28 January 2011

hati


gambar ihsan incik google



















jangan sesekali salahkan hati yang bersifat sekeras kerikil…
sedarlah, semuanya hasil dari pembelajaran kehidupan…
kemana hala tuju hati ni, masih lagi menjadi tanda tanya…
sedaya mungkin menakis segala kekusutan yang bermukim…
penat rasanya mencernakan apa prarasa yang bakal terlahir…
lelah memikirkan kesan dan impaknya
wahai hati, teruslah menjadi sifat itu..
supaya keluh kesah dirimu tidak lagi menjadi siulan camar yang singgah di senja rembang…

27 January 2011

harga sebuah bahagia

gambar ihsan incik google
aku mungkin seorang yang sangat konservatif bila berhadapan dengan soal mencari teman hidup..ya, memang aku tak nafikan itu…bukannya mencari kesempurnaan tapi memilih yang terbaik untuk dijadikan pendamping…tanyalah kepada sesiapa pun, pasti inginkan pasangan yang dapat menerima diri apa adanya juga menerima keluarga sebagaimana kita menerima keluarga mereka…

tapi bahagiakah kita kalau sampai sanggup menidakkan peranan ibu bapa??? memang yang akan menempuh alam rumahtangga adalah kita tapi dalam masa yang sama restu mereka juga menjadi azimat untuk kita dalam melayarinya….apalah erti sesebuah perkahwinan tanpa restu itu…

mahalnya harga sebuah bahagia sampai keluarga menjadi taruhan…tolonglah jangan guna frasa ‘cinta itu buta’ sebagai alasan…logik ke kalau di fikirkan, semata-mata kerana si dia kita menggadaikan perasaan ibu bapa sendiri…memperjudikan nasib untuk insan yang baru di kenali dan meminggirkan ibu bapa yang telah melahirkan…

memang aku tak melalui situasi itu sekarang dan sesedap rasa menulis kan tapi seboleh mungkin akal cuba menilai untuk tidak melakukan itu..tak tergamak rasanya mencalarkan sekeping hati milik mereka…

buat ibu bapa pula restulah pilihan si anak dan jika ada kesulitan dalam memberinya, berbincang dengan cara berhemah… setiap permasalahan pasti ada jalan keluar…si calon yang bukan menantu pilihan, jangan cepat melenting…cuba kenali dan yakinkan mereka…berusaha lebih untuk menangani situasi…buat si anak, ketepikan ego dan dengar menggunakan kata hati bukan telinga semata…tiada seorang ibu bapa pun mendoakan kehancuran hidup anaknya…

26 January 2011

profile pic kat facebook...

dah jadi trend ke kalau letak gambar pasangan atau anak-anak kat facebook??? tak letak tak boleh ek…mesti ada yang kata aku dengki kan…tolong banyak…sikit pun aku tak jealous..tak kuasa youuu….

rasa aku benda ni mendatangkan masalah…masalah pada aku untuk approved mereka kat facebook…sebab yang utama aku takkan approved mereka yang aku tak kenal...kekwat ke kenyataan itu??? ye, memang kekwat tapi aku kisah apa…facebook aku kan…sah-sah hanya untuk mereka yang aku kenal…

buat apa nak bangga ada senarai kawan yang ribu-riban tapi cuma ada beberapa kerat je yang korang kenal atau bertegur sapa di alam maya…jadi bila gambar keluarga mereka di jadikan profile facebook tanpa kelibat si kawan, memang tak la aku nak approved..lain la kalau aku kenal pasangan mereka..lagi pulak, bila dah lost contact…kali terakhir lepak sama-sama masa sekolah dulu..jadi, jangan fikir aku boleh ingat semua orang…memori otak aku pun ada had jugak dan muka masing-masing pun ada yang berubah..baik dari segi saiz mahu pun bentuk muka…memang kebarangkalian untuk aku tak cam sangatlah tinggi…melainkan kalau kita ni teman tapi mesra..selalu berjumpa untuk mengumpat-ngumpat..hahah..sure la korang ada dalam ingatan aku kan…

lagi satu bila berkongsi facebook..ni pun salah satu penyakit..kot iya pun nak mempratikkan istilah ‘sharing is caring’ takkan la facebook pun nak kongsi juga bai…agak-agak la…korang mesti pernah hadap benda yang sama kan…serius, perkara ni sangat menjengkelkan okeh!!! aku rasa tak perlu la sampai nak kongsi facebook bagai…buat sendiri-sendiri kan boleh..bukannya kena bayar pun…

aduhai…payah betul la…bila aku tak approved, mula la kata aku ni sombong..berlagak la..kekwat la..tapi kalau dah gambar partner atau gambar si comel yang jadi profile picture mana la beta kenal siapa gerangan pemiliknya…siap nama pun bertukar sekali..dok cantum nama anak dengan nama partner..nama asal terus hilang...lagi la membuatkan aku tak kenal...jadi, tak payah nak bising kalau aku tak approved…

25 January 2011

susah tak???

ada yang bertanya, part time study ok ke??? susah tak nak study dan dalam masa yang sama bekerja…jawab aku, “susah tahap dewa terulung okeh!!!” 

bukan niat nak takutkan, aku sekadar berterus terang..belajar secara sepenuh masa dengan separuh masa ni sangat-sangat berbeza…secara amnya pun ramai yang tahu apa bezanya..jadi tak perlu aku rungkaikan di sini….

kekuatan mental dan fizikal perlu di selaraskan untuk mereka yang bekerja dan dalam masa yang sama belajar…banyak perkara yang berlegar-legar di minda dan tentunya memerlukan sepenuh komitmen…tu yang hidup bujang macam aku…mana yang dah berkahwin, ada anak…kalau yang lelaki tak la sesusah mana..tapi untuk si isteri…nak seimbangkan dengan hal kerjaya, anak-anak, rumah tangga, suami, belajar…huish, bukan senang…tabik aku pada golongan isteri yang masih lagi nak belajar walau pun status bertukar…

walau pun  baru semester pertama, hidup aku dah kucar-kacir..mungkin belum boleh biasakan diri..lama-lama nanti okeh la tu…jadi pada yang berminat dengan istilah part time student ni ada banyak pilihan universiti untuk di pilih sebenarnya..tinggal lagi nak pilih mana yang dirasakan sesuai…antaranya  UKM, UPM, OPEN UNIVERSITY, UITM..ni yang aku tahu la..sebab aku ada buat survey sebelum keputusan akhir di buat….

yuran pun berbeza-beza juga…kena tengok sama bab kewangan juga kan..ada pinjaman di tawarkan…PTPTN, bank-bank terpilih..dan boleh juga menggunakan KWSP untuk lunaskan yuran…sekarang ni dipermudahkan dah..jangan risau la..dulu ya, PTPTN tak offer untuk part time student….

jadi, pada yang terasa nak sambung belajar tapi sayang nak berhenti kerja belajarlah secara sambilan…nak seribu daya kan….tapi, kena fikir semasaknya sebelum ambil keputusan…tak mudah nak belajar dan kerja dalam masa yang sama….tapi tak la sesukar mana pun kalau pandai mengendalikan masa dan perasaan….

tabahkan hati kuatkan semangat =)

24 January 2011

suka hati den laa!!!!

tiada nama : oo..kau ada blog ek?
aku: ha ah…nape? (sila jawab dalam nada kekwat)
tiada nama: tak bagitau pun ade blog..
aku: perlu ke? (sekali lagi, sila jawab dalam nada kekwat)
tiada nama: dah tu, buat apa ade blog tapi taknak publish?
aku: saje..senang sikit aku nak ngumpat pasal kau kat dalam blog aku berbakul-bakul (hambik!)
tiada nama mencebik
tiada nama: apsal tak publish blog kau?
terus aku pandang dia sambil kerdip-kerdip mata dan tersenyum kemudian dengan penuh kesopanan dan kesusilaan
aku: suka hati aku ler nak publish ke taknak! blog aku kan…
terus hamba allah itu terkedu di situ

lebih kurang macam tu la perbualan aku dengan beliau..aku tak faham kenapa mesti nak heboh satu dunia kalau ada blog??? perlu ke??!! aku bukannya taraf scha al-yahya atau yuna..suka hati aku la kalau nak teruskan sifat privasi blog aku ni…mana yang terjumpa tu, tahu la kan…tapi memang tak la aku nak sesaja beritahu kat orang…nak pula aku malas nak berhadapan dengan pe’el kurang matang sesetengah orang..tolong la wei, kita bukan budak umur belasan tahun lagi…sudah-sudah la dengan pe’el kurang bijak tu…aku rase budak belasan tahun pun tak berperangai macam kau…tolong la hormat sikap privasi aku sepertimana aku menghormati privasi kau tu…eh, silap…sebenarnya aku langsung tak ambik tahu  pun kisah hidup kau…tak penting dan tak menarik untuk diikuti…jadi, jauhkan diri dari hidup aku…

notakaki: aku dah publish kt twitter kot..nasibla siapa yang takda twitter tu..ahahahah….

23 January 2011

hai kawan
















detik bertemu di kalam wajah…
membawa ke alam realiti, bersua muka
riuh berpujangga tak hiraukan yang lain…
ceritera dulu dan kini menjadi bahan…
tawa, riang dan keluhan bergaul mesra
indahnya bila serasi di cipta..
melupakan segala konflik yang pernah ada
lumrah manusia, sempurna bukan hak milik…
tapi kekurangan itu sama dicerna…
maka, terciptanya sesuatu yang dinamakan
persahabatan yang tiada sempadan…
berlagu indah tak kira masa…
baik yang kelam mahu pun seceria pelangi…
semuanya di kongsi sama rata…
sama adil agar prarasa itu dapat dinikmati sepenuhnya…!!!

22 January 2011

mood baik nampak

sebenarnya mood tak seberapa baik pagi tadi..sekali lagi incik aduka menjadi sasaran...entah malaun mana yang dah mencilok antenna beliau..memang macam harammmmm!!!! pagi-pagi dah buat aku memaki...adoiiii..tak pasal-pasal terbang RM...cuba untuk berfikir positif, dugaan untuk aku di pagi sabtu..tapi, masih lagi tak mampu nak berpura-pura yang aku sakit hati teramat sangat....takpa..takpa...terima kasih pada si pencuri itu..semoga Allah melaknati hidup anda...

dalam melayani mood yang sakit hati teramat sangat itu, boleh pula aku menerima panggilan yang sama sekali tak di sangka-sangka...berkali-kali nama yang tertera di amati...betul ke nama si bijak bistari yang muncul...memang dalam dua tiga hari ni ada la teringat si dia itu..apakah?????

tu pun, aku rasa berbelah bagi sama ada nak call semula atau sekadar layangkan SMS..yelah, rasa macam tak percaya...cuba juga berfikir, ada apa-apa tarikh istimewa ke hari ni...emm, mmg tak la..hari jadi den lambat lagi dan hari jadi dia sah-sah dah lepas sebab setiap tahun ada entri khas aku dedikasikan untuk dia...fikir punya fikir, ketepikan SMS..straight aku call...

terus la berbual tanpa henti..tu pun nak main wayang...kureng asam punye budak..aku ingatkan dah salah nombor ke apa..rasanya ada perubahan di situ dan yang paling ketara perubahan sikap...kerek dan loyar buruk tak hengat.....isk..isk...penat juga nak melayan kerenah orang yang loyar buruk ni..agaknya, macam tu la orang penat dok melayan aku yang kadang-kadang boleh tahan la loyar buruknya..ampunnnn....hehehe....

lama sebenarnya kitaorang tak borak panjang..sejak dah tamat era uniform biru putih, terbatas sikit...maklum jelah, masing-masing ada komitmen...jadi, perbualan tu membuatkan aku tersenyum sepanjang hari..bukan apa, takda melibatkan perasaan pun cuma entah...rasanya sejak dulu lagi dia antara insan yang penting dalam hidup aku dan antara insan yang selesa untuk aku berkongsi apa jua perasaan..sakit hati, marah, gembira..apa jer..aku kira dia antara penyimpan mohor besar kot..itu pun kalau dia ingat lagi..maklum la benda dah lama...mamat ni pun bukan boleh pakai sangat daya ingatan dia...banyak sangat yang dilupa..kata budak bijak bistari kan...

perbualan telefon membawa ke perjumpaan....semua orang yang call aku minta di belanja...motipppp....tapi takpa...masa ni pun peluang boleh jumpa since that aku sedang bercuti kan..kalau tidak, memang tak lepas la...berjimba-jimba di hujung minggu takda dalam istilah hidup aku sejak mula bergelar siswi...jadi, waktu bercuti wajib di manfaatkan dengan sebaik mungkin...cuba untuk memenuhi agenda dengan mereka yang penting dalam hidup aku..yang tak penting, tak jumpa pun takpe kot..aku pun bukan keutamaan mereka ye dak...

harap-harap, agenda bersama si bijak bistari ni berjalan dengan lancar..macam yang aku khabarkan dalam entri lepas, dalam dua bulan setengah ni boleh di katakan jadual agak padat..tapi, still lagi bahagia....

untuk si bijak bistari, thanx for the conversation...really appreciate this.. =)

21 January 2011

satu arah satu tujuan

istilah ni aku pernah tabalkan pada seorang teman sewaktu era diploma dulu….selalu juga aku provok beliau dengan istilah ni yang pada aku umpama kera sumbang yang tak tahu menahu langsung apa yang terjadi di sekeliling…hanya menjalankan tanggungjawab menghadiri kelas dan bukan semata-mata untuk bersosial..lingkungan kawan pun cuma di kalangan puak mereka…bosan bukan…memang sangat bosan…

pada aku, frasa penambahan senarai kawan berlainan jurusan juga merupakan satu pembelajaran dan aspek penting dalam meningkatkan jaluran rangkaian…jadi, era itu diharungi dengan kegembiraan dan sedikit kenakalan…*kenangan mengusik jiwa* 

dan bila peluang meningkatkan lagi taraf akademik di ambil, aku masih lagi cuba untuk mengekalkan frasa yang menjadi pedoman…malangnya, tak semudah di sangka..entah apa yang menjadi punca…semester dilalui dengan pengukuhan frasa ‘satu arah satu tujuan’ dan bukannya frasa yang lagi satu tu…apakah???? secara tak sengaja aku cuba untuk menghadkan taraf sosial..natijahnya, aku bukan seperti itu…pe’el semulajadi cuba di sorokkan?! sah-sah la aku serasa menipu diri sendiri…dan memang aku tak rasa langsung keterujaan itu…keterujaan untuk belajar dan dalam masa yang sama menikmati kehidupan…

tak di nafikan perbezaan keadaan barangkali menjadi punca tapi takkan la aku nak terus terperangkap dalam zon tu..oh, tidak!!!! ke mungkin awal lagi untuk bergaul mesra dengan keadaan sekeliling…mungkin juga kot…herm, kita tengok semester akan datang..apakah aku akan terus terperangkap dalam ‘satu arah satu tujuan’ atau kembali ke frasa yang lagi satu supaya aku dapat lalui empat tahun mendatang dengan penuh kegemilangan walau pun tekanan merata…. =)

20 January 2011

malas nak bertingkah

penat…
lelah…
mempertahankan ia yang terus dipermainkan mereka…
akhirnya, keputusan dipasak…
biarlah spekulasi terus berhamburan…
tidak sesekali terjerumus ke alam permainan yang tiada nilai didiknya…
ya, aku tidak sebijak mereka…
semudah abc melabelkan itu dan ini…
tapi juga tidak sebodoh mana untuk di perlecehkan…
diam tak bermakna setuju sebaliknya dalam diam hati tercuit dek kebodohan yang dipamerkan…
akal manusia menerbitkan rasa kasihan…
kasihan dengan helah jengkel yang dipertuankan mereka….
sangat kasihan


gambar ihsan incik google


tak peduli pun

gambar ihsan incik google










bebelan itu masih lagi kedengaran..
sungguh, sedikit pun aku tak endah…
biarkan mereka terus mengomel…
omelan yang berbaur hapak…
langkahnya yang kongkang….
rimanya yang caca marba…
nota berhamparan di sana sini…
gesekan terus berkumandang…
sayang, alunannya tidak semerdu mana…
memandang dengan ekor mata sambil berdecip nipis…
biarkan…
biarkan mereka terus berlagu sumbang….
dan aku akan memerhati dengan senyuman sinis sehingga mereka lelah sendiri…

19 January 2011

canda ria

separa januari mengintai dua ribu sebelas
hari hari ku kait lantas menghasilkan jala bahagia yang rasanya
ingin ku tebarkan di lautan sayu dengan harapan seisi alam
turut berkongsi rasa ini…
atau mungkin ingin ku taburkan saja pada langit yang membiru
dengan harapan ianya menjadi bintang yang membawa khabar gembira untuk mereka yang berduka
hidup penuh warna…
sarat dengan nukilan abstrak…
setiap coretan, lakaran, garisan mahupun corengan membawa seribu pengertian
seceria kuning, sedamai biru mahu pun sekelam hitam kelabu
tetap memberi warna…
yang cantik jangan terus di agung…
yang buruk jangan terus dipadamkan…
nikmati dengan senyuman tentu kehidupan akan lebih bahagia

18 January 2011

Entri khas untuk Faizal Tahir and Hafiz AF7….

taknak cerita banyak, aku selitkan vc masa AJL 25 dalam entri kali ni….

Noktah Cinta, 


serius aku jatuh cinta tahap cinta mati dah dengan lagu ni…jangan tanya kenapa sebab aku pun takleh nak visualkan perasaan tu…apa pun, kredit untuk Ajai dan Sheikh Qalam yang dah menghasilkan lagu ni untuk aku kita semua..dan yang paling penting temanya tu…universal…tak semestinya untuk couple yang bercinta jer (aku pernah buat entri pasal lagu Noktah Cinta ni..boleh la rujuk  sini dan untuk bukti aku bukan minat lagu ni disebabkan dalam AJL dapat no 3…no…no…no…) even phone pun berlagu Noktah Cinta okeh..

yer, saya memang kadang-kadang jiwang sikit…


lagu Hanyut pula aku dah dengar berulang kali sebelum diputarkan di corong-corong radio..tak payah nak hairan sangat…sah-sah aku ada CD album FT ni…dan nak dijadikan lagi ceritanya, lagu ni menjadi isyarat apabila pesanan SMS menerjah ke phone…nampak permainannya…kebetulan je semua ni…

tu menunjukkan betapa dua buah lagu ni merupakan kecintaan aku..dan kalau ada yang nak ngorat aku boleh la gunapakai lagu ni yer…*dah ada dah unsur perasaan di situ..motippppp!!*

17 January 2011

AJL 25 punya kisah

herm, macam-macam versi ceritera muncul..sama ada versi yang indah atau sebaliknya…nak buat macamana kan….nak bising pun tak guna…juri ada pandangan sendiri kenapa lagu Ana Rafali, ‘Tolong Ingatkan Aku’ di angkat menjadi juara walau pun aku juga tak bersetuju lagu tu yang jadi juaranya….tolonglah ingatkan aku kenapa lagu ni jadi juaranya…tolak tepi isu juara ni…


aku nak cerita pasal pemenang untuk kategori vokal terbaik dengan persembahan terbaik…sejujurnya aku bersetuju sangat dengan keputusan juri untuk bahagian ni…kecuali untuk juaranya la..sian dia, kemenangan dipertikaikan pelbagai pihak..

berbalik pada isu vokal terbaik tu, memang layak sangat dak kerinting a.k.a Hafiz AF7 merampas anugerah tu dari tangan Black….


aku kat rumah pun boleh terpukau dan terpesona dengan lontaran suara Hafiz, apatah lagi kat stadium..sure lagi gempak kan…memandangkan lagu Noktah Cinta adalah lagu kecintaan, jadi aku memang meletakkan harapan 200% untuk lagu ni sekurang-kurangnya dapat top 3..and tepat jangkaan aku bila lagu ni diletakkan di posisi tempat ketiga….
dan yang lagi manis bila si penyanyinya di nobatkan sebagai vokal terbaik..memang terbaik….

nampak macam bias pula kan..tapi memang aku dah minat dengan mamat ni sejak AF lagi so, memang ada sikit bias lah..hahaha….bias-bias pun saingan hebat untuk anugerah vokal malam tu aku rasa tak FT dapat mungkin Yuna..untuk aspek persembahan pula memang lagu Noktah Cinta lagu yang paling sesuai untuk di okestrakan…suara Hafiz jelas kedengaran…aku memang tunggu part yang mula-mula tu…part yang uuuuuu…..tu yang buat aku jatuh cinta dengan ini lagu… =)

mengikut pengamatan aku yang tak seberapa pro ni susah sikit penyanyi kita nak bersatu dengan muzik okestra..sebabnya??? sah-sah suara penyanyi akan tenggelam…even suara Black pun tenggelam timbul…hah, aku pun minat juga dengan lagu Sofia Jane tapi perasan tak suara Black ada lain macam sikit…macam tak seberapa nak sihat…kalau di ikutkan dia boleh menang vokal terbaik untuk lagu Drama King, tapi entah la…

bagi kategori persembahan terbaik, memang la tak perlu di pertikaikan…aku rasa kalau artis lain yang menang pun memang tak patut…mula-mula aku pelik, fungsi sangkar tu?? aku dah dapat agak bila pandangan kamera dari sudut atas, okeh, ada sesuatu di situ yer…tunggu punya tunggu, pergh sekali FT jatuh dalam kolam la…ler, rupanya bawah sangkar tu ada ayaq…hebat..hebat….!!! part yang paling menakjubkan bila dia sambung balik nyanyi dalam keadaan basah kuyup..lencun ….awww….sexy you allllll….
sebenarnya aku terkesan dengan persembahan FT untuk ‘Selamat Malam’ walau pun simple tapi serius aku tersentuh…sobs..sobs…

kalau soal busana pula aku suka dengan baju Yuna yang kaler oren tu....


and buat pertama kalinya aku tertarik dengan baju yang Dato’ Siti pakai….cun seh….!!!!! 


sangat….sangat….sangat….lawa okeh….terutamanya baju si gadis semasa tu..Yuna, anda sangat cantik dan mematikan stigma wanita bertudung tak boleh bergaya sakan….baju tu memang kena sangat….

satu lagi aku nak puji. Pentas AJL kali ni sangat happening….gabak besar sebab tu bila Dato’ Siti bawa rombongan cik Kiah kena sangat la…kredit to Jibam (betul ke ejaan nama dia ni?) and produksi….satu lagi Anugerah Juara Lagu yang terbaik kecuali untuk keputusan juara tu yer…teeeettttttttt!!!!!!! 

16 January 2011

kehidupan kembali normal untuk dua bulan setengah ni….

selesai menjawab paper terakhir….yer, aku sangat tak berpuas hati dengan prestasi diri sendiri..macam hampeh jer..huhu..apa pun, ianya dah berlalu..nak menangis sampai banjir pun tak guna..lepas ni belajar dari kesilapan dan jangan ngegada nak ulang balik di semester kedua karang….kata nak score 4 flat kan..haruslah usaha di lipatkali gandakan…*berusaha* 

memandangkan aku bercuti sekarang ni, boleh la merancang aktiviti yang tertunggak….contoh paling besar, adalah blog ni…jadi, korang jangan terkejut kalau sekarang ni baru berkesempatan mengemaskini entri dan mungkin akan ada entri yang agak ketinggalan dengan isu semasa..tapi, still aku nak kongsikan kat sini juga…yalah, kan incik lappy tiada di sisi….

dalam masa dua bulan lebih ni juga untuk aku membayar segala hutang yang ada…kesian pada family dan girlfriends yang terabai….maaf, tak dapat nak luang masa..tapi kali ni siap lah aku..ngadap dorang sampai lebam..eh, silap..dorang yang kena ngadap aku sampai muntah..rasakan…hikhik…bermulalah, weekend yang sibuk…sangat sibuk sampai jadual aku untuk dua bulan setengah ni padat…gila, kalah Shahir AF8 tu…tapi, perkara pertama yang aku nak buat, menagih balik deria tidur…wa nak tidur cukup lapan jam….selamat malam…

11 January 2011

blog bercuti

incik lappy aku dah hantar pergi buat pembedahan plastik…jadi, memang tak la aku nak hupdate entri baru…kalau ada pun entri yang tak pakai banyak sangat ramuan… separuh masak…curi-curi masa update di lokasi larangan…mana yang perlukan ramuan tambahan tu aku peram dulu…..belum habis  sentuhan terakhir…yalah, kalau nak hupdate kat opis ni sah-sah la sumbernya terhad…lagi pun, gigih sangat la aku nak update time-time opis hour ni...jadi, blog bercuti smpai la incik lappy kembali ke tangan dengan selamat….jangan rindu I banyak sangat yer.. (perasan, macam la ada yang rindu)


11.1.11

cantik kan tarikh tertera di atas…entri ni takda kena mengena dengan tarikh tu pun…hikhik…

setelah mengharungi 3 kertas peperiksaan, tinggal lagu satu sebelum aku melengkapkan semester pertama…aduh, semua soalan menguji betul…sukar tahap gaban…di tambah dengan persediaan yang agak kelam-kabut susah aku nak ramal apakah bentuk keputusan aku nanti…*berdoa*

sah-sah diploma berbeza dengan degree kan…sah-sah persekitaran diploma dengan degree jauh beza macam langit dengan bumi…sah-sah aku kena lebih fokus  berbanding dengan diploma dulu yang mana sempat lagi pi berjimba-jimba walau pun nak ngadap exam besar….sah-sah tu bukan alasan untuk aku membanding-bandingkan diploma dengan degree…

jadi, cukup dengan penciptaan segala alasan cik zana…masa untuk berubah dan berpijak di bumi yang nyata…masa untuk merombak semula aliran kehidupan dan masa untuk meletakkan elemen study sebagai salah satu elemen penting untuk di beri sepenuh perhatian…tapi kalau persekitaran tak membantu, macamana yer???! aha, satu lagi alasan…

aku rasa kalau persekitaran tak membantu, aku perlu tukar ianya menjadi satu cabaran…nak tak nak kena juga hadap persekitaran tak seberapa indah tu….takpalah, belajar erti kesusahan sikit...fikir positif, ramai lagi yang lebih susah keadaannya dari aku ni hah…*senyum*

06 January 2011

Best Of Luck People

gambar ihsan incik google

04 January 2011

ada apa dengan facebook???

sejak-sejak dah ketagih untuk berkicau ni, aku jarang-jarang mengaktifkan laman sosial facebook..kalau ada pun, mungkin sesekali atau pun pengaktifan melalui telefon selular…sungguh, nafsu untuk berfacebook kian lama kian hilang…tak terasa teruja pun..hahaha…

mungkin rasanya aku dah mula hilang privasi kot.. err, rasanya kenyataan yang tepat adalah tak ramai dari kenalan dan orang terdekat ada twitter…tu yang aku sakan meluahkan apa yang di sukai di situ….yeahh…

atau mungkin ianya semakin lemau…bosan pun ada…kenyataan ni di persetujui juga oleh insan terdekat aku…di sebabkan itu, aku senang untuk berpoya-poya dengan twitter dan berlaku curang dengan facebook….ngeh…ngeh…ngeh… tapi, masih lagi akaun tu aku aktifkan…tak terfikir untuk nyahkan, atas beberapa sebab…

antaranya ruang berkomunikasi dengan rakan sekelas…kitaorang ni menggunakan segala medium yang ada untuk penyampaian maklumat mahu pun perbincangan serius atau suka suki….apa tidaknya, keterbatasan waktu untuk berjumpa bagi melakukan diskusi…apa je yang kitaorang tak pakai??? baik dengan YM, email, telefon, SMS, semuanya di guna pakai…termasuklah dengan facebook memandangkan mereka masih lagi kurang mesra dengan twitter….hampeh!!

lagi satu, di sebabkan peel suka bertukar nombor telefon (hehehe, tu termasuk aku juga la tu..tapi dulu…sekarang ni dah setia..) jadi, dengan adanya facebook, istilah terputus hubungan mungkin tak relevan kecuali tuannya on facebook setahun sekali atau tak ingat password…hampeh lagi sekali!!! 

tapi yang paling famous aku rasa, undangan walimatullurus menggunakan facebook…ni menduduki carta utama….cuma aku masih lagi bersifat konservatif…I still nak kad kahwin you alllsss….tak main la jemput pakai facebook ni…aku akan minta jasa baik mereka untuk mengutuskan kad tersebut...bukan apa, bagi menggelakkan aku lupa acara tersebut… =) sekurang-kurangnya kad tu bertindak sebagai reminder…

03 January 2011

Minggu baru di 2011

hari ni 3 januari 2011, hari isnin permulaan minggu baru di tahun baru…motip cerita pasal tarikh yang sememangnya takda kena mengena dengan den..wakaka…bukan apa, sempena dengan minggu baru ni aku ada mencipta azam untuk blog yang tak seberapa ni…

kalau di lihat, aku dah mula berjinak-jinak dengan blog pada tahun 2008..masa tu aku rasa naluri untuk mengarang ceritera membuak-buak semenjak aku melupakan arena diari…sifat malas semakin menebal dan itu yang aku berpaling tadah kepada blog…apatah lagi, ketika tu aku rasa aku keseorangan..tiada siapa di sisi untuk berkongsi kisah suka dan duka…sebab tu blog menjadi pilihan hati…menyampaikan prarasa hati kepada umum..apa saja kemarahan, kegembiraan, perasaan terkilan, sedih, duka lara, semuanya aku kongsikan di sini meski pun, blog bersifat privasi…bukan semua kenalan dan orang terdekat tahu kewujudan blog ni, aku rasa belum masanya untuk berkongsi dengan mereka…sebab tu bilangan pengikut pun tak seberapa ramai…bukan itu pun motif utama aku…sekadar untuk berkongsi dengan mereka yang bukan sebahagian dari hidup….kadang-kadang, berkongsi dengan mereka membuatkan aku serasa lega…

mula-mula gaya penulisan lebih ke arah suka suki…meaning, penggunaan tatabahasa yang bercampur baur dan ejaan singkatan yang bermaharajalela…isi kandungan entri pun ikut suka hati jer..takda penetapan dan gaya bebas….tapi, bila aku menjelajah blog lain yang lebih otai, indah pula rasanya kalau aku menggunakan bahasa dan ejaan yang betul..tak la 100% betul kan cuma nadanya tu lebih cantik untuk di baca supaya bila ada yang tersesat masuk blog aku nih tak la rasa pening kepala cuba untuk mencernakan maksud penyampaian…

sebenarnya, aku pun menyampah bila baca sesetengah blog yang menggunakan ejaan singkatan yang memerlukan aku baca lebih dari tiga kali sebelum memahami isi entri… =)
sejak tu aku cuba menggunakan bahasa melayu dengan betul dan meminimakan penggunaan bahasa inggeris….masa ni la pun, aku nak uji kebolehan bahasa melayu aku yang dah mula berkarat….nak pula bila di pejabat, penggunaan bahasa melayu sedikit terhad dan lebih berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris, tu yang aku cuba juga untuk mendekatkan diri dengan blog..di sebabkan selalu sangat menggunakan bahasa inggeris, ada beberapa perkataan mudah pun sukar untuk aku terjemahkan…poyo je bunyinya kan..tapi tu realiti…dan kesukaran tu semakin ketara bila aku mendaftar masuk ke salah sebuah IPTA yang meminimakan penggunaan bahasa inggeris..ambik kau, terkulat-kulat di situ…hahaha..

hasil dari tinjauan menunjukkan rata-rata mereka yang pernah tinggalkan jejak mengatakan kurangnya info dalam blog aku nih..ya, aku pun mengaku juga hal tu disebabkan banyak entri berkisar tentang hidup dan juga perasaan aku…budget artis je aku ni…hahah…nama pun personal blog kan, dah tentu-tentu ceritera aku je yang berkumandang di sini…tapi, mungkin apa saja yang menjadi kecintaan aku, boleh menjadi sumber informasi yang berguna untuk orang lain…

cabaran untuk aku bila perlu berfikir di luar kotak bagi memperindahkan lagi blog dengan penyebaran maklumat yang betul…makanya, ada beberapa azam aku dedikasikan untuk blog ni…

penggunaan bahasa….
cuba untuk meminimakan penggunaan bahasa inggeris tapi mungkin ada juga yang bakal terselit…kita kasi warna sikit lah supaya tak statik sangat...sastera ker?? yer, kadang-kadang aku ni memang jiwang sikit…hahah...

kemasukan sumber informasi untuk perkongsian bersama…
ni akan aku usahakan…perbanyakkan membaca barangkali…=)

melebihkan lagi entri yang berkualiti….
tang ni aku akan cuba…bukan senang untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti tapi nak seribu daya kan….

sifat blog masih lagi belum berubah…akan terus di samarkan…tapi aku dah paparkan di twitter…mungkin satu hari nanti, sifat ni bakal menghilang kot…

01 January 2011

dan 2011 pun bermula....

hari pertama di tahun 2011...

harapan aku 2011, akan menjadi satu tahun yang cukup terindah dan kehidupan lebih teratur....ada beberapa agenda yang aku rangka dengan harapan dapat di capai pada tahun ni...

moga segalanya di permudahkan..amin.... =) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...