27 August 2012

Dendam

Nampak macam tapi bukan 
bukan dendam tapi jauh hati 
bukan dendam tapi sakit hati 
bukan dendam tapi terasa hati 
bukan dendam tapi tersinggung hati 

Bila jauh hati, malas melayan 
bila sakit hati, malas melayan 
bila terasa hati malas melayan 
bila tersinggung hati, malas melayan 
kalau melayan bimbang nanti yang teruk makin memburuk 
hati kata ada kalanya diam lebih baik 

Si punya angkara, pandai-pandai la bawa diri 
ini bukan dendam tapi pengajaran 
ini bukan dendam tapi simbolik perasaan 
ini bukan dendam tapi luahan rasa 
ini bukan dendam tapi petanda lara 
ini bukan dendam tapi penganti reaksi 
ini bukan dendam tapi kesabaran memuncak 
ini bukan dendam tapi lelah menjaga 

biar masa jadi penyembuh 
ikut aliran tu 
mudik ke kiri, ke kiri la ia 
mudik ke kanan, ke kanan la perginya 
atau mungkin akan terus hanyut tanpa arah arus

26 August 2012

Secantiknya dia!

Mata tak mampu menipu
Tanpa rela dia akui itu
Dari lirik mata dah kenal apa reaksi
Ketahuan, apa yang kamu sasarkan tidak mengena
Barangkali, telahan kamu

Dia berbusana rapi rekaan Hatta Dolmat

Dia bersepatu tinggi buatan Jimmy Choo

Dia menyarung indah gemerlapan aksesori terkini

Dia melakar solekan MAC penambah seri

Dia menyemat tudung persis si cantik Yuna

Tapi,
perilaku dia bukan begitu
hanya gadis semasa yang tidak mengikut arus
tiada barangan berprofil tinggi
selesa dengan kesederhanaan
dari tudung hingga ke sepatu
segalanya serba sederhana
ringkas

Katakanlah apa saja
Komen la apa pun yang terlintas
Sebab dia tahu
Secantiknya dia mengikut persepsi sendiri

25 August 2012

Kadang-kadang simple itu indah

Terlalu beriya sangat pun macam poyo je kan. Sebagai contoh, kalau korang tengok, kad kahwin zaman sekarang ni kemain mewahnya.Aku tertarik dengan kad yang jenis macam ni.
kredit to google and empunya kad
Aduhai, kad ni buat aku tertarik. Simple but nice. Tak terlalu mewah or terlalu sarat. Sempoi habis. Nak pula guna warna putih, lagi la buat nampak manis. Suci sungguh kadnya.

But still, pilihan di tangan masing-masing. Cuba fikir, buat kad kemain mahal, kebarangkalian untuk jemputan menyimpannya adalah sikit. Macam rugi je pula. Tepuk dada tanya selera or mungkin tepuk poket tanya ringgit.. =)

Macam tu juga dengan inai. Dulu trend bercorak-corak. Cantik kan. Pernah la juga termasuk dalam list aku untuk buat corak inai kat tangan. Tapi bila tengok wedding Farah AF2, takda pun inai corak just inai kat jari je. Serius, nampak cantik sangat-sangat. Simple je.

Tu yang orang kata sederhana lebih mampu menyerlah. Emm, dah dapat bayangan nampak…*berfikir*

Buat baik di balas baik

Jangan tengok sisi comel je tapi renung sama apa yang tersirat....

24 August 2012

Panduan untuk memperbaiki kehidupan sempurna

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007.

Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.

Dalam surat beliau kepada isterinya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.

Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti
  • Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
  • Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini 
  • Jangan berlebihan, tetapkan had
  • Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
  • Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
  • Bermimpilah ketika anda berjaga
  • Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
  • Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
  • Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
  • Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
  • Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
  • Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
  • Lebihkan senyum dan ketawa
  • Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju


Komuniti
  • Kerap menelefon ahli keluarga
  • Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
  • Maafkan semua orang untuk segala galanya
  • Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
  • Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
  • Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
  • Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka


Kehidupan
  • Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
  • Allah akan mengubati segala galanya
  • Buat perkara yang betul
  • Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
  • Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
  • Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
  • Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
  • Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
  • Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah


Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.

Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan aku kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan...

23 August 2012

Nilai persahabatan seperti JOZAN....

Kenapa Jozan? 

Kenapa tak orang lain? 

Sebab aku tak nampak persahabatan yang sebegitu pada orang lain!!!

Setakat ni, Jozan la yang buat aku rasa ‘bestnya kalau ada persahabatan macam diaorang!’. Sangat tulus, ikhlas dan tak propa aka berpura-pura. Ni bukan nak puji lebih ke apa, memandangkan dah mengikuti Jozan dari diaorang jadi peserta Raja Lawak lagi sampailah ke pengacaranya. Apa yang aku nampak nilai kawan makin meninggi. Saling menyokong antara satu sama lain dan yang paling penting gerak hati yang maha kuat. Macam dah boleh baca gerak hati memasing. Anugerah dari Allah. Kalau tengok Raja Lawak pun bukan sebab peserta tapi sebab diaorang. Paling best bila diaorang ni tahu nak cover keadaan kalau salah sorang buat salah masa jadi pengacara atau berlawak.

Terus-terang, aku dambakan sangat persahabatan macam tu. Memang tak senang tapi tak susah kalau kita betul-betul nak. 

Kadang-kadang dalam persahabatan apa yang menjadi kesilapan terbesar bila terlalu banyak ‘memberi’ sampai kan di jadikan asas untuk digunakan sebaik mungkin. Sentiasa ada untuk orang lain, tapi bukan semua ada untuk kita saat kita perlukan.

Usia perkenalan juga bukan penanda aras untuk mencari keserasian. Adakalanya, kawan bertahun-tahun pun makin lama serasi itu makin terpinggir bila unsur “memberi dan menerima’ mulai pupus. Ada yang baru kenal tak sampai setahun tapi keserasian makin tercipta. Dan ada juga yang kenal dah lama tapi tak berpeluang untuk lebih mengenali. Bila peluang mengenali di beri, rupanya serasi meriah di situ. 

Aku rasa itu yang uniknya persahabatan. 

Satu je pesanan khidmat masyarakat, hargai orang yang tahu menghargai kita sebagaimana kita menghargai mereka!!

22 August 2012

Syawal 2012

Selamat Lebaran!! 

Still in the mood, right! =)

Aku dah mula kerja pun. Tak dibenarkan untuk mengambil cuti yang lama bila sistem giliran di gunapakai. Ciss!! 

Lebaran kali ni agak sendu sikit. Sebabnya? Beraya dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. Demam melanda di pagi raya sangat tak indah rasanya ya kawan-kawan yang budiman. Makanya, ala kadar jelah pun. Raya tetap raya la kan, kalau tidak semua terkena kesan. Nak taknak, kena la kuatkan semangat walaupun idok ler tahan benor. Dengan selsema dan batuk, satu makanan pun tak ada rasa. 

Frust sangat bila lemang yang sememangnya menjadi pujaan hatiku tak dinikmati langsung. Tengok pun tak lalu. Raya keempat ni pun aku belum lagi rasa lemang. Harap-harap kesihatan cepat membaik sebab awal September kelas dah bermula. Ya, takda istilah cuti lama. 

Nak ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir je (sebab batin takda ) kepada mereka yang ada atau pernah singgah kat sini. Maaf kalau ada yang terkasar bahasa atau tersilap tulis. Kot-kot ada yang terasa hati dengan penulisan kat sini, sebenarnya itu lahir dari hati. Blog sebagai medium untuk aku meluahkan rasa dan perasaan dalam edisi terkawal memandangkan mungkin takda yang menepati piawaian untuk berkongsi prarasa itu. 

Sekali lagi, aku menyusun 10 jari memohon maaf untuk segala kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. 

Kalau ada sumur di ladang, 
Boleh kita menumpang mandi, 
Aidilfitri sudah menjelang, 
Salah silap harap dimaafi

Iklan raya yang menyentap sanubari


Layan kat youtube je sebab tunggu kat kaca tv tak keluar-keluar pung! Sedaya upaya menahan emosi, sebak weh. Pengisian ringkas. Isu anak yatim yang curi-curi balik ke kampung untuk menziarahi kubur mak. 

Moral cerita? Mana yang ada keluarga tu bawak-bawak ziarah sempena raya. Bayangkan, bebudak ni yang kecil, mempunyai kekurangan masing-masing dan takda kenderaan sanggup membantu satu sama lain mencari alternatif untuk balik ke kampung!! Sedangkan kita yang ada kereta mewah menjalar, kalau nak balik menjengah keluarga banyak naw alasan. Hayati iklan ni dengan membuka pintu hati anda sekali ya!

17 August 2012

Mana?

mata melilau
mata meliar
mencari-cari
gerangan si bertuah
yang boleh berkongsi duka
pinjamkan bahu untuk bersandar
telinga untuk mendengar keluh kesah

ada?? 

tak jumpa pun!! 

14 August 2012

Love your job...

Terus terang aku jenis manusia yang cepat bosan mengadap perkara rutin. 

Persepsi yang sama bila aku memilih Administration atau dalam bahasa terjemahannya pentadbiran. Mulanya nak ambil Marketing/Pemasaran sebagai pilihan utama tapi setelah di selidik, ada beberapa faktor yang menyebabkan aku bertukar fikiran. 

Berbalik pada cerita Admin tadi, untuk dua tahun pertama aku dah mula di landa kebosanan. Barangkali mengadap rutin tapi makin lama siapa kata ianya rutin. Kalau di fikir-fikirkan, banyak cabang yang boleh di teroka dan sentimen aku pada Admin mula bertukar. Bayangkan dengan berbaju kurung bajet sopan la konon kan, aku dok jumpa dan diskusi dengan supplier tentang pembelian lori. Ulang suara, pembelian lori. Nak kena tengok spesifikasi lori dan yang sewaktu dengannya. Sah-sah la kalau dah berbaju kurung harus dipadankan dengan kasut bertumit tinggi dan aku tak main la setakat 1, 2 inci ni. Kalau boleh nak 3 inci keatas. Kenapa? Sebab aku rasa konfiden lebih bila memakai kasut yang bertumit tinggi sementelah diri tak seberapa nak tinggi kan. huhuhu… 

Jadi, pengajaran yang boleh di dapati disini, toksah la nak merungut atau membandingkan kerja kita dengan orang lain. Masing-masing ada ragamnya. Yang penting, love your job!

Masih

Kuntuman ceritera masih berkembang mekar 
tiada petanda gugurnya kelopak
apa mungkin ianya akan terus mewangi
atau akan layu jua
hikayat terus berlagu walau tidak semesra dulu
tapi deria hati kuat mengikat
terperangkap dalam simulasi
 yang akhirnya memakan diri
tanpa belas dan ihsan
tanpa sedikitpun
dalam senyum cuba memujuk
wahai hati
wahai perasaan
wahai jiwa
wahai naluri
gagahlah mengharungi perjalanan
gigih mengatur langkah
walau sesekali memori menerpa
andai bisa masa berputar

13 August 2012

24 Ramadhan

Bermakna kurang lebih 6 hari kita akan menyambut syawal. 

Ramadhan yang agak busy sebab bertembung dengan Final Exam yang sememangnya meyesakkan. Ada gap seminggu dan memang aku terasa lama yang amat kot. Taknak cerita pasal Final Exam itu. Dah berlalu pun. Harap-harap keputusannya okay. Kalau nak dapat yang terbaik tu, susah kot sebab ada 2 subjek yang tak seberapa nak yakin. 

Ramadhan juga menguji kesabaran bila berdepan dengan isu Mesin ATM yang turut berpuasa sebab taknak keluarkan duit. Hanya kad je yang mampu dipulangkan semula. Taknak cakap pasal ni juga sebab terus-terang aku tengah emosi yang teramat sangat-sangat kuasa lapan. Maunye tak, raya dah nak dekat dan satu persiapan pun tak di buat disebabkan isu yang pada aku menyusahkan pelanggan. Mood raya kelaut sudah!!! Kerenah birokasi atau polisi syarikat?! Entah!! I save my comment. Tu lebih bagus. Cukup la dah melampiaskan emosi di laman sosial. Takut nanti apa yang diluahkan kat sini menyinggung mana-mana pihak. Yes, hati orang kena jaga sama walaupun hati aku….. 

Ramadhan kali ni juga memecahkan rekod berbuka puasa di luar aka iftar (penggunaan perkataan iftar semakin meluas you alls) di mana empat kali iftar dengan orang yang sama. Dua orang dari Geng SeZiWa, Cik Eipa dengan Cik Aina. Ada yang di rancang dan ada yang secara kebetulan. Nak pula bila pertembungan tarikh kejadian kedua-dua umat ni. So, sekali harung la dengan celebration birthday dan iftar. Sebagai orang yang tak gila glamer bagai, memang gambar takda dalam simpanan. Maaf. Just boleh bagi kronologi lokasi iftar je. 

26 Julai – Sarpinos Pizza, Puchong 
29 Julai – Red Wok, Bangi 
3 Ogos - Ikea, Damansara 
12 Ogos – Bumbu Bali, Puchong 

Hebat bukan?!! Heaven bila berjumpa dengan pencinta makanan seperti aku ni hah. Walau pun, tank aku dengan Aina tak sehebat Eipa tapi kenikmatan makanan tetap menjadi pujaan hati kitaorang. Dalam banyak-banyak lokasi, aku tertarik dengan Red Wok. Seafood yaw…harus ulang pergi ni. 

Rangkuman ramadhan kali ni agak santai dan kemeriahan syawal kurang di rasai. Macam yang aku ceritakan tadi, kesibukan dengan study untuk mengadap final exam membataskan persiapan. 

Exam dah tamat, mari kita bersiap untuk syawal pula walaupun…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...