tentang si mamat capang ni sifat poyo yang ditunjukkan dalam konsert menyebabkan persembahan dia bagus..turut menjadi mangsa apabila terkeluar pada konsert ke-7 (kalau tak salah aku le)…suka aku tengok dia dengan Aishah dalam diari..lagak macam abang dengan adik..cute sangat…personaliti yang menonjol membuatkan dia di terima walau pun kadang-kala mulut takda insurans..mamat ni jenis lantang bersuara..

*gambar ihsan incik yahoo

AF 6

tenggelam di gang starz tapi menyerlah di pentas AF…konsisten yang teramat sangat..setiap minggu menjanjikan persembahan yang terbaik…aku terpikat dengan cara dia yang sentiasa fokus untuk menimba ilmu di akademi…cute bila tengok dia dengan nubhan…

suara takda dalam pasaran muzik…tapi tiap-tiap minggu sure keluar suara angsa..nasib baik konsert final suara angsa lenyap..tu yang aku rasa dia patut dapat naib juara berbanding dengan riz…

*gambar ihsan incik yahoo

AF 5

 *gambar ihsan incik yahoo

Mila! (ajuk cara Hattan panggil nama dia) si kecil molek dari pulau mutiara yang tak menyerlah di awal minggu tapi bangkit dari kesilapan dan menyajikan persembahan hebat..tu yang dia boleh pecah rekod sebagai juara wanita pertama selepas empat musim berturut-turut lelaki je yang sapu habis…sampai sekarang masih dalam industrI…kekal dengan personalitI yang merendah diri membuatkan Mila terus bertahan…

AF 4

*gambar ihsan incik yahoo

musim ni paling membosankan aku dan hanya Lotter yang membuatkan aku tertarik untuk menyaksikan AF4…kesilapan berlaku bila hazama tak terpilih…bayangkan, pelajar yang terpilih tu macam hampeh je…tu pun ntah macamana si Lotter ni boleh tersingkir..nasib baik ada afundi masuk…kalau tak final AF4 tentu bosan tahap dewa…pelajar yang tinggal tak menarik perhatian langsung…apa taknya, kemunculan Hazama masa konsert final lebih membuatkan orang teruja…

AF 3

 
Gelombang tsumawi melanda…kecoh sekejap bila dia tak terpilih sebagai pelajar AF…tiba-tiba konsep serap masuk di perkenalkan…mengusung beg masuk pada konsert pertama bersama dengan Marsha…minggu pertama dia buat riuh bila insiden lupa lirik berlaku… tapi minggu demi minggu dia perbaiki dan konsisten. cuma ada beberapa minggu yang aku rasakan lagu yang di beri tak mencabar vocal langsung….persembahan terbaik masa konsert final menjulang nama sebagai juara dan menutup mulut mereka-mereka yang kata dia tak layak menang sebab malam final tu finalist lain cam hampeh je..
  
pertama kali dangdut berkumandang di AF… pak lawak dalam af..paling best bila dalam kelas Cikgu Marlia Musa..ada je pe’el si Felix yang mencuit hati… dengar cerita dia merajuk sebab terlalu banyak publisiti di beri kepada juara..sebab tu membawa diri ke tanah kelahiran sendiri, Sabah… sayangnya la sebab bakat budak ni bagus…

gossip cinta dengan felix dan personaliti ala-ala perempuan melayu terakhir…pasangan dangdut dalam af3…sayang sebab dia tak dapat melangkah ke final..suara bagus cuma mungkin di sebabkan muka pasport sebab terlalu banyak masuk pertandingan menyebabkan nilai esklusif kurang…pertama kali aku nampak Akma dalam pertandingan who will win…

 
mat rock yang setia dengan genre muziknya itu..kelakar bila dia cuba bawa lagu Vince guna cara sendiri..hancur babe…persembahan terbaik lagu suatu masa…masa tu feeling memang tangkap habis…satu lagi pasangan cute dalam AF...kalau felix dengan Akma, pasangan Yazer adalah Ekin...

si gedik yang akhirnya tak la gedik sangat..masa mula-mula memang terserlah gedik dan ngada-ngadanya…membuatkan aku menyampah..tapi, lama-lama ok pula minah ni…cuma sikap main-main tu membunuh diri…masa final pula hilang fokus kan…

si cute dalam akademi…pada aku suara dia lantang…apatah lagi bila nyanyikan lagu Berhenti Berharap..tapi satu je masalah dia yang aku sedikit berang..penyakit lupa lirik..boleh dikatakan selalu sangat dia mengalami penyakit itu..

*gambar ihsan incik yahoo

AF 2

Minat habis dia ni dengan KRU…tapi aku suka tone suara dia..ada sesuatu yang indah untuk di dengar…kelincahan menari menjadi aset penting dan sampai sekarang masih lagi mengekalkan kepopularan..dan aku rasa dia lagi gah dari sang juaranya..nak buat macamana..rezeki masing-masing kan… menjadi bahan bila sebutan keroncong menjadi kecorong…tu la dia bila mat rap jadi nyanyi keroncong…apee daa…

Key suara tinggi..tengok la masa dia nyanyi lagu Mengapa…gila arh..lagu tu dah la bapak susah…tapi dia berjaya sampaikan lagu tu..attitude yang bagus dan rasanya jarang dengan gossip yang tak elok pasal dia.. cuma sekarang ni aku rasa suara dia dah tak sebest dulu..apsal ek???

 
seorang lagi minah rock dalam AF…suara yang husky sikit pastu personaliti yang blur di tambah dengan status, dia kekal sampai ke minggu ke-9…ada yang kata dia stay sebab undi kesian..ala, dia memang ada bakat pun cuma maybe kena asah sikit pembawakan diri.

mat R&B...paling aku respect bila dia tangani konflik family dengan berhemah…memang la di awal-awal minggu, fokus dia lari sikit..tapi dia bangkit masa nyanyi lagu mentera semerah padi…memang konsert terbaik dia time tu…comel sangat bila dia nyanyi dengan sedikit suntikan R&B…

*gambar ihsan incik yahoo

AF 1

*gambar ihsan incik yahoo

Nana
Nana in da house..tagline yang diguna pakai ketika itu…aku suka dengan karektor dia yang selamba dan masih lagi menjadi kegilaan aku sehinggalah sekarang...frust sangat bila dia dah di tukarkan dari Era ke X-Fresh…memang tak la aku nak dengar Era dah lepas ni…

Rosma
Fizikal yang tak seberapa lawa (masa tu la kan..skang dah kurus dah minah ni..bertambah lawa) tapi suara bagus..terkedu rakyat Malaysia bila dia di undi keluar pada konsert ke enam…aku pun tak tahu mana silapnya..lupa nak undi kot…

Khai
Masa ni kan suara dia ala-ala husky..pastu tambah dengan sedikit kacak membuatkan antara nama yang menjadi sebutan..muka ada iras Yusry KRU…tambah famous bila skandal cintanya dengan Rosma di bongkarkan dan menjadi bahan oleh Aznil masa konsert..

Vince
Aku suka dia ni sebab, bagilah lagu apa pun..selamba je nyanyi..walau pun kadang-kadang lirik ntah ke mana, yelah, dia bukan fasih sangat pun bahasa melayu..paling aku ingat bila dia nyanyi lagu Samrah Mentari…perkataan enggan jadi bunyi lain..haha…

Nija
Imej rock dan kadang-kadang sedikit sengal dalam akademi…ganas sikit minah ni..

13 April 2010

menuju puncak...

“pasti berjaya di akademi fantasia…”


memang la pasti berjaya kalau kau berusaha..kalau tak, jadi la penyemak industry bak kata salah seorang pengkritik. Kalau tak silap aku Adlin kot..maaf kalau salah info.. =)

setelah lima konsert berlalu, baru aku terpanggil untuk memahatkan entri mengenai program realiti yang pernah mencipta fenomena..sungguh, aku memang mengikuti perjalanan program realiti ini bermula musim ketiga..maklum lah, musim pertama dan kedua aku belum mampu membeli kualinya..musim ketiga juga menyaksikan aku turut mengundi pelajar yang menarik perhatian aku dan tentunya di ketika itu Mawi menjadi pujaan hatiku…sehingga kini ok cuma auranya semakin kurang..mungkin beberapa keadaan menyebabkan minat aku tidak seghairah dulu..hahaha…

jadi untuk entri pertama, sekadar pengenalan dan aku akan bercerita serba sedikit dan senaraikan beberapa pelajar yang menjadi kesukaan aku bermula dari musim pertama sehinggalah kini pada entri mendatang..ada beberapa nama yang melekat di hati aku…

tujuh musim menyaksikan banyak bakat-bakat baru di hasilkan cuma yang menjadi perbezaan apabila mampukah mereka hidup di dunia sebenar berbanding di dalam akademi apabila ruang lingkup hanyalah pelajar itu sendiri…tapi sebaik menamatkan sepuluh minggu pembelajaran, cabaran sebenar bermula apabila mereka terpaksa dan kena bersaing dengan nama-nama besar dan dah lama bertapak di dalam industri…ada yang selamat dan tak kurang juga yang lemas dalam mengharungi cabaran sebagai anak seni…

dunia tak seindah yang kita sangkakan..pelbagai liku kehidupan akan menjadi perencah…

glamor tak mudah di capai kalau tak berusaha dan apabila di capai, bijaklah untuk mengimbanginya supaya tak lemas dalam arus glamor yang boleh menukar diri menjadi alpa serta lupa diri…

etika di dalam panggung wayang...

rentetan dari entri lepas, aku terpanggil untuk memberi pesanan khidmat masyarakat kepada mereka yang berada di luar sana yang aku rasakan semakin hilang tahap kesedaran mereka dalam sesetengah perkara..sama ada memang sengaja tidak bersikap peka atau pun sememangnya mereka pekak dengan keadaan sekeliling…golongan ini aku umpamakan seperti mereka yang kurang nilai diri dan sungguh kesian sebab tergolong di dalam kumpulan yang dangkal pemikiran…

kali ni aku suka untuk bercerita tentang etika ketika berada di dalam panggung wayang…tahap kesabaran aku dah semakin menipis…dan ini lah medium untuk aku suarakan isi hati yang semakin jelik dengan pe’el dan kelakuan mereka yang semakin mengada-ngada…hambik kau!!! emosi aku memang tak stabil tatkala entri ini ku taip…masih terbayang situasi yang mengganggu gugat kosentrasi aku sewaktu menonton Evolusi KL Drift 2…isk!!! mudah-mudahan boleh di jadikan panduan untuk diri aku sendiri dan tentunya untuk mereka supaya tersingkap la serba sedikit hati untuk bersikap lebih toleransi..

di sini aku senaraikan beberapa perkara yang tak sepatutnya berlaku di dalam panggung mengikut pengalaman aku:-

menjadi pengkritik filem yang tak diiktiraf

agaknya dia ni teringin benar kot nak gantikan si adlin aman ramli dalam AF8..tu yang terbawa-bawa karektor dalam panggung..tapi salah tempat la! Suara kritikan kau tu menganggu orang lain tahu tak! tak payah la baik benar nak jadi pengkritik bagai dalam panggung..konon-konon nak tunjukkan yang kau tu maha tahu soal perfileman…baiklah, kalau dah pandai sangat apa kata kau salurkan kritikan tu di landasan yang sepatutnya…sebagai contoh, gunakan blog…tak perlu la nak hebahkan dengan orang sebelah yang tentunya bukan dia sorang je yang dengar..tapi fikir-fikir la juga perasaan orang lain yang terpaksa tadah telinga kena mendengarnya tanpa rela…yang peliknya kan, orang sebelah tu tak reti-reti ke suruh kawan anda tu mendiamkan diri…habis tayangan nanti, kritik la berbakul-bakul pun..takda siapa yang murka…

kanak-kanak ribena

ni satu perkara yang aku cuba untuk bertolak ansur..tapi tergugat kesabaran aku dengan sikap sesetengah ibubapa yang tak mengedahkan langsung anak-anak mereka yang membuat bising di dalam panggung..tu belum lagi campur dengan suara budak menangis yang korang pun tahu kan tahap nyaringnya boleh mencapai not tinggi..kalah Black mentor…lagi haru bila boleh pula bantai bergaduh suara dalam panggung…si abang menyakat si adik…impaknya, si adik akan menjerit dan paling sadis melalak bagai nak rak…reaksi ibubapa??? sifar…seolah-olah bukan anak mereka yang membuat angkara…adoyai..ni lah penyakit ibu bapa sekarang yang aku rasa teringin benar nak nonton wayang (mengimbas kenangan waktu zaman bercinta dulu) tapi kalau rasa-rasa si anak tu tak mampu nak beri kerjasama yang jitu, tak perlu la usung ke panggung..buat orang lain sakit hati je..kami ni bayar tiket nak tonton filem yang tertera di layar, bukannya nak dengar suara riuh si anak kecil…faham-faham la sama…

“elleh, suka hati la. kitaorang pun bayar tiket juga!”

ada yang akan jawab macam ni..rasa nak je aku tampar kasi faham…dah tu, korang je ke yang bayar tiket? yang lain tu nonton percuma ke??? cakap jangan ikut sedap mulut je..memang la korang tu bayar tapi kalau dah suara si kecik je yang berkumandang dalam panggung tu, lebih baik suruh tauke wayang tutup layar pastu ramai-ramai dengar la suara anak kamu…pesanan aku, kalau rasa dah teringin sangat nak tengok wayang tapi anak tak boleh beri kerjasama, mungkin tinggalkan bebudak tu pada tok nenek mereka…tak pun, tunggu je DVD keluar pastu tengok la puas-puas kat rumah…

Seronok bersembang nampak????

ni pun penyakit kronik juga..selalu terjadi pada pasangan yang bercinta…dalam panggung la juga depa nak bersembang sakan…adeh, kot iya pun nak sembang tak payah la membawa ke dalam panggung…takda sapa der nak dengar topik yang korang sembangkan tu…tak kena mengena pun..pelik betul!!!bayar harga tiket RM12 cuma untuk berbual kosong dalam panggung…buang masa je..nampak sangat sisi kurang cerdiknya.. macam la tak boleh sembang kat luar lepas tayangan selesai…lagi sakit hati bila kita dah cakap elok-elok suruh diam, dorang buat selamba sardin je…macam tak memberi kesan langsung..lagi rancak bersembang ada la..tu boleh menaikkan kemarahan orang lain la dol! penyudahnya, orang macam ni kena kasi bahasa sikit..dorang tak terima bahasa sopan-santun ni..kurang menjadi trick itu..

sedap sangat ke???
ni khas untuk mereka yang makan berbunyi..terutamanya bila enak menjamu bertih jagung a.k.a pop corn (karang ada pula yang pelik dengan istilah bertih jagung tu)…kalau boleh kunyah la dengan perlahan..tak perlu la sampai satu panggung boleh dengar bunyi krup krak krup krap tu…aku kurang gemar makan-makan dalam panggung sebab tak suka menganggu kosentrasi orang lain sepertimana aku tak gemar kosentrasi aku di ganggu…jadi, sama-sama la kita tolak ansur..takda siapa yang larang korang makan dalam panggung tapi jangan la sampai melampau sangat kan…beringat la sama…

telefon berbunyi…

tengah syok-syok layan ceritera di layar yang sedang memaparkan adegan sedih di mana hero tengah nazak nak mati tiba-tiba kosentrasi anda di ganggu dengan true tone wonderpets versi melayu…apa yang korang akan rasa??  tentu rasa macam nak kaki je empunya telefon tu kan..aku faham…nilah habit yang paling bangang tahap dewa yang ada dalam orang zaman sekarang….kurang kesedaran sivik kot…dah sah-sah la sebelum cerita bermula akan keluar satu iklan peringatan untuk kita periksa sama ada telefon bimbit dah di senyapkan atau belum..kalau taknak matikan pun, tukar la ke mod senyap..at least tiada bunyi-bunyian yang akan terhasil yang akan membuahkan makian orang terhadap kau..ngek!!! pada mereka yang ingin menjawap panggilan masuk, sila la keluar panggung..jawabla panggilan itu di luar..jangan menganggu orang lain dengan suara yang tiba-tiba bergema berbual sakan macam kat pasar malam…silap-silap terbang pula high heels 3 inchs kat kepala tu..satu hal pula nanti kan…

penglipurlara

Korang mesti ingat situasi dimana tok nenek cerita kisah dolu-dolu pada cucu cicit…tak pun bila ibu bapa kita cerita hal dorang yang dulu-dulu..hidup tak sesenang sekarang…arwah ayah aku pun selalu juga bercerita..yelah, dorang kan makan garam dulu dari kita..sekadar berkongsi cerita barangkali…dorang kan lebih tahu dari kita yang baru nak tahu…

jangan tak tahu dalam panggung wayang pun ada juga tok nenek…sakan bercerita..ada dua situasi..sama ada dia dengan bangganya bercerita sebab dah banyak kali nonton filem yang sama atau pun situasi kedua di mana orang sebelahnya tak sabar-sabar nak tahu adegan selanjutnya..tu yang gatal mulut nak bertanya je..hallo, bukan korang je berdua, bertiga atau berempat dalam panggung tu tau…orang depan kau boleh dengar apa yang korang borakkan…seronok ke bila part suspen dah di bocorkan dulu…adoii, kalau aku ni berkuasa, aku dah halau dah keluar panggung!!! kalau dah tengok filem tu tak perlu la cerita..duduk je diam-diam dalam panggung..dan kepada orang yang bertanya tu pun, kalau rasa-rasa tak boleh sabar, ajak sahabat tu keluar dari panggung, tanyalah dari A-Z..tak payah la sampai menyusahkan orang lain..haprak betul..aku ni pernah la juga layan filem Cinta Kolestrol sampai tiga kali..tapi tak payah la kot nak cerita sipnosis dalam tu..dan kalau pun orang sebelah kau dok tanya-tanya…zip mulut tu  dan suruh dia tengok sendiri…

apa pun, ni sekadar info untuk kita saling beringat..macamana kamu tak suka orang lain buat situasi yang tertera di atas kepada kamu, begitu la juga sebaliknya..sama-sama la tingkatkan tahap toleransi dalam diri…saling hormat-menghormati tu indah perasaannya..kita kan sama-sama menggunakan kemudahan..jadi, tak perlu la nak pentingkan diri sendiri…buang masa je…

12 April 2010

Evolusi KL Drift 2...

kemuculan filem ni memang aku nanti-nantikan..hasil garapan pengarah muda yang aku rasa berpotensi tinggi untuk membawa arus perubahan dalam industri perfileman tanahair...woohooo....teruja aku nak menonton filem ni di panggung...nak pula bila si shaheizy sam turut memegang peranan dalam filem ni..100% musabab aku tengok filem ni tentunya di sebabkan oleh mamat itu..ngeh..ngeh...layan dulu trailernya ek...



serius, filem aksi Malaysia yang cukup membanggakan aku..bukan la nak puji melangit kan, tapi hasil tangan Shamsul Yusuf kali ni memang dasat...berbanding dengan filem pertama, sekual ni memang TERBAIK!!! 'double thumbs up' for the director and also the crew...lakonan pendukung watak pun aku suka cuma pada aku watak Aleya tu kureng sesuai pula untuk Scha...ada part yang sepatutnya sedih, maaf emosinya tak sampai pada aku..tak 'natural'...nampak macam di buat-buat pula... =/ apa pun, still kredit pada dia juga terutamanya part kena belasah dengan si Ery juga adegan bersama dengan Aaron Aziz ...


gila stylo dengan stail rambut dan dress up...

seperti biasa lakonan shaheizy sam memang tak menghampakan aku..memandangkan aku memang sentiasa mengikuti perkembangan lakonan beliau sejak drama Pa'e sampailah sekarang...tapi aku suka watak dia sebagai Bani dalam drama Graduan terbitan Astro Ria..romantik seh.. ~winks~ geram aku bila dia dengan tanpa rasa bersalah membelasah aleya...kemudian pe'el tak sabar si ery dalam filem ni membuatkan aku berangin je...hahaha..sikit-sikit nak bunuh si zack tu...

cuma kosentrasi aku masa layan filem ni agak sungguh terganggu!!!! haih, memang menguji kesabaran dan pastinya aku akan mengulang nonton (betul ke bahasa malaysia aku ni???) filem ni semula... apa yang membuatkan aku terganggu, itu akan aku coretkan di entri akan datang...taknak la rosakkan mood aku yang nak menaip pujian melimpah ruah tentang filem ni kan...

aku nak kurniakan 5 bintang untuk filem ni...memang TERBAEEKKKK!!!!!!!


kekasih gelap...

" ku mencintaimu lebih dari apa pun...
meski pun tiada satu orang pun yang tahu..."

sengaja pembukaan entri aku mulakan dengan ayat yang tertera di atas...barangkali terbawa-bawa dalam situasi yang berlaku antara bebudak AF8 (ala, tak perlu kot aku paparkan nama mereka di sini...hehe)...kelakar betul bila baru di awal-awal minggu sekali lagi kes chenta menjadi bualan...yang menjadi permasalahan bila salah seorang sudah berpunya..di sebabkan itulah wujudnya istilah kekasih gelap...gasak korang la kan...kita pun tak berada di situ, jadi tak adil rasanya kalau penilaian di buat..hanya mereka yang berkenaan saja tahu situasi yang sebenar...

ok, cukup pasal kisah mereka..lagipun, aku tak terasa nak bercerita tentang itu... =)

sekadar info...istilah ni selalu bertukar mengikut peredaran zaman..kalau tak salah aku la ek...dulu di era 90an, ianya di kenali sebagai...

spare-part...

kemudian bertukar menjadi...

kekasih gelap...

dan bahasa muda mudi zaman sekarang adalah...

skandal...

perlu ke ada kekasih gelap a.k.a skandal???

jawapan aku, teeetttttttttt!!!!!!

tepuk dada tanya selera....

05 April 2010

derita merindu

dapat di terjemahkan betapa sayunya perasaan ini…
entahlah..
rasanya rindu ini semakin bertamu di hati tatkala cuba ku usir pergi…
ingin ku laungkan pada si camar yang terbang bebas di lautan membiru, bawalah rasa ini terbang jauh dari sisi...
tapi mustahil! selagi mampu ku hirup oksigen untuk terus bernafas, rasa ini tetap akan menerawang menyusup masuk jauh ke lubuk hati…
antara bahagianya merindu atau derita merindu???
memendam perasaan yang bercampur baur…bencinya merindu sehinggakan membawa kepada derita…
episod ini akan terus berlarutan dan rasa itu tetap di nikmati…
rindu yang akan dan pastinya tetap wujud...
indahnya kalau kita berada di stesen yang sama…sama-sama menunggu ketibaan train, menuju ke destinasi serupa…
namun, keinginan berbeza dan mungkin ianya semakin menghilang dalam diri kamu…
demi tuhan, sukarnya untuk memadamkan rasa ini
untuk kamu yang jauh di pandangan, jika hembusan bayu menyapa itulah salam kerinduan dari di sini untuk di sana.... =((

Dedikasi khas untuk mereka yang sangat aku rindu di ketika ini…

sayang sangat

Lega rasanya berkongsi ceritera yang selama ni tak semua orang tahu..sebenarnya mereka ingin tahu tapi tembok yang di bina sukar untuk di rempuh bagi menjawab persoalan hati mereka…apatah lagi aku juga menutup terus lembaran fakta lalu ku humban segala episod ke dalam peti yang ku mangga kemas di mana kuncinya telah ku buang ke dalam gaung yang maha dalam..jadi, tahulah anda sememangnya aku tak ingin langsung mengingati kisah tersebut…


“betul ke kau still takda pengganti lagi ni?”

Soalan dia ku jawab dengan senyuman..aku tahu betapa dia berhati-hati menyusun kata bagi mengelakkan rasa sentap itu bertapak di hati rakannya yang rawan ini…terus ku bongkarkan rahsia yang mana menjadi punca utama…perbualan semakin rancak dan sesungguhnya satu kelegaan untuk aku dapat berkongsi ceritera yang selama ni sukar untuk aku khabarkan pada mereka yang bertanya…hingar bingar suasana di sunway pyramid tak sedikit pun mengganggu…aku terus bercerita lagak seperti penglipur lara dan dia tekun mendengar setiap butir perkataan yang keluar…sesekali kata-katanya mencelah masuk…mengutarakan pendapat dan juga komentar…sukar sebenarnya menilai apa yang terperosok di benak orang lain…kecuali la kalau kita ada kehebatan istimewa, boleh baca fikiran…tapi, mungkin harga persahabatan kami yang tinggi nilainya membuatkan kami ada keistimewaan itu...

tempoh persahabatan selama 13 tahun menjadi pemangkin untuk kami saling mengenali dan kadang-kala gerak hati sekata…dan paling penting kami berkongsi perangai gila dan sengal bersama…meski pun aku tak zahirkan kemarahan dan kebengangan, dia dapat merasakan seolah-olah aku mengalami kecelaruan emosi…sebagai contoh, perangai seorang teman sampai ke tahap membuatkan aku terasa hati..seolah-olah terasa diri dipergunakan…aku mendapat jalan penyelesaian bagi merungkaikan konflik permasalahan dan bantuan dia amat ku perlukan bagi menjayakan misi ni…tapi belum sempat aku utarakan misi tersebut, dia terlebih dulu membentangkan idea yang sememangnya sama seperti yang aku fikirkan…terpinga-pinga aku mendengarnya…dan pastinya misi tersebut sukses… =D

dan entri ni aku dedikasikan untuk dia, pemilik nama Nurul Balqis Abd Rahman…aku tahu kau pasti baca…sebagai tanda penghargaan untuk kau yang sentiasa mendampingi aku di segala situasi yang terjadi dalam hidup aku..baik situasi gembira mahu pun sisi duka aku…kau sentiasa ada di saat aku perlukan dan kau juga orang yang tetap akan menjadi keutamaan dalam hidup aku selain daripada family…

thanx babe..I really appreciate that…

baju sama warna yang sememangnya tak di rancang sama sekali..

02 April 2010

kekangan komunikasi

sengal minda aku bila terlibat dalam konflik di mana aku bukanlah watak utamanya…tak pasal-pasal aku terbabit sama…meski pun mereka orang yang terdekat dengan aku tapi kadang kala konflik yang terjadi antara mereka benar-benar menyesakkan aku…bukan sekali dua ianya terjadi…masing-masing seolah-olah menegakkan benang yang basah..lupakan dulu apakah hubungan aku dengan mereka, aku sekadar merumuskannya dari sudut am…tiada sangkutan paut dengan hubungan mahu pun ikatan…cuba untuk menilai dari sisi kemanusiaan…sekali lagi aku gagal untuk membuat kemuncak rumusan kerna aku rasa skop hubungan perlu di ambil kira…haih…permasalahan yang pada aku mula menampakkan kerumitan…mereka berada di kiri dan kanan…aku pula??? berada di pertengahan mereka berdua bukanlah seronok benar…komunikasi yang menjadi punca semakin melebarkan jurangnya…keegoaan mengatasi akal untuk berfikir dengan wajar dan tenang…susah untuk mengadakan perbincangan apabila jurang usia juga berbeza…berbeza usia membuatkan mereka mempunyai cara pemikiran sendiri…pihak A, mengambil tindakan berdiam diri..barangkali cuma mengelak dari membuatkan keadaan menjadi lebih tegang…tapi reaksi pihak B ada kalanya cuba memprovok apabila melihat reaksi zero dari pihak A dan natijahnya membuatkan pihak A terlanjur tindakan lalu mengeluarkan kata-kata yang membuatkan pihak B tersentap…lantas aku yang menjadi pemerhati cuba di sogok untuk berada di salah satu pihak…jujurnya, aku lebih berpihak pada A…alasan???? Kebelakangan ni peel pihak B agak sukar diramal…entah apa yang menganggu emosinya aku sendiri kurang pasti..bukan aku tak cuba menyelami hatinya tapi aku tahu, pada akhirnya aku juga yang akan menjadi tempat untuk dia melampiaskan keluhan yang mana akan membuatkan aku terasa hati…maklumlah hati bak kristal ni mudah sangat tercalar…hahah…berbalik pada permasalahan tadi, aku mungkin terpaksa mengimport orang luar untuk menjadi penasihat…mungkin memilih mereka yang seusia dengan B…molek rasanya untuk bertingkah bicara kan…emm, atau mungkin aku boleh meminta buah fikiran dari pihak C…bersama untuk merungkaikan permasalahan yang timbul…panggilan kecemasan untuk C…sila sediakan telinga anda untuk mendengar keluh kesah dari saya…wakaka…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...