29 July 2011

Trip ke Temasik Siri 2 – Universal Studio Singapore


Hari yang indah untuk memulakan perjalanan menjelajah Universal Studio Singapore. Berdepan dengan segala kemungkinan, dek status makanan dan juga harga yang mahal bekalan di bawa sebagai pengalas perut. Taadaaa, maggi goreng dan juga roti yang di bawa dari Malaysia.

Tepat pukul 9.30 pagi, kaki dah berada di Universal Studio. Mak aiih, umpama mimpi dalam mimpi. Macam tak percaya seh yang menatang ni dah ada depan mata. Aku dengan Cik Aqis dah saling berpandangan. Terkebil-kebil mata memasing.



Plan yang di rancang sejak November 2010. Yer, November 2010. Bukan typo error tapi tulah hakikatnya. Kena suai padankan jadual memasing sebelum difinalise. Taknak cerita banyak, biar gambar menjadi penglipur lara.









































Tiga hari di bumi Singapore dah buatkan aku jatuh cinta. Terutamanya dengan USS la kan. For sure, aku akan kembali lagi ke sini. Kali ni plan nak bawak seisi famili plak. =) Harap-harap di permudahkan. Insya Allah…

Budaya yang patut di kikis

Satu-satunya budaya orang Malaysia yang paling aku menyampah tahap dewa bila ‘menang di puji, kalah di keji!”

Ya, aku terpanggil untuk buat entri ni rentetan dari kekalahan Skuad Harimau Malaya di tangan Singapura malam tadi. Relaks la, adat permainan kan. Sah-sah akan ada yang kalah. Berdesing telinga aku dengar satu komen tadi. Aku admit, aku pun kecewa dengan kekalahan tu. Siapa yang tak frust? Semua orang kot. Tapi tahap kita kecewa ni takkan sama dengan betapa kecewanya pemain itu sendiri.

Patutnya, kita ni setia menyokong tak kira dalam apa situasi. MU pun pernah kalah apa! Malah, team-team gergasi yang lain pun pernah kalah. Tak payah nak meroyan tak tentu pasal. Pagi ni kalau korang tengok kat mana-mana laman sosial, rata-ratanya akan bercerita isu ni. Memang, kebebasan untuk bersuara. Tapi jaga juga la tonasi dan gaya bahasa tu. Jangan melampau sangat. Pernah dengar, kata-kata menggambarkan peribadi. Kecewa tu, kecewa la. Tapi biar berpada-pada.

Kalah sekali tak bermakna kita akan kalah selama-lamanya. Bagi peluang. Paling penting bangga dan sokong Skuad Harimau Malaya baik dalam sisi menang mahupun kalah.

Nota kaki :-
part yang paling aku bangga, walau pun tak ke stadium bila lagu Negaraku berkumandang dengan megahnya. Syabas rakyat Malaysia. Teruskan menyokong tanpa batas yer… =)

*gambar ihsan incik yahoo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...