27 August 2010

perihal kad raya

ada beberapa perkara aku bersikap konservatif..pada aku tradisi itu patut dikekalkan walau secanggih mana pun teknologi..memang aku tak nafikan ramai yang meminggirkan budaya mengirim kad raya…tapi, aku masih lagi memegang teguh amalan itu…ketinggalan zaman??? sikit pun aku tak kisah…serasa ketibaan syawal kurang meriah kalau kad raya tak di kirimkan sebagai pengganti diri..


ya, memang adanya laman sosial yang lebih cepat dan percuma untuk menyebarkan ucapan syawal tapi perasaannya pada aku sama sekali berbeza…dan aku juga turut menggunakan medium itu sebagai perantaraan tapi masih lagi mengutamakan layangan kad raya pada sahabat terdekat…teknologi turut di guna pakai tanpa aku perlu menyisihkan kad raya…

seronok bila kita tertanya-tanya siapakah gerangan si pengirim…tak sabar membaca bait-bait yang tersemat di dalam kad itu….=)

walau pun tahun demi tahun bilangan kad raya yang aku terima semakin menyusut tapi aku tak kisah..bukan boleh paksa orang kirim kat kita kan..dan aku pun tak pernah harapkan balasan atas kad raya yang aku alamatkan kepada mereka…

26 August 2010

gigih membanting tulang

kesibukan mencari duit raya dan ketandusan idea membuatkan blog aku agak terbengkalai….bila dah penat, sukar untuk aku melahirkan idea…daripada tulis merapu baik aku biarkan kosong…jadi sempena 16 hari kita telah berpuasa, adalah sedikit bingkisan untuk korang….tu pun kalau ada yang baca..huhuhu…al maklumlah, blog ni kan bersifat peribadi.. =)

16 hari di bulan ramadhan aku sempat berbuka di rumah pada hujung minggu atau cuti umum..yang lain semuanya bersama dengan incik klasik dan juga cik pereka…jadi takda yang menarik sangat mengenai aktiviti berbuka puasa…dan paling mengharukan bila satu hari pun aku belum berkesempatan untuk berbuka puasa bersama BFF…terlalu sibuk dan aku tak sampai hati nak biarkan mak aku berbuka puasa seorang diri…lagi pun, tentu BFF aku punya agenda masing-masing…tu yang sukar untuk kitaorang memadankan masa…takpa..aku akan pastikan syawal nanti kami akan bersua muka… =)

bukan saja blog terbengkalai, tapi laman sosial yang lain pun turut menerima impaknya..aku sempat update status guna handphone jer..tu pun tak selalu bila si Celcom buat hal..walau pun sekarang ni dah ok sikit sebab ada lagi problem rasanya dan aku sangat malas untuk menelefon mereka bagi menyampaikan aduan..I letih you all…tak kuasa nak bercakap dah…lantak la..

Insya allah, beberapa hari sebelum syawal jadual aku kembali ke asal..yalah, aktiviti membanting tulang dah di tamatkan…lepas ni boleh la fokus untuk program lain…

misi ayam golek belum terlaksana lagi ni…~ahaks

20 August 2010

nasi kerabu yang sangat enak...~winks~

aku dapat jumpa makanan ni masa bulan puasa je….terima kasih la kat makcik tu sebab masih jual lagi…~sigh~
beratur siut untuk dapatkan ni....

19 August 2010

keindahan ramadhan...

ada beberapa perkara yang buat aku teruja untuk menyambut ramadhan…selain daripada suasananya yang lain dari biasa..yalah, masa ni lah korang dapat tengok kewujudan bazaar di merata tempat….masa ni juga, akan keluarlah segala jenis juadah yang amat sukar di dapati di waktu biasa..terutamya kuih tradisi…memang payah nak dapat…cuma kalau boleh pesanan khidmat masyarakat dari aku kepada para peniaga, berniagalah dengan cara yang betul..jangan fikirkan kaut untung semata…sangat sakit hati bila saat hendak berbuka, juadah yang di beli tak boleh di makan!!!! sentap okeh…

ada beberapa bazaar yang menjadi pujaan aku setiap kali tibanya ramadhan iaitu, bazaar Sunway dan juga bazaar Stadium Shah Alam…harap-harap tahun ni aku dapat pergi..sebab tahun lepas jarang sangat kot..masa tak mengizinkan…seddih!!

yang kedua, tentunya solat tarawikh…masa ni terasa sayu sangat…perasaan tu sememangnya berbeza..teringat waktu kanak-kanak ribena..aku dan geng bukan buat penuh pun…lepas lapan rakaat masing-masing cabut….dok main bunga api dan mercun…ntah apa-apa ntah…zaman tak berakal lagi kan…hehe…tahun ni, insya allah cuba untuk buat sehabis baik..tolak tepi cuti umum ya kawan-kawan…

yang ketiga, suasana semasa sahur…serius, aku suka sangat…mengadap alam ciptaan tuhan yang terbentang luas selepas aku habis sahur, sangat mengasyikkan…perasaan tu sangat tenang… =)

aku sedikit pelik orangnya…ada beberapa juadah yang aku rasa sangat feel bila di nikmati ketika bulan ramadhan..antaranya, air tebu…walau pun aku pantang dengan air ni (ni pantang betul-betul tau, bukan pantang jumpa) tapi kadang-kadang langgar juga..yalah, sangat indah bila minum air tebu masa berbuka..perghhh, suasana ramadhan yang sungguh terasa…begitu juga dengan ayam percik..jarang aku beli di bulan biasa kalau menyinggah ke pasar malam..tapi. kalau bulan puasa, pasti aku beli…alasan??? masih lagi bersangkut paut dengan feel ramadhan…pelik tapi benar dan itulah aku…

inilah antara beberapa musabab yang menambahkan keindahan ramadhan mengikut kaca mata aku…ngeh...ngeh...ngeh...

berbelah bagi...

ketibaan sampul coklat membuatkan aku penasaran...
dengan rakus, sampul itu ku koyak untuk melihat isi kandungannya...
selesai membacanya, aku terkesima...
aduh, di saat aku mulai meletakkan titik noktah undangan ini ku terima...
sungguh..aku sangat terkejut..
perasaan????
50-50....
sangat gembira dan dalam waktu yang sama, adakah betul tindakan yang di ambil???
memang ni apa yang aku impikan...
tapi, keterbatasan waktu membuatkan aku gusar...
gusar kalau-kalau tanggungjawab ni tak mampu ku lunaskan....
apa pun, selaku insan yang berfikiran positif, cabaran ni ku sahut...
namun, keputusan akhir masih belum ku tentukan....
rasanya masih memerlukan petunjuk sebelum aku meletakkan titik noktah itu sepenuhnya...
harap Dia dapat berikan aku petunjuk...

17 August 2010

Kuih Raya oh Kuih Raya...

gedik tak tulis entri perihal kuih raya walau pun ramadhan baru memasuki hari ketujuh???

hehehe, bukan apa..cuma nak berkongsi ceritera…memang sebelum-sebelum ni family aku ada la buat jualan sikit-sikit..nak tambah pendapatan untuk digunakan dalam perbelanjaan raya…kalau sebelum-sebelum ni aku tak seberapa nak serius untuk aktiviti ni maklumlah, penat mengadap lambakan kerja pejabat menyebabkan aku sedikit malas…tapi untuk tahun ni aku rasa nak mula bergiat serius…selain dari mencari tambahan wang untuk raya, tajuk besar aku adalah untuk menambahkan lagi dana untuk program yang akan berlangsung bulan Oktober dan Disember nanti..haih, taknak la pergi dengan tangan kosong kan..apatah lagi, aku ada agenda tertentu untuk ke sana..jadi, lebih baik sediakan payung sebelum hujan…

berbalik pada ceritera kuih raya tadi, kebiasaannya ada beberapa jenis yang popular di kalangan pelangan tetap kitaorang…walau pun, kunun-kununnya taknak terima tempahan tapi bila sampai bab rayu merayu ni, kesian la puloks….tu yang akhirnya, kuih raya tetap juga di buat tapi dalam kuantiti yang kurang..tak ambil tempahan banyak-banyak..karang, terawih ke mana, semua benda tak jadi kalau dah mengadap oven tu…

tahun ni juga mungkin akan di pasarkan menerusi online…memandangkan internet dah di pasang kat rumah ni kan, jadi, adalah lebih baik teknologi itu di gunakan dengan bijak…tapi masih lagi ku catu pengeluarannya..takut tak terbuat karang..tak pasal-pasal aku tak beraya..

actually, aku ada beberapa projek dalam kepala ni cuma modal yang membantutkannya…insya allah, kalau tiada aral melintang, projek tersebut akan dijalankan..korang, doa-doakan lah untuk aku ya…

berikut adalah beberapa jenis kuih yang akan di jual :-


16 August 2010

Incik Gagak dan Cik Mawar

Ini kisah dongeng. Kisah cinta antara dua darjat. kisah dimana hati dan perasaan tidak dapat menipu, walau mungkin disedari ia tidak akan menjadi kenyataan, atau mungkin saja perlu ada pengorbanan yang harus dilakukan....

Tersebutlah kisah, kononnya... ada seekor gagak yang sangat mencintai sekuntum mawar putih. Pada suatu hari, setelah sekian lama memendam, gagak melahirkan rasa kasih dan sayang nya pada mawar putih itu..bermulalah dialog antara mereka.

Gagak : Sudi tak Cik Mawar terima saya menjadi pasangan??

Mawar : I'm sorry... Cermin lah diri kau sikit..

Gagak : Saya betul2 sayangkan Cik Mawar.. Saya akan jaga Cik Mawar.

Mawar : Kau sedar tak yang kau tak layak langsung dengan aku...

Gagak : Tapi saya ikhlas...

Mawar : Dah la hitam, kurus... Boleh ke kau nak jaga dan sayang aku..

Gagak : Tolong lah terima saya...

Mawar : Baiklah, aku akan terima kau dengan satu syarat...

Gagak : Baiklah, apa syaratnya...

Mawar : Aku akan terima kalau kau dapat ubah warnaku "kecantikanku"...

Gagak pun rasa sangat sedih dan kecewa... Tapi masih belum berputus asa...

Keesokan harinya gagak bertemu mawar lagi... Gagak terbang di atas mawar putih itu, lalu gagak menghiris2 kulitnya dengan pisau... Mengalir lah darah gagak di atas mawar putih itu... Mawar putih berubah menjadi merah.. Mawar putih sangat terkejut dengan pengorbanan sang gagak. Tetapi malangnya sang gagak sudah tiada lagi di dunia ini... Mawar menangis dan menangis kerana baru tersedar tentang kesungguhan gagak, malangnya ia telah hilang pasangan yang betul2 menyayangi nya dan barulah dia sedar dirinya yang cantik takkan kekal cantik,sampai satu saat dia sendiri akan layu.

Moral : begitulah hidup, kita sering memburu dan menanti kesempurnaan, lalu ada waktunya kita terlepas pandang akan keistimewaan yang ada pada mereka yang kita anggap kurang..


maka itu, terimalah pasangan kita seadanya, belajar menghargai dan melihat sisi unik perbezaan antara kita dan dia. Usah berusaha merubah pasangan menjadi seperti apa yang kita mahu, kerana itu bukan cinta. itu sekadar bayangan diri sendiri yang dibias oleh pasangan. bersyukur kerna kita diberi peluang oleh Allah untuk merasa dan menikmati cinta.

Ada orang yang dalam hidupnya tidak pernah merasakan betapa indahnya hidup dalam cinta yang diredhai Ilahi, bilamana dalam hatinya penuh resah dan gelisah, penuh rasa tidak puas dan terlalu ingin sebagaimana kemahuan sendiri.


Baginya, pasangan yang ada itu, tidak memuaskan hati,. malah tidak mahu menerima apa yang telah dianugerahkan Allah swt untuknya.

Belajarlah memberi .. dari sekadar ingin menerima..


hargai dan sayangi apa yang kita ada.


bukan mengejar apa yang bukan kita punya....

renung-renungkan lah ye...

15 August 2010

Celcom oh Celcom!!!!

hampir empat hari rangkaian talian ni buat hal..
adeh, berangin aku di buatnya...
dah tiga kali aduan di buat, tapi harammmm....
takda tindakan pun di ambil!!!!
geram???
dah pasti la..
sakit hati???
sudah semestinya....
memandangkan aku tak boleh menggunakan internet di pejabat, makanya perkhidmatan facebook melalui Celcom amatlah aku alu-alukan...
sebab tulah tanpa ragu-ragu aku menukar talian sedia ada kepada Celcom...
malangnya, baru beberapa hari menggunakan perkhidmatan mereka, ni pula yang jadi...
adoyai, semak otak aku...
nampaknya, tahap kesabaran aku sudah memuncak...
erm, esok harus aku hubungi talian perkhidmatan pelanggan untuk membuat aduan kali ke empat...
kalau masih lagi tak ok, harus juga la mereka menerima makian dari aku...
dah penat bersabar tapi perkhidmatannya,
NAN ADO!!!!

4 hari di bulan ramadhan....

kelainan dalam bulan ramadhan kali ni menyaksikan ketiga-tiga hari yg lalu aku berbuka bersama incik klasik…meski pun perjalanan dari puchong-> usj -> puchong hanya memakan masa lebih kurang 10 minit tapi dalam bulan ramadhan jarak tersebut bertambah..dalam tiga hari ni, anggaran kasar perjalanan adalah 1 jam setengah!!! wah, kenaikan yang mendadak sejajar dengan tahap kenaikan migrain gue… =(
penat sangat nak melayan kesesakan…bertambah sakit hati bila adanya bazaar di buka di tepi jalan besar…lagi lah menjadikan jalan yang sesak bertambah sesak…memang menguji kesabaran aku di bulan al Mubarak ni… =I
kepenatan meredah kesesakan belum dilampiaskan sepenuhnya, aku dah mula mengadap upacara pembuatan sample kuih raya…kesian pula tengok bonda tercinta keseorangan…tahun ni aku dah putuskan untuk hadkan pengeluaran…bukan apa, takut tak cukup masa untuk siapkan tempahan…semua sample tu pun masih lagi belum di agih-agihkan…masih berkira-kira dengan senarainya…
apa pun, masih lagi mampu tersenyum di bulan ramadhan..apatah lagi, bulan ni amat dinanti-nantikan…. =) ada beberapa perkara yang membuatkan aku rindu..aku cerita kat entri lain la..kepenatan tahap maksima ni…

11 August 2010

Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak

Syaaban berlalu ramadhan berganti
bulan mulia di nanti semua
keberkatan ramadhan sama di cari
semoga kita perolehi zat-Nya

selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua...
jangan ponteng puasa okeh...

09 August 2010

Cukup Indah...



Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita

Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah..

(Korus)
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai

Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku

Tiada pengganti yang mampuku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

(Ulang Korus) (3x)

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai

credit here

08 August 2010

letak jawatan

penat bila jadi kaunselor tak bertauliah dan sama sekali tak berbayar..lagi penat bila nasihat itu tak di guna pakai langsung lepas si peminta nasihat tu setuju dengan idea kita...kan dah berlakunya pembaziran…SEDDIHHH!!!

pelik sangat bila kau dah ade keputusan sendiri tapi dok gedik-gedik nak dengar pendapat orang lain…lepas tu bila kita ni konon-kononnya prihatin bagi la nasihat sebakul dua kat dia…siap dengan cara penyelesaian lagi…yalah, selalunya orang yang teringin nak dengar pendapat orang lain akan keluar dengan kenyataan seperti berikut :-

“kalau korang jadi aku, apa yang korang buat???”

sungguh sopan kata-kata itu dilemparkan…disebabkan itu, kita pun bagi la pendapat atau mungkin juga cara penyelesaian permasalahan dia tu sekali..

adalah perkara biasa bila idea kita di tolak…tak semua sependapat dan sekepala kan…

tapi ada kalanya, kau tak payah minta pendapat orang lain pun dah boleh cari jalan penyelesaian sendiri…setiap permasalahan ada jalan keluarnya…tinggal lagi kau nak buat atau terus kekal dalam zon konflik itu…

babak menyakitkan hati bermula bila kau dengan selamba tenuk akan berkata walau pun tak secara direct bahawasanya menolak bulat-bulat idea kita tadi…paling buat aku rasa nak pagi penyepak bila ayat keramat terpacul keluar iaitu,

“korang tak rasa apa yang aku rasa.!”

atau...

“korang takda kat tempat aku!”

hallo, dah kau minta pendapat itulah yang kau perolehi pun…sengal betul!!!

lepas ni kalau kau masih lagi gedik nak minta pendapat aku, jangan harap aku nak perah minda bagi idea yang bernas..kau buat la sendiri..guna minda kau untuk fikirkan…

mesin hampagas betul!!

07 August 2010

someone birthday...

seperti tahun lepas, tarikh ni cukup aku nantikan...
sukar sebenarnya memadamkan kenangan itu..
walau pun persahabatan tidak serapat 7-8 tahun yang lepas, tapi masih lagi mencari kesempatan untuk bertanya khabar...
tak banyak yang ingin di coretkan dalam entri ni untuk beliau...
sekadar menitipkan doa moga kehidupannya sentiasa berada di dalam lindungan Allah dan keberkatan-Nya....

kecintaan aku pada mereka

ni adalah dua bahan bacaan yang wajib aku beli setiap bulan…walau pun dari genre yang sama sekali berbeza, tapi infonya sangat berguna dan membantu aku…walau pun secara tak langsung tapi aku ada sumber untuk di rujuk dan pastinya aku tak ketinggalan dalam arus fesyenista…hihi…

meski pun bertudung bukan alasan untuk tidak bergaya…aku tak la se stylo heliza atau rini dalam berbusana tapi ada juga mengenakan aksesori untuk menambahkan seri dalam bergaya…

kebiasaannya, untuk aliran fesyen bertudung aku suka merujuk pada dara.com…

gambar ihsan fb dara.com
 
majalah comel ni dah setia menjadi teman aku sejak 2007 lagi…beli pun secara tak sengaja..terus aku terpikat dengan isi kandungannya dan sekarang, majalah ni menjadi koleksi wajib untuk aku…

seterusnya aku menambahkan lagi kecintaan dengan menjadikan Cosmopolitan edisi Bahasa,

 gambar ihsan blog cosmo

satu lagi sumber rujukan dalam mengenakan aksesori…kalau nak dapatkan sebijik dalam majalah tu, memang tak la kan…fulus aku tak mengizinkan untuk memilikinya…jadi, aku akan mencari alternatif...

membeli dengan rekaan yang lebih kurang sama tapi dengan harga yang lebih berpatutan…sistem mix and match juga aku gunapakai….

serius, banyak info dalam majalah ni dan yang penting kena pandai sesuaikan dengan keadaan…

so, korang ada ke apa-apa sumber bacaan yang ingin dikongsikan di sini???

tak salah berkongsi ilmu… =)

06 August 2010

cakap pandai la, buat tengok!!!

adoi, sangat letih bila berdepan dengan golongan mereka yang kalau tiba bab bercakap, bukan main lagi..kalah wakil rakyat ni…segalanya serba boleh…bagi la apa cadangan pun, sure ayat yang akan keluar dari mulut mereka yang sengal ni,

"boleh, takda hal la!!!"

memang indah kalau bercakap sebelum proses perlaksanaan..bila proses itu tiba, pergh..masing-masing hilang…akhirnya, aku yang jadi terpinga-pinga…stail bukan main..ye ye jer..rupanya, hampeh..

tapi, silap besar la kan…memang kalau ikut perkiraan, aku hanya berurusan dengan mereka yang terpilih saja…tapi mungkin dorang lupa kot..aku pun ada juga agenda sendiri…nampak macam aku terhegeh-hegeh dalam melaksanakan rencana tapi harus di ingat, ni juga la senjata aku untuk menggugurkan mereka…

kita tengok apa permainannya…

memang sekarang ni alat muzik di tangan mereka, dan aku mengikut alunannya…
tak lama lagi, mereka yang akan memukul paluan mengikut rentak aku…

05 August 2010

setahun sudah

meraikan setahun dia bersama dengan aku…
sekejap je dah setahun... =)
my kecintaan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


04 August 2010

Kellogg's Special K

dah beberapa kali aku dengar promo mengenai produk ni di radio…hari tu masa dok berjalan-jalan ke giant, ternampak pula ianya terpamer di rak tersedia…fikir punya fikir, aku terasa ingin mencuba…bukannya apa, bosan pula kalau setiap kali sarapan mengadap menu yang sama…tekak mula la mengada-ngada nak demand yang lain..kebetulan, aku tengah merancang untuk mengurangkan kekembangan badan, jadi sesuai sangat la kan….

tanpa berfikir panjang, aku terus mencubanya…


















memperkenalkan, teman baru sarapan aku…

hasilnya, aku tak boleh la inform sekarang kan…tu kena tunggu dua minggu…ada perubahan atau tidak, sabar la menanti…

apa yang aku boleh ceritakan, rasanya sedap…hahahah..serasi dengan selera aku…
tapi, perkara yang maha penting, adakah aku akan terus mendisiplinkan diri???
tu la cabaran terbesar sebenarnya untuk aku…nak pula bila ada godaan-godaan dari pihak luar..tu yang kadang-kadang iman den boleh tergugat…adehh…
apa pun, ianya satu permulaan…harap-harap segalanya berjalan lancar…
tunggu lagi dua minggu untuk aku update statusnya….

nak kongsi satu info yang menarik…
apabila korang membeli pek ni sekarang, akan dapat satu DVD untuk anda berjimba-jimba…
tak faham????
ada DVD untuk membantu anda bersenam sambil berdansa..
seronok bukan???

03 August 2010

Julai bertukar Ogos

ada beberapa perkara dalam bulan ni yang membuatkan aku teruja…rasanya korang pun dapat agak, apa dia kan…


pandai, tentunya ketibaan ramadhan al mubarak…nanti aku cerita apa yang menjadi kecintaan aku ketika bulan ramadhan…indah seh….

untuk bulan ni ada beberapa tarikh penting yang perlu aku ingat iaitu tarikh lahir insan tersayang…konsep sama ada dorang sayang atau ngak sama aku, usah di pikirin ya… (aiseh, terbawak pula emosi ku t’lah jatuh cinta…owh, radit)

yang penting tarikh tersebut aku akan ingat melainkan aku hilang ingatan…hehehe….rasanya tahun lepas aku ada coretkan entri khas untuk beliau…adakah di baca atau tidak??? ada aku kisah…hahaha…

tak la…sebenarnya blog aku ni bersifat peribadi untuk orang terdekat…boleh tak buat statement macam tu??? tak semua tahu kewujudan blog aku ni melainkan mereka yang super-duper rapat dengan aku…sebab tu aku tak terkejar untuk mempunyai follower yang meriah…kalau ada pun, rata-ratanya mereka yang menjadi sahabat aku di alam maya…contohnya blogger ini…

berbalik pada tarikh penting di bulan ogos tadi, selain bulan ramadhan, hari lahir teman tercinta, kita juga akan meraikan hari kemerdekaan..haa, sebab tu la aku sedikit teruja dengan ketibaan bulan ogos…

apa pun, aku harap bulan ogos akan menjanjikan perkara terindah untuk aku… =)

hurm, masih memikirkan agenda meraikan birthday cik pereka…any ideas????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...