29 July 2010

Opahku Bilang

semalam aku tengok program key note...tu pun dah nak hujung-hujung..maklum la ibu tercinta nak tengok cerita laila asyikin dulu...
sempat la juga tengok persembahan One Nation Emcees dengan Zainal Abidin...


tatkala mendengar lagu dendangan Zainal Abidin, rangkap pertama yang terpacul keluar dari mulutnya membuatkan aku dah jatuh cinta...
sungguh, lagu ni memang best...
credit kepada pencipta muda tiga orang ni...


apa yang aku suka, adalah susunan lagu dan melodinya...
lain dari yang lain...
pertama kali dengar terus dapat tangkap melodi...
paling menarik bila elemen bongo yang dimainkan oleh Faan turut diserap masuk...
best... =D

gambar ihsan kosmo

untuk cerita lain sila rujuk sini dan
 juga sini

engagement of my cousin

seorang lagi sepupu aku menaiktarafkan statusnya..

program ini berlangsung minggu lepas tapi baru sekarang dapat buat ini entri…sejak hari jumaat lepas otak aku sedikit tepu sebab banyak dateline yang perlu aku kejar plus dengan tugas dekorasi hantaran yang di buat juga dalam masa yang suntuk (yang ni aku tak buat sorang..ada sepupu lain dan ibu tercinta yang mengepalai aku sekadar turut serta)..

al-hamdulillah, segalanya berjalan lancar..majlis pertunangan juga selamat diadakan…

jika tiada aral melintang, jangkaan majlis pernikahan akan berlaku pada November nanti…

harap-harapnya ok la yer….

28 July 2010

7 rindu sekolah menyamar pelajar

artikel ni ku ambil dari Harian Metro..tersenyum sinis aku tatkala membacanya....kelakar pun ada...tak pernah terfikir pun tindakan mereka-mereka ni yang aku rasa rindukan suasana sekolah...tulah dulu masa sekolah taknak enjoy betul-betul..lepas sekolah rindu pula yer..

paling tak boleh blah siap pakai baju sekolah bagai...mak oiiii, ni betul-betul rindu tahap gaban nih... =) aku faham dengan perasaan mereka...sebab aku pun rindu juga dengan era itu..sama sekali berbeza dengan sekarang...

tapi, tindakan mereka ni pula boleh mengundang curiga..mau tidaknya, tiba-tiba datang sekolah kan..sah-sah la ada agenda tertentu kot...serasa aku tak perlu la sampai buat tindakan macam ni...

merugikan dan memalukan diri sendiri..

apa kata, kalau dah rindu sangat dengan zaman sekolah, buat perjumpaan semula a.k.a reunion...

pilih sekolah jadi markas..

pastu uniform sekolah sebagai tema pakaian untuk reunion..

kan lebih manis macam tu...

aku pernah rancang reunion yang ala-ala gitu tapi sama sekali di bangkang oleh mereka yang katanya aku ni masih lagi taknak tinggalkan memori zaman sekolah...

ape daa..aku cuma nak kembalikan nostalgia itu...vunguks...

lalai undang padah

tadi pagi aku ke USJ 9...perkara yang akan menjadi rutin pada aku mulai minggu ni kerana menghantar cik pereka ke tempat kerja…sempat la juga aku melayan HOT FM dalam perjalanan…yalah, kalau mengikut kebiasaan aku tak sempat sangat di sebabkan jarak ke pejabat dari rumah dekat sungguh…

terkesima aku bila mendengar topik perbualan yang di utarakan…insiden di culik dalam kereta bapa sendiri membuatkan aku mengeluh…untuk lebih info sila rujuk sini

mendengarkan cerita dari bapanya tadi, ada beberapa kesimpulan yang dapat aku rumuskan…

yang pertama
si bapa tidak gabra atau hilang punca…bahagian ni aku cukup suka..tindakan pantas beliau dapat menggelakkan kejadian dari memburuk…tindakan segera menghubungi pihak berkuasa dan menghantar SMS pada setiap nombor yang tersimpan di dalam telefon bimbitnya dapat menyebarkan cerita dengan seberapa pantas…pada ketika ni aku rasa stail memiliki telefon bimbit lebih dari satu bukan semata-mata budaya mahupun untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya adalah wajar dalam keadaan kecemasan…si bapa tadi menggunakan handphone pertama untuk menghubungi talian 999 lalu diserahkan pada pemilik kedai untuk bercakap bagi pihaknya manakala handphone yang kedua digunakan untuk menghantar SMS..satu tindakan bijak bukan!

yang kedua
aku kagum dengan semangat orang awam yang saling bantu membantu dengan pihak berkuasa…terharu pun ada…dalam keadaan sekarang yang korang pun tahu kan macamana (so tak perlu aku ceritakan secara terperinci) tapi masih lagi kita menunjukkan sedikit keprihatinan pada yang memerlukan…

yang ketiga
kita pun manusia biasa juga..tak lari dari kesilapan..tapi ada kalanya, sesuatu perkara boleh di elakkan kalau langkah keselamatan dan waspada di titikberatkan…tak kira walau apa pun alasannya, meninggalkan kereta dalam keadaan enjin bernyawa sememangnya mengundang peluang pada penjenayah yang mana akhirnya akan mengundang padah pada kita sendiri…

yang keempat
dah tiba masanya mentaliti ahli masyarakat di perbetulkan..hentikan lah pe’el menghantar SMS yang bukan-bukan sebab apabila kejadian sebenar berlaku kita pun tak pasti sama ada ingin mempercayai atau mengendahkannya sama sekali…tapi pendapat peribadi aku, sama ada ianya betul atau tak, lebih baik diforwardkan…sebab katakana lah kejadian itu bernar-benar berlaku, herm, korang pun tau apa natijahnya nanti..

jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar dari insiden yang berlaku…memang tak adil kalau asyik kita saja yang kena ambil langkah berjaga-jaga tapi tu kan lebih elok dari menyesal di kemudian hari..

25 July 2010

Straight Through My Heart - BSB



Straight Through My Heart

In the heart of the night when it's dark
In the lights I heard the loudest noise
A gunshot on the floor, oh, oh

I looked down and my shirt's turning red, I'm spinning around
Felt her lips on my neck and her voice
In my ear like I missed you, want you tonight

Straight through my heart, a single bullet got me
I can't stop the bleeding, oh
Straight through my heart, she aimed and she shot me
I just can't believe it, oh

No, I can't resist and I can't be hit
I just can't escape this love
Straight through my heart, soldier down
My heart, soldier down, my heart

Thought I moved more than on
Thought I could fool her charm
I really wanna go but I can't leave her alone, oh, oh

Hear the sound of a love so loud
I just can't, I just can't ignore this feeling
Said she missed me and she wants me, wants me tonight

Straight through my heart, a single bullet got me
I can't stop the bleeding, oh
Straight through my heart, she aimed and she shot me
I just can't believe it, oh

No, I can't resist and I can't be hit
I just can't escape this love
Straight through my heart, soldier down
My heart, soldier down, my heart

In the heart of the night when it's dark
In the lights I heard the loudest noise
A gunshot on the floor, oh, oh

Straight through my heart, a single bullet got me
I can't stop the bleeding, oh
Straight through my heart, she aimed and she shot me
I just can't believe it, oh

No, I can't resist and I can't be hit
I just can't escape this love
Straight through my heart, soldier down
My heart, soldier down, my heart

Straight through my heart, soldier down
My heart, soldier down, my heart, my heart, my heart
Straight through my heart, soldier down
My heart, soldier down, my heart

24 July 2010

Shape Of My Heart - BSB

 

Shape Of My Heart

Hmm, yeah, yeah
Baby, please try to forgive me
Stay here don't put out the glow
Hold me now don't bother if every minute it makes me weaker
You can save me from the man that I've become, oh yeah

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Sadness is beautiful loneliness that's tragical
So heal me I can't win this war, oh no
Touch me now don't bother if every second it makes me weaker
You can save me from the man I've become

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

I'm here with my confession
Got nothing to hide no more
I don't know where to start
But to show you the shape of my heart

I'm lookin' back on things I've done
I never wanna play the same old part
I'll keep you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Lookin' back on the things I've done
I was tryin' to be someone
I played my part, kept you in the dark
Now let me show you the shape of my heart

Show you the shape of my heart

23 July 2010

Go...Go...Power Rangers...

saja je nak letak entri gempak…bukan nak cerita pasal power rangers pun…tapi kalau era aku dulu, aku suka power rangers kuning..hehehe (tiba-tiba!!)

aku nak cerita pasal kata-kata semangat dalam lagu dan apa kaitannya dalam kehidupan.. =)

''aku mencari kekuatan dalam kelemahan...
...aku temui kejayaan dalam keberanian''

dua bait penting dalam lagu hasil nukilan Aubrey Suwito ni antara lagu yang menjadi kegemaran…lirik yang aku kira dapat memberi semangat dan motivasi supaya kita tak mudah berputus asa..kata-kata nilah yang menjadi pegangan aku dalam merencana kehidupan..

jangan jadikan kelemahan kita sesuatu kekurangan..cuba tukar pemikiran tersebut…ada kalanya kelemahan bisa menjadi kekuatan..

sebagai contoh, kelemahan aku yang boleh dimanipulasi oleh orang lain adalah, suka menganaktirikan perasaan sendiri sehinggakan orang lain mengambil kesempatan..dalam pelbagai aspek…terutamanya dalam nilai persahabatan..tak boleh di kira berapa kali aku terasa hati..tapi perasaan itu ku usir jauh…taknak memeningkan diri sendiri..natijahnya, mereka tak peka pun dengan perasaan aku sebab mereka tahu, lambat laun aku akan melupakan segala konflik dengan begitu saja…selepas beberapa ketika, aku tersedar..sampai bila aku mesti mengorbankan perasaan sendiri!!! disebabkan itu juga aku tukar kelemahan itu…keprihatinan ku beri pada yang berhak…maka, terhasillah aku yang sangat sinikal…

ada baiknya juga sebab aku boleh lemparkan perasaan pada mereka dengan tanpa ragu dan mereka juga tak boleh lagi memperkotak katikkan perasaan aku…NOT ANYMORE!!!…apa yang mereka rasa bukan lagi keperluan aku…. =)

untuk mencapai kejayaan, risiko merupakan senjata utama…nampak tak permainannya???? Kiranya, dalam bahasa mudah,

ada berani nak ubah diri sendiri!!!

ada berani ke nak ubah cara hidup dari hampeh ke taraf yang lebih baik!!!!

sesekali, tak salah mencabar diri sendiri...takda siapa yang mampu mengubah kehidupan, melainkan tuan empunya diri…kita tahu sejauh mana keupayaan kita…dan ada kalanya kita memerlukan orang lain juga untuk menyedarkan kita tahap keupayaan diri…hidup perlu saling melengkapi…

ada yang nak kongsi lagu pemberi semangat tak????

Show Me The Meaning Of Being Lonely - BSB

 

Show Me The Meaning of Being Lonely

So many words for the broken heart
It's hard to see in the crimson love
So hard to breathe
Walk with me and maybe

Nights of light so soon become
Wild and free I can feel the sun
Our every wish will be done
They tell me

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with?
Tell me why I can't be there where you are
There's something missin' in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They never say forever gaze

If only guilty roads to an endless love
(Endless love)
There's no control, are you with me now?
Your every wish will be done, they tell me

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with?
Tell me why I can't be there where you are
There's something missin' in my heart

There's no where to run, I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel
Things you never show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with?
Tell me why I can't be there where you are
There's something missin' in my heart

22 July 2010

Angin Satu Badan

sesetengah orang cenderung mempamerkan perasaan mereka tanpa segan silu..perasaan yang enak tu memang la seronok untuk disaksikan…tapi kalau dengan yang tak seberapa nak seronok ni, boleh membuatkan orang mencebik..

tak di nafikan kadang-kadang aku pun berangin juga orangnya…nak pula semasa era uniform biru putih..lagi la menjadi-jadi tahap angin aku..tapi hasil dari didikan dan pantauan orang sekeliling pada ketika itu aku dah mula berubah…bayangkan, orang yang tak seberapa nak rapat dengan aku menegur pe’el kurang elok yang mana membuatkan aku terfikir sejenak betapa bengongnya aku masa tu…al maklumlah, zaman kanak-kanak riang kan..bukan fikir apa pun…main redah jer…hahah…sejak tu aku dah mula berubah sedikit demi sedikit…dah pandai untuk mengawal sedikit emosi supaya tak di lepaskan pada mereka yang tak sepatutnya..credit untuk Cik L bukan nama sebenar.. =)

yalah, adil ke kalau kita marah dengan si A tapi B pula yang menjadi tempat melepaskan kemarahan??? tentu sekali jawapannya tak kan! dan rasa aku, kita pun tak suka orang nak lepaskan marah dia pada kita suka suki jer…jadi, kalau taknak hadap benda yang sama kena la berfikir dulu…jangan lepaskan amarah merata tempat…

tak elok sebenarnya pe’el macam tu..banyak buruk dari baiknya…sah-sah la orang menyampah dengan kita…silap-silap boleh kena boikot weh…percaya la cakap den…sebab aku pernah tengok salah seorang kawan aku menerima nasib yang sama…akhirnya, jadi la kau kera sumbang..hidup dalam dunia sendiri..siapa tahan tanpa sebab yang kukuh kena marah…

aku rasa mereka yang berperangai macam ni seolah-olah nak tunjukkan sangat betapa kekwatnya dia..biar semua orang tahu apa yang dia rasa di ketika itu…dan melepaskan marah pada orang lain sebenarnya cara dia untuk meredakan tekanan…tu cara dia tapi menyebabkan orang rasa nak sedekah pelempang je kan!!!

petua aku bila berhadapan dengan orang macam ni, buat tak tahu je..sebab kalau kita melayan lagi la menjadi angin dia tu…seolah-olah menggalakkan pula..lama-lama, dia akan diam sendiri…

tu cara aku la ke korang ada cara yang lebih baik??? meh la kongsi…

Quit Playing Games with My Heart - BSB

 

Quit Playing Games With My Heart

Baby, oh

Even in my heart I see
You're not bein' true to me
Deep within my soul I feel
Nothing's like it used to be

Sometimes, I wish I could turn back time
Impossible as it may seem
But I wish I could so bad, baby
Quit playing games with my heart

Quit playing games with my heart
Before you tear us apart
(My heart)
Quit playing games with my heart

I should've known from the start
You know you got to stop
(From my heart)
You're tearing us apart
(My heart)
Quit playing games with my heart

I live my life the way
To keep you comin' back to me
Everything I do is for you
So what is it that you can't see

Sometimes, I wish I could turn back time
Impossible as it may seem
But I wish I could so bad, baby
You better quit playing games with my heart

Quit playing games with my heart
Before you tear us apart
(My heart)
Quit playing games with my heart

I should've known from the start
You know you got to stop
(From my heart)
You're tearing us apart
(My heart)
Quit playing games

Baby, baby the love that we had was so strong
Don't leave me hangin' here forever
Oh baby, baby this is not right, let's stop this tonight

Baby, quit playing games
(Oh)
Na, na, na, na, na, na, na, na
Na, na, na, na, na, na, baby
Na, na, na, na, na, na

Sometimes I wish I could
Turn back time, impossible as it may seem
But I wish I could so bad, baby
Quit playing games with my heart

Quit playing games with my heart
Before you tear us apart
(My heart)
Quit playing games with my heart

I should've known from the start
You know you got to stop
(From my heart)
You're tearing us apart
(My heart)
Quit playing games with my heart

Quit playing games with my heart
Na, na, na, na, na, na, na, na
Na, na, na, na, na, na, baby
Na, na, na, na, na, na

Quit playing games with my heart
Na, na, na, na, na, na, na, na
(My heart)
Na, na, na, na, na, na, baby
(My heart)
With my heart

21 July 2010

terapi dah diperolehi... =)


kalau dah namanya pembeli tegar pasti ada cara untuk aku menjalani terapi…dalam diam-diam aku dah pun membeli tiga beg baru sebagai habuan untuk diri sendiri…
hahaha…tiga okey…sekali dapat beli, ambik ko!!!
lepas ni aku dah tak perlu beli beg..rasanya cukup dah dengan apa yang dibeli…lagi pun, ruang semakin sempit..tak tahu mana nak letak beg-beg tu semua…hehehe…
tinggal kasut je yang belum di beli…harap-harap dapat la beli barang sepasang dua.. =)

As Long As You Love Me - BSB

 

As Long As You Love Me

Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (I don't know)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did
As long as you love me (yeah)

I've tried to hide it so that no one knows
But I guess it shows
When you look into my eyes
What you did and where you're comin from
I don't care, as long as you love me, baby

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did (yeah)
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
As long as you love me
Who you are
As long as you love me
What you did (I don't care)
As long as you love me

20 July 2010

Everybody - BSB



Everybody

Everybody, yeah
Rock your body, yeah
Everybody, yeah
Rock your body right
Backstreet's back, alright

Hey, yeah
Oh my God, we're back again
Brothers, sisters, everybody sing
Gonna bring the flavor, show you how
Gotta question for you better answer now, yeah

Am I original?
Yeah
Am I the only one?
Yeah
Am I sexual?
Yeah
Am I everything you need?
You better rock your body now

Everybody
Yeah
Rock your body
Yeah
Everybody
Rock your body right
Backstreet's back, alright
Alright

Now throw your hands up in the air
Wave them around like you just don't care
If you wanna party let me hear you yell
Cuz we got it goin' on again
Yeah

Am I original?
Yeah
Am I the only one?
Yeah
Am I sexual?
Yeah
Am I everything you need?
You better rock your body now

Everybody
Yeah
Rock your body
Yeah
Everybody
Rock your body right
Backstreet's back, alright
Alright

So everybody, everywhere
Don't be afraid, don't have no fear
I'm gonna tell the world, make you understand
As long as there'll be music, we'll be comin' back again

Everybody, yeah
Rock your body, yeah
Everybody
Rock your body right (rock your body right)
Backstreet's back
Everybody (everybody)
Yeah (rock your body)
Rock your body (everybody)
Yeah (everybody rock your body)
Everybody (everybody, rock your body)
Rock your body right (everybody)
Backstreet's back, alright

19 July 2010

Minggu BSB bermula...

tiba-tiba aku terasa nak dengar balik rangkaian lagu yang popular satu ketika dulu hasil dendangan band favourite aku selamanya...
BACKSREET BOYS...
untuk itu, aku akan dedikasikan beberapa entri untuk mengimbau kembali era kegemilangan lagu-lagu BSB yang menjadi siulan aku sehingga sekarang.... =)


I'll Never Break Your Heart

[Spoken:]
Baby, I know you're hurting
Right now you feel like you could never
Love again
Now all I ask is for a chance
To prove that I love you

From the first day
That I saw your smiling face
Honey, I knew that we would
Be together forever
Ooh when I asked you out
You said no but I found out
Darling that you'd been hurt
You felt like you'd never love again
I deserve a try honey just once
Give me a chance and I'll prove this all wrong
You walked in, you were so quick to judge
But honey he' s nothing like me

[Chorus:]
I'll never break your heart
I'll never make you cry
I'd rather die than live without you
I'll give you all of me
Honey, that's no lie
[2x]

As time goes by
You will get to know me
A little more better
Girl that's the way love goes baby, baby
And I (I) know you're afraid (know you're afraid)
To let your feelings show (feelings show)
And I understand
Girl, it's time to let go (girl, it's time to let go because)
I deserve a try (try) honey
Just once (once)
Give me a chance (chance) and I'll prove this all wrong (wrong you walked)
You walked in, you were so quick to judge (quick to judge)
But honey he's nothing like me
Darling why can't you see

[Chorus (2x)]

[Bridge:]
No way, no how (I'll never break your heart girl, I'll never make you cry)
I swear (Oh I, oh I, I swear)
No way, no how (I'll never break your heart girl, I'll never make you cry)

[Chorus (3x)]

aktiviti bermula...

rentetan dari komen yang diterima menyebabkan aku sedikit kegelabahan (err..betul ke perkataan aku ni?? heheh)
makanya bermula dari hari ini, aku akan melakukan sesuatu agar masalah tersebut tak menghantui minda…
adehhh….
kena disiplin lebih ni….
takpa..takpa….
berusaha!!!

17 July 2010

evolusi tapai

tapai pulut merupakan kecintaan aku.. ~sigh~
sungguh, makanan ni boleh membuatkan aku teruja...
nak pula kalau dapat makan ia bersama ais krim vanila...
mak aiii, enaknyaaaa!!!!
ketika entri ni di tulis pun aku dah terbayangkan kesedapannya... =)
tapi bukan rasanya yang aku nak huraikan...
cuma nak berkongsi evolusi yang turut menimpa makanan ini...
kebiasaannya, tapai pulut di bungkus bersama daun pisang (betullkan aku kalau info ni salah ya)

gambar ihsan incik yahoo

tapi, masa aku balik ke kampung dua minggu lepas, daun ni dah tak di guna pakai...
tahu tak, pembungkusan terbarunya???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ni dia....


rasanya lebih kurang je tapi lagi feel kalau guna cara tradisi...
tulah dia, kadang-kadang cara konservatif itu masih relevan...
kan???

16 July 2010

terapi ditagih

dah lama rasanya aku tak memanjakan diri dengan membeli sesuatu…
dalam keadaan sekarang banyak yang perlu aku pertimbangkan sebelum membeli…huhu..
 program yang bakal berlangsung pada bulan Oktober dan Disember nanti menuntut banyak RM dari aku..
makanya, aku tak boleh membeli sesuka hati seperti dulu..seddihhh….
nampak gayanya raya tahun ni pun budget tidak semeriah tahun lepas…
mungkin hanya membeli sepasang kasut atau mungkin tiada langsung…. =/
huhu..aku rindu nak beli kasut….
ada tak sesiapa nak sedekah RM10K kat aku (sambil mengerlipkan mata)… =D

15 July 2010

hukum karma

aku percaya dengan istilah di atas..bak kata pepatah, buat baik dibalas baik buat jahat jangan sekali…
cepat atau lambat setiap kejahatan yang di buat pasti ada timbal balasnya..
kes rampas merampas, tikam menikam, sabo merata dah selalu sangat di dengar..
apa yang aku pelik, si pelakunya bangga pula dengan apa yang telah di lakukan…
ingat-ingat la sama…
hari ni hari si mangsa…
esok lusa, mungkin pemangsa pula yang akan terima balasannya….
fikir-fikirkan la ya...

blogwalking...

penghargaan untuk liyanaa kerana blog beliau mempunyai pelbagai tips yang berguna untuk mencantikkan lagi blog...
sejuta trimas.. =)
thnx dear...

14 July 2010

WAKAKA CREW

mereka hebat...
mereka juara Showdown 2010...
aku suka sangat...

*gambar ihsan dari facebook mereka

nasib si sotong

*credit untuk kosmo

nak tergelak bila kehebatan seekor sotong yang dikenali sebagai Paul sama aje gemilangnya dengan Piala Dunia 2010 Edisi Afrika Selatan…apa yang diramalkan menjadi..
sisipan berita kosmo menyebut yang sotong itu akan bersara..
adoyai, sotong pun boleh dijadikan bahan cerita…
aku ada baca tadi, seorang ahli perniagaan dari Sepanyol ingin membeli sotong kurita selebriti itu dengan harga AS$38,000 bersamaan dengan RM 121,676!!! bapak mahal harga seekor sotong…hurm… tujuan pembelian untuk menjadikannya maskot dalam satu majlis…
mula-mula jadi maskot entah-entah lepas tu jadi bahan santapan pula..
eew…ngeri aku…
nasib baik aku tak la berapa suka sangat dengan sotong…

11 July 2010

penat... =/

memandu dari...
simpang empat, perak
bandar sunway
cheras
shah alam
puchong
jadi, 
sangat penat sekarang ni...
mata dah tak lalu nak celik tapi minda belum mengantuk lagi...
habis, macam mana tu???
nampak gayanya kena la pujuk manja minda untuk beradu dengan kadar segera..
hurm...

10 July 2010

sekali lagi

kesedihan aku bersikap sementara…kelakar kan..iya-iya je sedih bagai dalam entri yang lepas..bercakap mengenai plan baik punya yang aku rencanakan yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang membuatkan aku kiciwa..kali ni aku tak serik lagi untuk merencana agenda yang sama…tapi, tapi…haip aku belum habis menulis lagi, masih lagi dengan keengganan itu kali ni aku rencanakan untuk mereka yang terpilih saja..ambik kau!! sekali ada senarai VVIP la pulek…kan aku dah kata, aku akan jadi sesinikal manusia bila tahap itu dah tercapai…

plan yang lebih kurang sama cuma lokasi yang sememangnya berbeza..biarlah aku dan beberapa orang yang kecewa tahap hati pecah ni mengubat lara di sana…di mana destinasinya sama sekali aku akan rahsiakan..takut pula kalau tak jadi, den juga yang malu..teeetttttt!!! belum apa-apa mulut dah cabul….cehhh…..

harap-harapnya plan baik punya ni berjaya…ahaks~

09 July 2010

mana incik peluang ni???!!!!

aku jenis manusia yang mudah bosan dengan sesuatu perkara yang menyebabkan aku kebosanan…nak pula bila keadaan sekeliling dan ada beberapa faktor lain yang mendorong tahap bosan itu mencapai klimaksnya….aku cuba untuk menukar tanggapan tapi sememangnya keadaan tak dapat memberi bantuan kecemasan kepada aku lagi yang semakin memerlukan pertolongan…lama kelamaan aku sendiri yang sesat dalam keadaan yang sesak…makanya, bila rasa itu semakin menyesakkan, nescaya aku akan berbuat sesuatu untuk segera keluar dari zon terbabit…


itulah yang aku sedang alami sekarang ni..makin lama makin terserlah aura kebosanan itu…aku mengeluh walau pun aku tahu tak baik anak dara mengeluh kan…tapi nak buat macam mana..keadaan semakin tak stabil..

oleh itu, rasanya sudah tiba masa untuk aku melakukan perubahan!!!! ada beberapa tinjauan di buat sebelum sebarang perubahan ku lakukan…perlunya perancangan rapi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan…tapi, masalah lain pula wujud apabila tiada peluang yang dapat ku rangkul…

ish, masa aku perlukan la incik peluang ni menyorok pula…

cuba untuk fikir positif….incik peluang tak muncul sebab mungkin sekarang bukan masa tepat bagi aku menarik sauh untuk berlayar di lautan samudera…atau mungkin akan menjelma incik peluang yang lebih molek untuk aku di masa-masa mendatang…siapa tahu kan!!

apa pun, incik peluang itu tetap akan ku jejak dengan harapan dapat berjumpa yang terbaik supaya perubahan yang bakal aku lakukan kelak memberi kepuasan untuk aku…

08 July 2010

budi bahasa budaya kita

“Tepi sikit!!!” (agak tinggi lontaran suaranya)

begitulah kata-kata yang terpacul keluar dari seorang lelaki yang aku rasa dah berpangkat atuk…

kejadian berlaku di salah sebuah pasar raya di Klang Bandar Diraja….

terkejut giler kot!!! aku dan si adik saling berpandangan…reaksi adik aku, terlopong sebab aku rasa dia pun tak sangka atuk tu boleh bersuara macam tu…yang lebih memalukan (aku rasa dia yang patut malu dan bukannya kitaorang), ada beberapa pengguna pun menyaksikan kejadian tersebut..aku percaya, diaorang menantikan apa reaksi aku…hallo, aku ni cucu Wak Mat tau…sah-sah dah terdidik adab sopan dan tatasusila…

sambil beristifar aku tersenyum…”Takpalah. Orang tua…”

senyuman aku turut dibalas mereka…barangkali hati masing-masing pun tercuit… =)

dari situ aku terfikir, apakah punca sebenarnya muda-mudi sekarang makin hilang nilai ketimuran…

dan aku mendapat jawapan dari situasi yang berlaku…

bukan bertindak sebagai hakim…tapi realitinya sebagai seorang yang lebih tua dari aku, gunakanlah bahasa yang lebih sopan…

pengajaran, walau sekaya dan setua mana pun, tetap budi bahasa itu di julang tinggi…

renung-renungkan la ya…

07 July 2010

doa untuk pak tam

aku baru menjengah blog ni disebabkan ada entri baru yang tertera,,,sayu rasanya tatkala entri itu ku baca…kenapalah bertindak sezalim itu pada makhluk chumel yang sama sekali tak berdaya…serius…kalaulah membunuh itu dibolehkan, dah lama aku lakukan untuk mereka yang suka sangat membuat kezaliman terhadap haiwan…terutamanya kucing..bongoks nak mam***….


persetankan mereka yang sememangnya bangang..tak guna pun nak bercerita tentang si pelaku itu dalam entri aku ni..buat semak je!!!

sekadar ingin menitipkan doa untuk si chumel pak tam..

walau pun aku baru menjadi pembaca setia blog ini, tapi karektor pak tam mengingatkan aku pada kucing yang pernah kitaorang bela dulu tapi tak dapat hidup lama..serba-serbi sama..beza pada nama..kucing itu, kitaorang panggil kitam (hurm…tetiba teringat kat kitam..huhu)

moga-moga kesihatan pak tam cepat membaik..sian kat hero..takda teman seperjuangan…

Ceritera si Kucing Kudung...

entri ni dijumpai setelah diberitahu oleh adik aku sendiri..topik yang menjadi perbualan kami sekeluarga ketika aku sedang memandu…walau pun sekadar mendengar cerita darinya dah cukup meruntun hati dan jiwa…apatah lagi aku pernah membela beberapa ekor kucing…pastinya perasaan itu dengan mudahnya dapat di zahirkan…

sesampainya di rumah terus aku melayari blog yang diperkatakan….

usai membacanya, tiada apa yang dapat difikirkan oleh benak aku melainkan apa lah dosa si haiwan yang memang di ketahui tiada akal fikiran untuk berfikir…

kejamnya si pelaku sehinggakan aku rasa memang tiada sekelumit pun perasaan simpati serta impati dalam dirinya..lupakan soal warna kulit kerana pada aku kita tetap sama…manusia yang menumpang di bumi tua ini..

serasa aku dalam mana-mana agama pun amatlah di tuntut untuk membuat kebaikan sesama manusia dan juga haiwan…

untuk lebih mengetahui butiran terperinci, ada aku sisipkn ceritera benar dari tuan empunya blog

~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya.

Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu. Lepas itu, ada seorang budak lebih kurang umur peringkat awal sekolah menengah mencelah dan berkata dia ternampak ada seorang lelaki yang menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran dengan kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak sial, selalu curi makanan kat kedai dia. Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain.

Tanpa berlengah, saya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk dibawa pulang. Aku sempat balut dia dia dengan jaket motor aku untuk hentikan pendarahan, Malangnya, aku tak cukup wang untuk membawa HERO ke klinik. Pada saya, kalau dia nak mati, biarlah di rumah saya...saya tawakal jer ketika itu...saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahun 2005 handphone berkamera masih baru diperkenalkan dan harganya agak mahal. Aku pula baru sahaja 2 minggu bekerja dengan company baru ni. Aku tak mampu nak beli handphone berkamera. Aku hanya memakai hanphone NOKIA 3310 pada waktu itu. Ketika itu, aku masih bujang. Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan aku yang bakal menjelang 3 bulan lagi ( Ogos 2005 )

Lepas sebulan lebih merawat HERO, dia semakin pulih ( saya pun hairan ) dan dengan gaji pertama saya, saya gunakan untuk membeli handphone berkamera Sony Ericsson K700i. Cara saya merawat HERO saya tak nak ceritakan di sini sebab saya tak nak ingat lagi perkara tu. Tak tau berapa banyak air mata aku dah keluar. Jadi, klip yang anda lihat selama ni menunjukkan lukanya sudah hampir sembuh. Aku agak terkilan sebab tak dapat rakam lukanya pada peringkat awal. Aku cerita skitlaa keadaannya....Keadaannya macam ayam golek. Dia tak boleh baring ke kiri dan ke kanan. Kejap2 bergolek...kejap2 bergolek... Buang air besar dan kecil mengiring..nak letak dalam kotak salah, nak letak kat lantai pun salah...last2 aku letak atas tilam bujang...hu hu hu...tilam tu aku da buang da....

So, selepas HERO sembuh sepenuhnya, begitulah keadaannya seperti yang anda tonton dalam klip itu hingga sekarang. Sebenarnya, ceritanya panjang lagi dan aku tak nak ingat lagi kisah tu. Tak penting pun. Sedih lagi ade la..


Jadi, apa perasaan kita tatkala melihat haiwan kecil ini berubah sebegitu rupa???

sekadar pengajaran untuk kita semua, walau apa pun ia masih lagi perlu di hormati dan berlaku kejam bukan la jalan penyelesaian pada sesuatu perkara….
kagum aku dengan tuan empunya blog….masih ada lagi yang mengasihi…
untuk semua pembaca, janganlah di kikiskn perasaan belas ihsan tu…
tak rugi apa pun kalau berbuat baik sesama makhluk…

=((

kalau dalam entri yang lepas aku ada beritahu seakan ada petanda..
sekarang petanda tu dah pun menunjukkan kuasanya


sangat sedih sebab apa yang aku rencanakan terpaksa di tunda atau mungkin perkataan yang lebih sesuai,
DIBATALKAN!!!
huhu....
sedih tak sedih la kan...
disebabkan komitmen plan itu terpaksa aku ketepikan.
serius, lepas ni takkan ada lagi aktiviti-aktiviti seperti itu...
kali ni aku dah nekad...
malas nak saratkan otak pemikiran aku lagi dah...
huh!!!!

Jahat

 

Jahat by Stacy AF6

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang korus

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Jahat budak jahat
Dah terkena 
Terkena demam cinta


06 July 2010

masa untuk melontarkan suara..yiieeehaaa....

14 orang termasuk si kecil memenuhi ruangan Red Box yang berlokasi di Endah Parade..aktiviti yang aku namakan Kezenians Gathering berlangsung dengan jayanya…~winks~



ada beberapa lagi yang tak turut serta tapi takpa…insya allah program seumpama ni akan di adakan lagi…

sebenarnya program ni merupakan perintis untuk kitaorang sepupu sepapat merapatkan hubungan..al maklumlah, masing-masing dah dewasa, tentu ada agenda sendiri…ada yang dah beranak pinak…apa pun, tentunya objektif program ni untuk mengumpulkan generasi sepupu dan meneruskan tradisi yang dah pun di mulakan oleh ibu bapa kitaorang…

syok weh, bila kau ada sepupu yang boleh bertepuk tampar macam kawan-kawan…bebas bercerita apa je...termasuk yang sulit mahu pun terdedah..hehehe….

maka, hubungan ni lah yang cuba kita maintainkan dengan harapan ikatan persaudaraan tak renggang…

akan ada lagi beberapa program yang masih dalam perancangan dan harap-harapnya boleh direalisasikan…

saje gewdix nk letak gambar ni...tak cukup sorang la pulek...

05 July 2010

jalan-jalan cari makan...

bulan Ogos, ramadhan akan menjelang…selalunya ketika ni kitaorang akan pergi menempah baju…tentu ada yang mencebik apabila entri ini di baca, (pompuan ni, bulan puasa pun belum lagi dah nak tempah baju!!!) harap maklum ya, dah nama empat beradik…kesemuanya perempuan…kalau peruntukan untuk seorang adalah tiga pasang…jadi, totalnya akan menjadi 12 pasang…tu belum termasuk dengan bonda tercinta lagi..sebab itulah, wajib untuk menghantar tempahan seberapa segera….selesai mengukur baju, perut pula perlu diisi…

kali ni lokasi di pilih untuk seisi keluarga adalah shah alam..ingatkan nak makan kat Pak Li Kopitiam seksyen 7 (untuk info restoran ni antara pilihan utama kitaorang kalau menyinggah ke shah alam), saat-saat akhir rencana di tukar…restoran berteraskan makanan indonesia pula di cuba…


hurm…komen aku, boleh la…tak la sesedap mana…rasanya biasa je…tapi aku suka dengan dekorasi kedai…santai…sebenarnya, lebih pada aktiviti berkumpul jer…selalunya, mesti ada yang kurang…so, hari ni al-hamdulillah, semuanya dapat turut serta…

my siblings

lil sista with our mum...

02 July 2010

=(

ada petanda seolah-olah menunjukkan reunion plan yang aku dan gang rencana akan di tunda…sekali lagi!!!!
adoyai, aku pun tak pasti kenapa susah sangat untuk di realisasikan…
aku dah dapat agak bila sambutan yang di terima sedikit mendukacitakan…

Haih…

tapi, berbekalkan semangat tun teja ni (tiba-tiba), aku akan pastikan program mengikut apa yang telah dirancangkan…
tak kisah la berapa orang pun bilangannya….

Hurmm...

01 July 2010

happy birthday darling....

dalam hidup aku, ramai orang yang sentiasa berada di sekeliling… tak kisah la status apa pun yang dipegang mereka…keluarga, sepupu sepapat, teman tapi mesra, kawan, sahabat sejati hatta musuh pun aku tetap menghargai kehadiran mereka..yalah, what you aspect??? tak semua sukakan kita dan sukar sebenarnya memuaskan hati orang lain…

taknak cerita pasal musuh sebab tak best pun untuk di kongsikan…bukan juga nak cerita pasal kawan-kawan sebab aku ada senarai nama yang meriah…kena jimat ruang walau pun ni laman aku…hehe…

1 julai kebiasaannya menjadi tarikh penting untuk aku raikan..walau pun, jarang jumpa sekurang-kurangnya panggilan telefon di buat…atau paling cikai pun SMS di utus sebagai pengganti diri…masing-masing ada komitmen tapi itu bukan sebagai alasan untuk tidak bertanya khabar..aku pantang betul kalau banyak alasan di cipta dek kesibukan sampai terlepas pandang..hallo, kau ingat kau tu PA Najib ke!!!

tapi, kadang-kadang aku pun macam tu juga..wakaka…malas nak melayan pe’el sesetengah dari mereka..bosan aku nak mendengar drama ria memanjang…tu yang aku memilih untuk mendiamkan diri atau menjauhkan diri…(cukup dengan luahan perasaan, bukan itu motif aku pun…ahaks)

berbalik pada tarikh tadi yakni hari ini…adalah merupakan tarikh penting untuk salah seorang BFF aku…

sungguh, dia antara insan yang penting dalam hidup aku..keserasian kitaorang memang takda tolok bandingnya…bebas untuk bercerita apa jua jenis tajuk…dan paling penting, kitaorang sentiasa ada untuk satu sama lain..dan pastinya setiap permasalahan di kongsi…dia antara yang aku sifatkan sebagai pendengar yang baik..

oleh itu, entri ni aku dedikasikan khas untuk dia…


happy birthday to Azlin Shahrina….
thnx for everything….
wishing u all da best in life…
hadapi setiap dugaan dengan hati yang sabar dan senyum kerana di sebalik dugaan itu pasti terselit hikmahnya….
aku sayang sangat-sangat kat kau.. =)

jula juli bulan julai....

hallo para pembaca yang dikasihi sekalian... (ada ke yang baca blog aku ni?? teetttt...!!!!)

hampir seminggu aku tak mengemaskini entri baru..
ya, seperti yang dihebahkan di dalam entri sebelum ni,
aku telah memperolehi kecintaan baru...
kecintaan untuk berkicau...
adeh, ianya dah mula membuatkan aku mengalami ketagihan yang pada aku agak maksima...
cuma aku berkomunikasi dengan mereka yang sama sekali tidak ku kenali atau mungkin aku mengenali mereka tapi sayangnya mereka pula tidak mengenali ku langsung..huhu...
al maklumlah, sekarang ni aku cuba untuk meracuni teman seperjuangan untuk turut serta malangnya minda mereka masih belum terbuka sepenuhnya...
sedddihhh!!!! (tonasi, sila ikut dalam cerita K.I.T.A)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...