31 December 2011

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Belek punya belek, rupanya ada satu entri cabaran yang aku hutang. Ahaks, punya busy sampai terlupa kan. So, amik kesempatan tahun 2011 yang masih lagi berbaki, aku sudahkan entri cabaran yang terakhir ni.

Tiga perkara baik yang berlaku sepanjang 30 hari ni??? 

Ermm, rasa macam takda kot perkara baik. Lately ni, aku banyak berdepan dengan isu diri sendiri. Cuba mengenal dan mencari nilai individualistik. Kadang-kadang aku terlalu memikirkan orang keliling sedangkan aku rasa keberadaan aku bukan keutamaan mereka. Mungkin mereka selesa dengan keadaan di mana aku akan sentiasa berada di sisi di saat memerlukan. Dan bila sedikit ujian di buat, ternyata hasilnya menyedihkan aku! 

Okay, taknak cerita pasal isu sedih dalam entri girang ni. Tak relevan kan. Jom cuba untuk mengimbas balik 30 hari sebelumnya. 

GANG SEZIWA
Salah satu kekuatan dan motivasi untuk aku rajin ke kelas. Dek keserasian, gang ni di wujudkan dan pelbagai cabang komunikasi kitaorang guna pakai. Facebook, email, whatsapp, call, sms…Semuanya. Nak pula lagi cantik warnanya bila perkongsian minat yang sama yang mungkin agak jarang ada dalam group bila kesemuanya perempuan. Iaitu, berkongsi ceritera tentang bola. Sakit hati sangat bila kita hanya bertanyakan minat atau tidak tapi komen yang di terima meleret sampai nak pertikaikan kenapa mesti nak minat bola. Reaksi tu mengundang okay!!! So, please. Jangan nak jadi bimbo sangat. Minat kan hak masing-masing. Do respect that. 

AIM18 
Lupakan kontroversi yang berlaku tentang ‘Penakut’ yang menjadi ‘Sedetik Lebih’ tu. Pengalaman pertama la merasa layan benda-benda gini secara langsung. Kalau sebelum ni memang tak berkesempatan. Berkira-kira nak layan pentas AJL plak… =) 

TENTANG DHIA 
Apa kaitan cerita ni? Secara tersiratnya, cerita ni dah membuka satu lagi hijab yang selama ni tersorok dan aku kira dah sampai masa untuk aku memberi ruang dan peluang. Secara jujurnya, aku tak rasa aku dah cukup bersedia tapi mungkin ni salah satu cara untuk pencarian sisi persediaan itu bermula…..

Nota kaki:-
Kalau pasal gambar pula, bole la pergi ke sebelah ya. Gambar terbaru dengan mata rabak bagai yang aku jadikan sebagai profil blog. =)

24 December 2011

Gila bercuti

Terus terang dalam kepala otak aku ni berderet plan untuk pergi bercuti. Serius, dalam keadaan sekarang yang agak serabut, bercuti adalah salah satu terapi.

Ya, aku admit yang aku ni berada di dalam zon stress terlampau. Sebab tu dok sibukkan diri dengan gathering. Bukan dengan kawan yang sedia ada tapi dengan yang baru.

Suka atau tak, kadang-kadang orang baru yang kita kenal boleh buat kita lagi selesa + tenang berbanding dengan yang ada. Test yang aku buat pun dah menunjukkan keputusan sebaliknya. So, learning from that!!

Kalau ikutkan hati memang santak la berjalan tapi mengenangkan kekangan tertentu aku kena let go beberapa perkara dulu. Apa tidaknya, keputusan still bukan aku penentunya so agak payah. Kalau aku la penentunya, sah-sah dah kemana mana dah. Terfikir cara untuk bergelar penentu mutlak. Itu la agenda aku sekarang ni.

Apakah?

Biarlah rahsia.






23 December 2011

Final Muzik-Muzik 26

Maybe agak lambat untuk aku update pasal AJL 26. Hari tu aku ada buat ramalan siapa yang layak ke final mengikut hemah aku dan mengejutkan bila keputusan di buat ada yang menepati ramalan dan ada yang tersasar jauh. Ramalan aku :-  
  • Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  • Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  • Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
  • Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
  • Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  • Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
  • Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  • Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
  • Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  • Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
  • Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  • Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)

tapi yang pergi

  • Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  • Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  • Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  • Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  • Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  • Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  • Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  • Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  • Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  • Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  • Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
Emm, agak pelik di situ bila lagu Pokok (Meet Uncle Hussein), Cinta Teragung (Hazama), Bagaikan Bidadari (Tomok) dan Aku Permata (Salma) tak dapat ke final. Aku taknak komen la keputusan juri tu tapi agak meragukan pula cara pemilihan. Kalau nak di kira penggunaan ayat yang bagus, rasanya keempat-empat lagu di atas lebih layak. Bila fikir-fikir balik mungkin juga ada agenda tersembunyi. Yelah, lagu-lagu ni sedap di dengar tapi ada yang tak mesra pendengar. Meaning, tak seberapa nak popular kat radio. Lagi pelik bila lagu ‘Cinta Muka Buku’ dengan ‘Kekanda Adinda’ pula yang lepas. Dan jangan terkejut kalau tetiba antara dua lagu ni pula yang jadi juaranya macam tahun lepas.

Apapun, keputusan dah di buat. Harap-harap takda la yang meragukan macam AIM 18 itu.

Nota kaki:-
perasan tak, kali ni banyak stail lagu ngada-ngada yang masuk. Haih, entahlah!

21 December 2011

Wordless Wednesday #18 - Selirat Dowh

Cat baru

Taaadaaa…..

Hari tu aku ada mention pasal layout blog yang macam harammsss kan. Tak tahu la kenapa layout jadi gini. Makanya, dek sakit mata tengok layout yang tak seberapa nak hebat + dengki tengok layout blog orang lain kemain cantik very da vass, aku berjaya menyeru semangat untuk membuat pertukaran layout blog. Ceh, kau ingat kau ni Hanis Zalikha atau Cik Epal nak kena inform tukar layout bagai. *feeling sekejap pun* dari layout macam ni


 aku buat magis sikit (magis la sangat kan!) jadi la ghupe ni...


Belum siap sepenuhnya pun. Ada lagi benda yang aku nak godek. Tapi yang tu kena tunggu mood datang dulu la ye... =)

16 December 2011

Disember sudah

Entri pertama di bulan disember.

Ya ampun, sangat busy sampai tak sempat nak update blog. Tengok la keadaan blog yang sendu sampai lay out pun ntah pape ntah. Haih, mood untuk tukar lay out belum kunjung tiba, so aku biar kan je lay out jadi sebegitu rupa.


Bulan yang sangat sesak dengan segala assignment + test bagai. Mana nak buat note, group discussion blablabla. Semester ni pula banyak noo cuti sama ada cuti sendiri atau cuti di beri. Tu yang agak kelam kabut. Until now pun, aku belum buat revision. Gila kan! Januari 2012 dah final tapi dok jimba-jimbaan lagi. Nampaknya, kena rushing tahap gaban sebab Januari 2012 tu juga, I nak pergi cuti-cuti Malaysia. Ambik mood sebelum nak berperang. Kononnya….hehehe….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...