31 December 2010

rentetan 2010

ya, penghujung 2010 telah tiba…seperti tahun-tahun yang lepas, suasananya masih sama..semakin meningkat dewasa ni aku kira sambutan tahun baru makin tak di rai…ada pelbagai sebab yang yang menjadi penyumbang…antaranya semakin susut bilangan teman untuk di ajak menjadi pendamping…masing-masing dan ada komitmen dan pasti ada cara baru untuk mereka meraikan mengikut adunan masing-masing….tetapi sebab paling utama adalah kepadatan manusia yang berpusu-pusu meraikan ketibaan tahun baru yang mana amat menyesakkan aku…

hish, dulu zaman muda remaja boleh la bersesak-sesak ni..sekarang?? jangan harap la..tak kuasa aku nak berhimpit-himpit dengan manusia yang ramai macam semut kerumun gula tu….rimas okeh plus makin serabut pula otak aku karang..sah-sah tahun depan (macam lama je tahun depan tu walhal esok dah 2011 cik zana ooiii) aku nak pergi berperang…jadi tak perlu nak tambah selirat wayar otak aku lagi ni…cukup-cukup la otak aku dan sarat dengan pelbagai info bahan untuk pergi berperang….
 
seperti biasa, entri terakhir di 2010 adalah untuk memperkatakan isu-isu yang berlaku sepanjang tahun sebelum 2011 bermula…rasanya banyak perubahan yang berlaku sepanjang 2010 ni…serius, aku sendiri pun sukar nak percaya dengan beberapa keadaan yang terjadi….kalau bercakap soal azam 2010…herm, ada sesetengah darinya menjadi…berjaya mengikut apa yang aku rancangkan…al-hamdulillah….beberapa item yang aku teringin beli pun berjaya di sambar dengan jayanya…cuma ada beberapa lagi masih belum di miliki dek kekeringan RM…jadi kita akan bawa baki ke hadapan…jangan risau…pelan-pelan kayuh…

agenda aku untuk bergelar pelajar semula tercapai di tahun 2010..tu pun, hampir-hampir juga aku tolak bilamana mengenangkan kesukaran yang bakal di hadap…memang tu pun dugaan maha besar yang perlu aku tepis..haih….harap-harap kesabaran masih menjadi teman setia aku… =)

selain tu juga, tahun 2010 memberi peluang untuk aku bercuti merehatkan minda…dan bukan percutian yang biasa-biasa bila aku dapat pergi naik belon a.k.a flight..ceh, nak gak speaking London….heheh…bukan apa, selama ni susah sangat nak realisasikan edisi cuti-cuti negara ni…banyak nau programnya pun… tapi 2010 aku berjaya…dan jangan tak tahu di sebabkan kegirangan tu, sekali lagi percutian di rancang untuk aku pergi ke bumi singa bersama BFF 2011 nanti….segalanya dah di atur…hanya menunggu masa dan ketika…harap sangat tiada aral yang melintang… =) dan harap sangat menjadi kenyataan, disebabkan tahun 2011 nanti BFF aku tu akan bertukar status…syahdu okeh bila mengenangkan aku masih lagi mencari…

bab mencari ni merupakan azam aku yang masih lagi tertunggak..dah hampir 3 tahun kot tak mampu di lunaskan…haih…camno ni??? nampaknya kata kunci mencari tu menjadi azam aku untuk 2011..disebabkan rasanya tiada apa yang mengganggu, boleh la aku fokus 100% untuk xpdc mencari tu..hikhikhik….sama seperti perenggan terakhir dalam entri di hari terakhir yang lepas-lepas, selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011..harap-harap di tahun 2011 kehidupan akan lebih membaik dan pencarian incik arjuna berjaya….woohooo...

30 December 2010

Tahniah Skuad Muda Harimau Malaya

hari ni sisipan akhbar memaparkan ceritera-ceritera indah yang bisa membuatkan rakyat Malaysia tersengih sepanjang hari…rasanya semua orang dah tengok dan dah tahu pun kejayaan pasukan bola sepak kita memenangi Piala AFF Suzuki…Skuad Harimau Muda di bawah pimpinan K. Rajagopal berjaya menamatkan penantian 14 tahun jutaan rakyat Malaysia…


gambar semua ihsan suratkhabar utama
aku yang menyaksikan melalui kaca tv pun turut teruja dan terjerit-jerit cemas di kala gawang kita cuba di bolosi….rasanya, tak salah kalau pujian patut di beri kepada penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang terutamanya ketika berhadapan dengan sepakan penalti yang seisi Malaysia cemas dan berharap janganlah gol…walau pun membenarkan dua kali gawang di bolos tapi, perlu di ingat juga, tampanan bahaya dari pasukan Indonesia berjaya beliau tangkis dengan gayanya…kalau tak, aku rasa Indonesia bakal berpesta gol….

ceewaaah…pujian melangit…tapi pada aku itulah kenyataan sebab pertahanan kita agak kelam-kabut sikit walau pun berjaya menangkis percubaan bahaya di depan kotak penalti (wah, bahasa bola sudah menjelma..hehehe)  agaknya gugup kot beraksi di depan 95,000 penonton Indonesia…di ulang lagi sekali 95,000 penonton okay…bukan jumlah yang sedikit…jadi aksi incik Fahmi tu patut di berikan pujian….

walau apa pun, pujian tetap di berikan juga kepada seluruh pasukan lebih-lebih lagi jurulatih kita K. Rajagopal…semangat berpasukan yang memacu kejayaan termanis ni…serius,aku tabik dengan K. Rajagopal dan pasukan bola sepak kita…macam K. Rajagopal tu… mamat ni tenang je orangnya…walau pun di provok hebat oleh media dan juga penyokong fanatik Indonesia sendiri….cayalah bro!

aku sendiri pun hilang sabar dengan pelbagai versi karut di dada-dada akhbar…paling seronok bila menyaksikan pertembungan Amri Yahyah dengan Bambang Pamungkas….seingat aku mamat berdua tu pernah berada dalam satu pasukan yang sama….dan paling membuatkan aku terasa semangat kesukanan yang tinggi bila kedua-dua pasukan saling bantu-membantu bila ada yang mengalami kecederaan..indah sangat untuk di lihat…alah, ni kan cuma permainan doang…tak perlu terlalu taksub…adat permainan, mesti ada yang kalah dan menang….

untuk Skuad Muda Harimau Malaya, jangan terlalu di buai-buai dengan kejayaan kali ni…kalau boleh, jadikan ni penanda aras untuk lebih mengekalkan momentum permainan…siapa tahu kan, kita boleh beraksi dalam Piala Dunia..takda yang mustahil andai usaha di lipatkali gandakan….

juga untuk barisan penyokong, contohi semangat penyokong setia Indonesia..setia menyokong pasukan mereka walau dalam apa situasi pun..menang kalah sentiasa di sisi…belajar untuk menerima apa saja situasi….jangan menang di puji, kalah caci maki di beri….

gambar ihsan Kosmo
tahniah untuk Safee Sali yang berjaay di nobatkan sebagai penjaring terbanyak dan untuk

gambar ihsan incik internet
si keeper Khairul Fahmi Che Mat, you tetap best player di hati I…eh, rasanya di hati semua rakyat Malaysia kot…hikhikhik….

29 December 2010

Cinta Pertama



gambar ihsan incik google
kali ni aku nak buka ceritera cinta...feeling-feeling sikit yer nak hujung tahun ni...orang kata (orang kata ye, bukan aku yang kata) cinta pertama susah nak lupa...ye ker??? tapi tak semestinya orang pertama yang kita bercinta tu adalah cinta pertama kita... (err, korang faham ke idak ni???)

okeh, pakai bahasa yang mudah nak hadam...mungkin kita akan jumpa kita akan jumpa cinta pertama kita pada orang yang kedua, kelima atau keseploh...heehhee,,,tapi ada juga yang dapat cinta pertama pada orang pertama...wah, untungnya orang itu...ada banyak unsur yang mencipta cinta pertama ni...

pada mereka yang mengakhiri cinta pertama dengan ikatan sah, tahniah aku ucapkan...jaga la ia dengan sebaik mungkin...tapi pada mereka yang cinta pertamanya kecundang di tengah jalan dan tidak kesampaian, nasihat aku lupakan jelah...!!!

jangan sesekali hidup dalam kenangan...bahaya untuk perhubungan semasa...kan jodoh pertemuan Allah yang menentukan...belajar terima kenyataan...ada sebab kenapa cinta tu tak kesampaian...
renung-renungkah dan selamat beramal....

25 December 2010

Hohoho...Merry Christmas


mengucapkan selamat hari natal kepada warga Malaysia yang menyambutnya....
nikmati hari dengan senyuman ya...

23 December 2010

study week


gambar ihsan incik google

berpantang dari menulis sehingga selesai peperiksaan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gila, sah-sah la aku akan terus menulis walau pun gigih berperang...tipu la kalau nak berpantang bagai tu...cuma mungkin lambat sikit entri di buat...tuntutan lebih untuk study supaya aku tak gemuruh di dewan peperiksaan dan kurangkan aktiviti baling dadu....haha...selamat study untuk mereka yang akan berperang macam aku.... =)

gambar ihsan incik google

Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.

Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang. Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita.

Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa.

Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

MORAL OF THE STORY:-

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita

nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.

Bersyukurlah apa adanya....renung-renungkan la ya....

21 December 2010

Pasangan Razif yang sangat cute + romantik membuatkan aku serasa ingin bercinta + berkahwin

haa, ambik kau, punya panjang tajuk entri aku letak..hehehe….gedix je nadanya kan…kahwin benda kalau calon-calonnya pun tarak…

okeh, rasanya umum dah tau kan siapa pemenang edisi sulung rancangan realiti Mari Menari…jadi, tahniah untuk pasangan Razif yang menjadi calon kesukaan aku sejak mula lagi.. =) dengan perolehan peratusan undi 52%, pasangan sama padan ni menewaskan pasangan Ariz yang memperolehi 48%...sebenarnya dua-dua pun aku suka…cuma rezeki lebih memihak pada pasangan Razif...apa pun, tahniah untuk kedua-dua pasangan ni…

tiap-tiap minggu aku teruja untuk menonton Mari Menari..apa tidaknya, rasa cinta terhadap tarian masih lagi menebal tapi mungkin keadaan tak mengizinkan buat masa sekarang ni…kalau di beri peluang, boleh juga aku kembali ke arena itu…*sengih* 
sekurang-kurangnya dengan rancangan ni bolehlah mengubat kerinduan aku...*kenangan* 

seronok sebenarnya kalau ada partner yang minat sama dalam bidang ni…teringat zaman sekolah dulu bila berkongsi minat yang sama dengan cik abang….mungkin tu juga penyebab keserasian pasangan Razif ni bila sama-sama suka melakukan aktiviti yang serupa…dan yang paling best bila keserasian tu menyebabkan mereka berdua memenangi kondo bernilai RM350 ribu....pergh...rezeki... =)

sekali lagi, tahniah untuk pasangan Razif....

gambar ihsan fb mereka

17 December 2010

nak phone baru

best kan kalau ada yang bermurah hati memberikan kita telefon baru sempena tahun baru yang bakal menjelang....
beruntung la kalau ada yang nak memberinya...
tapi, kalau takda, apa kata korang belajar-belajar la memberi penghargaan kepada diri sendiri....
mana yang ada duit lebih tu, boleh la membuat survey untuk membeli mana-mana phone yang berkenan di hati, sejajar dengan budget yang ada...
hah, dengan Celcom Promo dapat membantu korang membuat pilihan...
pilih mana-mana pakej yang berkenan di hati... info lanjut, boleh klik
DI SINI

Berry jenis apakah anda???

hahahah, aku tengah ketagih bermain satu permainan ni walau pun baru je membuat pendaftaran...
sekurang-kurangnya, boleh gak lepaskan tensen...
apa kata, korang pun mencuba sama...

15 December 2010

tetiba teringat kat kawan lama...apakah????


sejak dua menjak ni aku teringatkan seseorang…seseorang yang pernah rapat dan menjadi salah satu keutamaan dalam hidup aku…kebetulan, kotak hikmat aku selongkar…terjumpa pula dengan surat dari dia…jangan tak tahu you all, zaman dulu kala mana ade facebook, twitter segala…surat tu la yang paling hebat…hehehe…rindu dengan era surat menyurat ni…*sengih*

entah kenapa aku dok asyik ingat kat dia…teringat segala aktiviti yang dijalankan bersama…terutamanya bab kenakalan la kan…hahaha…. zaman remaja…bukan fikir apa pun…apa yang dirasakan betul, tulah yang di buat…nak pula bila rumah dekat dengan salah satu pusat membeli belah terkemuka, sunway pyramid..hissh, dulu tu yang paling happening tau...langkah semakin panjang…agak-agak bosan jer, ada la muka aku dengan dia kat kepala singa tu...kelakar sangat bila teringat balik, betapa sanggupnya kitaorang pergi dengan berbaju kurung…berbaju kurung di sunway pyramid??? rasanya sekarang tak cool kot berbusana sedemikan rupa…tapi sesekali kalau aku menyinggah ke sana dan ternampak ada yang berbaju kurung, terus aku teringatkan dia…

banyak yang dah di lalui…suka duka, pahit manis dan segalanya…melalui zaman remaja dengan penuh keseronokan…tapi adatlah kan, dalam persahabatan ada pasang surutnya…semakin meningkat dewasa, semakin terserlah perangai sebenar masing-masing…ada beberapa insiden merenggangkan persahabatan kitaorang...selalu sangat terjadi percanggahan pendapat dan karektor…dan mungkin aku yang tak mampu lagi bertahan, mengambil langkah drastik bila noktah persahabatan kuletakkan…sedih??? tu dah pasti..dia antara orang yang paling rapat dengan aku….sampai sekarang pun masih lagi tak bertegur sapa…

sebenarnya tak di beri kesempatan pun sebab aku yang sedaya upaya akan mengelak dari berjumpa dia…yang cuba mengelak itu adalah aku dan bukan dia…kejam pula rasanya kan..tapi tulah diri aku yang sebenar dan aku tak mampu nak berpura-pura senyum berjumpa dengan orang yang aku paling meluat…meluat dengan perangai dia yang pada aku langsung tak relevan di ketika itu…tapi aku lupa…setiap orang ada perangai masing-masing dan siapalah aku untuk menilai..lagi pun, segala konflik tu berlaku ketika zaman remaja..zaman budak-budak…apa ada hal…adik beradik pun boleh bertekak apatah lagi kawan…

aku tak menafikan yang aku rindu dia..rindu nak mengumpat-ngumpat..rindu nak lepak dan gelak ketawa santai…rindu dengan segalanya…egonya aku bila tak approved dia dalam facebook….opps, bukan ego cuma terkejut dan aku tak rasa bersedia untuk menarik semula tanda noktah tu..

tapi sekarang ni aku rasa aku dah bersedia…bersedia untuk memulakannya semula…bersedia untuk melupakan segala yang berlaku di zaman lalu yang kini dah di naik taraf menjadi satu kenangan…

pasal surat-surat tu, aku pun terkejut sebenarnya bila ianya masih lagi disimpan…dan bila di baca semula, kenangan tu makin kuat dan rindu tu makin tebal….mungkin ni salah satu petanda…kita biarkan ianya mengikut aturan hidup…kalau betul aku dengan dia boleh berkawan semula, pasti Allah memudahkan perjalanan…. =)

14 December 2010

Masalah perut bunch semakin berleluasa…

aku percaya ramai yang menghadapi masalah seperti yang tertera pada tajuk entri…kan..kan…haip, jangan nak tipu ler..aku pun hadapi benda yang sama jugek…tapi, tapi….taklah setinggi mana..tu pun aku dah risau tahap gaban…kita nak slim bukan nak tunjuk kat orang tapi sekurang-kurangnya shantek la sikit bila perut slim ni…nak duduk pun senang jer kan…terutamanya bila duduk jenis bersimpuh macam perempuan melayu terakhir tu…aku memang obsess dengan kecantikan dan rasa cam best  je tengok sesuatu yang cantik…menghargai ciptaan tuhan…tapi kalau muka lawa badan cantik, perut plak spoil…shantek ke???? teeetttttt!!!!! tak macam sesetengah orang yang tak kisah pun then siap menampakkan lagi spare-tyre yang berlipat-lipat tu…eeww….buruk okeh…
kekadang rindu zaman sekolah dulu yang mana sangat aktif bersukan sehinggakan perut tak sempat untuk menjadi buncit..rata cam jalan raya….masa tu pakai apa pun shantek…baju kebaya, kemain berderet dalam almari aku…pantang melawat tailor, mesti nak tempah baju kebaya…baju kurung, jangan harap la..malam sikit…tu kira pilihan terakhir….huhuhu..tapi sejak dah bekerjaya, aktiviti bersukan jarang sangat di buat…masa takda la…tak sempat nak pergi..takut pergi sesorang, kan best kalau ada yang teman…arghhh, semua tu alasan…nak seribu daya, taknak boleh blah (oit salah peribahasa la!) hehehe…tu peribahasa aku..okeh, kita gunapakai yang betul..sila jangan rosakkan peribahasa yang sedia indah tu…bak kata orang dulu-dulu, nak seribu daya, taknak seribu dalih…tapi yang dalih tu ler yang mudah untuk aku senaraikan….wakaka…..
jadi, untuk membantu kita menangani masalah ni, apa kata cuba produk

gambar ihsan google
rujuk sini untuk lebih info mengenai produk ni...
hah, mesti ada yang teringat dengan dutanya kan..yer…
Nora Danish si puteri tu memang shantek….aku pun suka dengan dia…tak teringin ke nak shantek macam cik puteri ni…yang penting kena rajin sikit…senaman kena amalkan sama untuk hasil yang lebih cepat…makan pun perlu di jaga juga…
ada beberapa petua yang aku kira masih relevan untuk di guna pakai sekarang ni..antaranya:-
  1. jangan makan bersulam air
  2. pastikan makanan di kunyah lumat sebelum di telan…macamana nak tahu ianya cukup lumat??? cuba korang kunyah dalam kiraan 30 kali…sure makanan tu habis lumat…tapi, tengok keadaan la..kalau rasa-rasa dah cukup lumat, tak payah la sampai nak tunggu kiraan ke 30 baru nak telan…
  3. kurangkan minuman berais (ni yang aku lemah..tapi, cuba la untuk kurangkan)
  4. postur duduk yang betul..badan kena kasi tegak…barulah perut tu tak berlipat dan berlapis
  5. banyakkan minum air suam…kalau rasa jemu dengan air suam yang sememangnya takda perasaan perasa, boleh la tambah hirisan lemon ke dalamnya…hey, terselit kebaikan juga…nak tahu kebaikannya, sila baca di blog Hanis Zalikha…aku pun dapat info dari sana…
nak info lagi banyak, pergi jenguk website Kevin Zahri…siapa Kevin Zahri ni?? alahai, takkan la tak kenal salah seorang tenaga pengajar Akademi Fantasia juga..tak kenal??? mamat ni ex boyfriend si Intan Ladyana yang sekarang ni berkasih-kasihan dengan Kamal Adli…tak kenal juga, pi la search sendiri….huh….
apa pun, semua ni bergantung juga pada kita..ada usaha, ada la hasilnya kan….tak rugi kalau try pun….so, selamat mencuba….

13 December 2010

positif kata

When you keep saying you are busy,
then you are never free...




When you keep saying you have no time,
then you will never have time...



When you keep saying that you will do it tomorrow,
then your tomorrow will never come...

~secara tak sengaja bait-bait perkataan ni aku perolehi..nampak mudah je frasa ayatnya tapi makna di sebaliknya, makan dalam wooo....jujurnya, ketiga-tiga tu pernah aku lakukan...terutamanya pada mereka yang selalu sangat menjengkelkan aku...ahaks...tapi, mood baik mulai datang....fikir punya fikir, rasa kejam pula berkelakuan sebegitu rupa...ngeh..ngeh...slowly, i will change that habits... =)

10 December 2010

DiGi Youth K-POP Live


panggilan untuk peminat artis dari Korea...
jom pi konsert mereka yang akan berlangsung pada 13 January 2011...
untuk info lanjut, klik konsert retis korea

09 December 2010

Mangsa badi sehati berdansa???

terkesima aku bila mendengarnya..aku dok melayan Hot FM, tup-tup keluar pula cerita ni…Juara Sehati Berdansa Musim ke-3, Sein ruffedge sah bercerai talak 1 dengan isterinya, Nana…
gambar ihsan mStar
rasa macam tak percaya jer…terus aku dan cik pereka saling berpandangan…takda jodoh…tulah yang terlintas di minda aku..yalah, kita tak tahu apa yang terjadi antara dorang, tak adil kalau nak menghakimi berdasarkan apa yang dilihat dari mata kasar….

sengaja aku dok melayari forum-forum yang wujud di internet…rata-ratanya menyalahkan program realiti yang pernah mencetuskan fenomena tu..wajar ke program tu dipersalahkan??? ya, memang la dah ada yang bercerai-berai bila join Sehati Berdansa tapi takkan itu nak di jadikan alasan…pada aku, program tu tak salah pun…niatnya nak merapatkan hubungan suami isteri…tapi mana nak tahu kalau surata jadi sebaliknya…kita manusia, hanya merancang…

berbalik pada kes Sein dan Nana, apa yang aku respek bila urusan perceraian di selesaikan secara budiman…hakim sendiri pun puji sikap mereka berdua ni..kalau tak percaya, cuba rujuk mStar

tulah yang sebaik-baiknya pun…kalau urusan perkahwinan di selesaikan dengan elok, apa lah salahnya kalau isu penceraian juga diselesaikan dengan baik….tak macam sesetengah artis dan individu bukan artis yang merumitkan lagi urusan penceraian….tanggungjawab tetap tanggugjawab walaupun ikatan suami isteri terlerai..kesian kat anak-anak yang tak tahu apa-apa, tak memasal jadi mangsa konflik orang dewasa….

rasanya tak perlu kot nak disensasikan kes-kes macam ni…artis pun manusia biasa juga..bagi mereka ruang sama seperti kita, golongan bukan artis ni…untuk Sein dan Nana, moga tabah menghadapi ujian dari Allah...



Ngangkung


dari mula cerita di tayangkan sampailah ke penghujung, seisi panggung ketawa riang..serius, kelakar sangat terutamanya gandingan Azad dan Angah Raja Lawak…tentang Shaheizy Sam, tak perlu la dipertikaikan…kata Pelakon Pembantu Terbaik FFM kan…cuma wataknya tak berkembang sangat tapi aku suka dengan mainan karektor muka yang tampak bersahaja walau pun, nada suara ada sedikit di buat-buat..agaknya nak membezakan karektor Azim dengan Adnan Sempit…susah sebenarnya akal nak memadamkan karektor Adnan Sempit yang kukuh terpahat…

cerita bermula apabila Azim lakonan Shaheizy Sam terpengaruh dengan ajakan Tasnim (lakonan Azad) dan Wan (lakonan Angah Raja Lawak) untuk menjebakkan diri dalam aktiviti mengangkung di mana sinonim dengan mereka yang fanatik nombor ekor…dari situ la, macam-macam insiden kelakar seram bermula…aku rasa rencah yang menyedapkan lagi filem ni bila pemilihan pelakon sangat bagus…masing-masing ada watak tersendiri...sebagai contoh, watak Lan Pet Pet yang memegang watak bomoh….pun kelakar tak hengat punya…watak hantu pun not bad…dan dialog cerita juga bersesuaian…punch line yang bagus sebab tahu mana part nak di kelakarkan dan mana part yang perlukan perhatian serius…

apa pun, congratz kepada Shaheizy Sam dan tenaga produksi…cadangan penuh dari aku supaya korang pergi la menonton di panggung….tak salah menyokong industri filem tanahair…tak semua filem yang dihasilkan, tak berkualiti…masih ada yang hasilnya lebih baik kot dari sesetengah filem dari luar tuh…

03 December 2010

Hari Bersamanya



Sheila On 7 – Hari Bersamanya



Hari telah terganti
Tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya


Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah aku ulangi merusak harinya

[*]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan
‘tuk menatap matanya


[**]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya


Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya


Back to [*][**]


Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)


Back to [*][**]


Hariku bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya


Tuhan tolonglah
Hari bersamanya
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya

01 December 2010

masih mencari

hampir dua bulan lebih aku bergelar pelajar menara gading….hehehe…saja nak pakai term ni…masih lagi dalam proses membiasakan diri sebenarnya…adoyai, baru semester pertama aku dah mula rasa keserabutannya...nak pula bila cuba memenuhi segala bentuk komitmen yang menuntut perhatian dari aku…

serius, badan aku sangat penat..otak masih mampu bertahan tapi kalau dah badan penat pastinya kerjasama yang jitu sukar di bentuk….dengan usia yang semakin meningkat (masih muda remaja yer..hikhikhik) sistem badan tak sehebat dulu…tak seperti era diploma bila aku mampu bertahan walau pun tak tidur dua hari tapi kalau sekarang aku nak buat macam tu, absolutely flat! bila fikir-fikir balik, rasanya sebab aku bekerja dalam masa yang sama…kalau dulu, 100% fokus tu dibahagikan kepada study dan aktiviti berjimba-jimba dengan mereka yang sesosial dengan aku… =) tapi sekarang ni peratusan tu makin bertambah cabangnya..banyak agenda yang perlu aku jengah sama…haih…

atau mungkin aku perlu buat penyusunan jadual…yelah, tak boleh hentam keromo je sekarang ni…semuanya perlu di rencanakan supaya jadual aku cantik seperti dulu….apa yang penting, kerjasama  aku kena alert dan sedar diri sebab sampai sekarang aku masih tak percaya yang aku dah sambung degree walau pun, tiap-tiap minggu aku datang kelas…sengal tak???? dengan tutoran suka hati mak aku je nak buat ke idak, dengan study last minit yang memang paras mati lemas tak hengat punya…dengan datang kelas satu hape persediaan pun aku tak buat…oh my god…memang dah kritikal…RM2400 bukan satu amaun yang sikit yer…banyak benda kot boleh dibeli dan berpoya-poya dengan duit sebanyak itu….

dah nak final exam dah ni…takkan masih tak percaya lagi….okeh..kena pasang azam baru then kena paksa diri…kena mendesak dan menggesa…kalau tak, haruslah keputusan aku nanti tak seindah mana…tidak…!!!!!! aku nak result yang maha gempak supaya aku boleh beli sesuatu sebagai imbuhan kepada diri sendiri…pesanan khidmat masyarakat, sila-silalah gandakan usaha bermula dari sekarang….renggangkan sedikit aktiviti berkicau dan bermuka buku…tak lama pun…dua bulan je lagi..nanti lepas final exam, online la sampai lebam…ngeh…ngeh…ngeh….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...