19 October 2012

Review : Hantu Kapcai


Sipnosis

Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib. 

Komen 

Kelakar tapi agak hambar sebab ada sesetengah part buat fikiran melayang entah kemana. Kiranya gagal menangkap fokus aku. Nak plak pergi dengan pengomel tegar yang baru pertama kali menonton cerita melayu kat wayang. Ada je nak di komennya. Mungkin aku tak se’details’ beliau gamaknya. Hahahaha….

Watak yang aku kira berjaya adalah watak Ibrahim lakonan Fizz Fairuz. Sengal ya amat. Terus terang aku kurang selesa dengan beberapa babak yang agak menyentuh sensitiviti dan rasanya babak sebegitu tak patut di olah. Terutama sekali part penutup tu, di mana Ajib bersama bapanya di alam syurga.

Watak Greng lakonan Izzue Islam juga berjaya di bawa dengan berkesan. Lari dari kebiasaan, Izzue berjaya buat aku rasa meyampah dan lawak dengan watak bajet samseng dia tu.

Apa pun, ada beberapa mesej yang perlu di ambil berat. Jangan layan semborono je. Antaranya persahabatan Ajib dengan Raqim. Bersungguh-sungguh Raqim ajar Akim dan juga part yang dia pertahankan Akim dari kena cepuk dengan Tiger.

16 October 2012

Abis dah semester 4

Minggu lepas sarat dengan macam-macam aktiviti. 

Hampir terlupa yang my lil sis konvo hari Sabtu walhal dah plan nak bertapa kat library barang 8 ke 9 jam. Tapi takpa. Pentingkan yg penting walau pun keduanya sama penting. 

Jadi, review point penting untuk exam keesokkan harinya di buat malam menjelang exam. Cuba gak gigihkan diri. Sekali lagi ni bukan isu nak komplen atau yang sewaktu dengannya. 

Terus terang aku enjoy dengan keadaan sekarang. Tak perlu nak tercari-cari sesuatu untuk aku nikmati. Minggu depan semester 5 yakni semester panjang bermula dan 6 subjek menanti untuk aku hadam dengan sebaik mungkin. 

Sem ni gua dah start target bai. Harap-harap dipermudahkan. Amin!!!! 

Target pertama, buat assignment seawall mungkin. Jadi, Geng SeZiWa siap sedia. No more pending please. Also note for myself!!!

08 October 2012

Selamat

Assalammualaikum...

Al-Hamdulillah, selamat pulang ke tanahair. 

Sebenarnya hari Jumaat malam aku dah balik ke Malaysia tapi tak sempat nak update apa-apa. Biasa la, meninggalkan kerja-kerja tertunggak sepanjang kepergian. Sah-sah bila balik kena settlekan satu persatu. Entri Bali trip aku update kemudian la ye. Gambar pun belum diedit bagai. Sabtu penuh dengan aktiviti birthday party dan juga Anugerah Blockbuster. Ni pun, entrinya aku buat kemudian. Kasi can ngadap perang dulu. 

Ahad ni aku dah final exam dan ada 11 bab yang perlu di hadam dengan seberapa segera. Harap-harap dipermudahkan. 

To all the readers, wish me luck okay! =) 

05 October 2012

2 tabiat perempuan bawa ke neraka

Assalammualaikum....

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut: 

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”. 

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 
  • Kamu banyak mengutuk/menyumpah 
  • Kamu kufurkan kebaikan suami 
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya: 
  • Banyak beristighfar 
  • Banyak bersedekah 
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah 

Contoh 1Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah. 

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf. Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. 

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’. 

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab). 

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] 

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. 

Fadhilat beristighfar: 

a. Sabda Rasulullah SAW : 
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. 

b .Sabda Rasulullah SAW : 
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita” 

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. 
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk: 

d. Tuturkata/percakapan yang baik. 
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. 

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”. 
  • Memberi salam.
  • Memaniskan wajah. 
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” 

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” 

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

02 October 2012

Pilihan

Assalammualaikum

Dalam hidup kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Pilihan yang baik atau yang sebaliknya. Membuat pilihan juga bukan benda yang mudah. Banyak perkara yang perlu di ambil kira sebelum pilihan akhir di buat. Kena betul-betul pastikan keputusan yang di buat tepat dan menepati kepuasan diri.

Seeloknya keputusan yang diambil tak dipengaruhi oleh orang lain. Kalau nak ambil pendapat lain, tu berbeza. Ambil la seberapa banyak pendapat pun. Buat analisa sampai kita rasa kita jumpa apa yang kita nak. Kemudian, baru tentukan keputusan akhir.

Jangan biarkan orang lain yang buat keputusan bagi pihak kita. Mereka tak berada di dalam kehidupan kita. Lihat dan rasa bukan benda yang sama. Pernah dengar, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Orang boleh bercakap apa saja. Bebas bagi pendapat mengikut persepsi masing-masing. Mungkin ada yang bagi pendapat seikhlas hati dan mungkin juga tak. Nilaikan sendiri. Kita sebagai penentu. Ikut gerak hati.

Adakalanya gerak hati melahirkan kekeliruan. Jangan risau. Kalau buntu nak buat keputusan, jangan lupa PADA YANG SATU. DIA MAHA MENGETAHUI. Mengadu nasib dengan-Nya. Minta petunjuk. Permudahkan kekusutan yang ada.

Tapi perlu juga persiapkan diri kalau keputusan yang diambil memberikan impak yang sebaliknya. Kita tak mampu menilik masa depan. Hadap dan tangani dengan bijak. Jangan sesekali salahkan takdir. Itu rahsia Allah. Kadang-kadang dia tak bagi apa yang kita nak, sebaliknya perkara lain yang terjadi. Percaya satu, setiap yang berlaku ada hikmah yang kadang-kadang dilihat dengan mata kasar tak kelihatan. Cuba lihat dengan mata hati, hikmah tu tak ternilai harganya.

01 October 2012

Oktober

Assalammualaikum....

Sekejapan dah oktober. Aha, macam-macam benda akan berlaku dalam bulan ni. 

Yang dinanti-nantikan, trip ke Bali!! 

Yeah baby, finally the day is come. Teruja walaupun dalam masa yang sama mood dah spoilt dek benda-benda yang menyakitkan hati. Rasanya aku dah cukup memahami keadaan orang lain dan aku nakkan juga perasaan yang sama. Malangnya, itu tak berlaku dan ciptaan alasan diberi. Malas dah nak sakit hati bagai ni. Bukannya aku tak inform awal-awal kan. Patutnya tindakan segera di ambil. Tapi tulah pun yang aku dapat. Cukup pasal itu. Aku nak seru mood berpoya-poya balik. Moga-moga segalanya lancar dan aku bersuka ria girang gembira kat sana. 

14hb aku akan berperang. Jangan buat-buat terkejut. Semester pendek memang sekejap je dah final. Rasanya belum mula nak study tup-tup final exam. Balik trip nanti aku pulun study ye. 

Bulan ni juga bulan yang sedih. Mengenang dan terus mengenang. Bukan tak redha tapi ingatan tu akan tetap kekal di situ. Kalau ada pembaca tegar sure akan tahu apa yang aku dok kenang ni sebab setiap tahun entri tu pasti ada. 

Apa pun, moga Oktober menggembirakan walaupun rasa sayu….. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...