15 September 2011

Rindu nak reunion…lagi!

Dulu kan aku berkecimpung secara serius dalam arena perjumpaan semula aka reunion ni. Tapi dek ada la dua tiga insiden yang menaikkan suhu dan terus membuatkan emosi amarah aku meledak, terus event-event macam ni aku sita. Dah taknak terlibat dan ambik tahu langsung!

Tapi tulah dia. Kadang-kadang bila dah jadi kebiasaan dan terpaksa di hentikan, sure jadi rindu. Sumpah, aku rindu nak buat reunion. Masa ni la pun kita leh jumpa, lepak dan borak-borak. Ketawa tak henggat bila cerita zaman purba kala di ulangsiar.

Sekarang ni memang takda satu pun reunion di buat. Kalau ada pun cuma gathering. Ajak mereke yang rapat SAHAJA dan TAK BANYAK SONGEH. Jadi, muka-muka yang sama je pun yang muncul. Kapasiti pun mengecil. Nak pula aku boikot facebook (tapi tak secara total la) lagi la satu benda aktiviti pun aku tak tahu menahu. Tu lebih baik kot. Hati tak sakit dan mereka juga tak terasa dengan ke’laser’an mulut aku yang tak makan saman ni. Muahahahah…

Walau rindu macam mana pun, still reunion takkan di buat balik kecuali kalau ada yang nak ambik takhta. Aku betul-betul cuci tangan walau pun kerinduan sesekali datang.

Sorry to say, no more reunion anymore!!

 

14 September 2011

Wordless Wednesday #9 - Go and find 'em

Semalam, Sekarang dan Esok

Semalam 
kita bergelak sakan 
berkongsi cerita 
dari satu bab ke satu bab 
bergosip sensasi sebakul dua 
tenang tanpa ada gangguan siaran 

Hari ini
kita kurang bercanda 
tidak semesra semalam 
kau ada ceritera sendiri 
aku juga punya rencana 

Sekarang
saat ini
kita semakin sepi 
dunia kita berbeza 
semakin berbeza 
kelainan kita menjadi punca 
renggang dan mula mecipta jurang 
mungkin kita tak perasan tapi saat kau perlukan
aku sentiasa ada kekal di situ 
tapi bila mana aku perlukan 
kau tak beri sepenuh jiwa 

Usah bohong!!
telatah dan pe’el sudah sebati 

Dan esok
siapa tahu kita akan kehilangan 
meniti episod baru 
mungkin keterbatasan waktu dan kekangan tanggungjawab makin bermaharajalela 

aduhai, aku rindu saat semalam

12 September 2011

Dah terbiasa

Papan kekunci di renung 
menanti jemari mengetuk 
melahirkan patah-patah kata 

Minda ligat berputar 
berfikir cuba mencernakan pemerhatian 

Hati berbisik 
minda mulai menjana 
tapi patah-patah kata yang terlahir agak payah untuk di ketuk 

Jemari terhenti memikirkan rasional 
dada blog bukan pelampias nafsu amarah 
bukan lokasi jenayah bahasa terjadi 
bukan juga senjata menembak si petualang yang beraja 

Bukan tak bisa semua rasa di hamburkan 
Ikutkan hati biar si pesalah terasa 
biar mereka mengerti
tapi ketahuilah bukan semua manusia serupa 
kata bidalan rambut sama hitam, hati sama merah tapi luaran saja 
dalaman
sesuatu yang payah untuk di teka

Akhirnya rasa di biarkan sepi 
menjadi persinggahan kekal di hati 
biarkan semuanya di telan di hadam secukup sifat 
hati dah terbiasa begini

11 September 2011

Makna syawal yang semakin menipis.

Apa perasaan korang bila baru je sampai ke rumah yang nak di ziarah tetiba tak semena-mena lepas bersalam si budak bertanyakan duit raya? Tu belum lagi campur dengan kata sinis “Sikitnya!” lepas isi kandungan di tengok.

Serius, aku rasa macam nak tampar jer. Well, bukan la berkira nak bagi duit raya ke tak, amalan duit raya ni aku dah pratikkan sebaik je mula berkerja. Rezeki untuk sekecil. Boleh juga bersedekah. =)

Tapi, adalah kurang sopan kau bertanyakan duit raya pada aku yang baru jejakkan kaki ni. Rendang pun aku belum belasah lagi tau. Cer sabar sikit. Kalau anak aku, memang dah bagi cubitan tanda ingatan.

Lagi satu, tak elok la kalau dan-dan tu tanyakan duit raya. Macam budak tak berajar pula. Seingat aku, dulu-dulu takda pun benda ni jadi. Ada orang bagi duit raya kita amik. Kalau takda, buat senyap jer. Namun nak minta, memang tak la. Tapi sekarang ni, mak bapak buat tak reti jer.

Tu belum lagi kisah tak reti nak bersalam dan buat donno je bila sedara mara datang. Aku pantang betul kalau orang tak reti nak bersalam ni. Bukan nak kata apa lah kan, mak bapak kemain alim tapi soal adab sopan ni mano poie??!!!!

Geleng kepala aku tengok pe’el bebudak sekarang. Zaman dah makin canggih, mana yang kaya raya tu dah bagi anak Ipad. Kesudahannya, dok hadap benda alah tu sampai nak bersembang dengan tetamu atau sedara mara memang nan hado. Nak makan kuih raya, jauh sekali. Jadi, mana amalan ziarah menziarahi di hari raya?!!! Sendu lah jawabnya. Haih….

Harap-harap sangat anak aku nanti tak jadi sedemikian rupa. minta simpang malaikat 44. Pesanan aku pada mak bapak di luar sana, tengok-tengok la pe’el anak-anak kita. Jangan sampai terlepas laku macam tu. Tak elok di pandangan mata. Memang la aku belum ada anak, tapi dari pemerhatian la kita nak didik anak dari pe’el yang kurang manis.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkahlah…

10 September 2011

Bila kekangan bahasa terjadi


Rasa terpinggir akan berlaku apabila kebebasan berkomunikasi terhalang dek bahasa. Lepas tu mulalah hati berbisik yang bukan-bukan. Apa tidaknya, kita tak faham sepatah haram pun butiran. Mana la tau, kot-kot tengah galak mengata atau mengumpat kita. 

Jadi, pentingnya kat sini toleransi dan bukan sifat pentingkan diri sendiri. Walau pun korang kaum majoriti, kena la juga tengok keliling kot-kot ada yang asing lagi tak memahami bahasa sedia ada. 

Kadang-kadang sakit hati pun ada. Sengaja berbahasa dalam bahasa ibunda memasing sedangkan kita berdiri megah menyertai kelompok mereka. Apa lah salahnya kalau guna bahasa yang semua orang boleh faham. Tapi yelah. Siapalah kita nak buat aturan itu dan ini. Sendiri faham jelah. Semua dah dewasa. Dah ada akal yang matang untuk menilai dan membuat tindakan. 

Ni bukan entri sentimen atau apa, sekadar pendapat aku untuk kita lebih saling menghormati. Peace no war!

4 Syawal

Dek kepenatan mengharung jem selama 11 jam, plan balik ke Tanjung Malim di bawa ke syawal yang keempat. Nasib baik juga aku tak balik raya ketiga. Dok survey kat twitter dengan fb, ramai yang dok komplen jem luar biasa. Selamat kaki I…hehehe…


Gerak agak lambat sebab ada urusan sri paduka baginda di sebelah pagi. Lepas settle, terus shot ke Tanjung Malim. So, sampai dalam kul 3 macam tu. Tanjung Malim bukan jauh mana pun, dengan tak jem cepat je sampai. Kalau dah berkumpul belah arwah abah tu, faham-faham jelah apa cerita yang keluar. Setiap kali raya, kenangan arwah abah tetap menjadi agenda. Dan juga agenda penting dalam famili yang aku kira takkan ada kesudahan. Tak perlu la nak di ceritakan kat sini, kita biarkan je si luncai terjun dengan labu-labunya.

Pencinta Kucing seperti aku

Masih lagi isu Petknode yang lahanat di perkatakan. Serius, aku sakit hati yang teramat-amat kot. Ntah mana la hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri owner Petknode ni. Walau apa pun alasan di beri, yang salah tetap salah dan aku harap sangat-sangat depa ni di kenakan dengan hukuman yang setimpal!!!

Aku terharu + bangga dengan satu society yang masih lagi menjalankan misi menyelamatkan kucing-kucing yang hilang dari premis Petknode tu sehingga ke hari ni. Tabik spring untuk Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan (KTAJ). Ya, masih ada lagi kucing yang hilang. Aku faham sangat perasaan owner yang kucing-kucingnya masih hilang. Sedih sangat. Aku pernah bela kucing, memang menitik la air mata bila dok baca kat facebook, twitter dan juga tengok kat youtube. Dari gomok kucing-kucing tu sampailah kurus melidi. Aku bab-bab kucing ni memang sensitip banyak. Macam yang redmummy dok gebang dalam blog dia, boleh bergaduh jadinya. 

Pernah masa dok menyewa waktu study dulu aku dok gaduh dengan housemate pasal isu kucing. Orangnya kemain la warak tapi akai tarak. Sampai aku bahasakan la. Seminggu gak tak bercakap. Tak kisah pun janji aku dah cakap apa yang sepatutnya. Memang aku tak alim macam dia tapi tak la jahil sangat. Kata ilmu agama tinggi sangat. Tu kan binatang kesayangan nabi. Kalau tak suka pun, buat cara elok. jangan la sampai sepak terajang. Kucing tu bukan berdosa pun dengan kau. Mementang la kucing tu kecik kau pandang hina dina je kan. Haih, aku sendiri pun tak faham la dengan pe’el sesetengah orang ni. Sendiri mau ingat la. Untuk KTAJ, teruskan usaha korang. Masih ada lagi pencinta kucing di luar sana. Pada yang berminat nak jadi volunteer atau fostered aka penjaga kucing sementera atau kekal, boleh la like facebook dan follow twitter dorang.

Irama dok terngiang-ngiang


Tuhan kirimkan la aku kekasih yang baik hati yang mencintai aku apa adanya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya 
Namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk 
Memujuk hatimu mencintai aku 
Kerna semua yang ada hanyalah untuk mu

Ku sedar ku tak seberapa
Jika di banding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini 
Apa yang mampu ke berhias hanyalah hati yang ikhlas

Tak semua kau rancang akan berlaku 
Mungkin nasib tak menyebelahi aku 
Entah mengapa engkau yang aku cinta 
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu 
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku 
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi 
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Antara lirik-lirik yang galak dok main galah panjang dalam minda aku…hehehe…Tak henti-henti mulut mengomel ikut baris-baris kata. Takda yang tersirat pun cuma menghibur hati =)

09 September 2011

2 Syawal


Lokasi : Hutan Melintang, Perak
Waktu : 10 Pagi

Ikut jadual sepatutnya banyak rumah yang bakal di singgah tapi malangnya kesesakan lalu lintas yang terlebih padat daripada biasa membuatkan segala plan punah ranah. Apa tidaknya, pukul 9.30 pagi gerak tapi pukul 2.30 baru sampai. Memang tak la nak ziarah rumah lain yang lokasi memasing bukan dekat. Nak pula kitaorang ni bukan jenis nak tidur rumah orang, jadi sempat lepak rumah embah jelah. Tu pun tak lama. Dalam pukul 5.00 dah gerak balik.

Sekali lagi, ngadap jem yang tak berkesudahan. Di tambah dengan tahap mengantuk, alamak memang bercinta kot! Memandu dalam keadaan mengantuk memang azab!! Pelik betul la. Selalunya raya kedua jarang sangat-sangat jalan jem. Tapi, ni dah macam raya kelapan. Agaknya, ramai yang baru balik ke kampung raya kedua kot. Yelah, rasanya ramai yang masih lagi bekerja di hari isnin (macam aku la tu) tu yang plan balik ke kampung anjak ke hari kedua. Natijahnya, pukul 11.00 aku sampai rumah. Dah macam drive ke johor plak aku rasa. 11 jam ngadap jem saja untuk hari ni!!! Indah sangat kan… =|

08 September 2011

1 Syawal


Rutin kebiasaan, takda yang lain dari biasa. Pagi raya, ziarah kubur arwah abah. Sungguh, kerinduan tidak bertepi dan semoga roh arwah abah di tempatkan di kalangan kekasih Allah. Al-Fatihah.

Kemudian, ziarah ke rumah sedara mara la, apa lagi kan. =) apa yang best di pagi raya adalah makanan yang sememangnya enak-enak belaka sampai aku terpaksa mengenepikan rutin diet. Kata kau!!! Dah sah-sah tak mampu nak menahan godaan terutamanya lemang di banjiri dengan kuah kacang. Aduhai, sedap ya amat.

Macam tahun lepas juga, perut taknak memberi kerjasama yang padu lagi jitu membuatkan aku kena adakan operasi catu. Serik dah! Faham-faham jelah, time-time raya dok ziarah orang kau pula sibuk dengan perut yang kesakitan. Justeru itu, aku kena catu. Kalau tak, faham-faham jelah. Jadi keseronokan meratah juadah di buat secara ala kadar. Seddihh!!!

05 September 2011

Apalah dosa kucing-kucing ni!!

Tersentap!!!

Sakit hati!!!

Kemarahan yang meluap-luap!!!

Bengang!!!!

Semua ni bercampur dalam fikiran tatkala membaca paper metro hari ni. 

gambar ihsan Metro
Hotel kucing bertukar menjadi medan kubur. Untuk pencinta kucing macam aku, berita ni amat menyakitkan hati. Aku tak tahu la apa yang ada di dalam fikiran dan hati pemilik premis ni. Takkan la takda langsung sekelumit belas ihsan kat kucing yang sama sekali tak berdaya lagi bersalah. Kau dah di pertanggungjawabkan dan DI BAYAR!!! Di ulang sekali lagi, DI BAYAR bukan kerja percuma okeh.

Kalau dah rasa taknak jaga, toksah buka premis ni. Takyah la nak kaut untung semata-mata. Tak kemana nya kalau aniaya binatang ni. Bongok dan kerja orang tak bertamadun!!!

Aku harap sangat pemilik premis ni di hukum dengan seberat-beratnya. Jangan macam kes yang bunuh anak kucing tu. Hukuman tak setimpal langsung dengan perbuatan. Tiba masa untuk kerajaan kuatkan akta penganiayaan terhadap binatang. Hukum si pesalah dengan sepatutnya. Biar si pesalah ni tahu betapa azabnya kesalahan yang di buat.

Bengong tau!!!!!!!!!

Kembali

Hello September…

Weehee, sakan bercuti raya sampai tak sempat nak update blog. Memang cuti dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Masih lagi dalam mood syawal kan, so selamat hari raya…

Ceritera syawal nanti aku update. Bukan apa, dah lama bercuti aku pun hampir lupa apa yang dah jadi. Muahahaha…Trying to refresh my memory back. =)

Pada yang mula bekerja hari ni, selamat berkerja. Seru mood bekerja tu yer… =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...