31 October 2010

Kesihatan Memburuk...

rentetan dari kepadatan jadual dalam hidup telah mengundang incik selsema...oohhh...tidak....tu la petanda yang cukup aku tak suka...kenapa??? sebab bila incik selsema mula menampakkan dirinya, beliau akan memanggil sekali BFFnya iaitu cik demam, incik sakit tekak dan juga cik batuk...
bila semua ni bergabung meletup...sah-sah sistem badan akan mengalami rencatan...makanya, segala aktiviti akan mengalami gangguan....huh....
harap-harap, ianya cepat pergi....tolong ya, minggu depan aku dan mula berperang....

28 October 2010

AL - FATIHAH

gambar ihsan incik google
 di anggaran waktu ini aku kehilangan beliau....kini genap lapan tahun pemergiannya dan rindu itu tetap aku yang punya....semoga Allah terus mencucuri rahmat ke atas rohnya.... 
AL - FATIHAH

27 October 2010

Kekalkan jelah....

aku tak faham kenapa setiap kali filem di dramakan atau drama di filemkan atau pun drama tunggal dijadikan bersiri, mesti akan berlakunya pertukaran pelakon....???!!! tak boleh ke kekalkan je watak tu??? tak kisahlah kalau ada watak baru di wujudkan tapi, pelakon yang sedia ada jangan la pulak disingkirkan…mood lari okeh….


contoh yang paling dekat,  Kau dan Aku musim kedua di mana watak Mila dimatikan dengan cara konon-kononnya pi belajaq kat oversea..apa kes???sah-sah la pompuan tu watak utama, tup-tup musim kedua takda pula kemunculannya….punyalah bersusah payah si Akim nak dapatkan Mila pada musim pertama alih-alih, musim kedua tarak…memang tak masuk dek akal…

barisan pelakon musim pertama
contoh kedua pula ponti Anak Remaja di mana rasanya semua pelakon di tukar kecuali watak Ponti yang masih lagi dipertahankan oleh Liyana Jasmay…yang paling tak best bila watak tiga orang sepupu iaitu Mubin,Farid dan  juga Murni dimatikan dengan alasan yang sama, pi belajaq kat oversea…alamak, takde ke alasan yang lebih kreatif untuk di guna pakai…aku yang ternanti-nanti episod pertama boleh pula ketiduran setelah 30 minit ceritera di tayangkan….

tak tau la kalau aku yang sememangnya ngantuk dek kekurangan tidur atau perjalanan ceriteranya yang bosan nak maut…entah la…serius, bab-bab pertukaran pelakon ni memang membuatkan mood aku spoil…tolonglah weh, kalau nak buat sambungan ke apa, tak perlu la tukar pelakon…kalau nak tukar juga, tukar semua sekali macam Datuk Yusuf Haslam buat…tapi kalau boleh, toksah la tukar…payah ek nak kekalkan barisan yang sedia ada??????

26 October 2010

Percaya....


korang percaya dengan fatwa pujanggan ni tak?? kalau tanya pada aku, tentu aku percaya…sebabnya???? tak guna pertahankan sesuatu atau seseorang yang bukan milik kita sebab sekukuh mana kita pertahankan pun, kalau sudah tertulis yang ianya bukan hak kita lambat laun ia tetap akan pergi…jadi, percaya pada ketentuan Ilahi dan kalau betul ianya milik kita, pastinya akan kembali pada yang empunya…

22 October 2010

berubah hati...

rasanya semua orang pernah mengalami situasi yang tertera di atas…baik dari segi positif mahu pun negatif…ya, di ketika ini aku pun mengalami simptom yang sama di mana berubah hati dari facebook ke twitter…hahaha…entah kenapa makin lama aku rasa facebook mula hilang privasi…apatah lagi peranan facebook seolah-olah bertukar menjadi sesuatu yang mesti ada…sebab tu lah, jangan terkejut kalau segala sepupu sepapat tok nenek semua ada facebook sendiri…betapa teknologi mengubah persepsi manusia di kala ini…tentu ada pro dan kontra kan…emmm, tepuk dada tanya minda…baik buruknya sesuatu itu, kita yang jadi pencorak…

okeh, bukan isu laman sosial yang aku nak ceritakan dalam entri kali ni sebaliknya terpanggil (cewaahhhm, ayat..!) untuk mencoretkan isu perubahan hati apabila aku berbual dengan salah seorang insan kesayangan…macam biasa lah, konflik yang melanda dalam sesuatu perhubungan…tak gaduh cam tak meriah pula kan…sesekali kena la bermasam muka untuk mewarnai lagi kehidupan….hehehe..tapi, kalau asyik bergaduh pun bosan juga..macam takde kerja lain asyik dok bertekak 24 jam…

selaku kakak yang berdedikasi, aku pun menunjukkan sikap keprihatinan untuk bertanya…yalah, susah kalau nak lontarkan komentar kalau aku tak tahu perkara yang sebenar..takkan nak bagi info tanpa berlandaskan maklumat yang sahih…risik punya risik, isu cemburu keluar…aku dah dapat agak…selalunya isu ni yang paling popular di antara isu-isu yang lain…aku pun bagi la sepatah dua kata-kata semangat pada beliau…apa yang aku katakan, tak perlulah dihuraikan secara terperinci di sini..cukup kalau aku dan dia je yang tahu..tapi aku tahu dia tak baca pun blog ni..ngeh..ngeh…

pada aku masalah terbesar bila tiada kepercayaan dalam perhubungan…tak kiralah persahabatan ke, percintaan ke atau pun kekeluargaan…itu adalah asas penting…bila takda kepercayaan tu yang terjadinya kongkongan…mula-mula cubalah untuk bertahan..ayat keramat,

“nak buat macam mana sayang punya pasal”

tak pun,

“cinta itu buta”

nilah ayat yang cukup aku menyampah tahap dewa…takda maknanya cinta itu buta…orang yang bercinta tu yang sebenarnya buta hek…siapa boleh bertahan dengan sikap yang negatif ni, cuba habaq mai kat chek..!!! takkan mampu bertahan lama punya…nak pula bila dah mengalami fasa peningkatan dalam perhubungan iaitu perkahwinan..hari-hari akan mengadap muka masing-masing..time bercinta lain…agak-agak gaduh je, tutup handphone..abaikan SMS..cuba pratikkan benda yang sama selepas berkahwin…takkan boleh punya..sah-sah satu rumah..mana nak lari.. =)

tu yang perasaan rimas akan menjengah….bila dah mula rimas dengan kongkongan, terhasillah sikap bosan…jadi, bila dah bosan dengan perangai pasangan masing-masing (yang negatif ya), masa ni hati dah start bertukar rasa…jadi tawar hebeh...

bila hati dah tawar, terciptalah kes cureng bila dah mula beralih kasih pada orang lain atau mungkin kalau tak cureng, perhubungan akan ditamatkan dengan kadar segera…mau tak, sebab dah tak sanggup nak mengadap perangai cemburu buta…

oleh itu, wahai rakan-rakan blog ku sekalian, janganlah amalkan sikap cemburu buta ni..merbahaya…!!! yang pasangan pula, janganlah ngada-ngada nak cureng..cubalah untuk setia…kadang-kadang sikap cemburu tu pun berpunca dari diri sendiri..kalau dah pasangan kita gatal mengenyam, sah-sah la cemburu menjelma…sama-sama jaga perhubungan supaya lebih harmonis….perbaiki kekurangan masing-masing..memanglah takda manusia yang sempurna tapi sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah kesempurnaan..kan etika perhubungan adalah untuk melengkapi antara satu sama lain…

20 October 2010

Tolong fikir dulu ya sayang....

bukan mudah untuk buat keputusan yang akan menentukan corak masa depan kita..terpanggil untuk aku dedikasikan entri ni untuk beliau…perbincangan dari hati ke hati tempoh hari, mudah-mudahan beliau dapat mencapai kata sepakat….sebagai teman, aku turut teruja dengan apa yang di dengar cuma hati kecil aku sedikit kerisauan….bukan apa, dia aku kenali hampir tujuh tahun dan pastinya ceritera hidup kitaorang bukan lagi rahsia…kesedihan dan kegembiraan di kongsi bersama….tercuit hatinya, aku yang marah dengan si pelaku…lebih kurang gitulah perjalanan persahabatan kitaorang….

di saat dia perlukan buah fikiran aku, pastinya tanpa teragak-agak aku memberi…disebabkan itu juga, kerisauan bertamu di hati…yalah, aku risau kalau ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikan dan ketulusan hatinya…sungguh, pada aku dia ni terlalu baik sehinggakan mudah untuk orang lain pergunakan…dari segi material dan juga hati nurani… sebagai sahabat aku dah pun jalankan tanggungjawab..segalanya terletak pada dia…

titipan pesanan untuk BFF aku tuh, fikir masak-masak sebelum buat apa jua keputusan…sebagai kawan, aku sokong apa je keputusan yang bakal kau buat nanti….

18 October 2010

My Girlfriends...

ni gambar dua orang teman aku.. 


yang tengah tu cik Sarah…sedikit info mengenai beliau, dialah satu-satunya umat yang panggil aku menggunakan nama Naa…dan serius aku sangat suka bila orang panggil aku nama tu..feeling ayu sekejap…hikhik…dan yang kiri tu pula tak perlu diperkenalkan lagi…dia ni dah kira famous kat blog aku…selalu sangat aku ceritakan perihal beliau…

kedua-duanya sengal dan poyo tahap dewa tapi, aku tetap sayang kat dorang dan terima tahap pe’el kurang matang dorang tu dengan redha…ngeh..ngeh..ngeh….suka hati aku je label budak berdua ni cam gitu..tau dek dorang, sah-sah aku kena gulai asam pedas…

tapi tak kisah la..blog aku kan…suka hati aku la nak tulis apa pun…hikhik…buat julung-julung kalinya kitaorang dapat keluar bertiga…kalau dengan cik Akis tu dah selalu sangat dah tapi kemunculan cik Sarah atas usaha aku menjejaki beliau sangat-sangat la membuatkan aku dan cik Akis teruja… =) nak pula memang aku ternanti-nanti detik itu….

makanya, temujanji di buat dan aku terus bergegas dari bangi menuju ke kepala singa…sunway pyramid la tu…

Sarah & mine
Akis's fav
also Akis's fav
Sarah choice
my fav
perbualan dari Secret Recipe membawa ke Starbucks (yang ni aku kena bagi kredit pada cik Sarah sebab belanja minum..thanks sayang..lain kali belanja lagi okeh….) 

girlfriends
 sesi umpatan berlangsung lebih kurang 6 jam…banyak perkara yang di borakkan..berbakul-bakul ceritera juga la aku perlu story-mory kan pada cik Sarah yang dah ketinggalan keretapi tanah melayu..tulah, sapa suruh membawa diri..

tapi, jangan risau kali ni dia dah takda bawa-bawa diri bagai…aku dah ikat dia ni dengan tali kapal…hahaha….jadi, satu permulaan yang baik dan pastinya, kitaorang akan plan lagi sesi umpatan seterusnya….suka aku tengok bila girlfriends aku ni bahagia dengan kehidupan masing-masing….dan untuk korang berdua yang mana aku dedikasikan entri khas ni, aku sayang kat korang sampai mati dan memang pun korang la sahabat sejati yang sabar melayan kerenah baik aku setiap masa dan ketika… (pujian ni mengharapkan balasan tau…paling koman pun dinner kat Concorde…muahahaha…)

Senyum by Malique feat. Najwa

~ aku mengaku yang aku memang seorang yang positif..walau pun ada kalanya, nilai positif tu tercabar tapi, sedaya upaya aku menolak aura negatif dari bertamu di hati…kenapa??? sebab aura negatif tu rasanya tidak enak langsung..jadi kepada mereka yang gemar berfikirkan negatif, sila la ubah diri anda…rugi sebenarnya bersifat begitu…memandangkan aku berjiwa positif, suka aku mencari lagu yang turut terselit elemen tersebut yang mana boleh digunapakai dalam kehidupan…sebagai contoh lagu dari Malique Too Phat ni…


Senyum - Malique feat. Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini

Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ulang Verse

~ meriahkan nilai positif dalam bait-bait lagu ni…jadi, siapa kata lagu memberi impak yang negatif!!! Sebenarnya bergantung pada diri sendiri jugak…setiap perkara ada sisi baik dan buruknya…tinggal lagi kita nak pilih yang mana…kita sebagai pemilih mutlak, jadi hindari nilai negatif dekati nilai positif…

15 October 2010

Kekanda Adinda

Oh kekanda jangan iri hati

Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu

Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda

Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan

Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama

Bahagia bersama

Bersama selamanya

Bahagia selama-lamanya

~mula-mula aku dengar lagu ni, hati dah berdetik “lagu apa la nih??” tulah dia, memang kita sukar menerima pembaharuan..tapi lama-kelamaan diri menjadi biasa…lagu ni bersifat santai..bak kata mak aku, “macam taknak nyanyi jer..” hahaha..mak aku pun dah pandai jadi pengkritik tau sekarang ni..muzik pada aku, bersifat universal…tak kisah la macamana bunyi dan nadanya asalkan boleh diterima dan bersifat mesra pendengar…tak semestinya, lagu yang pembawakannya sedikit berat boleh diterima..ada kalanya, kita inginkan sesuatu yang ringan untuk mudah di hadam oleh akal pemikiran…aku paling suka tang

‘Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda’

Nampak tak penggunaan bahasanya??? tak salah kita memartabatkan bahasa ibunda kan…itu jugalah salah satu penyebab aku tertarik dengan lagu ni…

14 October 2010

Ya, kembali normal

rasanya dalam beberapa minggu kebelakangan ni aku ada cerita yang kehidupan aku mengalami sedikit perubahan…dan kebiasaannya kita perlu mengambil masa untuk mengadaptasi diri dengan perubahan tersebut…kalau selama ni hujung minggu aku santai di rumah atau menghabiskan masa dengan keluarga mahupun berjimba-jimba bersama BFF kesayangan, kali ni keutamaan aku pada kelas….terdetik juga perasaan sebab terpaksa mengenepikan aktiviti jimbaan bersama-sama mereka tapi apa yang buat aku tersentuh, mereka faham dengan situasi yang aku hadapi sekarang..terima kasih tak terhingga pada family dan juga barisan BFF, terutamanya cik azlin shahrina,cayalah..sayang kat korang sampai mati…


tapi adat manusia kan..ada yang senang dan tak kurang juga yang dengki serta iri hati dengan kehidupan orang lain…ada yang buat aku terasa hati bila aku katakan yang aktiviti aku berubah…sampai juga kata-kata sinis di telinga…tapi aku pekakkan telinga, malas nak ambil pusing…hidup aku biar aku yang jadi penentu mutlaknya..tak perlu orang lain untuk buat aturan…aku tak pernah campur kehidupan mereka dan rasanya itu lah yang wajar untuk mereka lakukan, ye dakkk!!!

walau pun, sibuk dengan sesi perah otak, aktiviti jimbaan aku tak pernah lupa tau…baru-baru ni aku sempat la juga habiskan masa dengan salah seorang BFF aku..boleh je plan elok-elok..sejurus abis kelas terus aku jumpa beliau dan study bukan alasan untuk aku tak berjumpa insan kesayangan…thanx again cik azlin shahrina sebab memahami kawan anda nan sorang ni….masa jumpa tu pun, sempat gak merencana aktiviti untuk tahun depan…gila tak teruja kitaorang ni kan..wakaka….

Hopefully, plan tu mengikut apa yang dirancangkan, insya alllah…

12 October 2010

Ceritera Bukit Tinggi & Padang...

okeh, kali ni aku nak ceritakan serba sedikit trip aku ke Indonesia hari tu..dalam entri yang lepas aku coretkan sepintas lalu je kan, jadi kali ni aku dedikasikan entri ni untuk trip tersebut…memandangkan ramai yang membawa kamera termasuklah aku walau pun pada hari kedua kamera aku tak dapat diselamatkan disebabkan kehabisan bateri..ceh…seddih!!! oleh itu, aku kena la pilih gambar-gambar yang chantek untuk tontonan umum dan tugas untuk mencacahkan gambar memerlukan masa dan fokus yang tinggi okeh…

flight aku pagi, jadi tiada gambar di tangkap seawal pagi yang hening, maklumlah muka masing-masing masih lagi dalam mood beradu kan…sesampainya di sana pukul 8.00 waktu Indonesia, 


ketibaan di sambut oleh Pak Soni selaku pemandu pelancong dan Pak Saril sebagai pemandu kenderaan merah ni yang bapak gabak dan selesa… =)


kitaorang di bawa melihat satu kawasan panaroma indah sambil bersarapan…malangnya, kitaorang dah siap-siap menjamah selera di LCCT sebelum berangkat..jadi, aktiviti sarapan sama sekali di abaikan dan di gantikan dengan sesi bergambar…

cantikkan panaroma...

aktiviti seterusnya adalah Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur a.k.a air terjun versi bahasa Malaysianya…


Sempat juga melihat kawasan sekeliling dan ada yang membeli jajan untuk di makan sebelum tibanya waktu tengah hari…


lokasi seterusnya....

 kalau sebut Minangkabau je automatik aku akan terfikirkan Negeri Sembilan..tapi di Tanah Tinggi, asal usul Minangkabau di ketahui…banyak juga info menarik yang aku perolehi…antaranya dalam rumah sebesar ni akan di huni oleh satu keluarga…terdapat bilik-bilik kecil yang mana akan didiami oleh anak yang sudah berkeluarga…yang bujang akan tidur di surau dan yang anak dara akan tidur di anjung rumah…aku ingatkan biliknya besar la, rupanya kecil jer…terkedu aku tengok ruangannya…ada simbolik di balik ruang yang kecil tu..sebagai motivasi untuk ketua keluarga lebih gigih berusaha untuk memliki rumah sendiri…paling best bila di beri peluang mencuba sendiri busana pengantin minangkabau yang pada aku sangat indah..feeling pengantin sekejap…hahaha…pada pengamatan aku, diaorang suka bermain dengan warna..dari busana sehinggalah ke pelaminan…sangat meriah dengan gabungan pelbagai warna…


aktiviti yang paling aku suka, shopping time..!!! antara kedai yang sempat dijenguk walau pun aktiviti membeli dan belah tak dinikmati dengan sepenuh jiwa..huhu…tentu yang paling terkenal adalah telekung dan juga kain yang chantek-chantek untuk di buat baju…


Hari pertama berada di Bukit Tinggi yang senarionya persis Cameron Highlands versi 10 tahun lepas di mana viewnya masih lagi segar bugar..kita boleh nampak kabus yang menyelubungi…syahdu dan dingin…

ni la nama hotel masa kat Bukit Tinggi...

hari kedua pula tempat berubah iaitu Padang..kalau ada yang ingat, tahun lepas Padang di landa gempa bumi dan bandar ni masih lagi dalam usaha pemulihan…masih lagi dapat dilihat bangunan-bangunan yang menerima kesan dari bencana alam itu…

aktiviti jalan-jalan di teruskan...antara lokasi yang sempat di serang...
jam gadang
Ngarai Siantok

apa yang menarik kat Padang ni adalah suasana desanya…masih lagi terpelihara you allss…bayangkan betapa syoknya bila menikmati lunch di kelilingi suasana sebegini rupa

 di temani pula
  dan juga ini
ikan kat sini sehat-sehat belaka...
antara makanan yang dihidangkan...

hari terakhir, sempat lagi menyinggah ke beberapa tempat cuma tak la banyak sangat disebabkan mengejar masa untuk balik ke Malaysia...
apa pun, satu percutian yang best dan insya-allah, kalau diizinkan aku akan kembali ke sana semula...
aku suka dengan suasana Bukit Tinggi...
nyaman sangat...
last but not least, terima kasih group yang join trip ni...
tiga hari spend time dengan korang, memang best!!!!


Aku Atau Dia – Nubhan

Tak dalamkah
Cinta dalam hatiku
Dah berbunga hidupku
Bersamamu aku setia


Tapi kini
Kau telah tajamkan duri
Menduakan cintaku
Yang telah lama ini

Ku cuba
Untuk bertahan
Tapi perih hati ini


Chorus
Pilih aku atau dia
Tinggalkan ku bila kau ingin bersamanya 

Pilih aku atau dia
Tinggalkan ku bila kau ingin bersamanya


Kan ku tetap kan setia padamu
Jika kau mampu tinggalkan dirinya
Kan ku tetap kan setia padamu
Jika kau mampu tinggalkan dirinya


~takda kena mengena pun dengan kehidupan tapi entah kenapa aku suka dengan penyusunan muzik…terdengar je lagu ni, automatik perasaan aku jadi gundah gulana…agaknya, irama yang sayu tu sedikit meruntun perasaan kot (hah, tiba-tiba bertukar jiwang..heheh…)

11 October 2010

MAGIKA...ooo yeah...!!!


yeayyy, aku dah tengok MAGIKA…teruja dan yup, satu kelainan yang ditonjolkan dalam industri perfileman…aku pun setuju dengan kenyataan Aziz M. Osman dan Afdlin Shauki yang sangat memuja adegan Puteri Bunian..sungguh, bahagian tu sangat chantek….dan yang paling penting, motif utama aku tengok filem ni disebabkan kemunculan Ziana Zain selaku Nenek Kebayan yang very da kekwat….takda hati dan perasaan langsung…wakaka…

pada aku setiap watak yang dipegang oleh artis yang mempunyai nama besar dalam industri berjaya diolah oleh Edry…takda unsur over-shading sebaliknya setiap kemunculan mempunyai impak yang besar..tak tahu lah kalau aku ni terlalu memuji tapi serius… nilah antara Filem Malaysia yang tentunya tak rugi untuk di tonton terutama sekali dengan keluarga tercinta (tapi pengalaman tak berapa best setiap kali aku layan wayang dengan penonton lain yang ada membawa anak sekali…ada ke patut si kecil yang duduk belakang dok tarik-tarik tudung aku..Cisss, terganggu konsentrasi den..adakah aku ni disukai oleh kanak-kanak atau sebaliknya..hurm… okeh sila abaikan kenyataan ni)

mari kita layan dulu trailernya...


berbalik pada Magika, boleh di katakan semua watak melekat di hati…pemilihan pelakon yang bijak barangkali…aku cuba senaraikan watak-watak yang aku ingat yang mana semuanya aku suka..mana yang tertinggal tu, minta maaf la banyak-banyak yer…

Maya Karin – Puteri Bunian
macam yang aku beritahu tadi, bahagian ni sangat chantek dan memang sesuai untuk permulaan cerita…aku suka dengan sinematografinya…kawasan air terjun tu dah memang lawa tambah dengan garapan Edry menjadikan lebih indah…

Ziana Zain – Nenek Kebayan
sangat kekwat okeh bila artis pujaan aku ni pegang watak Nenek Kebayan…dengan kebayanya, sanggul yang tinggi siap dengan bunga bagai, suara yang nyaring dan karektor yang pelbagai rasa..garang dan lucu bersatu..memang watak ni sangat sepadan dengan beliau (aku puji bukan sebab aku minat dia tapi kenyataan)…

Aznil Haji Nawawi – Pak Pandir
Selaku ikon kanak-kanak, watak ni memang milik beliau…part paling best bila dia tak terima duit RM50 dari Ayu…sebaliknya lebih teruja dengan syilling…satu panggung ketawa… =)

Raja Azura – Mak Andeh
kalau di luar filem gandingan Aznil dan Kak Engku memang dah diketahui kimianya kan, jadi kimia ni terus dibawa dalam filem…sesuai sangat…

Vanidah Imran – Mahsuri
lagenda darah putih, sangat cantik dan memang watak ni ngam habis dengan Vee yang kita dah tahu terkenal dengan ciri-ciri perempuan melayu terakhirnya…dalam serius tu pun, terselit juga adegan lawak tak hengat bila dia terhoyong hayang dengan lembing..masa ni aku rasa semua orang dok fokus kat dia walaupun ketika tu si awang dok membebel-bebel dengan ayu…sorilah bro, mahsuri dah buat anda tenggelam..

Norman Hakim – Awang dari mitos Lembing Awang Pulang ke Dayang
kelam-kabut je mamat ni dok cari dayang dengan lembing…tu yang sampai tersalah tikam si Mahsuri…paling lahabau bila sempat nak ngorat si Ayu walau pun dalam keadaan genting…hahaha….

Senario – Laksamana Melaka
mula-mula aku tak dapat tangkap watak dorang tapi bila si Apek mengenalkan diri tu baru la aku tahu rupanya-rupanya mereka ni lagenda Tuah lima bersaudara..bengong sangat bila dok cakap dalam loghat utara walhal kita dah tau yang dorang tu dari Melaka..memang sengal….apek cukup menghangatkan suasana sebagai Hang Tuah..tak sesuai langsung dengan karektor Hang Tuah yang pada hemat aku seorang yang gagah perkasa…sangat kelakar di situ…

Mawi – Badang
siap ada nama glamer tau…aku dah memang tahu dia pegang watak badang tapi tak sangka pulak kenalkan diri sebagai Bad…ceh…mula-mula dah ada unsur lawak…skill lakonan Mawi ada peningkatan sikit…ok juga dia berlaku serius walau pun kadang-kadang dalam dialog serius tu terselit lawaknya yang mengundang tawa…

Nabil – Orang Minyak
orang minyak yang jual minyak di pasar...nampak gatal je dia dalam filem ….tapi elemen pak lawak memang dah sebati sangat dengan dak Nabil ni…

Ning Baizura – Puteri Gunung Ledang
sisi lain watak PGL yang memang kita dah tau terkenal dengan kejelitaan seantero nusantara..tapi dalam watak ni PGL dibayangkan dalam versi yang berbeza..versi yang sangat diva dan sangat gemuk…menjadi Andalusia dan mengalami perubahan fizikal yang sungguh ketara…aku suka dengan mimik muka dan cara nyanyian yang over giler babas…kata diva kan..gandingan sesuai dengan Sabri Yunus a.k.a Wan Ismail Golok sebagai Bendahara…setepek jer dia basuh si PGL…

KRU – pokok
paling kelakar bila trio KRU menjadi pokok dan menyampaikan mesej tentang adik beradik…aku cuma dapat membayangkan muka Yusry jer..yang lain tu, sorry…tak dapat relate la…tapi aku suka…ada mesej terselit…

Sharifah Aleya - Bawang Merah  & Sharifah Amani - Bawang Putih
versi asal depa dok gaduh kan tapi dalam versi ni depa tak gaduh-gaduh dah…aku rasa karektor Aleya menenggelamkan si Amani…aku lebih tertarik dengan Bawang Merah yang memaparkan karektor sedikit nakal…atau mungkin karektor Bawang Putih membataskan Amani untuk mencorakkan watak tersebut…

M.Nasir – Penunggu Tasik Kenyir & Naga Tasik Kenyir
tak perlu dipersoalkan kemunculan beliau..siapa tak kenal tokoh yang sinonim dengan gelaran sifu…jadi watak ni memang dibawakan dengan jayanya…walau pun kemunculan seketika tapi cukup memberi kesan…aku rasa dia sangat hensome ketika ni…muahahaha…

keunikan filem ni pada garapan watak-watak dongeng yang di sisi berbeza....sangat berbeza dengan apa yang kita dengar…10 bintang untuk MAGIKA…kredit penuh untuk EDRY dan trio KRU yang berani menghasilkan kelainan dalan industri filem tanahair…ermmm, rasanya aku bakal mengulang tonton filem ni semula..apa lagi, untuk korang yang suka dengan filem malaysia dan filem melayu tunjukkan sokongan dengan pergi menontonnya…

~ aku teruja nak tunggu Hikayat Merong Mahawangsa….kali ni buah tangan dari Bang Chik pula… =)

Kembali dari bercuti...

hampir seminggu blog dibiarkan sepi...sedikit sibuk dengan aktiviti harian dan juga penyediaan untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri...

tiga hari aku berada di bumi Indonesia untuk bercuti….hehehe….akhirnya, terbang jua aku ke negeri itu… destinasi yang menjadi pilihan adalah Bukit Tinggi dan Padang…macam biasa penerbangan menggunakan Air Asia…takda yang menarik untuk di coretkan…pemandangan yang menarik, saujana mata memandang…kebetulan kunjungan kitaorang ke sana sawah padi sedang menghijau…syok weh…dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu, sangat syahdu okeh…

tak banyak pun cenderamata disambar di sana…adalah, aku beli sikit-sikit untuk teman sekantor, keluarga dan juga sahabat terdekat…bukan apa, budget tak semeriah mana..maklumlah, trip ni bertembung dengan persiapan aidilfitri dan juga perbelanjaan kuliah..jadi, faham-faham jelah… =) tiga hari berada di sana juga aku berpeluang merasai makanan orang sana…untuk bukan pengemar nasi seperti aku, tak la teruja sangat…lagi pun, cara masakan mereka sedikit berbeza dengan cara kita..yalah, setiap negara ada cara masing-masing kan…kena la pandai sesuaikan diri dengan keadaan…

01 October 2010

Hidangan Minda

email ni aku perolehi dari teman sekerja…jadi, suka untuk aku kongsikan dalam blog ni untuk dijadikan panduan kita bersama…


This is amazing, he died of pancreatic cancer in 2008, but wrote a book ‘The last lecture” before then, one of the bestsellers in 2007. What a legacy to leave behind…

In a letter to his wife Jai and his children, Dylan, Logan, and Chloe, he wrote this beautiful "guide to a better life" for his wife and children to follow.

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE


Personality:


1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.


2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment


3. Don't over do; keep your limits


4. Don't take yourself so seriously; no one else does


5. Don't waste your precious energy on gossip


6. Dream more while you are awake


7. Envy is a waste of time. You already have all you need..


8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.


9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.


10. Make peace with your past so it won't spoil the present


11. No one is in charge of your happiness except you


12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.


13. Smile and laugh more


14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Community:


15. Call your family often


16. Each day give something good to others


17. Forgive everyone for everything


18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6


19. Try to make at least three people smile each day


20. What other people think of you is none of your business


21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:


22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.


23. GOD heals everything


24. Do the right things


25. However good or bad a situation is, it will change


26. No matter how you feel, get up, dress up and show up


27. The best is yet to come


28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful


29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it


30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

ringkas je kata-katanya kan tapi terselit 1001 pengertian…kadang-kadang kita selalu memikirkan diri sendiri dan kurang memberi perhatian terhadap orang sekeliling terutamanya keluarga…secara sedar atau tak, sikap kita sendirilah yang sebenarnya mencipta kepincangan dalam sesuatu perhubungan baik dari sudut kekeluargaan mahu pun persahabatan…aspek kerohanian juga kita sering terlepas pandang…adalah lebih wajar kesemua ni di seimbangkan supaya kehidupan yang kita lalui lebih harmonis dan ceria meskipun berhadapan dengan kepahitan kerana baik pahit atau manis semuanya adalah warna kehidupan….

Pesanan Khidmat Masyarakat dari Nuffnang

Dear Nuffnangers,


We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We've noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;

- clicking on other bloggers' ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back

- asking for blog visitors' help to click on the ads

- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them

- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.

Thank you for your attention.

Say NO to click Fraud.

dalam versi bahasa melayunya....

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.

Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:

- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.

- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.

- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Jadi, kepada anda yang ada melakukan seperti yang tertera, bawak-bawak la insaf..bukan senang nak jadi senang...usaha memang perit tapi hasilnya berbaloi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...