17 April 2012

Semangat

Dok baca entri sebelum-sebelum ni. Aku rasa macam banyak naww sesi luahan jiwa naluri. Sian pembaca blog ni (kalau ada la) asyik mengadap jenis entri yang lebih kurang sama je genrenya.

Hampir empat bulan di 2012, dah macam-macam jadi. Paling menguji rasanya sebab ada beberapa konflik yang menyesakkan. Kadang-kadang cuba taknak kongsi cerita kat blog tapi secara jujurnya aku tak punya orang yang sudi nak pinjamkan bahu untuk aku bersandar dan telinga untuk mendengar bebelan aku yang ntah pape tu.

Sebab tu blog aku gunapakai. Itu pun, masih lagi ada tapisan dan bukan secara menerus. Aku still lagi jaga tatasusila blog. Selepas pemerhatian di buat, aku kira semua yang jadi di sebabkan khilaf diri sendiri. Terlalu selesa dengan kelompok yang ada menyebabkan aku butakan mata dan perasaan dengan menelan segalanya bulat-bulat. Dan bila dunia lain aku terokai, rupa-rupanya ada lagi yang lebih indah. Sebab tu mana yang aku rasa perlu di jarakkan, aku terus lakukan tanpa teragak-agak. Juga menjaga ruang supaya tak di salahguna dan menikmati dengan lebih baik. Lepas ni, pastinya sesuatu yang baru dan mungkin sinikal akan meningkat tahapnya tapi dalam edisi terkawal.

16 April 2012

Someone like you!

Siapa suka Adele? *angkat tangan*

Siapa suka Hafiz AF7?? *angkat kedua-dua tangan*

Jadi, bila dua kesukaan ni mempunyai persamaan, tahap teruja makin meningkat. Dua minggu lepas sibuk sampai tak sempat nak merasa tengok Mania bagai. Nasib baik minggu tu persembahan Hafiz yang akhir jadi sempat la teman menengoknya.

Lagu Someone Like You yang sangat berhantu dan bukan senang nak nyanyi dek tahap serak-serak basah + nota tinggi. Pada hemat aku, Hafiz berjaya mencorakkan lagu ni mengikut acuan dia sendiri tanpa perlu mencetak rompak stail Adele. Sangat best + sangat syahdu, pendek kata pada telinga aku lagu ni berjaya di bawa dengan jayanya.

15 April 2012

Ziana Zain vs. Lan Typewriter


Selaku peminat tegar Ziana Zain, sah-sah aku teruja nak tunggu gabungan ni masa ABPBH hari tu.

Well, impressive! Speechless dan yang sewaktu dengannya. SUMPAH TERKEJUT! Aku tak expect lontaran suara Ziana Zain akan semantap itu. Sebelum-sebelum ni suara dia agak pancit dan tergelincir sikit tapi hari tu memang superb! Kalau cakap pasal Lan plak, ni aku nak ngaku. Jujur ye, sebelum ni aku cukup tak gemor dengan suara mamat ni. Dengar kat tv cam ntah pape ntah. Tapi, bila kau dengar live, mak aiih kemain power + lantang. Aku dengar suara Lan secara live masa pergi AIM 18 tahun lepas. Sejak tu, dah tak kutuk dah mamat ni. Dengar kat tv dengan live mana nak sama, ye dak! So, klip ni aku ku tonton sampai lebam.

Nota kaki:-
Baju cantik ya amat. Bila la nak merasa badan selim melim cenggini.

10 April 2012

The Chapatti Story

Cerita ni aku dapat dari email. Malas nak translate, korang baca la in English ye.

A woman always made chapatti daily for her family to eat and kept an extra one for a hungry passerby. She kept the extra chapatti on the window-sill, for whosoever would take it away. Every day, a hunchback came and took away the chapatti. Instead of expressing gratitude, he muttered the following words as he went his way: "The evil you do remains with you: The good you do, comes back to you!"

This went on, day after day. Every day, the hunch-back came, picked up the chapatti and uttered the words: "The evil you do, remains with you: The good you do, comes back to you!" The woman felt irritated. "Not a word of gratitude," she said to herself....

"Everyday this hunchback utters this jingle! What does he mean? "One day, exasperated, she decided to do away with him. "I shall get rid of this hunchback," she said. And what did she do? She added poison to the chapatti she prepared for him! As she was about to keep it on the window sill, her hands trembled. "What is this I am doing?" she said . Immediately, she threw the chapatti into the fire, prepared another one and kept it on the window - sill.

As usual, the hunchback came, picked up the chapatti and muttered the words: "The evil you do, remains with you: The good you do, comes back to you!" The hunchback proceeded on his way, blissfully unaware of the war raging in the mind of the woman.

Everyday, as the woman placed the chapatti on the window-sill, she offered a prayer for her son who had gone to a distant place to seek his fortune. For many months, she had no news of him.... She prayed for his safe return. That evening, there was a knock on the door. As she opened it, she was surprised to find her son standing in the doorway.... He had grown thin and lean. His garments were tattered and torn. He was hungry, starved and weak. As he saw his mother, he said, "Mom, it's a miracle I'm here. While I was but a mile away, I was so famished that I collapsed. I would have died, but just then an old hunchback passed by. I begged of him for a morsel of food, and he was kind enough to give me a whole chapatti."As he gave it to me, he said, "This is what I eat everyday: today, I shall give it to you, for your need is greater than mine!" As the mother heard those words, her face turned pale.

She leaned against the door for support. She remembered the poisoned chapatti that she had made that morning. Had she not burnt it in the fire, it would have been eaten by her own son, and he would have lost his life! It was then that she realized the significance of the words: "The evil you do remains with you: The good you do, comes back to you! "Do good and; don't ever stop doing good, even if it’s not appreciated at that time.

Pengajaran yang maha hebat kan. Bayangkan kalau si ibu tadi bagi capati yang beracun. Lepas tu anak dia makan. Nasib baik dia tersedar.

Dalam hidup ni, kena selalu berbuat baik dengan orang walau pun orang layan kita macam hampeh. Serius, memang tak dapat nak tipu diri sendiri bila mana kau cuba menolong dan hulur bantuan tanpa mengira tapi tak dapat balasan yang setimpal. Rasa seolah-olah di pergunakan atau dengan bahasa mudah ‘Bagai melepaskan anjing tersepit’. Naik fed up pun ada. Kita sikit punya tak kisah nak menolong bagai tapi bila kita pula yang memerlukan, takda yang nak bagi.

Bukan isu mengungkit, tapi peringatan. Sedih? Tak di nafikan. Tapi lama-kelamaan, kita fikir satu benda je ni. Kita tolong apa yang terdaya dan sepatutnya. Allah tu Maha Adil. Mungkin bukan pihak tu yang hulurkan bantuan tapi Dia hantar orang lain untuk menolong kita.

Peringatan juga untuk diri sendiri. Sebagai manusia biasa, tak mampu yo den nak bermuka manis dengan mereka yang mengadu domba ni. Abis-abis buat donno je. Aku percaya satu, buat baik di balas baik, buat jahat faham-faham la sendiri.

04 April 2012

Wordless Wednesday #22 - Petanda untuk aku teruskan perjalanan

Bulan Empat

April dah mula mencuit. Mencuit March untuk sessi peralihan tampuk 2012. March yang sebenarnya mewakili sisi kesedihan buat aku. Tapi March tetap beraja di hati.

April di sambut dengan beberapa perasaan keluh kesah dan riang ria umpama pemuda pemudi bercanda di pasiran pantai. Kita cerita dulu bahagian duka lara sebab ada sinar gembira di hujung nanti. Tu dia, bahasa sastera dan semakin merepek jauh.

Loceng berdering menandakan acara bergumbira serta berjimba-jimba di hujung minggu di hentikan buat seketika.Dah bercuti lebih kurang sebulan, tiba la saat untuk kembali mencabar diri dan minda. Sedih dalam gembira kot. Sebab sedih? Aktiviti jimbaan bersama Geng Sahabat Sejati terpaksa di rencana semula mengikut jadual aku dengan Shikin. Tu pun kalau minah ni kembali ke pangkal jalan kampus la. *sengih*

Menginjak April hampir tiga bulan konflik yang terjadi takda tanda-tanda pun akan berakhir. Jurang itu semakin jauh dan rasanya susah nak rapat seperti dulu. Biarkan. Aku dah cuba apa yang terbaik dan termampu tapi kalau ini pengakhiran cerita, kita ikut arus itu. Masing-masing memerlukan sisi penenang sebelum kembali bersemuka meluahkan yang tersirat. Kenapa hanya tersirat yang di tekankan? Sebab, yang tersurat mudah untuk di terjemah. Yang tersirat, hanya jauhari mengenal manikam.

Minggu pertama di bulan April akan bermulanya semester baru dan pasti aku juga datang dengan pakej semangat serba baru. Semester baru bermakna, perjumpaan semula Geng SEZIWA. Tak sabar nak menyibukkan diri dengan kuliah, tugasan, pembentangan dan yang sewaktu dengannya.

Gembiranya April, tarikh lahir insan istimewa. Beliau adalah degupan jantung ini. Ada beberapa aturcara yang dah di fikirkan walau pun tarikh itu kepunyaan penghujung April. Takpa. Kasi simpan dulu. *senyum syukur*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...