30 November 2010

Pengguna Celcom

Hah, untuk mereka yang gilakan gadget bergelar Blackberry a.k.a BB, bole la visit website Celcom untuk melihat secara terperinci apa yang diperkatakan tentang promo Celcom Biz BB...agak menarik juga la sebab aku pun jatuh chenta juga dengan gadget ni..tapi rezeki belum mengizinkan untuk aku memperolehinya...Insya Allah, tak lama lagi merasa la berpacaran dengan beri itam ni... =)

Abang Madi's wedding


yeaayy, ahli Kezenians bertambah bila salah seorang sepupu kitaorang melangsungkan perkahwinan baru-baru ni…dan  pastinya kelibat aku tak kelihatan maklumlah sibuk dengan edisi perang manja …tak dapat aku merasai kemeriahan itu…huhuhu…tapi sebenarnya kegembiraan menyambut ahli baru bercampur dengan perasaan sedih dan sayu..orang yang paling menantikan detik ni telah pun pulang ke Rahmatullah…jadi, suasana tu ada sedikit lain…tak la meriah sangat seperti biasa…segalanya dalam sederhana….apa pun, kehidupan mesti di teruskan dan titipan doa pasti dikirim moga rohnya tenang di sana…Al-Fatihah…dan buat Abang Madi, selamat pengantin baru…semoga kekal ke anak cucu, bahagia hendaknya…. =)

29 November 2010

Bisakah


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

tak jadilah nampaknya


erm, susah nak melawan kehendak takdir…dan sakit hati sesangat bila kita dah berusaha sehabis baik tapi hasilnya nan ado…sekali lagi cuba berfikiran positif…barangkali itu petanda untuk aku meninggalkan lapangan tersebut….usaha dan di gandakan semaksima mungkin tapi kalau masih lagi respon itu bukan milik aku, nampaknya incik akur terpaksa di terima…sampai masa untuk aku mengundur diri…jiwa penat, hati sakit dan perasaan sengsara..tu semua dah selalu sangat aku dapat…aku tak minta jasa di kenang cuma menagih sedikit pengertian…sekurang-kurangnya tunjukkanlah sisi prihatin supaya aku rasa sedikit di hargai…dan kalau itu pun sangat sukar untuk di beri, memang tak kemana la usaha aku ni…kudrat emosi aku dah mula longlai…tak mampu menampung bebanannya…tahap kesabaran pun semakin jauh…dengan keluhan nipis dilepaskan, aku meletakkan titik noktah…kali ni keputusannya nekad…sebarang bentuk pujuk rayu aku tak layan.. yang penting, kekuatan emosi akan aku perkukuhkan supaya sama sekali tak terpengaruh untuk  (aku pun tak tahu berapa banyak) kalinya…dengan ni, aku meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta!

24 November 2010

entri sakit hati + bengang + kecewa dan yang sewaktu dengannya

perkhabaran yang sampai ke telinga membuatkan aku terkesima…perasaan aku ketika ni bercampur baur…sedih + sakit hati + kecewa + bengang+ bosan + kelakar  bersatu menghasilkan perasaan yang susah nak digambarkan dengan kata-kata….

serius, aku sangat-sangat tak sangka…kadang-kadang aku pelik, kenapa setiap gerak geri aku menimbulkan pelbagai tanggapan pada mereka dan semestinya tanggapan itu bukan bersifat yang baik…paling menyakitkan hati bila ada beberapa perkara yang aku rasakan tak perlu untuk dipertikaikan pun tapi tulah yang dicanangkan satu nusantara…tolonglah, tinggalkan pe’el kebudak-budakan tu…!!!

tak perlu menuding jari mencari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri pun tak sesempurna mana…bila aku cuba meleraikan kekusutan, pihak mereka pula mengambil satu langkah ke belakang dan membuatkan aku meluat sangat-sangat bila ayat
“takda apa-apa yang nak dicakapkan” keluar…
bila dah di beri peluang untuk bersuara, gunakan la..tak perlu nak bising-bising di belakang…buat kelakar jer..sah-sah la nada suara tu sumbang mambang…tak payah nak sampaikan rintihan keluh kesah pada orang lain…kalau berani sangat, meh jumpa aku…cakap apa yang tak puas hati sangat…

jangan cakap aku tak cuba mencari kedamaian…benda tu dah lama aku nantikan tapi kalau dah pihak sebelah sana sekali lagi berminat untuk main wayang..silakan…kalau selama ni korang cuma nampak sisi jahat je kan, jadi aku tak teragak-agak untuk teruskan dengan permainan ni…

nampaknya sikap aku yang cuba untuk bersikap telus selalu di pertikaikan dan macam-macam pula yang dilabelkan….lain yang dibicara, lain pula maksud diterjemahkan…makanya, aku rasa skil tu perlu di tukar…aku kena ikut rentak mereka yang lebih sukakan irama samba dari aku yang lebih mencintai susunan nota ballroom…kalau tu yang diminta, aku dengan suka hatinya memberi…

lepas ni, apa nak jadi, jadilah..aku dah penat melayan kerenah macam ni….nak sangat kan….!!!!!!!

23 November 2010

SPM 2010


untuk calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia yang mula menduduki peperiksaan hari ni….sila pastikan segala kelengkapan alat tulis mencukupi..karang tambah tekanan pula bila ada alatan yang tertinggal..walau pun, nampak remeh tapi kadang-kadang itu yang membuatkan keadaan kacau bilau nanti…fikir dulu sebelum jawab soalan…pada yang beragama Islam, amalkan doa sebelum membuka kertas soalan…paling penting, minta maaf dengan kedua ibubapa dan pohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan…keberkatan mereka amat-amatlah penting… buat sehabis baik yer adik-adik sekalian….

AL-FATIHAH

ALLAHYARHAMAH ZAITON BT MOHAMED

1952 – 2010

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…

AL-FATIHAH

09 November 2010

Ceritera Bunyi Hon

kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!
pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
aku seorang yang agak jarang menggunakan hon..bukannya apa buatnya pemandu tu ada sejarah lemah jantung ke, tak ke naya kalau dengan herdikan manja hon tu bisa membuatkan jantungnya luruh...
tapi, sekarang ni kerap juga la aku gunapakai...makin lama makin menguji tahap kesabaran aku di litar jalanan...sakit hati weh, bila ada di kalangan pemandu di Malaysia yang kurang cerdik dan peka di jalanan....
percaya atau tidak…
tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

mari bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe....

1x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

           
2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”


3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)


1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
<<< ni aku selalu gak buat...geram seh bila terjumpa pemandu yang sengal ubi di jalanan..pakai kereta mewah tapi bengap pun tahap mewah juga >>>

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
<<< pun selalu gak aku pratikkan di jalanan...teeetttttt.... >>>

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

~jangan marah..ni sekadar lawak selingan menghibur hati di hari selasa yang sendu.. kredit untuk rakan setugas yang sudi melayangkan email ni untuk di kongsikan bersama.... =)

05 November 2010

Mari Bercinta

okey, mood bercinta sudah mari...hahahha....takda la mood sangat pun....
cuma tertarik dengan lagu dari Aura Kasih yang aku dok dengar masa rancangan Mari Menari di mana lagu ni menjadi tugasan untuk pasangan Razif...



sangat comel bukan mereka menari..untuk info, aku tertarik dengan pasangan ni masa minggu kedua...tema etnik kalau tak salah aku...terlepas pula konsert minggu pertamanya..tapi, serius, aku sangat teruja menyaksikan langkah dansa mereka..harap sangat moga-moga langkah mereka berterusan sehingga ke minggu Final dan kalau boleh biarlah bergelar juaranya..ngeh...ngeh....ngeh...

mana puas nak dengar lagu yang sekejapan ni kan...nasib baik ada seorang kenalan yang sudi meng'tag' video ni laman sosila muka buku aku....credit to nad



layannnnnn.........

02 November 2010

Be Part of ChurpChurp Today!

korang perasan tak sebarang pertambahan info dalam blog ni??? apa, tak perasan….?! cuba buka mata tu besar besar dan jelajah setiap perincian sudut blog ni…hah, ada yang dah perasan…comel kan…


untuk maklumat korang, nuffnang memperkenalkan satu lagi ahli keluarga mereka iaitu churpchurp….apakah ia churpchurp???

adakah ianya lollipop???

atau mungkin ianya sejenis permainan…owh, tidak sama sekali…

churpchurp merupakan satu lagi medium untuk korang menjana pendapatan dengan bertindak sebagai ejen promosi secara tak langsung..kenapa aku katakan secara tak langsung…sebabnya tanpa sedar korang membuat promosi menggunakan laman sosial masing-masing iaitu twitter dan facebook….zaman sekarang ni, siapa yang tiada facebook..mai habaq kat chek…rata-rata semuanya ada....baik adik beradik, pokcik mokcik malahan jangan terkejut kalau ada juga datuk nenek bertanya khabar dengan cucunya mengunakan facebook! hebat bukan….

disebabkan itu, prospek untuk promosi menjadi semakin luas….dengan hanya memuat naik status di kedua-dua laman sosial tersebut, korang boleh menjana pendapatan….tapi sebelum korang dibenarkan berbuat demikian, korang kena la buat pendaftaran dulu..mana boleh aci redah jer….selesai membuat pendaftaran, korang akan di berikan tugasan untuk memulakan sesi muat naik itu…ada yang dah jana pendapatan pun…contohnya redmummy…kejayaan beliau menjadi perintis untuk aku menjana pendapatan…korang jangan la tanya berapa sen yang aku dah dapat…sah-sah la aku pun baru je join da club…jadi, moh le sama-sama cari duit…

semua suka duit kan.., haip, jangan nak tipu yer…tengok, mata korang dah tertera simbol RM tu…

01 November 2010

November sudah....

apa yang istimewa di bulan november???

aku ada beberapa agenda yang perlu dilunaskan...
antaranya:-

sesi gathering with my x-schoolmate
kunun dah bersara tapi aku memang alah kalau di pujuk rayu ni...ceh...kesian aku kan....tapi takpa, kali ni aku dah nekad...walau 5 orang saja yang setuju nak memeriahkan acara, ianya tetap akan berlangsung....tunggu ya kawan sekalian....

sesi pecah otak
ya, bulan ni menyaksikan banyak peperangan manja bermula...sumpah aku sangat nervous tahap cipan....muahahaha...lima tahun seh tak mengadap exam war ni....please pray for me ya'....

hari jadi dan hari tak jadi
beberapa insan terdekat akan menyambut hari pertambahan usia mereka...itu pun kalau aku berkesempatan untuk meraikan...happy birthday in advance...hikhik...

setakat ni, tu je kot agenda aku..opps, ada lagi satu agenda utama...

sesi berjimba-jimba bersama girlfriends
sebelum mereka bertukar status, harus ada sesi yang terakhir...okeh, need to check my schedule..ayark, cam tak cukup masa je...

adooooiiiiiiii.........................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...