30 June 2011

Bumbu Bali

salah satu tempat makan yang aku suka…memandangkan aku ni pencinta chicken chop, selalu juga la aku dok cari mana tempat yang ada chicken sedap dan berbaloi nilainya...

aha, bumbu bali ada chicken chop yang sedap tau..harga mungkin sedikit mahal tapi berbaloi dengan saiz hidangannya…


tapi kali ni aku tak makan chicken chop..saja nak tukar selera..aku pilih chicken pasta 


but not so good…tu pada aku la..pada orang lain cheq tak tau…yang ni memang bukan pilihan aku..bukan sebab tak sedap tapi saiz hidangan tu agak menakutkan..


dah la aku ni bukan jenis makan banyak..maklum la saiz perut mengecil…still, menu utama pilihan aku adalah chicken chop..serius, berbaloi..dengan harga dan saiznya, sure korang tak menyesal…

yang terakhir, pencuci mulut....

29 June 2011

Jangan ambil mudah

Merencana sesuatu aktiviti besar sangat memerlukan komitmen dari semua orang…kadang-kadang sikap ambil mudah ni menyusahkan…apabila berhadapan dengan orang yang sentiasa ada perancangan baik dari sekecil-kecil event mahupun sebesar-besar alam, mungkin nampak macam poyo..

yup, aku lah orang itu…memang aku akan jadi super poyo bila nak mengadap sesuatu event…kadang-kadang aku rimas dengan sikap sambil lewa…seolah-olah mak je yang beriya-iya nyah…yang lain tu buat selamba katak jer…end up, bila program tak jadi, I juga yang di persalahkan…cis, bedebah!!


yelah, semua benda nak proper, semua benda nak ada ‘hitam putihnya’, semua benda nak di buat serius dan teratur sampaikan mungkin ada yang tersentap..tersentap la kot sebab dek sikap tu ada yang kena maki secara percuma…suka??? lepas ni boleh la tukar kerjaya, jadi event planner….*verangan*

tak kuasa aku nak jadikan itu sebagai kerjaya...melainkan ada skuad sokongan yang maha hebat..contohnya, macam Kimora Lee Simmons…


korang tengok betapa gagah dan gigihnya team beliau….walaweh, aku teruja..tapi sikap Kimora tu tak semua boleh di jadikan contoh..ada sisi positif dan negatif….positifnya, sikap dia mendorong team member untuk dari berkata tak boleh kepada boleh…yang negatifnya, kadang-kadang aku pun berbulu tengok dia..semua benda yang tak masuk dek akal, dia nak jadikan realiti…kekwat, takyah cerita la kan…ok, cukup..bukan nak cerita pasal awek Fabulous tu…but still, aku admire dengan dia…from nothing to something….

berbalik pada event yang bakal aku nak ngadap ni (walau pun dalam beberapa entri yang lepas aku kata dah bersara kan, tapi ada la juga yang aku tak mampu untuk berkata tidak) sekali lagi komitmen menjadi isu…Cuma tak segalak event dulu tu..yang tu memang aku berangin satu badan..sebab tu tanpa teragak-agak aku resign 24 hours…no more gathering or reunion…nasiblah!!! lagi pun, cukup-cukup la menambahkan dosa kering dorang dengan mengutuk aku belakang-belakang ye dak…aku ni baik orangnya (siapa lagi nak puji diri sendiri kan) walau pun kadang-kadang kejam sikit..err, kejam banyak kot… =)

event yang pertama dah dijalankan dengan jayanya..walau pun rasanya aku je yang terkejar-kejar sini dan sana..anyway, event tu dah lepas…event yang berikutnya ni yang aku nak fokuskan..bakal berlaku lepas raya ni, Insya Allah masih lagi dalam proses perancangan…aku tahu bukan lama pun tapi takpa, since that aku ni positif orangnya, no need to think about it..aku dah jalankan bahagian aku, tinggal langkah dari dorang pula…belajar dari pengalaman, aku nak let go sesetengah perkara dan memang matilah kalau semua aku nak buat sorang…tak terdaya kot….ada kerjasama, ada la event ni..tu je peringatan dari aku…kalau tak, sila lupakan…

Wordless Wednesday #1 - siblings

28 June 2011

Fullhouse


selama ni aku dengar-dengar je cerita pasal tempat ni..yelah, nak pergi kena fikir berkali-kali..selalu tengok dari luar dan automatik, fikiran aku terdetik, “macam mahal je tempat ni..huhu”…tapi tulah dia..tak kenal maka tak cinta…memandangkan keinginan mencuba yang meluap-luap membuatkan aku rasa macam nak try..

terus bergegas ke sana..lokasi menjadi pilihan, Sunway Pyramid dan lucky sangat sebab time lunch hour ada disediakan set menu..save sikit la..paling best, service..memang pantas dan tuntas…hehe…sekejapan, order sampai..so, memang best tahap gaban…

aku pilih set chicken chop…


well, kena dengan selera aku dan sedap…set lunch di datangi dengan limau ais, sup dan juga manisan…


sah berbaloi-baloi dan meninggalkan Fullhouse dengan muka puas..hehehe...

25 June 2011

dah bermula mood perang



tapi aku tak teruja..perasaan kosong..tak rasa apa-apa…nervous pun tidak, suka ria pun tidak…risau lagi la..kejap ada, kejap takda….sekali lagi last minit preparation…mood nak study tak kunjung tiba..huhu…harap-harap segalanya ok dan peningkatan pointer akan berlaku semester depan….belajar dari pengalaman lepas, aku bercuti sepenuhnya..takda dah istilah separuh-separuh masa ni..tak terkejar kot, pastu otak penat ya amat…selamat berperang untuk rakan sekelas…

p/s siapa kata belajar degree senang..siapa kata belajar sambil kerja mudah…huhu….

Result MUET

ada beberapa entri aku berbahasa inggeris kan..kononnya nak cuba pratikkan penggunaan bahasa tu..

agak beruntung sebab persekitaran kerja banyak membantu..yelah, di kelilingi bukan berbangsa Melayu, sah-sah bahasa inggeris menjadi perantaraan…

tapi, aku agak kecewa dengan result yang baru je keluar…ramalan tersasar….target aku band 4 tapi sekadar berpuas hati dengan band 3…bukan tak bersyukur ye kawan-kawan tapi aku mengharapkan nombor genap…hehehe…

kesilapan dalam Writing Test..tulah dia, kalut sangat…lain yang di faham, sah-sah lain pemahamannya..but still, Al-Hamdulillah…

Final Maharaja Lawak

tepat jangkaan aku...congrats to Sepah yang berjaya jadi Maharaja Lawak...dorang memang layak kot..kedua-dua task di jalankan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...so, rezeki juga untuk anak Syuib yang bakal lahir...

task pertama aku dah ketawa terbahak-bahak...masuk task yang kedua, lagi la lawak tak henggat...nak pula kemunculan Dafi...tambah gamat..memang lawak sengal...

congrats juga untuk Jozan yang dapat naib juara...mungkin di sebabkan task pertama kurang berjaya menyebabkan undian beralih ke Sepah...tapi, depa dok pulun dalam task kedua..yang muzikal memang makanan dorang kan...

apa pun, congrats untuk semua...bukan senang nak pergi final...tabik juga untuk Nabil yang berdiri megah, buat lawak seorang diri.... =)

23 June 2011

Maharaja Lawak

Siapa yang bakal jadi juara??






Aku penyokong tegar Jozan dan juga Sepah..jadi, ramalan aku terletak pada kedua kumpulan tersebut la…kalau berdasarkan kualiti, Juara bakal berpihak pada Sepah dan Jozan naib juara tapi kalau populariti di jadikan sandaran sah berpihak pada Jozan..apa pun, tunggu final esok..adat pertandingan, apa saja kejutan boleh berlaku…mana tahu penyokong Nabil atau Jambu bisa potong last corner??

p/s dah lama dok perati, makin lama makin cute plak si Jep Sepah ni…ahaks….

first impression

penting sangat untuk kita tunjukkan reaksi yang positif terutama sekali bila berjumpa untuk pertama kalinya…jadi, adalah sangat biadap bila gadget di tangan asyik di belek tanpa memikirkan keadaan sekeliling…well, orang lain pun ada juga gadget..rasanya lebih canggih kot tapi biarlah berpada-pada…

geleng kepala aku melihat aksi sedemikian rupa..berangin juga la…takkan aku nak hamparkan segala gadget yang ada depan mata dia…kang terbeliak pula…lagi satu bila mula bersifat super poyo..mak aiih, aku tak boleh nak berkrompomi dengan pe’el yang satu ni…aduhai, sayang seribu kali sayang…

kadang-kadang teknologi membuatkan kita tak pandai untuk bersosial…sat, takkan nak salahkan teknologi..tu rasanya bukan fakta yang tepat tapi pe’el manusia yang sengal sangat meletakkan teknologi sebagai keutamaan mengatasi segala-galanya…tak salah mengikut peredaran teknologi tapi biar ada batas…takkan sampai depan orang pun benda alah tu kau nak belek..tu biadap namanya….

makanya, first impression already failed….learn from experience…lepas ni pandai-pandai la sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling…peka dan bukannya pekak..orang tak bangga dengan pe’el tu, meluat adalah!!!!

20 June 2011

Aku Permata - Salma Mentor 5



Betapa jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menentang arus yang deras
Demi hari esok ku relakan…

korus
Haaa.. haaaa…

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Agar permataku terus bersinar

17 June 2011

Review : KL Gangster


“Gua kerat lu 18, baru lu tau apa itu penyesalan”

nilah punch line yang membuatkan aku tertarik, da bomb…aha, seperti biasa, aku ni kalau nak tengok satu-satu filem tu kena ada pendorong yang kuat…motip utama aku nak tengok cerita ni di sebabkan oleh Ady Putra…yup, aku minat sangat dengan lakonan mamat ni…paling aku suka penggunaan bahasa yang tersusun…indah kan…

selain dari Ady Putra, aku suka juga dengan lakonan Soffi Jikan..sekali lagi, dengan alasan yang sama penggunaan ayat yang tinggi metaforanya…pada yang dah tengok tu, sure dah tau siapa pelontar dialog di atas…sebenarnya, Soffi Jikan ni dah banyak berlakon dalam filem…antaranya Hantu Mak Limah Balik Rumah…alah, yang jadi tok bomoh tu..tapi mamat ni low profile sikit…biasa la tu, kalau aktivis teater ni sedikit malu agaknya…tapi kalau nak di ikutkan lakonan depa lagi better dari sesetengah pelakon filem atau drama…

so, dalam cerita ni kedua-dua watak ni aku suka…walau pun filem bercorak aksi + ganas, tapi Syamsul Yusuf pandai menseimbangkan lakonan..terutamanya penggunaan bahasa dan lontaran dialog…aku ni suka tengok cara ayat di gunapakai dalam sesebuah filem…bahasa slanga, bahasa pasar dan bahasa baku diadun cantik…mainan aksi di tonjolkan dengan baik dan paling penting ada motif…tak la filem ni di buat secara melulu jer…

corat coret KL Gangster
elemen nilai persahabatan dan kekeluargaan yang cukup tinggi jadi penyedap cerita..paling aku suka dengan persahabatan antara Malek (Aaron Aziz), Ajib (Soffi Jikan) dan Fadil (Zizan Raja Lawal)…terharu seh kalau ada kawan cenggini…walau pun gangster, tapi kawan tetap di utamakan….

banyak dialog jadi punch line yang kuat..masing-masing ada dialog tersendiri
“Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam” (Malik)
“memey la” (Jai)

watak Fadil lakonan Zizan memang lawak..berangan jadi ayahanda bagai…sengal ubi dowh mamat ni…sambil lalu jer buat lawak…hahaha..

tabik juga untuk Zizan sebab tak buat penonton ketawa waktu adegan dia kena tikam tu…

watak yang cukup serasi dengan karektor masing-masing..

koreografi aksi yang mantap..diaorang bergasak macam real…

tanpa kelibat heroin dan elemen cintan cintun pun berjaya membuatkan filem ni pecah panggung

5 bintang untuk KL Gangster… (plan nak tengok lagi sekali ni..hehehe)

16 June 2011

Empat tahun yang gemilang

sangat cemerlang, gemilang dan terbilang…ya, empat tahun di lalui dengan pelbagai ceritera…baik suka atau duka…tapi, serasa aku lebih banyak suka dari dukanya berbanding tahun-tahun sebelum…

mengambil satu tindakan besar yang melahirkan pelbagai persepsi tapi aku lebih kenal diri berbanding orang lain dan adalah tidak adil apabila kesimpulan di buat melangkau batas seolah-olah mereka lebih mengenali siapa aku sebenarnya…lumrah manusia yang selalu melihat sesuatu secara tersurat dan bukannya tersirat…tak perlu untuk dipersalahkan…

memang sakit hati, perit gegendang telinga apabila mendengar bukan main banyak lagi komentar yang ujud tapi, aku kuatkan semangat..perteguhkan jati diri untuk bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang di buat…mereka melihat secara lahiriah tapi aku yang memikul prarasa…

empat tahun berlalu dan corat-coret mereka semakin berkurang atau lebih tepat barangkali dah malas melayan kata sinikal aku sebagai jawapan…ahaks…aku puas menikmati empat tahun yang indah dan rasanya tiba masa untuk aku mengambil satu langkah yang dulunya agak ragu-ragu..memikirkan banyak perkara menyebabkan langkah ni aku bawa ke hadapan…

marilah kita mencari keutamaan…hehe…

15 June 2011

Wedding

minggu yang sarat sampai aku tak sempat nak hupdate entri…hikhik…mencuri-curi masa untuk melibatkan diri dalam wedding dan juga tuntutan kelas…nasib baik nikah hari jumaat dan kenduri belah kitaorang hari ahad..makanya, aku ke kelas hari sabtu dan terpaksa menuang kelas ahad…what to do…nak taknak, kena la ponteng…hopefully, dorang dapat juga memberikan komitmen padu masa wedding aku nanti..teeetttt…calon takda dah cakap pasal wedding yer…bhahahaha…untuk kezen, selamat pengantin baru aku ucapkan..selamat menempuh alam baru dan tabah hadapi segala cabaran yang mendatang..doa-doakan lah sama untuk kezen kau yang sorang ni… =)

Juara Bongsu Akademi Fantasia

congrats to Hazama yang akhirnya berjaya menjadi juara AF9..membawa pulang bersama trofi, wang tunai RM200,000.00, hadiah tajaan Power Root bernilai RM5,000.00 dan sebuah kamera tajaan Sony bernilai RM3,299.00…sepatutnya mamat ni dah perform sebagai juara dah semalam…juara untuk AF4…serius, antara kesilapan AF yang mana tak pilih Hazama sebagai salah seorang pelajar masa edisi keempat dulu..tolak tepi apa motif produksi membawa masuk Hazama yang aku kira sekadar strategi nak pancing orang untuk tengok AF yang terakhir ni…

konsert semalam antara konsert yang paling sengal…rasanya konsert Final AF5 lebih bagus…sounds system, mak aaiiih seddih!!!! mikrofon Hazama awat slow sangat masa nyanyi lagu pembukaan…aku check dengan Aishah AF7 yang berada di Putrajaya through twitter, dia sendiri pun tak dengar…so, sendiri mau ingat la kan…

well, aku pengikut AF sejak musim ketiga (masa ni la pun astro wujud kat umah den but still tahu la juga pasal AF 1 dan AF 2) tapi untuk AF9, jarang sangat aku layan konsert mingguan…sendu kot!!! tak teruja langsung pun dengan edisi kali ni..tapi bila Hazama masuk, ye keghairahan aku untuk menontonnya di seru….tapi walau pun dah berakhir konsert Final semalam, aku tak berapa puas hati dengan Hazama..boleh di katakan banyak tugasan lagu yang di berikan tak mencabar vokal dia langsung…tu bukan salah dia kan, produksi kena alert sikit…apa pun, cakap banyak tak guna…juara dah di nobatkan dan sememangnya Hazama layak…membawakan lagu pukau (yang ni memang I terpukau…hehe) dan lagu baru yang aku dah dengar sebelum tu tapi version konsert lagi menangkap…touching dowh dengar lagu ni, bergenang air mata dan sungguh perasaan aku terusik…sekali lagi congrats to Hazama…harap sangat jangan lupa diri dan stay the way you are..peluang dah di beri dan maintainkan dengan attitude yang ada…



aku lagi suka version konsert sebab lagi menangkap...



Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji

Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Trying to

It’s sucks when you know that you need to let it go but you can’t because you’re still waiting for the impossible to happen…

sentap tak? aku pun senyum sinis bila frasa ni di perolehi kat twitter…ahahaha, real kot…but still we have to move on rite…simpan lama-lama pun bukan boleh dapat dividen…tapi cakap mulut boleh la, hati siapa yang tahu kan… =)

09 June 2011

Kangen

entri khas untuk beliau walau pun aku tahu kebarangkalian untuk dia membacanya adalah sangat rendah...muahaha..

Weh,
Aku rindu nak borak-borak dengan ko...
rindu nak lepak-lepak minum..
rindu gurau senda dan hilai tawa..
rindu sangat-sangat kuasa lapan..

Agak-agaknya la, beliau rindu aku tak???????


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 June 2011

Bukan Tempat Melepas

kecenderungan meluahkan apa saja yang terbuku dalam sanubari tanpa kawalan baik di laman sosial mahu pun blog amat la membimbangkan…(hambik, skema gila ayat!) serius, aku rasa semacam plak bila mengenangkan reaksi negatif tanpa segan silu ni…hilangnya privasi dalam hidup bila kita dengan sesuka hatinya update status yang agak mengundang bahaya…dan itu juga la penyebab utama kenapa keghairahan aku terhadap laman sosial terutamanya facebook semakin dingin…

annoying sangat okeh!! tak perlu la nak inform di mana keberadaan kita…simpan sikit untuk diri sendiri sudah…tak payah terlalu details…sebagai contoh, korang tentu perasan dengan status yang ada istilah check in check out bagai..huish, ni lagi sengal…sorry to say, aku bukan tak mesra teknologi ke hape, tapi entah…aku x gemor..macam ape jer…apakah relevannya???

emm, sampai sekarang aku penasaran…perlu ke benda alah ni?? apa motipnya?? dan pelbagai lagi la soalan…yer, memang la tu hak dorang, tapi buat aku rimas kot!!! bila aku suarakan pada teman rapat, ni jawapnya:-

"Alah, nak nunjuk henpon mahal la tuh!!"

Kuang ajaqqq punye jawapan…ke tu jawapan berbaur sakit hati dari beliau..hahaha…

lagi satu, blog..mak aiih, ni lagi bahaya…ada yang tanpa tapisan menulis yang aku rasa tersangat la personalnya kuasa lapan…

macam baru-baru ni, ada member bagi link satu blog yang tanpa malu memberitahu status diri...tak payah la aku nak mention kat sini..rasanya semua orang dah tahu..in fact makin kecoh kot…lagi pun, dapat ape je kalau aku promote blog tu..buang masa!!!

bukan tu salah satu cara untuk mempopularkan diri sebaris dengan blogger femes yang lain…tapi kan, kaedah yang di gunapakai tu sendu kot…tak perlu raih publisiti murahan…sekali lagi aku nak tekankan, memang hak masing-masing untuk menulis dalam blog tapi jangan terlalu lantang…kita ni rakyat Malaysia yang berbudi bahasa…tatacara kena jaga..jangan main redah jer…nak luahkan tu pun biar berpada-pada…
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 June 2011

Pokok – Meet Uncle Hussain feat. Hazama




Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah, kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah, kau masih ada

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Pembenci

Sengsara jiwa bila mengenangkan
manusia yang acapkali gemar menuding jari
mencari salah untuk di tertawakan
mencari bahan untuk manuskrip kritik
 
Rasionalkah bila diri dijadikan subjek
setiap sudut di perinci
langkah yang di atur di kerling
menanti jika khilaf diri terselak
 
Adakalanya bosan menjengah
bosan untuk mengatur tertib langkah
mengawal setiap gerak geri
dalam usaha mengurangkan kapasiti khilaf
supaya si pembenci hilang susunan kata
 
Tapi kini persepsi itu di ubah
membenarkan khilaf sesekali menjadi sahabat
sahabat dalam pencarian arah hidup  untuk lebih membaik
 
Perlekehkan usaha mereka untuk melihat diri rebah
sebenarnya naluri mereka yang sakit dek kebencian melahirkan hasad
sedangkan diri pun serupa
manusia biasa yang tak lepas perilaku
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Setengah Tahun


Jun dah menampakkan diri..bermakna ganjaran untuk diri sendiri semakin hampir…yippieee..gila tak best kan..tapi aku taknak la reveal apakah ganjarannya..biar rahsia dulu..hehehe….

minggu ni keluarga besar akan sibuk dengan persiapan perkahwinan sepupu aku…itu juga menandakan, aku kena bersedia untuk menjawab soalan cepu emas dan juga aktiviti suai padan…alamak, memang la rimas tahap terulung tapi kita layankan jelah….karang lantang sangat di tuduh derhaka plak..jalan terbaik, senyum..tak perlu kata apa-apa..

tapi aku tak janji untuk bersikap baik lemah lembut tutur bicara..kalau terasa dah nak capai tahap bahaya tu, harus la aku serang balas…bukan apa, niat untuk pertahankan diri…biar mereka faham apa yang aku cuba nak sampaikan….by then, kita ikut aliran arus…aku dah serik ni nak memulakan sesuatu yang baru…herm….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...