26 May 2010

Adira...kamu sangat cantik!!!

selain dari Shahir, aku minat juga dengan suara Adira...
sama macam Shahir, personaliti dia yang menambat hati...
bila dia dendangkan lagu ni masa konsert final, serius aku terpegun....
nak pula lagu ni bercirikan universal..
boleh di tujukan pada sesiapa saja yang menjadi pendorong pada kita..
paling aku suka taglinenya,
"senyumlah, seseorang menyayangi kamu"
jadi, enjoy ok dengan lagu ni... =)

Ku Ada Kamu by Adira AF8


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku

Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
 
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin

Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku

Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku

Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

23 May 2010

Shahir pecah tradisi....

setiap kali kalau ada pelajar yang dah terkeluar tapi di undi masuk, gelaran pelajar kitar semula akan menjadi milik mereka...tapi apa ada hal...bukan isu besar sangat pun...
selalunya pelajar yang di undi masuk sekadar dapat naib juara je...memang susah nak ambil gelaran juara...aku pun tak pasti..walau hebat mana pun auranya, tempat kedua tu seakan sinonim dengan mereka yang telah di undi masuk...
tapi untuk AF8 kali ni, Shahir dah pecahkan tradisi tu...buat julung-julung kalinya pelajar yang dikatakan kitar semula ni berjaya mendapat gelaran juara...
banyak faktor yang menyebabkan gelaran itu menjadi milik Shahir...
harap-harap, dia kekalkan la personaliti yang seperti sekarang ni..jangan lupa diri sudah!!!

Kebahagiaan Dalam Perpisahan by Shahir AF8

Konsert Final AF8

konsert kemuncak AF8 telah pun berakhir...seperti di jangka kemenangan berpihak pada Shahir...tahniah!!!
tapi, kelima-lima peserta akhir kesemuanya hebat-hebat belaka..komen aku pula, lebih kurang seragam la ya sebab semuanya GENERASI HEBAT!!!
membuat persembahan untuk berskala besar bukan senang tapi sekurang-kurangnya kita kena la hargai usaha mereka...
apa pun, tahniah untuk semua finalis....

keputusan akhir:-

Juara - Shahir
Lagu: Biru Mata Hitamku / Kebahagiaan Dalam Perpisahan
persembahan yang cukup menyakinkan...kawalan suara dia pun dah membaik...tapi sokongan peminat boleh tahan juga...seakan gelombang tsumawi dulu...aku suka dengan lagu baru tu...best sangat!

Naib Juara - Adira
Lagu: Tiru Macam Saya / Ku Ada Kamu
persembahan pertama kurang  menyengat...attitude adira tak menonjol...karektor gedik dan sombong tak dapat divisualkan dengan jelas olehnya..tapi dia menebus kehampaan pada lagu kedua...paling best, penjiwaan Adira untuk lagu baru tu memang TERBAIK....

Tempat Ketiga - Daus
Lagu: Doktor Pakar Cinta / Kenapa
Daus sememangnya pelajar yang penuh dengan drama...persembahan pentas memang Dauslah juaranya...elemen lucu dalam lagu sungguh sesuai dengan Daus..lagi satu yang aku perasan kawalan vokal pun dah meningkat...memang layak la dia dapat tempat ktiga...

Tempat Keempat - Mualana
Lagu: Susun Silang Kata / RSVP
juga antara persembahan yang memuaskan cuma mungkin dia kena mantapkan lagi gesture jazz untuk lebih menonjol...keberanian dia senjata penting untuk dia mencipta kelainan..apakah niat dia untuk menjadikan jazz antara jenis muzik yang diterima ramai berjaya?? tunggu...

Tempat Kelima - Iwan
Lagu : Relaku Pujuk / VIP
tak menghampakan meski pun ada ruang-ruang yang perlu dia perbaiki..tapi iwan dah mula berani keluar dari zon selamat dan lebih yakin atas pentas...

satu lagi yang  menyebabkan aku kureng selesa layan Final AF8, kenapa pengacara macam terkejar-kejar???
kurangkan mood aku je tau!! potong stim betul...
dah la kelam-kabut...aku asyik dok membebel je depan tv...
ayooo, konsert akhir kot, boleh tak buat perancangan yang  lebih teratur sikit....

19 May 2010

jalan-jalan jelajah blog...

*gambar ihsan msn...

hari ni saja aku menjadi manusia rajin dengan membuat penjelajahan di blog-blog….secara rambang aku akan pergi ke satu persatu blog yang membuatkan aku tertarik untuk mengunjunginya..mungkin kesan dari nama yang unik atau pun entri yang memikat hati…kebiasaannya aku akan menjadi ‘silent reader’…biasa la, gue jarang nak dedahkan diri..heheh…

ada satu blog yang membuatkan aku teruja untuk membacanya..sungguh, konflik persahabatan yang di hadapinya membuatkan aku tersenyum..bukan senyum sindiran ya kawan-kawan..cuma aku terasa ingin tersenyum disebabkan konflik yang dihadapinya pernah juga aku hadapi suatu ketika dahulu….sebenarnya lama juga aku menjadi pembaca blognya dan ada kalanya aku turut menitipkan komen di kolum sembang…

satu persatu entri ku baca dan perasaan sayu mula menyusup…bagaimana penulis blog itu berhadapan dengan masalah yang pada aku cukup rumit untuk diterjemahkan…apa yang dapat ku rumuskan, sedaya upaya dia cuba meleraikan kekusutan konflik itu tapi malang bertimpa apabila satu pihak lagi seolah-olah cuba lepas tangan…

sukar sebenarnya bila kita berhadapan dengan mereka yang tak ambil pusing dengan setiap kejadian menimpa…mungkin mereka cuba untuk meredakan keadaan tapi percayalah, melarikan diri dari konflik bukan lah suatu tindakan bijak yang boleh di banggakan!!!! orang yang bijak pandai, cerdik akal tidak akan membiarkan setiap permasalahan terawang-awang tanpa arah…pada aku orang macam ni sebenarnya mereka yang boleh ku panggil sebagai pengecut…tak susah mana pun nak selesaikan konflik atau apa saja permasalahan yang timbul…setiap perkara dalam dunia ni, pasti ada jalan penyelesaian…baik lelaki atau wanita, masing-masing ada masalah sendiri..yang lelaki, usah rasa diri tu gagah benar ya..ada kalanya, korang pun di timpa masalah..belajar untuk selesaikan dengan cara yang cukup berhemah…yang wanita pun sama…jangan gunakan emosi pula…hadapi dengan tenang….

tapi kalau ada pihak yang cuba lepas tangan, pada aku korang abaikan je lah manusia spesis ni..bukannya apa, kita dah cuba untuk jernihkan keadaan, sedangkan dia??? ego tak kena tempat…buat apa nak berbaik-baik lagi kan…kira korang boleh la nyahkan dia ni dalam senarai kawan-kawan anda…sesekali kena bagi pengajaran!!!! kejam??? kadang-kadang ianya adalah ubat yang paling mujarab…kita pun tak sakit hati kan…jangan asyik bersikap pentingkan diri sendiri…tak salah turunkan sedikit ego tu…tak mati pun!!! adat la dalam setiap persahabatan ada pasang surutnya…tapi kita dah di kurniakan akal fikiran untuk membuat penilaian….jangan emosi membutakan akal..kelak diri sendiri yang merana…percayalah, tak kemananya dengan sikap macam ni..lama kelamaan akan makan diri sebab orang dah mula makan hati dengan perangai kita..jadi, ubahlah mana yang perlu di ubah demi untuk kebaikan….

berbalik pada konflik sahabat tadi, mungkin aku akan turunkan sedikit nasihat untuk dijadikan panduan olehnya…yalah, tak salah rasanya kalau kita berkongsi ilmu mahu pun pengalaman hidup…sekurang-kurangnya dia ada garis panduan untuk di jadikan azimat…pengalaman tidaklah sehebat mana, tapi mungkin boleh di guna pakai oleh beliau. =)

18 May 2010

stress bangat....

*gambar ihsan msn...

aku dah mula menjejaki zon stress...
adoyai...semak otak!!!
tapi takpa..
hujung minggu ni akan aku seret BFF aku untuk menemani aku menghilangkan stress yang mula singgah... (berapa banyak 'aku' daa!!!)

~babe, sabtu ni jom p secret recipe..muaahahaha... (ni penangan cik epal yang dok promote secret recipe...hehehe)

Konsert Kesembilan AF8

Adira

Lagu: Dua / Mercy
Persembahan pembukaan yang menghiburkan…kurang emosi masa membawakan lagu Dua tapi kredit bagi lagu Mercy…Not bad at all…mungkin Adira kena lebih perbaiki cara menari…ada kala tariannya ok…dan ada kalanya seakan-akan kaku…rasanya Adira lebih serasi membawakan lagu berantak balada... =)

Ain
Lagu: Luka Dilukai / Falling For You
Suara serak basah mencantikkan lagi lagu Luka Dilukai…jauh dari stail nyanyian Shima..tapi untuk Falling For You, pada aku biasa saja…membawakan gitar sebagai props juga biasa…tapi Ain nampak selesa dengan gitar dan aku rasa inilah stail Ain yang patut di kekalkan…

Daus
Lagu: Masa / Mission Impossible
seperti minggu lepas, persembahan Daus cukup bertenaga tapi masalah terbesar yang perlu di atasi oleh Daus adalah vokalnya…dia perlu lebih fokus pada itu apatah lagi dia dah melangkah ke final kan..janganlah hanya gah pada persembahan pentas tapi mutu vokal mendukacitakan…

Iwan
Lagu: Berlari / 21 Guns
Aku boleh katakan Iwan betul-betul dah kembali…membawakan dua buah lagu yang cukup popular ketika ini memberikan kelebihan untuk Iwan…lagu rancak memang sesuai dengan teknik vokalnya…formula yang perlu Iwan pratikkan, cari kelainan dalam suara dan persembahan walau pun aku rasa dia ada stail tersendiri…mungkin Adibah Nor memberikan nasihat untuk lebih menjadikan Iwan tampak unik dalam industri…

Maulana
Lagu: Better Man / Inilah Cinta
seakan ada yang tak kena pada persembahan Maulana…aku puji untuk persembahan pentas…props yang digunakan memang membantu persembahannya…dia ada satu keyakinan tinggi dalam persembahan pentas cuma mungkin ada kalanya sikap terlebih yakin tu membunuh diri sendiri…nampaknya Maulana kena belajar tenang sikit…

Shahir
Lagu: Tak Mungkin Berpaling / Tamaly Maak
Pelajar yang diserapkan semula…dan sesungguhnya Shahir tak menghampakan peminat yang telah mengundi masuk beliau..persembahan yang cukup menghiburkan dan memang ada kelainan dalam sisi Shahir..tampak yakin di atas pentas dan pastinya menghasilkan persembahan mantap…tapi kalau lagu Tak Mungkin Berpaling tu diberikan penekanan, tahap persembahan Shahir tentu lebih bagus…aku rasa lagi tu terlalu besar untuk vokal jantan Shahir...pujian untuk lagu Arab…persembahan bersahaja tapi cukup memberi kepuasan…akhirnya, akademi memberikan lagu yang mencabar untuk dia terokai...

Persembahan terbaik dari kaca mata aku
Adira
Daus
Iwan
Shahir

Penyingkiran
sejujurnya aku tak sangka Ain yang akan tersingkir..dan sejujurnya aku ingatkan tiada penyingkiran di minggu kesembilan..tapi nak buat macamana..itulah permainan program realiti…mungkin ada beberapa sikap Ain yang kurang di sukai ramai…apa pun, aku rasa dengan bakat yang ada pada Ain, dia boleh bersinar di pentas seni…al maklumlah, tak semestinya pelajar tersingkir tak boleh berjaya kan…dah banyak yang kita tengok ada yang berjaya walau pun tak menjadi finalis…

Tahniah kerana ke final
Adira

Daus
Iwan
Maulana
Shahir

Tersingkirnya Ain menyaksikan hanya seorang pelajar wanita kelihatan di pentas final...aku rasa saingan sengit antara Adira dan Shahir..bukan la menidakkan persaingan dari pelajar lain cuma aura itu lebih terarah pada mereka berdua..mungkinkah juara bakal menjadi milik pelajar wanita apabila Hafiz merampasnya semula pada AF7 setelah dua musim berturut-turut di rangkul oleh pelajar wanita iaitu Mila AF5 dan Stacy AF6…atau mungkin sekali lagi pelajar lelaki menjadi juara??? apa pun, apa saja boleh berlaku di AF…pelbagai kejutan boleh terjadi…apabila jari menjadi juri sukar untuk membuat tafsiran…segalanya terletak pada pengundi…harap-harap mutu persembahan final lebih gah dan meletup!!!

13 May 2010

panggilan untuk pencinta printed shawl....

kalau entri sebelum ni berkenaan dengan jojet shawl....
kali ni aku muat turun pula selendang a.k.a shawl yang jenis PRINTED atau dalam bahasa ibunda JENIS BERCORAK...
aku kurang tertarik dengan jenis ni tapi bila makin lama makin tengok, cantik juga kalau digayakan...
jadi, buat mereka yang menyukai selendang jenis ni boleh la melawat kawasan....
mana la tahu kot-kot ada yang berkenan..
banyak corak ada, pilih saja yang berkenan di hati...

buat peminat shawl jojet

sebenarnya bermula tahun ni aku dah mula menukar cara bertudung..
kalau sebelum ni aku selesai dengan tudung bawal, tapi entah macamana hati dah jatuh cinta pada jenis selendang a.k.a SHAWL....
apa taknya, aku tak perlu fikir nak gayakan selendang berbanding ketika setia dengan tudung bawal...
setiap kali nak keluar masa tulah aku mengambil masa yang agak lama untuk mengayakan tudung...
sekarang ni, tak perlu lagi..
aku dapat menjimatkan masa...hikhikhik...
dan di sebabkan minat itu, aku mula mengambil satu langkah ke hadapan untuk menjualnya..
terdapat 16 pilihan warna dan pada yang berminat untuk melihat lagi warna-warna yang lain, jangan segan dan malu untuk mengadakan lawatan sambil membeli

Konsert Kelapan AF8

Adira

Lagu: Kitalah bintang
Ada yang kurang dalam persembahan Adira minggu ni…mungkin terlalu berhati-hati tu yang nampak persembahan kurang kemas..masih lagi menghiburkan..aku rasa Adira mampu menyanyikan lagu dari pelbagai genre…apa pun, persembahan yang baik…

Ain
Lagu: Suci dalam debu
Salah satu lagu kesukaan aku…macam yang aku beritahu dalam entri sebelum ni, kekuatan Ain pada suara serak basahnya..dan dia berjaya bawa lagu ni tanpa ada bayang Saleem…aku suka stail dia dengan gitar tu..sungguh pro dan natural…antara persembahan terbaik…

Daus
Lagu: Puspa
sekali lagi Daus memberi persembahan yang cukup gamat…kalau dari segi persembahan pentas, memang Daus terbaik…cukup menghiburkan dan pelajar berani selepas Farina di mana menjadikan para juri salah satu props…lagu ni pun seakan-akan ngam dengan suara Daus..persembahan terbaik berbanding masa dia bawa lagu Cari Jodoh tu…

Farina
Lagu: Selanjur Bercinta
Kelemahan Farina aku rasa pada suaranya yang nampak kaku…lagu ni sebenarnya terlalu besar untuk dia nyanyikan dan suara dia ringan untuk membawakan lagu yang berat..apa pun, ada peningkatan dalam diri Farina sejak 2, 3 minggu ni..dia dah keluar dari zon selamat…tang drama dengan Farid Kamil tu, adoi! Aku rasa takda kena mengena langsung…sekurang-kurangnya buat la jalan ceriata yang ada kesinambungan dengan lagu Selanjur Bercinta ni…

Iwan
Lagu: Lihat Cara Dia Memandangku
Iwan ni aku boleh katakan antara pelajar yang senang di sukai..dari mula lagi dia dah ada aura superstar…persembahan atas pentas pula kadang-kadang dia memberi dan ada kalanya tidak…untuk lagu ni, aku memang tak pernah dengar langsung tapi pilihan bijak dari akademi untuk dia..dan mungkin atas faktor kesihatan semakin pulih menyebabkan Iwan tampak yakin…persembahan yang menghiburkan dan apa yang buat aku tertarik apabila pelajar lain mengiringi persembahan ni terutamanya Ain…dia dan gitar memang serasi…

Maulana
Lagu: Dalam Gerimis
Aku mula merasakan yang dia ni dah terperangkap dalam elemen jazz…walau pun, lagu ni berentak rock tapi aku tak suka dengan stail jazzy itu…kalau nak jazzy, tukar terus susunan lagu ni..tapi kalau nak cabar vokal dak Maulana ni kekalkan dengan elemen rock…terus terang aku bosan dengan persembahan dia…mungkin Maulana kena berani keluar dari zon selamat dan kalau boleh jangan la setiap lagu yang dipertanggungjawabkan kepada Mualana di suntik dengan jazz…

Persembahan terbaik dari kaca mata aku
Adira
Ain
Daus
Iwan

Penyingkiran
Memang aku dah jangka Farina akan terkeluar jua akhirnya…kejutan berlaku apabila penyingkiran tidak di lakukan pada hari Ahad dan aku rasa dalam sejarah AF, ni lah penyingkiran yang paling pantas…dan kejutan kedua yang aku boleh teka, AFMasuk…buat pertama kalinya aku bersetuju dengan AFMasuk ni…bukan apa yang tinggal dalam tu kurang memberi saingan pada Adira yang aku rasa berpeluang cerah untuk bergelar JUARA…

Kemasukan
ramalan aku sungguh tepat meski pun pada mulanya keliru antara Anum dan Shahir...selepas menyaksikan saingan hebat antara dua pelajar ni, peluang berpihak pada Shahir…pilihan bijak! Satu je lagi kemusyilan aku..kalau ada pelajar yang masuk, mungkin minggu kesembilan ada penyingkiran…tapi, AF kan penuh kejutan…ntah-ntah takda siapa yang tersingkir sebab macam tak adil pula kan…apa pun, kita tunggu dan lihat….

06 May 2010

jangan sibuk boleh tak!!!

entri ni sengaja aku buat untuk mereka yang teramatlah suka menjadi penyibuk dalam hidup orang lain…ambil la!! satu penghargaan untuk kau daripada aku…mungkin kau dahagakan perghargaan sehinggakan terpaksa membuat publisiti murahan demi membuatkan kewujudan kau di sedari oleh orang lain…sungguh kasihan!!! 

jadi biarlah kau merasa sedikit populariti kan walau pun pada hakikatnya kau la manusia yang paling sedih!!!
aku tak pasti apa yang telah aku lakukan sehinggakan dia terlalu obses dengan apa yang terjadi dalam hidup aku…setiap perincian mesti nak ambil tahu…kepochi betul!!

hallo, aku bukan siapa-siapa untuk kamu dan sememangnya kita tak berteman tapi mesra pun…so, dengan segala hormatnya, sila la berambus dari hidup aku…

memandangkan kita bukan teman, tak perlu la kot untuk aku laporkan apa yang terjadi…kau tiada hak langsung untuk membuat sebarang spekulasi…jangan la rasa diri tu hebat sangat…apakah di sebabkan aku perlu memikul sedikit tanggungjawab menyebabkan sewenangnya kau melemparkan kata-kata yang tak mencerminkan langsung usia…aku mungkin bodoh pada pandangan kau…orang muda yang kononnya kurang pengalaman hidup jika nak dibandingkan dengan kau….tapi kalau dari segi tanggungjawab, rasanya aku lebih bagus!!! sekurang-kurang aku memikul sendiri tanggungjawab yang telah di amanahkan…berbanding dengan kau, dengan mudahnya tanggungjawab yang sepatutnya kau pikul, kau letakkan ke bahu orang lain tanpa sebarang kompromi…SEDIH!!!! mungkin kau juga terlupa yang kadang-kadang usia tak mencerminkan sikap..ada yang pemikiran tak standing dengan usia…bahagian inilah yang aku rasa kau terlupa pandang…sekali lagi menampakkan sisi budak berperangai 5 tahun yang ada dalam diri kau..

tak perlu lah kau mendabik dada dengan apa yang ada…sebaliknya cara kau membuatkan orang menyampah dan meluat tahap dewa…kau rasa diri tu hebat sangat sampaikan kau terlupa cara bongkak kau itu  membuatkan kau dipandang jengkel…

mungkin sekarang ni rasa hormat aku semakin menipis…apa jua tanggapan kau pada aku, cukup untuk aku berterima kasih…walau pun, hari demi hari aku semakin sebal dengan kelakuan kau tapi kesabaran masih lagi berpihak pada aku…apa yang mengusarkan aku takut kesabaran itu tak mampu ku bendung dan kemarahan akan meletus lalu melahirkan lava dan mungkin di saat itu kau akan bertepuk tangan…apa pun, hanya satu pegangan yang ku tampung demi memelihara kesabaran itu…

kau berpenyakit jiwa dan aku bukan dalam golongan yang sama seperti kau..biarlah kau memperbodohkan diri sendiri…sebab aku cukup bijaksana untuk tidak berperangai seperti kau!!!!

tapi jika kesabaran itu tak mampu ku tahan, satu tindakan yang akan ku buat, meninggalkan kau dalam kelompok itu..dan biarlah kau seronok dengan dunia kau yang suka menuding jari menunjuk kesalahan orang lain…bangga untuk mendebatkan apa yang perlu dan tak perlu di lakukan oleh orang lain meski pun kesalahan itu acapkali kau lakukan tanpa sedar…namun, kesalahan kau tidak di pamerkan sebab orang-orang seperti aku bukan la seperti kau yang sungguh megah berada dalam laluan gosip dan tanpa segan silu merasakan diri sempurna lantas mempamerkan arca kesalahan orang lain untuk bahan tontonan dan tawa kau semata…sebab aku tahu lama kelamaan cuma kau seorang yang akan berada dalam dunia itu…sikap kau akan memperlihatkan kelemahan diri sendiri…

satu perkara lagi, telinga aku mula berdesing menahan gegak gempita yang kau sengaja cipta kalah keriuhan peminat MU yang kecewa di atas kekalahan pasukan itu…meski pun selalu di tegur, tapi aku tahu..kalau berbicara dengan kau seperti mencurahkan air ke daun keladi..tak mendatangkan hasil langsung!!!!

jadi, tak perlu riak dan berbangga dengan apa yang kau dah cipta untuk diri sendiri sebab sekali kau mentertawakan orang lain, ada sepuluh lagi yang tersenyum sinis melihat gelagat kau yang kalah pak pandir yang jenis bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh di ikut!!!!

p/s
maaf kalau entri ini agak kasar tapi masih lagi aku menjaga tatabahasa supaya kurang pedas sindiran dan tidaklah sesinikal mana… =)

04 May 2010

masa berlalu

mei telah tiba..bermakna empat bulan telah pun berlalu di 2010…pelbagai peristiwa yang telah terjadi sepanjang empat bulan ni…aku masih lagi sibuk dengan aktiviti sendiri…tahun berganti bermakna usia juga meningkat…empat bulan ni pun aku sibuk memenuhi undangan majlis walimatulurus teman-teman sekolah..teman-teman uni tak sempat untuk aku penuhi…lagi pun, tak ramai rasanya yang menukar status atau mungkin undangan mereka aku tak terima..entah la..tak kisah pun..ada undangan, ada la muka aku… =)

berbalik pada majlis walimatulurus tadi, majoriti teman sekolah sudah bertukar status…seronok sebenarnya melihat seorang demi seorang mendirikan masjid..aku juga suka menggunakan medan ini sebagai pertemuan dengan mereka…al maklumlah, masing-masing sibuk dengan rutin harian..sukar untuk berkumpul seperti zaman sekolah dulu…tapi, syukur sebab teknologi merapatkan lagi hubungan yang sedia ada…kadang-kadang seronok apabila kami bertekak di laman sosial facebook…bertekak ala-ala manja…hahaha…

tapi ada juga yang tak pandai menggunakan kesempatan yang ada…kesibukan di jadikan sebagai alasan…sms memang langsung tak berbalas..telefon??? usah la berharap…aku sendiri kurang pasti apa yang menyebabkan mereka susah sangat memberi perkhabaran…takkan la nak berkira sangat kot…kalau dulu, memang aku sering penasaran..mungkin ada kesilapan yang aku lakukan secara tak sengaja yang menyebabkan mereka menjauhkan diri…tapi, lama kelamaan, bukan aku yang menjadi punca..apatah lagi, apabila, ada sesetengah perkara terang-terangan terjadi menyebabkan aku terfikir sememangnya pe’el mereka yang begitu..meletakkan kekasih hati sebagai keutamaan…maka, status kawan menerima penurunan harga..cemburu???? oh tidak!!! itu bukan aku…sedikit pun tak cemburu sebab masih ada lagi teman lain yang pandai menguruskan masa dengan berhemah..masih lagi mempunyai kesempatan untuk bertanya khabar…masih lagi punya ruang untuk berjumpa…masih lagi punya ceritera untuk di kongsikan bersama…yang mengalami kerugian bukan aku…sebaliknya mereka…

nilai persahabatan akan mengalami susut nilai…dan percayalah, lambat laun peluang yang ada akan luput dengan sendirinya…jika menjauhkan diri menjadi pilihan mereka, bagus la…itu yang mereka inginkan dan siapalah aku untuk membuat penawaran sedangkan permintaan tak pernah wujud…jadi, biarkan mereka dengan dunia mereka…aku tetap bahagia dengan dunia aku sendiri…

ada juga aduan ku terima mengenai sikap ku yang semakin sinikal sejak kebelakangan ni..ya, aku tak nafikan itulah sikap aku untuk tahun 2010 ni..malas untuk aku mengambil tahu perkara remeh temah yang akan membuatkan minda aku semakin serabut dan semak…banyak lagi perkara lain yang perlu ku fikirkan daripada melayan kerenah mereka yang kurang matang…mereka berhak untuk membuat apa jua persepsi…nak kata aku sombong ke..berlagak ke…kejam ke…suka hati! aku sikit pun tak terasa hati..tak tercuit pun…malah tak meninggalkan sekelumit kesan pun…cukup la tahun-tahun yang lepas aku menjadi orang yang cukup toleransi sehinggakan aku rasa senang di perkotak-katikkan…menjadi lebih sinikal memang itulah yang menjadi keutamaan pada aku.. ~evil~

walau pun niat untuk menjadi lebih sinikal jangan salah anggap kalau toleransi itu ku buang jauh…tidak sama sekali..aku masih lagi seperti dulu..masih ada lagi sikap toleransi dalam diri…tapi pada sesetengah keadaan dan segelintir manusia…dan serius, aku lebih bahagia dengan cara begini..kurang berlakunya penindasan jiwa..dan empat bulan berlalu memang itulah perasaan yang belum lagi ku rasai..wah, bagus juga rupanya menjadi sedikit sinikal ni!!

Konsert Ketujuh AF8

Adira

Lagu: Ayat-ayat Cinta
tiga lampu hijau untuk Adira…persembahan yang cukup bagus..tapi pada aku kalau Adira lebih alunkan vokalnya, persembahan akan menjadi lebih dramatik..dia nampak cantik sangat dan sungguh elegan…aku suka dengan cara dia bawakan lagu ni…ada beberapa bahagian, lagu ni menjadi milik dia…aku juga setuju dengan Adlin, hopefully Adira boleh jadi juara…

Ain
Lagu: Seindah Biasa
persembahan yang biasa…tiada kelainan dari Ain tapi kredit untuk dia sebab bawakan lagu ni tanpa ada bayang penyanyi asal…tone suara penyelamat persembahan Ain…

Daus
Lagu: New Divide
meletup!!!! menebus persembahan terburuk pada konsert lepas…persembahan yang cukup pecah panggung…pada aku la…sebab aku cukup terhibur dengan persembahan Daus…walau pun ada kelemahan dari segi vokal, tapi pujian patut di beri untuk persembahan pentas berbanding dengan pelajar lain yang masih lagi mengamalkan permainan selamat…Daus dah dapat rentak dalam skil persembahan dan dia kena lebih fokus pada vokal pula…sebab kalau skil pentas dah bagus tambah dengan vokal yang mantap pastinya persembahan jadi terbaik…

Farina
Lagu: Jika Kau Ubah Fikiran
pelajar yang mula meningkat….selaku persembahan pembukaan, Farina dah letakkan satu standard yang harus di kekalkan oleh pelajar lain..tapi kalau lenggok tarian bersatu dengan lagu, lebih cantik…dia dah mula berani menguasai pentas…lebihkan fokus pada aspek tarian sebab kalau dah nyanyi lagu rancak, tentu la kena menari kan…jadi, kalau tarian tak secantik mana, sedikit cacat la persembahan nanti…apa pun, good effort untuk Farina…

Iwan
Lagu: Warisan Wanita Terakhir
iwan dah mula kembali ke pangkal jalan…hahaha…setelah beberapa minggu hanyut, iwan kembali…membawakan lagu yang cukup klasik, pesona Iwan cukup terserlah..persembahan yang bersahaja dan sempoi tapi menghiburkan…hasilnya, tiga lampu hijau untuk iwan…namun, dia kena fokus juga pada kawalan vokal dan lontaran suara…

Maulana
Lagu: Semalam
sama seperti Ain, tiada kelainan sebab dah beberapa minggu kita di sogokkan dengan persembahan macam ni dari Maulana…mungkin mengharapkan keajaiban dalam segi persembahan tapi elemen kelab malam yang cukup di tonjolkan tak kesampaian… persembahan yang membosankan….mungkin akademi kena juga bagi genre lain pada dia…

Shahir
Lagu: Tiara
apa yang aku suka dengan Shahir adalah ton suaranya…bak kata Adlin, bila dia tarik part tinggi, memang indah untuk di dengar…nampak macam dia dah mula ada aura di atas pentas…lain dari Shahir di awal-awal minggu…

Persembahan terbaik dari kaca mata aku
Adira
Daus
Farina
Iwan

Penyingkiran
perasaan kecewa dan seakan tidak percaya apabila melihat Shahir mengusung beg keluar…perasaan yang sama terbit, apabila Anum tersingkir keluar…aduhai, entah mana silapnya…aku ingatkan Maulana yang tersingkir tapi apakan daya, rezeki Shahir terhenti pada minggu ke tujuh…penyingkiran yang bermaruah sebab selama tujuh minggu dia di uji dengan pelbagai genre lagu…berbeza dengan sesetengah pelajar yang asyik dapat lagu yang sama…ceh…
tersingkirnya Shahir, maka terhentilah SHAHIRA…adeh, aku dah la suka nengok budak berdua ni…takpa..fikir positif…Shahir ada pakej yang cukup dan tambah usaha sikit, mesti dia berjaya di dunia sebenar…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...