22 July 2014

Macam - Macam

Assalammualaikum


23 Ramadhan 1435

Al-Hamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk merasai Ramadhan. Selamat berpuasa korang!

Banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni. Baik yang indah mahupun duka. Bumi Gaza dicabuli. Pesawat MH370 terus misteri dan yang terbaru MH17 terhempas. Apa pun, teruskan titipkan doa buat mereka yang telah pergi dan bagi mereka yang masih hidup, teruskan berjuang.

Sebenarnya banyak perkongsian yang aku nak ceritakan tapi bila dok fikirkan balik, mungkin bukan di sini. Secara jujur, aku berhadapan dengan situasi yang agak menyesakkan. Berdepan dengan konflik kepercayaan bukan satu benda yang mudah. Nampak mudah tapi agak rumit. Tak expect pun ia akan berakhir dengan sebegitu rupa tapi aku tahu Allah tidak akan memberikan dugaan melebihi kemampuan hamba-Nya. Apa yang jadi, I'll take it in positive way

Sukar..

Susah..

Sakit hati..

Teraniaya..

Tu semua yang aku rasa pada awalnya, tapi bukan senang nak menyakinkan diri sendiri semua ni adalah dugaan. Kalau nak diikutkan, ia adalah petanda untuk aku hadam dan fikir-fikirkan. Petanda baik atau tidak, simpan untuk diri sendiri jelah ye. =)

Perkara yang best, akhirnya tempoh 4 tahun sudah berlaku. 13hb lepas aku dah settle  ngadap Final Exam untuk subjek akhir. Kali ni betul-betul akhir. 

No more assignment...

No more mid term test..

No more presentation..

No more final exam...

Yieehaaa, gembira dan lega bercampur dengan meriah. Stress weh, empat tahun ngadap kelas dengan isu-isu berbangkit. Macam yang aku dok pukul canang sebelum-sebelum ni kan, dengan jadual berselirat. Komitmen merata dan Al-Hamdulillah, aku dapat juga settle my degree. Hopefully, segala ilmu diberkati dan semoga segalanya dipermudahkan.

What's next?

Just wait and see..... =)



With love

28 February 2014

Apa cerita??

Assalammualaikum


Hampir lima bulan ketiadaan entri baru. 


Kenapa?

Boleh tak bagi alasan sibuk? Hahahaha....

Ala, lagipun aku rasa sama ada entri baru wujud atau tidak bukan siapa pun yang peduli. Tak pasti la pula kalau ada pembaca tegar kat sini. 

Aku menulis bukan semata-mata mengejar ratings untuk nufnang atau traffik tapi lebih pada luahan perasaan secara terkawal. Rasanya dah selalu di mention dalam entri-entri sebelum ni. Sengaja menjaga tahap privasi bagi mengelak kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku.

2013, terlalu banyak yang jadi. Terlalu banyak yang di lalui. Terlalu banyak yang di hadapi. Meriah. Penuh warna-warni bak citrawana malaysia.

Pertukaran kerjaya turut berlaku. Perubahan sektor yang membuatkan aku perlu lebih memberikan fokus dan serapan ilmu dengan seberapa pantas. Stigma aku berubah sama sekali. Sangkaan aku, mudah tapi sebaliknya berlaku. Tak semudah yang di fikirkan. Tak seringkas yang di duga. Sampai sekarang proses itu masih terus berlangsung dan moga-moga dipermudahkan segala-galanya.

Sesi Kuliah? Al-Hamdulillah, menginjak tahun akhir yang penuh dengan pancaroba dan dugaan maha dashyat tapi macam biasa, aku kan positif so amik semua dari sudut yang berbeza. Memang susah tapi nak taknak kena hadap juga. Takda pilihan selagi tak di hadap kan. Insya Allah, bulan Julai ni tamatlah sesi pembelajaran dan lepas ni boleh la di beri fokus pada urusan-urusan lain pula. Sambung atau tidak?? Itu masih lagi aku dok buat timbang tara. Kalau dulu memang serasa nak sambung terus tapi bila di fikir-fikir balik ada beberapa kekangan yang perlu di beri penelitian sebelum keputusan akhir di buat.

Harapan 2014..

Sama macam tahun-tahun yang lepas, moga-moga di berikan kesejahteraan dan kesenangan dalam mengharungi dugaan 2014 yang pasti akan ada ceritera yang berbeza. 


With love
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...