30 September 2010

bila anda perlu letak percaya...

"I know, I should put a trust on you…."

lebih kurang gitulah status aku kat twitter hari ni…bukan senang nak letak kepercayaan pada orang lain dan bukan juga mudah untuk kita menerima kepercayaan setelah di sabotaj dengan slumber…tapi kali ni aku taknak cerita pada sabotaj..macam tak seberapa best pula kalau entri ni berbaur negatif…sesekali kena serap aura positif sikit kan…heheh...

definisi kepercayaan pada aku, ianya sangat mudah di beri tapi susah nak menjaganya sebab sekali kita dan terkena memang payah nak dapat prarasa yang asli…dalam apa saja situasi konteks kepercayaan memainkan peranan penting…betul tak??? (mungkin ada yang akan menganggukkan kepala)…

kita kena percaya pada diri sendiri dan juga pada orang lain..walau pun bukan dalam skala yang besar, tapi itu lebih baik daripada takda langsung…. =)

dalam kehidupan, aku dah terbiasa melakukan segala-galanya dengan sendiri…jadi apabila berlakunya penyerahan rutin, pelbagai persepsi berlegar dalam fikiran…sejauh mana kemampuan menerima rutin tersebut dan tahap keupayaan menterjemahkannya…aku mengaku peratusan negatif tu terlalu jauh meninggalkan si positif…sebab tu lah dengan mudahnya aku meletakkan simbol gagal walau pun baru di peringkat permulaan…hurm...

cuba mencari di mana silapnya…adakah kurangnya persediaan atau mungkin sikap aku yang agak keterlaluan menyebabkan sesi serahan tu menjadi dingin…walhal, sepatutnya aku lebih memahami sitausi yang satu ketika dulu aku sendiri pernah lalui…kejam pula aku rasa… (mengeluh)

selepas berkongsi dengan beberapa teman aku dapat membuat kesimpulan….sifat berdikari yang terlalu tebal harus di kurangkan sedikit..tiba masa untuk aku melakukan perkongsian…buka peluang…

dan itulah yang aku akan lakukan bermula di saat ini…

28 September 2010

Entri yang masih bersentimenkan ketupat rendang...

“oit, bila ko nak buat open house ni? Nak beraya ke rumah ler..”

dialog wajib warga kota..aku pelik…ada rumah terbuka baru nak datang ke apa???!! tak semestinya kan…kalau betul-betul nak ziarah, tak perlu la sampai tunggu tuan rumah adakan rumah terbuka…bila-bila masa pun boleh datang kan…bila ku utarakan soalan, kata mereka:-

“masa nilah boleh makan sedap-sedap…meehun pun takpa..bosan la asyik mengadap kuih raya jer…”

amboi, demand pula yer…bila di fikirkan balik, konsep rumah terbuka ni menyenangkan juga..yalah, tuan rumah boleh jemput semua sekali serentak…jadi, penat pun sekali jer…tak payah nak berulang kali layan tetamu kan…tapi, kalau takda rumah terbuka, mereka ni tak datang ziarah ker????
kuang…kuang…kuang…

“kalau nak datang rumah, call dulu tau!! Takut takda orang kat rumah”

dialog di atas pula merupakan dialog rasmi warga desa….jangan tak tahu, kena telefon dulu sebelum nak datang..karang kedatangan korang di sambut dengan mangga besar yang tersemat di pintu pagar…sia-sia je kan…mereka pun nak beraya sakan macam kita..tapi bagus juga kalau macam tu…sekurang-kurangnya boleh mereka buat persiapan…al-maklumlah, orang jauh nak datang ziarah kan…

walau apa pun dialognya, pada pemerhatian aku, dek kesibukan masing-masing, syawal la masa yang akan dimanfaatkan oleh semua makhluk tuhan untuk saling menziarahi dan bertanya khabar….harap-harap budaya ni akan tetap berteruskan… =)

ada sesiapa nak layangkan undangan rumah terbuka tak????!!

minggu pertama...

agak sendu sikit..sampai sekarang aku masih lagi terfikir betul atau tidak keputusan yang di buat…masih lagi diri berada di awang-awangan…mujur rakan sekelas bersikap mesra alam jadi tak la terasa asing sangat…pola usia pula ku kira setara..ada yang lebih muda (masa ni aku terasa lambatnya keputusan dibuat) dan tak kurang juga ada yang jauh berusia…meninggalkan suami / isteri dan anak-anak demi menuntut ilmu…sungguh aku cemburu..bukan dengan status mereka ya tapi dengan kesanggupan pasangan dan juga si anak memberi sokongan di kala mereka mengutarakan impian…indah kan kalau ada yang memahami…rasanya kalau aku berada di situasi sebaliknya di ketika ini, mungkin harapan hanya tinggal harapan..okeh, taknak cakap pasal kenangan lalu…tolong pergi jauh dalam hidup ini…

berpeluang menjadi sebahagian dari ahli IPTA ni juga membolehkan aku membuat perbandingan…maklumlah, pernah belajar di IPTS kan tentu ada baik dan buruknya…aku taknak buat senarai baik dan buruk antara IPTA dengan IPTS…agak kurang manis dan kalau boleh aku taknak menjadi seperti kacang lupakan kulit dan bersifat lupa daratan…seburuk-buruk IPTS tu pun, dekat sanalah aku berpeluang mencipta kenangan buruk dan baik..seperti bait-bait dalam lirik lagu Memori Tercipta nyanyian Shila Hamzah OIAM, 

“yang terpahit jua termanis semuanya bagiku terindah ku ingati buat selama-lamanya”…

~kenangan lalu mula menjengah…rindu dengan semua mereka walau pun kita dah tak semesra dulu..huhu…~ 

apa pun, baik IPTA atau IPTS masing-masing ada pro dan kontra kan…makanya bersyukur la dengan apa yang di lalui…

masih lagi dengan proses membiasakan diri…segalanya perlu di rencana kembali…jadual juga melalui satu rombakan..yalah, kalau dulu hujung minggu adalah syurga dan hari kebebasan tapi la ni kena set balik jadual…kuliah menjadi keutamaan dan aktiviti berjimba masih boleh dilakukan juga..aku bukan anti sosial orangnya dan belajar bukan alasan untuk aku melupakan aktiviti ni…tidak sama sekali…hehehe...

minggu pertama, cabaran yang terpaksa aku hadapi adalah penggunaan bahasa….bayangkan bagaimana untuk aku mengadaptasi situasi ni..kalau dulu penggunaan bahasa inggeris amat dialu-alukan…kali ni aku kembali dengan bahasa ibunda…sememangnya satu kejutan budaya untuk aku yang terbiasa dengan terma dalam bahasa inggeris…harap-harap situasi ini dapat ku tangani…

paling yang aku suka bila bilangan kawan baru bertambah…rasanya bosan juga kalau mengadap muka yang sama je kan… =) tapi jangan rasa..aku takkan lupakan kawan lama kalau bukan mereka yang lupakan aku…ngeh..ngeh…ngeh….

segalanya aku fikir secara positif...panjang lagi perjalanannya...harap-harap segalanya dipermudahkan... =)

27 September 2010

Dunia Baru Bermula....

yeayyy, setelah lima tahun meninggalkan dunia ilmiah, akhirnya aku kembali juga ke alam itu..rindu sangat dengan suasana pembelajaran, kuliah sana sini, dateline assignment dan lain-lain….huhu…

permohonan aku untuk meninggikan taraf akademik di terima..tu pun setelah aku berhenti berharap…bukan apa, dah beberapa kali aku memohon tapi jawapannya sangat mendukacitakan….cuba untuk berfikir positif, mungkin takat itu je tahap aku…tapi, di saat-saat hampir ku letakkan titik noktah, berita gumbira ku perolehi…

bukan mudah juga untuk aku membuat keputusan…apabila berdepan dengan kesukaran, hampir-hampir juga membuatkan aku berfikir berkali-kali…tapi, Allah mempermudahkan segala urusan…tinggal lagi untuk aku menghadapinya..

minggu lepas aku dah pun membuat pendaftaran…suasana yang sangat asing dan memang tak ku ketahui langsung…segalanya serba baru…dari sistem sehinggalah ke individu…semuanya berlainan..masih lagi cuba untuk membiasakan diri…

bermula dari hari ni, satu lagi jawatan baru ku sandang,

siswi separuh masa di salah sebuah IPTA… =)

tolong, aku mengharapkan doa dari anda dan juga orang sekeliling, moga-moga aku dapat melaluinya dengan penuh dedikasi…ceewaahhhh….

24 September 2010

.....

mood : bercampur baur... =/

23 September 2010

Syawal Edisi 4

Lokasi : Puncak Jalil

berlangsungnya BBQ Syawal yang khusus di adakan bagi merai kepulangan makcik…ni secara official la orang kata..melibatkan semua saudara mara, sepupu sepapat dan juga mereka yang terpilih…muahaha…

 nilah mereka yang di raikan...


penat kitaorang merealisasikan semua agenda..mana nak beli barang dan penyediaan menu lagi…pertama kali, banyak perkara yang menjadi pengajaran…tapi takpa, mungkin acara seterusnya, boleh jadi lebih baik…sekurang-kurangnya dah tahu mana yang patut dan tak seberapa patut di lakukan…

menu utama pada malam itu....segalanya serba bakar...
nasi goreng tuna..rasa cam dah jadi menu wajib pula..
macaroni cheese baked..special make from my aunty (yang diraikan itu)
rojak buah
mereka yang gigih membakar...cayalah...

sempat lagi kitaorang mencuri masa mengadakan sesi pertemuan dengan suku sakat sepupu sepapat..bukan apa, perancangan untuk menjadikan aktiviti ni sebagai acara tahunan...perlunya mewujudkan komuniti bagi melancarkan program...

so, meeting time!!!!!

sempat lagi pose..sian pengerusi dok membebel....
hah, ni bahagian serius..semua tengah pasang telinga...

kami yang gigih bekerja..muahaha....
ucapan penutup dari yang diraikan...my diva aunty...
Al-hamdulillah, misi kami tercapai di mana dapat mengumpulkan ketujuh-tujuh adik beradik bonda tercinta…aku dan ahli komuniti terharu sangat..bangga pun ada…bukan senang nak kumpulkan mereka…nampak mudah tapi sukar sebenarnya…

ni juga salah satu peluang kitaorang untuk membahagiakan ibu bapa masing-masing..lepas ni makcik aku akan pulang ke Sarawak dan entah bila dapat berkumpul macam ni lagi…jadi, gunakanlah peluang dengan sebijaknya… =)

last but not least, family photo...

the siblings...
one happy family...
gambar sopan
gambar tak seberapa nak sopan....kalau dapat pose, masing-masing lupa diri...



22 September 2010

Syawal Edisi 3

Lokasi : Red Box Sunway Pyramid & Flaming Buffet Restaurant

 
posing lagi...

posing dulu sebelum ketibaan mikrofon...

acara kali ni lebih baik dari sebelumnya…lokasi pun baik punya, maklumlah budget tinggi kan, tentu tempat pun ok sikit…

aku tengok semua macam lepaskan dendam…ikut suka hati je menyanyi…termasuk aku la tu kan….

pitching lari????!!!!

suara ke laut????!!!

nada sumbang mambang???!!!!

semua tu di bolehkan dalam aktiviti kitaorang ya…takda maknanya nak jaga pitching segala…pakai hentam jer..semua jenis lagu kitaorang belasah…hehe...
selesai melontarkan suara sumbang, kitaorang berhijrah pula ke Flaming Buffet Restaurant…sesuai sangat la kan..dah penat-penat melalak, isi pula perut dengan makanan…



aku tak teruja sangat pun sebab dah selalu sangat ke sini..bosan la pula…jadi, ala kadar je pun menikmatinya…

21 September 2010

Syawal Edisi 2

Lokasi : Puchong --> parit 25, hutan melintang dan kawasan yang sewaktu dengannya (lupa sudah)

pose sebelum bertolak...

pose satu kali lagi..hehe..

sepupu yang mereng...

gambar kawalan...

yang ni edisi tanpa kawalan... =)

wajah kesayangan kami...

20 September 2010

Syawal Edisi 1

Lokasi : puchong --> kg melayu subang --> kampung medan --> puchong

sama je agendanya seperti tahun lepas...pagi raya ziarah pusara insan tersayang yang telah pergi menemui-Nya

kemudian, berangkat ke Kampung Melayu Subang...kali ni istimewa sikit sebab makcik aku dah balik dari London dan merayakan syawal bersama kitaorang sebelum dia dan famili pulang ke Sarawak...jadi, agenda tu meriah sikit....

nilah insan yang diraikan..walau pun dah lama kahwin tapi still loving lagi u alllssss.... =)

 
saja gewdix nak pose with my uncle...

siblings + cousin

kembali semula...

beraya sakan…

bercuti panjang…

kekontangan idea…

kemalasan melanda…

semua perkara yang di sebut di atas menyebabkan tiada entri baru kelihatan…mood syawal masih lagi terasa makanya, aku masih lagi di belenggu dengan almond London, ketupat daun palas, kuah kacang dan pelbagai lagi item yang sangat sinonim dengan aidilfitri….

memandangkan makcik tercinta baru saja pulang ke tanahair, banyak aktiviti di rancang untuk beliau dan sesungguhnya syawal kali ni aku tersangatlah sibuk sehinggakan tiada masa untuk mengemaskini apa-apa pun…hatta gambar pun belum di muat turun…anda bayangkan betapa malasnya saya…wakaka….

untuk memupuk sikap rajin bukan mudah yer kawan-kawan..nak pula bila dah bercuti panjang….otak mula mengada-ngada dan jemari meminta yang bukan-bukan…haih….tapi, aku menggunakan kuasa veto untuk memerah idea dari minda bagi mengemaskini segala aktiviti yang berlangsung ketika syawal yang telah lalu…

mungkin sepanjang minggu ni segala entri berkisar tentang kemeriahan aidilfitri keluarga besar aku…bulan syawal masih lagi berbaki, sempat rasanya melunaskan entri yang tertunggak…

10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

semperit bahulu kuih tradisi
almond London pilihan terbaru
salah silap harap di maafi
kalau ada yang mengguris kalbu

credit to incik yahoo


sempena lebaran, blog akan bercoti…tak tahu berapa lama..

tapi kalau ada kesempatan pasti ada entri yang menjelma…

buat mereka yang balik ke kampung, pandulah dengan cermat dan penuh berhemah…

credit to kartunisubi.com

senandung lebaran....

jemari masih lagi lincah mengetuk papan kekunci…menzahirkan apa yang terkandung dalam benak sanubari…sayup deruan angin kedengaran..mungkin seisi alam telah pun melelapkan mata..dan mungkin juga ada yang belum lena..masih memantau inci persiapan kalau-kalau ada yang terlepas pandang…memastikan semuanya serba lengkap dalam kesederhanaan…masing-masing mempersiapkan diri menyambut ketibaan bulan syawal yang dinanti-nantikan…aku masih lagi berteleku di sini…mengadap alatan yang sama sekali tidak bernyawa tapi menyimpan sejuta rahsia diri yang kadang-kala sukar untuk di kongsikan dengan mereka yang bernyawa…fikiran menerobos ke bulan ramadhan yang baru berlabuh..meninggalkan seribu kenangan dan ceritera di sebalik keberkatan bulan itu…dan ucapan selamat datang untuk syawal yang kini akan mengambil posisinya…

okeh…cukup untuk bersastera bagai…hikhikhik…

saja aku nak mengasah bakat bersastera..amacam, agak jiwang bukan..ngeh..ngeh...setelah seharian kepenatan, tiba masa untuk aku berpujangga..suka untuk berkongsi ceritera…tak banyak persiapan pun yang di buat..semuanya ala kadar…tak perlu bermewah apatah lagi aku ada tiga agenda besar yang harus di utamakan (dalam entri lepas aku kata dua kan, kini dan bertambah satu lagi)….oleh itu, banyak perbelanjaan yang mana boleh aku ketepikan, aku ketepikan…utamakan yang utama…tapi, bahagian untuk keluarga dan si kecil tetap ada..dan sekarang ni pun aku masih lagi gigih mengisi sampul dengan ringgit untuk menjadi habuan si kecil di hari raya..si kecil saja ok..bapa atau ibu si kecil, tentu sekali tidak..hehehe….tak di lupakan juga untuk atuk dan nenek saudara..mereka juga ada bahagian..semuanya atas tiket bersedekah…berkongsi sedikit rezeki yang ku perolehi… =)

cukup takat ni dulu entrinya…nak kena tidur memandangkan perjalanan jauh mungkin akan di tempuhi esok…

buat semua umat Islam seisi dunia, selamat hari raya aidil fitri

buat pembaca yang mengikuti blog yang tak seberapa ni (ada ke?????), maaf di pinta kalau ada mana-mana entri yang menguris hati kamu semua…maaf untuk segalanya…

08 September 2010

Rasa Yang Kekal di Situ....

keheningan ramadhan mengamit kenangan
paparan situasi suka dan duka bersilih ganti di minda…
kehangatan kasih masih lagi terasa..
tetap panas dan terus mekar..
setiap inci dan sudut terselit memoir..
prarasa yang tetap bersemadi di situ
tanpa ada sedikit pun perasaan lelah dan muak

ramadhan datang dan pergi…
syawal juga begitu…
tapi, kenangan yang masih tersemat takkan mampu di usir…
ianya akan terus kekal di situ, memberi ingatan yang tak berbelah bagi…

andainya, tuhan memberikan sedikit ruang dalam kesempatan
pasti tangannya akan ku kucup, persis syawal 2000
dakapan dalam kerinduan, luahan perasaan
menitipkan nota kasih dan sayang
serta bangganya aku menjadi sebahagian dalam hidupnya…
menjadi anakanda sepanjang hayatnya dipinjamkan kepadaku…
namun ku tahu, ianya tidak mungkin terjadi…
hadiah syawal untuknya,
AL-FATIHAH dari anakmu yang masih dan tetap merindui….

Susah Sangat

semalam satu hari aku kehilangan incik klasik dek kemalangan yang tentu sekali bukan kesilapan aku..hurm….terpaksa menghantar beliau ke ICU untuk rawatan segara..gila la kan, dah la nak raya, dah tentu khidmatnya amat-amat ku perlukan…apa pun, aku tahu ni dugaan di bulan ramadhan....~sengih~


makanya, satu hari suntuk beliau berada di ICU dan aku yang terlalu biasa dengan kehadiran beliau rasa sangat-sangat sukar dan susah tahap dewa…aktiviti terpaksa sama sekali di rombak dan aku akui perit sangat bila beliau takda..mak oooiiii, seksa yang teramat you allll….

Al hamdulliah, semalam juga incik klasik kembali ke pangkuan dengan selamatnya…fuhhh, lega!!!!

itu pun nyaris-nyaris juga aku kehilangan beliau sekali lagi disebabkan seorang pemandu teksi yang bebal lagi vunguks, yang mana menongkah arus di jalan raya..kan ke bingai kalau masuk jalan satu hala…ishh, memang menguji kesabaran…

nasib baik juga sempat ku laungkan amaran kalau tak, mesti aku akan kehilangan incik klasik…

kalau kehilangan beliau untuk kedua kalinya, memang bukan perasaan yang indah okeh!!!!

04 September 2010

aku yang workaholic...

tajuk entri nak gempak je kan..walhal bukan la workaholic sangat pun..biasa-biasa je…bajet artis AF ke apa aku ni!! hehehe….

aktiviti membanting tulang sudah selesai…

aku dah jadi buruh kasar…

dah menseimbangkan (maaf kalau salah tatabahasanya) akaun jualan…modal, untung kasar, untung bersih dan segala macam terma akaun yang makin serasi…aku tak la perincikan sangat pun akaun tu..buat sekadar termampu dan yang ringkas…untuk info, akaun merupakan subjek nak muntah bagi aku dah sama sekali aku tak suka dengan subjek ini…jujur babe…dalam SPM pun aku kantoi subjek ni..muahahaha….tapi, untuk asas tu boleh la aku buat… =)

pembungkusan pun aku dah selenggarakan…

begitu juga dengan senarai pesanan…

pemasaran, promosi dan perkhidmatan pelanggan…
segalanya sudah di lalui…

dan kini proses akhir iaitu…

penghantaran….

nasib baik incik klasik muat untuk diisi semua ni..tu pun tak dijalankan pemasaran dan promosi secara besar-besaran….bukan apa..sekadar permulaan pertama dulu..tengok respon macamana…

jadi, dengan ni rasmi aku tutup urusan bisnis kuih raya..

lepas ni I boleh fokus untuk benda lain pula…ngeh..ngeh..ngeh….

03 September 2010

Rindu Yang Pergi...


~pertama kali aku dengar lagu ni terus teringat pada orang tersayang yang dah pergi meninggalkan aku...
bukan senang nak padamkan kenangan tu....
seperti selalu, titipan doa untuk arwah semoga tenang di sana....
=/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...