24 June 2010

ketagihan...

ya, aku kini ketagih untuk berpujangga dan berkicau la pula..hehehe…
berpujangga mungkin kebiasaan untuk aku tetapi
berkicau pastinya satu permulaan baru dan aku semakin sukakannya..hikhik...
satu lagi hobi baru tersenarai...

23 June 2010

rinduku pada...

tetiba rindu dengan friendster (FS) dan myspace (MS)…huhu…sejak-sejak dah bergiat aktif dengan facebook ni jarang sekali aku menjengah mereka berdua…owh, mungkin istilah jarang serasa kurang tepat..sebenarnya dah lama sangat okeh tak aktifkan mereka berdua…wakaka…

kalau di ikutkan, aku banyak sebenarnya akaun dengan laman sosial ni…tu pun ada beberapa yang aku dah nyahkan…hehehe…macam poyo pula ada bebanyak tapi haram nak kemaskini…lebih baik tak perlu ada kan…jadi atas dasar itu la aku cuma kekalkan mana yang selalu aku singgah dah buangkan terus untuk yang kadang-kadang…hehehe….cukup-cukup la dengan apa yang ada…taknak la jadi mentamak lagi (frasa ni aku dapat dari seorang teman…maknanya tamak yang terlalu sangat….hahah, suka suki je reka perkataan sendiri) 

ada banyak-banyak pun bukannya seronok sangat sebab fungsinya lebih kurang sama je..mungkin yang lebih lengkap sekarang ni adalah facebook…yalah, selepas beberapa inovasi di buat dan mencari kelemahan dalam laman sosial sebelum ni (FS, MY, tagged dll), facebook kira pelengkap untuk kepuasan pengiat internet…agak lucu dan ketinggalan zaman kalau ada di kalangan kita yang tiada akaun facebook ni…kemudahan untuk berkomunikasi tanpa sempadan katanya…pandai-pandai la gunakannya untuk kebaikan dan penuh manfaat ya…

disebabkan rindu, aku nak menjengah cik fs dan cik ms…nak kemaskini apa-apa yang patut…ke akaun aku dah dinyahkan????

Orang yang bodoh sombong lebih bodoh dari orang yang sombong…

itu saja yang aku nak coretkan..
aku tak pasti sama ada tajuk entri di atas boleh di fahami atau tidak tapi faham-faham la sendiri…
takut kalau-kalau aku buat huraian, isi patinya akan mengusik hati mereka yang akan terasa…
satu je pesanan aku, bawak-bawak la ubah pe’el tu…
tak mendatangkan faedah pun!!!

22 June 2010

Kata pemutus..

ada beberapa kali kata pemutus diberikan kepada orang lain…yelah, aku tak suka dengar perkataan,

“Erm, tak kisah..”

“Apa-apa pun boleh…”

“Ikut suka la…”

jadi, tolonglah bagi satu keputusan tepat untuk senang aturan di buat..lagi pun, tak mahu di katakan yang aku ni ditaktor…semua keputusan aku yang tentukan…macam kejam sangat la pulak kan…tu yang ada kalanya aku rasa baton patut bertukar tangan…

aku mengakulah kadang-kadang aku pun macam tu juga bila malas nak menggunakan minda bagi memerah idea…jalan selamat, pilih la salah satu dialog yang tertera tadi…hehehe…

bila aku dah terkena dek salah memberi kata pemutus pada orang lain, pengajaran yang maha agung aku perolehi…tulah dia..lain kali fikir sendiri ya..jangan dok harap orang fikirkan untuk aku…atau mungkin boleh beri beberapa pilihan untuk sama-sama tentukan..itu lebih baik rasanya…sebab menyampah juga kalau asyik-asyik aku je yang nak tentukan…letih tahu!!!

natijahnya, kekesalan seumur hidup (tak la seumur hidup sangat pun…hehehe..mungkin untuk sebulan dua ni kot sebab aku akan rasa sangat terkilan bila teringatkannya balik...hukhuk...)

sungguh, lepas ni aku tak akan berkunjung ke situ…citarasanya tak memenuhi piawaian aku langsung…

apa pun, pengalaman untuk aku sebenarnya sebab tak pernah terfikir pun untuk ke sana meski pun, promonya gah di jalankan…lepas ni aku tak kisah pun nak pergi ke tidak…dari rasa ralat baik tak payah kan…tak semestinya mahal tu bagus dan tak semestinya murah itu kurang kualitinya…fikir-fikirkan la…. =)

21 June 2010

Erti Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
~ Email ni diperolehi dari seorang teman…nampak santai saja perbualan guru tersebut dengan anak muridnya tapi terselit pengajaran di sebaliknya…sebagai manusia yang sentiasa ingin kesempurnaan, mungkin terlepas pandang beberapa perkara…betapa sukarnya menghargai apa yang ada di depan mata sebaliknya tetap mengejar sesuatu yang kurang pasti…dan apabila ianya semakin menghilang, ada kalanya sukar untuk diperolehi kembali dan mungkin kita akan terus meratapi kehilangan tersebut sepanjang hayat apatah lagi jika sifat kealpaan kita sebagai penyebabnya!!!

20 June 2010

Nota Hati

kesejukan angin malam masih lagi belum mampu mengusir kehangatan hati yang mula terasa…
bukan dek amarah tapi kenangan yang masih lagi setia dan tidak sesekali ingin berlalu pergi…
benar, kenangan sukar untuk di padamkan…
ianya akan kekal terus di situ… 
suka atau tidak, masih lagi kenangan itu menghantui minda…
sesekali hati perit, terasa ingin menjerit…
sebaran serata alam sebagai isyarat, bukan aku yang tak mahu melupakan…
tapi, ia yang setia menjengah dan seolah-olah memberi gambaran untuk aku tidak melupakannya sama sekali…
Ya! Ku akui itu...

19 June 2010

Kerut-Kerut Dahi

seorang teman menegur aku yang suka sangat mengerutkan dahi…reaksi aku, tersengih…dia juga kata muka aku sentiasa masam mencuka..pesanannya pada aku, bawak-bawak la senyum…reaksi aku, mengerutkan dahi…gila apo!!! takkan la aku nak senyum memanjang…karang orang kata aku sewel pula kan…tak memasal nak senyum tanpa sebab yang kukuh…apa daa….

tapi, mungkin juga di sebabkan habit tu orang mudah untuk menggelarkan aku sombong atau dengan bahasa yang mudah untuk difahami, KEKWAT….

elleh, aku kisah apa kan…lagi pun, tak adil kita nak nilai orang lain sedangkan tak saling mengenali…cuba korang kenal aku dulu kemudian baru buat penilaian…tak kenal maka tak cinta babe…aku pun tak suka nak menilai orang yang aku tak kenal…tapi aku mungkin ada sedikit kelebihan untuk mengetahui karektor asas seseorang sebelum aku mengenalinya…dan selalunya, telahan aku tu tepat…mudah untuk aku menangani mereka yang aku ketahui sifat-sifatnya…termasuklah dalam mengenali mereka yang berlawanan jantina dengan aku… bukan mencari kelemahan tapi mencipta keserasian….dan sesungguhnya keserasian itu bukan senang untuk dicari… =)

18 June 2010

OMG, bosan sudah dengan seseorang dan sesuatu...

pernah tak korang rasa sangat sebal atau dengan istilah mudah, bosan dengan seseorang mahu pun sesuatu..

nampaknya bulan jun menyaksikan perasaan itu menduduki carta utama…kedua-duanya mewah untuk aku…bosan nak mengadap sesuatu dan juga teramatlah bosan untuk berhadapan dengan seseorang…tak la stress sangat kot cuma rasa malas!!! aku kalau perasaan malas bermaharajalela ni, ermm, memang serba-serbinya akan menjadi lembs a.k.a lembab…hehehe…otak mula la blur…lagi-lagi bila berhadapan dengan sesuatu atau seseorang…mula la aku mengada-ngada mencipta 1001 alasan untuk mengelak…jahat kan???

tapi tulah tindakan sungguh bijak dari pandangan mata aku…dan natijahnya, sesuatu itu akan terus tertangguh tanpa diselesaikan, begitu juga dengan seseorang…beliau akan tertanya-tanya alasan aku berbuat sedemikian rupa dan seperti biasa, keadaan semuanya terkawal…itu kata aku untuk menjernihkan keadaan…karang kalau berterus terang dah tersentap…

aku sangat malas okeh nak mengadap kerenah orang-orang yang emo tak tentu hala ni…huh!!!

17 June 2010

jadi diri sendiri

aku memang tak pandai untuk bermanis muka dengan mereka yang aku tak suka atau dengan mereka yang tak sukakan aku…tapi bahagian yang paling kelakar bila mereka yang konon-kononnya tak suka aku ni, boleh pula bermanis muka bila berhadapan dengan aku….walhal segala umpatan dan kata-kata kau tu dah sampai ke telinga aku…bravo…bravo…kamu memang seorang pelakon handalan…tapi maaf, aku tak bisa menjadi seperti kamu….reaksi aku memang akan ketara dan aku tak boleh berpura-pura…rasanya itu adalah lebih baik dari kita bermuka-muka…depan muka manis, bersifat baik tapi di belakang kau mengutuk semahunya…pada aku itu lagi kejam dan tidak bertamadun!!!
jadi, tolong jangan tanya aku kenapa aku tak boleh macam mereka, bersikap professional katanya…tu bukan professional la sayang tapi bongok tahap gaban..tak perlu kau kutuk berbakul-bakul tapi bila berhadapan dengan subjek yang di kutuk itu kau seperti kata pepatah, pijak semut pun tak mati…kalau berani, berhadapan dan luahkan la apa yang kau nak luahkan…aku sedia mendengarnya walau pun kadang-kala pahit tapi ianya mujarab sebagai ubat untuk aku perbetulkan diri sendiri…
satu je pesanan khidmat masyarakat dari aku:-
aku tak kacau hidup kau, dan tak perlu la kau nak menyibuk dalam hidup aku sepertimana aku tak pernah menyibuk dan ambil tahu langsung tentang kau!!!

16 June 2010

Cemburu Seorang Teman

nak tergelak aku dengar ceritera seorang teman yang menjadi bahan cemburu oleh rakan lain…ceritera kurang enak sampai ke telinga mengakibatkan berlakunya tekanan jiwa…patut la sejak akhir-akhir ni status berbaur tekanan di muat turun di laman sosial facebooknya..aku faham dengan situasi A yang menjadi mangsa tindakan kurang matang B…setiap tindak tanduk tindakan A di pandang negatif oleh si B…sungguh, aku terkesima tatkala hebahan ini ku dengar…aku tak kesian pun pada si A yang menjadi mangsa tapi aku sangat kesian dengan si B…kesian dengan tindakannya yang aku sifatkan kebudak-budakan… uish, tindakan zaman persekolahan masih lagi di kendong…sudah-sudah la…masing-masing dah meningkat dewasa…tak perlu la adanya konflik yang kurang bijak ni…dua-duanya aku kenal…dan tabik spring ku berikan pada A yang tak melayan konflik setaraf budak tadika ni..tapi, biasalah kan…ada kalanya hati tentu terasa..apatah lagi dengan rakan yang boleh dikategorikan sebagai tahap ‘cium mulut’ ni…

rumusan aku, si B ni cemburu dengan keakraban A dan C..nak pula, mereka berdua ni masing-masing sudah dan akan melalui fasa baru dalam kehidupan…mungkin B rasa tersisih dan terpinggir…hallo, tu pun nak cemburu ke??? sah-sah la kedua-duanya teman anda…lagi pun, ni kan soal kehidupan….seharusnya perasaan gembira itu di kongsi bersama..adat la dalam kehidupan, pasti fasa baru akan di lalui…kikiskan la perasaan tu…tak mendatangkan faedah pun…orang lagi meluat ada la…

nasihat aku untuk A, kekalkan la momentum itu..jangan layan sangat la konflik ni…lakukan apa yang kau rasa kau patut lakukan…ketepikan mereka yang pada aku ni masih lagi belum bersifat matang…jangan biarkan diri terjerumus dalam permasalahan yang akhirnya akan menyebabkan diri mengalami tekanan…

demam bola

sana sini orang dok galak bercerita tentang bola sepak piala dunia..aku mendengar macam di angin lalu…tak ambil pusing pun…sori la der, gua tak layan bola sepak ni…sah-sah la sebutir haram pun aku tak tahu kan….hahahaha….

disebabkan bola sepak juga la ada di kalangan sahabat handai yang masing-masing mempunyai kekasih hati akan meluahkan perasaan mereka…kesian pun ada, nak ketawa guling –guling pun ada….masa ni la saham awek akan menurun….korang akan diletakkan di tangga kedua…segalanya tentang bola..dating pun dah tak jalan dah..kalau merajuk pun belum tentu balak masing-masing nak pujuk…nasihat aku pada mereka, sabar je la…bagi peluang untuk si balak menikmati sukan yang cuma berlangsung empat tahun sekali ni…

jadi, kepada mereka yang nak meluahkan segala ketidakpuasan hati tentang sukan itu, aku sudi mendengarnya…tapi kalau mengharapkan sekelumit rumusan dari aku, memang tak la…gua tak arif babe dalam bidang ni… =)

15 June 2010

Bubur Nasi

lama rasanya aku tak bercerita tentang makanan di blog ni…kali ni aku memilih hidangan yang sangat ringan untuk mereka yang berada dalam keadaan yang kurang sihat…sebenarnya aku pun agak pelik…kenapa setiap kali kita sakit mesti hidangan ini akan menjadi pilihan..setelah melakukan pemerhatian, ada beberapa faktor yang menjadi penyumbang…

faktor yang pertama, apabila berada dalam kondisi yang kurang baik contohnya demam…tekak akan mula mengada-ngada di mana selera makan mulai merosot…oleh yang demikian, untuk meransang selera, bubur akan disuakan…lagipun, macam tak logik pula kalau menjamah nasi di kala tekak tak normal…pastinya selera makan terbantut…jadi, sedikit sebanyak bubur boleh menjadi pengalas perut sebab selepas itu kau wajib untuk makan ubat-ubatan yang pelbagai warna dan sememangnya pahit… (eyyeww) kalau sakit perut pun, amatlah di galakkan untuk memakannya..bukan apa, perut tu sakit, usus pun turut mengalami impaknya…agak kurang wajar untuk makan hidangan yang pedas atau masam di kala sakit perut melanda..takut nanti makin melarat pula…

faktor yang kedua, bubur juga menjadi bahan untuk bermanja-manja…tak kiralah dengan sesiapa pun kan…kekasih hati, ibu, ayah, adik, kakak, abang mahupun teman tapi mesra..hahaha…masa ni kalau korang nak demand pun aku rasa boleh diterima…maklumlah, orang sakit…tapi, selalunya situasi ni hanya berlaku pada si anak kecil..jarang aku tengok mereka yang sudah akil baligh melakukan adegan ni..memang tak la kan! sah-sah korang kena claim mengada-ngada…

faktor yang ketiga, bubur nasi paling senang dan mudah untuk di dapati…mana yang rajin, boleh je masak sendiri…bukan susah mana pun..tapi, dah namanya pun sakit, mesti tak seberapa nak larat masak bubur tu kan..apa susah..angkat gagang telefon rumah atau telefon menggunakan hand phone anda (pastikan kredit anda mencukupi ya…) nombor yang perlu anda hubungi 1-300-13-1300…ya, itulah nombor telefon tukang masak anda yang akan menyediakan bubur tersebut…sediakan wang dan anda pasti dapat bubur nasi yang enak dan masih panas…terima kasih pada Mc’ Donalds yang menyediakan perkhidmatan ini…jasamu di kenanglah!!! ~winks~


oleh yang demikian, layak la bubur nasi di angkat sebagai hidangan popular di waktu sakit…tapi, kalau tak sakit pun boleh je makan..takda akta pun yang melarang orang sakit menikmati bubur nasi… ~sigh~

14 June 2010

Isnin yang sengal, katanya!!!

selalunya hari isnin sinonim dengan blues...memulakan minggu baru di hari isnin kadang-kadang menjadikan kita lesu..tu yang wujudnya istilah monday blues..maklum la dah cuti dua hari...sistem badan sedikit lembab..tapi bukan alasan kan....sepatutnya kita yang perlu tukarkan mentaliti tu...

aku ada menerima email dari seorang teman...kisahnya, cara untuk kita memotivasikan diri di waktu pagi..tidak terhad pada hari isnin sahaja...hari-hari lain pun kaedah ni boleh di pratikkan...

selamat mencuba...


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua..
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun.. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup cas bateri saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau.
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

13 June 2010

Tips diet

tips ni aku dapat dalam internet...ada yang aku amalkan dan sesungguhnya ia berkesan..tak susah untuk mengamalkan diet..yang susahnya bila kita nak disiplinkan diri untuk melakukannya...tapi kalau nak cantik plus sihat, kena la kawal apa yang kita makan...boleh nikmati semuanya tapi bukan dalam kuantiti yang meriah...faham kan apa maksud aku... =)

tingkatkan kadar metabolisme dalam badan dengan mengamalkan lima jenis hidangan...maknanya makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit...sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan tengah malam...kalau boleh makan malam sebelum pukul tujuh..dan kalau selepas itu masih lagi lapar, boleh la mengambil hidangan ringan...sebiji epal contohnya untuk hidangan tengah malam anda..

 
buat mereka pengemar nasi, sila la kurangkan...bukan tak makan langsung...sebagai penduduk asia nasi adalah makanan ruji kan...kawal dan jangan ambil dalam kuantiti yang banyak...amalkan pemakanan yang sihat..pelbagaikan dan perbanyakkan jenis sayur-sayuran dalam hidangan seharian..lauk pauk pula pilihlah cara yang sihat dalam penyediaanya... 

 
banyakkan meminum air suam...seperti yang kita semua sedia maklum, adalah di galakkan untuk mengambil lapan gelas air sehari..lagi banyak lagi basu..sebenarnya air mampu menyingkirkan lebihan garam mineral dalam badan...dan kurangnya meminum air suam akan menyebabkan kita berasa lapar....tak semestinya kita lapar sebab tak makan...kadang-kadang, tu petanda badan kita kekurangan air... 

 
rancang apa yang hendak anda makan...jangan tunggu ketika lapar...maklumlah, bila dah lapar, semua hidangan nampak sedap di mata..tu namanya lapar mata...mungkin boleh sediakn sandwich yang sihat yang mudah untuk disediakan dan di makan....
    jadi, tu la beberapa tips yang aku rasa berkesan sebab aku pun ada juga amalkan...kadang-kadang perkara remeh pun boleh membantu pembakaran kalori...sebagai contoh, parkir la kereta anda jauh sedikit dari kawasan yang hendak di tuju bagi pembakaran kalori secara tak langsung...
    gunakan tangga berbanding dengan lif..tapi kalau duduk tingkat 16, jangan la siksa diri naik tangga..pengsan pula karang...diri sendiri yang susah kan...apa kata, naik tangga sampai tingkat 13 dan baki tiga tingkat tu gunakan pula tangga...

    12 June 2010

    minggu yang sarat sudah berlalu...

    sepanjang lima hari aku tak berkesempatan mengemaskini blog dan menaikmuat apa-apa entri...minggu yang sangat sarat dengan pelbagai perkara....macam-macam benda berlaku dan aku sungguh stress..meski pun cuba untuk berfikiran positif, ada kalanya aku tewas untuk mempertahankan rasa itu...apatah lagi bila ada pihak yang cuba memprovok...aduhai, sungguh mencabar kesabaran aku..buktinya, mereka yang tak pernah melihat aku melenting dapat menyaksikan saat-saat itu berlaku....seboleh cuba aku tak ingin mempamerkan reaksi itu..tapi ada kata-kata darinya yang aku rasa aku wajar untuk mempertahankan diri...apakah sifat profesionalisme semakin menghilang???? aku tahu dia tertekan, tentunya aku lebih tertekan...jangan berbicara seolah-olah aku tak melaksanakan tanggungjawab yang diberi!!! permasalahan yang timbul, bukanlah aku puncanya...dasar kerja sebuah syarikat telekomunikasi yang aku kategorikan lembab tahap gaban yang mengheret aku ke kancah konflik...aku pula yang kena kan!!! ingat aku ni pekerja syarikat tu ke apa!! jangan ingat aku tahu semua..ada kalanya keupayaan aku terbatas untuk aku memecah masuk.... apa pun, kau teruskan la dengan riuh sorak yang kau nak tunjukkan...aku dah penat...sangat penat!!!

    dan untuk syarikat telekomunikasi tu, aku tak pasti apa masalah mereka...tapi, sejurus perjumpaan di adakan, dapat aku rumuskan mereka telah menghadapi kekangan komunikasi yang sungguh kronik...dan perjanjian mereka untuk menyelesaikan segala bencana ni aku sambut dengan hati yang lega..masih belum boleh berpuas hati..aku harap peluang yang telah diberikan digunakan dengan sebaik mungkin..kikiskan la persepsi negatif yang bertapak kukuh di hati aku di ketika ini...

    dalam masa yang sama, aku perlu tekankan pada agenda besar yang bakal berlangsung pada bulan depan julai..nasib baik kali ni aku dah tentukan komuniti dan al-hamdulillah, mereka banyak membantu...walau pun ada la beberapa orang yang tiba-tiba lenyap..takpa...setakat dua, tiga orang yang mencipta masalah, aku umpamakan langau yang bingit dan akhirnya akan pergi sendiri...dan sama juga seperti yang lepas-lepas, akan adanya mereka yang aku rasa cuba untuk memperbodohkan diri sendiri dengan mengutarakan soalan yang kurang cerdik..hahaha..kali ni aku dah bersedia la kawan...soalan kau tu aku takkan layan sebab aku bijak dari korang...jadi, bersedia untuk menerima jawapan balas dari aku yang rasanya akan menyebabkan korang terasa hati..tapi, ADA AKU KISAH!!!! yang pasti, agenda ni akan tetap berlangsung walau berapa pun bilangan mereka yang akan pergi... ~sengih~ korang nak timbulkan masalah??? teruskan la kalau tu membuatkan korang bahagia...aku takkan berlembut seperti dulu..korang yang inginkan corak permainan sebegini, jadi aku turutkan...kalau dulu aku bertahan, kali ni aku akan menyerang...aku nak tengok kubu pertahanan korang sekukuh mana untuk menangkis serangan balas dari aku!

    tiga benda utama ni telah membuatkan minggu aku agak huru-hara...penting untuk aku kembali ke pangkal jalan....hehehe...arah tekanan harus ku tinggalkan sebab takut emosi gagal untuk aku tangani..tak pasal-pasal ada pula pihak lain yang kena serang dengan aku nanti...melepaskan kemarahan pada orang lain...tu bukan tindakan cerdik pandai ya rakan-rakan sekalian...

    harapan aku, moga minggu baru nanti dapat menceriakan balik keadaan aku yang mula kusam ni...

    Dan Bila Esok

    pertama kali aku dengar lagu ni berkumandang di corong radio terus hati terpaut...
    indah melodinya dan lirik yang mudah melekat di hati...
    apatah lagi aku memang layan lagu-lagu dari kumpulan Sofaz...
    sampai sekarang aku suka dengar lagu Janjiku....
    so, kali ni buah tangan dari Sofaz bisa buat aku tersenyum...
    jadi, nilah hidangan halwa telinga.. =)


    Dan Bila Esok - Sofaz


    di dalam hati selalu tersimpan
    rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
    kau diam tanpa kata
    saatku ungkap semua rasa
    di saat ku ingin dekat denganmu
    kau semakin jauh meninggalkanku
    dan kau diam tanpa kata
    saatku ucap semua rasa
    dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatimu
    tuk cinta yang pernah kita miliki
    tuk selama-lamanya

    dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
    tuk bisa menjagai hati ini
    tuk selama-lamanya
    mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatiku
    untuk cinta yang pernah engkau miliki
    untuk selama-lamanya
    dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatimu
    untuk cinta yang pernah kita miliki
    tuk selama-lamanya
    dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
    untuk bisa menjagai hati ini
    tuk selama-lamanya
    dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatimu
    untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

    ..


    untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

    01 June 2010

    sumpah aku tak faham!!!

    acara ni berlangsung semalam, tapi tak sempat pula untuk aku update entri di sebabkan penat terlampau dan otak aku takkan bekerjasama untuk menghasilkannya… =) makanya aku update entri ini pada hari ni….
    al-hamdulliah, satu lagi gathering berjaya di adakan walau pun pilihan di buat pada waktu bekerja…dan lokasi kali ni agak asing pada sesetengah mereka….tapi masih lagi berjaya…satu je yang aku rasa perlu di perbaiki…ketepatan masa….memang aku agak angin disebabkan perut yang berkeroncong tahap dewa…kemudian, ketibaan mereka pula lewat….tapi amarah itu tak dapat diteruskan apabila sampai saja mereka, terus kata maaf dilafazkan….sejuk la sikit hati aku ni kan….
    agenda utama adalah untuk membincangkan aktiviti yang kami akan rancang pada bulan julai nanti…dan nampaknya masing-masing memberikan respon yang cukup bagus dan sememangnya masing-masing kelihatan teruja dengan apa yang akan di rancang…. ~thumb up~
    perbincangan secara kasar dan akan di perkemaskan pada perjumpaan akan datang memandangkan ada ahli komuniti yang tak dapat menghadirkan diri...mungkin kami akan mencuri sedikit masa ketika menghadiri majlis walimatulurus teman pada 12 jun…hahaha….jangan marah ya pengantin!!!
    selebihnya, upacara mengenang ceritera-ceritera klasik dan moden….macam-macam ceritera yang aku dengar…yang paling mengejutkan apabila ada yang mendengar khabar angin mengatakan aku kerek!!! apakah?
    terkesima aku dengar…entah apa yang aku dah buat sehinggakan tergamak dia menuduh aku macam tu…aku tak rasa ketika zaman sekolah dulu aku dan kau berteman mesra…makanya, jadah la pula kau nak kata aku kerek kan!!! bengong betul!!!! sah-sah la lepas sekolah pun kita tak pernah berhubung….sedih!!! bahagian yang paling aku tak faham, motip add aku kat fb???
    tapi, aku tak kisah..kau nak kata apa pun, terserah…aku dah approved pun kau dalam fb aku…mungkin kau nak tengok kot apa yang baru dalam hidup aku memandangkan fb aku tu bersifat sulit dan persendirian!!! jadi, boleh la kau nak teruskan agenda tu kan…apa-apa je lah labu…
    aku akan terus ikut rentak kau…tapi ingat!!!! kalau melebihi batas, kau tahu la apa yang akan aku buat…aku takkan belasah fizikal kau pun..ingat aku ni ganas ke..lagi pun, tu stail zaman sekolah kot..tak perlu la…cuma akan berlakunya penindasan jiwa…aku dah tak main la dengan perbuatan serang balas secara fizikal ni..aku kan hebat dalam bab-bab menyindir orang…so, tunggu jelah kalau aras melampau itu dah kau capai!!!

    mula dapat rentak...

    bukan rentak muzik ya pembaca sekalian..memandangkan aku selalu terlibat secara langsung dalam acara reunion, ada kalanya kesabaran aku tergugat dengan pe’el mereka yang membuatkan aku serasa ingin menghadiahkan tamparan wanita..hanya tahu merungut je tapi bila di minta melahirkan buah pendapat, macam haram!!! 
    macam yang pernah aku beritahu pada entri lepas, sememangnya aku ingin cuci tangan dalam acara-acara sebegini…sesekali nak juga menjadi pemerhati..biar si perungut itu yang bertindak sebagai penganjur…namun, mimpi hanya tinggal mimpi…mereka bilang, reunion takkan terjadi kalau aku tak turun padang….ceh!!!! saja la tu kan…ada kalanya, akal aku tak mampu untuk menipu mengatakan apa yang mereka katakan itu benar…boleh di congak, berapa kali reunion di adakan oleh pihak lain atau mungkin tak pernah langsung…entah!!!! tak kuasa aku nak mengira…
    apabila berdepan dengan perkara-perkara yang membuatkan aku tersentap, memang aku sedikit terasa..hati wanita tercuit…namun itu dulu…apabila menjejak tahun 2010, aku dah sematkan tekad….kali ni aku akan menjadi lebih sinikal….lebih kejam dari apa yang mereka pernah fikirkan dan bayangkan…di sebabkan itu hati seakan-akan merajuk dan acara ini telah ku lupakan…secara rasminya, ya..aku hanya berminat pada gathering dan bukannya reunion…cukuplah aku berpenat lelah..tapi mereka akan terus membebel dan merungut serta meletakkan tugu kesalahan tanpa simpati…bukan penghargaan yang aku perolehi tapi kata rungutan yang menyakitkan telinga!!! hampeh sungguh!!!!
    sekali lagi aku gagal untuk pertahankan rasa itu dek pujukan dari segelintir mereka yang masih lagi menginginkan reunion di adakan…bila di fikir-fikirkan, adalah tidak adil untuk aku menghukum yang lain sedangkan mereka tak pernah bersikap sama seperti si perungut…mana hilangnya akal dan sikap toleransi yang selama ini cukup kebal dalam diri aku…
    hasil perbincangan semalam cukup menyakinkan aku untuk sekali lagi melibatkan dalam aktiviti ini…tapi harus di ingat, sikap sinikal itu masih lagi aku agungkan….aku hanya akan melayangkan jemputan pada mereka yang berstatus aktif….aku sungguh malas untuk menjejaki mereka yang pada pandangan mata aku bersikap halimunan..tak mungkin la aku nak menghabiskan masa menjejaki seorang demi seorang kot..bukan seperti lima tahun yang lalu ya…ketika itu memang aku sangat rajin…tapi bila mengenangkan penerimaan mereka, aku bertukar menjadi pemalas….suka hati korang la nak cakap apa pun…sikit pun aku tak kisah!!!!
    selain itu, pada mereka yang bersikap diva mengalahkan Ziana Zain pun aku akan ketepikan….banyak sangat cekadak, bo layan!!!! aku takda masa nak melayan kerenah kurang bijak kau itu….kalau rasa nak join, join…kalau taknak pun, aku tak rugi apa!!!
    lepas ni komuniti akan di adakan….walau pun, setiap kali gathering hanya di hadiri oleh muka-muka yang sama sekurang-kurangnya peluang untuk kami masih lagi duduk semeja, minum dan bersembang persis zaman sekolah dulu tetap ada…dan insya allah akan terus diadakan…mungkin lepas ni boleh diwartakan sebagai acara bulanan dan big reunion untuk acara tahunan… =)
    buat korang yang datang semalam, aku sangat menghargainya…dan sama-samalah kita realisasikan plan kita yang sememangnya lama tertangguh pada bulan julai nanti..insya allah….
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...