19 September 2013

Review : Psiko Pencuri Hati (mengikut kaca mata orang-orang biasa seperti aku)





Sinopsis

Mengisahkan O-Sidi, seorang penulis novel misteri yang sangat obsess dengan kejadian jenayah yang dikenali sebagai pencuri hati yang berlaku sehingga menyebabkan kehidupannya tak menentu arah. Bersama rakannya, Man beliau merencana kehidupan dengan cubaan untuk melakar bab penutup untuk novel terbarunya. Bagi menenangkan fikiran O-Sidi, beliau melarikan diri ke pulau yang mana menyebabkan pertembungan watak Wani dan Khai, sepasang suami isteri yang mengalami masalah di dalam rumahtangga mereka. Di pulau ini terbongkarlah segala misteri.

Komen 

Watak – kesemua pemegang watak berjaya membawa watak masing-masing dan permainan emosi yang baik. Terutamanya watak Khai. Serius, tabik dengan Sein yang boleh menukar prarasa watak tu. 

Jalan cerita – terus terang, agak klise disebabkan di awal-awal babak, dah boleh jangka siapa pencuri hati dan siapa Man yang sentiasa setia di sisi O-Sidi. Ketepikan isu klise itu sebab aku lebih tertarik dengan permainan jalan cerita yang di tonjolkan. Lokasi pun terbaik. 

Dialog – ni yang paling aku suka. Banyak metafora yang tersirat yang membuatkan kita terfikir akan sesuatu. Ada yang dilontarkan secara bersahaja tapi ada impak. Contohnya dialog Wani, “Tak semestinya baik untuk saya, baik untuk kita yang.” 

Keseluruhannya, jalan cerita yang bagus dan pergi la tonton. 

Jangan anaktirikan filem Malaysia. Pi tengok dulu kemudian baru buat terjemahan…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...