24 May 2011

Bersuka Ria

hari yang panjang untuk aku dengan BFF...

maaf, entri ni takda gambar…sebabnya kitaorang bukan jenis suka bergambar..kalau ada pun, tu mood tengah elok la..dah lama tak berjimba-jimba dengan mereka secara official…selama ni dok lepak borak-borak gitu jer..kali ni kitaorang plan baik punya..hehehe…

mula-mula dok belajar geografi dan matematik..mengira keluasan KL…kononnya nak pi PWTC sebab nak survey plan cuti-cuti tapi agak mendukacitakan..selain dari salah faham, yelah tak pernah pergi travel fair kan..mana la nak tahu…survey di tempat yang salah, sah-sah la tak dapat apa yang di hajati..penyudahnya, pi menternak lemak dekat The Mall, Kenny Rodgers…lama juga lepak situ…breakfast + lunch = brunch…

lepas tu berangkat pula ke Jalan TAR..jangan nak tanya apa bikin kat situ….korang sendiri pun boleh agak…aku dok buat business survey…yang awek dua orang tu pula buat status survey…masa nilah baru aku terasa yang BFF bakal bertukar status..huhu..selama ni bukan tak sedar, sedar sangat…tapi feeling tu datang masa tengok depa suai padan kain…sedih woohhh…my BFF getting married…lepas ni bukan leh lepak macam selalu..bak kata kawan aku… keutamaan dah berubah…huhu…but still I’m happy for them…

lepas mengira keluasan KL, aku dengan BFF pergi menonton Kongsi kat Sunway Pyramid…sebab dah ambil tiket awal-awal, jadi takda istilah nak beratur panjang-panjang, buang masa…sempat  pergi window shopping…since dah kenyang kan, so masuk panggung tanpa sebarang bekalan makanan..lagi pun, aku dah pernah mention kat entri yang aku paling tak suka makan dalam panggung…gangguan…heheh..

selesai menonton, sesi luahan perasaan…sejak akhir-akhir kitaorang selalu berkongsi prarasa..hidup tak selamanya indah..kadang-kadang ada juga sisi duka…tu yang kita perlukan kawan untuk agihan perasaan…dalam dok sesi luahan tu, tiba-tiba idea bijak aku keluar..since that kitaorang taknak fikirkan sangat, aku ajak mereka pergi melontarkan suara…nak main boling, tak bawak stoking kan..penyudahnya, tanpa berfikir panjang Red Box di tuju…hahaha…plan tak di rancang…hambik kau!!! adalah dua jam dok melalak…lagu entah apa-apa yang kitaorang balun…tapi best…

tu yang best bila kita dapat member yang sekepala..tak banyak kerenah yang memeningkan…hari di lalui dengan indah..kira berbaloi la aku ponteng kelas…teeettttt..!!!! tak pernah di buat perangai..muahahaha….sesekali…

to my BFF, thanks for the day…happy sangat-sangat kuasa lapan..next time kita plan lagi…luv both of you sooo much…xoxoxo…

23 May 2011

Kongsi


seperti mengikut perancangan, kali ni aku layan filem Kongsi pula..walau pun aku dah survey feedback dari blog-blog yang banyak memperkatakan tentang filem ni dan rata-ratanya agak mengecewakan…tapi, sebagai pencinta lakonan Shaheizy Sam dan tentu tu bukan alasan untuk aku tak pergi menonton…sebabnya, yang aku baca tu semua dok kondem filem Kongsi ni dan pujian untuk lakonan Tumulak yang di galas oleh Shaheizy Sam…tu yang aku berkobar-kobar nak tengok…

dan memang betul..sama seperti yang di perkatakan, filem ni agak hambar dan membosankan…kecuali untuk lakonan Tumulak yang sangat best..bukan sebab aku ni minat dia then puji melangit bagai tapi dah tu kenyataan…sorry to say kalo aku katakan filem ni filem sampah…

ada beberapa part yang aku kira sangat klise dan boleh di agak…kena come out dengan idea baru la…sebagai contoh adegan bunyi phone dalam meeting..alahai, rasanya babak tu dah banyak kali orang dok buat…lagi satu dalam frame yang sama, bila ketua yang garang jadi selemah lembut dan sopan santun bila jawab call dari isteri..tu pun dah biasa…

aku bukan la pandai sangat dalam bab perfileman tapi aku agak kabur dengan motif filem ni..cuba la juga dok hadam tapi entah…aku tak dapat jawab..jalan cerita yang agak longgar…ke aku ni yang tak faham cerita..sekali lagi, entah…

aku suka dengan permainan aksi yang di tonjolkan dalam filem ni dan lakonan Shaheizy Sam berjaya membuatkan aku terpegun…serius, cara dia berlawan tu memang real…tenggelam pula watak incik polis yang dilakonkan oleh Fizo…

apa pun, still pujian juga untuk filem ni…boleh di pertingkatkan lagi mutu…pergi la menonton..filem ni pun dah kutip RM 7 juta walau pun jalan cerita cam ntah apa-apa…rasanya semua orang dok tengok sebab lakonan si Tumulak tu..kalau tidak, aku tak rasa orang akan pergi menonton (termasuk aku la tu..hehe..) info paling penting, filem ni berjaya mengurangkan stress aku sebab asyik dok gelak…memang kelakar…

21 May 2011

Fast and Furious 5...

terbaeekkk!!!!
cukup terbaeeekkkk!!!

baru je membetulkan posisi duduk, aksi dah bermula...semua babak dalam filem ni aku cukup suka..aksi tak henti-henti..sangat berpuas hati...nak pula bila penonton bagi kerjasama..takda adegan pengkritik bagai dan takda yang nak berbual ala-ala joyah membincangkan gosip terhangat masa kini..sah-sah confirm takda budak menangis sebab filem ni untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja..heheh...so, aku tenang membayar tiket untuk menyaksikan keseluruhan cerita tanpa sebarang gangguan...

serius, aku bakal untuk ke panggung sekali lagi...tak puas pula rasanya...paling penting aku sangat-sangat suka dengan kemunculan semula beberapa watak dan pastinya mamat ni mengubat kerinduan..


yer, si empunya nama Sung Kang atau lebih dikenali sebagai Han...aku memang minat dengan dia ni masa Tokyo Drift...mak aiih, terpesona seh..dah la aku ni senang terpegun dengan lelaki yang berambut panjang..rasa sweet jer..hikhik...terkejut juga aku bila dia buat comeback dalam Fast 5...belum tengok muka pun akutau itu dia...dari gaya bahasa kot... =)

banyak babak dalam filem ni aku suka..boleh di katakan semuanya lah..edisi kali ni yang terbaik selepas penghasilan empat ceritera...paling aku suka, tentu la penggunaan kereta yang sangat walla dan skil memandu yang aku teringin nak buat....aha...

tengok dari ending rasa macam ade part 6..entah..yang penting aku pasti tengok...thumbs up to the team..serius, filem aksi yang aku sangat kagum...

taknak cerita banyak, adalah lebih baik korang ke panggung...saksikan sendiri...

20 May 2011

Nur Kasih The Movie

marathon wayang bermula.....

filem pertama


buat pertama kalinya aku tengok filem yang baru bersiaran hari ni...gila tak teruja la kan...ya, aku tengok Nur Kasih The Movie dengan ibu tersayang...siap book couple seat lagi..kau ada??!!!

dari permulaan sampai penghujung, aku suka sangat dengan sinematografi...masya allah, terbaeek sangat...bumi ciptaan Allah, di terjemahkan dengan begitu indah...aku taknak la perincikan setiap babak dalam filem ni..karang tak suprised pula kan...nak tahu lebih mendalam, pergi la menontonnya..tak salah sokong industri filem tanahair kan... =)

aku suka dengan setiap watak dan perwatakan yang ada....setiap satunya di olah dengan baik...tabik spring dowh aku dengan si Khabir Bakthiar ni...

terkesan dengan watak Adam...tersentuh sangat bila part kat Jordan tu..terfikir pula aku..ada lagi ke spesis lelaki macam tu??? hermmmm, susah nak jawab!!

kagum dengan ketabahan Nur Amina...serius, kalau aku di tempat dia belum tentu mampu bertahan dengan dugaan yang ada..di saat-saat Adam berputus asa, Nur Amina setia memberi dorongan dan harapan....

filem ni pada aku memaparkan nilai sebenar kasih sayang dan pengorbanan...sejauh mana kita mampu berkorban untuk orang yang kita sayang...paling penting, setiap perkara yang terjadi ada hikmah...setiap ceritera dalam hidup kita adalah ketentuan dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya...

paling aku suka part ending...sungguh tak terjangka dek akal...pandai Khabir bermain dengan perasaan...nak puji juga dengan pemilihan watak..ada watak baru yang di bawa masuk...yang paling aku ingat, si Muniff Isa..pegang watak Mamat...

taknak tulis panjang-panjang la..sat lagi, semua benda aku bocorkan..hehehe...nak puas, sila la ke panggung sekarang...

lima bintang untuk Nur Kasih The Movie...

kaki wayang bermula...

aha, marathon wayang bermula..tapi tak la aku pergi dalam satu hari..kebetulan tiga hari berturut-turut ni nanti aku akan ke panggung...yieeeehaaaa, lama tak menonton...makanya, entri dalam tiga hari ni aku akan buat preview tentang filem-filem yang di tonton...aku tak cerita secara terperinci yer..sikit-sikit je..nak banyak, adalah lebih baik korang ke panggung...haip, jangan nak malas and kedekut ye...

17 May 2011

lelaki dengan perangai kebudak-budakan...

membesar dalam persekitaran yang menuntut lebih sikap mandiri menyebabkan aku terbiasa bertindak melangkaui batas umur…terbiasa di sogokkan dengan pe’el arwah abah yang sangat-sangat la garang…pantang sangat bagi dia kalau setiap perkara bergantung kepada orang lain…selagi terdaya buat sendiri, kau buat la sendiri…tak reti?!!!

jadi, adalah sangat remeh bila aku terpaksa berhadapan dengan mereka yang tak kurang pandai nak buat setiap perkara dengan kudrat sendiri…atau dengan bahasa kasarnya, mengada-ngada tak kira tempat dan masa…semua benda nak harap orang buatkan untuk kau…oit, kau ingat kau siapa, anak putera langit ke tujuh…!!! memang tak la kan…

nota untuk lelaki ye terutamanya…bawa-bawa la belajar jadi matang dalam tindak dan fikiran…aku memang menyampah tahap dewa terulung bila nak kena berhadapan dengan spesis yang bertindak tak seiring dengan umur…apa perasaan korang bila umur tu dah tak remaja, tapi gunapakai bahasa geli mat dalam sms…sebagai contoh, 
“camat pagi…dah mamam ke? sy baru lepas ciap makan.” 

what the hell!!! geli dowh!!! 

bukan la aku nak kondem lelaki..memang, perempuan pun ada yang guna ayat gini (ni pun kalau aku ada jumpa, aku bahasakan je!!) tapi kalau lelaki, korang rasa macho ke?? hancho ade la…isk..isk..isk…buat aku rasa nak bagi penampar pun ade…cukup la weh..aku dah ada tiga adik yang perangai cam kanak-kanak, tolong la jangan tambahkan bilangan tu..

tak kisah la korang nak kata aku berlagak ke apa (mak tak sentap pun nak!!) tapi kalau dah guna ayat terma macam tu, korang dapat tangkap tak karektor dia macamana..haih…umur tak belia tapi feeling-feeling budak umur tiga tahun yang cakap pelat..ewww!!!! tolong lah!! geli yang amat…

yang perempuan pula, jangan la feeling puteri beradu..semua benda nak bergantung harap kat lelaki…boleh tak sesekali bertindak ikut kepala hotak yang dah dikurniakan…akal dah di beri, gunakan dengan sebaiknya…tak bermakna kau dah berkahwin, jadi segala tanggungjawab dok letak kat lelaki…belajar berdikari…jangan sampai menyusahkan orang lain dengan perangai kanak-kanak tu…baik lelaki atau perempuan, zaman sekarang ni kena pandai berdikari…mula-mula orang boleh la layan perangai ngada-ngada tu tapi lama-lama berasap gak hati…kalau benda sekecil-kecil pun tak mampu nak buat sendiri, baik takyah jadi orang!! pi jadi orang utan…

16 May 2011

Layak Diri

kita tentu menyedari sejauh mana kemampuan diri sendiri kan..di sebabkan tu la, aku susah sebenarnya nak terima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar..sengal kan…budget tenaga pengajar af la tuh…hahah…memang tak la kan…

sobonar eh, ada orang minta tolong aku untuk jadi cikgu tusyen…berderau darah den..aku ni bukan la sesabar cikgu..serius, aku sangat tak sabar nak mengajar orang..terutamanya yang jenis lambat serap…aduhai, bercinta kot..nak pula dek pe’el kurang mesra alam aku ni..lagi la masalah..silap-silap kena herdik pula karang…adoyai…

mengenangkan kenakalan zaman sekolah lagi la buat aku fikir sejuta kali..it’s karma babe..orang kata, macamana sikap kita dulu satu hari akan berbalik…ambik, dulu sikit punya nakal kan..asyik nak berdebat dengan cikgu (terutamanya cikgu yang tak suka aku!!!) jadi, tinggi rasanya kebarangkalian perkara itu terjadi…camno??
kesian pula bila dah bersungguh-sungguh..aku ni lemah sikit bila orang dok rayu-rayu..yelah, nak pi hantar tusyen luar, sah-sah mahal..serba salah di buatnya…sedangkan yang sekarang pun sampai aku takda masa, tambah lagi satu agenda..maunya huru-hara jadual aku…bakal berfikir lagi sebelum keputusan akhir di ambil…budak tu nak periksa lagi empat bulan kot…adeh!!!

10 May 2011

Ruang dalam peluang

Peluang dah ada
kiraan congaknya rumit

Peluang dah ada
tapi penangguhan di beri

Peluang dah ada
ragu mengorak langkah

Peluang dah ada
paranoid bersarang di jiwa

Peluang dah ada
analisa di perinci setiap dimensi

Peluang dah ada
akhirnya terlepas begitu

Kini, peluang dah ada

Tak salah memberi ruang

Tak perlu berfikir apa –apa

Sekadar mengikut aliran semasa

Tunggu dan lihat apa yang mendatang

08 May 2011

Susah ke untuk menjadi seorang pendengar???

dalam dunia ni, bukan setiap masa kita akan bahagia…bukan setiap masa juga kita akan berduka lara..walau sekuat atau setabah mana pun kita, kadang-kadang sukar nak menidakkan peranan orang lain dalam kehidupan...tak terdaya pun nak tanggung seorang diri…

adalah sesuatu yang kejam bila seseorang memerlukan kita cuma sebagai pendengar tapi kita mengelak dari berbuat demikian…tak salah untuk sedekahkan telinga, mendengar keluh kesah walau pun hati memberontak…mungkin bosan mendengar ceritera yang sama, tapi itu bukan alasan untuk kita mengelak…bayangkan kita yang berada di situasi itu…tersangatlah inginkan seseorang sebagai pendengar tapi tiada siapa yang sudi..aku pernah rasa perasaan itu…sakit hati tahap kecewa tersentap….

bukan duit atau simpati yang di perlukan…sekadar kesanggupan untuk mendengar…kalau tu pun susah untuk di beri, huh..tak tau la nak cakap apa dah…tapi, yelah….kita mana la boleh paksa orang untuk jadi pendengar…dah orang tak sudi, takkan nak terhegeh-hegeh plak kan…

nota kaki:-
harus di ingat, kalau tiada yang sudi nak mendengar kita masih ada Allah s.w.t…Dia Maha Mendengar…. =)

07 May 2011

luar biasa

dalam memartabatkan bahasa kebangsaan, lagu ni menarik perhatian aku…sangat-sangat ok..dah la suara si Shahir ni meruntun perasaan, bertambah-tambah syahdu plak…ngeh..ngeh…

kredit to youtube

shahir versi pencinta psiko di zahirkan dalam klip video yang  sangat menarik…mamat hensome yang gila..mak aiihhh, ngeri kot..muka nampak baik tapi di sebaliknya kejam yang amat…kredit juga untuk Shahir sebab pandai bermain dengan ekpresi..

alah, dia ni memang dalam akademi dulu ada je pe’el yang buat orang gelak…terutamanya bila kelas lakonan…tu korang tak pergi jelajah facebook shahiratics lagi…layan movie dari tok ketua…serius, korang akan gelak sakan…kan dia pernah berlakon dalam drama raya kat astro..bersahaja kan cara dia berlakon…bakat semulajadi barangkali…bukan senang tau nak jadi pelakon…selain dari klip video yang shantek, apa kata korang hayati sama bait-bait lirik yang ada…kreatif sangat!!

Seandainya mengalir di sini

Yang sejernih apa yang terkunci
Pastinya di dalam diari
Bagailah kasih
Hati ke hati bersemadi

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Chorus
Luar biasa
Landah senja suria padamu
Lalu menusukku
Luar biasa suara
Siksa membisu
Akhirnya membunuhmu

Hidup ini puas dipenuhi
Yang sesali tiada berganti
Natijah rasa dizahiri
Bagai dimensi dan hipokrasi berselari

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Ulang Chorus

Tanpa kata
Tanpa rela
Biarkannya
Jatuh ke riba

Takkan pudar
Kisah kita
Nyata di rasa nyata di matanya
Lalu menusukku

Luar biasa penjara
Siksa sesalan
Dikucupnya virus

Ulang Chorus

Maafkanlah diriku

06 May 2011

doktor pakar cinta katanya!!!

# kurang persefahaman
# kurang komunikasi
# kurang peka

ni tiga masalah yang menduduki carta teratas untuk kategori permasalahan sesuatu hubungan…

wah, nak jadi doktor pakar cinta pulek ker??? theheheheh, sebenarnya saja nak berkongsi pengalaman..lepak dengan girlfriends, banyak isu yang kitaorang kupas…haip, bukan saja nak mengumpat je tau…isu semasa pun kitaorang ambil tahu juga…jadi, tak semestinya kalau melepak tu, aktiviti mengumpat berbakul-bakul menjadi agenda…aku ni bukan la pakar sangat tapi berbekalkan pengalaman yang sudah-sudah (macam la banyak sangat pengalaman kan..teeettttt!!!!), rasanya boleh la di kongsikan serba sikit….sharing is caring, right!!

# kurang persefahaman
aspek paling penting…asas dalam sesuatu perhubungan…bila ini terjadi, maka akan terhasillah istilah queen or king control…bila tak saling memahami percanggahan pe’el akan berlaku..tu yang kadang-kadang bila bercinta lebih fokus dengan relation SAHAJA…orang kata takda life…sikit-sikit partner…masa untuk berjimba-jimba dengan geng akan terbatas…walhal, patutnya kena la seimbang..lagi pelik bila satu pihak je yang di kawal sedangkan pihak lagi satu bebas bermaharajalela…masa ni alasan yang sering di guna pakai adalah menjaga hati..malas nak gaduh atau berdebat…memang, kadang-kadang tu la pun realiti…bunyi macam klise kan…tapi dalam menjaga hati sah-sah hati sendiri sakit…sebab cuba menahan rasa tak puas hati itu…

# kurang komunikasi
medium dalam percaturan perhubungan…tak kurang pentingnya sebab dengan komunikasi kita dapat tahu apa prarasa yang ada natijah dari sesuatu perkara..kalau tak di luahkan siapa yang tahu…hati orang bukan boleh di baca melainkan kau ada anugerah tertentu yang boleh menekanya…baik dalam aman atau keadaan huru-hara, komunikasi amat di perlukan…bagi mengelakkan penyakit pendam memendam terus berleluasa, tak salah untuk mempamerkan sebarang reaksi yang wujud…yang indah atau sebaliknya, kedua-dua perlu di visualkan…kemahiran mendengar dan berkomunikasi dengan secara waras amatlah di tagih…belajar mendengar dan menerima…memang yang pahit, rasanya hampeh tapi mungkin tu sebagai cara untuk memperbaiki hubungan yang kritikal…

# kurang peka
atau mungkin tak kisah langsung...ada sesetengah orang malas nak serabutkan fikiran dengan masalah yang remeh-temeh..apatah lagi masalah yang sekecil zarah..tapi, kebiasaannya, yang sekecil tu yang boleh jadi sebesar-besar alam…sebabnya?? kurang dua aspek di atas tadi…masalah yang besar boleh di elakkan bila kita saling peka dengan konflik yang bakal terjadi mahu pun dari gaya bahasa…semua tu boleh di baca cuma kena lebih fokus la…dah nama orang yang kita sayang, mesti sikit tak banyak beberapa gelagat boleh di hidu…atau mungkin di jadikan sebagai petanda…

bila ketiga-tiga aspek yang di nyatakan tadi tiada, unsur tak percaya mulai wujud…ada je yang tak kena…buat tu salah, buat ni tak betul…lama kelamaan hubungan akan menjadi hambar…apa yang korang rasa bila makan nasi berlaukkan kari ayam tapi takda rasa langsung..bak kata orang Perak, tawar hebeh…sedap??? Tak kan!!! kenapa hambar??? yelah, tak boleh nak di bawa bincang…baru nak bunga-bunga komunikasi, perbalahan terjadi…tu yang di pendam..sampai bila pula nak di pendam???!!! cepat atau lambat, tentu akan meletus bak perang saudara…dah terlalu lama di pendam sampaikan tak boleh nak di kawal emosi dah…sorry to say, ada yang sampai terpaksa mengambil kata putus..dah dari awal taknak cuba di selesaikan..di biarkan melarat sampai menjadi barah dalam perhubungan…

oleh itu, tiga aspek tadi perlu di ambil berat…apabila memahami, kita akan menjadi lebih peka…peka dengan persekitaran dan peka dengan situasi karektor…apabila dah faham dan mulai peka, secara tak langsung komunikasi mudah berlaku…mungkin bisa berjalan dengan teratur dan terperinci….jadi, Insya Allah masalah yang wujud boleh di selesaikan secara berhemah…kita tak sempurna tapi kita dijadikan untuk saling melengkapi…

Bulan Kaki Wayang

Ya, selaku penggemar wayang aku agak keciwa bila tak sempat nak pergi menonton merong yang di tayangkan pada bulan mac yang telah berlalu…bulan April pun tak sempat…sibuk sangat kot..jadi, bulan ni aku harap sangat berkesempatan untuk menonton beberapa filem yang di jangka akan di tayangkan tak lama lagi….antara yang bakal menjadi pilihan

 Seru
(50-50 sebenarnya nak pergi ke tak?)

Fast Five 
(mengikuti dari edisi pertama, wajiblah edisi kelima aku pergi tonton kan)

Pirate Of Carribean 
(Johnny Deep’s lover)

Nur Kasih The Movie (request by my mum)

Kongsi 
(hah, jangan ngegada tanya sebab..sah-sah la adanya cik abang Shaheizy Sam itu…hehehe) 

hopefully, aku dapat curi masa untuk pergi menonton….

05 May 2011

Mata Hati



Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa

Telah ku kata cinta ini selamanya

Dua Lawan Satu

Dua lawan satu
dua tak semestinya menang
satu x semestinya kalah

Dua lawan satu
dua sebenarnya pengecut
hanya kuat bila bergabung
bila sendiri kecut urat perut

Dua lawan satu
satu berdiri megah
sendiri melawan
sendiri bertahan
tak perlu proxy

Wahai dua, tak perlu membangga diri…
tak perlu merasakan diri kuat tatkala dengan mudahnya menindas si satu….

Dan untuk satu, teruskan dengan bertahan..
jika perlu menyerang, serang dengan berhemah…

Jadi yang mana lebih mulia
dua yang kononnya kuat sedangkan paling lemah atau
satu yang pada zahirnya tampak tewas????

sehari bersama blogger femes....

lokasi : Ikea Damasara
waktu : 11.00 pagi waktu tempatan

aha, kalau dah berjimba-jimba kat sini, faham-faham jelah pun apa aktivitinya…kuikui…

sekali lagi aku bermeat ball dan chicken herbs (sebonar eh, panjang namo makanan ni tapi den tak hapal…) bersama dengan blogger yang bakal femes di pasaran, Sue Muncet…kena la tumpang galmer kan..kot-kot badi nuffnang mencanak-canak melekat kat aku…hahahah…

tanpa membuang masa, aktiviti pertama adalah menambah kalori yang sedia ada…seperti biasa, menu wajib kitaorang

kali ni ada menu tambahan…selama ni dok dengar orang dok kata sedap-sedap, aku pun teringin la juga nak mencubanya…walaweh, memang terbaeekkkk….kitaorang amik dua jenis..tapi yang paling aku berkenan seperti dia atas... bercanggah pula citarasa dengan Sue Muncet bila dia kata yang lagi satu tu lebih sedap…

well, lidah manusia mempunyai deria rasa yang berbeza mengikut citarasa memasing…tapi, untuk bukan pengemar manis macam aku, sepotong kek rasanya boleh di kongsi beramai-ramai…bercinta kot aku nak habiskan semua walau pun potongan kecil…hehehe…

selesai edisi pertama, kitaorang berjimba-jimba di Ikea….shopping time!!!! Opps, silap…window shopping time atau lebih tepat lagi sesi bergambar bak model terkenal (kenyataan ni lebih kuat dengan aksi meletak tangan di bahu)…sakan la kitaorang berposing…ntah apa-apa ntah…tapi yang buat aku berbulu, pantang aku dengan sue muncet pergi ke satu-satu showroom yang mulanya sunyi sepi, tup tap ramai pula yang menempel…ceh, dah macam semut hurung gula…adalah dalam dua jam kot buat photo shoot (kata kau!!!)


lepas tu aktiviti menambah kalori edisi kedua…yang ni memang Sue Muncet dah dok hint aku agak lama…kitaorang pun nak rushing sebab nak hantar blogger femes ni balik umah sewa, cepat je menonong ke tutti frutti…taaadaaa, mangsa kitaorang..


yang banyak tu aku punya..teruja punya pasal, semua benda kalau boleh aku nak letak dalam…hahaha…Sue Muncet ambil seciput jer..sengal dowh,aku nak belanja tetiba buat baik pula..tapi takpe..selamat sikit fulus i…lagi pun, first time kot so tak berapa faham sangat dengan sistem tutti fruitti ni..tapi kali ni aku dah expert…haruslah aku akan kerap kat sini…nak pula kat Bangi ada cawangannya…muahahahaha….


our comment, super tasty and delicious…yummeh….tips kat sini, jangan jadi tamak…toksah rambang mata nak letak segala benda kat dalam…sebab nanti bila dah bergaul mesra benda ni jadi manis…tu pada aku la..mungkin pada orang lain, depa leh terima…

petangnya sekali lagi aktiviti menambah kalori...memandangkan kena hantar blogger femes balik ke rumah sewa, bonda tercinta ajak pergi makan dulu...yummmeehhh....

yup, mak saya memang nampak muda...ko ader??!

sila abaikan model yang tak berbayar itu...muahahah....

orang diet minum air masak jer bukan macam orang seperti gambar di atas..heheh...

our food...

04 May 2011

Serba tak best kat Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram

pengalaman pertama sangat best….sebab tu sekali lagi lokasi di pilih untuk meraikan sambutan kelahiran bonda tercinta..malangnya, suasana yang patutnya riang ria menjadi hampeh….mak aii, sangat menguji kesabaran okeh… memandangkan aku datang untuk kedua kalinya, aku tak familiar sangat dengan sistem pengurusan mereka…sebab yang dulu atas anjuran pihak lain..i datang makan jer…meh aku senaraikan apa yang membuatkan suasana cam haremmm….

# rupanya keutamaan di berikan kepada mereka yang membuat reservation…apakah????
aku sendiri pelik dengan cara pengurusan yang di guna pakai oleh restoran yang bukan main femesnye ni..tak ke sengal bila hampir semua meja telah di reserve??? Kalau macam tu lebih baik kau buat sistem reserve jer…bayangkan kita yang walk in ni terpaksa menunggu lama…okeh, bab tunggu lama tu masih lagi la boleh di pertimbangkan…kira biasa la tu kan…. nama pun restoran femes (sambil membuat aksi meletakkan tangan di bahu)….

# pe’el rakyat Malaysia…(ni untuk renungan bersama yer)
bab tunggu satu hal..bab pe’el manusia yang aku rasa macam nak bagi pelempang laju-laju…sangatlah kurang ajar bila kau memotong barisan orang lain dengan tergamaknya duduk di meja yang telah di tunggu, lagi yang membuat membara bila si pengunjung asal ada memberitahu yang orang lain dah menunggu tapi macam *&#!! bila sikit pun dia tak kisah!!!! Dah la pangkat orang tua tapi tak tunjuk teladan yang baik…sekarang aku tahu la kenapa remaja kita bersikap sedemikian….learn from the best!!!! tapi bukan la semua macam tu kan still ada yang ok lagi...lepas tunggu lebih kurang satu jam setengah, kitaorang dapat meja…tu pun, setelah satu pasangan veteran yang prihatin…terima kasih yang tak terhingga….jasamu di kenanglah!!!!

# penantian satu penyeksaan
selesai bab mencari meja, hadap pula satu lagi bab…bab menunggu makanan…hah, ni yang paling aku nak tekankan….sekali lagi sistem mereka menjadi satu perkara yang aku sendiri pelik tahap gaban…kita yang menunggu lama, masih lagi menanti makanan…satu meja yang telah di reserve, baru memunculkan diri..alih-alih, makanan depa yang sampai dulu…mood yang indah tapi bertukar…semua dah angin..di tambah dengan hujan lebat, lagi memburukkan keadaan…hampir dua jam baru la makanan sampai..tu pun lepas aku dah jadi ala-ala cerita pendekar bujang lapuk..dok tahan staf tanya bila makanan nak sampai…paling aku hangin, bila kitaorang tanya makanan dah siap ke belum, one of the staf kata dah siap tapi takda siapa nak hantar…LOL…nak suruh aku ambil sendiri ke hape!!!

# rasa yang tak berbaloi langsung
aku dah pernah ke sini jadi jangkaan aku sangat la tinggi…sebab yang pertama tu memang terbaeekkk…semua ada rasa…tapi malangnya itu tak terjadi…satu rasa je yang aku dapat..pahit!!!! paling terkilan bila sotong yang di order tak muncul sampailah kitaorang SELESAI MAKAN!!!....

# staff yang sangat tak mesra alam
bila perniagaan berasaskan makanan menjadi pilihan suka atau tak PR skil kena hebat..perkara paling mudah, senyum…walau apa pun situasi kau kena senyum..takyah nak buat muka kat customer…nak say sorry pun susah sangat ker???

bukan nak komplen tapi sedih dan terkilan dengan cara mereka…serius, problem bangsa kita ni bila tak menjadikan pelanggan sebagai keutamaan…mungkin pada diaorang, kalau kau taknak datang, ramai lagi yang nak datang…hurm, seddih!!! kalau nak di ceritakan ketidak puasan hati, rasanya berjela-jela kot entri ni…banyak sangat perkara yang perlu di perbetulkan…patutnya restoran ni kena ada polisi sendiri…untuk tak mengkondem sangat, aku senaraikan la beberapa perkara yang perlu di ambil berat :-

# hadkan meja reservation…
maknanya dalam sehari mungkin boleh amik 20 reservation…

# lokasi perlu di naik taraf
sediakan tempat yang lebih selesa terutamanya dalam keadaan yang hujan...aku sendiri pun rasa tak best apatah lagi anak-anak kecil…bisnes dah maju tak salah kalau nak laburkan duit lebih sikit…kesian sangat bila yang bawa budak kecil tapi terpaksa berhujan…sangat la tak selesa….

# paling penting, sentiasa update dengan pelanggan yang buat reservation
kena strict sikit…mungkin dalam tempoh setengah jam kalau tak datang, reservation kira cancel…please yer rakyat Malaysia..tak bermakna kalau dah buat reservation kau boleh datang ikut suka hati…tolong la on time!!!!

# ambil staf yang selayaknya bukan budak remaja atau budak sekolah menengah yang tenaga mereka sangat terhad…sila contohi restoran di Muara….tengok macamana staf mereka buat kerja…

# kualiti makanan
biarlah seragam…takkan tukang masak cuma tahu rasa pahit je kot!!!

# gunakan masa dengan bijak
jangan la terlalu lama ambil masa untuk sediakan makanan sampai kena tunggu dua jam…agak-agak la weh…mungkin kena tambah tukang masak….

# tolong yer, perbaiki tandas anda…

moral dari cerita ni, memang tak la aku nak datang balik ke sini…walau pun harga kau murah ke hape, tapi kalau service nan adooo baik tak payah!!! tunggu service dah ok kot baru datang balik..tu pun kalau okeh….teeetttttt!!!!!!

Nota kaki:-
sebenarnya, tercari-cari juga kot-kot ada letak peti cadangan ke..well, tak nampak pun!!!






























01 May 2011

Jemputan Kahwin

bahagian ni yang aku paling malas..malas nak menjawab seribu satu soalan cepu mas…aduhai, boleh tak skip dulu soalan yang tak mencabar minda itu…

bila soalan dibiarkan sepi, dia buat pula satu anjakan…membentangkan senarai nama untuk di suai padan..tu takpa lagi la…masih boleh diterima akal..yang paling rasa macam nak bagi pelempang bila dia sendiri buat hujah kemudian, dia sendiri yang mengesahkan fakta…bengong tak??? siap la dengan segala fakta kenapa aku begini dan kenapa aku begitu…campur lagi dengan khutbah untuk aku perbetulkan segala yang tak betul pada pandangan dia..di ulang, pada pandangan dia..macam la diri tu bagus atau bahagia sangat..kau tu pun lebih kurang sendu juga..so, tak payah nak kekwat sangat…

bukan aku taknak terima nasihat..ya, aku hargai sangat tapi rasanya boleh di bezakan orang memberi nasihat dengan orang yang nak kondem kaw-kaw…agaknya, aku ada buat dia terasa hati kot di zaman dolu kala..entah..i tak perasan pula you…heheheh….tapi aku ni mana la boleh orang perlekehkan diri sendiri mahu pun insan terdekat…kelakar pun ada bila hujah yang sepanjang Sungai Nil tu aku patahkan dengan bebeapa ayat manis…terus senyap..ambik, nak sangat kan!!!

nak di luah ada pula yang tersentap..nak terus berdiam diri, makin bermaharajalela pula perangai…tu yang aku terpaksa bentang hujah berbaur sinikal..biar faham sikit sebab kalau guna ayat lemah lembut aku tak fikir minda dia mempunyai sistem perncernaan yang bagus…apa pun, terima kasih la sebab jadi prihatin terlebih dengan kisah aku ni hah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...