28 February 2011

SEDDIH...!!!!!!

hambik kau, dek usaha yang hampeh maka hasilnya pun hampeh juga..adoiyai, tak pernah-pernah tengok hasil yang sebegitu rupa…sebenarnya aku bersyukur juga sebab ianya sedikit tersasar dari apa yang aku jangkakan…ingatkan dua rupa-rupanya cuma satu yang sangkut…tu pun masih mendukacitakan sikit..

apa pun, yang terjadi dah terjadi..aku nak coretkan sejuta kekesalan pun takda guna dah…sebaiknya, aku akan manfaatkan peluang yang seterusnya untuk perolehan hasil yang lebih baik…taknak salahkan sesiapa, taknak mencipta alasan..semuanya atas kekhilafan sendiri..memandangkan semester lepas masih di awang-awangan dan tak berpijak di bumi nyata, aku mesti kembali ke dunia realiti..semester kali ni aku pasang tekad…taknak tengok hasil yang hampeh lagi..harap-harap, segalanya berjalan dengan lancar…readers, please pray for me ya… =)

25 February 2011

siapalah kita....

tak tercapai dek akal kita dalam menentukan nasib seseorang…bukan kita sebagai penentu mutlak…jadi, adalah sesuatu perkara yang sangat menyedihkan apabila kita memperkatakan tentang kesusahan atau kepayahan orang lain…dalam meniti kesenangan, kita tak boleh menindas mereka yang kurang bernasib baik…patutnya yang susah di bantu dan yang senang tu selalu beringat…pasti ramai yang dah mendengar istilah, hidup umpama putaran roda…tak selamanya kita di atas dan bukan selamanya juga kita sentiasa berada di bawah…siapa tahu, satu hari nanti orang yang kita tindas tu yang akan memberi pertolongan di saat kita memerlukan…berhentilah menjadi pengkritik..asyik mencari kesilapan orang lain walhal diri sendiri pun hampeh…aku tak rasa satu tindakan yang bijak untuk mengadu domba, umpama anjing menyalak bukit…satu perbuatan yang sia-sia dan akhirnya memalukan diri sendiri…sebaiknya, diri sendiri diperbetulkan dan bukan mencari kekhilafan orang lain…. 

Nota kaki:-
entri yang penuh dengan peribahasa kot..entah la, sekadar nak luahkan apa yang aku rasa…sedih bercampur lawak…sedih mengenangkan penindasan berlaku pada yang tidak layak dan kelakar pada si penindas…memperbodohkan diri sendiri sehinggakan aku rasa tak patut penghormatan di beri…

24 February 2011

Sarah Raisuddin + Shuib Sepah

tadi dok berjimba-jimba kat blog one of top designer kat Malaysia Hatta Dolmat...terbaca entri perkahwinan Sarah Raisuddin dengan bakal suaminya Shuib dari kumpulan Sepah..aku antara yang suka dengan suara Sarah ni..banyak juga lagu yang menjadi siulan dan kecintaan...jadi penasaran aku sekejap bila terdengar-dengar gosip pasal pertunangan dia dengan Shuib yang juga aku ikuti sejak minggu pertama Raja Lawak dulu...cute seh couple ni..sama kecil dan sama padan...nasib baik si Shuib ni dah potong rambut..rambut panjang tu buat dia serabai la...potongan rambut pendek lebih sesuai... =)
 

gambar di ambil dari blog Hatta Dolmat

aku teruja sebenarnya..teruja untuk tengok hasil rekaan incik Hatta Dolmat ni dan memang shantek sangat....

gambar di ambil dari blog Hatta Dolmat

tunggu pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 26 Februari 2011 ni..dan pada mereka yang rasa-rasa nak gunakan perkhidmatan Hatta Dolmat sebagai pereka boleh la pergi ke blog beliau di sini...


maaf ya, lupa mungkin tidak…

bukan senang kita nak lupakan setiap perkara yang dah jadi…sesetengah orang menjadikan kata maaf sebagai penawar atas segala-galanya..kata maaf tak mungkin menjadikan keadaan  pulih sediakala..mungkin ada sedikit pembaikan tapi bukan 100%...

tapi ada juga yang terlalu ego untuk memohon maaf…ego untuk merendahkan hati meminta kemaafan…jadi perhubungan yang dulunya mesra bertukar menjadi hambar…sedikit kekhilafan bisa menjadi punca…atau mungkin kesilapan yang tak sepatutnya sama sekali terjadi…mengambil kesempatan dalam perhubungan baik persahabatan atau dalam sisi lain, perbuatan yang tidak beretika…jangan jadikan asas kukuh persahabatan untuk sesuka hati melakukan tindakan tanpa memikirkan kewajarannya…

dan untuk pemberi maaf, melupakan bukan mudah..ya, kata maaf memang dah di beri tapi adakah hati bersedia untuk benar-benar melupakan dan membuka buku baru????! bunyi seakan klise tapi tu la pun kenyataanya…pemberi maaf juga bisa menjadi ego…memang cakap tak serupa bikin..mulut memberi maaf tapi hati….????

dan aku percaya ramai orang di luar sana yang berasa demikian…apabila soal hati dan perasaan dijadikan galang ganti natijahnya perasa perhubungan menjadi tawar…bersifat teman tapi mesra bukan tiket untuk melakukan penderaan emosi sewenang-wenangnya…patutnya lebih memahami tapi aspek memahami tu pun boleh disalahgunakan…mungkin pihak sana merasakan lebih mengenali pihak di sini menyebabkan sama sekali tak punya rasa dan berharap segalanya pulih seperti sedia kala tanpa perlu melakukan apa-apa…
hidup tak semudah di sangkakan la kawan…langit juga tak selalu indah membiru..kadang kala kelam sebelum membasahi bumi melalui tangisan titisan hujan…

secara jujurnya, untuk kembali seperti dulu mungkin sukar...belum sedia untuk melupakan tapi jangan risau maaf itu tetap di beri walau pun belum di minta…jalan terbaik, biarkan masa menjadi penentu..soal hati ni bukan perkara enteng...jangan di sangka hati terus bersifat rapuh yang mana bila-bila masa boleh bertukar menjadi sekeras kerikil…dan begitu juga sebaliknya..jadi, teruskan mengikut rentak hati sebab ia tak pandai menjadi pendusta…

23 February 2011

Muda

dengar lagu ni je membuatkan aku kembali ke zaman kanak-kanak...indah dowh kenangan tu...but, still have to be realistic right...kenangan tetap wujud dalam hidup walau pun sekuat mana kita ingin membuangnya....jadi, keep it...sekurang-kurangnya kita masih ada sesuatu untuk di kenang di masa-masa mendatang...percaya atau tidak, walau pun kenangan tu tak seberapa nak indah, tapi bila kita imbas balik pasti senyuman akan terukir...haiippp, jangan tipu yer...so, enjoy..... =)


Muda
Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua melangkah ke depan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kau dan aku macam tak biasa
Hoo..oo..

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua melangkah de depan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

c/o x2

22 February 2011

Tibute untuk Allahyarham Sudirman

mengenang 19 tahun pemergian beliau, aku dedikasikan entri khas ni...sebagai salah seorang jutaan peminat arwah, aku terkesan dengan beberapa himpuan lagu dendangan beliau...salah seorang penyanyi kelahiran Malaysia yang aku rasakan cukup berbakat dalam segala hal..peribadinya, akademiknya dan juga seni persembahan bersatu menghasilkan seorang anak seni yang amat di segani....

ada beberapa lagu beliau yang sehingga kini amat aku gemari...emosinya intim dengan gubahan dan bait-bait lirik yang cukup meruntun jiwa dan naluri...

Nilai Cintamu



Warisan


Jauh di sudut hati

Pelangi Petang


Merisik Khabar


dan yang paling aku cukup suka...

Salam Terakhir


sebagai peminat, jika kita masih teringat akan kelunakan suara dan keindahan peribadi, sedekahkan la Al Fatihah..semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman....

Al-Fatihah....

21 February 2011

hati gembira...

lima tahun tak berjumpa tak banyak yang berubah...segalanya masih lagi sama..yer, perjumpaan dah di aturkan sejak 2005 tapi baru sekarang dapat direalisasikan...kesibukan menjadi punca..bunyi seakan klise tapi tu lah pun kenyataannya...hampir sepuluh jam bersua muka, aku tak henti-henti ketawa...ceritera dulu kala di bongkar...hampir kesemua kawasan di jelajah...boleh di katakan hampir semua kedai di jejaki...erm, rumit juga ek bila si lelaki membeli-belah....rasanya lebih cerewet dari aku kot..hehehe....

tentatif program diisi dengan menambah kalori juga membuang kalori...ha ah, ranap juga la dier aku untuk hari ni...cis...tapi masih lagi mampu tersenyum..bak kata dia kan, untuk hari ni je pun diet aku hancuss...mau tidaknya, untuk hari ni jer dua label makanan segera terkemuka menjadi habuan perut... =)

sakan berjumpa dan berbual sehinggakan aku lupa waktu...patutnya ada yang menyertai kitaorang malangnya cik sibuk itu terlalu sibuk sehinggakan terpaksa menundanya...chill cik merah jambu, kita boleh plan lain hari...

makanya, kemungkinan besar perjumpaan akan di buat sekali lagi...sebabnya ada program yang teringin benar kitaorang buat, belum kesampaian...jadi, thanks to incik sesuka hati (aku panggil dia sesuka hati sebab dia ni kalau bercakap sesuka hati jer) untuk masa anda....

20 February 2011

salah ke keluar dengan boyfriend orang berdua???

saja entri kali ni aku bubuh tajuk yang mempunyai persoalan…apa pandangan korang tentang tajuk entri kali ni…

sejujurnya, pada aku tak salah kalau nak keluar dengan boyfriend orang lain berdua jer…tapi dengan syarat tak ada unsur-unsur motif tersembunyi la…dan yang partner pula, tak payah sampai nak kongkong bagai…bagi kepercayaan sudah... yang pihak lagi satu jangan ngengada nak khianat kepercayaan yang dah di beri…kena saling percaya…kadang-kadang aku pelik, apakah di sebabkan dah ada sesuatu hubungan, maka persahabatan di ketepikan…come on, be realistic (semenjak dua menjak ni, inilah ayat kecintaan aku)…takkan la nak kawan pun tak boleh…tak salah kan keluar selain dari kekasih hati…asalkan masing-masing pandai jaga batas dan sedar diri yang anda sudah berpunya…

19 February 2011

Murni USJ

pengalaman pertama makan kat kedai ni memberikan tanggapan yang buruk…SERIUS, makanannya LANGSUNG TAK MENEPATI PIAWAIAN aku…aku order nasi goreng tomyam..


tengok rupa pun korang dah boleh agak apa rasanya kan??? ya, memang tak sedap langsung… 
masin + pahit = rasa macam nak muntah ungu…
aduhai, apa ke teruk sangat rasanya…nasib baik adik aku ada order yang sedap sikit…ni rupa mee raja yang di order oleh beliau…


sedap la sikit walau pun tawar…apakah??? rasanya dia salah bubuh garam kot..tu yang makanan aku terlebih masin…mak aku pula makan nasi campur…


komen dia, makanan manis sikit dan rasa pula boleh la tahan…so, totally frustrated…tapi kekecewaan aku tu terubat dengan edisi pilihan air…










sekurang-kurangnya ada la juga yang sedap walau pun air je…malas nak taip panjang-panjang, buat tambah sakit hati…

18 February 2011

BFF gathering...

lokasi : pinggir bandar 
masa : 9.00 mlm waktu tempatan

masa untuk berjimba-jimba..sekali lagi girlfriends di ajak untuk bersuka ria..berborak kosong mahu pun mengadu domba…sambil-sambil tu menambah kalori yang sedia ada..aku rasa semua orang ada kecintaan yang sama...kecintaan terhadap makanan…apatah lagi duduk di bumi Malaysia yang kaya dengan makanan pelbagai rasa…taknak letak intro panjang, silalah menjamu mata…

 

dimana semua ni didapati…opps, maaf aku lupa nama kafe ni…korang jamu mata jelah yer…selesai mengisi perut, kitaorang berpindah untuk sesi cerita kedai kopi…


agaknya boleh kot kitaorang jadi duta starbucks…setiap kali berjimba-jimba mesti di akhiri dengan melepak di sini..mungkin suasana santai tu memikat hati..senang la nak berborak bagai kan…kali ni kitaorang takda berposing sakan dah..dek seriusnya topik borak santai, sesi bergambar di ketepikan...lagi pun, BFF aku ni dah cukup famous dah kat blog ni...tak payah la tambah populariti budak berdua tu...hehehe....

nota kaki :-
thanks to BFF for your time...lain kali kita plan lagi yer.. =) xoxo

17 February 2011

jiwang ke??

saja nak feeling-feeling mood jiwang…upload klip video salah satu lagu di zaman 80an (betulkan aku kalau salah yer)..antara lagu yang aku sangat suka..tak tahu kenapa tapi aku jatuh chenta dengan susunan muzik dan pastinya suara lemak merdu Ijam Medicine…walaweh, bikin gua tenggelam dalam perasaan tau..hahaha…ralit dok layan lagu ni, tetiba rasa nak pi karoks…panggilan kecemasan untuk girlfriends or siblings, jom kita???!!


Tika dan Saat ini

Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

c/o
Ku ulangi pertemuan
Walau hanya ku mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar

Saat ini aku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu

Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

ulang c/o

Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru

Ku masih sendiri...

16 February 2011

bicara bulan

Berbicara dengan sang rembulan
bicara sunyi tanpa suara
bicara tentang hati
bicara tentang perasaan
bicara tentang emosi

Misterinya agenda kata hati
abstraknya lakaran perasaan
si emosi yang penuh variasi

Persoalan hati sukar di tembusi
adakalanya sukar diterjemah
dan adakalanya mudah pula diteka

Aduhai sang rembulan yang setia
setia memancarkan sirnanya tanpa lelah
tolong pancarkan terang cahaya itu
tolong pancarkan pada yang di rindu
tolong pancarkan kepada yang merindui
percayalah, kau aku dan dia
melihat terang yang sama meski pun kelainan kaki berpijak 

Jadi biarkan bulan berbicara dengan bahasanya
bahasa alam yang
menjadi utusan rindu untuk kita
terima kasih wahai bulan
terima kasih…

transformasi

aku percaya setiap orang pasti mengalami transformasi…tak kira la dalam segi apa pun…ada transformasi yang membahagiakan dan ada juga transformasi yang melahirkan kerutan dahi…

terkesima sekejap aku di buatnya apabila melihat antara insan yang terdekat di hati mengalami transformasi pelik…ya, sangat pelik untuk aku yang dulunya mengenali beliau dari sisi berbeza dan sekarang ni berubah menjadi individu lain…perubahan yang dulunya mati-mati aku pertahankan…di saat sebilangan teman menganggap beliau akan berubah drastik, aku pula tidak berfikiran sedemikian..masih lagi mengakui fitrah asal dan yakin beliau tidak akan tersasar…

malangnya, ramalanku songsang…makin lama perubahan itu makin ketara…cuba untuk menidakkan situasi, tapi perkhabaran dari salah seorang teman membuatkan aku tersentak..terpaksa mengakui walau pun hati berat…sukar juga untuk aku memujuk diri untuk bersedia dengan transformasi ini…tapi, itu la yang sebaiknya…

barangkali pertemuan yang bakal di adakan (kalau jadi la kan!) mungkin mampu menjawab segala persoalan yang bersarang…di ketika ini pun, aku cuba merangka mukadimah yang paling telus dan sopan yang seboleh mungkin untuk dibentangkan supaya tiada yang terasa hati dan persahabatan juga tidak menerima sebarang kesan…masalahnya, mampu ke aku bersikap seperti dulu dan boleh ke aku menyesuaikan diri dalam transformasi ni???

15 February 2011

aku yang bersusah payah...

entri ni bukan bertujuan untuk meraih simpati mahu pun membuka pekung di dada..sekadar luahan untuk melegakan perasaan sendiri…acapkali aku berperang dengan perasaan sendiri…perasaan untuk memberontak dan memberitahu apa yang sebenarnya di rasa…malangnya, tu tak mampu aku lakukan di sebabkan ada pihak yang pasti akan memanipulasikan apa yang cuba aku sampaikan…bila si A menterjemahkan kefahaman yang berbeza, makanya si B akan menerima mesej yang salah…dan akhirnya pihak yang menjadi mangsa keadaan adalah aku…aku yang akan di persalahkan tanpa di beri ruang untuk memberi penjelasan…aku yang di gambarkan seorang yang tidak mempunyai perasaan…kejam kan…

aku pernah melakukan tindakan ni dan natijahnya, aku yang diletakkan dalam hukuman seolah-olah apa yang cuba di sampaikan hanyalah lahir dari seorang insan yang mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan mereka…huh…paling menyakitkan hati apabila ceritera ni terus di jaja merata tempat sekaligus membuatkan keadaan semakin meruncing…tak di nafikan ada yang mengerti tapi ramai yang menyalahkan aku terus..salah ke untuk aku mempertahankan diri yang terus diperlekehkan oleh mereka…mungkin dia tak sedar tapi ada kalanya kata-kata yang di lemparkan membuatkan aku rasa nak bagi penampar percuma…sedap berkata-kata tanpa memikirkan kesan kata-kata itu…aku yang kononnya terlalu berhati-hati mengatur bicara dek sedaya upaya menggelakkan ada yang terasa hati malangnya bukan itu bahagian aku…aku yang perlu menjaga serba serbi walhal, pihak satu lagi tak kisah pun…

2011 aku dah putuskan untuk berada dalam keadaan silent mode…malas nak kecoh-kecoh dan mempertahankan keadaan…mungkin berdiam diri lebih baik dari dok riuh sekampung…aku tahu, walau apa pun yang aku lakukan, walau apa pun niatnya tetap disalah mengertikan..jadi, biarkan kesunyian itu menjadi jawapan di atas segala kekeliruan keadaan….

14 February 2011

Valentine punya kisah...

apa yang tak best pasal valentine??? 

harga bunga bapak mahal…tapi, kalau ada yang sanggup nak melabur, ok la tu…duit sendiri kan..bukannya minta duit aku pun…heheh….hari ni lah, kalau kita pergi merambu ke taman bunga mahu pun pusat membeli-belah, menanah la mata tengok pasangan bercinta bermesra-mesraan…masa ni masing-masing nak tunjuk romantik..gasak la kan..pandai-pandai la jaga diri…

aku sendiri pun kurang pasti apa yang hebatnya dok sambut valentine yang pada aku tak perlu di spesifikkan hari tertentu untuk menyemarakkan lagi kasih sayang yang sedia ada…selain daripada harga bunga-bungaan yang pastinya mencanak naik dan tak masuk dek akal tadi, pada aku takda yang menarik pun…aku tak menyambutnya…walau pun di zaman remaja…tak perlu nak tunggu valentine baru feeling cinta…hari-hari lain pun boleh..jangan terikat sangat dengan hari valentine bagai…

pada yang muda remaja tu, tak perlu terlalu taksub okeh…sikit-sikit sudah…ni bukan entri dari orang yang cemburu ke apa tapi sekadar ingatan..masing-masing pun dah tahu soal hukum hakam…tak perlu nak di bahaskan…jaga diri hiasi peribadi…

13 February 2011

garisan

garisan dah mula tercipta
kisah ke aku dengan segala bagai garis tu??
provokasi metafora tak berbekas di hati
dek garisan yang mulanya aku cetuskan…
bijak mereka bermain langkah…
mengatur strategi yang hampir serupa…
tapi
sekali mereka endah, sejuta kali aku tak kisah…
mengukir senyuman tanda kemenangan..

12 February 2011

Ungunya Cinta


aku ternanti-nanti cerita ni main kat astro…teruja sangat nak nonton sebaik saja promo giat disiarkan…

keterujaan pertama, tentulah pasal Sharnaaz Ahmad kan…dan yang kedua adalah pengarahnya, Michael Ang…selamat di tayangkan dan pastinya aku selamat menontonnya..

satu lagi karektor Sharnaaz Ahmad yang aku suka…memandangkan memang aku dah mengikuti lakonan mamat ni sejak Tari Tirana lagi, jadi dah banyak warna dalam watak yang dilakonkan…watak Dani serasi..nakalnya buat aku menyampah.. serius, kalau aku la jadi cikgu dan ada anak murid sebegitu rupa mahunya sakit jiwa…kadang-kadang kelakar pun ada sebab aku pernah jumpa dengan mamat yang ala-ala sengal macam ni…memang sakit hati dowh nak berhadapan dengan orang sebegini..ada kalanya rasa macam nak bagi pelempang pun iya bila dia bersikap kurang ajar…

mula-mula tanggapan agak sinikal..mesti kisah anak orang kaya yang kurang kasih sayang…mak pak kaya tapi takda masa nak spend dengan anak..rupanya aku salah…di akhir cerita baru terbongkar semua…rasa sedih pula bertamu… satu part yang aku kurang selesa, bila Dani menjerit..rasanya mamat ni bukan jenis yang suara lantang kot sebab nampak nau terseksa nak jerit..pitch tak sampai…but still, aku suka…kedengaran bias kan, tapi aku tak puji kalau lakonan macam haremmm….

sad ending…rata-rata komen di facebook dan twitter tak suka dengan endingnya..tapi aku suka..realistik la sikit..dalam hidup mana ada selalu bahagia…ada juga kisah-kisah derita ni…credit juga untuk gandingan lawak Shira dengan Didie Alias…memanjang gelak jer bila dua watak ni bertemu…terlalu bersahaja sampaikan aku rasa diaorang ni tak terikat dengan skrip…

jadi, pada kaca mata aku, Ungunya Cinta sarat dengan pelbagai genre…bukan sekadar kisah cinta semata, tapi ada juga selit pengajaran lain…pada aku, silapnya Dani sebab tak luahkan apa perkara sebenar..patutnya habaq kat cik Ungu tu..sekurang-kurangnya dia tak salah sangka…tapi, tulah permainan cinta..tak sanggup nak tengok orang yang kita sayang sengsara..4 bintang untuk Ungunya Cinta...

nota kaki :-
follow Sharnaaz Ahmad di facebook dan juga twitter

09 February 2011

bukan semua BFF tau!!!!

BFF tak bermakna tahu serba serbi…hal luar dalam..tersirat mahu pun tersurat…masih lagi ada beberapa perkara yang perlu di simpan untuk diri sendiri tanpa perlu perkongsian maklumat berlaku…tu pegangan kukuh aku dengan BFF..tu juga cara kitaorang mencorak jaluran persahabatan yang dah pun memasuki 14 tahun…al-hamdulliah, tugu persahabatan terus kukuh tanpa sebarang ancaman dari dalam mahu pun luaran..tapi adat la kan..sesekali ada juga ancaman dari luar datang menyerang..cuma sikap tak ambil kisah menyebabkan ancaman tu mati dengan sendirinya…

tu resepi persahabatan 14 tahun aku dengan BFF…tak tahu la pula dengan korang…mungkin ada yang mengamalkan berkongsi segalanya dengan BFF…setiap dari kita ada kefahaman tersendiri tentang BFF ni…macam aku dengan BFF, kitaorang still lagi respect hak privasi masing-masing…kalau ada perkara yang nak di kongsi, silakan…tak jadi masalah..dan kalau ada yang perlu di simpan dan sama sekali tak ingin di ceritakan, pun kitaorang tak kisah…tak rasa apa-apa pun..jauh sekali berkecil hati atau yang sewaktu dengannya…orang kata, no hurt feeling gitu…ngeh..ngeh…ngeh…

sebab tu aku terkesima bila salah seorang BFF telah di asak dengan pelbagai soalan cepumas…hairan bin ajaib…adakah di sebabkan aku berahsia tentang isu peribadi dan memang tak la nak di kongsikan kat facebook bagai, maka BFF diterjah!!! dengan harapan segala persoalan dapat di jawab memandangkan BFF itu merupakan penyimpan mohor besar beta…salah tindakan tu cik kak oii…tak semua si BFF tahu…

kenapa la tak tanya tuan punya badan sendiri?!! kan lebih mudah…tak perlu nak dok asak BFF aku dengan soalan-soalan berperasa peribadi ni…kesian plak dengan BFF, terkulat-kulat menepis serangan dari pelbagai sudut…apa la yang nak di kecohkan sangat kisah hidup aku…jangan la pura-pura nak prihatin…aku faham sangat…orang yang jenis macam ni bukannya nak prihatin sangat pun, sebenarnya nak cari kelemahan je…mencari sesuatu untuk di bahaskan sesama mereka…

tahu kenapa aku keluarkan statement ala-ala kekwat ni…sebabnya, stail mereka yang taknak tanya aku terus memungkinkan fakta ni..tertanya-tanya juga aku…kenapa tak terus sergah aku…kan lagi senang…kita mungkin tak serapat mana tapi aku still lagi la kenal kan..

kelakar pun ada..masih lagi terbawa-bawa dengan stail zaman tok kaduk rupanya…erm, kita dah masuk alaf baru..toksah la nak kepochi sangat…macamana aku tak pernah ambil tahu hal orang lain, macam tu juga la aku harapkan…suka sangat agaknya jaja ceritera aku…tapi takpa, mungkin kisah hidup aku menceriakan hidup mereka yang suram..mungkin…selagi tak melampaui batas, aku masih lagi tersenyum…tapi, kalau dah capai had bahaya faham-faham jelah…

05 February 2011

ada masanya....

ada masa-masanya kita nak bersendirian...
ada masa-masanya kita perlu bersua muka..
ada masa-masanya kita menagih waktu seseorang...
ada masa-masanya kita inginkan teman berbicara....
ada masa-masanya kita serasa nak bersuka ria...
ada masa-masanya ruang berdua di cari...
tapi,
ada masa-masanya itu tak dimengertikan..
ada masa-masanya pura-pura tidak memahami...
ada masa-masanya waktu tak mampu di adakan...
ada masa-masanya bicara di sambut dingin...
ada masa-masanya aktiviti di jana bersama yang tidak undang...
ada masa-masanya ruangan yang terhad menjadi sarat...
jadi,
biarkan waktu terus menjadi penentu...
mungkin keselesaan di wujudkan bersama yang lain walau pun acapkali petanda di kirim...
cuma inginkan waktu antara kita tanpa kehadiran si asing...

03 February 2011

Gong Qi Fa Chai, angpow please…..

mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Cina dan juga seisi rakyat Malaysia…satu Malaysia kan, jadi perayaan juga di kongsi bersama… =) tu yang uniknya negaraku tercinta…
gambar ihsan incik google

02 February 2011

Entri khas untuk mereka yang sangat kepoh di panggung

rentetan dari entri khurafat aku terasa nak dedikasikan satu entri spesial kepada penonton yang kaki wayang yang mana tersangat la kepohnya mengalahkan kak nam…sebenarnya entri macam ni aku dah pernah buat dulu tapi masih lagi aku nak luahkan apa yang terpendam di sanubari…

setiap orang dari kita membayar sekurang-kurangnya RM 10 untuk menonton sesebuah filem…dan besar harapan supaya rasa tontonan itu dapat dinikmati dengan penuh keamanan, kesopanan dan kesusilaan…kita sama-sama bayar tiket jadi, tolonglah jangan merosakkan suasana..duduk kat kerusi tu diam-diam, layan filem sampai habis tayang…

filem khurafat aku tengok kat IOI Mall memandangkan masa tak mengizinkan untuk memilih lokasi lain…tu pun masuk 10 minit selepas tayangan bermula…sejarah betul bila masuk wayang lambat…jadi, bila dah lambat fokus tu agak lencong sikit…baru layan beberapa minit, fokus aku bertambah teruk…terbabas!!! bukan dengan jalan ceritanya tapi terganggu bila ada pula pengulas tak bergaji dalam wayang!!!! setiap minit minah ni dok merapu meraban entah apa-apa…

adoiii, nilah babak yang paling aku sakit hati tahap nak bagi pelempang putaran ribut sedas dua..makcik, tak perlu la nak membebel sepanjang ceritera berlangsung…ntah apa la balanya sejak dua menjak ni aku selalu berdepan dengan situasi macam ni…sangat menjengkelkan okeh…mula-mula sabar lagi..yelah, aku dah lambat masuk, taknak la buat onar duri…mula-mula jer..lepas tu sabar aku dah hilang entah ke mana…beberapa kali aku mencicip kuat dengan harapan minah yang poyo nak mati tu dengar…ada juga la aku terlepas ayat,

“isk, memekak jer!”

“isk, diam lah!” 

aku rasa laki atau pakwe dia sound..sebab aku ada terdengar-dengar si minah senget ni cakap “argh, biarlah..kita bayar tiket” sempat juga aku serang balas…

“memang la bayar tiket..tapi bukan nak dengar suara kau…”

tak pasti dengar ke idak..rasanya dengar kot sebab lepas tu senyap je duk belakang aku…aku dah plan…kalau dia still lagi pura-pura tak faham, aku nak bahasakan jer..biar orang macam ni faham..tak perlu nak memekak..kalau rasa diri tu hebat sangat nak kondem orang, pi jumpa Syamsul Yusuf pastu membebel la kau dengan dia…bagitau apa yang perlu dan tak perlu di buat..hebat sangat kan…

jadi, kepada mereka yang ada pe’el macam ni, rentikanlah…tak bawa faedah pun..silap-silap kau kena maki free-free dalam panggung…disiplin sikit yer…tak perlu nak tunjuk sangat sifat macam rusa masuk hutan..buat malu weh!!!

Khurafat


kali ketiga aku layan ceritera bersifat jiwa tak tenang selepas Final Destination III dan The Uninvited…sungguh, ceritera jenis macam ni memang bukan pilihan aku…jarang rasanya di pilih…bukan sebab takut tapi aku cukup tak gemar..nak pula bila ada sisi yang ngeri yang bisa membuatkan aku tak senang duduk dalam panggung…

paling tak boleh kenang bila kena paksa layan Final Destination III oleh BFF yang tak makan saman!! cis…dah la memang tak layan bahagian pertama dengan kedua, tup tap kena tengok sekual ketiga…memang menduga kesabaran…

tapi khurafat ni, takda siapa pun yang dok paksa aku..dek teruja dengan kutipannya membuatkan aku penasaran..best sangat ke ceritanya sampai mencapai kutipan sebegitu rupa…even, adik aku pun rekomen tengok khurafat walau pun dia sendiri tengok tak tengok…penakut juga rupanya sue muncet ni..hahaha…

dan selepas selesai menontonnya, ya aku akui kagum dengan hasil Syamsul Yusuf (SY)  kali ni…lain sikit dari ceritera yang sedia ada…tak perlu untuk aku berfikir kenapa begitu dan begini sebaliknya persoalan di rungkaikan terus..paling aku tak sangka adalah penghujungnya…tak terfikir pun itu penyudahnya…walau pun, ada beberapa bahagian yang membuatkan aku rasa tak logik tapi tetap juga nak bagi pujian…cuma kalau boleh dialog tu kasi tukar sikit..rasanya macam skema sangat kot…konsentrasi aku agak terganggu sikit dengan susunan dialog…tapi mungkin juga tu dah jadi trademark filem skop production…

aku ada dok baca komen-komen yang mengatakan Liyana Jasmay (LJ) tak layak pegang watak isteri…aku rasa okeh je lakonan dia..nampak sweet dan sepadan sangat dengan SY…watak LJ dalam khurafat tak mencabar seperti watak Anna lakonan Sabrina Ali (SA)…aku tabik dengan SA..watak yang berkesan…sebab aku boleh rasa kesian dan menyampah dalam satu masa…kesian sebab kena tinggal tapi menyampah pula bila tak faham bahasa..dah orang taknak, tak payah la terhegeh-hegeh..penghujung ceritera baru aku tahu kenapa dia jadi macam tu…

not bad at all…filem ni membuka minda aku…perkara macam ni memang wujud dalam masyarakat kita..harap sangat pada yang menonton tu dapat serap pengajaran…tak perlu gunakan ilmu hitam kalau sukakan seseorang…belajar terima kenyataan…tak payah pakai bomoh, setan segala…buat menyusahkan..tawan hati dengan cara yang betul bukan pilihan jalan yang songsang…tak amannya kalau hidup berpaksikan amalan syirik dan khurafat ni…

01 February 2011

ritma hati

lama hati tak segirang ini
bibir tak lekang mengukir senyuman

sesekali siulan nada dilontarkan
mengambarkan hati yang berbunga cantik

cahaya mentari bersinar gagah
hari yang suram bertukar wajah
cuaca jua seakan bermain teka teki
paginya berbalam kininya benderang

masih lagi senyuman itu menjadi hak milik
biarpun mungkin hayatnya sekejapan
tapi tetap bersyukur ceria sekurang-kurangnya rasa itu mulai menjengah

lepaskanlah


gambar ihsan incik google

nota cinta kuamati terakhir kalinya
cuba dan terus mencuba
hidup dalam kenangan
bukan sesuatu untuk di banggakan

Kemudian kulayarkan kapal kertas mengemudi samudera
membawa segala kenangan terlakar

Akal hati cuba untuk melupakan
tapi ternyata tak semudah di sangka…

Mulut menafi tapi hati masih terkenang
penipuan berlaku di situ
kenangan itu dan ini
kenangan di merata segenap
kenangan
kenangan
dan kenangan

Dia yang indah
dia yang bahagia
dia yang lucu
dia yang menyenangkan
oh kenangan itu kekal tinggal di sini

Permulaan langkah teragak-agak
tapi ini yang terbaik

Wahai hati, sila lepaskan ia
tolong pergi dan jangan pernah kembali
biarkan yang baru mengisi ruang
mengisi ruang yang ditinggalkan
moga hati kan terus tersenyum
tersenyum di sisi yang ada

Hidup dalam kenangan
bukan sesuatu untuk di banggakan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...