13 February 2012

Indah Lelap, Kembali Senyum - AL FATIHAH

Genap 25 hari pemergian.

Kumpul kekuatan untuk aku update entri ni. Walau pun tak kenal secara rapat dengan Allahyarham Izwan Pilus melainkan sebagai artis kegemaran tapi aku follow arwah dari mula-mula arwah join Bintang RTM.


Berkongsi taste yang sama dengan mak, kitaorang minat sangat-sangat dengan arwah. Masa tu tengah top cerita Meteor Garden dan aku tersangat la minat dengan pemegang watak Simon iaitu Ken Zhu. 


Kebetulan stail arwah lebih kurang sama dengan Simon especially tang rambut. Aku kan sedikit cair dengan lelaki yang berambut panjang + lurus. Sejak tu aku ikut perkembangan arwah. Bila dapat tahu arwah ada akaun twitter sepantas kilat aku jadi follower. Dan apa yang best, arwah rajin reply dan retweet tweet aku. Selalu la aku mention tweet arwah bila lagu Kembali Senyum berkumandang di radio. Tak sempat aku nak print screen balasan tweet dari arwah sebab akaun twitter arwah dah di tutup tapi cuma ada notification kat email bila arwah retweet tweet aku. 


Tu yang sebaiknya sebab orang dah takda kan, jadi adalah lebih baik segala laman sosial milik arwah di padamkan. 

Berita pemergian arwah aku terima masa dengar Hot FM dalam kereta. Bayangkanlah, punya terkejut seisi family tergaman dan aku hilang kata-kata. Macam tak percaya. Until now, aku tak bersedia lagi nak dengar lagu Kembali Senyum dengan Indah Lelapku sebab automatik teringat kat arwah. 

Walau pun agak lambat, still nak ucapkan salam takziah untuk keluarga arwah dan doa aku semoga Allahyarham Izwan Pilus di tempatkan di kalangan kekasih-kekasih Allah. Al-Fatihah…

Ada lagi

Mereka datang lagi 
Kali ni secara berduet 
Meski status bertukar, sayang pe’el masih di takut lama 
Persoalan di tanya pada yang salah 
Maka jawapan yang di terima juga menyimpang jauh 
Opps, silap 
Bukan jawapan yang di terima tapi kata-kata tazkirah di hulur 

Ada riak terkejut malangnya spesis ni kurang memahami bahasa 
Nampak kurang bijak tindakan mereka 
Wajarnya persoalan di aju pada empunya 
Baru terungkai yang terselirat 
Takpa 
Perhatikan corak permainan mereka dulu 
Kalau perlu baru serangan di patahkan 

Biar mereka galak

11 February 2012

Maaf itu Tinggi Metaforanya

Kemaafan dendam yang terindah. Kata orang, soal huluran maaf ni agak misteri sikit terjemahannya. 

Sebab? 

Mulut boleh lancar menuturkan maaf atau memberi kemaafan tapi sejauh mana nilainya di letak. Ikhlas atau tidak maaf di pinta mahu pun di beri, empunya diri yang lebih mengetahui dan juga Allah yang Maha Esa. 

Jadi, adalah tidak adil jika wujud istilah terpaksa atau memaksa dalam kata kunci maaf. Hati orang tak boleh dipaksa. Hati juga tak mampu menipu. 

Ya, kita boleh bertindak sebagai penjernih keadaan tapi kalau dari cara tuturan mempunyai makna tersirat dan adanya komentar berat sebelah, itu lebih menyakitkan. 

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Istilah lebih tepat barangkali.

10 February 2012

Biar

Suasana dingin sehingga sekarang 
Kehilangan kata sebagai pembuka 
Ego sesama menjadi penghalang 
Atau mungkin rasa bersalah tak terbit
Jadi, biarkan rasa ini berterusan 
Kerana di sini takkan membuka panggung

Februari, sila berbaik dengan saya ya…

Dua lagi paper sebelum aku bercuti panjang sampai hujung Mac. Nanti lepas abis paper baru lah leh update blog. Semak plak aku tengok blog takda entri baru. 

Gap paper seminggu memang mengundang. Baik positif atau negatif. Yang bestnya sebab boleh prepare untuk paper dan yang tak bestnya cuti semester ko pendek. Huwaaa….. 

Cuti semester ni pun bukan boleh enjoy sakan sangat. Ada agenda penting yang perlu di selesaikan segera sebab bila dah mula kelas, agak terbatas pergerakan nanti. Harap-harap di permudahkan segalanya.

06 February 2012

Jamal Abdillah yang awesome!!!


Pembukaan yang sangat-sangat-sangat-sangat best! 

Aku yang tengok dari rumah pun boleh terpegun lagi terpersona dengan suara Jamal yang tersangatlah lemak merdu. Indah kan ciptaan Allah. Paling dramatik, siap hujan turun bagai kat stage. Idea gila siut! Aku suka dengan arrangement yang juga memasukkan elemen ribut petir yang buat persembahan lagi tambah memukau.

Hanya berdiri di tengah pentas, lontaran suara yang kita memang tahu tahap keupayaannya, set pentas dan lampu yang menambah suasana, semuanya bergabung menghasilkan slot pembukaan yang terbaik pada pandangan mata aku. Bukan la Awie dan Sheila Majid tak bagus tapi persembahan Jamal yang buat aku dok teringat-ingat. Apa nak kata, selaku Raja Pop Malaysia takda apa pertikaian. =)  

AJL 26

Mungkin agak lewat aku dok update pasal Anugerah Juara Lagu. Basi tak basi, aku tetap nak hupdate gak...ngeh..ngeh..ngeh...

Persembahan Terbaik 


Untuk persembahan terbaik aku budget Hafiz, Alyah atau pun FT tapi ternyata berpihak pada Alyah dengan konsep kota muziknya. Apa yang aku nak puji, baju Alyah memang mengancam habis. Cantik dengan design dan kombinasi warna. Hatta Dolmat kan. Gila kalau tak cantik! 

Vokal Terbaik 


Pilihan aku Hafiz dengan Jac untuk lagu Sedetik Lebih tapi maybe Hafiz menang sebab ada feel dalam lagu. Aku ni bukan la pakar sangat. Sekadar ulasan dari kaca mata sebagai pendengar. 

Tempat Ketiga Karma 
Lagu : Audrey Mok 
Lirik : FT 
Nyanyian: FT


Buat pertama kali FT perform tak pakai spek mata hitam. Suka mak jemah! Masa ni la pun nak tengok mata dia. Apa yang aku peratikan, memang feel la dia nyanyi malam tu + lontaran suara yang ok sikit kalau nak di bandingkan dengan semi final AJL. 

Naib Juara Beribu Sesalan 
Lagu : Kevin Chin
Lirik : Tinta
Vokal : Tiga Suara (Jac, Ning Baizura &Shila Amzah) 


Aku pernah tengok dorang perform live masa AIM18. Tak tahu la kalau dengar kat stadium lagi best sebab aku macam tak puas dengan nyanyian tiga suara ni. 

Dan

Juara AJL Awan Nano 


Lagu : Dato’ M. Nasir 
Lirik : Budi Hekayat 
Vokal : Hafiz AF7 


Menepati ramalan aku sama sekali bila my fav Hafiz dengan Awan Nanonya muncul Juara. Serius, kalau lagu ni tak dapat jadi juara sah-sah aku akan meroyan. Yelah, macamana lagu Terbaik Nusantara yang diiktiraf oleh tiga negara kalah di bumi sendiri kan. Jutaan tahniah kepada penggubah lagu dan penulis liriknya yang sangat la puitis. Juga tahniah untuk KaryaRudi yang membuat arrangement semula untuk Awan Nano. 

Taknak komen banyak nanti bias plak memandangkan aku ni #TeamAwanNano. Tahniah juga pada pemenang yang lain. 

Buat Hafiz, moga karier anda semakin membaik dan terus meningkat naik. Moga misi menawan bumi Indonesia tercapai. Best of luck dude!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...