31 March 2011

Terasa Okay!!!!

semalam entri rasa gumbira kan, tapi hari ni mood akan bertukar…entri ni bertarikh 31 March 2011 bersamaan dengan hari terakhir di bulan Mac..

emm, emosi bercampur baur dalam bulan ni..meraikan pertambahan usia dengan penuh kesyukuran kerana masih bernafas di bumi ciptaan Allah, memberi sesuatu ganjaran kepada diri sendiri yang aku kira agak lumayan [sampai sekarang pun aku rasa percaya tak percaya jer bila melihat ganjaran itu.. =) ] dan melalui kehidupan seharian dengan insan kecintaan…tapi dalam rasa gembira tu, masih lagi terselit sisi dukanya…

yang pertama, kehilangan arwah ayahanda tercinta masih di rasai meski pun hampir 9 tahun berlalu…takdir di terima dengan redha dan titipan AL-FATIHAH ku kirimkan…bertambahnya usia juga menyebabkan aku berdepan dengan soalan cepumas yang aku sendiri dah naik jelak dan muak..tolonglah!!! I need my own space…jangan dok desak dan mengesa…kalau dorang sendiri pun dah kerisauan apatah lagi aku ni..tuan empunya diri..aku percaya lambat laun, ianya akan tetap berlaku..do pray for me okeh…

lagi satu yang buat aku tak mampu membohongi diri sendiri apabila kurangnya persiapan dari orang keliling…tahun demi tahun, rasa tu makin menebal..aku tak rasa adanya unsur kejutan di situ tapi entah…tak banyak, sikit tu aku terasa hati la juga..tapi nak buat macamana..dalam hidup ni kita tak boleh terlalu meletakkan harapan setinggi gunung…sukar juga mengharapkan timbal balas atas apa yang kita dah lakukan…walau pun rasa sedih tu masih ada, tapi bila kita gembirakan orang yang kita sayang, sedih tu tak terasa sangat…seronok tengok senyuman terukir di wajah mereka walau pun dalam masa yang sama hati kita menangis…

pada aku, kedukaan bukan untuk di pertontonkan…sebab tu aku gunakan medium blog untuk luahkan rasa…sekurang-kurangnya aku rasa lega walau pun tak berkongsi prarasa ni dengan mereka secara peribadi…aku perlu kuat untuk memberi kekuatan pada mereka yang perlukan kekuatan dari aku…apa pun, tetap March yang indah untuk aku kenang…

maaf dari hati

aku tertarik dengan tajuk lagu dari kumpulan Sofazr…rasanya sejak kebelakangan ni dorang suka gunapakai tajuk yang tersirat dengan penggunaan bahasa yang indah..i like!!! sebagai contoh hingga hujung  pernafasan langitku…walaweh, semput nak menyebut dalam satu nafas..panjang yang amat tajuknya pun…kali ni aku suka dengan frasa maaf dari hati…ermm, takda kena mengena dengan gelojak perasaan pun..sungguh..aku suka dengan lirik dan iramanya…cepat mesra telinga…sekali dengar aku dah jatuh chenta…korang, nikmati jelah…



30 March 2011

permintaan hati

gambar ihsan google
masih lagi dalam mood hari kelahiran…maklum lah, bulan Mac belum berakhir kan so feeling la lebih sikit..aha, bercakap mengenai tajuk entri, ada beberapa wishlist atau permintaan hati minta untuk di perkenan…

cepat atau lambat, tolak tepi dulu..sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk di letakkan sebagai tanda ingatan…yelah, kalau tahap-tahap shaheizy sam tu lain la..boleh jer bebila masa pi beli apa yang di hajati di hati..kata kaya raya…tapi untuk orang yang tak seberapa kaya raya macam aku ni, kena la tunggu bila ada rezekinya…aku taknak publish apa wishlistnye..biaq aku sorang je yang tau..jengkel kan??? kahkahkah…kadang-kadang aku pun rasa jengkel dengan diri sendiri..ngada-ngada je lebih…buat entri wishlist tapi taknak reveal apakah ia??? tak ke sengal tuh…ala, normal wishlist kot..rasenye sama juga macam orang lain..

aku nak beli kereta sendiri..

gambar ihsan google
rumah besaq yang ada swimming pool macam rumah linda onn…


pi melancong keliling dunia..

hah, yang part melancong ni kalau boleh aku nak merasa pergi Bali…yeah, pergi dengan famili…macam best je kan…soon…insya allah… =)

dan ada juga beberapa wishlist kecil-kecilan yang mungkin sikit masa lagi aku perolehi…

apa yang nak aku tekankan kat sini, tak salah nak ber wishlist bagai, yang penting realistik…mungkin ada yang kata wishlist ni sama dengan angan-angan..tapi tak salah kalau nak berangan-angan..dengan angan-angan la juga kita boleh mencapai impian (macam pernah dengar je ayat ni, tapi kat mana yer???)..yang mustahak, jadikan ia realiti dengan semaksima usaha…  *kenyit mata*

26 March 2011

teman baru

ini bukan gambaran sebenar..credit to incik google
ahaks, nilah kawan baru sebelum aku berjumpa dengan yang realiti…

ada kalanya lepak sini lagi tenang daripada tempat-tempat yang sebelumnya…sebenarnya baru juga la belajar lepak sini…sebelum ni tak berkesempatan dan aku kira tempat ni bakal jadi persinggahan untuk aku…tahu kenapa???

selain dari keadaan yang sunyi sepi maklumlah, nama pun library..takkan nak hiruk pikuk macam kat pasar malam plak kan, sebab utama juga takda yang kenal aku kat sini…amboih, feeling artis plak..kau ingat kau diva ada yang nak kenal…hahahah…

bukan apa, bosan juga kalau study kat tempat yang bising..aku ni jenis yang kalau nak study mesti cari tempat sunyi sikit..kalau nak bising pun aku cuma nak dengar irama hati yakni muzik sebagai selingan untuk hilangkan stress…

hasil yang tak seberapa bagus menyebabkan aku nak pulun habis semester ni..cuba perbaiki apa yang patut…situasi rumah agak terganggu dan sebab tu aku menjadikan library sebagai gantinya…lepas ni jadi awek library la aku…

elleh, macam tak biasa plak..dulu masa dip pun rajin juga aku lepak situ… =) buat entri ni pun menyebabkan aku rindu kat teman-teman masa dip dulu…dah tentu-tentu la teman sebilik, sebantal, setilam dan semangkuk maggi cik ija yang cun melecun…heheh…

24 March 2011

motip berblog....

aku ada dapat beberapa komen yang mengatakan blog aku ni kurang informasi..

well, tu memang betul..tujuan utama aku berblog adalah semata-mata sebagai medium untuk aku meluahkan apa saja yang terlintas di fikiran tapi dalam keadaan terkawal…terkawal membawa maksud di sini, aku tak dedahkan identiti sebenar individu terbabit..menggunakan bahasa kiasan atau gelaran tertentu untuk lebih kemanisan…

medium blog sebagai alternatif untuk aku meluahkan segala bentuk emosi..rasanya aku pernah nyatakan kat sini, kadang-kadang kita rasa lebih selesa berkongsi perasaan dengan orang yang tak di kenali…berasa lebih selesa bila aku espressi kan perasaan di blog dengan pembaca yang rata-ratanya aku tak kenal..untuk sesetengah hal la…hal-hal lain masih lagi aku memerlukan khidmat BFF a.k.a Girlfriends…

memandangkan blog masih lagi bersifat privasi…bukan semua insan terdekat tahu kewujudannya…tapi aku rasa tak lama lagi hilang dah privasi ni..hehehe…sah-sah dah publish kat twitter kan...haruslah, nilai privasi semakin menghilang…

agaknya, aku dah bersedia untuk berkongsi blog yang tak seberapa ni dengan insan di kenali..walau pun rasa segan banyak, yelah blog ni bukan banyak info dan tak best berbanding blog otai yang lain tapi aku dah bersedia bila sampai masanya mereka dapat menjejaki blog ni..

mana yang terasa hati dengan entri-entri tertentu tu, nasib la! kata luahan kat blog sendiri…so, ikut suka aku la nak menulis….siapa makan cili, dia yang terasa bahang kan..teeetttttt!!!!! apa pun, maaf dari hati kalau ada yang terguris… =)

nota kaki :-
aku menulis bukan kerna nama atau pun RM….lalalalalala….

23 March 2011

Ganjilnya cinta

Cinta
satu frasa mudah
ayat ringkas tapi punyai pengertian mendalam

Cinta
bisa merubah
bisa membaik
dan bisa berselirat

Bahagia
merana
gembira
berduka lara
terasa di sayangi
terasa dipinggir
semuanya bersatu di dalam alunan

Dek cinta
yang baik bertambah baik

Dek cinta
yang pahit di telan walau pun terkadang perit

Dek cinta
sabar di perlukan, tangani segalanya secara berhemah

Dek cinta
lupa dengan keadaan
sesat dalam persekitaran
dibutakan pandangan mata dan juga bahasa hati

Dek cinta
hilangnya pertimbangan diri dalam mentafsir keputusan rasional

Dek cinta
kerap juga perasaan di pandu emosi

Terkadang sukar di mengertikan
atas satu alasan,
hanya kerana cinta

terima kasih incik google


22 March 2011

Tunggu jelah

prinsip aku dalam persahabatan, mudah aje…

please give and take…

macamana aku meletakkan keutamaan terhadap seseorang (tolak tepi isu BFF atau tak sebab konsepnya tetap serupa) macam tu juga aku nak terima aspek yang sama..masalah yang selalu aku hadap, orang akan mengambil kesempatan atas sikap aku yang mungkin menjerat diri sendiri…

tulah, bila aku dah mula selesa dengan seseorang secara mudahnya aku akan memberi pertolongan tanpa sebarang kompromi..tapi bila aku perlukan pertolongan, memang tak la nak tolong pun…adakah itu adil wahai para pembaca budiman? sekalian??!! mesti ada yang kata aku mengungkit..no!! that’s not the point…

apa yang cuba aku sampaikan adalah, sejauh mana nilai persahabatan boleh di ukur melalui perkara-perkara yang remeh..kedengarannya macam perkara kecil tapi tu juga boleh menjadi sebesar-besar alam…

nilah situasi yang aku hadapi sekarang…serius, aku dah mula menyampah dan rasa jengkel…terasa yang teramat-amat sampaikan membunuh semangat aku…tapi, Allah Maha Mengetahui…petanda untuk aku mencari yang lebih sesuai walau pun untuk menjadi seorang kawan..

tu pun kena ada serasi juga kalau tidak, susah nak harungi dunia persahabatan… mungkin aku yang tak bisa mendalami dunia mereka atau mereka yang sesat dalam persekitaran aku…jadi, dalam keadaan sekarang aku akan menilai dan membuat pantauan sehingga berjumpa dengan mereka yang boleh memberi keserasian…atau mungkin, bermesra dengan semua orang tapi bukan untuk menjadi intim…

kita tengok dulu dalam beberapa bulan ni…

18 March 2011

alam maya bukan pengganti realiti

pernah tak korang keluar dengan manusia yang sibuk dok mengadap gadget….berSMS dengan buah hati, BBM, update facebook, twitter dan yang sekutu dengannya???

ada tak rasa-rasa macam nak bagi pelempang??? kalau sesekali tu ok la kan..maybe ada SMS penting atau panggilan yang perlu di jawab..tapi kalau dah asyik mengadap benda alah tu, lebih baik takyah keluar langsung….duduk rumah pastu ngadap sampai lebam…

aku tak la terlalu lembs atau taksub…yer, aku juga penggemar laman sosial..tapi tak la benda tu jadi pengganti kehidupan sosial aku..still prefer keluar bersemuka, lepak-lepak, cerita kedai kopi (ayat rasmi aku kan) tanpa perlu mengadap gadget 24 jam tanpa henti…sakit hati kot bila kita dok borak dengan dia tapi tangan dok ralit menekan pad kekunci a.k.a keypad…sah-sah la tak fokus…

walau pun dunia semakin maju, internet tanpa sempadan katanya…sekarang ni dah boleh buat video call bagai…semua ni aku kategorikan sebagai komunikasi sehala…sebab, kita takleh nak espressi sangat…keterbatasan emosi pun iyer juga…lagi indah kalau dapat bersemuka dan berjimba-jimba secara langsung…dapat tengok muka..tu yang penting la kan…sekurang-kurangnya boleh la menangis dari bahu ke bahu serta bertepuk tampar….mesra sikit kan..hehehe….nasib baik BFF aku tak macam tu..kalau tak haruslah aku sekeh sorang-sorang…

nota kaki :-
bila anda nak dating mahu pun berjimba-jimba dengan saya, tolong letak gadget ke tepi…hanya guna bila perlu…terasa kot kalau tak di beri perhatian tatkala bersua muka……

17 March 2011

dan kelas pun bermula...

patutnya kelas dah bermula minggu lepas, tapi terpaksa tidak menghadirkan diri atas sebab program keluarga….terus aku hubungi teman sekuliah untuk meminta belas ihsan menghantar segala nota melalui email…terima kasih rakan…kata dunia dan canggih..sila la gunakan dengan sebaik mungkin…hehehe….

haih, baru mengadap nota untuk minggu pertama mata dah berpinar…tersangatlah kabur dan berbalam-balam…satu haram pun aku tak faham…apakah??? maknanya, aku kena tangkap dan serap seberapa segera untuk menyiapkan diri menerima pembelajaran untuk minggu kedua…mak aiiih, yang pertama pun belum nak faham kena masuk yang kedua…tapi takpa…fikir positif…hopefully, minggu ni segalanya serba okey…amin…

15 March 2011

Jual karipap bodoh pun nak dengki juga ke weh!

adat orang berniaga kan…pasti ada yang cemburu tahap cipan walau pun kau hanya penjual nasi lemak dan kuih muih di tepi-tepi jalan….sebab tu si pendengki itu dengan baik hatinya akan menghantar segala macam benda untuk meranapkan bisnis yang baru nak berkembang…

pada mulanya aku pun tak seberapa nak percaya benda-benda gini tapi nak taknak kena juga percaya bila ianya berlaku di hadapan mata..hah, sebelum terlupa..aku bukanlah si penjual itu…hanya ingin berkongsi cerita untuk renungan dan peringatan bersama…

kadang-kadang pelik dan lawak mak limah bunyinya bila mengenangkan input perniagaan sekadar nasi lemak dengan kuih muih sahaja tapi mak aiii, tahap dengkinya mengalahkan orang jual kereta sport pula…makcik, apa la salahnya orang lain berniaga…toksah la nak dengki..rezeki masing-masing kan..takyah la tabor nasi kat dalam periuk karan orang lain..bawak-bawak rentikan! segala benda khurafat tu tak payah la dok nak kirim…cuba fikir, kalau-kalau perkara ni terjadi kat diri sendiri atau pun kaum kerabat anda…

tapi cakap pung pang pun tak guna!!! kebiasaannya orang macam ni bukan ada akal dan hati perut..kerjanya suka menjahanamkan hidup orang lain…dengan kata yang mudah di hadam, biar sama-sama putih mata..mau idaknya…kalau dia pun berniaga juga tapi kesedapannya nan hado, memang takkan laku..tu yang muncul sifat dengaki dan iri hati…penyudahnya, benda-benda syirik menjadi pendamping..

apa pun, Allah menyuruh umatnya berikhtiar..aku doakan moga-moga si pelaku menerima hidayah dari Allah..buat si penjual pula, jangan risau..anggap semua ni dugaan…tapi kuih karipap yang di jual memang terbaeeekkkk!!!!

11 March 2011

usia tambah satu angka...

adoiii, dalam minggu ni aku teramat la sibuknya…walau pun bukan majlis sendiri tapi aku pula yang terasa VIPnya…berulang alik dari rumah lama ke rumah tak seberapa lama amat memenatkan…walau pun jarak tak la jauh sangat tapi kesesakkannya membuatkan aku bertambah sesak…taknak cerita pasal hal rumah yang menyakitkan hati dengan pe’el penyewanya, aku nak tukar topik…

semalam aku genap 17 tahun…teeetttt…..!!!! (blog aku pula kan, jadi terpulang la nak letak usia berapa…ahaks) pertama kali di hari istimewa aku sibuk dengan urusan…satu hari bersama incik aduka, malam baru la aku sampai ke rumah…membelek segala pesanan yang masuk di telefon..

terima kasih untuk yang memberi ucapan dan tak lupa kepada yang mendoakan aku bertukar status…amin…moga-moga doa korang dimakbulkan…hehehe….

tahun ni ada istimewa sangat….al hamdulillah, item yang aku teringin dah di perolehi…syukur dengan nikmat Allah…takda apa sambutan yang menarik pun…sama seperti tahun lepas, nak pula aku ni bukan penggemar kek jadi sambutan dengan kek ni aku kurang gemar sebabnya nanti aku tengok je kek tu kan..mana adil dowh….hikhik…

seperti biasa, syukur ke hadrat Ilahi, masih lagi bernafas di bumi Allah..menghirup segar udara dan menikmati kehidupan bersama insan kecintaan…walau pun hidup penuh warna tapi aku tetap gembira..mana yang elok, jangan terus di telan…dan yang kurang tu pula jangan terus di buang…ada beberapa impian aku untuk tahun ni dan moga di makbulkan…tak perlu dinyatakan, biar aku je yang tahu… =)

sekali lagi, terima kasih pada yang mengingati…sungguh, aku sangat terharu dengan segala ingatan tersebut….semoga Allah merahmati kehidupan kita…

nota kaki :-
boleh tak, nak demand majlis kejutan…*gewdix*

08 March 2011

bila tak gembira...

bila rasa gembira, tepuk tangan…*tepuk-tepuk*
bila rasa gembira, hentak kaki *hentak-hentak*
bila rasa gembira begini la caranya..
bila rasa gembira buat semua *tepuk…hentak*

tu kalau kita gembira, kalau tengah berduka lara macamana pula??? haaa, tu la motifnya pun lagu ni di cipta…tak payah nak kusutkan hati dengan berduka lara…ceria-ceriakan hidup korang…ada beberapa perkara yang boleh di lakukan jika anda sedang bersedih….

yang pertama, mari berdansa…
gambar ihsan incik msn
dalam satu kajian yang aku tak ingat siapa pengkajinya, muzik boleh meransang adrenalin seterusnya menghasilkan hormon yang menggembirakan minda…eh, tak payah susah-susah nak pergi clubbing…buat kat rumah pun boleh…tapi, jangan la pula buat depan mak bapak korang..kang kena penampo plak..terus hilang perasaan happy…lagi satu, jangan pasang muzik yang terlalu kuat sehinggakan mengganggu jiran sebelah menyebelah…sensitiviti jiran pun kena jaga sama juga…

yang kedua, pergilah cuti-cuti Malaysia…

gambar ihsan incik msn
mungkin petanda kesedihan tu menunjukkan dah tiba masa untuk korang merehatkan minda…yelah, kalau dah stress, sah-sah la perasaan pun terkena jangkitan kan….rancang percutian mengikut poket kewangan anda..jangan sampai terlebih budget..nanti penyakit lain pula yang muncul…

yang ketiga, ajak la BFF lepak sambil cerita kedai kopi…


tak payah sampai nak plan yang gedabak besar…cukup sekadar lepak sambil berbual kosong…borak santai + bergelak ketawa = hilang sikit prarasa tak gembira tu kan…

dan yang terakhir, cari punca kesedihan dan selesaikan dengan seberapa segera..setidak-tidaknya tak la korang terus terbuai-buai dek perasaan sedih…memang, sedih juga merupakan satu cara untuk mengekpressi perasaan tapi kalau dah asyik seddih jer, rosakkan emosi je kot…jadi, simpan sikit sedih dan isikan yang selebihnya dengan perasaan gembira…be positif okeh...

07 March 2011

semester baru..azam baru...

perolehan hasil menandakan semester baru akan bermula…setelah melalui semester pertama yang perit dan kelam-kabut, aku akan cuba untuk lalui semester berikut dengan lebih teratur…beberapa pe’el kurang sedap akan di buang dan penambahan pe’el baru akan di serap masuk…memandangkan permulaan semester baru ni aku dah semat tekad…berazam untuk mencantikkan hasil dengan penggandaan usaha juga pengurusan masa…walau pun aku tahu, pasti sangat keadaan sekeliling akan menjadi penghalang, tu bukan alasan…

cik zana,berusaha!!!!

Ingat Kamu

what a day..

hari ni jer tiga lagu sederet berkumandang di corong radio..lagu-lagu yang sama sekali mengingatkan aku pada seseorang…adoii, mengganggu perasaan betul!!! haih…sejujurnya memang himpunan lagu-lagu tu menjadi kesukaan aku dek ada peristiwa-peristiwa tertentu yang ada kaitan dengan beliau..

tapi tu dulu..sekarang ni kalau boleh aku taknak dengar langsung lagu-lagu tu…kalau boleh, sebab aku tau ianya memang tak boleh..takkan aku nak dengar saluran tamil pula kan… tindakan drastik di ambil bila aku memutuskan segala saluran yang bisa membuatkan kami berhubung… tulah lumrah manusia kan, bila sayang segalanya serba indah tapi bila rasa itu menghilang, kita pun cuba untuk melenyapkan segala yang berkaitan tentang dia… pada aku, tu bukan perbuatan yang kejam tapi lebih ke arah pengubat hati..biar masing-masing mencari arah hidup tanpa di bayangi satu sama lain..aku taknak perasaan serba salah bertamu di hati yang mana akan memberi kesan pada perhubungan sekarang… buat apa nak ingat perkara-perkara yang lampau mahu pun menyakitkan hati??!!!! adalah lebih baik kita menikmati hari ini dengan senyuman yang indah…

03 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

aku teruja sangat dengan filem ni..selain dari tarikh tayangannya yang cantik (pandai KRU pilih..heheh), buah tangan dari Abang Chik a.k.a Yusry KRU sangat aku nantikan..memandangkan ni merupakan Filem Epik pertama industri perfileman tanahair, tak salah kalau kita bagi sokongan..mana la tahu kot-kot boleh menang Academy Award ke, Oscar ke, dan yang sewaktu dengannya..membariskan muka-muka baru yang akan mewarnai lagi industri…idok la asyik muka yang same je dak…sesekali kena la tukar selera sikit..tengok dari sedutan trailer pun aku dah teruja…


jadi, sama-sama la kita pergi ke panggung 10 March nanti…kalau bukan kita yang sokong industri sendiri, siapa lagi yang nak sokong kan…

02 March 2011

kerana mulut...

pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa…tapi aku rasa macam nak buat pertukaran sikit..kerana mulut penampar kau akan rasa!!!sesekali dalam hidup tak salah untuk bersuara laser..aku pun kadang-kadang macam tu juga..tapi kalau sampai menghina orang lain, tu bukan satu tindakan yang bijak…kau dengan aku sama yakni tidak sesempurna mana..jadi, jangan la sesuka hati bercakap tanpa memikirkan kesannya…kadang-kadang aku jadi pelik..kenapa mesti nak sibuk, masuk campur dalam kehidupan peribadi orang lain…alahai, aku terlupa pula…memang sejak dulu lagi, tu jadi hobi dia kan…mentang-mentang la ada sokongan padu dari teettt..sebab tu jadi besar kepala..berbalik pada cerita kerana mulut tu, serius!!! ianya mencabar kesabaran…diam aku sebab taknak ikut jadi bodoh macam dia..seronok sangat kan memperlekeh-lekehkan perasaan orang lain..yelah, memang sekarang kau tengah dok sakan bahagia, tapi Allah Maha Adil..tak berniat nak mendoakan pun..still, aku tetap akan mendoakan yang terbaik, cuma aku tak boleh bohong diri sendiri betapa menyampah dan meluatnya aku di ketika dan di saat ini!!!!sebelum sabar itu menipis, bawak-bawak la sedar diri…kalau dengan menyakitkan hati tu boleh buatkan kau tersenyum gembira, teruskan la!!

kembali sibuk....

menginjak bulan march…

maknanya aku akan kembali bergelar siswi..

setelah bercuti lebih kurang dua bulan, tiba masa untuk aku memerah otak..mempersiapkan diri untuk berperang di akhir bulan julai nanti…weee~ rutin harian akan kembali sesak dan harap sangat aku tak sesat…

kali ni aku dah bersedia fizikal dan mental..segala kekurangan semester lepas aku bawa ke semester kali ni…

masa untuk berdating dengan segala bagai buku, pembentangan, assignment dan yang berkaitan dengannya… =)

01 March 2011

BFF birthday

sebenarnya sambutan birthday untuk Cik Sara di buat lebih awal..sebabnya kitaorang taknak berebut dengan cik abang beliau…selamat ulang tahun sayang…

 

apa yang menarik pasal awek ni??? tarikh birthdaynya empat tahun sekali, which is 29 January....tunggu next year baru celebrate meriah yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...