31 October 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date

Suka aku dengan soalan ni.

Idea aku, tak la mewah sangat kot. First date plak kan. Takkan nak demand bebukan. Cukup sekadar lepak makan kat area ampang sambil dok layan panorama indah tanpa memasing sibuk mengadap gadjet di tangan…

*sengih*

30 October 2011

Day 2 – Your favorite movie

Pun banyak gak. Hilang stress bila layan wayang. Kesukaan aku series of Fast and Furious.


29 October 2011

Day 1- Your favorite song

Okayyyyy, tersangat la meriahnya playlist aku. Pengemar muzik yang sangat tegar. Kalau nak senaraikan satu persatu rasanya banyak ya amat. Aku suka lagu Noktah Cinta, Taman Rashidah Utama, Puteri, Tika dan Waktu, Pawana, banyak la. So, just pick random la ye.

Lagu yang paling latest aku suka, Patah Seribu by Shila Amzah. Rasa syahdu je dengar lagu ni. Serius, dengan petikan gitar saja menghasilkan lagi yang super mengancam. Takda kena mengena dengan diri pun. Aku tertarik dengan susunan muzik. Ringkas tapi menangkap perasaan. Sebenarnya dok tunggu video klip lagu ni sebab ada pelakon kecintaan Sharnaaz Ahmad. Jadi, sementara nak menunggunya, kita layan jelah yang ni dulu…

28 October 2011

Cabaran 30 hari

Buat blogwalking.

Tetiba tertarik plak dengan entri dua orang blogger tentang cabaran blog. Macam nak try.

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days



Jadi, cabaran 30 hari akan bermula esok. Harap-harap mampu la yer..adeh….

dalam kenangan

9 tahun, Al-Fatihah

moga arwah abah terus di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman

* kasih sayang tak pernah hilang *

24 October 2011

Manisnyaaaa.....

tadi masa ralit memandu, aku ternampak satu pasangan yang dah menjangkau usia emas, tanpa segan silu jalan berpimpinan tangan…indahnya pemandangan itu!

22 October 2011

50% pun takpa

aku tak tamak dengan mendambakan 100% tapi tolonglah adakan sekurang-kurangnya 50% sisi faham untuk aku kukuh menjalani…

Emo sekejap

Bila dua orang yang tak seberapa nak rapat dengan aku dok komen-komen perkara yang membuatkan aku sentap, haruslah aku emo sekejap.


Gila! Kau siapa nak kritik aku!

First, isu cari jodoh. Ayoo, soal kahwin ni bukan macam main masak-masak. Tak payah nak sibuk boleh tak. Mesti ada yang kata, dorang tu prihatin. Pada aku, tuh bukan prihatin. Tapi sengaja nak cari pasal. Kita sendiri boleh bezakan mana satu statement berbentuk prihatin dengan statement menyindir. Tak perlu nak buat perbandingan zaman sebelum masihi dengan zaman sekarang. Tak relevan tahu!

Secondly, isu berat badan. Nak juga buat perbandingan. Agaknya dorang ni takda kerja kot. Dok perincikan kisah aku plak. Motif sangat kan! Rase macam nak bagi pelempang. Ya, aku memang sentap kalau ada yang kata aku gemok or makin tembam. Kalau guna perkataan makin berisi, agak kurang la sikit perasaan terasa aku tuh. Ni setepek bagi kat aku. Maunya aku meroyan sekejap. Elok-elok nak jadi insan berhemah dah kena panahan sinikal dari aku.

But then, kritikan mereka tu membuat kan aku makin berkobar-kobar untuk melaksanakan misi diet. Jadi, misi diet akan bermula sekarang. Go zana go…

nota kaki:- ada sesiapa boleh bagi tips??? Di alu-alukan yer…

18 October 2011

Rindu tak??

credit to yahoo
Motifff letak gambar atas???? *senyum gedix*

Hola!

Lama aku tak update entri. Kalau ada pun just untuk Wordless Wednesday.

Kenapa tak update blog?? Senang je jawapannya.

Malas.

Jujurkan jawapan aku?

Lately ni rasa malas nak update apa pun. Bukan takda bahan, tapi penyakit malas yang makin berleluasa. Hah, camna nak jadi blogger femes kalau update entri pun sendu! *tutupmata*

Tapi bukan tu la tujuan utama aku berblog. Bukan takat nak jadi blogger femes pun. Untuk suka-suka + sesi luahan perasaan tapi dalam edisi terkawal. Faham dok? Maknanye, tak semua la aku cerita dalam blog. ada gak buat tapisan dari Lembaga Penapisan Diri Sendiri (LPDS). Nak mati, update semua benda dalam blog. Bajet diri Lisa Surihani ke ape! Apa pun, rasanya sindrom malas tu mula menghindar kot. Makanya, akan ku update entri baru walau pun cerita dah basi. Ngeh..ngeh..ngeh…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...