31 August 2011

Wordless Wednesday #7 - takda maknanye DIET!!

gambar ihsan incik yahoo...

Ramai-ramai menyambut hari merdeka…MERDEKA!!!

Sedar tak sedar dah hampir 54 tahun negara tercinta Malaysia mengecap kemerdekaan. Bangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum tapi masih mampu hidup dalam satu negara penuh aman damai dan sentosa. Jadi, takkan la kemanisan hidup bersatu padu ni nak di musnahkan dek perangai tak bersyukur kita. Sebagai rakyat Malaysia, jangan la perlekehkan kemerdekaan ni. Kita sendiri dah tengok betapa sengsaranya rakyat dari negara yang mengalami pergolakan politik mahupun peperangan. Tak perlu nak di politikan setiap perkara. Jangan nak provok sebarang sentimen mengundang kemarahan. Aku tak berpihak pada mana-mana tapi berpaksi pada etika Malaysia. Setiap dari kita cintakan keamanan. Jadi, kenalah sama-sama jaga supaya peristiwa nenek moyang kita tak berlaku lagi. Mana yang belajar sejarah zaman sekolah dulu (mungkin ada yang kata subjek ni membosankan but nilah satu cara untuk memupuk semangat cintakan tanah tumpahnya darahku ni) mesti tahu betapa peritnya nak mencipta kemerdekaan.

Selamat Hari Merdeka rakyat Malaysia

credit to lunaticg.blogspot.com

29 August 2011

29 Ramadhan


gambar ihsan incik yahoo...sekadar hiasan..hehe...

Masih lagi gigih berkerja di opis. Pekerja cemerlang pulak, harusla kan.. *padahal tak dapat cuti raya..ayat jaga hati..huhu*

Ramai yang dah bercuti. Rasanya Jumaat lepas ramai yang mula bercuti panjang. Nak pula raya kali ni agak panjang cutinya dek pertembungan dengan Hari Kemerdekaan. Tu yang ramai mengambil kesempatan. Opis yang sunyi, dah boleh berbaring-baringan rasanya. Paling best, jalan raya lengang. I like!!!! Bila lagi nak feeling gini kalau bukan time perayaan. =)

26 August 2011

Kad Raya Pertama

Muahahaha....


Kasi mood gelak dulu. Pecah rekod bila kad pertama di terima. Tahun lepas langsung tadak. Tapi, tahun ni ada yang baik hati dok kirim kat raya kat aku. Ok la tu kan, daripada takda langsung. Syok weh, tradisi bertukar kad raya ni. Baru meriah sikit. So, korang dapat berapa juta kad raya??? Cer citer…

25 August 2011

Persiapan raya




Kurang lebih 4 hari kita akan menyambut syawal. Aha, buat pertama kalinya aku tak rasa nak raya pun. Feeling belum menjelma. Satu persiapan pun belum di buat. Bayangkan, baju raya pun tak di tempah. Pakai yang tahun lepas punya dan juga baju yang dah di buat sempena majlis kawen sepupu. Tak berkesempatan la nak buat semua persiapan. Sah-sah dah sibuk dengan kelas. Dah la kelas hari Ahad. Kalau sabtu tu gigih la juga kan. Tu belum campur lepak dengan BFF atas dasar bisnis. Jadi, aku cuma ada hari Sabtu untuk langsaikan segala urusan yang perlu. Tak terkejar den. *sengih*

Tapi nama pun raya. Mungkin feeling tu datang minggu depan. Ya, aku tahu minggu depan raya, mungkin feeling ada sehari sebelumnya. Nampak gayanya macam bakal bershopping di malam raya kot. Tu pun kena tengok juga tahap kerajinan paras mana. Maklum jelah, malam raya pun sibuk juga kan. Untuk mereka yang kaki tv macam I ni, banyak rancangan yang boleh di nikmati. Err, kita tunggu jelah yer. =)

24 August 2011

Tolonglah berhati-hati + bertimbang rasa di jalan raya

Aku tak tahu la apa lagi saranan kerajaan untuk membendung kes kemalangan jalan raya yang semakin meninggi terutamanya di musim perayaan. Dah macam-macam iklan kesedaran di buat. Dah banyak kempen di jalankan tapi hasilnya tetap sama. Ada yang lebih teruk pun.

Aku taknak cerita pasal berapa statistik mahu pun apa usaha di buat. Pada aku, pokok pangkal adalah diri sendiri. Memang, malang tak berbau. Tapi, dek kecuaian kita, orang lain yang menjadi mangsa. Apa yang aku perhatikan, banyak kemalangan yang terjadi dek sikap pemandu itu sendiri. Sebagai contoh, mereka-mereka yang suka potong barisan, memotong di garisan berkembar dan 'makan jalan'.

Ni tiga faktor yang aku kira perlu di ambil berat dan tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Orang lain pun nak cepat, tapi jangan sampai menyusahkan orang lain. Bila berada di jalan dua lorong, pastikan betul-betul jarak kenderaan laluan bertentangan. Kita selalu dengar kemalangan berlaku bila kenderaan yang nak memotong tadi tak lepas. Dan korang sendiri fikirlah, aksi seterusnya.

Ni ada la pengalaman aku nak cerita sikit. Ada satu hari raya hari tu (tahun, tak ingat), aku konvoi la reramai balik kampung. Bukan jauh noo pun. dekat jer, kat area Hutan Melintang Perak. Dok lalu jalan yang menghala ke Unisel Bestari Jaya. Tentu ada yang dah tahu, sebelum sampai ke Unisel tu, korang kena melalui jalan yang bersimpang-simpang + berbukit. Kat situ memang agak bahaya sikit. Nak di jadikan cerita, ada satu kenderaan arah bertentangan yang dengan berani dan bongkaknya dah memotong. Kereta tu betul-betul berhadapan dengan kereta sepupu dan aku pula berada di belakang kereta sepupu tu. Tak ke bangang bila bila memotong dalam keadaan macam tu, dengan kereta banyak dan laluan berbukit. Nasib baik sepupu aku sempat mengelak tapi kereta tu buat bodoh jer (dah memang dia bodoh kan, so tak perlu nak buat-buat!) bayangkan kalau sepupu aku tadi tak sempat ngelak??!! Dengan kepadatan kenderaan dan laluan yang sebgitu rupa, tak ke mengundang kemalangan. Kalau kereta dia sorang je yang tercampak ke bawah takpa. Tapi kalau dah melibatkan orang lain, kan ke menyusahkan!!!

Sebab tu, kalau boleh, bawak la secara berhemah. Jangan pentingkan diri sendiri. Lambat buat cara lambat. Tapi, kot iya pun jangan la drive slow nak mati. Tu dah menyusahkan. Jadi, pandai-pandailah bawa diri. Semua nak balik beraya kan. =)

Pandu Cermat Jiwa Selamat!!!

Ciri-ciri Kuih

Aku dapat ni dari email. Memang lawak bila baca ciri-ciri kuih yang sedia ada. Untuk mereka yang ingin gelak tawa dan senyum simpul di hari rabu, layan la entri yang mungkin menguji keimanan korang.

Amaran: sebarang pengurangan pahala puasa, adalah tanggungjawab sendiri. =)



KUIH PALING GANGSTER


Lompat Tikam



KUIH PALING SEKSI

Puteri Mandi


KUIH PALING KEJI

Tahi Itik



KUIH BAJET CUN

Cek Mek Molek


KUIH DALAM ZOO
  

Kuih Badak Berendam


 KUIH ORANG TAK MANDI


Kuih 'Baulu'
 

KUIH PENYAKIT LELAKI KRONIK

Kuih Batang Buruk


KUIH PALING ALIM

Ketayap


KUIH YANG BANGUN SENDIRI

Kuih Bangkit


KUIH PALING BAHAYA

Kuih Bom


KUIH MAKAN BIJI (ISI TAKNAK)

Kuih Butir Nangka


KUIH ORANG LELAKI

Kuih Che Abas (Kuih Sagu)


KUIH PALING HARUM


Kuih Kasturi


KUIH SUKA PUKUL


Kuih Lompang

KUIH PALING LEMBAP

Kuih Siput


KUIH UNTUK SAMAN POLIS TRAFIK
       
Kuih SAM...PREEET!!!!


KUIH UNTUK AWET MUDA

Seri Muka


KUIH PALING TENTERAM

Kuih Makmur

Wordless Wednesday #6 - Motippp????!

gambar ihsan utusan

Agihan kad raya

Yeehaaa, kad raya dah siap untuk di kirim kepada mereka yang bertuah. Aku lebih senang memilih cara ‘old skool’ ni berbanding teknologi yang ada sekarang ni. Lebih sentimental katanya. Tapi, jangan salah sangka. Kad raya ni untuk mereke yang rapat. Yang tak seberapa nak rapat tu aku gunakan medium lagi. Umpamanya, SMS, facebook dan juga twitter. Jadi, aku menggunakan kedua-dua cara untuk menyampaikan salam lebaran. =) setiap tahun aku kirim kad raya walau pun balasannya makin lama makin susut. Takpalah, takkan nak paksa orang balas pulak kan. ingat pantun raya zaman kanak-kanak ke, pecah kaca pecah gelas lepas baca harap balas. Muahahaha…

20 August 2011

20 Ramadhan

Mood raya sudah datang.

Syukur, 20 hari di lalui dengan indah di dalam bulan ramadhan. Seperti tahun-tahun yang sudah, suasana raya tu tak terasa sangat apabila orang tersayang tiada di sisi. Macam yang di ceritakan di dalam entri lepas, walau pun hampir 9 tahun arwah abah meninggalkan aku dan famili tapi serasa baru semalam kitaorang meratapi kehilangan.

Apa pun, hidup perlu di teruskan dan doa tetap dititipkan untuk arwah abah. Al-Fatihah

Nota Kaki :-
Hargailah mereka sementara ada

Peluang Akhir

Tepu dah otak memikir jadi kata akhir di capai. Aku rasa wajar peluang di beri untuk terakhir kalinya.

Tapi kalau hasilnya masih lagi tiada perubahan, mungkin langkah drastik akan di ambil.

Kita tengok kesudahan dan pengakhirannya. =)

19 August 2011

4 Perampas yang pasti datang

Tidak semua istilah “perampas” dimaksudkan dengan negatif. Istilah Perampas juga dapat diertikan positif sebagai peringatan bagi kita. Manusia pasti menghadapi empat ‘perampas’ nyata yang pasti datang, iaitu:

1. Malaikat izrail akan merampas nyawanya

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."

(Surah. Al Ankabut : 57)

Tidak ada satu makhluk pun yang kuasa menangguhkan datangnya kematian, walau hanya sedetik, kerana takdir kematian adalah hak mutlak Allah SWT. Setiap manusia, sesungguhnya selalu diburu kematian. Jaraknya pun semakin dekat dari masa ke masa.

2. Ahli waris akan merampas harta bendanya

Semua harta yang kita miliki pasti pada suatu masa akan dirampas juga oleh ahli waris kita. Maka janganlah kita bangga akan harta yang kita miliki kerana didalam harta tersebut juga ada hak milik orang lain. Baik hak orang yang tak mampu ataupun hak waris kita.

3. Ulat akan merampas tubuhnya (dalam kubur)

Setinggi apapun pangkatnya, setinggi apapun jawatannya di dunia tapi sesudah meninggal maka akan dimakan ulat juga. Oleh kerana itu janganlah sombong akan pangkat yang kita miliki sekarang kerana semuanya adalah sama pada Allah SWT. Yang membezakan dimata Allah adalah amal perbuatan manusia selama mereka didunia.

4. Orang yang pernah dizalimi akan merampas amalannya.
Orang yang pernah kita zalimi akan datang menagih amal kita sewaktu di hari penimbangan amal nanti. Maka hendaklah meminta maaf kepada orang-orang yang pernah kita zalimi samada sengaja atau tidak sengaja dan hendaklah bertaubat tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Semoga 4 perkara di atas akan menjadi renungan bagi kita sebagai muhasabah diri di bulan yang penuh keberkatan ini. Agar di Hari Raya Aidilfitri nanti kita akan mendapatkan jiwa yang fitri sesuai dengan hakikat Aidil Fitri.

“Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah dan akan kembali padanya.”

Nota Kaki:-
Email ni aku perolehi dari BFF. Sama-sama la kita mengambil renungan yer.. =)

Terima kasih teknologi

Teknologi moden memang membantu dalam merapatkan perhubungan. Kalau dulu, sistem surat menyurat di gunapakai kan tapi sekarang ni dah berubah. Jarang sangat orang berutus surat. Ke dah pupus langsung!!

Kita lebih senang untuk berSMS, facebook dan juga twitter. Lebih mudah dan senang. Sampaikan aku rasa nombor telefon dah tak seberapa nak relevan.

Sebabnya?

Kita senang sangat dok tukar-tukar nombor telefon tapi tetap akan setia dengan satu facebook atau twitter. So, kebarangkalian untuk terputus hubungan adalah sangat tipis melainkan kita delete akaun tu.

Dengan teknologi juga mampu menjadi medium untuk penambahan koleksi kengkawan di alam maya. Tolak tepi isu menipu dan tertipu ni. Kita cerita yang real punya. Perasan tak satu kolum aku dah jelmakan atas nama NanaFC.

Aha... Perkenalan berlaku di medium teknologi. Terima kasih.

Apa ke bendanya NanaFC ni? Itulah medium untuk peminat dan juga penyokong Nana dari Akademi Fantasia musim pertama. Aku pun baru je join. Masih lagi dalam minggu orientasi. So far so good. Ada juga perkongsian info baru. Saling bertukar cerita pun iya. Siapa kata teknologi menyusahkan atau melalaikan. Pokok pangkal adalah diri sendiri. Kita yang menentukan baik buruk sesuatu.

16 August 2011

Minat tak salah kan??

Lumrah manusia tertarik dengan berlawanan jantina. Kalau sama jantina, mengundang bahaya plak kan. Jadi, dalam hidup ni mesti kita ada kesukaan terhadap seseorang mahupun sesuatu. Normal rasanya kalau kita minat seseorang. Jadi atau tidak, itu cerita bab lain. Minat tak semestinya suka. Kadang-kadang cuma minat tanpa ujud perasaan lain. Saja suka-suka. Umpamanya minat Sharnaaz Ahmad atau Shaheizy Sam. Takkan pula korang dapat depa ni kan kecuali lah kalau dah jodoh… =) Minat artist u perkara biasa. Sah-sah la kebarangkalian untuk bercinta adalah sifar.

Kita cerita pasal orang biasa jelah yer. Ada yang minat dalam diam dan tak di luahkan. Simpan untuk sendiri-sendiri namo eh. Ada yang berani, meluahkan rasa minat itu dengan harapan dia tak bertepuk sebelah tangan. Sebab tu lelaki lebih cenderung untuk meluahkan perasaan daripada perempuan yang lebih tersorok sikit prarasanya. Tapi kan di zaman moden bak kata seorang teman, perempuan pun tak salah untuk mulakan langkah pertama. Well, ada juga la cerita yang aku dengar si perempuan yang proposed. Walaweh, bravo. Tabik aku pada si perempuan yang berani ni.

Kalau di tebak soalan pada aku sejauh mana beraninya untuk meluahkan perasaan, oh tidak!! Aku masih lagi dalam acuan konservatif. Pada aku bab-bab ni lebih molek kalau lelaki yang mulakan dulu. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Mungkin ada yang selesa dan tak kisah isu ni, lelaki atau perempuan sama saja. Sesiapa pun boleh buka panggung.

15 August 2011

Bread, Love and Dreams



Aku dah lama tak jadi pengikut cerita Korea atau Taiwan ni. Cerita terakhir yang aku fanatik nak mati adalah Boys Over Flower. Tu sampai beribu-ribu kali kot dok ulang tanpa jemu. Lepas je kehebatan cerita ni, dah takda cerita lain yang dapat menambat hati naluri lagi. Walau pun, Lee Min Ho ke yang berlakon, aku pandang sipi-sipi jer. Hahahah….

Tapi tu dulu. Penangan mak aku dah menyebabkan aku terjebak sekali lagi dok layan cerita Korea/Taiwan ni. Terkesan dengan jalan cerita menyebabkan aku terus terbawa-bawa dengan perasaan. Touching siot!!

Nota kaki:- Rindu sudah dengan watak Ji Ho. Ada yang ulang balik tengok DVD nih…*sengih*

Penakut by Yuna

OMG, best sangat okeh lagu ni. Pertama kali dengar dah buat aku jatuh chenta (apsal la semenjak dua menjak ni senang sangat buat aku jatuh chenta ni??? Adakah itu petanda??? Kuang..kuang…kuang…) lirik yang sangat puitis. Macam yang aku dah khabarkan dalam entri yang lepas, aku suka dengan lagu yang penggunaan kosa katanya unik dan terselit makna yang mendalam. Penggunaan bahasa yang indah dan seronok untuk di dengar...


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

12 August 2011

Review : Bogel Menuju Tuhan

Aku dah khatam buku ni.


Sejujurnya, aku seorang pembaca yang pantas. Tak mengambil masa yang banyak untuk habiskan sesebuah buku, bergantung pada tahap ketebalanlah. Tapi, rekod tersebut terpaksa di padam apabila naskhah karya Zahiril Adzhim mula di baca.

Mungkin sebab sifatnya berbeza dengan buku-buku lain yang pernah di baca, aku kena meniti bait-bait satu persatu sambil cuba menghadam makna tersurat dan juga tersiratnya.

Kesukaan aku, boleh tak kalau nak kata semuanya. =) Ya, aku suka semuanya. Baik puisi mahu pun catatan. Semuanya aku minat. Semuanya aku tertarik. Dan ada beberapa puisi/ catatan yang aku kira begitu dekat di hati. Kenapa? Biarlah rahsia. Agagaga…

Ada juga beberapa puisi yang buat aku sangat jealous dengan Shera Ayob. Tu yang best bila kita ada cik abang yang begitu puitis, makanya akan di dedikasikan barang sekuntum dua puisi kepada kita. Syok weh..Oh, itu bukan jiwang. Sekadar luahan sanubari.

Cuba korang bayangkan, satu hari nanti cucu cicit akan menengoknya.  =) sekurang-kurangnya, ada la unsur positif kepada mereka. Kasih sayang kan boleh di luahkan dalam perlbagai cara asalkan tak melampaui tatsusila.

Sila la dapatkan buku ni di pasaran. Hah, bagi yang berminat untuk mendapatkannya, boleh la menghubungi Encik Faisal bin Mustaffa dengan cara sms ke 017-200 2944. Sila tunggu pengesahan dari beliau sebelum bayaran di buat melalui Maybank (Faisal bin Mustaffa – MBB 114179439605)

Untuk belian secara online, sila jengah sini

Rasanya dah mula di jual di kedai-kedai buku berhampiran korang…

11 August 2011

Pesanan Khidmat Masyarakat Untuk Penjual Bazaar

Hari ke-11 umat Islam berpuasa. Bermakna 11 hari la usianya bazaar Ramadhan atau PARAM, singkatan bagi Pasar Ramadhan. Dah macam-macam versi ceritera PARAM muncul. Paling hebat di perkatakan adalah harga.

Ya, aku turut terasa juga bahang harga ni. Rata-rata makanan di jual dengan harga yang agak mencekik tak setanding dengan kualiti. Kalau sedap takpa la juga. Ni rasa ntah apa-apa ntah. Soal harga tu pada aku tak kisah la kalau mahal, janji sedap!! Kira berbaloi dan aku tak la sampai perlu memaki, mengurangkan pahala puasa. 

Aku sendiri kurang pasti kenapa harga tahun ni agak mahal. Adakah di sebabkan sewa tapak yang tinggi atau sebaliknya??? Kalau boleh, jangan la letak harga melampau sangat.

Selain dari harga yang mahal, hayat makanan PARAM juga dipertikaikan. Apa kes, bila nak makan time berbuka, tetiba makanan yang baru di beli basi!! Satu kerugian baik dari segi masa dan juga duit. Tu belum campur dengan frustnya emosi tatkala perasaan nak makan yang meluap-luap tapi terbantut dek sekatan basi. Adoiii, sakit hati kot!!!

Jadi, pesanan untuk penjual dan juga pembeli PARAM, tolonglah jalankan tanggungjawab memasing. Penjual makanan, jual dengan seikhlas hati dan juga tidak melampaui batas. Pembeli, sila jadi pembeli bijak dan jangan sampai pembaziran berlaku. Kau lapar mata je, toksah nak beli makanan sampai penuh satu meja. Nafsu tu pun kena kawal juga.

Selamat berpuasa semua... =)

Cer sabar sikit!

Lokasi : Stesen Minyak Shell

Mengisi minyak di waktu pagi adalah rutin biasa dan aku dapat petua yang isi minyak di waktu pagi adalah waktu yang baik sekali. Relevannya, minyak yang padu. Betul atau tak, aku tak pasti. Tapi yang pasti bila aku isi minyak, kuantitinya agak banyak berbanding di waktu tengah hari.

Okay, bukan nak cerita pasal minyak tapi insiden yang berlaku. Tajuk besar, potong queue. Aku tak tahu la kenapa pe'el rakyat Malaysia ni suka benor potong queue. Terutamanya di jalan raya. Adoii, orang lain pun nak cepat jugak, so kena la sabar sama. 

Macam insiden pagi tadi, satu kereta ni nak tunggu untuk giliran tup tap datang satu kancil dah potong tang corner. Mamat ni keluar, apa lagi berangin la. Kalau aku pun angin. Sedap-sedap beratur, sesuka hati nak potong jalan.

Paling menyedihkan bila si pesalah tak minta maaf langsung pun. Isk, susah sangat ke nak cakap perkataan tu. Kau dah buat salah, tak reti-reti nak minta maaf!! Bagero…

Pengajaran kat sini, toksah la nak potong queue segala. Belajar untuk sabar tak kiralah apa bangsa pun. Orang lain nak cepat juga!!!




 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

09 August 2011

Tak tahu mana yang silap...

Perasaan aku di ketika ni, tersangat la emo sampai tak tahu nak kata apa dah.

Entah mana yang silap, segalanya serba tak kena. Dua kali aku cuba memberi peluang tapi endingnya, hampeh. Frust tak payah cerita la. Tersangat-sangat kuasa lapan kot.

Usaha dah di buat tapi masih lagi belum berpihak pada aku. Terasa sia-sia sangat. Apa, aku ni tak cukup bagi komitmen ke?!! Atau dah sampai masanya untuk aku mengalah.

Tak! Kalau boleh, biarlah itu menjadi pilihan terakhir untuk aku. Dan kalau boleh, biarlah takda langsung istilah peluang.

Buat pertama kalinya, aku rasa kecewa ya amat. 60% hati pecah berderai!!!!
 





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berbelah Bagi

Aha, aku dah mulai sampai di dua persimpangan. Memerlukan pilihan yang tepat sebelum jalan mana di pilih.

Keliru.

Takut.

Cemas.

Semuanya berlegar hebat dalam fikirkan aku tatkala ni. Sejujurnya, aku sendiri belum pasti arah mana yang patut di tuju.

Ikutkan hati, nak lari tapi tu bukan jalan penyelesaian. Sama sekali bukan pilihan yang tepat. Serasa nak mengikut aturan alam atau Bahasa Inggerisnya, follow with the flow.

Tadi ada terbaca kat twitter seseorang, ‘only dead fish follow with the flow’….

Ayark, kenyataan tu buatkan aku terfikir semula. Tersentak!! Betul juga. Tak salah sesekali kita menongkah arus. Selagi kudrat ada, apalah salahnya. 

Tapi, masih lagi berbelah bagi bermukim di hati….
kita tengok la apa nak jadi nanti…

05 August 2011

Nestle Bliss Yogurt Strawberry yang gila sedap!

Hari kelima berpuasa. Sekejap je kan. Bulan puasa di nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebab?

Hehe, adanya bazaar ramadhan. Meriah woo… Masa nilah kita boleh tengok betapa bersatu padunya rakyat Malaysia. Walaupun orang Islam yang menyambutnya tapi bangsa lain pun tak ketinggalan. Silap-silap, korang boleh jumpa mat/minah salih kat bazaar ramadhan.

Tahun ni, tak teruja sangat nak ke bazaar ramadhan. Ada la juga aku pergi sekitar Puchong. Tapi, biasa-biasa je menunya pun. Mungkin minggu ni boleh ke bazaar Sunway. Dengar-dengar meriah juga. Nak pula dah bertukar lokasi. Agak sesak. Kita tengok nanti.

Memandangkan dalam mood diet, jadi aku dah set minda untuk tidak teransang sangat. Beli pun ala kadar. Memang nasi bukan menjadi menu keutamaan. Dan bangga okeh, bila dah empat hari aku tak menjamah nasi. *sengih*

Selain dari menu yang light, benda alah ni juga menjadi menu wajib aku sejak minggu lepas.

Memperkenalkan, sahabat baru…


Sebenarnya dulu adik aku suka benor minum Bliss ni. Aku sikit pun tak heran di sebabkan bukan penggemar susu walhal takda kena mengena pun. Terbaca dalam satu blog yang minuman ni boleh melancarkan penghadaman sebab ianya ada inulin. Apakah itu inulin? Ya, inulin membantu bakteria baik dalam perut korang untuk membiak lantas melancarkan sistem penghadaman.

Sokay, aku pun cuba.

Di sebabkan keturunan, masalah membuang ni memang menjadi masalah negara untuk seisi family. Lepas try aku rasa dah hampir 6 botol juga (untuk info, aku tak beli yang saiz kecil tu. Aku terus beli yang besar. Jimat sikit dan tak guna banyak ruang dalam peti ais…hikhikhik…), sememangnya perut aku yang ada masalah ni semakin membaik. Penghadaman pun lancar jer.

Aku minum dua kali. Pagi sebelum sarapan dan juga sebelum tidur. Kalau untuk bulan puasa, korang tukar la rutin ye tu. Jangan plak ngengada nak sarapan bagai. Setakat aktiviti membuang, kira dah ok berbanding sebelum ni.

Aku dah cuba dua perasa. Mixed Fruit dengan Starwberry tapi dah terjatuh cinta dengan perasa Strawberry. Terus aku beli perasa tu jer. =) Ada banyak perasa sebenarnya. Korang pilih la yang mana berkenan di hati.

Jadi, pada yang ada masalah penghadaman, boleh la cuba minum Bliss ni. Mana la tahu kot-kot, serasi pula. Macam aku. Terus jatuh cinta pandang pertama nih..ngeh..ngeh…ngeh…

Kasih Alia


Dah lama aku tak rasa perasaan terkejar-kejar untuk bergegas balik dari opis untuk menonton drama kat TV3. Bukan apa, selain dari faktor cerita yang tak mampu menangkap jiwa aku, pemilihan pelakon juga tak mampu menarik hati.

Demand? Memang la. Aku malas la nak  tengok cerita yang pada pandangan aku very the stereotype. Balik-balik kisah perebutan harta. Bosan seh....

Sekarang ni perasaan tu dah datang. Drama hasil Sheila Rusly dan suaminya Jinggo membuatkan aku tertarik hati. Naskhah yang baik dan aku terus melihat pada pemilihan watak. Syabas!! Pandai Sheila Rusly memilih pelakon. Bukan calang-calang pendukung watak dalam siri Kasih Alia. Membariskan Fida Ibrahim (Kasih / Alia), Iqram Dinzly (Qabil), Irma Hasmie (Qistina), Yatt Hamzah (Qasrina), Sharnaaz Ahmad (Qausar) sebagai pendukung utama sambil di bantu oleh Khairil Anuar (Shariff), Zarina Zainuddin (Zulaikha) dan juga Sheila Rusly (Yuhanis) sendiri. Ada juga watak-watak lain sebagai penguat cerita.

Baru beberapa episod dan aku tersangatlah sebal, sakit hati tahap gaban dengan watak Yuhanis. Mak tiri yang takda hati dan perasaan. Rasa cam nak tampar jer. Ya, aku tahu dia marah di sebabkan suami yang kawin lain tapi adalah tidak adil untuk di lepaskan pada anak-anak Zulaikha. Dua tiga hari ni aku dok memaki Yuhanis jer. Sekejam-kejam aku, tak la sampau nak tinggalkan bebudak tu sampai kena culik. Biadap!!

Aku suka dengan watak bebudak tu. Nampak naif dan sangat real. Masih lagi dalam zaman kanak-kanak, semestinya aku menunggu kelibat Sharnaaz Ahmad (my fav ever) yang memegang watak Qausar. Hekhek...

Nota kaki :-

Aku tak bubuh sipnosis sebab aku tak suka baca sipnosis. Kalau korang nak tahu sipnosis, pi la cari sendiri. Hehehe... Tapi tadi aku dah terbaca masa buat jelajah blog. Makanya mengurangkan elemen suspen dalam diri. Damn....

04 August 2011

Nampak yang tersirat tak???

Dua keratan akhbar tentang isu melabelkan monyet oleh isteri Kapten pasukan bola sepak Singapura. 

Satu dari our kapten Safee Sali,


'Kami bukan monyet'

Oleh Syed Riduan Ahmad
sriduan@bharian.com.my
2011/08/03

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. 

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan. 
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil. 



dan yang kedua dari Amirul Hadi (still my fav, no matter what)


Tak ada faedah!

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/08/04

AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
AKSI Amirulhadi (kiri) ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Amirulhadi tak mahu ambil kisah kenyataan ‘monyet’ isteri kapten Singapura

PEMAIN sayap kebangsaan, Amirulhadi Zainal malas mahu mengambil kisah dengan kenyataan dikeluarkan Hidayah Shahril, isteri kepada kapten Singapura Shahril Ishak yang menyamakannya seperti ‘monyet’.
“Saya malas nak ambil peduli perkara-perkara remeh begini,” kata Amirulhadi yang ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.
“Ia langsung tidak mendatangkan faedah, baik kepada saya atau sesiapa saja. Terpulang kepada mereka untuk mengatakan apa saja, bagi saya tumpuan utama ialah bermain bola sepak. 

“Kalau dilayan benda-benda remeh begini, ia hanya akan membazirkan masa saja,” katanya merujuk laporan akhbar ini semalam bahawa penyerang kebangsaan Safee Sali menuntut Hidayah membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar atau laman web sosial atas kenyataannya memanggil Safee dan Amirulhadi sebagai monyet.

Kenyataan itu dikeluarkan Hidayah menerusi laman Twitter, memperkatakan lagak lipat gunting serentak Safee dan Amirul ketika perlawanan kedua menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu.

Malah ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal juga berang dengan isu berkenaan tetapi tidak sempat mahu mengulas lanjut. 
“Ia tidak patut dan menjatuhkan maruah pemain kita,” katanya berkenaan kenyataan isteri Shahril itu.

Ketika ditemui, Rajagobal tidak terkejut jika ada pihak mula mempersoalkan kewibawaannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

“Hanya kerana kita tidak layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia, ramai yang muncul sebagai ‘jurulatih’ dan mempersoalkan strategi saya pada perlawanan menentang Singapura tempoh hari,” kata Rajagobal.

“Sewaktu kita menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu, tiada pula yang mempersoalkan apa-apa sedangkan kita menurunkan skuad hampir sama, kecuali tanpa Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim.

“Saya akui barisan pertahanan kita tidak konsisten ketika menentang Singapura dan ramai mempersoalkan kenapa saya tidak memanggil Norhafiz Zamani Misbah selepas pertahanan itu beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea.

“Tetapi katakan saya memanggil Zamani hanya kerana prestasi pada perlawanan itu dan kemudian dia tidak menjadi, tentu percaturan saya akan turut dipersoalkan.”

Rajagobal sedar kekalahan 6-4 secara agregat di tangan Singapura cukup mengecewakan seluruh rakyat Malaysia, tetapi dia mahu peminat sedar dan faham anak buahnya sudah sedaya upaya cuba mengatasi pasukan jiran yang dibarisi pemain lebih berpengalaman itu.

“Saya dan pemain tidak akan lupakan kehadiran lebih 90,000 penonton di stadium malam itu. Saya tahu apa yang mereka harapkan. Pemain kita masih muda dan saya menyediakan pasukan ini untuk layak ke Piala Asia 2015.”


Kalau di bandingkan, berbeza kan kenyataan keduanya. Safee menuntut maaf dan Amirul taknak layan isu yang remeh temeh macam ni. 

Tapi tu yang korang nampak tersurat. Cuba selidik dari sisi tersirat. Sama je nada kenyataan mereka. Cuma Amirul guna reverse psychology. 

Safee Sali, cakap secara terus tapi tutur Amirul agak sinikal. Ayat Safee lalu highway, Amirul selesa dengan jalan lama.

Walau apa pun, isu ni menaikkan kemarahan rakyat Malaysia. Kita tak marah soal kalah tu. Adat permainan. Ada kalah dan menang. Tapi, kenyataan macam tu tak sepatutnya keluar dari mulut orang di sana. Nak pula pasukan dorang akan bermain dalam liga kita, so pandai-pandailah bawa diri. Adat manusia kan penuh dengan tatasusila. Kalau dah buat salah tu, cepat-cepat minta maaf  untuk redakan keadaan.

Kita tunggu jelah, apa tindakan selanjutnya yer.....

Sudah-sudah la tu...

Dah panas isu putus tunang antara Khairul Fahmi, penjaga gol Skuad Harimau Malaya dengan tunangnya si Elia aka jejari runcing. Sama juga dengan kes Jimmy Shanley dan isterinya Suhaila. Masing-masing berbalas statement. Aku yang jadi pemerhati pun pening. Tak tahu mana yang salah mana yang tidak. Taknak masuk campur pun. Kata pemerhati. Ye dak?? =)

Taknak berpihak pada mana-mana sebab kita tak tahu situasi sebenar. Hanya mereka dan keluarga mereka je yang tahu. Tapi pada aku, toksah la panjangkan isu ni. Buruk pada mata masyarakat. Lumrah kan, suka sangat buat persepsi macam kita pula yang mangsanya. Lebih tahu dari si empunya diri. Maka, datanglah bermacam kesimpulan dan andaian yang kadang-kadang melampau.

Cuba selesaikan secara berhemah. Setiap isu ada jalan selesainya. Jangan gunakan media sebagai perantara. Aku tak salahkan media. Yelah, media pun jalankan kerja. Tapi, kalau mampu selesaikan sendiri-sendiri jer. Takyah sampai nak jual beli pantun.

Dan kita sebagai ahli masyarakat, jangan la memandai-mandai buat spekulasi. Karang dah jatuh fitnah, diri sendiri yang berdosa. Bulan-bulan Ramadhan Al Mubarak ni, bawak-bawak la muhasabah diri. Mereka yang mengalami, pandailah selesaikan masalah yang ada. Jangan kita ni bertindak sebagai nasi tambah. Karang bukan lagi elok, tambah buruk keadaan pula.

Buat Jimmy dan Suhaila serta Khairul fahmi dan Elia, hadapi dugaan dengan penuh sabar. Selesaikan dengan cara matang. Semua ni dugaan dan ada hikmah di sebaliknya (entah iya plak dorang nak baca entri ni kan. Takpa...Doa aku dari jauh...)



Dah jumpa

Kawan atau sahabat pada aku sama pentingnya juga dengan keluarga. Boleh di katakan, kebanyakan masa kita membesar dengan kawan keliling dan matang bersama mereka. Baik sikap buruk atau terpuji, sedikit sebanyak, kawan juga mempunyai impak. Sedangkan adik beradik pun boleh bergaduh, apatah lagi kawan, kira orang luar dari kelompok darah daging sendiri.

Berzodiak picses, aku memang tak pandai aka tak reti langsung nak menyorok reaksi dan espresi muka. Sebab tu bila dah bergaduh aku lebih senang untuk tidak memanjangkan isu. Nak pula kalau yang jenis konflik berulang. Sekali dua, boleh la bagi muka. Tapi lama-lama, sakit juga hati. Dek pe’el tu aku bertindak menjauhkan diri dengan salah seorang yang aku kira rapat satu ketika dulu. Ada dulu aku ceritakan kat entri ni

Memang sakit hati sangat dengan cara dan tingkah laku dia. Ada la beberapa insiden yang menyebabkan aku sakit hati tahap dewa terulung. Kecewa takyah cerita la. Yang teramat sangat rasanya. Tapi tak perlu kot aku nak mention kat sini. Biarlah rahsia bak kata Dato Siti. Agak lama juga kitaorang tak berhubung antara satu sama lain. Dia yang aku kenal jenis yang tak simpan dalam hati. Cuma cara dia yang suka menerbitkan perasaan jengkel di hati orang keliling. Istilah mudah, poyo nak mampus. Hehe…

Satu hari tu tiba-tiba aku dok ingat kat dia. Yelah, kitaorang kenal bukan sekejap dan dia antara yang terapat walau pun kadang-kadang suka meranapkan kepercayaan aku. Tak tahu la kenapa. Mungkin petanda untuk kitaorang berbaik semula. Fikir balik, siapalah aku nak hukum kesalahan orang lain sedangkan aku pun tak sempurna. Pada aku apa yang dah jadi, tu semua kisah zaman kanak-kanak. Masing-masing tak matang dan lebih suka buat sesuatu ikut perasaan sendiri. Segala konflik yang jadi, sebenarnya ada hikmah. Cuma kita yang tak perasan.

Rentetan tu, aku usaha untuk mencari dia. Nasib baik, teknologi semakin maju dan dia dapat aku jejak. Persahabatan yang longgar, di mulakan semula. Rajin juga kitaorang berhubung tapi masih belum berkesempatan nak bersua muka.

Yang pasti pengajaran kat sini, bawak-bawak la memaafkan orang. Tak kemana dendam tu. Lagi buat kita terpuruk, sakit hati adalah. =)

Tapi memaafkan tu di datangkan dengan pakej ikhlas. Jangan cakap mulut maaf tapi hati????

03 August 2011

Wordless Wednesday #5 - Melabelkan orang lain monyet adalah perbuatan tidak beretika!!!

sumber twitter & bharian

Buat Suami Yang Ku Punya

Kawan aku yang dok email cerita ni. Agak terkesan la juga bila dah baca. So, aku nak kongsikan dengan korang. Sama-sama kita ambik iktibar. Tolak tepi isu jantina ek, sebab pada aku zaman skang ni dua-dua sama naik. Baik lelaki atau perempuan. Ada yang tertipu dan menipu.

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dulu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, engko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah bisu sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur& Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini
aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup.. Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba berenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bercinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikam lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh.. Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia..

Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesengsaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun perkahwinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..
 
Pengajaran kat sini, sesuatu perhubungan tu memerlukan banyak tolak ansur, kepercayaan dan persefahaman.

Hargailah orang di sekeliling kita.

renung-renungkanlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...