29 November 2011

Day 29 – Something you could never get tired of doing.



















Travelling.

Melancong.

Tak kira la naik flight kah, naik bas kah, naik feri kah...

Sungguh, aku sangat suka. Mesti best kan pada sesiapa yang kerja out-station tuh. Memang la pergi atas urusan kerja tapi still gak leh enjoy kan. Takkan la memalam pun kerja jugek…

Agaknya, kerja sebagai pemandu pelancong pun best juga kan.

28 November 2011

Day 28 – In this past month, what have you learned?

Dalam kehidupan seharian, pasti banyak benda yang dipelajari sama ada secara langsung atau tak. Masalah kehidupan juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Jangan jadikan kesulitan sebagai kesusahan. Hadapi segalanya dengan tenang dan sabar.

Dalam beberapa bulan lepas, banyak yang aku dah lalui dan perolehi. Baik dari segi kehidupan, keadaan atau pun orang keliling. Ada juga yang membuatkan aku tersentak, sakit hati dan juga bunga-bunga girang.

Kalau bercakap mengenai kehidupan, agak kelam-kabut sikit tapi proses membiasakan diri tu masih lagi berjalan. Aku jenis manusia yang unjudgmental but observation. Menilai dulu sebelum rumusan akhir di buat.

Dalam konteks persahabatan pun macam tu juga. Aku senang rapat dan terima kawan baru tapi kalau ada benda yang tak kena yang mana membawa ke arah ketidakserasian cepat-cepat aku renggangkan ikatan tu. Adat orang, kita memberi orang merasa. Jangan sampai nak ambil kesempatan pula kan.

Tapi pengajaran yang paling besar aku terima adalah, orang takkan respek kita kalau kita tak buat perkara yang sama. Bertindak mengikut usia dan jangan sesuka hati buat perkara yang boleh mencipta spekulasi. Manusia ni suka menilai benda yang remeh-temeh dari memikirkan kewajaran. Sorry to say, orang yang jenis macam ni takkan dapat rasa respek tu dari aku walau macamana pun dia cuba membetulkan keadaan.

Ada juga pengajaran aku dapat dari permasalahan orang lain. Ya, aku seorang pendengar yang baik. Boleh di katakan, sentiasa ada untuk memberikan pinjaman telinga pada mereka yang inginkan seseorang berkongsi ceritera. Dari situ aku rasa manusia yang pengecut bila dia tak berani nak buat keputusan. Mungkin terlalu paranoid aka berhati-hati. Tapi sampai bila kan!

Kadang-kadang apa yang kita nampak kelam tu adalah cahaya yang indah dari dibutakan secara terang-terangan. Selalu fikir untuk diri sendiri. Orang boleh bercakap apa saja, menilai ikut suka hati tapi end up kita yang jadi penentu mutlak. Tak salah nak bersikap paranoid. Tapi paranoid la dalam kadar yang bijak. Jangan over paranoid yang mana membunuh diri sendiri. Pandai-pandai la buat keputusan.

27 November 2011

Day 27 – What kind of person attracts you?

 Aha, mereka yang pandai bermain gitar dan bijak melahirkan kata-kata yang membuatkan kita kena berfikir.

Image Detail

26 November 2011

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.

Banyak kot tempat yang aku nak pergi. Kalau keadaan mengizinkan dan kewangan membantu, aku nak sangat pergi

Australia
















































 















Mesti ada yang kata, tak semangat patriotik langsung. Semuanya main overseas jer. Chill la. tu baru luar negara. Aku belum cerita dalam negara lagi.

Malaysia terkenal dengan pulau dan tempat peranginan yang cantik-cantik, malangnya aku bukan pencinta laut. Jadi, setakat pegi pun, dok main pasir dengan ombak kat tepi-tepi jelah. =) tapi, kalau boleh aku nak pegi ke dua tempat ni yang aku suka sangat dengan sinematografinya. Sangat cantik dan tenang.




























Selain tu, aku nak pegi Langkawi. Nak pi Tasik Dayang Bunting. Cam best je feeling-feeling dok tepi jeti ni.


25 November 2011

Day 25 – Who are you?

Takkan la aku nak reveal habis-habiskan. =p Still dalam keadaan terkawal, apa yang boleh aku rumuskan aku orangnya ringkas dan mudah.

Sama seperti bio kat blog and twitter, gadis semasa yang kadang kalanya tidak mengikut arus.

Faham?? Korang cari sendiri la kefahamannya ye.

Satu je pe’el yang sangat sinonim dengan aku yang aku rasa agak negatif. Sangat sinikal dan aku pakar dalam bab-bab menyindir, boleh di katakan a lil bit sarcastic.

Tapi bukan sesuka hati je nak jadi gitu. Pe’el ni hanya keluar bila aku rasa annoying dengan keadaan atau seseorang. Seseorang yang aku perlu bagi sikit tazkirah untuk dia lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Berbintang pisces, den tak reti nak cover perasaan terutamanya ketidakpuasan hati. automatik, benda ni terlakar kat reaksi muka. Agaknya aku dah penat kot asyik nak jaga hati orang lain memanjang. Sesekali kena gah di bahasakan.

Sempurna ke??!!!!

Aku ada beberapa kawan yang mempunya transaksi hidup berbeza. Memang itu dah pilihan mereka dan aku sebagai kawan akan cuba untuk slow talk dengan cara yang berhemah.

Tapi yang buat aku sakit hati bila pandangan sesetengah tipikal manusia yang terus memulaukan golongan ni dan juga melabelkan sesuatu yang kurang enak di dengar oleh gegendang telinga aku.

Well, siapa kita nak judge orang sesuka hati!!! Jangan rasa diri tu sempurna sangat sedangkan banyak yang lobos sana sini.

Aku tak sokong dorang pun. Ya, yang salah tetap salah. Aku tak kata pun tindakan tu betul tapi dengan boikot tu boleh ke selesaikan masalah?????

Patutnya, golongan ni di beri pendekatan secara berhemah. Caci maki, atau hina tu bukan jalan penyudah yang bijak. Gunakan akal yang dah di kurniakan dengan sebaik mungkin.

Kan!

24 November 2011

Malaysia vs Syria

Semangat tau aku nak update entri pasal bola. Blog dah mula jadi caca marba. Takda la specifik isu personal je kan. =)

Okay, semalam dok layan kat tv untuk Kelayakan Olimpik U22. Skuad Harimau Muda menentang Syria. Bayangkan, baru je balik dari Indonesia untuk Sukan Sea, tup tap dengan jurang masa sehari kena plak lawan Syria. Aku tak tahu la mana depa ni dapat tenaga. Adakah dari Biskut Tiger. Heheh…

Walau pun kita kalah pada Syria dengan jaringan gol 2-0 tapi skil dan corak permainan Skuad Harimau Muda dah ada peningkatan. Masuk separuh masa kedua, ketara sangat pancitnya. Maunya tidak, kepenatan masih bersisa kot! Kali ni passing bola agak baik tapi finishing memang masalah besar. Striker agak kurang menyengat. Seperti biasa la, penjaga gol kita beraksi cemerlang cuma agak frust dengan jaringan gol yang kedua tu. Rasanya si Apex leh tangkap tapi tindakan meluru keluar tu mengundang padah. Satu lagi yang perlu di beri perhatian, si Muslim tu. Rasanya prestasi dia agak menurun. Ke aku sorang je yang perasan. Please take note ye.Takpa, pengajaran untuk semua juga.

Star of the game

gambar kredit mstar
Kali ni aku nak bagi kredit pada pemilik jersi bernombor 12, Nazmi Faiz Mansor. Si 17 tahun yang menyerlah. Aku suka ketepatan hantaran dia. Memang mengancam. Tapi, kena kawal sikit kederasan dan kelajuan sebab striker tak mampu nak kejar. Ke striker yang takda stamina. Aku rasa kedua-duanya main peranan.

Apa pun, still game yang bagus cuma rezeki tak menyebelahi kita. Harap-harap, game untuk Ahad ni kita sempat cover balik.

Nota kaki :-
still sokongan berterusan untuk Skuad Harimau Muda / Skuad Harimau Malaya. Rakyat Malaysia, sokong pasukan kita dalam apa jua situasi, kalah atau menang. Sokongan kita adalah tonik buat mereka. =)

Hormat tu harganya percuma tapi nilainya tidak terkira

Bola sepak sekadar sukan. Tak sepatutnya di cemari dengan perbuatan yang tidak beretika. Budaya boo atau tidak menghormati bendera mahupun lagu kebangsaan negara lain adalah tidak wajar sama sekali. Entri ni bukan di buat atas dasar sentimen kenegaraan atau provokasi, sekadar luahan dari penghuni bumi bukan wakil pada sesebuah negara semata.

Sukan yang sepatutnya menjadi penyatuan manusia serantau di cemari dengan insiden mengecewakan. Adat pertandingan, memang akan ada yang kalah. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan bukan terbawa-bawa dek emosi. Cuba bayangkan jikalau bendera negara kita sendiri di bakar dan di pijak sewenang-wenangnya. Apa perasaan korang? Sikit tak banyak, mesti akan terasa seolah-olah maruah di injak-injak.

Sokong la dengan cara berhemah. Jangan di keji atau di cerca pasukan sendiri jika kalah yang menjadi milik dan jangan pula menghina negara lawan kalau menang pula yang berpihak pada kita. Lagi satu, hentikan budaya menuding jari pada individu tertentu baik dalam situasi menang, kalah lagi la kan. Tak payah la nak kutuk berbakul-bakul. Kalau jadi kat diri sendiri macamana?!!

Sukan kan memerlukan tahap kerjasama yang cukup padu secara berpasukan dan bukan kerja seorang diri semata. Teruskan menyokong dengan sokongan dan bukan cercaan. Semangat kesukanan yang tinggi patut di tunjuk dan di jadikan panduan untuk kita bersama. Kan lebih indah kalau kita sama-sama menyokong dengan cara masing-masing tapi masih lagi semangat hormat-menghormati di jadikan paksi.

Mesej ni adalah berbaur keamanan. Harap maklum.

23 November 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

Dalam peti hikmat ni ada birthday card yang aku simpan sejak zaman sekolah lagi. Sentimental weh! Ada la jugak terselit kad-kad raya. Yelah, sekarang ni mana ada lagi yang rajin nak kirim kad raya kan. Semuanya guna teknologi. Apa pun, yang penting adalah tanda ingatan. =)



Nota kaki :-
Ni bukan peti hikmat yang asli toq. Baru teringat yang peti tu nun berada di atas almari dan aku tak cukup rajin nak memunggahnya. Takpa, nanti bila dah rajin aku upload gambar yang asal... =)

Wordless Wednesday #17 – searching my lime light

Tentang Dhia

credit photo to www,qimie.com

Currently aku tengah dok layan cerita ni. Sah-sah tarikan utamanya adalah Adi Putra dan juga Nora Danish. Aku suka dengan jalan ceritanya. Lebih ke arah keislaman gitu. Setakat untuk episod semalam, 4 bintang aku boleh bagi. Bukan bias sebab Adi Putra ada dalam ini cerita ye tapi cara kupasan isinya buat aku jatuh cinta. Taknak ulas banyak sangat sebab baru berapa episod je kan. Kita tunggu sampai penghujung baru lah boleh buat keseluruhan komentar.

Nota kaki:-
episod semalam buat aku terfikir, dan terima kasih sebab dah buka minda aku untuk melangkah satu gerak ke depan. =)

Tahniah Skuad Harimau Muda. Proud to be Malaysian...

Kelmarin penuh debar okay aku dengan siblings layan Perlawanan Akhir Bola Sepak untuk Sukan Sea. Walau pun layan kat rumah je tapi meriahnya dah macam kat stadium Gelora Bung Karno dah (nak gak mention stadium tu kan).

Seawal lima minit aku dah sentap bila Indonesia buat jaringan. Tapi masih lagi fikir positif ni. Yalah, baru lima minit. Lepas minit ke 35 barulah jaringan Skuad bimbingan Ong Kim Swee ni di jelmakan. Lepas kedudukan seri, aku tengok kedua-dua pasukan ligat cari gol lagi dan mostly banyak peluang untuk our team cuma finishing agak mengecewakan. Maybe nervous. Maybe gopoh. Tolong la, jangan nak ego or cipta nama semata. Jangan makan sorang. Ni kan kemenangan sepasukan. Bak kata adik aku, takdanya dapat duit lebih kalau jaringkan gol. So, maybe next time bahagian ni kena diperbaiki.

Perlawanan yang sangat-sangat sengit kuasa lapan. Baik Malaysia atau Indonesia, masing-masing mencari kemenangan. Sampai akhirnya, jaringan penalti jadi penentu. Ni pun dah cukup buat rama-rama menari shuffle dalam perut aku. Dan akhirnya, kemenangan berpihak pada kita.


Apapun, sekali lagi Pingat Emas dapat di pertahankan. Tahniah untuk Skuad Harimau Muda.


image

MEGAH...pemain negara meraikan kejayaan pertahan emas Sukan Sea, malam tadi.

Juga kredit untuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih walau pun hebat di provok dengan bermacam helah yang mencabar kesabaran.


Aku tetap nak bagi pujian kepada beberapa pemain yang aku rasa patut di beri penghargaan.


Khairul Fahmi Che Mat aka Apex


Baddrol10



 
dan juga si Asra.

Bukan pemain lain tak bagus tapi mata aku mengiktiraf tiga pemain ni. Untuk Skuad Harimau muda, teruskan perjuangan. Harap kekalkan prestasi mantap ni dan perbaiki mana-mana yang perlu untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Nota kaki :-
Bangga aku bila pemain Harimau Muda nyanyi lagu Negaraku kat Gelora Bung Karno.

*gambar sumber dari incik yahoo

8 kelebihan ketawa yang perlu anda tahu



Mengurangkan stress- Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.

Memperbaiki aliran dan tekanan darah- Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Merupakan senaman- Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Meningkatkan ketahanan tubuh- Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan kesakitan- Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

Meningkatkan kemahiran bersosial- Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Mengurangkan agresif- Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

Memberi tenaga kepada organ dalaman- Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.
 
 
Nota kaki:-
Moh le kita selalu ketawa. Moga-moga dapat hindari stress. Kredit untuk kawan aku yang email pasal benda alah ni.

22 November 2011

Day 23 – 15 facts about you.

Rabun

Gila novel

Tak minum susu

Tak suka makan kek especially yang kemain meriah dengan krim bagai. Eww....

Tak makan durian tapi leh makan tempoyak. Apakah?

Tak suka makan makanan yang panas-panas. Kasi sejuk dulu plss…

Suka pakai high heels..kalau yang jenis flat ni rasa macam berkaki ayam pula.

Addicted dengan twitter

Antara ros dengan lily putih, aku pilih lily putih!

Pantai atau sungai atau tasik, semuanya bukan jenis aku. Kalau kat tempat-tempat gini, mula la kepala otak dok pikir yang extreme. Pengaruh tv berlebihan la tuh. Haih….

Banyak buah-buahan tempatan yang aku tak makan (kekwat kan)

Love to travel (sangat-sangat!)

Tak suka warna pink (geli dowh)

Tak suka layan movie jenis seram tahap nak mati + ngeri yang kronik. Aku tengok wayang nak hilangkan stress bukan menambah.

Bukan penggemar game. Angry birds tu sampai sekarang pun aku tak pernah main. Boleh?

21 November 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Zaman sekarang ni mana relevan nak pakai surat segala. Kalau di kirim pun belum tentu di ambil tindakan. Sedangkan mesej kat laman sosial pun tak di balas, ni kan pula surat kajang bagai. Memang tak la. Jadi, sebagai seorang yang sinikal, aku akan terjemahkan perasaan sakit hati + annoying melampau melalui gaya bahasa.

Kadang-kadang setengah orang tak fikir apa impaknya dulu sebelum buat. Main belasah je tanpa fikirkan perasaan orang lain. Bila kebodohan mengundang statement yang menunjukkan sisi kurang cerdik, baru nak kelam-kabut. Nak selamatkan keadaan konon, tapi cara tak kena. Mana peginya adat tatsusila melayu kita!! Tapi takpa. Aku cuba la karangkan surat dalam bentuk kata tersirat walau pun takkannya di baca oleh si empunya pelaku.

Biar perangai seiring usia dan bertindak bijak mempamerkan luahan hati..
Takut nanti dek kedangkalan diri, kau hilang rasa hormat itu…

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

Kenapa entri ni tertangguh sehari?

Sebabnya, puas aku dok fikir. Tak tahu foto apa yang boleh buat aku happy. Hah, dah hilang derita girang ke apa! Sehingga entri ni di tulis, aku tak tahu apa nak letak.

Jadi, terus aku rumuskan takda gambar yang memenuhi kriteria aku atau mungkin nilai kepuasan kegembiraan itu di tahap yang biasa-biasa aje.

Masalah serius kot, takkan takda satu benda dalam simpanan yang boleh buat aku happy?!!! *berfikir*



19 November 2011

Day 20 – The meaning behind your blog name.

Masa mula-mula decide nak buat blog, puas juga la aku memikirkan nama blog yang menjadi simbolik pada diri sendiri.

Mula-mula nak bubuh nama sendiri tapi masa tu aku taknak reveal status sebenar dan macam tak cool je. ngeh…ngeh…ngeh…

Fikir punya fikir, aku berkenan pula dengan istilah ceritera. Aku suka dengan penggunaan kosa kata yang agak klasik dan jarang orang gunapakai. Ceritera kata lain untuk cerita. Memandangkan blog ni bertujuan untuk aku bercerita tentang sekeliling dalam keadaan terkawal,

Pastu aku padankan dengan bulan dek kecintaan aku pada bulan. Ya, bulan menyeramkan tapi cahayanya tetap di cari kan. Tapi bila aku dok padankan dua perkataan ni ceriterabulan, rasa macam ada kekurangan. Tak lengkap untuk di sebut. Seolah-olah ada yang tertinggal. Jadi, aku cuba tukarkan perkataan bulan tu ke satu lagi istilah yang sama. Aha, aku teringat dengan lagu Kris Dayanti yang pakai tajuk Rembulan.

Terus aku padankan dan nah, sedap pada sebutan aku. (Yalah, nama pun blog den kan) dari situ, terhasillah ceriterarembulan yang juga aku pasangkan dengan taglinenya “Rembulan berceritera tatkala hati mula berbicara”

Kelass kan tagline aku. Bajet bebudak AF la tuh.

18 November 2011

Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Ada tiga benda...

F1



Drift.


Syiok!!! Memandangkan aku suka nau pada kelajuan, jadi nak la gak merasa drive dengan laju tanpa perlu takut dengan layangan surat saman sebab langgar speed trap *sengih*

Dan yang terakhir


Menggelilingi dunia termasuk sekali dengan umrah dan menunaikan haji. Paling penting aku nak realisasikan impian ni dengan famili. Insya Allah... =)

Tu jelah impian aku setakat ni. Bunyi macam tak logik kan tapi siapa tahu kot-kot boleh jadi realiti...

17 November 2011

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Tak bertanggungjawab.

Ambik kesempatan atas kelebihan orang lain baik dari segi material atau perasaan.

Si pemberi kesempatan yang sanggup di pergunakan atas tiket cinta/sayang. Wak luu..!!!! Cinta tak buta, tapi korang yang buta dek perasaan.

Show your respect. Kau takkan dapat penghormatan kalau dah kau sendiri tak reti nak hormatkan orang.

Mereka yang menjengkelkan sampai aku rasa nak muntah darah baik dari segi percakapan atau perbuatan. Kiranya, poyo la ni. Bahasa aku zaman sekolah dulu-dulu, macam bagus!

16 November 2011

Day 17 – How you hope your future will be like.

Harap-harapnya, perjalanan karier di tahap yang memuaskan.

Kurniaan kesihatan yang baik.

Bahagia di sisi famili besar.

Masih lagi berhubung dengan BFF which is, kitaorang boleh lepak kat Ladang atau Pekan untuk berkongsi cerita.

aku pun tak faham awat aku pilih gambar ni.

5 cara mudah untuk mendapatkan kehidupan yang sihat



Tutup lampu ketika tidur- Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pendedahan cahaya lampu pada malam hari akan meningkatkan risiko kanser payudara. Risiko seseorang yang tidur di dalam keadaan lampu yang terbuka mendapat kanser payudara adalah 40% lebih tinggi berbanding seseorang yang tidur dalam keadaan gelap.

Jangan makan dalam keadaan yang terganggu- Seseorang yang sedang makan sambil menonton televisyen atau sedang bermain komputer, kebarangkalian mereka akan menderita sakit pinggang amat tinggi.
Selain daripada itu, hasil ujikaji daripada sukarelawan menunjukkan sesiapa yang sedang makan sambil membuat sesuatu akan makan 2 kali ganda lebih banyak berbanding daripada orang yang tidak melakukan apa-apa. Pemakanan yang tidak terkawal akan meninggalkan kesan dalam jangka masa yang panjang.

Banyakkan berjalan- Anda dinasihatkan untuk berjalan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan sesuatu kerja. Ini adalah cara mudah untuk memanaskan badan sebelum memulakan kerja yang lebih berat lagi.

Tutup televisyen atau komputer- Ambil masa sehari dalam masa seminggu untuk menjauhkan aktiviti seperti menonton televisyen atau komputer. Lakukan sesuatu yang lebih berbentuk fizikal seperti berjalan-jalan, melepak, bersembang bersama rakan dan sebagainya.

Jangan melakukan sesuatu kerja dalam satu jangka masa yang panjang- Sekiranya anda mempunyai suatu tugasan yang mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan, jangan cuba untuk selesaikannya sekaligus. Setiap setengah jam ambil masa untuk berehat sebentar sekurang-kurangnya 5 minit dan selepas itu sambung semula kerja yang ingin dilakukan. Ini adalah untuk mengurangkan tekanan terhadap otak anda.



Nota kaki :-
Info ni aku dapat dari salah seorang teman melalui email. Nampak simple tapi bagi kesan yang cukup hebat kan... =)

Wordless Wednesday #16 - I punya kisah...

15 November 2011

Semi Final Muzik-Muzik 26

Percalonan untuk semi final Muzik-Muzik ke 26. Mana yang aku highlight, tu pilihan aku untuk ke pentas akhir AJL. 

Mengena atau tidak, tepat atau tersasar, kita tunggu hari Jumaat ni untuk pusingan pertama, 25 November untuk pusingan kedua dan 2 Disember untuk pusingan yang ketiga.

Jadi, calon-calonnya adalah :-

  • Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  • Janji oleh Akim (Akim/Akim)
  • Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  • Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
  • Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
  • Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  • Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
  • Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
  • Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
  • Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
  • Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
  • Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  • Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  • Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
  • Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  • Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
  • Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
  • Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  • Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
  • Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  • Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
  • Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  • Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
  • Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  • Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  • Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
  • Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
  • Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

Day 16 – Short term goals for this month and why

Aku jarang buat plan jangka pendek ni. Selalunya, buat yang spesis jangka panjang je. Tapi kalo boleh aku nak program diet aku tu membuahkan hasil yang positif. Maybe by end of this year, I’ll achive my target. =)

Image Detail

14 November 2011

Day 15 – Something you don’t leave the house without.


ni memang benda wajib kan. Banyak khazanah kot. Nak kena bawa IC, lesen, kad bank, kad pelajar, bonuslink bla..bla..bla. Yang coin purse tu memang aku kena bawa sebab wallet takda untuk simpan syiling. Kadang-kadang malas nak bawa wallet, aku letak je benda2 penting dalam coin purse tu. 


Ni penting. Aku rasa sekarang ni adalah menjadi perkara normal kalau ada lebih dari satu phone. One of member aku ada 3 handphone okay. Lagi meriah dari aku ni hah. Make sure, baki kredit ada, kalau tidak haru je kalau berlakunya kecemasan


Untuk menggelakkan kulit dari kekeringan, ni adalah sahabat baik. Tak pakai beriya pun. Kalau rasa-rasa nak pakai, baru aku guna tapi tetap ada dalam hand bag aku.


Yang ni untuk kaum hawa tentu memasing ada dalam hand bag hatta sebatang lipstick. Aku tak la heavy mekap sangat, just tepek yang asas je. Tak reti den! 


gugusan kunci (hambik kau, bahasa aku skema tak skema!). Siap dengan kunci mangga peti surat lagi hah...


Benda comel ni datangnya jauh dari tanah Singapura. Benda ni beli masa trip ke sana dulu tu. Aku cepat berpeluh, adanya benda alah ni sangat la membantu ye kawan-kawan. 

So tu jelah beberapa item yang aku kena bawak sebelum keluar rumah. Meriah ke? Tak kot....hehehe....

Anugerah Industri Muzik (AIM 18) yaww

Buat pertama kalinya aku dapat peluang untuk tengok AIM 18 secara langsung. Bukan kat tv yer tapi kat Stadium Bukit Jalil. Teruja, takyah cakap la kan. Kredit untuk Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) sebab bermurah hati memberi aku dua pas percuma ni.


Macamana aku boleh dapat?

Tu lah gunanya twitter. Aku dapat melalui twitter MUH. Dorang ada la buat pop kuiz macam tu untuk bagi pas ni. 10 pemenang akan di pilih untuk tweet ‘kenapa minat dengan MUH’. Malangnya aku tak sempat nak join pun, tapi ada tweet dorang inform kesedihan aku sebab tak dapat join. Alih-alih wakil MUH DM aku, inform kalau ada lagi pas akan di agihkan. Tak la letak harapan melangit pun. Dah rezeki kan, petang jumaat tu dapat sms dari dorang untuk collect tiket. Mak aiiih, cam tak caya. Tu lah ceritanya macamana aku boleh pergi tengok AIM 18 kat Bukit Jalil.

Walau pun duduk bahagian atas still dapat tengok juga dengan jelas. Sound system memang superb! Mostly, semua persembahan okay dan aku paling suka medley dari OTAI zaman 90’an, Ezad Exist, Rahmat Mega, Ally Axl’s dan Zamani Slam.


Yang ni kena highlight sebab minat sangat kuasa lapan dengan Zamani. Gerimis mengundang yang memang mengundang! Satu stadium kot nyanyi sama.

Finale performance pun gempak. Mesti la aku tunggu performance MUH.


Nak pula nyanyi lagu Pokok dengan Hazama. Lagi la aku ternanti-nanti. Walau pun tak menang percalonan, tapi MUH still da best!

Lagi satu, aku bukan peminat Syila Amzah walau pun aku suka lagu Patah Seribu tu. Tapi masa dengar lagu Beribu Sesalan, perghh sedap kot suara dia. Bergema satu stadium. Sah, minah ni ada bakat. Suara dan kecantikan seiring. Sama taraf dah dengan Ning dan Jac.


Performance best, pengacara pun best! Aku suka dengan kombinasi Zizan Razak dengan AC Mizal. Untuk info, waktu iklan kitaorang kat stadium akan di hiburkan dengan Sobrie si Bawal Power tuh tapi aku tak la rasa terhibur sangat pun. Lagi better Zizan yang buat lawak. Spontan dan sengal. Nak pula bila AC dok melayan. Satu stadium bantai gelak. So, next time invite la yang betul-betul boleh menghibur.

Keseluruhan, puas hati dengan perjalanan AIM18. Tahniah untuk semua pemenang.

Nota kaki: -
sangat cemburu dengan Yuna. Dah la tinggi, kurus pula tuh. *makan hati*

13 November 2011

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

Aku memang penggemar TV. Satu hari dok ngadap pun aku sanggup. Food Channel pun aku layan. Feeling la konon-konon nak try resepi baru. Currently aku addicted dengan program realiti macam


Semangat Kimora ni yang aku paling suka. Walau sesibuk mana pun, keluarga tetap menjadi keutamaan

Image Detail

Kenapa aku suka siri ni? Nilai kekeluargaan dan ikatan adik beradik yang sangat utuh. Tu yang aku suka. Macamana dorang ni bersatu kalau-kalau ada masalah yang timbul. Memang la tak di nafikan, stail depa ni agak kasaq sikit tapi kita amik la contoh yang baik-baik je. Mana yang tak sesuai dengan budaya kita, jangan pakat pi ikut. Fav aku, mestilah si Kim tuh.


Ni pun layan juga. Aku suka dengan sikap positif Tyra Banks tuh. Paling penting, model bukan semata-mata berdasarkan cantik tapi aspek lain pun di ambil kira juga tau. So, yakin la dengan diri masing-masing.

12 November 2011

Day 13 – A picture of your favorite band or artist

Aku tak meletakkan sisi kesukaan tu pada mana-mana artis sebab pada hemat aku tak semestinya kita tak suka tentang seseorang tu, kita tak suka juga karyanya. Kadang-kadang, tak minat dia tapi suka lagunya. Tak suka suaranya tapi tertawan dengan perilaku. Tak gemar cara beliau berpakaian tapi suara mak aihh, sedap tak hengat. 

Seni itu subjektif dan kite penentu terjemahannya. Lagi satu, aku kurang gemar dengan istilah artis. Penggiat seni lebih tepat rasanya. Jadi, ada dua golongan yang aku senaraikan. Antara mereka yang aku suka dan minat serta tertarik adalah:-

Kategori Solo

  
  
 

  
 

     
 

  
 


Kategori Kumpulan

Image Detail  
  
   
Image Detail
 
   
   
            
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...