29 April 2011

bila nakhoda kapal ada dua...

Dah fahamkan Jack,
Jill pula keliru...
Bila dua dah di mengertikan,
Muncul pula konklusi baru...
Arah mulai songsang
mana nak di halakan haluan kapal
Jack bilang barat, Jill sanggah timur
Anak kapal terpinga-pinga...
Hasilnya, kapal berlayar tanpa tujuan selagi kata tak di capai
duduklah di tengah samudera tanpa kemana-mana........
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

belajar secara berjemaah vs. belajar sorang-sorang...

dah tiga hari dok berulang-alik ke Bangi untuk join gang study...semester lepas aku study secara single, kali ni nak try secara berkumpulan pula...so far so good...pengalaman lepas banyak memberi pengajaran buat aku...pilih kawan dengan bijak...dan sememangnya sekarang ni aku dah bijak...muahahah....*gelak riak*
bijak memilih kawan la...kalau boleh semester ni nak target dekan tapi macam susah jer..satu subjek dah ke laut...haih...tinggal dua lagi untuk aku cover sehabis baik...masa ni juga peluang untuk aku lebih kenal kawan sekelas...kadang-kadang sentap juga bila depa cerita si polan tapi aku kabur sebab tak kenal siapa gerangan insan yang di perkatakan...dan-dan claim aku anti sosial...ceh!!!
sebenarnya, baru nak mid term tapi dia punya neves tu dah ngalahkan final..hambik!!! tak pernah-pernah rasa macam ni...sebab tu peluang untuk join gang study ni aku tak lepaskan...kena la kawan dengan orang yang bijak laksana, kot-kot terkenan pula aura dekan..heheheh...sebelum nak final, kena la pulun abis…. =)
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 April 2011

Kenapa PHD sinonim dengan melayu??!!

entri kali ni idok ler nak membangkitkan isu sentimen ke hape..tapi sekadar nak luahkan pendapat melalui pemerhatian sekeliling…mereka-mereka yang rapat dengan aku tahu sangat frasa yang sering aku guna pakai bila berhadapan dengan isu yang merimaskan sangat ni…ikut kefahaman aku, kejatuhan atau kebangkitan orang melayu adalah di sebabkan orang melayu itu sendiri…kenapa aku menulis sedemikian rupa??? herm, menulis berdasarkan pengalaman hidup…

ada beberapa pe’el yang buat aku sangat rasa jengkel iaitu :-
sifat perasaan ingin tahu yang akhirnya membawa kepada penyibuk terhormat 
semua benda nak tahu…kadang-kadang sampai kita jadi rimas…setiap perincian nak di ambil kira..dah kalah si Hatta Dolmat buat baju pula…hehehe…kalau di fikir-fikirkan golongan orang macam ni prihatin dengan kita…sayang lebih…setiap benda pasal kita nak ambil tahu…tapi kalau dah tahap teruk sangat haruslah kena sembur kan…tak salah nak tunjukkan sifat prihatin tapi jangan sampai memburukkan keadaan…orang tua-tua kata biar berpada-pada…
menjaga tepi kain orang lain sehingga membawa kepada fitnah….
ni lagi satu penyakit orang kita…terlalu senang untuk mereka-reka cerita berdasarkan apa yang di lihat…macam ni lah, kalau sekali kita bercerita tentang orang lain yang mana sama sekali tak betul, kebarangkalian untuk cerita tersebut bertukar menjadi fitnah adalah tinggi…tu belum campur lagi dengan aktiviti menyampai-nyampai…dari cerita A, di tokok tambah sampailah cukup 26 abjad…banyak tipu dari betulnya…
tak senang dengan kejayaan atau kelebihan orang lain sehingga membawa kedengkian maksima
ni top list..menduduki ranking no. 1…serius weh..kat mana-mana pun confirm akan jadi…dari aku alam remaja sehingga jadi muda belia ni, benda alah ni sering terjadi…tak boleh ke fikir positif jer…jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk kita capai taraf atau mungkin jadi lebih terbaik…ni tak, nak naik dengan cara menjatuhkan orang lain…talk elok tu bai!!! selagi boleh cari cacat celanya, celah mana pun di korek…yer, memang bangga kan kalau tengok kejatuhan orang lain tapi rasa bahagia ke kalau buat macam tu???!!! kalau kena kat diri sendiri indah tak???
aku tak kata aku ni manusia sempurna..mana ada yang sempurna tapi kita di tuntut untuk mencari kesempurnaan itu…jadi, sama-samalah perbaiki diri sendiri..buang segala yang tak seberapa nak elok dan simpan mana yang patut di simpan…
nota kaki :-
benar kata Doktor M, melayu mudah lupa   
renung-renungkan lah

26 April 2011

Bukan senang nak jadi artis tau!!

kali ni entri agak santai…aku mengaku aku pencinta hiburan..segala bentuk hiburan yang sesuai di hati asalkan tak melanggar batas…

sebenarnya dunia realiti dan dunia hiburan tak jauh beza pun..kalau ujud perbezaan, sekadar dalam ruang lingkup itu sendiri..yalah, sekali dah jadi artis muka dah kira muka passport..orang kenal…apa yang berlaku semua nak di ambil tahu…tak kisah la peribadi atau pun tak…terkadang aku rasa kesian…jadi artis takda privasi langsung…tindak tanduk akan di perinci…suka atau tak, tulah harga seorang artis…berahsia sangat kena kondem, terlalu terbuka pun kena juga…err, maksud aku dari segi ceritera atau pandangan la…lebih lantang dalam berbicara..bukan terbuka dari segi lain yer..haip, otak jangan fikir ke lain…seolah-olah kebebasan untuk bersuara dinafikan…

artis macam kita juga..manusia biasa yang ada ceritera peribadi masing-masing…takkan semua benda nak kongsi…kena la simpan sikit untuk diri sendiri…contohnya kalau di tanya pasal soal cinta..mengaku salah, tak mengaku pun tak boleh gak..antara sebab yang aku rasa dorang ni taknak mengaku :-

# takut saham a.k.a populariti merundum…nak pula kalau yang tahap-tahap fofular ni..hati peminat kena jaga..kata kau…

# peminat tak boleh terima kenyataan yang hatinya dah di miliki…bengong..yang ni aku sangkal..peminat sekarang dah matang…dah boleh terima kot..kalau ada peminat yang jenis macam tu memang la sengal..kau minat bagai nak rak pun bukan boleh dapat..lain la kalau dah memang jodoh kan…

# nak coverline..coverline apa pun aku tak faham..agaknya kes cinta terlarang kot..kuang..kuang..kuang…. takut cinta kecundang di tengah jalan..emm, kalau tak jadi malu juga la sebab dah pukul canang tup-tup putus…well, nama pun jodoh…bukan kita boleh jangka..cuma kalau boleh masa bercinta bagai nak rak almari tu, jangan la over acting..orang menyampah juga!

# sikap menjengkelkan segelintir peminat yang masih lagi nak kaitkan kisah dolu-dolu…(yang ni kalau aku jadi artis pun aku menyampah…get a life la weh..benda dah lepas..toksah nak ungkit!!) bayangkan kalau dah ada kekasih baru..tak ke tertekan orang dok kaitkan cinta lama..

tapi kalau tak mengaku pun susah juga…tak payah la aku nak sertakan contoh kat sini..korang sendiri pun lebih arif kan..bila tak mengaku ni peluang akan di gunakan dengan sebaik mungkin oleh mereka yang mempunyai ciri-ciri ‘player’…selama ni dok cover baik then bila dah break off satu Malaya tahu.. mesti orang lain terpinga-pinga..ntah bila masa bercintanya, alih-alih dah putus…emo di tunjukkan terang benderang…tambah sakit hati bila cara putus itu agak kejam…kes cureng la kan.. apa lagi, unsur coverline di situ… dah la kena coverline,takleh nak kongsi dengan peminat..putus pula cara macam tu… sadis wooh…

kalau nak di fikir-fikirkan, kita sebagai orang biasa pun mengalami benda yang sama juga..tapi taklah sampai jadi tajuk utama akhbar mahu pun perbahasan di laman-laman forum juga blog…sifat kepochi yang menebal yang membuatkan aku sebal…lagi teruk dari wartawan yang ada kat bumi Malaysia ni..dia punya sibuk tu, nauzubillah…boleh mencabar kesabaran okeh..dah la aku ni agak menyampah + meluat dengan orang yang memandai-mandai ni…anti sangat…takyah la nak sibuk jaga tepi kain orang lain…jaga ke hal sendiri…

buat artis kat Malaysia ni..tak kira la kau fofular atau suam-suam kuku, warm warm nail bak kata Jihan Raja Lawak…korang buat la apa yang korang rasa betul…tak salah untuk jadi diri sendiri walau pun makan diri…kebenaran memang menyakitkan tapi tu lah ubatnya pun…

23 April 2011

Sangat Mencabar okayyyyy!!!!!

belajar dalam keadaan sekarang aku rasa sangat mencabar..tahap kritikal barangkali…

apa taknya, mana nak mengadap segala bagai kerja tutorial, assignment dan lain-lain yang berkaitan lagi…pastu nak bahagikan masa antara kerja, keluarga, kekasih hati dan juga waktu untuk berpoya-poya..gila tak cukup…tak campur dengan waktu untuk beramah mesra dengan laman sosial yang menganggu gugat emosi..runsing aku kalau tengok blog bersawang, tiada kicauan di buat kat twitter…jadi, tu pun perlukan perhatian khusus juga…

dugaan sangat bila kau ada masa lapang dan berhajat besar nak luangkan pada twitter, tiada pula yang aktif…geram jer..tapi bila baru je nak ngadap segala tugasan yang tertunggak, mak aiihhh, meriah pula di situ…tak ke rasa di panggil-panggil untuk turut serta…sudahnya, blacky di hadap, buku di ketepi…hehehe…tu pada aku la…insan yang senang di pengaruh…hikhikhik…cobaaan katanya, tapi terpesong gak..muahahah...

jadi, ruang amatlah sesak…dah kalah sesaknya kenderaan kat LDP Puchong pula..heheh…perkara pokok di sini adalah masa..

pengaturan masa yang maha bijak amatlah di perlukan ye kawan-kawan…jadi, untuk merealisasikan itu, bantuan dari sekeliling di tagih untuk tidak mengeruhkan keadaan…bila keadaan di rencana ikut ketetapan masing-masing, toksah la ngada nak pinda bagai…susah untuk semua…terutamanya aku la..jujur okeh!!!

tapi, berbalik pada aturan asal…kita merancang, Allah penentu..kalau setakat hal-hal remeh temeh ni, tak payah la sampai menyusahkan pihak lain…masing-masing pun ada tanggungjawab sendiri..do respect each other…

21 April 2011

Zon Bengang!!!!

mata dah rabak
hati tercuit
perasaan di cabuli
emosi  sesak

gandingan yang cukup sesuai untuk bikin suis marah dan bengang diaktifkan…

nak di luahkan, sah-sah ada yang tersentap
nak di pendam, takut diri sendiri tak mampu nak pikul

penyudahnya, semangat sinikal ku seru!!!!

20 April 2011

I’m not stupid okay!!

one incident happen and I get my lesson from that…it’s make me sad..it’s make me wondering, what kind of people you are…in other hands, I know that was my mistake but doesn’t me you can make a fool on me…it’s frustrated when you really need someone help, but…I don’t know….I don’t know how to describe the feeling….but right here, right now, I’m so upset… maybe I’m so emotion…emotional in small thing from your point of view, but for me that shown that who you are exactly!!!!!!

19 April 2011

Happy Mood

Thank you Allah for all this…
Al-Hamdulillah, nothing bad happen…
babe, I told you right… =)

18 April 2011

Is that your mood??

Monday

 Mad as hell!!

Tuesday

slowly coming out of it...

Wednesday

but not quite there, so watch it!!!

Thursday

 
 the end of the work week is in sight

Friday & Saturday

 

TGIF!!! Luv my Saturday

Sunday Afternoon


 
Oh-oh!!

Sunday Night

 
here we go again!!!!

17 April 2011

happy birthday sayang...

hari ni salah seorang BFF aku mencapai umur 27 tahun..heheh, welcome to the club babe…selalu juga aku perincikan tentang beliau dalam blog ni…yes, salah seorang keutamaan dalam hidup..kita bebas untuk bercerita apa saja dan Al-Hamdulliah, persahabatan sudah berusia 13 tahun dan dah masak sangat dengan perangai masing-masing…

sebenarnya, sambutan hari kelahiran beliau telah dirancang untuk di adakan sehari lebih awal oleh aku dan Cik Sara tapi yalah manusia merancang, Allah yang menjadi penentu..atas urusan mendadak, plan terpaksa di batalkan (harap-harap dia tak baca la entri ni..huhu)

apa pun, selamat menyambut hari kelahiran..aku doakan yang terindah untuk kau…moga segalanya berjalan dengan kadaran sempurna… =)

11 April 2011

Bila subjek sezarah diperbesarkan

ditanya A, dipulang jawapan B…
diminta keju, diberinya tempe…
di tagih pengertian, dicampakkan amarah…
memohon belas ihsan, caci maki yang dihadap…
belum selesai kesimpulan di buat, sepantas kilat lentingan di terima…
memang, adat perhubungan bersifat laut membiru…
ada pasang dan juga surutnya…
sebab itu, titik persamaan di cari bagi meleraikan kekusutan…
jadikan minda dan akal hati sebagai senjata dalam medan perbincangan
dan bukannya mengikut strategi emosi semata…
tapi kalau acapkali berada di persimpangan jalan,
menemui kebuntuan dalam memilih haluan…
yang mana akhirnya peperangan perasaan terjadi..
natijahnya, gelaran sensitif akan di pahat selepas mempamerkan reaksi…
walhal berniat melahirkan kekecewaan tatkala di salah mengertikan…
jadi, apalah makna perhubungan itu????

10 April 2011

Tanggungjawab kita sebagai pengguna

hari tu ada la dok berborak dengan rakan sekelas..gossip-gossip sikit...tup-tup terkeluar la ceritera minum air yang mempunyai perasa tambahan…

si peminum terjumpa kaki lipas sewaktu menyedut minuman itu..aku ulang balik, kaki lipas…jadi, terus la si peminum tadi membelek-belek dan aha, terjumpa lagi anggota yang lain..yang sempurna..serentak semua geng menjerit…eeewwww!!!! cepat-cepat aku tanya, apa tindakan si peminum..hanya gelengan yang di berikan membawa makna tiada sebarang tindakan di buat…

hah, tulah tindakan rakyat Malaysia..masih lagi kurang kesedaran mengenai isu kepenggunaan….sebagai pengguna, patutnya dah boleh buat aduan…hish, geli kot ada pula bahan asing dalam minuman mahu pun makanan…tapi dek sikap endah tak endah kita membuatkan isu ni tak di pedulikan..

aku memang agak kekwat sikit dalam hal-hal macam ni…serius dowh, kita bukan minum makan percuma…berbayar okeh..jadi kenalah bagi perkhidmatan yang bagus…aku pernah la berdepan dengan situasi ala-ala macam tu…semangkuk maggi yang ada semut..terus aku minta tukar..yer, dengan muka kelat rasa macam nak telan aku hidup-hidup, si pelayan tu pun ambil balik makanan dan di gantikan baru..tapi sumpah weh, aku takkan makan balik…sebabnya, ada macam-macam kemungkinan…nak pula kawan-kawan yang nakal membuat onar duri…racun aku ntah apa la yang diletakkan dalam makanan tu…terus aku terdiam..betul juga kan..mana la tau kot-kot nak dajalkan customer yang kekwat macam aku ni…heheh...

sebab tu kalau fikir-fikir balik, kat Malaysia amalan ni kurang di pratikkan..merbahaya…jangan salahkan pengusaha makanan semata-mata, ada juga customer yang amik kesempatan…saja letakkan benda asing..kemudian, claim yang bukan-bukan..entah la…budaya kita susah nak terima kot…nak taknak, yang jadi mangsa adalah pengguna itu sendiri…hurm….

09 April 2011

bila tenaga pengajar makin membuatkan kau sesat jalan…


makanya, kena la kembali ke pangkal jalan..patah balik sebelum lebih sesat…

aku taknak kondem mana-mana pihak…tapi sebagai insan yang mengeluarkan duit yang agak banyak, aku nak la perkhidmatan yang di berikan berbaloi…

agak risau sebenarnya untuk pergi berperang bila kau tak cukup bekalan..memang nak serah diri lepas tu kena tembak…mati tanpa sempat berbuat apa-apa..seddih okeh!!! makin lama makin menyesatkan…aduhai, lemas kot…

mungkin ada yang kata itu bukan alasan…ya, memang la tu bukan alasan tapi agak susah untuk seisi warga yang terkapai-kapai tanpa bekalan oksigen yang mencukupi…luahan hati dah dipukul canang…malangnya, masa pula tak memihak..jadi susah sangat nak berbuat apa saja tindakan…natijahnya, seisi warga la yang menjadi mangsa…

cuba untuk bersikap positif, anggap semua ni sebagai dugaan…tak memasal aku kena buat panggilan kecemasan kepada rakan meminta pertolongan dengan menghantar sumber bekalan…harap-harap, ianya dapat membantu untuk aku mencari jalan selamat… =)

08 April 2011

Go Jozan Go!!!


heheh, lupa pula aku nak cerita pasal kepanasan program Maharaja Lawak yang sememangnya aku nantikan…ada tiga sebab iaitu kemunculan Jihan, kumpulan Jozan dan Sepah…

terutamanya si Jozan la kan…jangan tak tahu penyebab aku dok layan Program Raja Lawak dulu pun di sebabkan kelibat sang pengacaranya…hebat tak hebat la kan…dek taknak terlepas program Maharaja Lawak, sanggup ni dok langgan pakej Mustika…gila kentang…sengal dowh!!! 

tapi takpa, layan gak pakej Mustika tu..awat la dari dulu tak pi langgan…hehehe….berbalik pada Maharaja Lawak tadi, minggu lepas dah bermula sebenarnya…tapi baru hari ni teringat nak tulis entri ni…walau pun agak kecewa dengan mutu persembahan Jozan tapi aku still minat kat budak berdua tu..rasanya di sebabkan bertembung dengan sesi raptai ABPBH kot, tu yang fokus ada sikit lari…tapi takpa..harap-harap minggu ni persembahan Jozan lebih baik dari minggu lepas…

nota kaki :- 
sempat dok buat entri ni sementara nak tunggu giliran Jozan perform...=)

Yeaay, I got myself back

credit to google
finally, I can adopt with the situation..

Just think that I already able to mix around and the most important thing is, find the right person to be my new friend..have same thinking, same interest and can  share the personal thing, emm, quite impressive… =) but still befriend with others..the more is merrier…

*really missed my ex-classmate during diploma…actually, I miss the situation…LOL….

07 April 2011

Grenade by Bruno Mars

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss,
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I'm numb
Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
And you tossed it in the trash

You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

If my body was on fire, ooh
You’ d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no

Hot Chocolate

Addicted with hot chocolate when I already sleepy, bored, feed up with environment and frustrated...
~sigh~

Nota kaki :-
Rase cam nak tidur bawah meja...huhu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Part 1 - Settled

done with my speaking test..now just waiting for the part 2…~sigh~ don’t know how the progress but still hoping everything gonna be fine…really-really hope the result can make me smile…*fingers cross*


06 April 2011

Perfect by Pink

Made a wrong turn, once or twice
Dug my way out, blood and fire
Bad decisions, that's alright
Welcome to my silly life
Mistreated, misplaced, misunderstood
Miss 'No way, it's all good', it didn't slow me down
Mistaken, always second guessing, underestimated
Look, I'm still around

Pretty pretty please, don't you ever ever feel
Like you're less than f*ckin' perfect
Pretty pretty please, if you ever ever feel like you're nothing
You're f*ckin' perfect to me!

You're so mean, when you talk about yourself, you were wrong
Change the voices in your head, make them like you instead
So complicated, look happy, you'll make it!
Filled with so much hatred... such a tired game
It's enough! I've done all I can think of
Chased down all my demons, I've seen you do the same

Oh, pretty pretty please, don't you ever ever feel
Like you're less than f*ckin' perfect
Pretty pretty please, if you ever ever feel like you're nothing

You're f*ckin' perfect to me

The whole world's scared so I swallow the fear
The only thing I should be drinking is an ice cold beer
So cool in line, and we try try try, but we try too hard and it's a waste of my time
Done looking for the critics, cause they're everywhere
They don't like my jeans, they don't get my hair
Exchange ourselves, and we do it all the time
Why do we do that? Why do I do that?

Why do I do that... ?

Yeah, oh, oh baby, pretty baby... !

Pretty pretty please, don't you ever ever feel
Like you're less than f*ckin' perfect
Pretty pretty please, if you ever ever feel
Like you're nothing, you're f*cking perfect to me
You're perfect, you're perfect!
Pretty pretty please, if you ever ever feel like you're nothing
You're f*ckin' perfect to me...

05 April 2011

I’m so sick!!!

It’s not easy to cooperate with other people…when we trying to give our 100% commitment, unfortunately, they are not like that…it sad…really sad!!!

I’m so exhausted with this kind of attitude..please, I also have my own matter, have to balance with my study life and also career..so, when it’s come to the thing, just shown your interest..show you willingness to help and get involved…if everything depending on me, than what your role??? 

Just see and complaint here and there..

Just telling me what supposed I have to do?

Or tell me you mind and I’m the person who are responsible to make it real??

Is that it???!!!

A ha, of course not…from now onwards, I really frustrated with this case…I’m not PA to everybody..still need back up from others..but if that also very hard for me to get, emm… maybe this is the right time to back off…

I will take I step in front and really don’t want to interfere anymore…don’t ask why, because you ask for it!!!!!

04 April 2011

Entri Khas untuk SHAHEIZY SAM...

kredit kepada gua.com.my
yes, dengan undian 126, 168 melayakkan Shaheizy Sam untuk memegang anugerah bintang paling popular tahun cemerlangnya, 2010…memang mamat sempit ni layak okeh…dengan personaliti dan barisan filem yang kutipannya cecah panggung, seharusnya lah dia yang dapat…..

apa yang paling aku tabik bila saat pengumuman di buat..selain daripada lawak mak limah (sampai sekarang aku tak dapat tengok sepenuhnya filem ni..hehehe…amatlah ketinggalan keretapi tanah melayu di situ…wakaka), paling menyentuh kalbu bila si Shaheizy Sam (aku tak biasala nak nyebut Sam saja..suka bila aku nak sebut penuh mana-mana nama yang unik nih!!) dok lari-lari cari Mummy Kathy merangkap mummynya…

tang tu memang touching sangat…ingatkan just salam peluk cium kat situ, sekali dia angkut mummy atas pentas la…memang best!!! Tambah lagi best bila dak Shaheizy Sam ni bagi mummy berucap dulu..walaweh, bukan nak puji la tapi nampak sangat pernghargaan setinggi gunung di letakkan pada mummynya…


jadi, usaha keras yang bertahun-tahun tu terbayar..aku dari dulu lagi dah memang mengikuti mamat ni…tertunggu-tunggu gak bila dia nak dapat…tahun lepas jadi penonton je kan, tapi tahun ni rezeki menyebelahi beliau…

apa pun, buat Shaheizy Sam, anda memang layak…dan teruskan dengan usaha berlipat kali ganda..kekalkan dengan personaliti yang mudah mesra dan jangan sesekali lupa daratan mahu pun lupa diri…eh, dia ni agak rajin okey balas tweet peminat…

nota kaki :-
malam tadi, dia cute sangat…hahaha, sure ada yang muntah darah baca entri kali ni yang dok puji sakan si Shaheizy Sam…well, nak buat camna, blog aku pula..jadi, suka la kalau aku nak buat sepuluh entri sekali pun untuk beliau… =)

ABPBH

yeah, satu majlis yang gilang gemilang dan keseluruhannya lancar..walau pun ada beberapa ramalan aku tak menepati sasaran tapi ramalan tentang paling fofular a.k.a popular tu bidikan aku mengena…
senarai nama pemenang adalah seperti berikut…

Artis Baru Lelaki Popular – Shahir AF8 
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense
Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha
Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Haji Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Artis Mobile Popular – Sixth Sense
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil 
Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam

corat coret mengikut kaca mata aku:-
  • tema malam tu moden klasik..ok la…
  • aku suka dengan pentas ABPBH kali ni..memang terbaik!
  • gandingan pengacara yang sengal dan sememangnya pecah perut..ada je benda nak di bahankan…cuma nota untuk si Zizan, sebab maybe dia nervous…jangan terlalu banyak sangat tengok que card…fokus lari sikit la..
  • persembahan artis kali ni biasa-biasa jer..takda yang bombastik sangat..paling best dah tentu la Bang Nuar punya performance dengan Cik Yuna yang chantek…serius, lawa siut Yuna malam tu..
  • aku suka dengan gadget baru yang Yuna main malam tu…
  • sedikit terasa hati bila Ella nyanyi sikit sangat..tak yah la nak gandingkan artis lama dengan artis baru ni…lain kali kalau boleh just fokus pada satu artis jer..kalau nak buat tribute pun panggil jer artis berkenaan..setakat nyanyi dua tiga bahagian, baik tak payah panggil langsung..tersentap I tau! apsal tak gandingkan Siti Nurhaliza dengan artis lain???
  • ABPBH medan untuk saling sindir menyindir..muahaha…lepas geram nampak…paling panas bila statement Irma Hasmie tang lupa diri bila dah popular…setepek jer dia bagi kat Nabil…Fizz Fairuz pun sama..dok kenakan si Fasha Sandha bab helikopter…mak aiih, kesian Fasha…terkedu-kedu di situ…
  • sempat lagi Shaheizy Sam tangkap gambar sendiri menggunakan BBnya apabila di umumkan pemenang Pelakon Filem Lelaki Paling Popular..ada saja kerenah mamat ni..
  • Fafau buat aksi terlampau bila memeluk dan mencium pipi lelaki yang menjadi pendamping beliau malam tu..chill la, sah-sah tu abang dia..nak mampus buat adegan tu dengan orang lain…
  • cubaan untuk Zizan berlagak serius tak menjadi..agaknya dah muka kelakar kot…so agak susah nak tengok sisi seriusnya…walau pun beria dia buat, aku rasa dia tergamam tapi maaf, adegan tu tak jadi la bro…
  • suka dengan baju Lisa Surihani..cantik sangat dan padan benar dengan solekan serta rambutnya..aduhai, anggun sungguh...
  • gimik untuk pengumuman bintang paling popular menggunakan trademark filem Mak Limah tu sangat la menjadi…gamat Arena All Star jadinya…
  • adeh, semak rasanya bila ada pemenang yang dok pakai ray-ban masa nak ambil anugerah..alahai, panas sangat ker..nota untuk FT yer..lepas ni kalau menang, buka la spek anda..i nak tengok mata you…aww…
  • suka dengan ucapan Shahir..ringkas tapi penuh bermakna..padat…takyah la nak ucap berjela-jela sangat..yer, tahu anda tu teruja tapi tak perlu nak tunjuk sangat..kuang..kuang…kuang…

01 April 2011

Mencari kekuatan

esok akan ada agenda yang amat penting untuk aku lunaskan
permintaan seorang teman, dengan berbesar hatinya aku penuhi
berada di sana, di sisinya dengan harapan dapat di bisikkan serangkai kata-kata pemberi semangat
kalungan doa mengharapkan segalanya berjalan sesempurna yang mungkin
Ya Allah, berikan kekuatan untuk dia dan juga aku..........................................

I'm Not Ready!!!

Dear Friend,

I'm not ready to lost you as a friend...
so whatever happen, I will and always here for you...
lend my shoulder to cry, borrowed my ears to listen...
Willing to hear every single of story...
story of emotions,
story of happiness...
ALL....
all kind of story...
all about you...
please remember this,
no matter what we still be friend...
forever and ever

With love,
xoxo

April

hello readers….very good morning to you...how your day? Is that good? Even though the weather unpredictable recently, but just have fun with that…enjoy every moment no matter how heavy the rain or how hot the temperature of sunshine…

oh, please!!! don’t be surprised if I’m using English in my entry…actually I’m preparing myself for MUET exam…trying to improve my writing skill and also the communication…it’s scary when we are not really good on that….hopefully, my office environment will help me to be more confident when doing that exam…please pray for me… =)

nota kaki:-
gasak la korang sebab dalam beberapa hari ni akan ada entri yang berbau keju…lepas selesai berperang tu aku akan kembali ke bahasa ibunda….sama-sama la kita belajar dan kalau ada yang ‘patah’ sana sini tu, tolong-tolong la betulkan…aku bukannya pandai benor pun…heheh…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...