15 December 2012

Limitasi kepercayaan

Ya, aku makin melimitasi elemen kepercayaan sebab dah banyak kali kot pecah kontrak berlaku. 

Selain dari stress dengan kuliah dan segala tugasan yang ada, permainan konflik pun sama naik dengan hebat. Malas nak fikir sebab pada aku banyak lagi benda/perkara penting yang lebih elok untuk aku runsingkan daripada benda remeh temeh gini. 

Okay tu tipu! Cakap malas nak fikir tapi kena fikir juga sebab kita ni hidup bermasyarakat. Perlukan juga kehadiran orang lain dalam kehidupan. 

Tapi, aku cuba nak jadi hati kering. Ikut suka korang la nak buat apa pun. Nak sangat guna alasan komitmen, tu juga yang akan aku gunapakai. Ikut terma dalam undang-undang, ada unsur timbal balik. Kurang sikit rasa sakit hati aku ni kan. Kena adaptasi dengan keadaan sekarang sebab tak payah nak mengada sangat nak damba keadaan macam 8-9 tahun lepas. Memang tak dapek. Dalam mimpi yolah! Sebab pihak yang beriya-iya tu cuma aku. Bak kata pepatah, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kecuali kau tepuk sebelah tangan ko kat pipi orang lain. Gitu… 

Tolong la, aku pun ada urusan lain dan boleh ketepikan seketika untuk memberi laluan, tapi kalau pihak satu lagi buat acuh tak acuh atau mungkin skil pengurusan masa yang sangat hampeh menyebabkan agenda-agenda lain tertangguh atau terbatal terus dan itu sangat-sangat menjengkelkan!!! Mungkin aku bukan keutamaan tapi tunjuk sikit rasa hormat!!

14 December 2012

Final battle

Aha, second battle dah tamat. 
Jejak ke third and final battle. 
Kita tengok sama ada hujungnya rasa manis atau kelat....

13 December 2012

Semester yang sarat

Kepadatan jadual semester yang sesak dan sarat tapi masih lagi boleh buat aku tersenyum. 

Nampak?! 

Sebagai seorang yang positif aku cuba untuk tidak hanyut dalam arus tekanan. 

Kalau nak di fikirkan tahap stress tu, boleh sendu jadinya. Usaha untuk maintain pointer menyebabkan aku risau ya amat kalau ada paper yang sangkut. Please don’t! Mata memang dah rabak sampai ada yang menegur kalah panda. Aku rasa agak over sikit kot preparation sebab sesungguhnya semester ni sangat mencabar okay sampai nak berpoya-poya pun aku kena fikir kebarangkaliannya. 

Minggu lepas baru je sistem badan memberi impak. Hambik ko, seminggu demam. Pakej lengkap dengan batuk dan selsema. Lepas dah kena kuliah dan tazkirah, aku slow down sikit. Kena bijak dalam pembahagian masa walau pun aku rasa masa sangat mencemburui. Hahahaha…24 jam rasa macam tak cukup. 

Okay, tu dah over!

19 October 2012

Review : Hantu Kapcai


Sipnosis

Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib. 

Komen 

Kelakar tapi agak hambar sebab ada sesetengah part buat fikiran melayang entah kemana. Kiranya gagal menangkap fokus aku. Nak plak pergi dengan pengomel tegar yang baru pertama kali menonton cerita melayu kat wayang. Ada je nak di komennya. Mungkin aku tak se’details’ beliau gamaknya. Hahahaha….

Watak yang aku kira berjaya adalah watak Ibrahim lakonan Fizz Fairuz. Sengal ya amat. Terus terang aku kurang selesa dengan beberapa babak yang agak menyentuh sensitiviti dan rasanya babak sebegitu tak patut di olah. Terutama sekali part penutup tu, di mana Ajib bersama bapanya di alam syurga.

Watak Greng lakonan Izzue Islam juga berjaya di bawa dengan berkesan. Lari dari kebiasaan, Izzue berjaya buat aku rasa meyampah dan lawak dengan watak bajet samseng dia tu.

Apa pun, ada beberapa mesej yang perlu di ambil berat. Jangan layan semborono je. Antaranya persahabatan Ajib dengan Raqim. Bersungguh-sungguh Raqim ajar Akim dan juga part yang dia pertahankan Akim dari kena cepuk dengan Tiger.

16 October 2012

Abis dah semester 4

Minggu lepas sarat dengan macam-macam aktiviti. 

Hampir terlupa yang my lil sis konvo hari Sabtu walhal dah plan nak bertapa kat library barang 8 ke 9 jam. Tapi takpa. Pentingkan yg penting walau pun keduanya sama penting. 

Jadi, review point penting untuk exam keesokkan harinya di buat malam menjelang exam. Cuba gak gigihkan diri. Sekali lagi ni bukan isu nak komplen atau yang sewaktu dengannya. 

Terus terang aku enjoy dengan keadaan sekarang. Tak perlu nak tercari-cari sesuatu untuk aku nikmati. Minggu depan semester 5 yakni semester panjang bermula dan 6 subjek menanti untuk aku hadam dengan sebaik mungkin. 

Sem ni gua dah start target bai. Harap-harap dipermudahkan. Amin!!!! 

Target pertama, buat assignment seawall mungkin. Jadi, Geng SeZiWa siap sedia. No more pending please. Also note for myself!!!

08 October 2012

Selamat

Assalammualaikum...

Al-Hamdulillah, selamat pulang ke tanahair. 

Sebenarnya hari Jumaat malam aku dah balik ke Malaysia tapi tak sempat nak update apa-apa. Biasa la, meninggalkan kerja-kerja tertunggak sepanjang kepergian. Sah-sah bila balik kena settlekan satu persatu. Entri Bali trip aku update kemudian la ye. Gambar pun belum diedit bagai. Sabtu penuh dengan aktiviti birthday party dan juga Anugerah Blockbuster. Ni pun, entrinya aku buat kemudian. Kasi can ngadap perang dulu. 

Ahad ni aku dah final exam dan ada 11 bab yang perlu di hadam dengan seberapa segera. Harap-harap dipermudahkan. 

To all the readers, wish me luck okay! =) 

05 October 2012

2 tabiat perempuan bawa ke neraka

Assalammualaikum....

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut: 

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”. 

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah 
  • Kamu kufurkan kebaikan suami 
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya: 
  • Banyak beristighfar 
  • Banyak bersedekah 
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah 

Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah. 

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf. Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. 

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’. 

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab). 

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] 

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. 

Fadhilat beristighfar: 

a. Sabda Rasulullah SAW : 
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. 

b .Sabda Rasulullah SAW : 
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita” 

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. 
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk: 

d. Tuturkata/percakapan yang baik. 
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. 

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”. 
  • Memberi salam.
  • Memaniskan wajah. 
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” 

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” 

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

02 October 2012

Pilihan

Assalammualaikum

Dalam hidup kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Pilihan yang baik atau yang sebaliknya. Membuat pilihan juga bukan benda yang mudah. Banyak perkara yang perlu di ambil kira sebelum pilihan akhir di buat. Kena betul-betul pastikan keputusan yang di buat tepat dan menepati kepuasan diri.

Seeloknya keputusan yang diambil tak dipengaruhi oleh orang lain. Kalau nak ambil pendapat lain, tu berbeza. Ambil la seberapa banyak pendapat pun. Buat analisa sampai kita rasa kita jumpa apa yang kita nak. Kemudian, baru tentukan keputusan akhir.

Jangan biarkan orang lain yang buat keputusan bagi pihak kita. Mereka tak berada di dalam kehidupan kita. Lihat dan rasa bukan benda yang sama. Pernah dengar, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Orang boleh bercakap apa saja. Bebas bagi pendapat mengikut persepsi masing-masing. Mungkin ada yang bagi pendapat seikhlas hati dan mungkin juga tak. Nilaikan sendiri. Kita sebagai penentu. Ikut gerak hati.

Adakalanya gerak hati melahirkan kekeliruan. Jangan risau. Kalau buntu nak buat keputusan, jangan lupa PADA YANG SATU. DIA MAHA MENGETAHUI. Mengadu nasib dengan-Nya. Minta petunjuk. Permudahkan kekusutan yang ada.

Tapi perlu juga persiapkan diri kalau keputusan yang diambil memberikan impak yang sebaliknya. Kita tak mampu menilik masa depan. Hadap dan tangani dengan bijak. Jangan sesekali salahkan takdir. Itu rahsia Allah. Kadang-kadang dia tak bagi apa yang kita nak, sebaliknya perkara lain yang terjadi. Percaya satu, setiap yang berlaku ada hikmah yang kadang-kadang dilihat dengan mata kasar tak kelihatan. Cuba lihat dengan mata hati, hikmah tu tak ternilai harganya.

01 October 2012

Oktober

Assalammualaikum....

Sekejapan dah oktober. Aha, macam-macam benda akan berlaku dalam bulan ni. 

Yang dinanti-nantikan, trip ke Bali!! 

Yeah baby, finally the day is come. Teruja walaupun dalam masa yang sama mood dah spoilt dek benda-benda yang menyakitkan hati. Rasanya aku dah cukup memahami keadaan orang lain dan aku nakkan juga perasaan yang sama. Malangnya, itu tak berlaku dan ciptaan alasan diberi. Malas dah nak sakit hati bagai ni. Bukannya aku tak inform awal-awal kan. Patutnya tindakan segera di ambil. Tapi tulah pun yang aku dapat. Cukup pasal itu. Aku nak seru mood berpoya-poya balik. Moga-moga segalanya lancar dan aku bersuka ria girang gembira kat sana. 

14hb aku akan berperang. Jangan buat-buat terkejut. Semester pendek memang sekejap je dah final. Rasanya belum mula nak study tup-tup final exam. Balik trip nanti aku pulun study ye. 

Bulan ni juga bulan yang sedih. Mengenang dan terus mengenang. Bukan tak redha tapi ingatan tu akan tetap kekal di situ. Kalau ada pembaca tegar sure akan tahu apa yang aku dok kenang ni sebab setiap tahun entri tu pasti ada. 

Apa pun, moga Oktober menggembirakan walaupun rasa sayu….. 

25 September 2012

Semester 4

Eh, dah semester 4.

Nampak naww tak sedar diri namo eh. Kira ni dah tahun kedua gitu. Bangga seh sebab ada masa-masanya aku nak angkat bendera putih dah. Mengenangkan keadaan sekeliling yang kadang-kadang menurunkan tahap keyakinan diri. Nasib baik ada motivasi diri.

Apa motivasi aku? Sila rujuk sini.

Memang rasa cam ntah pape la minah ni punya motivasi. Tak cool langsung. Cool tak cool la kan bila kau dah teruja nak konvo tapi punah di sebabkan ketiadaan benda alah ni. Baru feeling-feeling nak lambung ke udara tau! Dah la macam-macam insiden terjadi masa nak konvo tu. Cukup!!! Takyah nak kenang perasaan yang tak seberapa nak indah tu.

Berbekalkan motivasi ni la aku dok pujuk diri sendiri kalau-kalau rasa nak mengalah. Lagipun, kalau aku berhenti separuh jalan, malu weh. Semua orang tahu aku sambung study. Tup-tup separuh jalan. Mentang-mentang la study separuh masa. Tu pun nak di separuhkan ke. BIG NO OKAY! Makanya, susah macam mana pun aku akan struggle dan gigih supaya misi aku tercapai.

Macam dejavu pula bila keadaan dah membaik di semester 4. Persis masa Diploma dulu. Keadaan lebih kurang sama je kot. Semester 4 juga banyak benda yang berlaku. Sama. Sebab tu aku cakap dejavu. Korang pernah tak rasa bila berada di dalam situasi yang seolah-olah korang pernah ada dulu. Faham ke idak? Tak faham?? Buat-buat jelah faham *sengih*

Tulah yang aku rasa sekarang ni. Sejujurnya tak la sebaik tahun tu sebab aku ade soulmate dan bff yang sentiasa ada di sisi. Bezanya sekarang, dua-dua tu dah takda. Baik takda di sisi atau takda masa.

Right here right now I just need someone that can spend time to talk and listen my story telling without any reason, no matter what or when.

Ni kalau call pun tak reti nak angkat macamana kan?!!

21 September 2012

Jadi la sebijak teknologi

Assalammualaikum

Tak tahu la macamana nak mengajar pengguna teknologi untuk bijak laksana dalam mengendalikan teknologi. Memang asalnya teknologi memudahkan urusan tapi dek perangai sesetengah pengguna yang aku kira agak dangkal (maaf cakap la ya tapi tu realiti!) menyebabkan ianya menyusahkan. 

Sebab? 

Simptom DAH SENANG NAK SENANG LAGI! 

Nilah pe’el yang menyusahkan. Contoh yang aku boleh bagi based on insiden yang berlaku baru-baru ni. 

Salah sorang teman akan berkahwin jadi dah memang trend kan invite guna facebook. For me that still relevance. Kadang-kadang kita tak cukup masa untuk pos. Nak minta alamat bagai, beli setem. Agak leceh. Nak call pun ada yang dah bertukar nombor atau memang habit suka tukar nombor setahun sekali macam hari raya. Natijahnya, terputus hubungan. Maka, paling mudah adalah send invitation menggunakan facebook yang mana setiap orang akan stick dengan satu akaun sahaja. Memang tak logik la kalau nak buat akaun facebook setahun sekali kan kecuali kalau kau ada masalah mengingat password. 

Ada dua cara yang boleh diguna pakai. Satu, creat event dan yang kedua send msg to all contact list untuk hantar alamat kalau-kalau ada yang nak kad. Untuk cara yang pertama, jarang ada masalah sebab segala komunikasi hanya kat wall event tu sahaja. Tapi untuk cara yang kedua, sama fungsi macam hantar email kepada semua orang dan bila kau klik reply to all, semua orang akan terima benda yang sama. Sila bayangkan bila cara yang kedua di guna pakai, msg dihantar kepada 50 orang rakan dan kesemua mereka menggunakan msg yang sama untuk inform alamat rumah masing-masing. Ya, kita akan mengalami situasi kebanjiran msg. 

Wahai pengguna yang bijak bistari sekalian, tolong la create satu lagi msg yang direct kepada si pengirim tadi. Data peribadi tak boleh dihantar melalui rangkaian sosial sesuka hati. Orang lain boleh manipulasi data anda tu nanti. Dengan tujuan untuk mengingatkan dan juga perkongsian pendapat, aku hantar satu msg yang sangat berhemah 

“Guys, pls send the msg directly to her because everybody got ur home add..i think it supposed to be private right! Do not share ur private details here…TQ" 

Member tadi dah gelabah biawak padahal bukan salah dia pun. Aku terangkan baik-baik yang patutnya diaorang hantar msg directly pada dia. Mungkin kegelabahan member aku yang dok cakap maaf berulang kali (untuk info, dia ni memang cepat gelabah sikit) menyebabkan ada salah sorang yang menyelit. Msg sebegini di hantar

"Just ignore kalo msg tu bukan utk kite simple je kan."

Nampaknya tujuan aku dia tak nampak. Kabur pada pandangan mata gamaknya. Ni balasan aku untuk menerangkan kenapa aku berkata sedemikian rupa

"this is not simple kalo setiap kali msg masuk I akan received..for those yg online guna pc, maybe that ok…but not to mobile user like me….honestly, it’s annoying..to make it as a simple as ur said, they supposed send to her directly"

Dia balas msg dengan ikon senyum.

Takda niat pun untuk berdebat. Aku cuma nak menyebarkan pendapat. Online kat pc dengan online menggunakan telefon berbeza. Ada sesetengah ciri tak sama kalau kita online menggunakan telefon. Ianya agak terhad. Siapa yang sama keadaan dengan aku tentu sangat-sangat memahaminya.

Walau bagaimanapun, setiap masalah tentu ada jalan penyelesaian. Lepas dah godek-godek menggunakan pc aku dah jumpa jalannya. Ada ikon leave the conversation untuk menggelakkan kebanjiran msg. 

Apa pun, suka untuk aku ingatkan lagi sekali jadi pengguna teknologi yang bijak supaya manfaat dapat di perolehi bersama dan bukannya menyusahkan lagi keadaan.

17 September 2012

Terima kasih pada pemberi aura girang

Assalamualaikum 

Entri ni dedikasi khas untuk mereka-mereka yang membuatkan aku tersenyum sama ada secara sengaja atau tidak. Takyah nak terjemah siapa golongan mereka ni sebabnya biar aku je yang tahu dan diaorang sendiri pun akan sedar diri kalau ada tahap intuiti yang tinggi. Jadi, pandai-pandai la bawa diri. Hahahahah…. 

Bukan la kata sebelum ni hidup tak seberapa nak happy tapi adat kehidupan. Macam roller-coaster. Ada naik turun kan. Beberapa bulan sebelum ni memang life agak hectic. Macam-macam benda dah jadi, dah lalui. Bila fikir-fikir balik, semua yang jadi ada bersangkut paut dengan diri sendiri. Khilaf sendiri yang mungkin menjadi salah satu penyebab. Mungkin juga sebab terlalu lama duduk dalam zon selesa. Makanya aku kena bergerak dan mencari zon baru tanpa melupakan zon selesa tadi.

Dan yang pasti keputusan untuk beralih zon akan memberi kesan pada zon selesa. Prinsip aku sekarang ni mudah, terpulang pada persepsi yang terkena kesannya tadi. Sama seperti mereka, aku juga ada komitmen sendiri. Kalau dulu, komitmen mereka menjadi keutamaan aku. Tapi komitmen aku?? Herm… Bukan nak merungut jauh sekali nak mengungkit. Cuma nak sikit kepekaan je sepertimana aku peka. Perlu berfikir itu dan ini sebelum keputusan di buat. Tapi sekarang ni, kita layan la komitmen masing-masing. Tu lebih adil.

Jangan risau, bila perlu aku akan cari ruang. Bukan senang nak puaskan hati semua orang tapi mencuba lebih baik daripada tak buat apa-apa langsung.

04 September 2012

Rumah Terbuka

Teman sekuliah dok bagi hint bila gamaknya nak buat rumah terbuka. Aku buat muka pelik. Pelik sebab tahun lepas takda pun teringin nak ke rumah aku bagai. Katanya nak bergebang dengan my mum...

What da!!! 

Sengaja la tu bebudak ni dok sakat aku. Kalau dah dapat membahan aku ni kemain bersuka ria ya.

Berbalik pada isu rumah terbuka, rasanya dah lama tak buat. Kalau ada pun untuk sedara mara dengan teman rapat. Kalau nak buat yang besar-besaran memang tak. Lagi-lagi dah sambung belajar ni, memang takda masa sebab aku yang akan terkejar-kejar nak membeli segala bahan nanti. Lagipun, ruang persekitaran tak membenarkan. Untuk info, keluarga sendiri dah meriah dan ramai. Jadi akan sesak. Belum lagi tambah kawan-kawan dari lima sumber. 

Ya, aku tahu tu semua bukan alasan. Kalau nak seribu daya kan. Tapi, aku memang takda daya nak buat rumah terbuka tahun ni. Hehehehe... Bukan mencipta alasan tapi tahu kemampuan diri. Apapun, tak semestinya tak buat rumah terbuka kita tak boleh beraya kan.

03 September 2012

Dan semester pendek pun bermula

credit to Google
September tiba bermakna cuti dah habis. Kelas dah mula. 

Kali ni semester pendek dan subjek lebih bersifat psikologi. I like! Salah satu cabang bidang yang aku suka. Suka melihat dan mengkaji gelagat dan perihal manusia. 

Percaya atau tak, manusia adalah satu satu objek yang seronok untuk di kaji dan tersimpan pelbagai rahsia. Mengenali sikap manusia umpama kita menilai diri sendiri. Mungkin ada persamaan pe’el walaupun sikit dan mungkin ada perbezaan yang tak sepatutnya menjadi isu kompleks. Kan fitrahnya untuk kekurangan itu dilengkapi. 

Kita tunggu sehingga penghujung kelas. Harap-harap ada sesuatu yang boleh digunapakai dalam kehidupan. =) 

Entri untuk Beliau

Dulu saya ada seorang kawan. 

Sentiasa ada untuk saya. Sentiasa menjadi pendengar setia di kala memerlukan. Sentiasa memahami walaupun tak berada di situasi sebenar. 

Kita bebas bercerita apa saja. Baik yang peribadi atau topik meluas. 

Memang, kadang-kadang kita bergaduh. Berselisih pendapat. Terasa hati dengan perangai masing-masing. Tapi semua tu tak jadi barah sebab kita ada toleransi yang sangat tinggi. Naluri yang sangat kuat mungkin sebab pernah berkongsi bilik, bantal, dan semangkuk maggi. 

Walau dah tak sehaluan dalam kuliah, kita masih kekal berhubung. Dari friendster membawa ke myspace membawa ke facebook membawa ke twitter. Kalau melalui telefon selular, tu tak payah cerita. Acapkali. Nak pula bila dah bertukar genre telefon, komunikasi makin pantas. BBM dan whatsapp bergabung. 

Serius, rasa terkilan sangat sebab tak dapat hadir dalam majlis naiktaraf status di sebabkan pertembungan acara. Mujur, walimatulurus dapat di jejaki. Kalau tak, harus dia sentap. Sekali lagi status beliau dinaiktaraf. Lahirnya si comel yang persis menyedarkan betapa pantasnya masa berlalu. 

Mengenali beliau dari zaman comot 2003, mulai rapat 2004 sehingga sekarang 2012 totalnya 9 tahun. Phew, bukan tempoh yang sekejap. 

Sekarang, saya masih ada dia. 

Walau dah bertukar status, kita masih berhubung. Jarang jumpa tapi kerap berkomunikasi. 

Cuma saya terfikir, apakah beliau ada masa untuk mendengar hikayat berlagu saya? 

Saya tahu ada. Tapi saya taknak susahkan beliau untuk mendengar kisah picisan lagi. Komitmen menjadi batasan. Saya mesti faham yang itu. Saya bahagia melihat dia bahagia. Berkongsi sedikit rasa dan nikmat. 

Jangan risau, kita tetap akan okay. 

Saya tahu saya masih ada Yang Esa untuk mengadu nasib. Meratap hiba dan mendengar segala keluh kesah.

Untuk beliau, "You tau kan I sayang you sangat-sangat kuasa lapan. Our friendship still remains and never end. Insya Allah. My pray always for you dear... =)

27 August 2012

Dendam

Nampak macam tapi bukan 
bukan dendam tapi jauh hati 
bukan dendam tapi sakit hati 
bukan dendam tapi terasa hati 
bukan dendam tapi tersinggung hati 

Bila jauh hati, malas melayan 
bila sakit hati, malas melayan 
bila terasa hati malas melayan 
bila tersinggung hati, malas melayan 
kalau melayan bimbang nanti yang teruk makin memburuk 
hati kata ada kalanya diam lebih baik 

Si punya angkara, pandai-pandai la bawa diri 
ini bukan dendam tapi pengajaran 
ini bukan dendam tapi simbolik perasaan 
ini bukan dendam tapi luahan rasa 
ini bukan dendam tapi petanda lara 
ini bukan dendam tapi penganti reaksi 
ini bukan dendam tapi kesabaran memuncak 
ini bukan dendam tapi lelah menjaga 

biar masa jadi penyembuh 
ikut aliran tu 
mudik ke kiri, ke kiri la ia 
mudik ke kanan, ke kanan la perginya 
atau mungkin akan terus hanyut tanpa arah arus

26 August 2012

Secantiknya dia!

Mata tak mampu menipu
Tanpa rela dia akui itu
Dari lirik mata dah kenal apa reaksi
Ketahuan, apa yang kamu sasarkan tidak mengena
Barangkali, telahan kamu

Dia berbusana rapi rekaan Hatta Dolmat

Dia bersepatu tinggi buatan Jimmy Choo

Dia menyarung indah gemerlapan aksesori terkini

Dia melakar solekan MAC penambah seri

Dia menyemat tudung persis si cantik Yuna

Tapi,
perilaku dia bukan begitu
hanya gadis semasa yang tidak mengikut arus
tiada barangan berprofil tinggi
selesa dengan kesederhanaan
dari tudung hingga ke sepatu
segalanya serba sederhana
ringkas

Katakanlah apa saja
Komen la apa pun yang terlintas
Sebab dia tahu
Secantiknya dia mengikut persepsi sendiri

25 August 2012

Kadang-kadang simple itu indah

Terlalu beriya sangat pun macam poyo je kan. Sebagai contoh, kalau korang tengok, kad kahwin zaman sekarang ni kemain mewahnya.Aku tertarik dengan kad yang jenis macam ni.
kredit to google and empunya kad
Aduhai, kad ni buat aku tertarik. Simple but nice. Tak terlalu mewah or terlalu sarat. Sempoi habis. Nak pula guna warna putih, lagi la buat nampak manis. Suci sungguh kadnya.

But still, pilihan di tangan masing-masing. Cuba fikir, buat kad kemain mahal, kebarangkalian untuk jemputan menyimpannya adalah sikit. Macam rugi je pula. Tepuk dada tanya selera or mungkin tepuk poket tanya ringgit.. =)

Macam tu juga dengan inai. Dulu trend bercorak-corak. Cantik kan. Pernah la juga termasuk dalam list aku untuk buat corak inai kat tangan. Tapi bila tengok wedding Farah AF2, takda pun inai corak just inai kat jari je. Serius, nampak cantik sangat-sangat. Simple je.

Tu yang orang kata sederhana lebih mampu menyerlah. Emm, dah dapat bayangan nampak…*berfikir*

Buat baik di balas baik

Jangan tengok sisi comel je tapi renung sama apa yang tersirat....

24 August 2012

Panduan untuk memperbaiki kehidupan sempurna

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.

Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.

Dalam surat beliau kepada isterinya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.

Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti
  • Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
  • Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini 
  • Jangan berlebihan, tetapkan had
  • Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
  • Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
  • Bermimpilah ketika anda berjaga
  • Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
  • Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
  • Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
  • Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
  • Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
  • Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
  • Lebihkan senyum dan ketawa
  • Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju


Komuniti
  • Kerap menelefon ahli keluarga
  • Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
  • Maafkan semua orang untuk segala galanya
  • Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
  • Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
  • Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
  • Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka


Kehidupan
  • Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
  • Allah akan mengubati segala galanya
  • Buat perkara yang betul
  • Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
  • Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
  • Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
  • Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
  • Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
  • Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah


Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.

Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan aku kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan...

23 August 2012

Nilai persahabatan seperti JOZAN....

Kenapa Jozan? 

Kenapa tak orang lain? 

Sebab aku tak nampak persahabatan yang sebegitu pada orang lain!!!

Setakat ni, Jozan la yang buat aku rasa ‘bestnya kalau ada persahabatan macam diaorang!’. Sangat tulus, ikhlas dan tak propa aka berpura-pura. Ni bukan nak puji lebih ke apa, memandangkan dah mengikuti Jozan dari diaorang jadi peserta Raja Lawak lagi sampailah ke pengacaranya. Apa yang aku nampak nilai kawan makin meninggi. Saling menyokong antara satu sama lain dan yang paling penting gerak hati yang maha kuat. Macam dah boleh baca gerak hati memasing. Anugerah dari Allah. Kalau tengok Raja Lawak pun bukan sebab peserta tapi sebab diaorang. Paling best bila diaorang ni tahu nak cover keadaan kalau salah sorang buat salah masa jadi pengacara atau berlawak.

Terus-terang, aku dambakan sangat persahabatan macam tu. Memang tak senang tapi tak susah kalau kita betul-betul nak. 

Kadang-kadang dalam persahabatan apa yang menjadi kesilapan terbesar bila terlalu banyak ‘memberi’ sampai kan di jadikan asas untuk digunakan sebaik mungkin. Sentiasa ada untuk orang lain, tapi bukan semua ada untuk kita saat kita perlukan.

Usia perkenalan juga bukan penanda aras untuk mencari keserasian. Adakalanya, kawan bertahun-tahun pun makin lama serasi itu makin terpinggir bila unsur “memberi dan menerima’ mulai pupus. Ada yang baru kenal tak sampai setahun tapi keserasian makin tercipta. Dan ada juga yang kenal dah lama tapi tak berpeluang untuk lebih mengenali. Bila peluang mengenali di beri, rupanya serasi meriah di situ. 

Aku rasa itu yang uniknya persahabatan. 

Satu je pesanan khidmat masyarakat, hargai orang yang tahu menghargai kita sebagaimana kita menghargai mereka!!

22 August 2012

Syawal 2012

Selamat Lebaran!! 

Still in the mood, right! =)

Aku dah mula kerja pun. Tak dibenarkan untuk mengambil cuti yang lama bila sistem giliran di gunapakai. Ciss!! 

Lebaran kali ni agak sendu sikit. Sebabnya? Beraya dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Demam melanda di pagi raya sangat tak indah rasanya ya kawan-kawan yang budiman. Makanya, ala kadar jelah pun. Raya tetap raya la kan, kalau tidak semua terkena kesan. Nak taknak, kena la kuatkan semangat walaupun idok ler tahan benor. Dengan selsema dan batuk, satu makanan pun tak ada rasa. 

Frust sangat bila lemang yang sememangnya menjadi pujaan hatiku tak dinikmati langsung. Tengok pun tak lalu. Raya keempat ni pun aku belum lagi rasa lemang. Harap-harap kesihatan cepat membaik sebab awal September kelas dah bermula. Ya, takda istilah cuti lama. 

Nak ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir je (sebab batin takda ) kepada mereka yang ada atau pernah singgah kat sini. Maaf kalau ada yang terkasar bahasa atau tersilap tulis. Kot-kot ada yang terasa hati dengan penulisan kat sini, sebenarnya itu lahir dari hati. Blog sebagai medium untuk aku meluahkan rasa dan perasaan dalam edisi terkawal memandangkan mungkin takda yang menepati piawaian untuk berkongsi prarasa itu. 

Sekali lagi, aku menyusun 10 jari memohon maaf untuk segala kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. 

Kalau ada sumur di ladang, 
Boleh kita menumpang mandi, 
Aidilfitri sudah menjelang, 
Salah silap harap dimaafi

Iklan raya yang menyentap sanubari


Layan kat youtube je sebab tunggu kat kaca tv tak keluar-keluar pung! Sedaya upaya menahan emosi, sebak weh. Pengisian ringkas. Isu anak yatim yang curi-curi balik ke kampung untuk menziarahi kubur mak. 

Moral cerita? Mana yang ada keluarga tu bawak-bawak ziarah sempena raya. Bayangkan, bebudak ni yang kecil, mempunyai kekurangan masing-masing dan takda kenderaan sanggup membantu satu sama lain mencari alternatif untuk balik ke kampung!! Sedangkan kita yang ada kereta mewah menjalar, kalau nak balik menjengah keluarga banyak naw alasan. Hayati iklan ni dengan membuka pintu hati anda sekali ya!

17 August 2012

Mana?

mata melilau
mata meliar
mencari-cari
gerangan si bertuah
yang boleh berkongsi duka
pinjamkan bahu untuk bersandar
telinga untuk mendengar keluh kesah

ada?? 

tak jumpa pun!! 

14 August 2012

Love your job...

Terus terang aku jenis manusia yang cepat bosan mengadap perkara rutin. 

Persepsi yang sama bila aku memilih Administration atau dalam bahasa terjemahannya pentadbiran. Mulanya nak ambil Marketing/Pemasaran sebagai pilihan utama tapi setelah di selidik, ada beberapa faktor yang menyebabkan aku bertukar fikiran. 

Berbalik pada cerita Admin tadi, untuk dua tahun pertama aku dah mula di landa kebosanan. Barangkali mengadap rutin tapi makin lama siapa kata ianya rutin. Kalau di fikir-fikirkan, banyak cabang yang boleh di teroka dan sentimen aku pada Admin mula bertukar. Bayangkan dengan berbaju kurung bajet sopan la konon kan, aku dok jumpa dan diskusi dengan supplier tentang pembelian lori. Ulang suara, pembelian lori. Nak kena tengok spesifikasi lori dan yang sewaktu dengannya. Sah-sah la kalau dah berbaju kurung harus dipadankan dengan kasut bertumit tinggi dan aku tak main la setakat 1, 2 inci ni. Kalau boleh nak 3 inci keatas. Kenapa? Sebab aku rasa konfiden lebih bila memakai kasut yang bertumit tinggi sementelah diri tak seberapa nak tinggi kan. huhuhu… 

Jadi, pengajaran yang boleh di dapati disini, toksah la nak merungut atau membandingkan kerja kita dengan orang lain. Masing-masing ada ragamnya. Yang penting, love your job!

Masih

Kuntuman ceritera masih berkembang mekar 
tiada petanda gugurnya kelopak
apa mungkin ianya akan terus mewangi
atau akan layu jua
hikayat terus berlagu walau tidak semesra dulu
tapi deria hati kuat mengikat
terperangkap dalam simulasi
 yang akhirnya memakan diri
tanpa belas dan ihsan
tanpa sedikitpun
dalam senyum cuba memujuk
wahai hati
wahai perasaan
wahai jiwa
wahai naluri
gagahlah mengharungi perjalanan
gigih mengatur langkah
walau sesekali memori menerpa
andai bisa masa berputar

13 August 2012

24 Ramadhan

Bermakna kurang lebih 6 hari kita akan menyambut syawal. 

Ramadhan yang agak busy sebab bertembung dengan Final Exam yang sememangnya meyesakkan. Ada gap seminggu dan memang aku terasa lama yang amat kot. Taknak cerita pasal Final Exam itu. Dah berlalu pun. Harap-harap keputusannya okay. Kalau nak dapat yang terbaik tu, susah kot sebab ada 2 subjek yang tak seberapa nak yakin. 

Ramadhan juga menguji kesabaran bila berdepan dengan isu Mesin ATM yang turut berpuasa sebab taknak keluarkan duit. Hanya kad je yang mampu dipulangkan semula. Taknak cakap pasal ni juga sebab terus-terang aku tengah emosi yang teramat sangat-sangat kuasa lapan. Maunye tak, raya dah nak dekat dan satu persiapan pun tak di buat disebabkan isu yang pada aku menyusahkan pelanggan. Mood raya kelaut sudah!!! Kerenah birokasi atau polisi syarikat?! Entah!! I save my comment. Tu lebih bagus. Cukup la dah melampiaskan emosi di laman sosial. Takut nanti apa yang diluahkan kat sini menyinggung mana-mana pihak. Yes, hati orang kena jaga sama walaupun hati aku….. 

Ramadhan kali ni juga memecahkan rekod berbuka puasa di luar aka iftar (penggunaan perkataan iftar semakin meluas you alls) di mana empat kali iftar dengan orang yang sama. Dua orang dari Geng SeZiWa, Cik Eipa dengan Cik Aina. Ada yang di rancang dan ada yang secara kebetulan. Nak pula bila pertembungan tarikh kejadian kedua-dua umat ni. So, sekali harung la dengan celebration birthday dan iftar. Sebagai orang yang tak gila glamer bagai, memang gambar takda dalam simpanan. Maaf. Just boleh bagi kronologi lokasi iftar je. 

26 Julai – Sarpinos Pizza, Puchong 
29 Julai – Red Wok, Bangi 
3 Ogos - Ikea, Damansara 
12 Ogos – Bumbu Bali, Puchong 

Hebat bukan?!! Heaven bila berjumpa dengan pencinta makanan seperti aku ni hah. Walau pun, tank aku dengan Aina tak sehebat Eipa tapi kenikmatan makanan tetap menjadi pujaan hati kitaorang. Dalam banyak-banyak lokasi, aku tertarik dengan Red Wok. Seafood yaw…harus ulang pergi ni. 

Rangkuman ramadhan kali ni agak santai dan kemeriahan syawal kurang di rasai. Macam yang aku ceritakan tadi, kesibukan dengan study untuk mengadap final exam membataskan persiapan. 

Exam dah tamat, mari kita bersiap untuk syawal pula walaupun…

21 July 2012

Ramadhan Datang Lagi…

Al-Hamdulillah, masih lagi di beri kesempatan untuk merasai keberkatan penghulu segala bulan iaitu Ramadhan. Sama seperti tahun-tahun yang sudah cuma yang berbeza mungkin dengan adanya ahli baru, adik ipar yang secara rasminya menjadi sebahagian dari keluarga kecil tapi meriah ni. =)\

Makanya, selamat berpuasa kepada semua umat Islam seisi dunia. Jangan ponteng-ponteng puasa naaa...

sumber: google

Hati rawan diusik emosi
Senyum terlakar sembunyi kesayuan
Setahun berlalu ramadhan datang lagi
Hadapi ia dengan penuh keberkatan

20 July 2012

Islamic Kitchen

Satu lagi entri berbaur makanan. Gasak la korang lepas ni dok ngadap entri pasal makanan memanjang. Tapi untuk info, idok ler aku makan hari-hari. Ada yang dah lama tapi entri baru di buat. Maklum la, sibuk ngalahkan PA perdana menteri. Ke ngalahkan perdana menteri sendiri?? Hahahah….

Sebagai penghuni separuh masa kat Bangi, baru aku tahu rupanya banyak pilihan makanan kat sini. Tinggal pilih ikut selera memasing + fulus yang cukup. Dari makanan Melayu sampailah ke ala Barat. Kredit juga kepada Geng SeZiWa yang rajin rekomen kat aku. Maklum la, duduk di perantauan. Ceewah.

Baru-baru ni dok try makan kat sini. Banyak pilihan dan harga pun pada aku cukup berpatutan. Ala, kalau pasal makan nak berkira apa, asalkan sedap. Dari makan tempat yang kemain havoc dengan jenama bagai tapi rasa nan ado!!!

Lokasi...


Kat mana ni???




Apa menu yang ada??





Dan pilihan aku....


So far so good. Menepati selera aku yang sukakan masakan stail Cina. =)

19 July 2012

Bila aku marah dan kau tersenyum di sana

Pernah berhadapan dengan situasi yang di sebutkan di atas? 

Mesti pernah kan. 

Kita punya la dok amuk pung pang pung pang satu kampung, melemparkan nafsu amarah dan orang yang di amukkan tu sekadar tersenyum tanpa menyerang balas. 

Kemudian apa yang berlaku? 

Si pemarah tadi akan diam dan cuba bertenang. Mati dek ketenangan yang ditunjukkan oleh si penerima amukan. 

Tak mudah sebenarnya mengawal kemarahan tapi kalau kita boleh mengawalnya, bermakna kita la orang yang paling berjaya. 

Marah adalah salah satu emosi yang ditonjolkan oleh manusia. Manusia normal akan berasa marah. Tipu la sangat kalau kau mengaku yang kau bukan pemarah, melainkan kau adalah spesis alien atau yang sewaktu dengannya. Perasaan marah mampu melahirkan satu sisi yang berbeza dalam diri. Ada yang bila marah, amboi bahasa yang indah-indah keluar. Tak dapat nak kawal emosi dan juga tutur bicara. Masa ni la, warna sebenar tentang diri akan muncul. 

Ada beberapa petua yang boleh diguna pakai bila kita berada dalam zon marah. I’m not a good person but I'm trying to. Jadi, kita sama-sama ambil iktibar. Antaranya....

ambil wudhu dan solat 


Bertenang


Buat kiraan sebelum melampiaskan marah



Jauhkan diri dari perkara atau seseorang yang menjadi punca 

Mendiamkan diri

18 July 2012

Wordless Wednesday #25 - Right?!!

Siblings Wardrobe

Ni salah satu projek yang aku dok mention dalam entri lepas.



Tapi, belum apa-apa dah kena marah dek komitmen dalam menjayakan projek ni. Yalah, mana nak mengadap assignment, dok pulun untuk preparation presentation dan hal-hal lain yang berkaitan. Jadual tidur jangan cakap la. Dah bersepah-sepah di sana sini. Ada hari-harinya aku tak tidur langsung. 

Hey, ni bukan mengeluh tau tapi sekadar menikmati momen-momen indah selama bergelar siswi. Nanti ni juga momen yang aku rindu. Sama macam era Diploma dulu. Ngeh…ngeh…ngeh… 

Ni antara item yang ada

Preloved Item




100% launching now and more items will be put in. 

So, meh like Page SiblingsWardrobe sekarang dan selamat membeli belah.... =)

16 July 2012

Selesai dengan pembentangan

Semester yang sangat sesak dengan persediaan pembentangan dan Al-Hamdulillah, semuanya dah selamat. Harap-harap lecturer bagi market yang cantik-cantik la yer. 

Bila presentation dan selesai, makanya preparation untuk mengadap Final Exam pula. Nasib baik kali ni ada gap untuk dua minggu dan setiap paper ada gap lebih kurang seminggu. Boleh la dok prepare apa-apa yang patut kan. Paling best bila Final Exam nanti kena pada bulan Ramadhan. 

Cakap pasal bulan puasa ni, lagi beberapa hari bulan itu bakal menjengah. Kalau mengikut perkiraan calendar, kita akan mula berpuasa hari Sabtu. 

Ada beberapa projek yang bakal bermula. Moga segalanya dipermudahkan. Amin….


08 July 2012

Fish & Manhatan

Bila dah jumpa geng yang tak kisah pasal makan dan suka mencuba sesuatu yang baru, makanya entri berbaur makanan akan kelihatan. 

Sekali lagi, Gang Babes membuat onar duri. Sepatutnya nak ke Flaming Buffet Restaurant, tapi penukaran plan berlaku di saat-saat kecederaan. Tu pun, The Manhattan Fish Market ni pilihan kedua. Mula-mula nak lepak Secret Recipe,tapi melencong ke sini pula. 

Well, aku pun tak pernah tinggal jejak jadi teruja la nak cuba. Nak pilih menu pun dekat 15 minit. 
Untuk info, aku suka kalau pilihan makanan di buat secara variasi. Al-Hamdulillah la sebab rata-rata orang keliling aku suka dan tak kisah kalau berlakunya aktiviti mencilok makanan kat bukan pinggan sendiri untuk tujuan merasa. Hentikan membebel cik zana, moh kita layan gambar-gambar sebagai penglipurlara...

Soup of the day - Mushroom Lite
Grill Dory
Mushroom
Caesar Salad
Seafood Platter
Snapper with Mussel

Kitaorang ambil Hot Beat Package yang ada semua gambar yang tertera di atas termasuk sekali dengan Teh O Ais Limau.

Jumlah kerosakan : RM 121.65

29 June 2012

Rasa

Aku punya rasa
kau pun punya rasa
dia juga punya rasa
mereka pun ada rasa
kita sama-sama punya rasa

Rasa yang berbalas
rasa yang tidak berbalas
rasa pedas
rasa kelat
rasa masam
rasa manis
rasa masin
rasa tawar
rasa payau
rasa pahit

Walau apa pun ia, kita akan tetap merasa
kerana dengan rasa itu, kehidupan akan lebih bermakna

25 June 2012

Kita Lihat

Ada sebab dan bukan sengaja
timbang tara di buat tanpa prejudis
hati berbelah tapi menjurus yang itu
letih mengadap jelik yang jerih
maaf, kalam buku!!
izinkan teman mencari ketenangan
kita berpatah arah berkerat rotan
mungkin seketika
atau mungkin abadi....

23 June 2012

Nota untuk Kamu dan juga Aku...

Katakan apa saja
lontarkan segala yang terbuku di hati
luahkan apa yang terpendam
tapi bukan di sana
bukan untuk berkicau
dan bukan untuk meminta komentar

Itu hanya mempamerkan rasa jelik
menunjukkan sisi dangkal diri

Kita punya Pencipta
yang bisa mendengar tanpa rasa ragu
bisa mendengar tak mengira waktu
bisa mendengar tanpa rasa lelah
bisa mendengar tanpa ada sentimen tersirat
bisa mendengar tanpa ada hikayat berlagu di kemudian
bisa mendengar tanpa ada lelucon sinis

Kita ada dia
Dia Yang Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi
Hanya Dia!

22 June 2012

Langkawi Finale

Last entri untuk Trip Langkawi.

Bergerak ke KL awal sebab flight pukul 12.25 tgh hari. Kali ni semua pengangkutan awam aku nak try. But then untuk next trip aku akan naik flight SAHAJA. Taknak membuang masa dan tenaga. =)

Sebelum say bye bye to Langkawi, aku tawaf la dulu. Saja round-round. Kalau semalam aku dinner kat kedai ni, kali ni nak cuba breakfast plak.


Bercuti bermakna takda istilah diet bagai. Nak kena lempang dek mak aku. Hahahahah. Jadi, tiga hari kat bumi Mahsuri aku dok makan. *sengih*

Memandangkan awal pagi kedai kat Chenang belum banyak yang buka. So, tak banyak pilihan. Mungkin sebab waktu operasi yang berakhir lambat kot. Untuk info, kat area Chenang ni macam ala-ala uptown. Ada kedai di kiri dan kanan, so sesiapa nak beli ole-ole ke apa, boleh la pilih mana yang berkenan. Kedai makan pun banyak. Rasa safety sangat walau pun aku pegi bertiga + semua pompuan. Buat pertama kalinya, aku tak jumpa warga Indo, Myanmar, Nepal, Pakistan dan yang sewaktu dengannya. Sempat berangan macam kat oversea sebab ramai mat saleh minah saleh yang aku jumpa.

Secara jujurnya, aku tak seberapa nak enjoy sebab banyak tempat yang belum sempat nak pergi. Haruslah kan ulang lawat. Kalau boleh aku nak ke sini setahun sekali. Boleh? Muahahahahah…

Air Asia dah naik, try pula FireFlyz. Well, kalau nak compare pasal harga memang la AirAsia lagi murah tapi kalau cakap pasal selesa of course FireFlyz better.

Jumlah kerosakan RM 141.95 x 3 = RM 425.85

Siap ada refreshment bagai.


Pergi dua luggage, balik bertambah lagi satu luggage. Hebat!


Apa pun, aku dah jatuh cinta dengan Langkawi.


Motip letak gambar awan? Takda motif yang spesifik. Yang pasti, Langkawi saya akan jejaki anda semula....

21 June 2012

Langkawi Part 2


Seawal 9.00 pagi dah terpacak kat jeti ni untuk Island Hoping. Ada tiga pulau yang akan aku tinggalkan jejak.

Pertama, Pulau Pasir Basah.

 
 

Ni sesuai untuk aktiviti bermandi manda. Sebab pantai cantik. Tapi aku memang takda rasa nak mandi pun. Sekadar cuci-cuci mata saja. Panas weh. Mau terbakar kulit I. Dah la bukan senang nak cerahkan balik. =P  Info penting! Pantai ni banyak monyet jadi sila berhati-hati. Jangan bawa makanan sebab depa leh hidu.

Yang Kedua, Pulau Helang.

 
 
 

Dorang cakap filem Ombak Rindu ada shoot kat sini. Sorry to say, teman belum tengok lagi cerita tuh. Wakaka…

Yang Terakhir, ni memang aku tunggu-tunggu. Pulau Dayang Bunting dan Tasik Dayang Bunting.

 

Mak aku cakap, dulu air lagi jernih tapi sekarang ni dah keruh sikit. Satu pesanan aku, tolong la yer JAGA KEBERSIHAN. Jangan la buang sampah merata. Sakit mata tengok bungkusan makanan, puntung rokok yang timbul.

Jumlah kerosakan RM 35.00 x 3 = RM 105.00

Lepas Hoping Island, bergegas ke motel untuk bersiap dan lunch. Kali ni menu nasi campur. Juga kat area Chenang sebab aku mengejar masa untuk ke tempat seterusnya.

My top list place kat Langkawi yang memang aku nak pergi sangat-sangat kuasa 8. Cable Car Langkawi.


Jumlah kerosakan RM 15.00 x 3 = RM 45.00

Jujur, aku takut pada ketinggian. Gayat Kut! Kata lain, fobia dengan ketinggian. Tapi untuk Cable Car Langkawi ni aku gagahkan juga walau pun seram sejuk. Tempat best suasana indah. Syok weh!!



Kemudian, Burau Bay Marina.

Sebab utama nak pergi sebab dulu suka benor tengok cerita Dalam Hati Ada Cinta kat Astro. Yang frustnya, tak boleh nak turun sampai ke bawah. Just lepak-lepak kat atas jer.


Lokasi berikutnya,


Ni pun dah lambat nak pergi. Dah petang sangat. Just nak feel pasir yang hitam tu je. Bhahahah…

Selesai dah tawaf satu Langkawi. Kot! Sampai motel terus pi dinner. Semalam dah try kat Atiqah. Hari ni nak try kedai ni pula.

Deko ala-ala cam kafe mewah tapi harga kira ok-ok saja. Paling aku suka, service tip top! Gila cepat dan staf dia peramah ya amat. Selesa sangat. Makanan sedap.


to be continue….

Entri terakhir aku akan update esok. Rasa macam dah lama sangat entri ni tertunggak. Ya-ya, entri dah basi. Ampunnn.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...