21 January 2012

Sedang Apa Dan Dimana (S.A.D.D)

Kerispatih salah satu band kesukaan aku. Suka dengan lagu dan tentunya suara pemikat hati si Sammy itu. Bila dengar kes Sammy, terus terang aku pun frust juga. 

Tapi, kita tak berhak untuk menilai orang. Apa yang terjadi dan kenapa ianya terjadi, hanya Sammy yang tahu. Pada aku, itu khilaf yang dia dah buat dan kita bukan tuhan yang boleh jatuhkan hukum. Patutnya, di beri sokongan terutamanya sokongan moral untuk terus menjalani kehidupan. Lagi sakit hati, bila Sammy di singkirkan dari kumpulan Kerispatih. What the fish! 

Menyorot kisah Sammy ni buat aku terfikir. Kadang-kadang orang yang dekat dengan kita yang akan mula menjauh di saat kita memerlukan. Touching okay! Macamana susahnya Sammy membina kekuatan, semua tu aku ambil sebagai ikhtibar. Tu pun nyaris-nyaris dia gantung mic. Oh tidak! I rindu suara you tau! (mood gedix dah sampai). 

Nasib baik berkat sokongan beberapa pihak, kalau tak salah aku Kumpulan Padi (I love this group also) dia stay dalam industri. First time dengar lagu ni berkumandang kat radio, aku dah agak suara Sammy dan tepat jangkaan den. Terlahirlah lagu ‘Sedang Apa dan Di mana’. Taknak celoteh panjang, kita dengar jelah ek lagu ni.

dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi (lagi)

sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani janji hati kita

sedang apa dan dimana wooo

sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
menjalani menjalani menjalani janji hati kita


20 January 2012

Chill dulu


Sebelum pergi berperang, aku pergi tenangkan jiwa dan perasaan dulu. Hilangkan serabut yang bertamu di hati dan moga-moga balik nanti stress menghilang walau pun bukan semuanya. Cuti takat dalam Malaysia je pun tapi dia punya dugaan, Masya-Allah macam nak pergi bercuti keliling dunia (okay, tu dah over sangat!).

Apa pun, kita enjoy!

19 January 2012

Apa ada dengan Vanila Coklat


Masa dok taip entri ni pun aku dah gelak sakan. Tanpa membariskan pelakon ternama, cerita ni aku kira berjaya membuatkan aku tertunggu-tunggu ketibaan hari Selasa. Lakonan bersahaja si ‘Fiona’ Izara Aishah yang memegang watak Zara Aishah dan juga Aiman si protégé Rahim Maarof sebagai Amir. 

Sumpah aku terkejut dengan lakonan si Aiman. Tak sangka kot ada juga bakat mamat ni dalam lakonan. Episod pertama aku dah sakan gelak. Memang kelakar habis. Nak pula campur dengan kerenah mak bapa si Zara dengan Amir lagi la buat keadaan gamat. Kredit untuk pengarah dan juga penulis skrip. Tanpa sandaran pada nama besar, cerita ni ada pengikutnya sendiri. Tak sabar nak tunggu episod mendatang. =)

Perang bermula lagi...

Setelah menyaksikan banyak noo drama sepanjang semester, aku dah selesai dengan segala assignment dan presentation bagai. *nafas separuh lega*

Semester ni yang aku rasa sangat mencabar bila nak kena kejar dateline. Humang aii, rasa macam tak cukup nafas. Tu belum lagi campur dengan kata-kata pembunuh semangat tapi Al-Hamdulillah, dapat juga di harungi dengan jayanya. =) Markah carry mark tak sangat membantu dan aku kena pulun habis masa final exam nanti. Nasib baik juga, company bercuti selama seminggu so, harap-harap seru untuk belajar tu datang dan aku tak ada sebarang halangan dari pihak lain. Nasib baik juga final exam untuk setiap subjek ade gap seminggu. Makanya, ada la masa untuk aku study. Walau pun frust juga sebab gap panjang bermakna cuti semester akan singkat, kira ok la kan.

So, peperangan akan bermula. Selamat maju jaya untuk aku dan juga kepada geng SEZIWA…


To readers, wish me luck ok… =)

18 January 2012

Wordless Wednesday #20 - Note for Myself

Tweet

Betullah kata orang, kalau dah ade twitter memang mood update blog makin terpinggir. Kadang-kadang, malas nak fikir panjang lebar, makanya twitter adalah medium utama. Aku memang penggemar twitter. Sedar tak sedar dah 8888 tweet aku dok mengarut.


Sejak annoying dengan facebook, aku ralit dengan tweet. Dan ni juga punca utama dengan penghasilan entri ‘biskut’. Kejap ada, kejap takda. Kalau rajin, update la blog kalau tak, sendu la jawabnya. Hahahaha….

13 January 2012

Motivasi

Setiap dari kita mesti ada sesuatu atau seseorang untuk di jadikan motivasi. Mengikut istilah, motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju dalam tindakan-tindakannya sama ada secara positif mahupun negatif.

Motivasi aku bersifat positif. Bukan seseorang. Takut nanti bila ada konflik aku juga yang jiwa sentap. Makanya, aku memilih sesuatu sebagai motivasi. Ni motivasi terbesar aku di ketika dan di saat ni. 


Mesti ada yang kata, ek elleh, motifff?!! 

Motifnya, bila aku mula rasa nak down sebab hal berbangkit dan hal-hal semasa, ni lah penghalang aku untuk give up! Serius, sangat membantu okay. Nak pula masa diploma dulu, topi konvo ni takda dengan alasan degree je baru boleh pakai. Tapi silap besar la. Aku kan agen Jams Bond, sah-sah la aku menjalankan siasatan. Rupanya, topi konvo ni tak siap lagi. Ceh, alasan tak masuk dek akal. 

Apa pun, dah lepas kan. Nak bising-bising pun bukan dapat apa. Sebab tu aku nak sambung degree untuk bayar balik hutang ‘tak dapat pakai masa dip’. Alasan senget kan! But still, motivasi ni sangat menjadi perangsang terhadap di kala kekecewaan melanda. =) 

Insya allah, membekalkan motivasi yang unik lagi pelik ni aku boleh la merasa time konvo 2014 nanti. Eh...jangan gosok mata korang. Memang betul pun, tahun 2014 baru selesai.

12 January 2012

Positif

Tersentak bila terima deringan untuk bangun dari lamunan. Secara jujurnya memang fokus agak lari banyak. Bukan takat ke laut dah tapi dah tahap sampai langit ke tujuh rasanya. Memang kecewa sangat tapi bila di fikir-fikirkan balik, suka atau tak kena la terima kenyataan.

Aku berfikiran positif, walau pun ada la juga rasa nak teriak bila mana insiden yang aku kira bukan aku 100% penyebabnya tapi siapa pula kisah semua ni kan. Terus terang, keadaan keliling juga penyumbang kepada tahap fokus. Aku cuma ada kekuatan diri sendiri dan motivasi untuk teruskan semuanya. 

Tahun 2012 aku nak jadi lebih cekal. Susah nak harapkan orang lain. Penghujung 2011 banyak menyedarkan aku yang takda siapa boleh berada di sisi saat kita betul-betul memerlukan. Komitmen dan tuntutan membataskan katanya, walau pun aku sama sekali tak pernah menggunakan dua item ni sebagai alasan. Bila di perlukan, sedaya upaya aku berada di sisi. Bukan nak mengungkit tapi terkilan/ralat hati. Jadi, taknak dah sedih plus berduka lara. Aku merencana kehidupan sendiri dengan mereka yang tahu apa itu penghargaan. 

05 January 2012

Bulan untuk berperang

Masuk bulan Januari bermakna, bulan untuk aku berperang. Sama macam tahun lepas juga sebab bulan berperang adalah januari. Agak sesak dan serabut sikit semester ni.

Persiapan masih lagi 50-50 sebab masih mengharapkan tips menentang musuh daripada para pensyarah. Ahahah… Tanya la mana-mana student pun, sure tips ni sangat berguna kan. *sengih*

Memandangkan carry mark tak seberapa nak cantik, kena la pulun abis-abisan masa final nanti.

Adios amigos *sambil tangan menyelak calendar, hitung hari*

01 January 2012

Wishlist

Beberapa wishlist aku untuk 2012. Harap-harap boleh direalisasikan ya. =)
  • Langkawi Trip
  • Singapore Trip
  • Bali Trip
  • Bandung Trip
  • Pertambahan gadget

Azam 2012


Untuk azam pula, tahun lepas ada juga azam yang dah tercapai dan mana yang tertunggak tu aku 'bawa baki ke hadapan'. Jadi, dalam entri ni aku senaraikan azam yang menduduki carta tertinggi yang aku ingin capai sepanjang 2012.
  • Pencarian arjuna musim keempat
  • Target 46
  • Pertambahan asset
  • Hit 4

Sorotan 2011

Seperti biasalah, kalau dah hujung-hujung tahun ni entri berkisar apa yang dah jadi 364 hari lepas. Kedengarannya klise kan tapi tu la hakikatnya pun. Rata-rata entri di blog akan coret benda yang sama. 

Seperti tahun-tahun yang sudah juga, tahun 2011 di lalui dengan penuh warna. Peningkatan usia selaras dengan peredaran sekeliling. Banyak yang berubah dan ada juga yang masih kekal sama. Jadi, ada la beberapa perkara yang buat aku ceria dan juga berduka lara. Check it out...

Penghargaan untuk diri sendiri 
Aha, buat pertama kalinya aku memberi perhargaan yang agak mahal untuk diri sendiri. Sepuluh kali juga la dok berfikir kewajarannya dan setelah di timbang, di tolak, di campur, di bahagi dan segala yang berkaitan, aku putuskan juga. Kepuasan yang amat sangat tapi still ada wishlist yang belum tercapai. Yang ni, kena tunggu dulu. Insya Allah, aku rasa tahun 2012 bakal tercapai. =) 

BFF wedding 
Ada dua orang BFF aku yang bertukar status tahun ni. Ni antara yang rapat dengan aku dan konflik juga sebab aku mulanya kena jadi pengapit untuk kedua-dua acara tapi clash pulek. So, kena la decide. Ingat lagi dengan Cik Sara (or maybe lepas ni kena panggil puan dah)!


Aku jadi pengapit minah ni. Dari jumaat membawa ke ahad aku dah berkampung kat rumah dia dengan Cik Aqis. Acara nikah je yang aku takda sebab takleh nak ponteng kelas. Huhuhu... Dari malam berinai membawa ke outdoor photoshoot. Penat, dah mengalahkan pengantin okay. 

Lagi satu wedding, Cik Fariza kita. My roommate, teman sebantal, sekatil dan semangkuk maggi. Tak sempat pun nak jadi pengapit, aku just datang untuk majlis wedding tu je. At least, tak la makcik ni tersentap. Hahah… 


Apa yang best, kat majlis ni juga aku jumpa balik dengan housemate masa study dip dulu. Gila lama tak jumpa. Rasanya hampir 6 tahun. Tu pun aku tak nampak kelibat bebudak kelas yang lain. Sama ada aku yang lambat atau diaorang yang tak datang. Majlis dah pun selesai dan kedua-dua BFF aku skang ni dah bergelar mummy-to-be. Macam dah berjanji plak kan. So, for both of them my pray always for ya and hopefully everything gonna be fine. 

Yang ni memang menjadi perkara terindah yang amat sangat. Mesti ada yang kata “Elleh, Singapore je pun!” Tapi, plan ni bukan senang tau nak di rencanakan. Punya la banyak halangan dek kesibukan memasing. Tu pun nasib baik pergi berdua. Kalau ramai, lagi la aku pening. Dok simpan hajat juga, nak pergi lagi sekali. Theheheh….. 

Pertambahan geng 
Berjumpa dengan kawan baru yang senget lagi sengal yang mana membuatkan hari-hari menjadi indah. Teknologi sebagai perantara dan dah bersua muka pun tapi mesra tu macam dah bertahun kenal. Luv all of you okay. *group hugs* 

Konflik 
Konflik dan kehidupan tak boleh di pisahkan. Ibarat irama dan lagu kan. Still ada konflik yang menyesakkan aku. Terutama berdepan dengan isu persahabatan. Benda ni memang selalu berlaku. Belajar dari pengalaman, aku dah taknak jadi baik sangat. Cukup-cukup la menjaga hati kan. Kali ni, aku dah tapis dan pilih yang terbaik. Dah taknak juga get involved dalam konflik yang takda kena mengena dengan aku. Dari niat menolong dah di salah ertikan pula. Natijahnya, sah-sah la kena kat aku. Doesn’t mean I’m single I can’t give my advice, right! Tapi takpa, taknak dengar nasihat sudah. Aku tak rugi apa pun. tagline baru, “I save my comments!” 

Jejak Kasih 
Yang ni memang aku suka. Kerana teknologi juga dah buatkan aku jumpa balik dengan geng-geng zaman kanak-kanak ribena. Giler dowh, rindu sangat! Macam yang aku cerita dalam entri sebab ada isu aku tak bertegur dengan dia. Aku ni keras hati sikit. Err, keras hati banyak kot. Sekali orang buat hal dengan aku, siap la kau! Perang telok aku isytiharkan. Lama juga kitaorang tak bertegur. Dari pihak aku sebenarnya. Tapi ada satu insiden yang membuka pintu hati aku untuk tamatkan perang telok ni dan terus aku cari minah ni. Teknologi membuatkan aku senang nak cari dan sekarang ni dah elok balik. Cuma belum berkesempatan nak jumpa je. Kena cari timing yang sesuai. 

Yang terakhir, Kisah Hati 


Hah, yang ni masih lagi menjadi persoalan di hati. Bukan tak mencari tapi belum jumpa yang sesuai. Fobia still ada lagi, nak pula bila tengok keadaan keliling yang ada di rundung masalah. Aku plak yang jadi trauma. Tapi, aku dah mula cold down. Try to not judge people so quickly. Cuma aku tak percaya dengan istilah match maker ni. Kot iya pun, takkan la nak cari orang yang dekat-dekat. Biar la travel jauh sikit. Biar berkembang susur galurnya. =) 

So far, nilah sorotan tahun 2011 aku. Mungkin ada banyak lagi tapi aku yang malas nak perah otak dok ingatkan balik. Apa pun, still 2011 yang membahagiakan. Mana yang baik aku simpan, baik yang tak seberapa nak baik tu aku jadikan sempadan dan peringatan untuk terus lalui 2012 pula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...