30 March 2012

Terkesima

Dua hikayat di perdendangkan
Cuping menghakimi
Akal menilai
Minda menafsir
Penyimpulan berlaku, tidak berpihak
Tapi ‘unit amanah’ yang makin tipis
Ya, jangka hayat lebih lama jika diperbandingkan
Tapi rantaian isu bisa dijadikan penyebab
Apatah lagi, perkhabaran di terima menyangkut kisah
Terkesima!
Yang pasti, takkan ada pemegang lagi......


29 March 2012

Kezen Wedding

Kezen kesukaan selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya. Nikahnya Jumaat, tapi aku tak dapat nak datang. Al-maklum, tuntutan kerja gitu. wakaka…

Hari Sabtu 17 Mac 2012 kenduri belah perempuan. Aku suka tema warna yang digunapakai.


Kata mak andam tu, ni warna hijau epal tapi aku rasa lebih ke Baby Green kot. Nampak soft je warna ni kan.

Dan 24 March 2012 plak, belah kitaorang. Kezen aku tu lelaki. Walaupun orang kata kenduri belah lelaki serba ringkas tapi untuk famili besar aku, BIG NO! Kitaorang akan tetap menyamaratakan taraf kenduri baik belah lelaki atau perempuan. Meriah tetap meriah you allss… =) Nak pula bila sepupu yang sekepala dan tak banyak songeh berkumpul, lagi la tambah meriah.

Titipan untuk Lan & Lela, selamat pengantin baru. moga kekal ke hujung pernafasan. Kekal bahagia selama-lamanya. Untuk Lela, welcome to our big family…





Nota kaki:-
Buat pertama kalinya kezen kawen aku tak ada banyak gambar untuk di pilih. Sibuk ya amat sampai tak sempat nak snap gambar. Seddih!!

23 March 2012

Big Brother

Dah lama rasanya aku tak upload entri jalan-jalan cari makan. Nah, hari tu menyinggah ke restoran ni dengan Geng Sahabat Sejati.

Lokasi?

Kota Damansara yaw…

Details restoran?

Big Brother Restaurant & Grill
3-G 3-1 Jalan PJU 5/20
Kota Damansara, Selangor
03 6142 7678

Teruja sebab aku tak pernah ke sini lagi. Atas suggestion Nad, jejak di tinggal. Taknak tulis pepanjang, sila nikmati gambar-gambar yang sangat mengghairahkan ni. Tu ikut tekak + selera aku ler… =)

Sirloin Steak
RM 30.90


Sesame Chili Dory
RM 17.90


Seafood Aglio Eolio
RM 19.90


Baked Penne
RM 16.90


Cheezy Nachos
RM 9.90

Gambar air tak sempat nak snap sebab aku lebih teruja dengan menu. Bhahahahhaa….

So far, banyak menu lagi dan yang paling penting portion besar dengan harga yang berpatutan. Aku rasa standard je harga dia. Tak la mahal sangat pun.

16 March 2012

I dan Saya

Saya pendengar separuh masa
Saya ada kekurangan di beberapa watak
Saya mengingatkan pada seseorang
Saya lebih bersikap ke depan
Saya boleh buat tersenyum

I kadang-kadang kebudakan
I ada kelebihan bahasa
I bak biskut chipsmore
I bukan pengambil risiko
I pemberi hikayat

Ada ciri tertentu
Ada kelebihan dan kekurangan di sana sini
Yang mana?

Cuba mengikut arus, apa aliran di mana hala tuju
Tunggu dan lihat, adakah babak seterusnya akan berlaku?

15 March 2012

Tawar

Ahad lepas lepak dengan satu-satunya teman yang sangat faham dengan keberadaan aku yang kadang-kadang rumit ya amat ni. Mungkin dia lebih faham sebab berada di setiap situasi yang berlaku. Thanks dear for being understanding. Luv u much!

Lately, baran dan mudah melenting makin bermaharajalela bak maharaja lawak. Jangan tanya kenapa, sebab aku pun tengah mencari jawapan. Yang pasti, di sebabkan terlalu sangat mengalah dan memberi muka sehinggakan di pijak kepala membuatkan hati jadi kering. Barangkali, ia penat dan mula tawar.

Hahaha, oleh itu marilah kita mencari garam sebelum tawar terus bermukim. Meluangkan masa dengan beberapa insan keliling, hari di lalui dengan indah. Tu la dia, kadang-kadang kita serasa selesa dengan mereka yang jarang-jarang di beri keutamaan. Lepak dengan yang sekepala tanpa perlu menjaga protokol bagai, wah syurga beb! Makanya, marilah kita melepak dan bertukar cerita dengan mereka yang sudi. Tema lagu yang sesuai, ni dia. Purnama Merindu Tok Ti...

Aku meminta pada yang ada,
Aku merindu pada yang kasih,
Aku merayu pada mu yang sudi merinduku/memujuk

Motip?!

14 March 2012

Wordless Wednesday #21 - Then and Now

Sedar pun!

Sedar diri dah buat salah
Sedar diri dah rumitkan keadaan
Sedar diri dah makin menjauh
Sedar diri dah tak macam dulu
Sedar diri dah makin kurang
Tapi kenapa taknak minta maaf dengan sendiri!

06 March 2012

Langkawi Part 1

Yeayy, akhirnya plan bercuti tercapai untuk pembukaan 2012. Walau pun macam-macam hal yang jadi but still plan di teruskan. Takyah cerita la apa yang dah jadi. Kita simpan je dalam peti besi siap bermangga then kunci campak ke laut.

Aku bertolak Jumaat malam naik bas. Rasanya, pertama dan terakhir kot pegi langkawi naik bas. Tak sanggup aku weh. Patutnya, pukul 9.45 malam gerak tapi pukul 12.30 pagi baru gerak tinggalkan KL. Sah-sah la habis lari segala plan yang aku dah rangka baik punya. Ikut plan, aku nak sampai kat jeti Kuala Perlis dalam pukul 6 pagi camtu. Malangnya pukul 9.00 pagi baru sampai. Sampai kat jeti, kemain ramai plak yang menunggu. Aku dah risau. Takut lambat sampai Langkawi. Nasib baik den berpengalaman luas dalam bab cilok mencilok. Dapat la naik feri pukul 10.45 pagi. Ulang suara, pukul 10.45 pagi! Mana nak tunggu feri lagi. Nak tunggu penumpang-penumpang lembab yang lain. Sah, aku lambat sampai sana. Mungkin sebab pergi waktu Tahun Baru Cina so ramai la yang berpusu-pusu nak pergi. Penyudahnya, aku jejak Langkawi pukul 12.30 tengah hari. Setengah hari dah dok bazir.

Aku stay kat AB Motel.

Suasana dalam Motel. Sila abaikan barang yang selerak sebab hari kedua baru teringat nak ambil gambar. Huhu...
Suasana luar Motel. Sila juga abaikan model yang tak berbayar itu..
So far ok la motel ni. Selesa. Mengadap Pantai Chenang tapi aku tak sempat pun nak ke pantai. Boleh? Planning dah lari banyak kot. Aduyai… Lepas dah bersiap bagai, cari tempat makan dulu. Tanpa arah tujuan, aku main belasah je round-round kat langkawi.

Oh ya, sepanjang kat Langkawi aku sewa kereta Viva untuk memudahkan aktiviti mengukur keluasan Langkawi. Drive punya drive aku terjumpa tempat makan ni.



Macam pernah ku lihat tapi kat mana yer? Aha, sebelum pergi aku dah buat survey bagai dah. Sumber utama aku adalah blog RedMummy. Sebab tu macam pernah tengok sebab RedMummy ada cerita tempat makan ni dalam blog beliau.

Menu pilihan.

 Laksa memang terbaik. Telur letak sebji woo. Maunya tak best.


 Laksa, Cucur Udang dengan Cendol Pulut.

Bayangkan, makan dengan suasana laut yang membiru depan mata + angin sepoi-sepoi bahasa. Gila syahdu.


Next stop, Underwater World Langkawi.


Ni memang aku nak pergi walau pun agak alergik dengan laut dan hidupannya.

Tapi aku kecewa sebab tak seperti apa yang aku gambarkan. Tiket Masuk RM28 rasa macam tak berbaloi pun ada. Yang best pun bila ada program bagi ikan pari makan.




Kalau datang lagi kat Langkawi, Underwater World bukan lagi pilihan. Huhu. Sempat juga menyinggah ke Coco untuk cuci mata. Tapi tak beli pape pun sebab aku dah plan nak beli kat Kedai Haji Ismail. Sebelum ke sana, kita pergi Dataran Lang dulu.





Tak sah yer kalo ke Langkawi tanpa berkunjung ke sini dan pose dengan Burung Helang yang besar. Umpama pergi ke Singapore tapi tak jejak Merlion. Hampeh!!! (Hint nak pergi lagi la tu)

Last stop for today, Kedai Tuan Haji Ismail.


Syurga untuk pencinta coklat seperti aku. Rambang mata weh sebab ko leh jumpa coklat yang jarang ada kat KL. Maaf, gambar coklat tak di ambil sebab teruja ya amat. Penat berjalan, perut lapar. Hari ni kena tidur awal sebab esok pagi-pagi nak jelajah pulau. Makanya, makan malam di awalkan.

Tak susah nak cari tempat makan kat area Chenang ni. Tinggal sedap atau tak + mahal atau murah. Macam yang aku cakap tadi, aku ada survey kat froum untuk tempat makan yang sedap dan murah. Terima kasih la pada yang mencadangkan tuh. Aku dinner kat Atiqah Seafood. Ini menunya dengan jumlah kerosakan RM55.20.

BAPAK MURAH! Hikhikhik…


to be continue….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...