19 September 2013

Review : Psiko Pencuri Hati (mengikut kaca mata orang-orang biasa seperti aku)





Sinopsis

Mengisahkan O-Sidi, seorang penulis novel misteri yang sangat obsess dengan kejadian jenayah yang dikenali sebagai pencuri hati yang berlaku sehingga menyebabkan kehidupannya tak menentu arah. Bersama rakannya, Man beliau merencana kehidupan dengan cubaan untuk melakar bab penutup untuk novel terbarunya. Bagi menenangkan fikiran O-Sidi, beliau melarikan diri ke pulau yang mana menyebabkan pertembungan watak Wani dan Khai, sepasang suami isteri yang mengalami masalah di dalam rumahtangga mereka. Di pulau ini terbongkarlah segala misteri.

Komen 

Watak – kesemua pemegang watak berjaya membawa watak masing-masing dan permainan emosi yang baik. Terutamanya watak Khai. Serius, tabik dengan Sein yang boleh menukar prarasa watak tu. 

Jalan cerita – terus terang, agak klise disebabkan di awal-awal babak, dah boleh jangka siapa pencuri hati dan siapa Man yang sentiasa setia di sisi O-Sidi. Ketepikan isu klise itu sebab aku lebih tertarik dengan permainan jalan cerita yang di tonjolkan. Lokasi pun terbaik. 

Dialog – ni yang paling aku suka. Banyak metafora yang tersirat yang membuatkan kita terfikir akan sesuatu. Ada yang dilontarkan secara bersahaja tapi ada impak. Contohnya dialog Wani, “Tak semestinya baik untuk saya, baik untuk kita yang.” 

Keseluruhannya, jalan cerita yang bagus dan pergi la tonton. 

Jangan anaktirikan filem Malaysia. Pi tengok dulu kemudian baru buat terjemahan…

09 September 2013

Impak penutupan facebook

Assalammualaikum

Sayang sekali sebab jodoh tak panjang dengan facebook. bukan apa, tak boleh nak krompomi dengan diri sendiri tentang pelbagai isu. Menahan diri dari mengecam mereka-mereka yang suka naww update status ntah apa-apa yang buat rasa jelik yang teramat sangat. Tu belum lagi termasuk golongan si bergu yang dok update segala-galanya serba serbi dari soal perasaan mendayu-dayu sehingga ke tentang salasilah keturunan. Ayooo

Terasa juga di sebabkan keputusan ni, ada la beberapa perkara yang aku terlepas. Contohnya jemputan majlis perkahwinan, jemputan open house dan lain-lain aktiviti. Stail orang sekarang kan dok jemput guna facebook bagai. Ada juga yang dok check in untuk inform keberadaan masing-masing. Tapi masih ada bahagian yang indah.

Yang indahnya pula, mana yang tahu laluan untuk menghubungi, jemputan akan sampai melalui telefon. Hah, teknologi dah canggih. Ada segala bagai whatsapp, bbm, line, wechat dan macam-macam lagi. In fact, aku rasa lebih personal kalau jemputan tu sampai terus sama ada melalui telefon atau penyampaian dari kengkawan. Nampak, demand bukan! Aha, itu aku. 

Akan tetapi, aku ngaku la facebook medan untuk tahu tentang perkembangan dan penguncupan kehidupan seseorang. Medium untuk sesi jejak kasih dan kasihan. Ceritera cinta dan isu semasa. Cuma dengan adanya golongan yang menyalahgunakan medium rangkaian sosial menyebabkan fungsi asalnya tercemar. 

Takpe. Jangan salahkan facebook. salahkan si pelaku. Kita jangan buruk sangka. Mungkin beliau kurang kawan-kawan untuk bercerita menyebabkan tergelincir dengan menggunakan facebook secara berlebih-lebihan dari biasa.

With love

05 September 2013

Syukur

Assalamualaikum

Sepanjang menyepikan diri dari dunia blog ni, banyak yang terjadi. Ada baik dan buruk. Biasalah, nama pun kehidupan. Kena ada pasang surut. Kalau selalu indah je, sah ada yang tak kena dengan kehidupan korang. 

Ada kalanya, benda yang jadi ada hikmah tersembunyi yang kita tak nampak. Sungguh, aku terkesima dengan persepi segelintir manusia yang sering menyalahkan itu dan ini sedangkan penilaian waras patut dijadikan asas. Berhenti menjadi pengadil yang memberi terjemahan peribadi dan bersifat berat sebelah. Fitrah manusia akan rasa marah, sakit hati dan pelbagai lagi perasaan negatif. Memang. Aku tak nafikan tu. Tapi akal dikurniakan untuk menghasilkan penilaian bijak. Ambil nafas, tenangkan perasaan baru keputusan di capai. 

Kadang-kadang, positif aku ni pun terbabas bila berdepan dengan perkara yang menguji kesabaran. Tiga benda yang ku kira sangat-sangat menguji bila isu keluarga, diri sendiri dan kehidupan di jadikan bahan untuk jajaan cerita. Pelik bin ajaib dengan golongan ni yang mungkin takda aktiviti sampingan dalam kehidupan masing-masing sampai kena dok menyibuk dalam rangkaian kehidupan orang lain. Salah satu penyebab kenapa laman sosial facebook di tutup, nilah! 

Apa pun, still bersyukur dengan apa yang dikurniakan dalam kehidupan. Jangan jadi tamak, nak minta macam-macam. Allah ada alasan tersendiri. Jangan pertikaikan. Paling penting, nikmati kehidupan dengan riang ria tapi dalam keadaan terkawal. Jangan lebih batasan, sebab nanti yang sakit diri sendiri. 

Sayangi diri sebelum nak kongsi sayang dengan orang lain.

With love
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...